Artikel "Utama" Terkini
Padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Kini Dalam Proses Baik Pulih
Keadaan padang SSMSZA pada 2 Julai 2019- foto oleh terengganufc.com KUALA NERUS, 4 Julai - Proses penukaran dan baik pulih padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kini berjalan lancar mengikut masa yang telah ditetapkan dan dijangka sedia digunakan pada Oktober 2019.Projek baik pulih padang di stadium ini telah ditaja oleh Malaysia Football League (MFL) dalam usaha pihak MFL membantu pasukan-pasukan yang beraksi di Liga Malaysia untuk mendapatkan kemudahan dan bantuan bagi membaiki dan menaiktaraf venue perlawanan masing-masing.Projek perintis pertama MFL ini merupakan satu jalinan kerjasama selama ini serta komitmen Terengganu FC untuk menjadi sebuah Kelab Bolasepak professional di dalam Liga Malaysia dan bakal bergerak dengan projek membantu menaiktaraf pusat latihan yang bersesuaian untuk Terengganu FC dimasa akan datang.Menurut satu kenyataan dalam laman rasmi terengganufc.com, kerja-kerja awal telah dijalankan pada 09 April 2019 oleh kontraktor yang dilantik dan mengambil masa lima hingga enam bulan menggunakan rumput jenis rumput Bermuda Princess 77. Mengikut laporan yang telah diberikan oleh syarikat yang telah menjalankan projek baik pulih ini, mereka menyatakan kesemua kerja-kerja baik pulih padang stadium ini berjalan baik termasuk memastikan sistem saliran air berada dalam keadaan baik dan semestinya proses penanam benih rumput baru yang akan memberikan nafas baru bagi permukaan padang ini.Sementara itu, Terengganu FC serta Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail (Tunku Mahkota Johor) selaku Pengerusi MFL yang memberikan nafas baru kepada Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) untuk kembali digunakan bagi perlawanan tertinggi Liga Malaysia.Jika projek penukaran padang pada tahun ini berjaya, Stadium Sultan Mizan akan menjadi venue pasukan utama (TFC) mulai musim 2020.
04 Jul 19
1678
'Ubi Muda' Terengganu Laung Amaran Kebangkitan
Skuad Terengganu FC IV. Foto ihsan We Bleed Black And White.KUALA NERUS, 4 Julai - Skuad Terengganu FC IV (TFC IV) melaungkan amaran untuk terus bangkit selepas kekalahan pertama tempoh hari.Pemain utama pasukan TFC IV, Faris Ikhmal Mamat, 19, berkata, tewas kepada Selangor B-19 selepas 15 perlawanan menyedarkan mereka untuk sentiasa fokus dalam setiap perlawanan.Ujarnya, walaupun masih menghuni tangga teratas kumpulan B dalam saingan Piala Belia 2019, skuad ‘ubi muda’ Terengganu itu akan terus berwaspada dengan ancaman pasukan lain.“Selepas ini kami akan menentang pasukan Pulau Pinang B-19, kami berharap agar kami dapat meningkatkan motivasi dan terus bangkit untuk mencipta kejayaan.“Semoga kekalahan pertama baru-baru ini kepada Selangor mengajar dan menunjukkan beberapa kelemahan yang perlu kami baiki sebelum berdepan Pulau Pinang pada 7 Julai,” katanya. Dia berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Ramah Mesra Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri bersama Atlet Terengganu di Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), di sini hari ini.Faris Ikhmal Mamat.Bercakap tentang skuad 'abang', Terengganu FC I, Faris berharap agar pasukan kendalian Nafuzi Zain itu meneruskan rentak kemenangan.Selepas berjaya menidakkan cabaran Kuala Lumpur baru-baru ini, semangat untuk merebut tangga teratas liga super pastinya meningkat.“Kepada TFC 1, semoga terus mencipta kemenangan, buat yang terbaik, atas padang pemain mesti melaksanakan segala arahan jurulatih,” tambah faris.Untuk rekod, TFC IV berjaya mengutip 40 mata daripada 15 perlawanan sekaligus berada di tempat pertama kumpulan B meninggalkan Perak di tangga kedua.Manakala dalam kumpulan A, pasukan PKNS FC B-19 terus menjarakkan diri daripada UITM FC B-19 dengan mengumpul 33 mata.
