lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Sekolah Menengah Teknik Terengganu Harum Nama Negara Di Mata Dunia
KUALA NERUS, 2 Julai - Terengganu terus mengungguli carta dalam bidang pendidikan apabila Sekolah Menengah Teknik Terengganu (SMTT) mengharumkan nama negara dengan kemenangan pingat emas di pertandingan 'International Science and Invention Fair' di Bali, Indonesia.Pertandingan yang berlangsung pada 21 hingga 25 Jun itu berjaya menjadi platform pelajar SMTT menonjolkan potensi diri mereka di peringkat antarabangsa sekali gus membuktikan keupayaan anak Terengganu di persada dunia.‘Flat Earth Smart Kit’ hasil ciptaan lima pelajar iaitu Zureen Sofea Zairon, 16, Khairul Adha Azmin Arifin, 16, Muhammad Amir Hakim Radin, 16, Wan Muhammad Haikal Wan Kamri, 16, dan Muhammad Muqarrabin Muhammad Rushdi, 16, berjaya menerima pengiktirafan pingat emas dan menewaskan wakil dari 10 buah negara.Pengetua SMTT, Mohd Nasri Abdullah berkata, beliau tidak pernah menjangka akan memenangi pertandingan itu dan amat berbangga dengan pencapaian sekolah tersebut apabila berjaya menerima pingat emas dalam pertandingan di peringkat antarabangsa.“Hasil ciptaan dikenali sebagai Flat Earth Smart Kit dalam bentuk permainan yang selari dengan pembelajaran abad ke-21 yang merupakan cetusan idea guru dan pelajar SMTT ini dibantu banyak pihak termasuklah Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan Alumni SMTT serta Politeknik Kuala Terengganu.“Atas komitmen diberikan semua termasuk komuniti sekitar, ia memberikan kami keyakinan tinggi dan akhirnya membuahkan kejayaan,” katanya dalam satu sesi temuramah bersama ManisFm, di sini hari ini.Sementara itu, guru pembimbingnya, Zainorashikin Abdul Rahman pula berkata, kejayaan dalam penyertaan kali pertama itu diharap dapat dijadikan suntikan semangat kepada pelajar SMTT untuk terus meraih kejayaan cemerlang pada masa akan datang."Sebenarnya idea ini dicetuskan oleh tuan pengetua (Mohd Nasri). Beliau telah memberi kepercayaan kepada saya untuk membawa inovasi ini melalui subjek Matematik dengan tajuk bumi sebagai sfera."Flat Earth Smart Kit ini merupakan produk memudahkan pelajar untuk mengira beza sudut antara dua titik pada permukaan bumi dan sistem yang dicipta itu turut dilengkapi dengan sistem hologram," katanya yang juga terpilih sebagai juri terbaik kejohanan.Lebih utama, kata Zainorashikin, Flat Earth Smart Kit merupakan bahan bantu mengajar yang boleh dimainkan oleh semua peringkat pendidikan yang mana konsep asalnya  bertemakan Matematik.
01 Jul 19
1685
Empty Image
Terengganu Sambut Baik Idea Pembangunan Pelancongan Negeri
Ariffin beramah mesra bersama penggiat pelancongan yang hadir.KUALA LUMPUR, 1 Julai - Kerajaan negeri menyambut baik idea-idea dan cadangan yang dikemukakan pelbagai pihak untuk meningkatkan  penjenamaan pelancongan negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri menzahirkan ucapan terima kasih atas percambahan pandangan dan respon yang diperoleh."Hari ini, walaupun dengan masa yang terhad, kami dapat mendengar beberapa pandangan dan respon ringkas yang menarik.Tourism Talk tampilkan panel-panel berkredibiliti mengupas potensi pelancongan Terengganu."Kami akan menggunakan pengalaman dan pandangan pakar-pakar pelancongan ini demi pelancongan negeri Terengganu," katanya ketika ditemui pemberita.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Beautiful Terengganu sempena Tourism Talk di D'Saji Titiwangsa, hari ini.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Ab Rasid Jusoh serta wakil-wakil Tourism Malaysia dan badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan pelancongan.Jamuan turut diadakan bagi meraikan Syawal yang masih ada.Ariffin memberitahu, kerajaan negeri bersedia memperbaiki isu-isu yang diutarakan berkaitan industri berkenaan dalam usaha memaksimumkan sumber negeri sebagai produk pelancongan."Kita juga akan mengadakan bengkel-bengkel dengan memanggil pakar-pakar seperti ini untuk mencambah pandangan dari masa ke masa," katanya.
