Artikel "Utama" Terkini
Dua GLC Ditamatkan Operasi - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 16 Julai - Kerajaan negeri menamatkan operasi dua buah anak syarikat kerajaan negeri (GLC) di bawah Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (TI) bagi tahun 2019.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, manakala lapan buah syarikat kini dalam proses pembatalan pendaftarannya melalui pertimbangan asas penutupan GLC berdasarkan faktor-faktor tertentu.Antaranya syarikat yang telah lama ditamatkan operasinya, yang berstatus 'dormant' dan pendapatan yang dijana oleh operasi syarikat tidak dapat menampung kos operasi.Katanya, ini termasuklah mengakibatkan kerugian yang berterusan, aliran tunai bulanan negatif yang membebankan syarikat induk, jenis perniagaan yang tidak lagi sesuai, tidak menguntungkan dan bukan merupakan perniagaan teras (core business) Terengganu Inc.“Dua buah GLC yang ditamatkan adalah Permint Bina Bahan Sdn Bhd yang mengeluarkan bata merah dari tanah liat pada Februari 2019 dan TI Food Ventures Sdn Bhd yang mengendalikan 'outlet' Chicken Cottage di Ladang Tok Pelam pada Julai 2019.“Manakala lapan lagi syarikat yang dalam proses pembatalan pendaftaran syarikat secara ‘winding up’ ialah PTB Global Sdn Bhd, PTB Nominee Tempatan Sdn Bhd, PTB Property Developer Sdn Bhd, Kenyir Outdoor Leadership Academy Sdn Bhd, TI Overseas Investment Limited, TI Overseas Resources Limited, Chicken Cottage Holding Sdn Bhd dan TI Global Food Holding Management Limited,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman pada Sidang Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Wisma Darul Iman, hari ini.Mengulas lanjut tentang jumlah kakitangan yang terlibat dalam penutupan GLC dan apakah nasib mereka, Ahmad Samsuri berkata, terdapat 32 orang kakitangan yang terlibat dalam penutupan dua GLC iaitu seramai 17 orang dari Permint Bina Bahan Sdn Bhd dan 15 orang dari TI Food Ventures Sdn Bhd.“Bagi Permint Bina Bahan Sdn Bhd, kakitangan yang telah ditamatkan perkhidmatan pada Februari 2019 akan menerima bayaran pemberhentian iaitu lima kakitangan tetap sebanyak RM40,450 setiap orang dan 12 kakitangan berstatus sementara sebanyak RM35,539 seorang.“TI Food Ventures Sdn Bhd yang merupakan syarikat yang mengendalikan outlet Chicken Cottage di Ladang Tok Pelam melibatkan kakitangan tetap seramai 10 orang di mana dua orang telah ditawarkan dengan pekerjaan baru (new offer) dengan syarikat lain di Kumpulan Terengganu Inc dan lapan orang lagi akan dipinjamkan (secondment) di entiti lain," jelasnya ketika menjawab soalan tambahan Tengku Zaihan.Tambahnya lagi, bagi lima kakitangan yang berstatus kontrak pula, seorang ditawarkan pekerjaan baru (new offer) dengan TI Properties Sdn Bhd dan empat orang akan dipinjamkan (secondment) di GLC lain.Sementara itu, TI Global Food Management Limited yang merupakan syarikat pengurusan kepada Chicken Cottage di Malaysia dan beroperasi di Kuala Lumpur akan dihentikan operasinya pada 31 Julai 2019 melibatkan pemberhentian enam orang kakitangan tetap yang melibatkan bayaran pemberhentian pekerjaan sebanyak RM142,000.Jelas Ahmad Samsuri, jumlah GLC yang masih dalam penilaian untuk ditutup adalah GLC yang dormant dan tidak lagi beroperasi yang sedang dalam proses penilaian sama ada akan diwinding up atau akan digunakan sebagai Special Purpose Vehicle (SPV) bagi perniagaan baru berjumlah 39 buah syarikat.
