lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Terengganu Sedia Pelan Induk Saliran Mesra Alam Tangani Banjir Kilat
KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Kerajaan negeri kini dalam proses penyediaan satu pelan induk yang merupakan perancangan jangka panjang bagi menangani masalah banjir kilat yang sering melanda beberapa daerah di Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, pelan yang dinamakan sebagai Pelan Induk Saliran Mesra Alam dijangka siap pada akhir tahun ini dengan peruntukan lebih daripada RM1.2 juta.“Pelan ini bermula pada 2016 dan apabila ia siap pada akhir tahun ini, ia boleh dijadikan rujukan kepada semua jabatan termasuk Jabatan Pengairan dan saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan lain-lain,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk, Muhammmad Khalil Abdul Hadi pada Sidang Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Wisma Darul Iman, hari ini.Tambahnya, selain dari pelan induk berkenaan, kerajaan negeri hendaklah membina sistem saliran yang baharu bagi menangani masalah banjir kilat sekali gus membantu menangani fenomena alam yang tidak dapat dijangka itu.“Pada tahun lepas, kita telah menyiapkan satu sistem saliran di Padang Negara dengan kos RM15.8 juta.“Dalam pembinaan sekarang ialah sistem saliran di Tok Jiring dan yang akan ditender pada akhir tahun ini adalah tebatan banjir di Gong Kiat  di mana airnya akan dialirkan ke Sungai Ibai,” kata Dr. Mamad.Menurut beliau, kerajaan negeri juga telah memperuntukan RM30 juta untuk kerja memperdalam serta membaik pulih sungai dan saliran di Terengganu.
14 Jul 19
368
Empty Image
ADUN Perlu Mainkan Peranan Secara Konstruktif - YDP Terengganu
Yahaya Ali.KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu berperanan secara konstruktif untuk menyuarakan kepentingan rakyat dalam sidang dewan.Yang Dipertua DUN, Yahaya Ali berkata, sesiapa sahaja yang diberi kuasa memerintah sama ada sekarang atau akan datang mestilah mempunyai keazaman politik (political will) bagi melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah di muka bumi ini."Lebih-lebih lagi , ahli-ahli Yang Berhormat baru saja mendapat suntikan semangat dan ilmu pengetahuan selepas mengikuti bengkel literasi ADUN & Ahli Parlimen yang memberi pendedahan tentang peranan mereka sebagai 'legislator'."Justeru itu, semua pihak harus memainkan peranan melaksanakan tanggungjawab ini secara konstruktif terutama dalam sidang yang berlangsung dalam tiga atau empat bulan sekali," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Kedua Penggal Persidangan Kedua DUN Keempat Belas di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Yahaya juga berkata, sebagai ADUN, mereka tidak boleh berada dalam zon selesa (comfort zone) dan mesti sentiasa bermuhasabah."Sebagai ADUN, mereka perlu memainkan peranan yang berkesan termasuk peranan semak dan imbang (check and balance) kepada segala perancangan dan pelaksanaan kegiatan kerajaan (badan eksekutif)."Apa yang penting adalah usaha untuk meningkatkan diri  bagi memainkan peranan secara berkesan," tambahnya lagi.Beliau turut mengingatkan bahawa usaha untuk meningkatkan diri bukan sahaja dari segi kemahiran berucap tetapi juga dari aspek ilmu pengetahuan dan penguasaan dalam memahami urusan pentadbiran kerajaan termasuk aspek kewangan, pengurusan sumber manusia, pembangunan dan sebagainya.
