Artikel "Utama" Terkini
Terima Kasih Kerana Jayakan Majlis Ini - MB Terengganu
Para petugas turut merakamkan gambar kenangan bersama pemimpin nombor satu negeri itu.MARANG, 12 Jun - Menteri Besar merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar merakamkan ucapan terima kasih kepada jentera petugas dan penganjur yang telah menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri DUN Rhu Rendang dengan baik.“Terima kasih kepada jentera dan petugas yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini. “Dengar khabar, sejak tengah malam tadi, mereka telah mula memasak secara bergotong-royong dan membahagikan tugas untuk menyediakan juadah terbaik kepada tetamu,” katanya ketika berucap dalam majlis berkenaan di Dewan Majlis Daerah Marang (MDM), hari ini.Beliau yang hadir bersama isteri, Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman turut memuji kecekapan petugas Jabatan Amal Malaysia yang lancar mengawal lalu lintas dan memudahkan pengunjung yang datang.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim serta ADUN Batu Burok, Muhammad Khalil Abdul Hadi.Dalam majlis itu, Dr. Samsuri meraikan pengunjung dengan beramah mesra dari meja ke meja selain melayan permintaan orang ramai yang tidak melepaskan peluang bergambar dengan pemimpin nombor satu negeri itu.Hampir 5,000 pengunjung hadir terdiri daripada penduduk setempat serta agensi-agensi kerajaan dan syarikat swasta sekitar Rhu Rendang dan daerah Marang.
12 Jun 19
97
Aspek Keselamatan Drawbridge Ditambah Baik - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 12 Jun - Jambatan angkat atau ‘drawbridge’ akan melalui proses penambahbaikan selepas ia dibuka untuk tempoh percubaan selama dua minggu bermula 2 Jun lalu.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beberapa kelemahan dalam aspek keselamatan dan kelancaran trafik di jambatan angkat itu sudah dikenal pasti termasuk palang penghadang yang diletakkan di bahagian kiri dan kanan jambatan itu.“Kita lihat palang penghadang yang ada di kiri dan kanan jambatan angkat itu agak rendah dan perlu dibuat penambahbaikan supaya nanti tidak membahayakan pejalan kaki termasuk risiko terjatuh ke dalam air.“Apapun kita berpuas hati kerana pembinaan jambatan angkat ini mencapai matlamatnya untuk mengurangkan kesesakan di Jambatan Sultan Mahmud sepanjang ia dibuka untuk tempoh percubaan sehingga Isnin ini,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Meraikan Kejayaan Pasukan Inovasi Panji Innovation Laboratary (Pi Lab) SMK Panji Alam Dalam Pertandingan Euroinvent 2019 Romania di Dewan Jubli Emas SMK Panji Alam, hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Shafruddin Ali Hussin dan Pengetua SMK Panji Alam, Che Engku Noor Aien Che Engku Mahmood.Katanya, operasi jambatan angkat yang menjadi mercu tanda baharu Terengganu itu berjaya mengurangkan kesesakan di Jambatan Sultan Mahmud, terutama pada waktu puncak sepanjang minggu pertama Aidilfitri.