01 Jul 19
52
Empty Image
‘Suasana Pendidikan Sekarang Tidak Sama Macam Dahulu’ - Satiful Bahari
Satiful Bahari Mamat.Oleh : Amiirullah MansorKUALA TERENGGANU, 30 Jun – Perbezaan suasana pendidikan pada zaman ini dengan zaman dahulu telah membawa banyak perubahan dalam cara mendisiplinkan pelajar.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pengajian dan Pendidikan Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat berkata, perubahan ketara itu memerlukan kebijaksanaan warga pendidik untuk mencari langkah terbaik bagi mendidik pelajar. Jelasnya, cara pengajaran yang berkesan bukan hanya tertumpu kepada luaran semata-mata tetapi juga merangkumi pembinaan rohani.“Zaman kita sekolah dahulu guru-guru ni memang garang bahkan lebih garang daripada ayah kita, tetapi harini kita dapat lihat dalam media-media berkaitan guru yang disaman kerana ingin mendisiplinkan pelajar.“Jika isu ini berlarutan, guru itu akan hanya memindahkan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi bukan perasaan dalaman (spiritual),” katanyaBeliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Anugerah Program Penajaan Pendidikan PETRONAS 2019 di Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP), Kampung Merabang Panjang, di sini semalam.Raiha Azni Abd Rahman.Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman dan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.Beliau yang juga merupakan ADUN Paka mengulas, rakyat negeri Terengganu lebih ramai memilih penajaan PETRONAS berbanding Kerajaan Negeri.“Walaubagaimanapun begitu, kita (Kerajaan Negeri) mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberi bantuan bagi penajaan anak-anak Terengganu,” ujarnya.Sementara itu Naib Presiden Kanan, Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PETRONAS, Dato' Raiha Azni Abd Rahman yang turut hadir berkata, para pelajar diharapkan dapat memanfaatkan segala ilmu yang dipelajari nanti.“Semoga penajaan ini dapat membantu kalian menimba ilmu dan mengharumkan nama negeri Terengganu seterusnya menjadi pewaris kepada negara.“Kami (Petronas) memandang tinggi pengorbanan ibu bapa yang sanggup mengorbankan tenaga dan harta bagi kejayaan anak - anak mereka,” katanya.Dalam majlis itu, seramai 40 orang anak Terengganu yang menerima anugerah Penajaan Pendidikan PETRONAS (PESP) 2019  mnerupakan pelajar cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 lalu.
29 Jun 19
198
Empty Image
'Isytiharkan Judi Sebagai Jenayah' - Ahli Parlimen Kuala Nerus
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.KUALA NERUS, 30 Jun - Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mendesak Kerajaan Persekutuan supaya menyelaras dan mengetatkan semua undang-undang perjudian sekaligus mengisytiharkannya sebagai suatu aktiviti jenayah di masa hadapan.Beliau berkata, tindakan tersebut selari dengan apa yang disifatkan Allah sebagai perbuatan kotor dari amalan Syaitan."Saya mendesak kerajaan persekutuan supaya menyelaras dan mengetatkan semua undang-undang yang berkaitan dengan perjudian di negara ini ke arah menjadikan aktiviti ini sebagai suatu jenayah pada masa hadapan selari dengan apa yang Allah sifatkan perbuatan itu sebagai kotor dari perbuatan Syaitan," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan medianya hari ini.Menurut Dr Mohd Khairuddin, judi sama ada secara berlesen atau tidak, tetap haram dan salah dalam semua agama mahupun budaya kemanusiaan. "Saya mengelak menggunakan istilah "judi haram" yang selalu digunakan oleh media bagi merujuk kepada "judi tidak berlesen" untuk mengelakkan salah faham masyarakat bahawa hanya judi tidak berlesen adalah "haram", manakala yang berlesen pula adalah "halal"," jelasnya. Degan itu beliau mengucapkan sekalung tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana berjaya menahan 14,759 individu termasuk menangkap 92 pengendali premis serta merampas RM3.8 juta dan 10,361 peralatan dalam serbuan ke atas 8,775 premis judi tidak berlesen sejak Januari lalu di seluruh negara.Usaha dan kejayaan itu katanya, dilihat selari dengan komitmen yang disuarakan oleh Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Seri Abdul Hamid Bador untuk membanteras jenayah judi di negara ini.Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa aktiviti perjudian tidak berlesen itu akan terus wujud jika industri perjudian di negara ini terus subur kerana diberikan lesen kebenaran bagi membolehkan Kerajaan mengutip cukai tertentu daripadanya."Cukai itu menyumbang pendapatan yang besar kepada negara. Perolehan cukai tidak menghalalkan aktiviti judi yang haram pada agama meskipun halal pada undang-undang negara malah ia menjadi baja menyuburkan judi tidak berlesen pula."Tidak sepatutnya kebenaran diberikan bagi menjalankan aktiviti itu secara sah di sisi undang-undang untuk memenuhi kehendak dan hak sebilangan orang dan dibiarkan sehingga merosakkan masyarakat dan negara.," tegasnya.Katanya, ungkapan “judi ibu segala jenayah” seperti yang disifatkan oleh KPN sewajarnya diberikan perhatian serius dan difahami ketika mentakrifkan semua bentuk perjudian tanpa mengambil kira sama ada ia dijalankan secara berlesen atau pun tidak.