14 Jul 19
99
Empty Image
Drawbridge Terengganu Bakal Tersenarai Di MBOR
KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Jambatan angkat (drawbridge) Terengganu bakal menempa sejarah tersendiri apabila dijangka mencatatkan rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai 'bascule' (daun jambatan) terpanjang di dunia dalam masa terdekat.Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, ia kerana drawbridge yang merupakan mercu tanda baharu Terengganu itu bukan sahaja kebanggaan negeri tetapi juga Malaysia."Ianya satu tarikan baharu di Terengganu dan pertama di Malaysia malah saya boleh katakan "new architecture marvel", satu pembinaan yang hebat dengan bascule 76 meter dan dikatakan terpanjang di dunia."Kita akan panggil MBOR untuk menilai  dan seterusnya mengiktiraf drawbridge ini. Selepas itu kita akan usahakan untuk senaraikan di dalam Guinness Book of World Records," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program lawatan kerja ke drawbridge, semalam.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Sulaiman Sulong.Katanya lagi, mercu tanda ini juga boleh menarik ramai peminat untuk datang ke Terengganu."Dan kita juga bincang bagaimana kita boleh buat aktiviti di sini untuk menjadi tarikan kepada pelancong mungkin dari segi sukan esktrem."Pihak Tourism dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC)  akan bekerjasama dengan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)  dan negeri demi memajukan lagi tarikan pelancongan ke negeri ini," tambahnya lagi.Menurut Muhammad Bakhtiar, walaupun bukan pakar tentang sukan ekstrem, beliau akan usahakan untuk mendapatkan operator bertauliah dan boleh dipercayai."Saya ada kenal beberapa operator di dunia ini dan kalau kita jemput mereka ke sini dengan kerjasama negeri, insya-Allah biar mereka sendiri akses dari segi 'marketable safety'."Tadi pun kita melihat 'sea through sky terrace' dan itu juga menjadi tarikan utama untuk mereka yang suka berswafoto dan ini juga boleh dijadikan satu tempat yang menarik," ujarnya.Beliau juga berpendapat lokasi drawbridge tersebut sesuai untuk pelbagai program, sukan seperti larian atau berbasikal.
14 Jul 19
859
Empty Image
'Infra Pulau Perhentian Bakal Dibaik Pulih' - Ariffin Deraman
Ariffin Deraman dan Dr Mamad Puteh serta rombongan meninjau keadaan destinasi pelancongan di Pulau Perhentian. Foto - Muhammad 'Ammaar SalehudinKUALA TERENGGANU, 14 Julai - Kerajaan negeri sedang merancang untuk membaik pulih infrastruktur kemudahan asas dan destinasi pelancongan di Pulau Perhentian dengan kos keseluruhan sedang dikaji.Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, ini termasuk baik pulih masjid, laluan ke kincir angin, padang bola dan masalah Sistem Kumbahan Berpusat (STP)."Saya bersama Dr Mamad Puteh, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri serta pegawai beberapa agensi kerajaan telah melawat Pulau Perhentian beberapa hari yang lalu bertujuan untuk melihat infrastruktur yang ada di pulau itu yang perlu ditambah baik."Antara komponen yang kami tinjau ialah Masjid Pulau Perhentian yang dibina pada tahun 2014 tetapi masjid ini telah mengalami banyak kerosakan."Kemudian kami juga melihat STP di Pulau Perhentian, terdiri dari dua komponen penggunaan termasuk untuk penduduk kampung dan juga pelancong," katanya ketika ditemui di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Laluan pejalan kaki 1 kilometer  ke Kincir Angin Pulau Perhentian akan dibina secara gotong royong membabitkan kos RM30 ribu.Dalam lawatan tersebut katanya, penduduk meminta kerajaan negeri membaiki kerosakan padang bola akibat hakisan ombak.Bagi membangunkan industri pelancongan di pulau itu katanya, fokus utama adalah membaiki laluan ke kincir angin. Menurut beliau, laluan ke kincir angin yang melibatkan tangga berukuran 300 meter panjang mengalami kerosakan teruk kira-kira 50 peratus.Projek pembinaan kincir angin membabitkan peruntukan RM12.6 juta itu dibangunkan di atas tanah seluas kira-kira dua hektar di sebelah utara Pulau Perhentian Kecil, pada 2006 dan dirasmikan pada September 2007.Kos projek itu dibiayai bersama kerajaan negeri, Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi melalui dana Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).Bagaimanapun, Ustaz Ariffin berkata, projek itu gagal berfungsi untuk menampung keperluan tenaga elektrik kepada 60 buah rumah penduduk pulau berkenaan.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat menjelaskan bahawa  untuk menyelesaikan masalah tersebut kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 ribu untuk pembinaan laluan baharu sepanjang 1 kilometer dengan cara gotong-royong melibatkan Majlis Daerah Besut dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) pulau berkenaan."Kerajaan negeri telah membuat cadangan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) supaya tangga yang rosak di bahagian sebelah bawah dibuang kemudian dibuat sekatan supaya tidak dibenarkan langsung pelancong melalui kawasan tangga berkenaan kerana terlalu bahaya," jelasnya."Bagaimanapun kerajaan negeri masih mengekalkan struktur sebelah atas yang masih baik, boleh dicapai dengan cara 'hiking' (berjalan kaki) melalui jalan bukit," jelasnya lagi.
