lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Pemilik Rumah Mampu Milik Ingkar Perjanjian Diberikan Notis
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 26 Jun - Kerajaan negeri telah mengeluarkan notis menarik balik atau menamatkan sewaan terhadap pemilik Rumah Mampu Milik (RMM) yang didakwa menyalahgunakan pemberian subsidi itu berdasarkan siasatan awal yang dijalankan di seluruh negeri ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, berikutan terdapat aduan segelintir pemilik RMM yang tidak tinggal di rumah itu sebaliknya menyewakannya kepada orang lain, kerajaan negeri melaksanakan operasi pemutihan untuk memastikan rumah berkenaan hanya diberikan kepada mereka yang layak.“RMM sekarang ini agak terhad, memang kita dalam proses merangka untuk menambah rumah mampu milik lagi.“Oleh kerana terhad, tentulah kita mahu rumah yang mereka perolehi sebelum ini adalah rumah yang digunakan dan bukannya rumah yang tinggal kosong dan disewakan pada orang lain.“Kita tidak mahu keadaan itu berlaku, sebab itulah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) diarahkan untuk melakukan siasatan dari semasa ke semasa bagi memastikan pemilik tidak menyalahgunakan untuk tujuan lain,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco, di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak.Dr Alias Razak.Sementara itu, Dr Alias berkata, tindakan yang dilakukan oleh PMINT itu adalah prosedur biasa setelah mendapat aduan dari pihak tertentu.“Ia memang prosedur biasa, bila ada aduan khususnya dari bawah tentang rumah tidak didiami contohnya bila orang tengok rumah itu kosong dan gelap, jadi mereka buat aduan kepada agensi kita (PMINT).“Jadi PMINT akan buat siasatan dan mana-mana yang didapati betul sebagaimana aduan itu, kita akan keluarkan notis tetapi masih boleh buat rayuan.“Kadang-kadang ada juga yang tinggalkan rumah itu kerana bekerja jauh. Keluar pagi Subuh dan balik lewat malam dan orang ingat dia tidak duduk di rumah jadi kita akan pertimbangkan kes sebegini,” ujarnya.Katanya, perkara tersebut akan dipanjangkan dalam mesyuarat bulan hadapan untuk dibuat pertimbangan oleh jawatankuasa khas yang dilantik.“Sekarang ini, kita cuma keluarkan notis kepada pemilik. Bila mesyuarat bulan depan baru dibuat keputusan sama ada rumah mereka ditarik atau tidak, memandangkan kita mempunyai jawatankuasa khas untuk menilai dan menimbang kes ini,” ujarnya.Tambah beliau, notis berkenaan turut dikeluarkan kepada pemilik yang didapati mempunyai bayaran bulanan yang tertunggak.
