Artikel "Utama" Terkini
Lawan ‘Tok Gajah’, Terengganu FC Sasar Tiga Mata
Foto ihsan - Media TFC.KUALA NERUS, 11 Julai - Menjelang pertemuan ‘derby’ Pantai Timur menentang Pasukan Pahang malam esok, Terengganu Football Club (TFC) menyasarkan untuk mendapatkan tiga mata penuh sekali gus membalas kekalahan dalam aksi terdahulu.Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim memberi keyakinan, semua pemain TFC bersedia untuk melakukan yang terbaik dalam dua perlawanan terakhir Liga Super yang berbaki.Ujarnya, meskipun situasi pasukan sedikit tertekan, keupayaan dan fokus pasukan setakat ini berada dalam keadaan terbaik bagi mendapatkan kedudukan yang lebih baik dalam liga.“Kita harap TFC mampu untuk menambahkan tiga mata lagi, itu harapan kita, walaupun dalam suasana yang tidak menentu untuk TFC apabila kita kehilangan Ketua Jurulatih dahulu, Irfan Bakti.“Walaubagaimanapun, kita sudah melepasi satu fasa iaitu kekal di Liga Super, dengan kedudukan mata sekarang yang agak selamat, tetapi matlamat kita adalah untuk melonjak lebih ke atas,” jelasnya.Hishamuddin (kanan) menzahirkan keyakinan kepada pemain TFC.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah melakukan lawatan kerja ke trek olahraga dan Stadium Gong Badak, di sini hari ini.Mengulas mengenai kerja-kerja pembaikan padang di Stadium Sultan Mizan, Gong Badak, Hishamuddin menghargai pertolongan yang dihulurkan Malaysian Football League (MFL).Katanya, usaha berkenaan untuk melihat kemajuan dan peningkatan bola sepak di Terengganu akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh persatuan.“Daripada PBSNT, kami merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak MFL, khususnya kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), yang sebelum ini sudi meluluskan pembaikan padang di Terengganu.“Kita memilih Stadium Sultan Mizan kerana stadium ini agak bermasalah sebelum ini, kita harap usaha MFL untuk melihat pembangunan bola sepak dalam negara ini berjaya dan Terengganu menyambut usaha tersebut,” tambah beliau.
11 Jul 19
387
PBSNT Setuju Saranan Tubuh Jawatan Pengarah Teknikal
Hishamuddin Abdul Karim.KUALA NERUS, 11 Julai - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bersetuju dengan saranan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) supaya semua pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia (Liga-M) diwajibkan mempunyai jawatan Pengarah Teknikal.Timbalan Presidennya, Hishamuddin Abdul Karim berkata, pihaknya sedang menunggu makluman dan arahan rasmi daripada FAM sebelum membuat sebarang tindakan.Jelasnya, Terengganu yang sedang menumpukan kepada proses penswastaan pasukan yakin usaha berkenaan pasti akan melahirkan lebih ramai pemain berkualiti.“Saya sudah dimaklumkan tentang keperluan untuk mewujudkan Pengarah Teknikal bagi semua pasukan dalam Liga-M, tetapi secara rasminya pihak Malaysian Footbal League (MFL) belum mengeluarkan arahan kepada persatuan bola sepak negeri.“Sekarang kita juga fokus menuju ‘penswastaan’ persatuan bola sepak negeri (FA) kepada kelab (FC), jadi itu yang menjadi fokus kita sekarang,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah melakukan lawatan kerja ke trek olahraga dan Stadium Gong Badak, di sini hari ini.Wan Sukairi dan Hishamuddin memeriksa keadaan trek Stadium Gong Badak.Hishamuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh menjelaskan, hasrat untuk menubuhkan jawatan tersebut sebenarnya telah dibincangkan oleh PBSNT pada akhir tahun lepas.Katanya, disebabkan kekangan kewangan semasa, idea dan cita-cita tersebut terpaksa dilupakan buat sementara waktu.“Tetapi apabila ada arahan daripada MFL sendiri, perkara itu akan kita sambut dan fikir jalan terbaik untuk melaksanakannya, ideanya telah ada,” tambahnya. Kelmarin, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan, jawatan Pengarah Teknikal wajib diwujudkan dalam setiap pasukan yang bersaing dalam Liga-M."Kita perlu menekankan perkara ini (pembangunan akar umbi) untuk memastikan ahli gabungan daripada persatuan bola sepak negeri ini lebih serius dan ia bermula dengan mereka perlu melantik Pengarah Teknikal.“FAM akan menetapkan jawatan Pengarah Teknikal sebagai mandatori dalam perlesenan kelab dan saya serius mengenai perkara ini,” katanya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran DNA Bola Sepak Malaysia.