14 Jul 19
635
Empty Image
Pasar Payang 2 : Lanjutan Tempoh Berpindah Hingga 31 Julai
Foto oleh : Safwan Syakir.KUALA TERENGGANU, 13 Julai - Peniaga Pasar Payang diberikan tempoh lanjutan berpindah selama sebulan iaitu sehingga 31 Julai ini untuk berpindah ke Pasar Payang 2.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, Pasar Payang 2 yang menjadi lokasi sementara untuk mereka meneruskan aktiviti niaga akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Ogos.Jelasnya, tempoh itu diberikan berikutan wujudnya permintaan para peniaga untuk mereka membuat kerja-kerja pengubahsuaian di lot kedai mereka.“Mereka sepatutnya berpindah 1 Julai lalu, tapi ada yang memerlukan masa seperti kedai emas dan kedai pakaian, mereka perlu buat renovasi bagi tujuan keselamatan. Mengambil kira faktor itu, kita benarkan tapi sehingga 31 Julai sahaja.“Sebaik sahaja Pasar Payang dikosongkan sepenuhnya, kita akan meneruskan kerja seterusnya iaitu pembinaan semula Pasar Payang di tapak asal,” katanya ketika bersiaran di Manis FM kelmarin.Mengulas mengenai isu keselamatan yang menjadi kebimbangan peniaga, Alias berkata, peniaga tidak perlu bimbang kerana pihaknya akan meletakkan pengawal di Pasar Payang 2.“Kedai emas memang berbumbung kerana atas faktor keselamatan. Bagi lot kedai pula, walaupun tiada bumbung, tetapi masih di bawah bumbung besar, jadi bagi saya tiada masalah, lagipun ia hanyalah lokasi sementara," ujarnya.Pada 24 Jun lalu, beliau memaklumkan Pasar Payang 2 sudah sedia untuk beroperasi dan akan dibuka pada 1 Julai.Namun, segelintir peniaga melontarkan kebimbangan tentang isu keselamatan dan memohon agar tempoh masa untuk berpindah dilanjutkan.
12 Jul 19
39
Empty Image
Seri 1-1 : Skuad Penyu Sama Gagah Dengan Tok Gajah
Ahmad Syamim diasak oleh pemain Tok Gajah dalam pertarungan Liga Super Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini. TFC seri 1-1 dengan Pahang.KUALA TERENGGANU, 12 Julai - Skuad Terengganu FC (TFC) dan Pahang sama kuat, masing-masing meraih satu mata dengan seri 1-1 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam ini.Skuad Penyu memperoleh gol pertama di minit 42 melalui jaringan Ahmad Shamim Yahya membolehkan TFC  mendahului Pahang pada separuh masa pertama.Jaringan itu muncul ketika pertahanan Pahang agak kucar kacir apabila TFC melancarkan serangan balas selepas Pahang menyerang bertubi-tubi pintu gol skuad 'Peteh Terengganu Peteh'.Bermula dengan babak kedua Muhamadou Sumareh menjaringkan gol penyamaan di minit ke 50 menggagalkan hasrat TFC memperoleh tiga mata dalam perlawanan tersebut.Ketika bercakap kepada media selepas perlawanan Penolong Ketua Jurulatih, Mohd Nik  berpuashati dengan permainan anak buahnya malam ini dan menyifatkan mereka berusaha bermain dengan baik.Beliau mengulas permainan Tok Gajah juga agak baik dengan kedua-dua belah pihak berbalas serangan dan kawalan pertahanan masing-masing juga boleh dipuji dengan tidak banyak kesilapan dilakukan.Dengan kedudukan seri 1-1 menghalang Pahang untuk mengesahkan Skuad Tok Gajah itu dari menyandang gelaran naib juara Liga Super.