29 Jun 19
66
Empty Image
Hati-Hati Dengan Sindiket Penipuan Melibatkan RMM
Lapan penerima RMM Paya Lawas bergambar bersama Ghazali selepas menerima kunci rumah masing-masing Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 30 Jun- Orang ramai yang ingin memohon Rumah Mampu Milik (RMM) dinasihatkan supaya berhati-hati dari terjebak dalam sindiket penipuan yang dijalankan oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab. Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata beliau telah menerima aduan beberapa individu di DUN berkenaan yang terlibat menjadi mangsa penipuan kerana keperluan yang mendesak demi memliki rumah.“Pihak yang menipu ini meminta sejumlah amaun memberi jaminan bahawa mempunyai jalan dan cara untuk mendapat RMM."Jadi suka diperingatkan agar berhati-hati dengan mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab ini. Sebagaimana contoh RMM Paya Lawas mereka mendakwa bahawa ada jalan bagi membantu untuk mendapatkan rumah berkenaan," jelas beliau.Beliau berkata demikian ditemui pihak media, selepas Majlis Pengundian LOT, Tandatangan Perjanjian dan Serah Kunci Rumah Mampu Milik Paya Lawas, di Bukit Besi, baru-baru ini.Menurut Ghazali lagi, orang ramai perlu memastikan sumber yang diperolehi adalah tepat berkaitan RMM berkenaan dan lebih malang menurutnya, ada yang sanggup membayar pendahuluan kerana diberi keyakinan akan dapat memiliki rumah berkenaan."Jadi, kasihanlah kerana sikap tidak berhati-hati apabila sudah tersedar ditipu baru menemui kita, sedangkan sudah terlambat apa yang terjadi tiada pun dalam pengetahuan kita," jelasnya.Tambahnya, ada juga pihak yang menjaja namanya sebagai Pegawai Penyelaras DUN dengan mengatakan bahawa mempunyai pertalian rapat dan boleh memujuk bagi mendapatkan rumah."Nasihat saya agar bertemu dan mendapat penjelasan daripada Pihak Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) untuk mengetahui segala perkara dengan lebih lanjut dan tepat," ujar beliau.Dalam pada itu, lapan orang pemohon RMM Paya Lawas yang telah sekian lama memohon telah diserahkan kunci bagi mendiami kediaman berkenaan apabila telah cukup syarat yang dikehendaki oleh PMINT dan telah pun hadir temuduga." Jika dikira, RMM Paya Lawas ini sudah penuh dan tiada lagi kekosongan, namun kerana adanya pemilik yang melanggar syarat sebagaimana yang ditetapkan maka berlaku pemutihan."Antara syarat yang telah dilanggar ialah ialah menyewakan rumah berkenaan kepada orang lain, tidak menduduki, sudah memiliki rumah kerana diantara kriteria bagi mendapatkan RMM adalah benar-benar golongan miskin, mempunyai tangunggan ramai serta benar-benar ingin mendiami dan menduduki.Lapan orang yang dapat ini dikira bertuah kerana berada didalam senarai menunggu semenjak sekian lama," jelas Ghazali lagi.