15 Jul 19
292
Kad Sejahtera Alternatif Dapatkan Rawatan Di Klinik Swasta - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 16 Julai - Golongan berpendapatan rendah, miskin dan miskin tegar yang tersenarai dalam program e-kasih di negeri ini bakal menikmati bantuan subsidi rawatan kesihatan asas menerusi program Kad Sejahtera yang dilancarkan hari ini.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penerima yang terpilih layak untuk mendapatkan rawatan kesihatan berjumlah maksimum sehingga RM500 setahun di klinik swasta terpilih yang dilantik oleh kerajaan selewatnya Ogos ini.“Seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, kerajaan negeri komited merealisasikan program ini berdasarkan keperluan kebajikan dari aspek kesihatan yang merupakan salah satu tanggungjawab kerajaan memastikan rakyat hidup sihat dan sejahtera.“Secara tidak langsung, Kad Sejahtera mampu memberi pilihan kepada golongan sasar untuk mendapatkan rawatan pesakit luar di klinik-klinik swasta terpilih sekali gus dapat mengurangkan kesesakan di pusat kesihatan mahupun hospital kerajaan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kad Sejahtera Terengganu 2019 sempena Sidang Dewan Undangan Negeri Ke-14 di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak.Menurut beliau, penerima yang memenuhi syarat akan diberikan kad tersebut melalui pejabat Dewan Undangan Negeri masing-masing dan perlu dikemukakan sewaktu mendapatkan rawatan di klinik swasta terpilih dengan kos maksimum RM70 setiap rawatan.“Bagi peringkat awal, sebanyak 10 klinik swasta di setiap daerah akan menawarkan perkhidmatan ini yang mana sekarang ini adalah proses pendaftaran klinik-kilinik berkenaan.“Kita sasarkan 20,000 keluarga bakal menerima manfaat menerusi program Kad Sejahtera ini dan sebagai permulaan, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM10.9 juta pada tahun ini,” ujarnya.Dr Samsuri berkata, program ini bersifat penyelesaian jangka masa pendek supaya dapat memberi kemudahan kepada rakyat Terengganu bagi mendapatkan rawatan kesihatan seoptimum mungkin.
15 Jul 19
306
‘Wakaf Tapai Innovation Park’ Jana 1,500 Peluang Pekerjaan
Dato' Tengku Hassan Tengku Omar.KUALA TERENGGANU, 16 Julai - Industri baharu, Wakaf Tapai Innovation Park yang bakal dibina akan menyediakan lebih 1,500 peluang pekerjaan untuk anak tempatan.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar memaklumkan, perancangan projek yang akan dibina awal tahun hadapan itu sedang diteliti dan ia berjalan lancar sebagaimana dirancang.Jelasnya, pembangunan kawasan itu melibatkan beberapa agensi dalam dan luar negara termasuk kerjasama daripada Dewan Perniagaan Melayu, Cina dan India.“Perancangan segera itu insya-Allah akan menempatkan lebih kurang 10 pemain industri baharu yang melibatkan pelaburan berjumlah RM150 juta melengkapi 10 lot.“Pelaburan dan peluang pekerjaan ini akan berasaskan kepada sektor perkayuan, urusan tanah serta pelupusan sisa dan teknologi hijau,” ujarnya.Sulaiman Sulong.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong pada Sidang Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Wisma Darul Iman, hari ini.Terdahulu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang turut menjelaskan tentang jumlah pemain industri yang sedang beroperasi di Wakaf Tapai.“Merujuk kepada data yang kita ada, buat masa ini terdapat sejumlah 24 pemain industri di Wakaf Tapai," ujarnya.