11 Jul 19
204
Pupuk Kesedaran Nelayan Menerusi Kempen Selamatkan Laut Kita
KUALA TERENGGANU, 11 Julai- Kerajaan negeri menerusi Jabatan Perikanan Negeri Terengganu (JPNT) hari ini melancarkan kempen Selamatkan Laut Kita yang bertujuan memupuk kesedaran dalam diri nelayan mengenai kepentingan menjaga kebersihan laut dan persisir pantai.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, bertemakan ‘Jangang Tohok Sapoh Llaut’, Terengganu merupakan negeri pertama mengadakan kempen berkenaan dengan mengharapkan supaya sampah yang dihasilkan nelayan tidak lagi dibuang ke laut sebaliknya dibawa ke darat untuk dilupuskan. “Berdasarkan jumlah bot yang berdaftar dengan JPNT pada tahun 2018 sebanyak 2,578 buah, jika sebuah bot membuang sampah dengan anggaran sekilogram yang terdiri daripada pembungkus makanan, botol dan beg plastik dari bekalan makanan yang dibawa ketika beroperasi di laut, dijangkakan hampir 2,578 kilogram sampah telah dihasilkan sehari. “Jika sampah-sampah ini tidak dikembalikan semula ke darat dan laut terus dijadikan tong sampah, dianggarkan dalam tempoh setahun, nelayan di negeri ini akan membuang sampah sebanyak 940 metrik tan ke laut,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Selamatkan Laut kita Dan Penyerahan Projek Unjam EAFM Daerah Kuala Terengganu di Jeti Nelayan Kampung Pulau Duyong, hari ini.Turut hadir, Pengarah Perikanan Negeri Terengganu, Zawawi Ali.Menurut beliau, berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang telah memberikan amaran bahawa menjelang tahun 2050, jika keadaan ini berterusan dijangkakan laut akan mengandungi lebih banyak sampah sarap berbanding ikan yang merupakan sumber pendapatan kepada nelayan.“Sehingga kini, hampir 170 juta metrik tan sampah berupa plastik hanyut yang kelihatan seakan obor-obor di lautan sehingga disalah anggap sebagai makanan oleh haiwan seperti penyu, ikan paus, ikan lumba-lumba dan sebagainya dan ini merupakan suatu yang sangat membimbangkan kerana ianya menjadi ancaman serius kepada habitat laut.Katanya, fokus kerajaan negeri untuk menyelamatkan laut daripada sisa-sisa sampah dan langkah proaktif itu diambil bagi mewujudkan kesedaran di kalangan nelayan termasuk dengan menyediakan tong sampah di setiap jeti di seluruh negeri ini.Justeru katanya, menerusi kempen tersebut diharap dapat mendidik nelayan supaya dapat membuang tabiat menjadikan laut sebagai tong sampah dan dapat bersama-sama JPNT memikul tanggungjawab menjaga sumber dan perairan laut negeri ini untuk manfaat bersama.“Kita turut menggalakkan komuniti nelayan memberi tumpuan terhadap kebersihan pantai dengan mengadakan program gotong-royong dan sebagainya,” ujarnya.