25 Jun 19
131
Empty Image
Nafuzi Percaya Kemampuan Pemain Terengganu FC
Nafuzi perbaiki aspek pertahanan pasukan. Foto - Media TFCKUALA NERUS, 25 Jun - Jurulatih sementara Terengganu Football Club (TFC), Mohd Nafuzi Zain percaya dengan kemampuan anak-anak buahnya untuk memberikan aksi terbaik menentang Kuala Lumpur, esok.Menanti kunjungan Skuad Ibu Kota di laman sendiri, Nafuzi yang kehilangan tonggak import Dechi Marcel N'Guessan akibat penggantungan, Ashari Samsuddin yang masih cedera serta Abdul Malik Mat Arif yang masih belum cergas, tidak mahu terlalu memikirkan masalah itu.“Ini bukan kali pertama berlaku. Kita sering kehilangan tonggak import dan pemain tempatan utama dalam perlawanan-perlawanan sepanjang musim ini.Sanjar hasrat ledak gol untuk bantu pasukan.“Kita kena hadapi situasi ini dan saya percaya pemain yang ada tidak boleh terlalu memikirkan pemain yang tiada,” katanya ketika ditemui pemberita dalam sesi latihan TFC di Kompleks Sukan Gong Badak, semalam.Nafuzi sebaliknya menegaskan, pasukannya lebih menumpukan untuk memperbaiki aspek pertahanan dalam persiapan perlawanan esok.“Kita tahu rata-rata pemain TFC kurang dari segi fizikal dan kita cuba mempertingkatkan fokus dan keyakinan.“Kita cuba perbaiki dan meminimumkan kesalahan dalam setiap perlawanan,” katanya.Kehadiran Lee Tuck beri kelebihan kepada TFC.Beliau juga tidak menolak kemungkinan memanfaatkan kelab ‘feeder’, TFC II dengan memanggil pertahanan dari Ukraine, Serhii Andrieiev sekiranya diperlukan.Ini berikutan TFC terpaksa melupakan hasrat menurunkan pertahanan import, Luis Gustavo Camilo yang tidak mendapat Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) daripada FIFA.“Semuanya bergantung keadaan semasa. Buat masa ini, Thierry Chanta Bin yang mengisi posisi pertahanan selesa dengan peranan barunya.“Beliau juga beraksi dengan baik dalam perlawanan menentang Perak tempoh hari,” katanya.
25 Jun 19
397
Empty Image
'Drawbridge' Bakal Dibuka Semula 1 Ogos Ini
Dr Mamad (tengah) menerangkan sesuatu ketika melawat 'drawbrigde' hari ini.KUALA TERENGGANU, 25 Jun - Jambatan Angkat atau 'Drawbridge' yang menjadi mercu ikonik baharu di negeri Terengganu dijangka akan dibuka mulai 1 Ogos ini jika tidak ada aral melintang.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh berkata, sebagai percubaan kerajaan negeri telah membuka jambatan itu untuk laluan orang ramai selama dua minggu bermula 2 hingga 16 Jun lalu.Katanya, mercu tanda ikonik itu bakal diserahkan kepada kerajaan negeri melalui anak syarikatnya, Terengganu Incorporated Properties Sdn Bhd (TIP) selepas mendapat kelulusan akhir pada hujung bulan ini.Katanya, kerajaan negeri mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak untuk menambah baik kemudahan di jambatan tersebut termasuk cadangan meninggikan pagar kawasan rehat dan membina papan iklan untuk keselamatan dan rekaan."Ini termasuk penambahbaikan kawasan hakisan ombak dengan cadangan penahanan ombak yang akan diberi tender dalam masa yang segera kerana kita bimbang jajaran ataupun laluan ke drawbrigde akan terhakis di musim tengkujuh akhir tahun ini. Permasalahan ini perlu segera ditangani dan kerajaan bercadang untuk mengangkat tender membina keperluan tersebut pada 1 Julai ini." tambah beliau.Dr. Mamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang berkata, ketika ini kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur sedang giat dijalankan termasuk membabitkan pagar, kawasan parkir, laluan basikal dan beberapa aspek lain.Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan di jambatan berkenaan hari ini.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak.Menurut beliau jambatan itu dijangka akan diserah kerajaan Terengganu melalui TIP.Katanya, jambatan angkat itu dijangka akan mendapat Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan  pada 1 Julai ini."Dalam masa peralihan ini perbincangan telah dibuat dengan TIP dijangka drawbrigde kita ini akan mendapat kelulusan akhir pada 30 Jun ini."Bermakna 1 Julai ini akan siap CFC (Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan) kemudian dibuka kepada orang awam mulai 1 Ogos depan.Katanya, kerajaan negeri mengharapkan jambatan tersebut memberi keselesaan untuk ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM).Beliau berkata, kos operasi dan penyelenggaraan jambatan ikonik negeri itu dijangka menelan belanja kira-kira RM5 juta setahun.Jambatan yang berharga RM248 juta sepanjang 638 meter dan ketinggian 12.5 meter dari aras laut itu membolehkan pengguna menjimatkan masa perjalanan tidak sampai 10 minit dari Seberang Takir, Kuala Nerus ke pusat bandar raya.Katanya, memandangkan orang ramai teruja melihat keindahan drawbridge dan mahu berhenti seketika bagi mengambil gambar maka kerajaan mencadangkan disediakan kawasan parkir manakala bagi laluan basikal pula didapati agak rumit untuk disediakan atas faktor laluan yang terhad.“Fasa kedua projek pembangunan ini membabitkan laluan dari bulatan Telok Ketapang ke LTSM dan ketika ini kerajaan negeri dalam proses perbincangan dengan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi pengambilalihan tanah dan rekaan,” katanya.