12 Jun 19
143
Projek Baharu Pulau Kapas Rancakkan Pelancongan Terengganu
Pulau Kapas akan menerima lima projek pembangunan baharu.MARANG, 12 Jun - Pulau Kapas bakal menerima projek pembangunan baharu berjumlah RM350,000 yang dijangka bermula Julai depan sekali gus merancakkan lagi pusat pelancongan bertaraf antarabangsa itu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan Dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri menerusi Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) telah meluluskan peruntukan tersebut bagi kerja-kerja membaik pulih dan pembinaan kemudahan pelancongan.Jelasnya, projek di pulau berkeluasan 260 hektar yang dijadualkan siap sebelum musim tengkujuh tahun ini itu turut membabitkan pemasangan lampu solar (solar street lighthing) di sekitar kawasan tersebut.“Kerajaan negeri telah meluluskan bajet segera untuk kerja membaik pulih laluan pejalan kaki termasuk tangga dan susur tangan semuanya bernilai RM200 ribu, selain ‘rubber fender’ di jeti akan turut dipasang.“Ini juga termasuk fasiliti surau, tandas dan bumbung jeti yang akan dinaik taraf. Sementara itu, laluan, papan tanda, kemudahan wakaf serta 'jungle trekking' akan dibaiki mengikut kesesuaian tempat pelancongan,” ujarnya.Meninjau Stesen Sistem Solar Hibrid yang menjadi sumber utama elektrik di Pulau Kapas.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Pulau Kapas, di sini hari ini.Hadir sama dalam lawatan itu ialah Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak serta wakil-wakil Pejabat Daerah Marang dan Pejabat Pelancongan Negeri.Di samping itu, Ariffin turut mengulas tentang aduan masalah elektrik di pulau tersebut yang akan menjejaskan kehadiran pelancong untuk jangka masa panjang.Katanya lagi, isu berkenaan akan diselesaikan dengan peruntukan sebanyak RM1 juta yang secara dasarnya telah dipersetujui oleh Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.“Saya dimaklumkan Pejabat Daerah Marang telah memohon peruntukan daripada UPEN untuk menggantikan sistem solar hibrid kepada penggunaan genset sebanyak dua unit.“Pengunaan genset ini akan menjimatkan kos, di samping turut membantu pengusaha chalet mengembangkan bisnes (menambah bilangan chalet) mereka dan menampung pertambahan pelancong ke Pulau Kapas, seterusnya meningkatkan jumlah pelancong ke Terengganu.“Tadi kami juga sempat meninjau masalah berkaitan banjir, jadi insya-Allah sistem perparitan ini kita akan selesaikan, ini untuk projek jangka masa panjang kita,” tambah beliau.Laluan 'jungle trekking' yang akan diubah suai.
12 Jun 19
920
MB Terengganu Berat Hati Bertanding Jawatan Naib Presiden PAS
KUALA TEREGGANU, 12 Jun - “Saya menerima pencalonan daripada kawasan-kawasan di peringkat akar umbi untuk bertanding jawatan Naib Presiden Parti Islam Semalaysia (PAS) walaupun berat hati atas dasar untuk menyuburkan ruang demokrasi dalam parti,” jelas Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Beliau mengesahkan akan bertanding jawatan Naib Presiden Pas dalam pemilihan parti sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-65 pada akhir bulan ini, namun dengan hati yang berat kerana mengenangkan penyandang sedia ada merupakan insan hebat yang telah menjalankan amanah dengan begitu baik.Ahmad Samsuri yang juga Yang Dipertua PAS Marang berkata, pemilihan parti yang berlangsung setiap dua tahun sekali itu disifatkan adalah urusan dalaman 'keluarga' dan proses tersebut diharap akan berjalan lancar.“Pemilihan dalam PAS adalah satu urusan dalaman keluarga yang berlangsung setiap dua tahun sekali dan ianya diharap berjalan dalam suasana yang harmoni.“Saya menerima pencalonan daripada kawasan-kawasan untuk bertanding sebagai Naib Presiden PAS walaupun hati saya merasa berat kerana mengenangkan mereka (penyandang) yang ada sekarang ini adalah insan-insan yang hebat.“Mereka menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan begitu cemerlang. Mereka adalah abang-abang saya yang memberikan banyak tunjuk ajar dalam pelbagai perkara sebab itu saya merasa agak berat hati apabila menerima pencalonan itu, apa pun saya menyerahkan kepada seluruh perwakilan parti dalam Muktamar di Kuantan nanti,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Meraikan Kejayaan Pasukan Inovasi Panji Innovation Laboratary (Pi Lab) SMK Panji Alam Dalam Pertandingan Euroinvent 2019 Romania di Dewan Jubli Emas SMK Panji Alam, hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Shafruddin Ali Hussin dan Pengetua SMK Panji Alam, Che Engku Noor Aien Che Engku Mahmood.Menyifatkan dirinya sebagai calon ‘underdog’, beliau yang menyanjung tinggi ketiga-tiga penyandang dalam masa sama berharap agar mereka dapat terus menjalankan tugas dan amanah sebagai Naib Presiden di waktu akan datang.Ahmad Samsuri berkata, beliau tidak mengganggap kedudukannya sebagai Menteri Besar Terengganu akan memberi kelebihan besar dalam pertandingan jawatan Naib Presiden, sebaliknya menyifatkan dirinya masih lagi belum sempurna dalam tempoh setahun menerajui negeri ini.Difahamkan, bagi jawatan Naib Presiden, empat nama melepasi syarat untuk bertanding iaitu tiga penyandang sebelum ini, Idris Ahmad, Datuk Nik Mohd. Amar Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad.