15 Jul 19
534
Sidang DUN : Terengganu Tawar Diskaun 50 Peratus Insentif Premium Tanah - MB
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Kerajaan negeri memperkenalkan insentif menarik kepada pelabur yang melabur di Terengganu, ianya termasuk diskaun ke atas premium tanah antara 10 hingga 50 peratus kepada mereka yang layak.Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ini termasuk pembayaran premium tanah secara ansuran selama setahun dan rebat sehingga 30 peratus ke atas premium itu kepada pelabur yang melaksanakan projek dalam tempoh yang ditetapkan.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan bertulis dari Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14, di sini hari ini.Dalam soalannya, Hishamuddin memohon supaya dinyatakan jumlah pelaburan di setiap daerah sejak tahun 2017 sehingga sekarang dan senarai nama syarikat pelabur (asing dan tempatan) serta insentif galakan yang ditawarkan kerajaan negeri.Dr Ahmad Samsuri yang juga ADUN Rhu Rendang berkata, jumlah keseluruhan pelaburan di negeri Terengganu sehingga kini adalah RM5.04 bilion.Ini termasuk RM4.7 bilion pelaburan asing manakala selebihnya (RM370.17 juta) adalah pelaburan domestik.Katanya, hanya satu sahaja pelaburan asing masuk ke Terengganu iaitu di daerah Kemaman dan tidak ada pelaburan asing dicatatkan di tujuh daerah lain di seluruh negeri Terengganu.Sementara pelaburan domestik juga tertinggi di Kemaman dengan jumlah RM208.11 juta, diikuti daerah Besut (RM53.19 juta), Hulu Terengganu (RM49.39 juta), Dungun (RM35.80 juta), Kuala Terengganu (RM18.28 juta), Marang (RM4.42 juta) dan Kuala Nerus (RM980,000).Manakala Daerah Setiu tiada sebarang pelaburan dicatatkan.
15 Jul 19
63
2,934 Permohonan Lot Tapak Rumah Terengganu Diluluskan
Dr. Alias Razak.KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Kerajaan Terengganu telah meluluskan sebanyak 2,934 lot tapak rumah untuk golongan terkilan sejak Jun 2018 hingga sekarang.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, pemohon berkenaan adalah mereka yang telah mendapat kelulusan pada tahun 1999 hingga 2004 tetapi ditarik balik kerana kekangan tertentu.Jelasnya, usaha menunaikan kembali hak mereka itu adalah sebagai bukti dan komitmen kerajaan negeri dalam mengurangkan bebanan rakyat.“Jumlah permohonan tapak rumah terkilan yang telah diproses dan diluluskan kembali sehingga Mei 2019 adalah sebanyak 2,934 lot.“Ianya menyaksikan Setiu sebagai daerah yang paling tinggi (permohonan diluluskan) iaitu 1,154 lot mengatasi Besut sebanyak 841, Kemaman 588 lot, Marang 218 lot, Hulu Terengganu 83 lot, Kuala Terengganu 40 lot dan Dungun 10 lot,” katanya.Alias Harun.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Keempat Belas di Wisma Darul Iman, hari ini.Mengulas lanjut tentang bayaran premium tanah berkenaan oleh penerima, Alias yang juga ADUN Bukit Tunggal menjelaskan, kaedah bayaran itu dipecahkan kepada dua kategori dengan mengambil kira pendapatan mereka.Kata beliau, usaha berkenaan dibuat bagi memberi sepenuhnya ruang kepada penerima untuk merancang perbelanjaan supaya tidak membebankan.“Secara umumnya, kita sebenarnya memberi dan menetapkan tempoh-tempoh tertentu kepada pemohon untuk menyelesaikan bayaran ini.“Bagi yang tidak mampu atau berpendapatan rendah, khususnya kurang daripada RM1,750 sebulan, kita berikan tempoh tiga tahun bayaran secara ansuran, manakala yang mampu kita tetapkan masa tiga bulan,” tambah beliau.