10 Jul 19
450
Kekalkan Kejuaraan SUKMA Latihan Masuk Fasa 2
Ustaz Wan Sukairi (kiri) bersalaman dengan seorang etlit di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus.KUALA TERENGGANU, 10 Julai – Terengganu membawa misi mengekalkan kejuaraan di SUKMA XX Johor 2020 dengan latihan agresif masuk Fasa Dua.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, fasa dua ialah mendedahkan atlet-atlet dengan pertandingan yang banyak.“Pemilihan pertandingan bersesuaian, sangat penting terutama sekali untuk membuat penilaian sebenar sama ada pasukan kita (Terengganu) atau pasukan lawan lebih baik,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Perhimpunan Kontinjen Terengganu Menjelang Satu Tahun SUKMA XX Johor 2020 di Komplek Sukan Negeri Gong Badak di sini malam ini.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, dalam fasa ini juga ada kemungkinan latihan dan pertandingan di luar negara diberi kebenaran dengan memilih pertandingan yang berkualiti sesuai dengan keperluan dan tahap atlet Terengganu."Pendedahan sebegini mampu melonjakkan prestasi atlet terpilih terutama atlet sasaran emas," jelasnya.Ustaz Wan Sukairi (tengah) bercakap kepada media selepas Majlis Perhimpunan Kontinjen Terengganu Menjelang Satu Tahun SUKMA XX Johor 2020 di Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak Kuala Nerus.Sementara pertengahan atau penghujung latihan Fasa Tiga, beliau menasihatkan supaya penyertaan dalam kejohanan-kejohanan dalam negara dikurangkan tetapi lebih banyak pendedahan pertandingan di luar negara."Ini bagi memastikan pasukan lain tidak dapat menjangka kekuatan kita sehinggalah pada hari kejohanan sebenar nanti," ujarnya lagi.Sementara itu ketika bercakap kepada media beliau berkata, Terengganu masih lagi menumpukan kepada acara sukan berbasikal, kanu dan perahu layar sebagai sasaran untuk mengekalkan kejuaraan SUKMA.
10 Jul 19
46
Terengganu Mahu Bina Belia Berkemahiran
Wan Sukairi gembira melihat graduan kemahiran TESDEC mendapat keputusan cemerlang.MARANG, 10 Julai - Kerajaan Terengganu komited untuk membina belia berkemahiran tinggi bagi memastikan kesinambungan pentadbiran berada di landasan terbaik bagi menghadapi suasana yang mencabar hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan, dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, usaha membangunkan belia yang pakar dalam bidang-bidang tertentu akan dibantu dan disokong sepenuhnya kerajaan kerana ia memberi pulangan lumayan dalam jangka masa panjang.Jelasnya, individu berkemahiran bukan hanya sekadar mampu untuk membina kehidupan sendiri tetapi turut sama menyumbang kepada perkembangan ekonomi dan pembangunan negeri.“Sememangnya bidang kemahiran ini merupakan suatu bidang yang cukup penting dan kita perlu menerima hakikat bahawa peluang untuk bekerja bergantung kepada kemahiran yang kita miliki.“Ini kerana bidang kemahiran ini adalah bidang yang bersifat terbuka dan tiada had, kerana itu kita harus meneroka seluas yang mungkin dalam bidang ini, supaya satu hari nanti kita mampu melahirkan rakyat yang mempunyai kemahiran yang pelbagai dan mampu untuk berdikari,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Tamat Latihan Golongan Pekerja dan "Future Workers" (GPFW) dalam Kursus Safety & Health Officer (SHO) 2019 di Dewan Ibnu Khaldun, Pusat Pembangunan Kemahiran Terengganu (TESDEC), Bukit Kor, di sini hari ini.Berpesan kepada belia supaya mempunyai keyakinan yang tinggi apabila memasuki dunia pekerjaaan.