12 Jul 19
67
Empty Image
Rangka Pelan Induk Terperinci Bagi 43 Sukan Di Terengganu - Wan Sukairi
KUALA NERUS, 12 Julai - Kerajaan negeri berjaya merangka satu pelan induk yang terperinci bagi semua sukan untuk tempoh 10 tahun akan datang yang bermula pada 2021.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi  Wan Abdullah berkata, Pelan Induk Sukan Sepuluh Tahun Negeri Terengganu (2021-2030) agak berlainan dari perancangan terdahulu yang merupakan pelan induk keseluruhan."Seperti yang saya katakan, pelan induk kali ini lebih khusus kepada 43 sukan yang ada di Terengganu, tidak secara menyeluruh tetapi secara khusus."Dalam erti kata lain, apa yang kita nak capai dalam bidang sukan dari sudut pencapaian sama ada di peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Bengkel Pelan Induk Sukan Sepuluh Tahun Negeri Terengganu (2021-2030) di Dewan Banquet, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, di sini hari ini.Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu dan timbalannya, Ahmad Shahrizal Yahaya.Katanya, selepas daripada ini, pelan induk akan melalui satu fasa pemurnian supaya ianya lebih realistik."Ini supaya pelan yang dirangka lebih realistik kerana kita tidak mahu ia menjadi pelan yang ideal tetapi tidak berpijak di bumi yang nyata."Selepas proses pemurnian, pelan induk ini akan dibukukan dan menjadi rujukan utama dalam memperkukuhkan sukan di negeri Terengganu," ujarnya lagi.Tambahnya, pihaknya juga akan berusaha melebarkan lagi sukan-sukan lain yang berpotensi seperti bola sepak, silat dan lawan pedang.Mengulas lanjut, Wan Sukairi berharap pencapaian sukan negeri Terengganu sepanjang tempoh 10 tahun akan datang boleh dicapai melalui pelan induk tersebut.
12 Jul 19
371
Empty Image
Terengganu Sasar Lebih Ramai Atlet Ke Peringkat Antarabangsa - Wan Sukairi
KUALA NERUS, 12 Julai - Kerajaan negeri menyasarkan lebih ramai atlet-atlet negeri akan terpilih mewakili negara ke peringkat antarabangsa melalui perancangan jangka panjang Pelan Induk Sukan Sepuluh Tahun Negeri Terengganu (2021-2030).Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, pelan induk itu akan menjadi rujukan utama dalam proses persiapan setiap pasukan atau atlet bagi menyertai kejohanan-kejohanan sukan kebangsaan dan antarabangsa."Melalui pelan ini,  kita mampu menghantar lebih dari dua nama ke peringkat antarabangsa dalam tempoh 10 tahun akan datang."Jika sebelum kita ada dua wakil atlet di peringkat ini iaitu Azizul Hasni dan Siti Rahmah tetapi dengan pelan ini kita sasarkan lebih dan ia merupakan antara kelainan yang terdapat dalam pelan induk kali ini," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Bengkel Pelan Induk Sukan Sepuluh Tahun Negeri Terengganu (2021-2030) di Dewan Banquet, Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, di sini hari ini.Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu dan timbalannya, Ahmad Shahrizal Yahaya.Bengkel kali ini melibatkan hampir 200 peserta terdiri daripada presiden-presiden dan wakil-wakil persatuan sukan yang terdapat di Terengganu.Terdahulu, bengkel selama empat hari tersebut bertujuan menyediakan satu perancangan yang kukuh dan lebih berfokus bagi semua sukan untuk tempoh 10 tahun akan datang yang bermula pada 2021.Ianya merupakan kesinambungan kepada Pelan Induk Pembangunan Sukan Sepuluh Tahun Negeri Terengganu sebelum ini yang akan berakhir pada 2020 yang mampu menghasilkan kejayaan cemerlang bagi sukan negeri di persada kebangsaan dan antarabangsa.