15 Jul 19
75
Sidang DUN Terengganu : Pindaan Saraan ADUN Yang Dilantik Lulus RM10 Ribu
Dato' Tengku Hassan Tengku Omar.KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini meluluskan pindaan Enakmen Pentadbiran dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) (Saraan) (Pindaan) 2019 bagi membolehkan ADUN yang dilantik mendapat elaun saraan sebanyak RM10,000 sebulan.Jumlah itu diluluskan sebulat suara di peringkat jawatankuasa, hasil cadangan dari ADUN Kijal, Dato' Seri Ahmad Said ketika pindaan enakmen tersebut dibaca kali kedua dengan meminda Fasa 3 (b) dari jumlah RM7,000 kepada RM10,000.Rang Enakmen pindaan itu dikemukakan oleh ADUN Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar dalam Mesyuarat Kedua Penggal Kedua DUN Ke-14, di sini hari ini.ADUN Kijal ketika bangun mencadangkan pindaan itu berkata, jumlah RM7,000 itu amat sedikit dan meminta Penasihat Undang-undang Negeri memberi nasihat dalam perkara tersebut."Wang saraan berbelas ribu bagi wakil rakyat biasa, sama-sama Yang Berhormat juga sama ada yang dilantik ataupun tidak. Tugas mereka sama sahaja," jelas beliau.ADUN Paka, Ustaz Satiful Bahri Mamat ketika bangun menjelaskan bahawa pindaan itu boleh dibuat ketika mesyuarat menjadi jawatankuasa.Ketika dibaca Fasa 3 (b) di peringkat tersebut, pindaan dibuat dari RM7,000 kepada RM10,000 dan mendapat persetujuan sebulat suara dari ADUN Terengganu.Pada 29 November tahun lalu, Pengarah Ameerah Terengganu, Zuraida Md Noor dilantik sebagai ADUN wanita pertama negeri Terengganu.
15 Jul 19
376
Sidang DUN : Dana Raya Bukan Penyelesaian Masalah
KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM15,817,000 untuk Dana Raya 2019 yang melibatkan 79,085 orang penerima yang layak.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, kaedah yang diguna pakai pada tahun ini sama seperti tahun sebelumnya cuma yang berbeza dari segi syarat pendapatan ketua isi rumah (KIR).“Sebelum ini dana raya diberikan kepada mereka yang layak berdasarkan pendapatan KIR yang tidak melebihi RM2,500 sebulan. Bagaimanapun, tahun ni kita mengguna pakai garis panduan selaras yang dikeluarkan Kerajaan Pusat iaitu KIR yang tidak melebihi RM1,500 sebulan.“Bagi KIR yang kurang RM1,500 sebulan di bandar atau di luar bandar, mereka boleh mendaftar dengan e-kasih dan kita ada kumpulan fokus di setiap daerah yang akan merancang untuk menyelesaikan masalah-masalah kemiskinan yang berbangkit,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Bazlan Abd Rahman (BN-Batu Rakit) pada Sidang Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, dana raya bukan penyelesaian masalah untuk membasmi kemiskinan sebaliknya pemberian kerajaan kepada rakyat negeri ini sempena Aidilfitri.“Dana raya ini bukan penyelesaian masalah, ianya sebagai tanda keprihatinan kerajaan sempena menghadapi hari raya.“Kalau mereka daripada golongan miskin, mereka boleh mendaftar e-kasih atau Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk kita beri bantuan tetap secara bulanan,” ujarnya.Dalam pada itu, Satiful turut merakamkan ucapan terima kasih terhadap kerajaan terdahulu yang berjaya mengurangkan kadar kemiskinan yang banyak di Terengganu. “Miskin tegar hanya 35 orang sahaja dan kita beri bantuan ini sebanyak RM79,000 setahun. Jadi, saya rasa benda ini boleh dikurangkan tahun demi tahun. Sebagaimana hasrat kerajaan negeri iaitu kita tidak mahu memberi ikan lagi, kita cuma bagi kail untuk mereka mencari pendapatan,” ujarnya.