11 Jun 19
105
Atlet Terengganu Impi Cemerlang Di Kejohanan Silat ASG
KUALA TERENGGANU, 12 Jun - Kerajaan negeri meletakkan harapan dan doa kepada kontinjen Silat Terengganu yang bersaing dalam Kejohanan Silat ASEAN School Games (ASG) di Air Keroh, Melaka yang bermula semalam.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali merakamkan hasrat supaya kontinjen tersebut dapat menggondol kejayaan dan kemenangan dalam saingan kali ini. “Pasukan kita telah menjalani sesi latihan dalam bulan Ramadan lalu dan latihan ini kena pada masanya kerana dalam bulan Ramadan, umat Islam banyak mencipta sejarah gemilang.“Ramadan adalah suatu masa yang paling sesuai untuk kita latih jiwa dan semangat kita, maka ia sepatutnya memberi kekuatan kepada kita,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Silat di Gerbang Silat Majlis Sukan Negeri Terengganu, kelmarin.Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah Pengarah MSNT, Ibni Amin Busu serta ahli jawatankuasaSilat Pesaka Terengganu.Yahaya turut mengingatkan supaya para atlet berusaha penuh kesungguhan dalam merebut tempat untuk mewakili Malaysia di ASG 2019 yang bakal berlangsung di Semarang, Indonesia pada Julai nanti.“Memang kita hendak menang, tetapi ketahuilah kejayaan tidak datang bergolek tanpa diiringi usaha,” katanya seraya memohon sokongan rakyat Terengganu untuk mendoakan kejayaan pasukan itu.
11 Jun 19
446
Kerajaan Negeri Prihatin Isu Kesesakan Jambatan Marang - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 11 Jun - Kerajaan negeri prihatin tentang masalah kesesakan lalu lintas di laluan utama jambatan Marang bahkan komited dalam usaha memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya khususnya penduduk setempat bagi mengelakkan kesesakan berlaku pada waktu puncak dan musim perayaan serta cuti sekolah.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, isu kesesakan jambatan Marang telah dibangkitkan kepada pihak berkuasa peringkat Persekutuan pada suku ketiga 2018 yang lepas dan mereka telah memberikan komitmen untuk memasukkan jambatan Marang sebagai projek keutamaan.“Sama ada pembinaannya akan melibatkan laluan sedia ada (yang melibatkan isu tanah milik dan rumah penduduk, bangunan agensi persekutuan dan lain-lain) atau laluan baharu akan diputuskan kemudiannya nanti.“Laluan baharu jambatan di kawasan lain merentasi Sungai Marang pula akan juga melibatkan kos yang besar kerana ianya akan melibatkan pembinaan jalan yang baharu,” katanya dalam satu komen dalam facebook beliau.Ahmad Samsuri berkata demikian bagi menjawab keluhan netizen yang terpaksa berdepan kesesakan yang teruk di laluan berkenaan dalam tempoh perayaan Aidilfitri baru-baru ini.Kesesakan dalam tempoh empat hari menyebabkan ada netizen yang terpaksa mengambil masa hampir dua hingga tiga jam dari Kampung Rhu Rendang untuk melepasi jambatan Marang.Beliau juga berkata, kos pembinaan yang besar dengan anggaran RM280 hingga RM320 juta adalah antara sebab pihak negeri berunding dengan Kerajaan Pusat mengenai isu jambatan Marang.“Alhamdulillah, ianya telah dimasukkan oleh pihak berkuasa berkenaan dalam Rolling Plan ke-5 di bawah Rancangan Malaysia ke-11,” ujarnya.