04 Jul 19
208
Terengganu Berhasrat Jadi Negeri Kuasa Sukan Utama Malaysia
Wan Sukairi (kiri) sibuk melayan atlet Terengganu di Majlis Temu Mesra Bersama Exco itu di Dewan Serbaguna MSNT Kuala Nerus.KUALA NERUS, 4 Julai - Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan Terengganu sebagai negeri kuasa sukan utama di Malaysia dengan mempertahankan kejuaraan Sukan Malaysia (SUKMA) di Johor tahun depan.Justeru Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata untuk itu para atlet Terengganu perlu memperkuatkan tekad serta konsisten menjaga kualiti dan prestasi sukan untuk mencapai matlamat tersebut.Sekaligus beliau menasihatkan semua pengurus sukan negeri tidak membiarkan permasalahan dalaman atau luaran berlarutan sehingga merosakkan mutu sukan atlet Terengganu.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Temu Mesra bersama Exco Pembangunan Sukan, Belia dan NGO negeri di Dewan Serbaguna Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) di sini hari ini.Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan. Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Ustaz Hishamuddin Abdul Karim, Mufti negeri, Dato’ Dr Zulkifly Muda dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) Ibni Amin Busu.Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah.Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, kerajaan negeri akan mencungkil bakat baru dari kampung, taman sehingga ke bandar dalam Sukan Negeri Terengganu (SUTERA) yang bakal diadakan pada bulan September ini bagi mengekalkan prestasi Terengganu sebagai negeri kuasa sukan utama di negara ini.SUTERA dijangka akan diadakan di beberapa tempat terpilih yang akan diumumkan kemudian bermula 5 hingga 9 September ini.Katanya, untuk itu di samping keazaman kental dipertahankan di kalangan atlet Terengganu, mereka juga perlu terus konsisten untuk mencapai kejayaan dalam sukan sama ada di peringkat negeri, kebangsaan dan antara bangsa.Dengan konsisten memboleh atlet menghadapi segala rintangan dengan mudah seperti seseorang yang konsisten mengangkat binatang ternakan yang besar sejak dari kecil sehingga berumur dua atau tiga tahun."Walaupun berat ketika berumur tiga tahun tetapi seseorang itu berjaya berbuat demikian kerana dia mula mengangkat binatang itu setiap hari sejak dilahirkan dari perut ibunya sehingga usia berkenaan."Begitu juga dengan aktiviti sukan, tidak mustahil atlet Terengganu berupaya berbuat demikian dan sekaligus mempertahankan kejuaraan dalam SUKMA Tahun 2020 nanti," katanya.
04 Jul 19
41
Golden Pharos Glass Menang Anugerah Brand Laureate 2018/2019
Kuala Lumpur, 4 Julai – Golden Pharos Glass Sdn Bhd (GP Glass), anak syarikat Golden Pharos Bhd, berjaya memenangi anugerah Brand Leadership dalam acara berprestij Brand Laureate 2018/2019.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Golden Pharos Berhad, Dato’ Nadza Abdul berkata kemenangan GP Glass mendapat anugerah tersebut merupakan satu pengiktarafan yang tinggi terhadap kualiti produk yang dihasilkan.Jelasnya, syarikat pengeluar kaca anak syarikat kerajaan negeri Terengganu itu memenangi anugerah dalam kategori Manufacturing Laminated and Tempered Glass.“Ini jelas membuktikan bahawa GP Glass adalah jenama produk kaca yang terkenal lagi dipercayai.“Kami yakin dengan pengiktirafan yang diberikan ini mampu membuka peluang kepada GP Glass untuk pasaran yang lebih luas,” katanya dalam satu kenyataan rasmi Golden Pharos Berhad hari ini,Anugerah tersebut diterima oleh Dato’ Nadza Abdul yang disampaikan oleh Pengerusi Lembaga Asia Pacific Brands Foundation Tan Sri Rainer Althoff dan Presidennya Dr KK Johan.Sementara itu, Pengurus Besar GP Glass, Stanley Lau Chan Ming berkata penganugerahan yang diterima ini sudah mencapai satu lagi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang telah ditetapkan oleh pengurusan tertinggi Kumpulan GPB terhadap syarikat tersebut.“Kami akan terus melihat ke hadapan untuk memastikan syarikat ini akan dapat bersaing dengan pengeluar-pengeluar yang lain bagi menjana keuntungan yang berpanjangan kepada syarikat dan Kumpulan GPB amnya,” katanya lagi.