15 Jul 19
138
Sidang DUN : Terengganu Tarik Pelabur, Buka Peluang Kerja Kepada Penduduk Tempatan
KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Kerajaan negeri komited untuk terus menarik pelabur ke negeri ini yang dilihat mampu membuka lebih banyak jaringan kemudahan dan peluang pekerjaan kepada rakyat sekali gus mengatasi masalah pengangguran.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata, beliau telah bertemu dengan beberapa pelabur asing dari Taiwan, China dan beberapa negeri lain baru-baru ini yang menunjukkan minat untuk melabur di negeri ini.Bagaimanapun Tengku Hassan berkata, pelaburan berskala besar kebiasaannya memakan masa untuk mereka (pelabur) membuat keputusan sehinggakan ada yang sampai dua, tiga tahun baru boleh mencapai kata putus.“Justeru, untuk menarik pelabur ke negeri ini, kerajaan negeri mempunyai beberapa strategi, antaranya wujudkan hubungan yang baik dengan pelabur tempatan dan asing, mengadakan promosi pelaburan di luar negara bersama dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) bagi mempromosikan produk tempatan di luar negara serta menjalin hubungan dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) untuk mendapatkan pelabur ke negeri ini.“Kerajaan negeri juga menyediakan insentif yang terbaik kepada pelabur contohnya diskaun kepada premium tanah iaitu 10 hingga 15 peratus bagi yang layak, pembiayaan premium tanah secara ansuran selama setahun, membantu pelabur untuk menerima dan menikmati skim pelaburan yang menarik dan ditawarkan oleh agensi pelaburan serta menyediakan kawasan industri yang mencukupi dan dilengkapi dengan infrastruktur asas,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Rozi Mamat (BN-Telemong) pada Sidang Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, dengan adanya pelaburan di negeri ini termasuk dalam industri silika dan sebagainya, pihaknya yakin ianya mampu mempermudah usaha kerajaan menunaikan janji manifesto menyediakan 20,000 peluang pekerjaan dalam masa 4 tahun.“Peluang pekerjaan dalam sektor industri sahaja sehingga 2019 adalah sebanyak 7,057, kita unjurkan pada 2024, jumlah pekerjaan dalam sektor ini yang kita dapat janakan sebanyak 16,750 orang,” ujarnya.
15 Jul 19
52
Sidang DUN : Kerajaan Negeri Tubuh Jawatankuasa Khas Selesaikan Isu Pulau Bayas
KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Kerajaan negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menyelesaikan isu kelewatan penyiapan Projek Bebas Cukai di Pulau Bayas, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, Jawatankuasa Menilai Serta Menyelesaikan Isu Pulau Bayas itu dipengerusikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh.Menurut beliau, purata kemajuan keseluruhan projek berkenaan telah mencapai 77 peratus dan ketidakupayaan kontraktor untuk meneruskan projek berkenaan adalah disebabkan masalah kewangan yang menyebabkannya tergendala hampir dua tahun.Ariffin berkata, perbelanjaan semasa yang telah dibelanjakan adalah RM188,117,514.63 daripada kos keseluruhan projek RM243,555,183.35 bagi kesemua enam pakej yang terlibat dalam pembangunan bebas cukai Pulau Bayas.“Pakej pembangunan Pulau Bayas ada enam yang mana pakej empat dan enam telah siap sepenuhnya dan yang mengalami kelewatan melibatkan pakej satu, dua, tiga dan lima yang mana jumlah keseluruhan denda yang dikenakan sehingga 30 April 2019 terhadap pakej yang mengalami kelewatan ini adalah sebanyak RM10,432,098.70.“Kerajaan negeri sedang mempertimbangkan perkara ini kerana jika diteruskan, kos yang diperlukan melebihi RM75 juta sedangkan peruntukan yang ada hanya berbaki RM55 juta,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media sempena Sidang Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, kerajaan negeri sedang mempertimbangkan beberapa cadangan sebagai usaha untuk menyelesaikan isu ini.“Bagi menangani kelewatan pembangunan Pulau Bayas, pihak kerajaan ada beberapa mekanisma yang dicadangkan, antaranya kontrak diteruskan dengan tarikh penyiapan baru melalui perjanjian tambahan kepada kontrak asal.