25 Jun 19
110
Empty Image
Pasar Payang 2 Sedia Beroperasi 1 Julai Ini
Dr Alias Razak melakukan tinjauan akhir sebelum Pasar Payang 2 digunakan. Foto oleh - Safwan SyakirKUALA TERENGGANU, 24 Jun - Pasar Payang 2 yang menjadi lokasi sementara bagi peniaga Pasar Besar Kedai Payang (PBKP) dan bakal beroperasi pada 1 Julai nanti berada pada tahap terbaik.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri,  Dr Alias Razak menjelaskan, gambaran dan dakwaan air memenuhi ruang pasar yang ditularkan semalam berlaku di luar kawasan tersebut.Jelasnya, struktur longkang serta aliran air di dalam pasar itu telah dipastikan berada dalam keadaan terbaik dan tidak mengalami apa-apa masalah.“Semalam ditularkan berlaku banjir di Pasar Payang ini, jadi kita adakan lawatan hari ini dan hasilnya tidak sebagaimana yang dihebohkan, bangunan ini pun belum siap sepenuhnya, proses tambah baik di tahap akhir.“Sebenarnya semalam berlaku ribut menyebabkan air luar ditolak masuk menyebabkan lantai basah sedikit, air hujan memasuki kawasan yang belum sempurna pemasangan atap, bukan berlaku banjir dan bukan sebab saliran perparitan,” jelasnya.Kata Dr Alias, segala persiapan sudah berada di fasa-fasa akhir sebelum digunakan.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan tinjauan ke Pasar Payang 2, di sini hari ini.Turut hadir, Pengarah Kesihatan Persekitaran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Che Wan Zulkifli Che Wan Jalil serta Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Terengganu Cawangan Kuala Terengganu, Zakaria Yusof.Tambah Alias lagi, sistem struktur lain yang dikatakan tidak berfungsi serta merbahaya adalah tidak benar dan ia bukanlah seperti yang disangkakan.Sebaliknya, segala sistem dan operasi pasar yang bakal digunakan secara berperingkat itu sudah bersedia sepenuhnya.“Yang ditunjukkan dalam gambar, air keluar dari tanah (lubang air buang), itu sebenarnya adalah paip untuk penyaman udara yang pergi ke longkang. Jadi adalah berlaku sedikit sumbatan dalam saluran keluar, bukan air bumi atau sungai yang terperangkap.“Semua perkara itu sudah selesai dan ia akan beroperasi (perpindahan) sebagaimana yang dirancang, insya-Allah dalam masa terdekat, 1 Julai nanti,” tambah beliau.