03 Jul 19
653
PAS Terima Baik Pengisytiharan Harta
Haji Ahmad Amzad Hashim.KUALA TERENGGANU, 3 Julai - Setakat ini semua kenyataan dari PAS memang menerima baik pengisytiharan harta. Ahli Parlimen Kuala Terengganu Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, kenyataan-kenyataan ini boleh dilayari di internet serta media massa. "Banyak kenyataan (dibuat) termasuk kenyataan daripada YAB Dr Ahmad Samsuri Mokhtar Menteri Besar Terengganu dan YAB Dato’ Haji Ahmad Yaakob Menteri Besar Kelantan."Cuma menurut usul yang dibawa kelmarin (Isnin) jelas menunjukkan kesannya terhad dalam lingkungan Kuasa Speaker Dewan Rakyat kerana ada yang boleh memanipulasi proses."Misalnya YB Jelutong yang memindahkan dulu harta ke pihak ketiga sebelum isytihar harta seperti dijelaskan oleh Dato Liew Vui Keong, Menteri Undang- Undang ketika sesi penggulungan kerana itu pengisytiharan menunjukkan aset dia tiada," ujarnya.Tambah pula katanya, ada beberapa perkara yang dipohon untuk diperhalusi misalnya keselamatan keluarga Ahli Parlimen jika aset mereka didedahkan kepada orang ramai kerana wujudnya manusia yang jenis cemburu dan dengki tidak dapat melihat orang mempunyai lebih harta dari mereka."Disitulah timbul soal YB Kubang Kerian Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man membaca hadis di mana tak digalakkan memberitahu orang ramai nikmat yg Allah berikan kerana ada yang sifatnya pendengki," ujarnya ketika mengulas usul parlimen mengenai pengisytiharan harta di kalangan ahli parlimen, di status facebooknya semalam.Tambahnya lagi pada asasnya , kewajipan mengisytiharkan harta sepatutnya hanya kepada mereka yang diberi kuasa eksekutif kerana terdapat ruang untuk melakukan rasuah. "Mereka itu ialah para Menteri , Timbalan Menteri serta mereka yang memegang jawatan dalam Kerajaan."Usul untuk mewajibkan semua sekali Ahli Parlimen dikatakan bertujuan memberikan persepsi kepada rakyat bahawa ahli politik Malaysia adalah telus."Walhal yamg lebih penting adalah kerajaan jangan melakukan perkara-perkara yang menimbulkan syak wasangka rakyat misalnya campur tangan dalam pendakwaan kes rasuah Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan yang berakhir dengan pengguguran kes rasuah berkenaan," jelasnya.Menurut beliau Ahli Parlimen Pembangkang tiada mempunyai kuasa dalam membuat apa-apa tindakan membabitkan pengurusan negara. Katanya, peruntukan setiap Ahli Parlimen Pembangkang cuma RM100 ribu setahun berbanding RM3.8juta yang diperoleh setiap Ahli Parlimen Kerajaan."PAS meminta sedikit masa dengan memasukkan sebagai satu peruntukan undang undang melalui pindaan akta di bawah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Itu lagi kemas dan ada sumber kuasa."Kalau cuma setakat di Parlimen, Ahli Parlimen yang kaya raya boleh buat bermain main dengan tidak mengisytiharkan harta mereka. "Paling teruk hukuman yang mereka ini akan hadapi adalah dihadap ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Ahli Parlimen yang setakat boleh menggantung kehadiran mereka ke mesyuarat Dewan Rakyat sahaja," ujarnya lagi.