11 Jun 19
1075
Bot Tenggelam Di Sungai Marang Berjaya Dinaikkan
Para nelayan dan penduduk berusaha membantu menaikkan bot yang tenggelam.Oleh: Aslam WiraMARANG, 10 Jun - Sebuah bot milik seorang nelayan, Awang Muhammad, 58, yang hampir karam di Jeti Sungai Marang, semalam telah berjaya dinaikkan.Kejadian sekitar jam 5.40 pagi itu disedari orang ramai dan pemiliknya sejam selepas bot berkenaan hampir karam sepenuhnya.Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Wahad Osman yang mewakili Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang memaklumkan, dengan bantuan sebuah jentolak, bot tersebut telah Berjaya ditarik ke tepi jeti untuk dibaiki.“Sedikit sumbangan dan bantuan kewangan segera telah diusahakan oleh pihak kami seperti kos bayaran jentolak untuk menarik bot naik ke permukaan,” katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) sewaktu melihat proses menaikkan bot berkenaan di lokasi kejadian. Bot yang berjaya dinaikkan ditarik ke tebing untuk dibaiki.Turut hadir, Penyelia Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng serta nelayan sekitar dan penduduk setempat.Tambah Wahad lagi, bantuan susulan akan diusahakan dan dinilai semula sebaik sahaja pemilik bot membuat laporan polis berkenaan kemalangan dan kerugian yang dialami.“Pemilik bot yang lain juga perlu berhati-hati dan lebih teliti bagi mengelakkan kejadian tersebut berulang lebih-lebih lagi pada musim angin kuat ini,” katanya.Dalam pada itu, pemilik bot berkenaan, Awang, menjelaskan bahawa bot miliknya dipercayai tenggelam akibat berlaku sedikit perlanggaran dengan bot yang diletakkan berhampiran setelah dilanda angin kuat.“Dianggarkan kerugian saya sebanyak RM 2000, iaitu bagi membaik pulih enjin api dan enjin besar yang rosak dan memohon doa semua supaya masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin,” katanya.
10 Jun 19
835
Peserta RTB Sungai Angke Terima ‘Tanah Raya’
Para peserta merakam gambar di tapak RTb yang diterima. Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 10 Jun- Impian 116 peserta Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) untuk memiliki tanah di Sungai Angke akhirnya menjadi kenyataan sekali gus memberi sinar kegembiraan buat mereka di lebaran ini.Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi Ghazali Sulaiman berkata, para peserta terharu dengan apa yang telah mereka terima setelah sekian lama berhajat memiliki tanah pertanian berkenaan."Tanah ini merupakan isu lama semenjak tahun 90-an lagi yang mana penduduk masih tidak mendapat geran dan apa-apa janji melalui sebarang surat hitam putih (dokumen rasmi)."Hasil kesungguhan penduduk dan bantuan dari semua pihak, akhirnya peserta telah diserahkan jadual satu iaitu Lesen Menduduki Sementara selama tiga tahun sebelum diserahkan geran kekal,” katanya.Ghazali melakukan 'pecah tanah' merasmikan pembukaan tapak RTB Sungai Angke.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di majlis Perasmian Pecah Tanah Tapak RTB Sungai Angke, baru-baru ini.Ghazali juga melahirkan kegembiraan berikutan masalah tersebut dapat diselesaikan dalam jangka masa yang singkat."Inilah yang diharapkan oleh rakyat. Perkembangan berkenaan tanah ini sering kali menjadi fokus dan rakyat ingin tahu sejauh mana usaha bagi menyelesaikan isu ini kerana ia merupakan janji manifesto kerajaan negeri."Alhamdulillah semoga penyelesaian ini memberi kebaikan buat peserta serta dapat mensejahterakan kehidupan mereka dengan mengusahakan pertanian yang menjadi sumber rezeki dan mata pencarian kepada penduduk disini,” katanya.