24 Jun 19
316
Empty Image
Manfaatkan Fasiliti TD1303 Sebaik Mungkin - MB Terengganu
Dr. Samsuri mencuba permainan video di ruangan kerja E-Sport Malaysia Terengganu di TD1303.KUALA TERENGGANU, 24 Jun - Kerajaan negeri menyeru rakyat Terenganu supaya memanfaatkan Terengganu Digital 1303 (TD1303) sebaik mungkin terutama bagi mereka yang ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan di lapangan dalam talian.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, TD1303 memiliki fasiliti yang amat baik untuk digunakan.“Memang potensi yang boleh kita kembangkan ini sangat besar untuk rakyat Terengganu sama ada daripada segi memperkuatkan peniaga-peniaga online (dalam talian) atau sebagainya.Rakyat perlu ambil peluang gunakan fasiliti yang disediakan kerajaan negeri untuk meningkatkan ekonomi diri- Dr. Samsuri.“Jadi, rakyat yang ingin meningkatkan kefahaman digital, termasuk yang ingin meningkatkan perniagaan secara online, datanglah ke sini dan gunakan fasiliti yang ada dengan baik,” katanya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika melawat bangunan berkenaan di Kampung Ladang Tok Pelam, di sini hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman serta pegawai-pegawai pejabat Menteri Besar.Beliau yang melihat sendiri perkembangan semasa di TD1303 turut berharap lebih ramai pengguna di kalangan rakyat negeri itu akan menggunakan dan mendapat manfaat daripada usaha yang dibangunkan kerajaan negeri itu.Beramah mesra bersama peserta kursus yang dijalankan oleh TD1303."Apabila komuniti perniagaan berkumpul dalam satu tempat yang sama, mereka boleh meningkatkan rangkaian dan melahirkan idea-idea baharu.“Walaupun perkembangan sebelum ini agak perlahan, saya akan berbincang dengan Exco serta pegawai yang hadir hari ini, bagaimana kita dapat pertingkatkan keadaan supaya lebih baik,” katanya.TD1303 merupakan aspirasi kerajaan negeri  untuk memperkenalkan inisiatif dan infrastruktur yang menawarkan ruang kerja efektif.‘Co-working space’ (ruang bekerja bersama) yang ditawarkan lebih menekankan aspek pembangunan komuniti dan keseimbangan serta saling berhubung dan berkongsi menjadikannya tempat menarik untuk warga komuniti mengeluarkan hasil kerja yang lebih jitu.
24 Jun 19
624
Empty Image
Terengganu Rangka Modul Bimbing ‘Mak Nyah’
Mohd Nor Hamzah.Oleh : Afif FideeKUANTAN, 24 Jun - Kerajaan Terengganu terus mengorak langkah dengan merangka modul khas untuk membimbing golongan ‘Mak Nyah’ keluar daripada dunia tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, gejala yang berlaku itu tidak mampu dibasmi dan dibersihkan hanya dalam tempoh satu tahun pentadbiran.Justeru jelasnya, kerajaan sedang merangka modul baharu untuk mengeluarkan mereka daripada budaya itu.“Kita juga sedang bergerak untuk membangunkan insan melalui beberapa perkara yang sedang disusun, modul ini melibatkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), mahasiswa (belia) dan pelajar sekolah.“Bahkan termasuk juga modul untuk ‘Mak Nyah’, golongan-golongan yang perlu kita selamatkan mereka daripada budaya songsang itu dan kita sedang bina dengan cermat,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Komples Sukan Pahang (SUKPA), Bandar Indera Mahkota, di sini semalam.Mohd Nor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung turut mengakui terdapat kekurangan dalam mengendalikan beberapa perkara demi memenuhi kehendak semua pihak.Katanya, hasrat murni kerajaan negeri untuk membina masyarakat madani tersebut harus disambut baik oleh semua agensi yang terlibat bagi menjayakan agenda berkenaan.“Saya tidak menafikan kekurangan yang ada, jauh sekali mengatakan Kerajan Terengganu yang ada pada hari ini cantik dan sempurna segala-galanya, tetapi itulah hasrat kita.“Kita telah merangka dan menyusun beberapa agenda dalam dua portfolio, iaitu pelaksanaan syariat serta pembangunan insan dan dakwah, yang pertamanya kita akan dahulukan dakwah.“Saya juga mengharapkan jabatan-jabatan agama yang ada memudahkan hasrat murni kerajaan negeri ini. Kita akan letakkan papan tanda berbetuk dakwah seperti hukum mendedahkan aurat, kebersihan dan maksiat lain yang perlu dijauhi,” tambah beliau.
