Artikel "Utama" Terkini
MOTAC Serah Projek Setiu Wetland Bernilai RM3.6 Juta
Isham dan Iskandar saling menyerahkan dokumen sambil diperhatikan Ariffin.SETIU, 28 Jun - Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menyerahkan Projek Pembangunan Tanah Bencah Setiu (Setiu Wetland) yang telah berjaya diselesaikan kepada Majlis Daerah Setiu (MDS) bagi meneruskan kelestarian kawasan tersebut.Projek bernilai RM3.6 juta itu merangkumi tiga rangkaian pembangunan iaitu sebuah jeti, pusat mini pelancongan dan medan ikan bakar yang memakan masa hampir dua tahun.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, terdapat dua komponen tajaan dalam pembangunan Setiu Wetland iaitu melalui Petronas dan MOTAC.Jawatankuasa yang dilantik akan mempromosikan Setiu Wetland - Ariffin."Sesi penyerahan dilakukan hari ini berikutan kunjungan MOTAC ke negeri ini walaupun ia belum dirasmikan lagi."Setelah perasmian, insya-Allah kita akan beroperasi sebagaimana dalam perancangan dankerajaan negeri akan mempromosikan serta memastikan ia lebih terjaga dengan jawatankuasa yang akan dilantik," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan tersebut di Kompleks Pusat Ekopelancongan Setiu Wetland, Kampung Pengkalan Gelap, hari ini.Setiu Wetland miliki potensi besar untuk dimanfaatkan - Isham.Projek berkenaan diserahkan Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Isham Ishak kepada Yang Dipertua MDS, Mohd Iskandar Muhammad Aziz.Turut hadir, pegawai-pegawai tinggi MOTAC serta kakitangan MDS.Setiu Wetland dijangka bakal memberi limpahan manfaat kepada Terengganu dan warga daerah itu khususnya dalam ekopelancongan.Dalam pada itu, Isham berharap, tanah bencah berkenaan akan terus dipelihara dalam memastikan pembangunan ekonomi dan sosial masyarakat seiring dengan kelestarian alam sekitar.
28 Jun 19
140
'Floating Market' Berhampiran 'Drawbrigde' Dijangka Tahun Depan - MB
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ( tengah) ketika diwawancara media di Jalan Sultan Omar semalam.KUALA TERENGGANU, 28 Jun - Kerajaan negeri akan membina 'pasar terapung' (floating market) berhampiran 'drawbridge' sebagai satu ikon pelancongan baharu di negeri Terengganu.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pasar terapung yang dijangka dibina berhampiran Muara Sungai Terengganu adalah kesinambungan kepada pusat pelancongan sedia ada termasuk Taman Tamadun Islam (TTI) dan jambatan angkat tersebut.Katanya, kerajaan negeri mengambil kira beberapa model 'floating market' dari negeri Kelantan dan Hatyai, Thailand untuk disesuaikan dengan negeri Terengganu.Tambahnya, kerajaan negeri juga sedang mengkaji kesesuaian tempat untuk pasar berkenaan supaya para peniaga dan orang ramai mendapat keselesaan sewajarnya di samping menjadi daya tarikan baharu pelancong ke negeri Terengganu.Katanya, kemungkinan besar pasar terapung itu akan diadakan tahun hadapan bergantung kepada hasil kajian tersebut."Tarikh sebenar pasar itu, kerajaan tidak boleh umumkan kerana kajian belum selesai dibuat," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung dengan perkara tersebut di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar, di sini semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman.
27 Jun 19
47
Penyatuan Ummah Mula Bersinar
Hishamuddin (kiri) mengalukan kehadiran Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Hisham (kanan) ke Majlis Hari Raya Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.KUALA TERENGGANU, 27 Jun - Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar, di sini hari ini menjadi medan pertemuan dan cetusan kemesraan antara kepimpinan PAS dan UMNO negeri sekali gus menampakkan penyatuan ummah mula bersinar.Pertemuan di majlis itu menyerlahkan hubungan sebagai rakan politik dengan niat dan hasrat mengembalikan semula kuasa Melayu Islam sebagai teraju kerajaan di Malaysia selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.Masing-masing bertekad mencapai cita-cita murni itu dengan memulakan langkah membina hubungan dan sering bertemu jika ada kesempatan berbuat demikian seperti di majlis berkenaan.Dijangka ada langkah-langkah progresif akan diambil kedua-dua belah pihak untuk merealisasikan hasrat murni itu.Kira-kira 15 ribu tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat, kaum dan parti hadir di majlis tersebut.Tengku Sri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Ibni Sultan Ismail antara tetamu kehormat turut hadir memeriahkan majlis tersebut.Antara tetamu kehormat lain yang turut hadir ialah Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, Tuan Faizah Tuan Abd Rahman serta Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Haji Yahaya Ali dan isteri, Hajah Zarani Othman.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya dan bekas Pegawai-pegawai Kanan Terengganu.Ia diikuti oleh beberapa orang pemimpin tertinggi UMNO Terengganu termasuk Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Hisham Wan Salleh dan Ustaz Ramli Noh.Mereka disambut mesra oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Husain Awang dan semua kepimpinan parti negeri itu.