“Dengan langkah berkenaan, kos pembinaan adalah sebagaimana kontrak asal (kadar harga asal), tarikh penyiapan baru melalui perjanjian tambahan yang mengambi lkira faktor kelewatan penerimaan bayaran dan faktor-faktor lain berkaitan serta pembekal sedia ada dan waranti pembinaan dapat diteruskan.“Cadangan kedua, penamatan kontrak secara persetujuan bersama melalui perjanjian tambahan, antara kelebihannya rundingan antara pihak kontraktor dan kerajaan boleh dibuat untuk mencapai persetujuan bersama bagi menyelesaikan sebarang tuntutan dan ketiganya adalah dengan penamatan pengambilan kerja kontraktor disebabkan oleh kemungkiran kontraktor,” ujarnya.Katanya, dengan masalah yang dihadapi, pihak kerajaan juga sedang menimbangkan beberapa perkara tentang projek pembangunan Pulau Bayas.“Pertamanya, projek ditender semula untuk kerja-kerja penyiapan oleh kontraktor yang layak dengan skop dan reka bentuk bangunan asal.“Kedua, projek ditender semula untuk kerja penyiapan dengan membuat perubahan reka bentuk dan spesifikasi pembinaan bagi membolehkan projek dapat disiapkan dan digunakan dengan kos yang lebih rendah berbanding skop kerja dan reka bentuk asal. Dan ketiga, alternatif bagi penyiapan oleh pihak pelabur swasta dengan mengambil kira faktor dan kajian yang lebih menyeluruh hala tuju projek,” ujarnya.Menurut beliau, sehingga Mei lalu, pakej pertama yang tergendala melibatkan Kerja-Kerja Membina Dan Menyiapkan Bangunan Terminal Utama, Jeti Penumpang, Jeti Servis dan Kerja-Kerja Berkaitan yang mana harga kontrak asal berjumlah RM70,993,030.30 dan mencapai kemajuan 80.84 peratus.“Pakej kedua ialah Kerja-Kerja Membina Dan Menyiapkan Kompleks Membeli Belah Dan Kerja-Kerja Berkaitan (harga kontrak RM57,950,500.00 dan peratus kemajuan 55.04 peratus).“Pakej ketiga ialah Kerja-Kerja Membina Dan Menyiapkan Pencawang Elektrik, Sistem Agihan Bekalan Voltan Tinggi Dan Rendah Serta Kerja-Kerja Berkaitan (harga kontrak asal RM8,915,000.00 dengan peratus kemajuan 73.45.“Pakej kelima adalah Kerja-kerja Membina Dan Menyiapkan Sistem Rawatan Air, Sistem Rawatan Kumbahan Dan Kerja-Kerja Berkaitan (harga kontrak RM13,283,094.80 dengan peratus kemajuan 79.90,” ujarnya.
14 Jul 19
449
Sektor Perindustrian Terengganu Catat Nilai Pelaburan Lebih RM800 Juta
KUALA TERENGGANU, 15 Julai - Terengganu terus kekal kukuh sebagai sebuah destinasi pilihan bagi pelaburan asing dan domestik dalam sektor perindustrian.Ini dibuktikan melalui tempoh sepanjang tempoh Jun 2018 hingga Jun 2019 dengan Terengganu berjaya merekodkan pelaburan berjumlah RM801.55 juta secara keseluruhan.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM480.62 juta adalah pelaburan asing dan bakinya RM320.92 juta pula pelaburan domestik.“Pelaburan ini turut memberi peluang pekerjaan kepada 2,096 orang.“Jenis pelaburan pula seperti yang terdapat di Kerteh lebih kepada ‘biochemical’, kalau di Kemaman pula industri minyak dan gas termasuk besi waja manakala yang berunsurkan kayu di Wakaf Tapai, Marang,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Wan Hapandi Wan Nik pada Sidang Dewan Undangan Negeri Keempat Belas di Wisma Darul Iman, hari ini.Sementara itu, mengulas mengenai status kawasan perindustrian Batu 7 di Dungun yang dikatakan tidak ada pembangunan, Tengku Hassan berkata, hampir 90 peratus daripada 184 lot yang terdapat di kawasan tersebut tidak beroperasi.“Daripada keseluruhan 184 lot, 44 peratus tidak beroperasi manakala terdapat 86 lot belum ada pemilik menjadikan hanya sepuluh peratus sahaja yang beroperasi dan aktif.“Kita pun tidak tahu apa masalahnya, dan apa yang kita tahu terdapat beberapa masalah infra di situ seperti masalah jalan masuk, air dan elektrik. Setakat ini tidak ada permohonan untuk penyelesaian masalah ini tapi kita akan lihat perkara ini kembali,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Wan Hapandi.
14 Jul 19
84