23 Jun 19
108
Empty Image
300 Peserta Turun 'Pikat' Sotong Di Marang
Peserta teruja candat sotong beramai-ramai.MARANG, 23 Jun - Sekitar 300 peserta menyertai pertandingan sempena Pesta Candat Sotong Marang 2019 yang pertama kali diadakan di daerah tersebut.Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil memaklumkan, sebanyak 30 buah bot disediakan untuk program berkenaan.“Tahniah kepada Pejabat Daerah dan Tanah Marang atas usaha yang dilakukan oleh kakitangannya dalam program ini.Datuk Tengku Farok melepaskan peserta Pesta Candat Sotong 2019."Mencandat sotong ini merupakan tarikan kepada daerah Marang dan ini adalah satu inisiatif mempromosikannya sebagai satu destinasi pelancongan dalam negeri Terengganu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelepasan peserta candat di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), semalam.Hadir sama, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak serta Ketua Pengarah Eksekutif Golden Pharos Berhad, Dato' Ahmad Nadzarudin Abdul Razak.Dalam perkembangan sama, Tun Faisal menyatakan, program anjuran pejabat daerah dengan kerjasama LKIM Terengganu dan persatuan-persatuan nelayan tempatan itu adalah sebahagian daripada  agenda besar dalam mempromosi daerah Marang.“Kita menumpang nama candat sotong kerana ia telah terkenal. Tetapi, dalam masa yang sama kita memperkenalkan produk lain Marang.“Antaranya ialah Pulau Kapas yang menjadi lubuk utama candat di daerah ini serta Sungai Marang yang menarik untuk disusuri pengunjung,” katanya.Beliau juga meletakkan matlamat untuk menjadikan daerah berkenaan sebagai destinasi pelancongan terbaik.“Sekarang, Marang merupakan produk baharu pelancongan Terengganu, insya-Allah selepas setahun, kami meletakkan sasaran bahawa Marang akan menjadi destinasi utama pelancongan negeri Terengganu,” katanya.Dalam Pesta Candat Sotong 2019 yang berakhir hari ini, pasukan Hexatrand dinobat sebagai johan pertandingan apabila berhasil mendapatkan sotong dengan berat keseluruhan sebanyak 71 kilogram (kg). Manakala, pasukan Kuda Laut dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendapat tempat kedua dengan berat keseluruhan sebanyak 61.5kg serta pasukan Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (TESDEC) di tempat ketiga dengan 37.5kg.
23 Jun 19
124
Empty Image
Muktamar PAS : Kesucian Islam Terus Dipelihara - Husain Awang
Dato' Husain Awang.Oleh:Fidee AzizKUANTAN, 22 Jun - Ucapan Dasar Presiden PAS semalam membuktikan kesucian dan keagungan Islam akan terus dibela oleh parti itu.Ahli Dewan Negara, Senator Dato’ Husain Awang berkata, penekanan tentang konsep islam dalam pentadbiran sesebuah negara dan organisasi amat penting supaya unsur luar tidak membarah dalam masyarakat.Jelasnya, usaha itu penting berikutan perkembangan yang sangat membimbangkan berlaku dalam Malaysia.“Ucapan dasar merupakan benteng yang terakhir untuk mempertahankan kesucian islam dan keangungan agama Allah S.W.T.“Ucapan yang mengambarkan tentang perkembangan politik semasa dan juga langkah-langkah yang perlu diambil dan difahami oleh para perwakilan ke arah mengembalikan kedaulatan negara dan perlembangaan,” ujarnya lagiBeliau berkata demikian ketika ditemui wartawan pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA, Bandar Indera Mahkota, di sini harini.Muktamar yang berlangsung selama tiga hari itu mengumpulkan semua penggerak PAS dari seluruh negara.Ia menjadi medan bermuhasabah, melakar hala tuju dan memilih pemimpin baharu untuk menerajui parti tersebut.