27 Jun 19
40
Sambutan Aidilfitri PAS Terengganu Pertemukan Trio Wakil Rakyat Tepoh
Kemesraan terjalin antara trio wakil rakyat Tepoh, Ustaz Hishamuddin (dua dari kanan), Ustaz Ramli (tengah) dan Dr Abu Bakar (kiri) di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar Kuala Terengganu hari ini.KUALA TERENGGANU, 27 Jun - Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar, di sini hari ini mempertemukan dua orang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh dengan ADUN kawasan itu, Hishamuddin Abdul Karim.Mereka terdiri daripada Dr Abu Bakar Abdullah (PAS) dan Ustaz Ramli Noh (UMNO).Majlis itu disifatkan sebagai medan pertemuan trio wakil rakyat Tepoh sama ada yang sedang berkhidmat dan yang telah tamat perkhidmatan dengan sebab-sebab tertentu.Sementara itu, Hishamuddin berkata, beliau gembira dapat bertemu dua orang kepimpinan dalam majlis itu.Katanya, walaupun keuzuran, Dr Abu Bakar sentiasa menghadiri majlis yang dianjurkan parti pada saban tahun itu."Bekas ADUN Tepoh, Ustaz Ramli turut serta hari ini dan kedua-duanya menjadi rujukan saya bagi menyelesaikan masalah rakyat."Cuma Dr Abu Bakar agak keuzuran tetapi sentiasa memberi komitmen dan bimbingan kepada saya selama beliau berkhidmat di DUN Tepoh," jelasnya.Dr Abu Bakar yang menghidap angin ahmar hanya berupaya melaungkan takbir "Allahuakbar" tiga kali bagi menyatakan bahawa itu sahaja kemampuan beliau untuk bercakap.Ustaz Ramli ketika turut berucap di majlis itu mengakui pernah bertarung dalam pilihan raya umum dengan Ustaz Hishamuddin dan Dr Abu Bakar."Namun atas dasar taawun, kisah pertarungan politik itu diketepikan demi kebaikan bersama," ujarnya.
27 Jun 19
546
Anak Muda Terengganu Wakili Malaysia Di Rusia
KUALA TERENGGANU, 27 Jun - Anak jati Batu Rakit, Che Wan Mohamad Amierwan Che Wan Md Amin akan mewakili Malaysia dalam pertandingan World Skills di Kazan, Rusia pada 22 hingga 27 Ogos nanti.Kejohanan yang dibahagikan kepada 56 kemahiran itu menyaksikan Mohamad Amierwan bakal bertanding dalam acara ‘Wall and Floor Tiling’.Dalam acara tersebut, beliau akan berentap dengan lebih 1,400 profesional muda dari 60 negara di seluruh dunia.Pertandingan dwitahunan itu merentasi pelbagai industri kemahiran sama ada bengkel, seni pakaian, hiasan diri, elektronik dan pembinaan.Ia juga bertujuan menyediakan bakat-bakat baharu dalam sektor industri, kerajaan dan pendidikan.Bahkan turut memberi inspirasi kepada anak muda untuk mendedikasikan diri mereka kepada kerjaya teknikal dan teknologi serta membina masa depan yang lebih baik.