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif TESDEC, Md. Kamaru Al-Amin Ismail, Timbalan Pengurus Besar TESDEC (Akademik), Sheikh Nehmil Emir Alias dan Timbalan Pengurus Besar TESDEC (Pengurusan), Saidi Salleh @ Sulong.Wan Sukairi yang juga Pengerusi TESDEC Berhad turut mengajak semua rakyat Terengganu supaya tidak memandang rendah dan mengabaikan ilmu kemahiran kerana fakta menunjukkan hampir 90 peratus lulusan kursus (SHO) ini mendapat pekerjaan.Katanya, ibu bapa perlu menyahut seruan itu dengan memberi kebebasan dan tidak menghalang anak mereka yang berminat untuk mempelajari ilmu tersebut di pusat kemahiran yang disediakan kerajaan negeri atau institusi lain.“Janganlah kita beranggapan bahawa bidang atau institusi kemahiran ini adalah tempat dan pilihan yang terakhir.“Sebaliknya, pusat kemahiran sangat penting khususnya buat ibu bapa dalam mencorak dan membangun kerjaya anak-anak dalam dunia yang sangat mencabar (memerlukan kemahiran tertentu) sekarang,” tambah beliau.Dalam majlis berkenaan, seramai 75 graduan dalam kursus SHO yang mendapat biaya daripada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) diraikan.Graduan wanita turut cemerlang menamatkan pengajian dalam bidang SHO.
10 Jul 19
171
Aktiviti Pelancongan VM2020 Sehingga 16 September Ini
Ustaz Ariffin DeramanKUALA TERENGGANU, 10 Julai - Kerajaan negeri merancang untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) dengan pelbagai aktiviti menarik, kreatif, berkesan dan terlihat (visible) sehingga 16 September ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, ini termasuk Pertandingan Akhir Dikir Barat Sekolah-sekolah Menengah Negeri Terengganu di Pantai Peranginan Kelulut Marang (26 Julai).Terengganu CFA International Cat Show di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak Kuala Nerus (20-21 Julai), Festival Kenyir di Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir Hulu Terengganu (25-28 Julai).Pekan Budaya Jom Singgoh Daerah Marang, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman (Julai hingga September), Karnival Pantai Terengganu di Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu (12-16 September).Road Show Beautiful Terengganu yang akan melibatkan mini travel fair, tourism talk bersama penggiat industri pelancongan dan duta-duta kecil di negeri-negeri terbabit.Beliau memberitahu demikian pada sidang media di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Katanya, melalui portfolio beliau, satu Pelan Strategik Pelancongan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu 2019-2023 telah disiapkan dan akan sentiasa mengadakan pelbagai promosi dan acara menarik sepanjang tahun ini."Apa lagi ia lebih rancak dengan adanya produk-produk pelancongan yang menarik dan terkini seperi 'drawbridge' yang menjadi mercu tanda baharu yang menjadi viral sekarang ini," jelasnya.Katanya, pelan strategik yang disediakan tersebut merupakan satu dokumen rujukan yang menentukan halatuju strategik jabatan."Visi yang diwujudkan iaitu untuk mencapai sasaran 6.5 juta pelancong datang ke negeri Terengganu dan menerima RM6 bilion pendapatan pada tahun 2025 dengan misi untuk menarik dan meningkatkan kedatangan pelancong."Mereka berbelanja (wang mereka) melalui peningkatan daya tarikan dan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti tinggi serta menjadikan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan menjadikan Terengganu sebagai destinasi," jelasnya. Katanya, Terengganu mencatat kedatangan 4.79 juta pelancong pada 2018.."Kadar kedatangan pelancong tahun ini akan dimaklumkan awal tahun depan tetapi dijangka merosot kerana masalah ekonomi global."Kerajaan mensasarkan pelancong domestik berbanding pelancong asing memandangkan kedatangan pelancong asing ke Malaysia agak berkurangan setahun dua ini," jelas beliau.Sementara itu, pembinaan sebuah hotel di Pulau Poh dijangka siap Mac ini sekali gus akan diadakan lawatan ke beberapa tempat termasuk pulau berkenaan dan Pulau Bayas di Tasik Kenyir Sabtu ini.