09 Jun 19
126
MB Raikan 3,000 Anak Terengganu Di Perantauan
KUALA TERENGGANU, 8 Jun - Hampir 3,000 anak Terengganu di perantauan tidak melepaskan peluang menjayakan program Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Anak Terengganu Di Perantauan di Taman Tamadun Islam, Pulau Warisan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, program yang merupakan acara berterusan dari tahun-tahun sebelumnya adalah satu langkah dan pendekatan terbaik kerajaan negeri untuk bermesra dan mendekati seluruh anak-anak perantau secara santai dan mesra."Dan bagi merapatkan lagi hubungan ini, kita akan adakan perbincangan 'round table' (meja bulat) dengan wakil-wakil mereka (perantau), dan alu-alukan idea untuk sama-sama sumbang saran pandangan dalam membantu pentadbiran negeri."Semua cadangan dan sumbangan pemikiran anak-anak perantauan ini akan diberi perhatian oleh kerajaan negeri dalam usaha memajukan negeri ini dan kita lihat bagaimana negeri boleh 'improve' pencapaian selepas itu," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas sambutan majlis berkenaan di Dewan Besar TTI, di sini semalam.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.Sementara itu, ketika diminta mengulas tentang operasi pembersihan sampah di malam Syawal baru-baru ini, Ahmad Samsuri berkata, perkara itu menjadi kebimbangan sejak dari awal apabila tiba malam raya, operasi pembersihan terpaksa dilanjutkan.Katanya lagi, pihaknya telah memberi peringatan kepada semua pihak terutama penjaja supaya menjaga kebersihan masing-masing."Tetapi saya belum berpuas hati dengan apa yang berlaku dan percaya walaupun boleh mengambil tindakan tegas tetapi kita akan terus berbincang dan berunding untuk masa akan datang."Kita faham bila musim perayaan, semua akan pulang dan jumlah sampah pula akan bertambah luar dari kebiasaan, jadi pengurusannya perlu dilihat kembali oleh operator kebersihan tentang cara gerak kerja ketika waktu puncak termasuk kaedah-kaedah baru yang boleh dilaksanakan," tambahnya.
08 Jun 19
180
PAS Alu-Alukan Pelantikan Latheefa Koya - Abdul Hadi
KUALA TERENGGANU, 8 Jun - PAS mengalu-alukan dan menyokong pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM) yang baharu untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa mulai 1 Jun lalu.Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang turut mempersoalkan sikap segelintir pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang tidak bersetuju dengan keputusan Tun Dr. Mahathir Mohamad memilih Latheefa Koya.Katanya lagi, Setiausaha Agung PAS telah pun membuat kenyataan dan juga keputusan parti."Terpulang kepada Perdana Menteri untuk pilih siapa yang dia nak, kalau kepemimpinan PH boleh pilih dia (Dr. Mahathir) jadi Perdana Menteri mengapa tak boleh setuju apabila dia pilih Latheefa?"Pelantikan itu hak Perdana Menteri. Apa yang penting ialah Latheefa perlu membuktikan kemampuannya apabila melaksanakan tugas kelak," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama Perantau 2019di Dewan Besar Taman Tamadun Islam, Pulau Warisan, di sini semalam.Turut hadir, Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Terdahulu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan mengalu-alukan pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu dan menggesa peguam itu membuktikan bahawa dia boleh melakukan tugas tanpa memihak."PAS yakin Latheefa Koya adalah seorang yang berkelayakan dan berperwatakan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut, lebih-lebih lagi beliau tidak lagi menjadi ahli mana-mana parti politik."Walau bagaimanapun beliau perlu membuktikan dengan lebih jelas bahawa beliau boleh melaksanakan tugas jawatan tersebut dengan ‘tanpa takut atau memihak’ (without fear or favour) demi memerangi gejala rasuah di semua peringkat," kata kenyataan media yang dikeluarkan oleh Takiyuddin baru-baru ini.Sementara itu, Abdul Hadi turut memberi jaminan PAS sentiasa terbuka untuk disiasat di bawah kepemimpinan baharu SPRM itu sekiranya terdapat sebarang salah laku dalam parti."PAS tidak terlibat dengan apa-apa perkara yang menyalahi undang-undang dan saya pernah buat kenyataan dahulu yang kerajaan kita di Kelantan dan Terengganu sentiasa terbuka untuk disiasat SPRM. Kita mahukan sebuah kerajaan yang bersih," katanya.
08 Jun 19
109