26 Jun 19
146
Walimatulurus Perdana 2019 Bakal Berlangsung 17 Ogos Ini
KUALA TERENGGANU, 27 Jun - Program Walimatulurus Perdana 2019 yang dijadualkan berlangsung 17 Ogos hadapan akan ditutup permohonannya pada 30 Jun ini.Program anjuran kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) turut mendapat kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan terbuka kepada rakyat negeri Terengganu yang berumur 18 tahun ke atas untuk menyertai karnival perkahwinan dengan pelbagai intensif yang ditanggung oleh YPKT.Walimatulurus Perdana ini dapat membantu pasangan pengantin terutama golongan muda memudahkan proses perkahwinan, membantu meringankan bebanan keluarga yang tidak berkemampuan dalam urusan mengadakan majlis perkahwinan anak mereka dan memperkasakan institusi kekeluargaanOrang ramai yang berminat boleh memuat turun borang melalui portal http://www.ypkt.gov.my/ dan borang yang telah lengkap diisi perlu diserahkan kepada ibu pejabat YPKT atau di pejabat YPK kawasan masing-masing sebelum tarikh tutup 30 Jun dalam beberapa hari lagi.Antara syarat permohonan mestilah pemohon dan pasangan berumur 18 tahun ke atas di mana salah seorang daripadanya rakyat negeri Terengganu dan pendapatan pemohon bersama pasangan RM3,000 ke bawah manakala pendapatan ibu bapa pemohon dan pasangan pula di bawah RM5,000.Selain itu, pemohon perlu lulus kursus Pra-Perkahwinan Modul Bersepadu Kursus Perkahwinan Islam (MBKPI) kendalian JHEAT atau agensi yang diiktiraf oleh kerajaan.Pasangan pengantin yang berjaya akan diberikan tawaran kepada setiap pasangan pada hari majlis termasuk satu set persalinan pakaian pengantin, wang caruman balik sebanyak RM1,000, khidmat juru nikah serta pakej set perkahwinan (pelamin, andaman, kad jemputan kahwin dan khidmat jurugambar).
26 Jun 19
411
10,000 Pengunjung Meriahkan Rumah Terbuka Perdana Daerah Hulu Terengganu
Dr. Ahmad Samsuri menunjukkan kepakaran mengoreng mee di Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Daerah Hulu Terengganu di Dewan Komuniti Kuala Berang semalam.HULU TERENGGANU, 27 Jun - Lebih 10,000 pengunjung membanjiri Majlis Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Peringkat Daerah Hulu Terengganu yang diadakan semalam.Pegawai Daerah, Johan Ibrahim berkata, beliau tidak menyangka ia mendapat sambutan yang begitu baik dari semua pihak termasuk jabatan-jabatan yang terlibat.“Untuk sambutan rumah terbuka, kita libatkan 25 jabatan yang ada di daerah ini dengan pelbagai menu pilihan yang telah ditetapkan dan mendapat kerjasama yang cukup baik dari semua pihak termasuk orang ramai yang datang dari segenap lapisan termasuk pemimpin setempat.“Terdapat 30 menu disediakan dan syukur ia mencukupi untuk tetamu yang hadir sejak pagi,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui selepas majlis sambutan hari raya yang diadakan di Dewan Komunitin Kuala Berang.Johan Ibrahim.Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang meluangkan masa hampir satu jam bersama rakyat.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr. Mamad Puteh, ADUN Ajil, Ustaz Maliaman Kassim dan ketua-ketua jabatan.Dalam majlis yang sama, seramai sepuluh orang yang terpilih turut menerima sumbangan hari raya berupa barangan makanan daripada Stesen Janakuasa Hidro Elektrik Sultan Mahmud Kenyir.Tambah Johan, konsep sambutan secara bersepadu merupakan yang terbaik bagi mengelakkan pembaziran termasuk menjimatkan peruntukan."Ia juga mampu mengeratkan silaturrahim dan menjimatkan peruntukan kerajaan negeri kerana setiap jabatan akan mengeluarkan peruntukan mereka sendiri untuk penyediaan menu untuk rumah terbuka perdana ini,” ujarnya.
26 Jun 19
136
Penyokong Beraya Di Stadium, Rai Kemenangan Terengganu FC
Kek 'Durian' turut jadi sajian jamuan raya di stadium.KUALA TERENGGANU, 27 Jun - Hadir menyaksikan pasukan kesayangan dalam suasana hari raya, penyokong Terengganu Football Club (TFC) memiliki cara tersendiri untuk meraikannya.Sebahagian penyokong Sang Penyu hadir ke Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) malam tadi dengan persalinan lengkap Melayu.Lebih menarik, mereka turut mengadakan jamuan hari raya di waktu rehat separuh masa serta mengagihkannya kepada penyokong dan pengamal media yang hadir.Persembahan pasukan tambah seri hari raya penyokong.Keraian tersebut juga diserikan dengan kemenangan TFC ke atas Kuala Lumpur dengan skor 3-1.Gol-gol TFC diperolehi menerusi tendangan Lee Andrew Tuck, Mohamad Mohd Faudzi dan Abdul Malik Mat Arif.Beraksi di laman sendiri, TFC mengekalkan kedudukan di tangga ketujuh liga dengan 23 mata.