29 Jun 19
183
Empty Image
PKR Terengganu Perlu Sedar Diri
Ustaz Mohd Nor Hamzah.KUALA TERENGGANU, 30 Jun - Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu seharusnya menjadi jaguh dalam isu-isu negara, bukannya menyibukkan diri dengan urusan parti-parti lain.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, ia berikutan tindakan parti tersebut yang mempertikai 'taawun siyasi' (kerjasama politik) PAS dan UMNO dengan mendesak kedua-dua parti menyerahkan kerusi masing-masing, kononnya tanda pembuktian kerjasama yang dijalinkan."Sebab apa PKR sibuk dengan urusan parti lain? Pimpinan PAS dan UMNO tahu mengurus strategi dan polisi dalam taawun siyasi ini. PKR urus parti sendiri dulu, biar tersusun dan bersatu padu."PKR Terengganu sepatutnya berfikir untuk membawa pembangunan di negeri-negeri pembangkang yang menjadi sebahagian tanggungjawab Kerajaan Pakatan Harapan (PH) termasuk Terengganu."Mereka sepatutnya sibuk dengan apa idea pimpinan PH Terengganu untuk kepentingan rakyat negeri ini, khususnya agensi di bawah PH seperti KETENGAH, FELDA dan lain-lain," tegasnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita semalam, mengulas tentang kenyataan Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail dan desakan parti berkenaan dalam kerjasama PAS dan UMNO."Tolong desak Kerajaan PH supaya tunai janji-janji manifesto bagi menunjukkan keikhlasan dalam janji dan menunaikan amanah."PKR Terengganu juga sepatutnya menjadi jaguh untuk menunjukkan keikhlasan memperjuangan kepentingan rakyat dan mendesak Kerajaan Persekutuan membayar hutang-hutang Kerajaan Persekutuan kepada negeri," tambahnya.
29 Jun 19
492
Empty Image
YBEX Latih Belia Kuasai Bidang Usahawan
Wan Sukairi Wan Abdullah.KEMAMAN, 29 Jun - Program Youth Business Expo 2019 (yBEX 2019) yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Terengganu berjaya membantu belia di negeri itu menguasai bidang keusahawanan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pelaksanaan program itu memberi ruang dan peluang kepada usahawan muda menonjolkan bakat serta kebolehan dalam bidang tersebut.Ujarnya, ilmu baharu yang diperolehi juga bakal  menguatkan lagi kemahiran mereka untuk menguruskan perniagaan, secara tidak langsung ia membantu mengurangkan masalah sosial dan pengangguran dalam kalangan belia."Program ini sebenarnya telah memberi impak yang sangat besar kepada usahawan-usahawan belia di Terengganu yang berumur 40 tahun ke bawah."Saya sangat berharap agar program ini dapat diteruskan dan diperluaskan ke daerah-daerah lain supaya manfaat ini turut dirasai oleh usahawan muda yang lain," katanya.Beliawanis yang berjaya dalam 'Youth Deco Challenge'.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutup program itu di Dataran Padang Astaka, Chukai, di sini hari ini.Turut hadir, Pengarah Cawangan Kepimpinan Sahsiah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Zurihanmi Zakariya, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Terengganu, Mohd Soufi Mohd Ibrahim dan Pengerusi Majlis Belia Terengganu, Amirullah Othman.Wan Sukairi turut berpesan kepada semua usahawan muda yang baharu dan telah menceburi industri itu supaya mengambil peluang dalam program tersebut untuk membina lebih banyak jaringan perniagaan.Katanya lagi, setiap anak muda perlu bersikap jujur dalam perniagaan jika mahu bergelar usahawan berjaya."Ambil juga kesempatan dalam program ini untuk bertukar-tukar idea, pengalaman serta ilmu yang sepatutnya dimiliki oleh semua usahawan belia dan beliawanis."Dan sudah tentulah contoh usahawan terbaik yang patut menjadi ikutan ialah Nabi Muhammad S.A.W, baginda telah membuktikan kejayaan baginda menguruskan perniagaan apabila didasari dengan sifat jujur dan amanah," tambah beliau lagi.Bakat anak muda dalam industri E-sport turut dibangunkan.Program yang bermula pada 27 hingga 29 Jun itu menyediakan platform jaringan perniagaan efektif dengan menyampaikan maklumat terkini berkaitan peranan kerajaan serta swasta  untuk membangunkan usahawan belia.Selain gerai jualan, pameran produk, idea dan inovasi terkini dalam bidang tersebut turut diketengahkan dalam program itu bagi meningkatkan kreativiti belia.