12 Jul 19
125
Empty Image
'Pengundi 18 Tahun Mesti Ambil Tahu Politik' - Abdul Hadi Awang
Dato' Seri Abdul Hadi Awang. Foto - Media Presiden PASMARANG, 12 Julai - Pengundi berumur 18 tahun mesti mengambil tahu dan memahami politik supaya kuasa politik tidak terlepas ke tangan parti dan pemimpin yang tidak sepatutnya menerajui negara.Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, ramai di kalangan orang Islam yang tidak ambil tahu politik dan menganggap sama sahaja siapa pun yang memerintah negara.Dengan sebab itu katanya, orang bukan Islam  berkuasa memerintah negara milik majoriti umat Islam."Ada yang mendakwa orang Islam perlu duduk di masjid mengerjakan sembahyang sahaja, tidak perlu ambil tahu hal politik."Akhirnya berlakulah seperti negara China, orang komunis berkuasa dan tidak membenarkan orang Islam pergi sembahyang di masjid, bahkan tidak benar sembahyang, bagaimana nak buat?" soalnya.Katanya, ini semua diajar oleh penjajah barat supaya orang Islam menjauhkan diri dari dunia politik agar mereka mudah menguasai negara-negara orang Islam.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, di sini hari ini.Katanya, PAS, UMNO dan sebuah parti politik di Sabah menyokong cadangan Kerajaan Pusat itu sekiranya pendaftaran pengundi dibuat secara automatik."Kami menentang cadangan itu sekiranya pengundi berumur 18 tahun tidak didaftar secara automatik."Bagaimanapun kami penyokong pindaan undang-undang tersebut kerana Kerajaan Persekutuan setuju pengundi berdaftar secara automatik setelah berumur 18 tahun," ujarnya lagi.
11 Jul 19
133
Empty Image
Padang SSMZA Siap Dibaik Pulih September Ini - Wan Sukairi
Wan Sukairi (tengah) meninjau keadaan semasa padang SSMZA.KUALA NERUS, 11 Julai - Padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang sedang dalam proses penukaran dan baik pulih dijangka siap sepenuhnya pada September ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, proses tersebut sudah siap 80 peratus dan berjalan lancar mengikut masa yang telah ditetapkan. Jelasnya, projek yang menelan belanja RM1 juta itu turut melibatkan pembaikan sistem saliran air dan longkang stadium, sekali gus ia akan memberikan nafas baharu kepada stadium berkenaan.“Kita jangka proses tambah baik ini siap pada September, namun kita tidak akan terus menggunakan padang ini, sebaliknya akan menunggu dalam sedikit masa supaya struktur padang ini benar-benar kukuh.“Selepas tempoh itu insya-Allah padang di SSMZA ini siap untuk diguna pakai dalam sebarang pertandingan bola sepak,” jelasnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke trek olahraga dan Stadium Gong Badak, di sini hari ini.Hadir sama dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim.Mengulas lanjut mengenai keadaan tempat duduk penonton di stadium berkenaan, Wan Sukairi memaklumkan, pihaknya sedang menunggu surat pengesahan daripada kontraktor dan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi memastikan kawasan itu kukuh dan selamat digunakan.“Selepas kita dapat surat jaminan itu, barulah kita akan berbincang untuk membina bumbung, tetapi untuk tempoh satu hingga dua tahun ini dengan mengambil kira kos, soal bumbung tidak berbangkit.“Mengenai trek di sini pula, kita akan cabut dan letak rumput tiruan, tiada trek olahraga di stadium ini dan SSMZA hanya khusus untuk sukan bola sepak,” tambah beliau.Untuk rekod, Terengganu merupakan negeri perintis dalam usaha Malaysian Football League (MFL) meningkatkan kualiti padang semua pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia (Liga-M).Dimaklumkan juga, MFL bakal bergerak dengan projek menaik taraf pusat latihan yang bersesuaian untuk Terengganu FC pada masa akan datang.
11 Jul 19
176