02 Jul 19
67
ADUN Bandar Melawat Dua Rumah Terbakar
Ustaz Ahmad Shah (dua dari kanan) melawat rumah mangsa kebakaran di Kampung Losong Haji Long.KUALA TERENGGANU, 3 Julai - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed melawat dua buah rumah dan beberapa orang mangsa kebakaran di Kampung Losong Haji Long di sini semalam.Serentak itu beliau meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan segala masalah mangsa termasuk tempat tinggal dan keperluan harian mereka berkenaan."Saya menziarahi kediaman Nik Ahmad Anuar Nik Mustaffa dan Khairuddin Aziz yang ditimpa kebakaran di Kampung Losong Haji Long. Kesemua keluarga kedua buah rumah yang terlibat seramai 15 orang, Alhamdulillah semuanya selamat."Untuk bantuan sementara, kami menyediakan homestay dan sedang berusaha menyediakan keperluan asas kepada mangsa. InshaAllah kami akan bawa perkara ini kepada JKM dan MAIDAM bagi mendapat bantuan susulan," jelasnya katanya dalam satu kenyataan yang dibuat naik di facebook beliau semalam.Tiada kemalangan berlaku dalam kejadian tersebut dilaporkan dan taksiran kerugian sedang dibuat oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu.Sumbangan kewangan disampaikan oleh Ustaz Ahmad Shah (kiri) kepadaa mangsa terbabit.Menurut satu laporan dua keluarga membabitkan 15 penghuni hilang tempat tinggal selepas dua rumah di kampung berkenaan, terbakar malam kelmarin.Ketika kejadian jam 7.30 malam itu, seorang pemilik rumah, Hakimah Aziz, 65, sedang berbuka puasa bersama dua anak, Nik Fatmawati Nik Mustafa, 40, dan Nik Ahmad Anuar, 39, serta menantu, Mohd Shafie Harun, 39, serta tiga cucu.Satu lagi rumah dihuni abang Hakimah, Khairuddin Aziz, 62, dan isterinya, Barizah Mohd Yusof, 58, yang ketika kejadian berada di dalam rumah sebelum diselamatkan anak saudara mereka, Nik Ahmad Anuar.Hakimah berkata, dia menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi beberapa dentuman kecil di tingkat atas sebelum mengarahkan Nik Ahmad Anuar keluar untuk membuat pemeriksaan.Katanya, sebaik keluar rumah, Nik Ahmad Anuar mengarahkan mereka segera menyelamatkan diri apabila melihat api mula marak di tingkat atas.Ustaz Ahmad Shah menenangkan mangsa selepas meninjau kerosakan akibat kebakaran rumah berkenaan.“Sebelum itu, jiran sudah menjerit memberitahu api tetapi jeritan jiran tidak didengari kerana pintu tertutup rapat,” katanya.Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar, berkata seramai 25 anggota bersama tiga jentera BBP Kuala Terengganu dan Jalan Kota dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 7.48 malam.“Sebaik tiba, api sedang marak dan kita berjaya mengawal api kira-kira 30 minit kemudian dengan kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya jam 9.20 malam.“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dengan kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.