10 Jul 19
62
250 Unit RMM Bakal Dibina Di Kampung Tajin - MB Terengganu
HULU TERENGGANU, 9 Julai - Sebanyak 250 buah rumah mampu milik (RMM) akan dibina di Kampung Tajin yang dijangka dimulakan pada bulan hadapan di atas tanah seluas 10 hektar.
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kos setiap RMM adalah RM117 ribu tetapi penerima hanya perlu membayar sebanyak RM80 ribu dan selebihnya ditanggung oleh kerajaan.
Katanya, ini membuktikan kerajaan negeri sentiasa peka dengan pembangunan luar bandar dan akan memastikannya tidak ketinggalan termasuk memastikan rakyat yang berumur 21 tahun ke atas mendapat lot tanah atau kediaman selaras dengan manifesto yang dijanjikan.
"Ini merupakan inisiatif oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) manakala kontraktor dilantik ialah GPQ iaitu salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri jadi kita dapat jimatkan kos jika laksana sendiri.
"Kita jangka projek ini akan siap dalam masa dua tahun bermula 16 Jun hingga akhir Jun 2021 dengan kos keseluruhan hampir RM30 juta," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan RMM Tajin dan Penyerahan Suratan Hakmilik Felcra Seberang Kuala Jeneris 1, di sini semalam.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd. Zahari Md. Azahar, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr Mamad Puteh, ADUN Ajil, Maliaman Kassim dan ADUN Telemong, Dato' Rozi Mamat.
Hadir sama, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Johan Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif PMINT, Samiun Salleh dan Pengurus Besar Wilayah Felcra Bahagian Timur, Zulkifli Sidek.
Menurutnya lagi, RMM di Tajin itu dibina dalam kategori kediaman komersial dan bakal menikmati pelbagai kemudahan seperti surau, tadika, dewan serbaguna, rumah kedai dan loji rawatan kumbahan untuk kemudahan penghuninya nanti.
Sementara itu, Ahmad Samsuri berkata, permohonan untuk RMM seluruh Terengganu kini menjangkau 130 ribu dan selepas disaring, pihaknya mensasarkan 50 ribu sahaja bagi pemohon yang betul-betul layak dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.
"Kita juga akan berusaha untuk perbanyakkan lagi RMM di daerah-daerah lain tetapi kita utamakan dahulu di kawasan yang terdesak dan mudah mencari tanah," ujarnya.
09 Jul 19
821
Rakyat Terengganu Perlu Bersama Lindungi Penyu
Kanak-kanak tertarik melihat anak penyu meluru ke laut.DUNGUN, 9 Julai - Jabatan Perikanan Negeri Terengganu menyeru rakyat negeri itu supaya bersama-sama agensi berkenaan dalam usaha melindungi penyu daripada ancaman luar.Pengarahnya, Zawawi Ali berkata, reptilia tersebut yang sinonim dengan negeri Terengganu itu semakin diancam kepupusan berikutan kurangnya kesedaran awam mengenai perlindungan haiwan itu."Pada tahun 2018, terdapat pengurangan pendaratan penyu di negeri ini iaitu sebanyak 3,815 kali berbanding 3,888 kali pada tahun 2017.Zawawi merasmikan pelepasan anak penyu."Rekod jabatan menunjukkan pendaratan Penyu Belimbing kali terakhir berlaku pada dua tahun lalu, manakala Penyu Lipas pula sudah tidak kelihatan sejak 2010," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Program Pelepasan Anak Penyu di The Qamar Resort, Paka, hari ini.Hampir 2,000 anak penyu dilepaskan di pantai berkenaan sebagai salah satu usaha menyampaikan mesej kepada orang ramai bahawa penyu merupakan haiwan yang perlu dilindungi.Zawawi turut berharap usaha itu dapat membuka mata banyak pihak untuk bekerjasama dalam melindungi haiwan itu.Seorang kanak-kanak menunjukkan anak penyu yang akan dilepaskannya."Setiap tahun kerajaan negeri dengan kerjasama Persekutuan memperuntukkan RM5,00,000 untuk tujuan pengurusan dan pembangunan penyu negeri."Bagaimanapun, ia masih belum mencukupi bagi memastikan pemuliharaan penyu dapat dijalankan sepenuhnya," katanya.Beliau menzahirkan rasa terima kasih kepada The Qamar Resort yang sering menyertai dan menyumbang dalam program pembangunan yang dijalankan."Sedar atau tidak, kebanggaan negeri ini sedang lenyap perlahan-lahan."Kita memerlukan kerjasama awam dan swasta untuk bertindak menangani ancaman kepupusan ini," katanya.