26 Jun 19
632
Terengganu FC Garang Atasi Kuala Lumpur
KUALA TERENGGANU, 26 Jun - Terengganu Football Club (TFC) beraksi garang untuk mengatasi Kuala Lumpur 3-1, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.Beraksi di laman sendiri, Sang Penyu mengasak awal untuk meraih kelebihan gol.Pada minit ke-21, Ahmad Syamim Yahya berpeluang melakukan rembatan dari luar kotak penalti tetapi bola hanya melewati palang gol.Tidak lama kemudian, Mohd Nabil Ahmad Latpi pula sempat melencongkan bola dari sebelah kiri padang pada minit ke-30, namun tidak berjaya menghasilkan jaringan.Belum sempat KL menarik nafas , TFC menyerang lagi dan kali ini Nabil dijatuhkan Mohd Sharbinee Allawee dalam kotak penalti.Lee Andrew Tuck tenang menyempurnakan penalti untuk tuan rumah mendahului lawan.Bagaimanapun, empat minit kemudian, Skuad Ibu Kota berjaya menyamakan kedudukan melalui Darko Markovic yang menolak mudah bola muntah rembatan Paulo Joshue.Separuh masa pertama berkesudahan dengan 1-1.Babak kedua bermula perlahan dengan kedua-dua pasukan cuba menguasai bola yang lebih banyak berlegar di kawasan tengah padang.Anak-anak buah Nafuzi bagaimanapun berjaya memanfaatkan aksi di laman sendiri apabila Mohamad Mohd Faudzi berhasil menolak masuk bola ke gawang lawan yang berpunca daripada sepakan penjuru Lee Tuck.Memasuki minit ke- 82, Abdul Malik Mat Arif menamatkan cabaran KL dengan menjaringkan gol hasil umpanan Sanjar Shaakhmedov.TFC mengesahkan tiga mata sekali gus merapatkan jurang kepada dua mata dengan pasukan Melaka United yang berada di kedudukan ke enam liga.
26 Jun 19
410
Terengganu Sambut Baik Cadangan Laluan Penerbangan Baharu AirAsia - MB
KUALA TERENGGANU, 26 Jun - Kerajaan negeri bersetuju dengan rancangan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia Berhad (AirAsia) untuk mengkaji dan menimbangkan semula beberapa laluan penerbangan baharu di negeri ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara tersebut dibincangkan bersama Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes dalam satu pertemuan, baru-baru ini.Katanya, kerajaan negeri merasakan terdapat keperluan laluan penerbangan baharu di negeri ini bagi memberi kemudahan kepada penduduk tempatan selain merancakkan sektor pelancongan negeri.“Ada beberapa perkara kita cuba bincang untuk meningkatkan ekonomi Terengganu khususnya termasuk aspek pelancongan negeri yang mana AirAsia juga sedang mempertimbangkan untuk mengadakan laluan tambahan di satu dua destinasi negeri ini.“Ianya dalam pertimbangan dan belum dibuat keputusan lagi yang melibatkan laluan Kuala Terengganu ke Pulau Pinang, mengadakan kembali laluan Kuala Terengganu ke Johor Bahru dan yang sedang dikaji oleh mereka juga adalah laluan Kuala Terengganu ke China dan saya jangka mereka akan memberi keputusan dalam beberapa bulan lagi.“Kerajaan negeri tidak ada masalah dan sangat menghargai jika ada keperluan dan kepentingan laluan baharu ini untuk meningkatkan jumlah pelancongan dan kemudahan penduduk tempatan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak.Mengenai cadangan untuk mengadakan semula laluan-laluan tersebut, katanya, kerajaan negeri berharap ia dapat menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri ini.“Laluan-laluan ini perlu dipertimbangkan untuk diadakan semula dengan melihat potensi baharu yang ada di Terengganu sekarang ini dengan adanya Drawbridge dan tempat lain termasuk Kenyir dan sebagainya.“Namun, ianya juga perlu kepada kerjasama Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu sendiri untuk merangka dan menawarkan pakej menarik kepada pelancong,” ujarnya.
26 Jun 19
95