02 Jul 19
363
Tolong Cari Anak Saya - Siti Ruziana
Saiful Aiman (dalam bulatan)Oleh: Saifullah JusohBESUT, 3 Julai – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya untuk membeli sarapan pagi di sebuah kedai yang terletak di depan rumah mangsa di Kampung Gertak Seratus, Kuala Besut sejak semalam.Saiful Aiman Mohamad, 9, dikatakan keluar dari rumahnya untuk membeli sarapan kira-kira jam 9 pagi.Ibunya, Siti Ruziana Sidek, 35, berkata anak ketiga dari empat beradik itu tidak ke sekolah sebelum itu dan dia menyedari kehilangan Saiful Aiman apabila tidak melihat kelibat anaknya ketika pulang ke rumah dari tempat kerja malah mulai risau dan cemas kira-kira pukul 7 malam apabila Saiful Aiman masih belum pulang.Siti Ruziana yang kematian suami sejak tiga tahun lalu itu kemudian bersama beberapa ahli keluarga dan jiran telah berusaha mencari di kawasan sekitar namun gagal sebelum membuat laporan polis kira-kira pukul 11 malam tadi.“Hari ini ada orang beritahu, anak saya dilihat menaiki sebuah teksi bersama seorang wanita warganegara Thailand yang menghala ke arah Tok Bali, Pasir Putih, Kelantan, pada tengah hari semalam."Ada juga yang mendakwa ada melihat anak saya berada di sebuah kedai Cyber Café di Gertak Seratus jam 5 petang semalam sebelum menaiki sebuah kereta Perodua Kancil,” katanya ketika dikunjungi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan Pegawai Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh di rumahnya, baru-baru ini.Siti Ruziana berkata, tidak pernah Saiful Aiman tidak pulang ke rumah sebelum ini dan dia meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan anaknya.Sementara itu, Penyelaras DUN Kuala Besut, Azbi Salleh berharap agar Saiful Aiman dapat ditemui dengan segera."Saya berharap agar orang ramai dapat membantu bagi mecari adik Saiful Aiman sehingga ditemui."Saya bersimpati dengan apa yang terjadi ini dan berharap agar keluarga adik Aiman sabar dan tabah menghadapi ujian ini,” ujar Azbi.
02 Jul 19
194
Anak Terengganu Jaguh Lumba Kereta
Abdul Halim Abdullah.Oleh Pok AbasKUALA TERENGGANU, 2 Julai - Seorang anak Terengganu bertuah kerana akan mewakili 'Team Malaysia' dalam pertandingan lumba kereta berprestij, Asia Auto Gymkhana Competition (AAGC) Rd1 2019 di Yokjakarta, Indonesia pada 11 Julai ini.Seorang pelumba profesional, Abdul Halim Abdullah, 48, kini mengumpulkan segala keperluan termasuk kewangan dan penajaan bagi menyertai acara tersebut sekali gus berhasrat mengharumkan nama Terengganu dan negara di persada antarabangsa melalui acara tersebut.Beliau yang sebelum ini telah menyertai pelbagai kategori perlumbaan peringkat kebangsaan dan antarabangsa itu akan menggunakan kereta berjenama Toyota dalam perlumbaan tersebut.Abdul Halim yang juga seorang jurumekanik kenderaan berharap dapat mencapai kemenangan dalam acara itu sebagaimana kebanyakan pertandingan yang beliau sertai sebelum ini."Harapan saya memang nak menang, akan cuba sedaya upaya untuk naikkan nama Malaysia dan Terengganu di persada dunia," ujar beliau.Abdul Halim berkata demikian ketika ditemui di rumahnya di Jalan Bukit Kecil, di sini semalam.Pegawai Penyelidik Menteri Besar, Ustaz Ahmad Kamal Ali menyampaikan sumbangan wang sebagai galakan penyertaan Abdul Halim dalam pertandingan itu.Turut hadir dalam perjumpaan itu, Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Mohd Zaim Azfar Muhamad dan Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN Ladang, Mohamad Umbaidah Tengah.Menurut Abdul Halim, beliau telah banyak kali menyertai acara perlumbaan kereta sejak memulakan karier berkenaan awal tahun 2000."Peringkat awal kita main 'Drag' di Terengganu dan Jempol dan kenangan paling manis apabila muncul juara dan mendapat hadiah lumayan yang disampaikan oleh Tengku Mahkota Pahang, di Indera Mahkota, Kuantan Pahang."Di Thailand pernah dapat juara, pernah menang tempat kedua dan di Singapura pernah dapat nombor tiga dengan kategori open menggunakan jentera Myvi 1.3 auto," tambah beliau.Abdul Halim cukup berminat bidang berkenaan di awal usia muda dengan mernyertai perlumbaan motor 'Cub Prix' dan pernah mengalami kemalangan yang serius sebelum bertukar ke bidang perlumbaan kereta.