29 Jun 19
80
Empty Image
'Kejar Kekayaan, Alam Sekitar Jangan Diabai' - Dr Alias Razak
Dr. Alias RazakKEMAMAN, 29 Jun - Kerajaan Terengganu memberi peringatan kepada semua pemain sektor industri di negeri itu supaya mematuhi syarat operasi bagi menjaga kelestarian alam sekitar.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak menegaskan, wujud segelintir pengusaha syarikat yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata tanpa menghiraukan kerosakan alam semula jadi.Jelasnya, ketiadaan sikap menyayangi dan memelihara alam sekitar itu boleh membawa kemusnahan dan bencana kepada manusia itu sendiri."Pelepasan 'efluen' yang tidak mengikut peraturan ditetapkan dan pelupusan haram buangan toksik juga menyebabkan kerosakan di muka bumi ini."Sektor industri digalakkan untuk lebih proaktif menjalankan operasinya dengan penggunaan teknologi bersih dan menerapkan elemen bersih dalam proses pengeluaran masing-masing, secara tidak langsung dapat mengurangkan pencemaran," ujar beliau.Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Hari Alam Sekitar Sedunia Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Sivik Kertih dan Kampung Baru Kemasik, di sini hari ini.Hadir sama, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Terengganu, Ramli Abd Rahman, Pegawai Daerah Kemaman, Osman A. Bakar, Ketua-Ketua Jabatan serta pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi.Sementara itu, Alias turut menggesa masyarakat agar tidak bersikap acuh tidak acuh terhadap penggunaan bahan peribadi terutamanya dalam aspek pembuangan sampah.Katanya, kerosakan alam sekitar akibat tangan manusia merugikan kerajaan dan rakyat Terengganu sendiri."Masyarakat boleh membantu kerajaan dengan mengamalkan gaya hidup lestari seperti penggunaan alat elektrik yang efisien, mengurangkan penjanaan buangan menerusi konsep Recovery, Recycling, Reuse, Reduction (4R) dan tidak melakukan pembakaran terbuka."Jika ini tidak dijaga, dana ataupun kos yang sepatutnya diperuntukkan pada kebajikan rakyat terpaksa dipotong dan dikurangkan bagi memulihkan kembali kerosakan alam sekitar yang berlaku," tambahnya.
29 Jun 19
478
Empty Image
30 Julai Cuti Am Tambahan Sempena Hari Pertabalan Agong
Foto ihsan - BernamaKUALA LUMPUR, 29 Jun - Kerajaan mengumumkan hari Selasa, 30 Julai 2019 sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ismail Bakar berkata demikian menerusi satu kenyataan di laman Instagram peribadinya, semalam.“Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan supaya Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI pada Selasa, 30 Julai 2019,” kata Ismail dalam kenyataan itu.Katanya lagi, perkara ini dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Perlepasan Am 1951, Akta 369 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.“Bagi kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil mengikut undang-undang negeri masing-masing,” tambah beliau.
28 Jun 19
138
Empty Image
RM1.4 Juta Untuk 600 Persatuan Belia Terengganu - MB
KEMAMAN, 28 Jun - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM1.4 juta untuk Tabung Pembangunan Belia Terengganu (TPBT) dengan memberi manfaat kepada 600 persatuan belia pelbagai peringkat.Demikian diumumkan Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika merasmikan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman, di sini hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan  Timbalannya, Hishamuddin Abdul Karim.Sempena hari berkenaan, Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Persatuan Belia Sepakat Kampung Tebakang Marang kerana telah merangkul Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Kebangsaan bagi kategori Pertubuhan Belia Tahun 2018."Ucapan tahniah dan syabas juga kepada adik Dailami Daniel Mat Nor dari daerah Hulu Terengganu kerana memenangi Anugerah Khas Kategori Emas Remaja Perdana Peringkat Kebangsaan."Kejayaan ini membuktikan bahawa persatuan belia merupakan satu organisasi yang diberi sokongan oleh kerajaan," jelasnya.Bagaimanapun, beliau berharap agar persatuan belia terus memainkan peranan mereka sebagai sebuah organisasi yang menjadi penyambung antara golongan belia dan masyarakat."Ini bertujuan untuk menghasilkan program-program yang berkualiti dan berimpak tinggi kepada belia," ujarnya lagi.Sehubungan itu, katanya, dalam usaha membentuk keperibadian diri yang luhur dan terpuji, golongan belia harus mendekatkan diri, mempelajari dan memahami al-Quran dan as-Sunnah serta melibatkan diri dengan kerja-kerja kebajikan, kemasyarakatan dan kesukarelawan."Malah Profesor Yusof Al-Qaradhawi menyatakan pemuda pemudi Islam yang berhemah tinggi adalah mereka yang membaca al-Quran dan mempelajari Sunnah al-Nabawiyyah."Jelasnya, melalui pendekatan diri kepada kitab suci al-Quran, golongan belia akan dapat membentuk sifat mementingkan ilmu pengetahuan, suka beramal dan hidup berjemaah yang kukuh," tambah beliau.
28 Jun 19
32