23 Jun 19
187
Empty Image
Muktamar PAS : UMNO Terengganu Dipelawa Bantu Kerajaan Negeri
Mohd Nor Hamzah.KUANTAN, 23 Jun - Kerajaan Terengganu membuka ruang seluas-luasnya untuk UMNO membantu dan memperkasakan pembangunan negeri bagi memberi manfaat kepada rakyat.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, pihaknya juga menunaikan tanggungjawab tanpa bersikap pilih kasih kepada penyokong UMNO demi menjaga kestabilan politik yang wujud di negeri itu. Jelasnya, muafakat politik antara PAS dan UMNO yang sedang berjalan di peringkat pusat pastinya akan disambut baik di negeri berkenaan.“Sebagai contoh kita memberi bantuan tanpa mengira ideologi politik mereka, bahkan kita masih memberikan ruang buat penyokong UMNO yang berkhidmat dalam kerajaan sebelum ini untuk meneruskan khidmat mereka. “Kita melihat pimpinan UMNO tidak terlalu agresif, bahkan mereka memberikan pandangan yang boleh diterima, cuma saya mengharapkan supaya ahli-ahli UMNO yang berada di bawah tidak menjadi alat yang dipergunakan Pakatan Harapan (PH),” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-65 di Kompleks Sukan Pahang (SUKPA), Bandar Indera Mahkota, di sini hari ini.Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat menjelaskan, perbezaan pendapat yang ada dalam kalangan ahli PAS dan UMNO tidak seharusnya menjadi sebab untuk terus bertelagah.Sebaliknya, demi menjaga perpaduan yang telah wujud antara kedua-dua parti terbesar melayu itu, perbincangan secara bersama harus diadakan. “Sebaliknya mereka (ahli UMNO) sepatutnya cuba untuk membantu kerajaan dan kita sedia berjumpa dengan ahli UMNO bagi memberi penerangan berkaitan isu terkini kerajaan negeri dan rakyat,” tambah beliau.Semalam, muktamar meluluskan usul supaya pimpinan PAS Pusat dan Majlis Syura Ulama memeterai perjanjian politik dengan UMNO.
23 Jun 19
103
Empty Image
PAS Dapat Kerjasama Dari Kerajaan Pahang
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man.Oleh: Nasir AbdullahKUANTAN, 23 Jun - PAS mendapat manafaat dari taawun dengan Umno apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) Pahang membuka untuk mendapat kerjasama dengan semua agensi kerajaan negeri itu.Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man berkata,  berpegang prinsip sebagai parti yang bersikap terbuka sedia bekerjasama dengan semua pihak demi menjayakan cita-cita perjuangan dan membina masyarakat berteraskan Islam.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Muktamar Tahunan Ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA di Bandar Indera Mahkota di sini hari ini. Menceritakan taawun siasi dengan UMNO beliau mendedahkan bahawa dalam satu mesyuarat bersama  PAS-UMNO, tiga perkara telah dibentuk dan mendapat persetujuan bersama.Ini termasuk yang pertama, bertanding satu lawan satu berdasarkan tempat parti popular mudah menang bertanding dalam mana-mana pilihanraya.“Yang kedua, kita bersetuju di mana-mana sahaja isu yang melibatkan kepentingan Islam dan umatnya perlu ada kemuafakatan untuk penyelesaian isu tersebut," terang beliau.Manakala yang ketiga kataya, bersepakat untuk menangani isu parlimen bersesuaian dengan dasar parti.“Jika taawun ini dapat diteruskan, maka akan banyak lagi faedah  yang bakal diterima bukan sahaja parti tetapi sudah tentunya rakyat,” jelasnya.
23 Jun 19
48