02 Jul 19
323
Penghuni Rumah 'Usang' Durian Mas Dapat Perhatian
Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 2 Julai - Sebuah rumah usang di Taman Madani, Durian Mas, 53 kilometer dari sini, roboh ketika empat orang penghuninya nyenyak tidur jam lima pagi semalam.Bagaimanapun semua penghuni rumah dua bilik itu selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dan anggaran kerugian berjumlah RM30 ribu.Serentak itu, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, Ghazali Sulaiman berkata, beliau telah meninjau keadaan rumah itu dan telah menemui keluarga mangsa seawal jam tujuh pagi semalam."Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa yang berlaku dan saya telah pun merujuk perkara ini pada pihak Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)."Pihak KETENGAH akan bantu mangsa dengan memberi rumah lain untuk sementara waktu, dengan bayaran RM100 sebulan selama setahun, sebelum mendapat rumah baharu," katanya selepas melawat mangsa di taman berkenaan semalam.Sementara itu, ketua keluarga mangsa, Mohd Rohaimi Mohd Yunus, 34, ketika dihubungi berkata, hari ini beliau baru sahaja menerima kunci rumah sementara dan akan berpindah ke rumah berkenaan dalam sehari dua ini."Saya akan pindahkan barang keperluan keluarga saya hari ini dengan bantuan rakan-rakan sekerja untuk persiapan tinggal di rumah itu yang tidak jauh dari rumah usang itu."Kami masih terkejut dengan apa yang berlaku dan semalam kami tidak boleh bercakap banyak dan tidak dapat tidur mengenangkan peristiwa yang berlaku," jelasnya yang bekerja sebagai penggrid buah sawit di Kilang Sawit RISDA Durian Mas, di sini.Bagaimanapun beliau dan keluarga termasuk isteri, Nurul Shakira Mohd Nasir, 25, Muhammad Amirul Aiman Abdullah, 5 dan Nurul Airish Aralyn Mohd Rohaimi, 4 berada dalam keadaan stabil dan redha dengan apa yang berlaku.Buat sementara waktu, beliau sekeluarga tinggal di rumah ayahnya yang berhampiran.Menceritakan semula peristiwa yang berlaku, Mohd Rohaimi berkata, beliau dan isteri yang tidak bekerja terkejut apabila mendengar anak tiri lelakinya (Muhammad Amirul) menangis dengan kuat secara tiba-tiba di bilik bersebelahan.Beliau yang keletihan selepas kerja seharian di kilang berkenaan mendapatkan anak kecil itu dan terkejut dengan keadaan lantai rumah runtuh tetapi lampu elektrik masih bernyala."Saya mengambil masa 10 minit cuba bertenang dan kemudian segera memindahkan semua anak dan isteri saya keluar dari pintu utama dengan perlahan-lahan."Setelah keluar dari rumah itu, saya tinggalkan isteri dan dua anak saya kira-kira 10 meter dari rumah milik bapa saudara saya yang roboh itu untuk memanggil adik ipar saya bernama Shikin yang tidur di rumah bapa saya tidak jauh dari situ," jelasnya.Katanya, dalam masa lima minit pula beliau dan adik iparnya segera mendapatkan isteri dan anak-anak beliau dan selepas itu orang ramai mula datang melihat rumah yang roboh itu dan bertanya peristiwa berlaku.Beliau tidak berupaya menjelaskan peristiwa berlaku kepada mereka ketika itu kerana masih dalam keadaan trauma."Bunyi yang amat kuat seperti bunyi gempa bumi berlaku secara tiba-tiba, ia cukup menakutkan dan mencemaskan tetapi al-hamdulillah syukur kepada Allah kerana kami semua selamat," jelasnya lagi.Rohaimi menambah rentetan dari bunyi yang kuat itu mengakibatkan mereka didatangi jiran tetangga kerana terganggu dengan bunyi bising.Difahamkan bunyi rumah dipercayai milik KETENGAH itu roboh, boleh didengari sejauh 100 meter dari rumah berkenaan.Beliau tinggal di rumah itu lebih tujuh tahun lalu dan tidak pernah berlaku perkara yang tidak diingini sebelum ini."Saya mendiaminya sejak lebih tujuh tahun lalu setelah sekian lama tidak diduduki kerana ayah saudara memiliki rumah lain selepas pencen kerja dengan Syarikat Permint Plywood," jelasnya.Semalam, pihak pengurus kilang tempat Mohd Rohaimi bekerja telah melawat beliau sekeluarga dan bersedia memberi apa-apa bantuan untuk memudahkan urusan mereka.
02 Jul 19
2833
Kampung Budaya Terengganu Tambah Seri Drawbridge
Rest & Comfort Boutique Hotel dirasmikan.KUALA TERENGGANU, 2 Julai - Kampung Budaya Terengganu yang bakal diwujudkan kerajaan negeri akan memeriahkan lagi keindahan dan suasana di sekitar 'Drawbridge'.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri sedang mencari kawasan terbaik berhampiran jambatan angkat untuk membangunkan kampung tersebut yang dijangka menjadi kawasan tumpuan pelancong. Jelasnya, budaya, seni serta produk dari seluruh Terengganu akan dikumpulkan dan dipamerkan di kampung tersebut, sekali gus mengangkat karya anak Terengganu ke peringkat lebih tinggi. “Dalam perancangan kita setakat ini, kita bercadang untuk membina kampung budaya dengan mengambil inspirasi dari Sarawak yang mengetengahkan budaya mereka dengan membina kampung tersebut di kawasan pedalaman.“Di Terengganu, konsep itu kita ambil namun dibina mengikut acuan budaya di negeri ini, contohnya hasil tembaga, batik dan keropok lekor, juga kita kumpulkan tempat-tempat menarik yang ada di Terengganu dan semua budaya yang ada di sini,” ujarnya.Ariffin menegaskan kewujudan kampung budaya bakal meningkatkan kehadiran pelancong ke Terengganu.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas berucap merasmikan Hotel Rest & Comfort Boutique Hotel dan Majlis Hari Raya Muaz Force di Panji Curve Business Park, Panji Alam, di sini hari ini.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Mohamed dan Pengerusi Rest and Comfort Boutique Hotel, Roslan Awang Chik.Mengulas lanjut tentang kampung itu, Ariffin menjelaskan, kampung tersebut adalah berbeza dengan konsep pekan budaya yang sudah dilaksanakan di setiap daerah.Katanya lagi, pekan budaya hanya bersifat sementara seperti persembahan kebudayaan sahaja dan tidak merangkumi seluruh budaya, seni serta produk di Terengganu.“Ia berbeza dengan pekan budaya, pekan budaya ada aktiviti nyanyian, tarian yang dibenarkan dan program-program di semua daerah yang kita ada.“Tapi kampung budaya kita nak buat secara kekal, tak sama dengan pekan budaya yang bersifat ‘on off’, di mana perkampungan yang mengumpulkan semua perkara yang kita nak lihat di Terengganu, kita masukkan semua elemen itu,” tambah beliau.
02 Jul 19
1104