09 Jul 19
907
Terengganu FC Pungut Satu Mata
Terengganu FC berpuas hati dengan satu mata di Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah apabila seri 2-2 dengan Kedah.KUALA TERENGGANU, 9 Julai - Terengganu FC (TFC) memperoleh satu mata seri dengan Kedah 2-2 di tempat sendiri malam ini.Separuh masa pertama, Kedah yang bertandang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, mendahului 2-1 dengan permainan timbal balas serangan dari kedua-kedua pasukan.Gawang TFC bolos seawal minit ketiga permainan apabila tendangan sudut Kedah dijaringkan oleh Muhamad Shakir Hamzah.Gol penyamaan TFC hadir di minit ke 15 apabila sepakan kencang Sanjar Shaakmedov dari luar kotak penalti menembusi gol sebelah kanan Kedah, melangkaui jangkauan penjaga golnya, Abdul Hadi Abdul Halim.Bagaimanapun Kedah mempunyai peluang menyumbat gol di minit terakhir permainan setelah mengucarkacirkan pertahanan TFC.Diminit 45, Baddrol Bakhtiar menyumbat satu gol penyudah separuh masa pertama untuk Kedah berada di hadapan.Di separuh masa kedua, beberapa minit sebelum tamat permainan, Kedah bermain dengan 10 pemain apabila pemain pertahanannya, Azmeer Yusof menerima kad merah kerana melakukan kekasaran ke atas pemain TFC.Dengan kepincangan itu Sang Penyu mengambil peluang melakukan serangan bertubi-tubi ke pintu gol lawan dan gol penyamaan ditemui di masa tambahan.Tcheche Hermann Brice Kipré menanduk masuk dengan bergaya hantaran dari sebelah kanan padang, mengalahkan penjaga gawang Kedah.
09 Jul 19
69
Dasar Perumahan Baru Akan Diperkenal Bulan Depan - MB Terengganu
Dr. Ahmad Samsuri menurunkan tandatangan sebagai gimik perasmian Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Mampu Milik (RMM) Tajin.HULU TERENGGANU, 9 Julai - Kerajaan negeri akan memperkenalkan dasar perumahan swasta baharu termasuk projek rumah mampu milik (RMM) pada bulan hadapan.Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dasar baharu yang bakal dilaksanakan itu akan memberi perkhidmatan lebih mesra kepada golongan pemaju tanpa mengabaikan tanggungjawab mereka melaksanakan projek perumahan RMM di Terengganu.Jelasnya, dasar baharu itu dirangka bagi mengkaji semula dasar perumahan kerajaan negeri yang digubal sejak Julai 2017 dan secara tidak langsung harga rumah akan lebih murah."Kita akan pertimbangkan antaranya tanah itu sendiri dan dengan dasar baharu ini kos tanah akan diminimakan supaya kos pembinaan rumah juga diturunkan."Kita juga terbuka dengan inisiatif daripada pihak swasta yang boleh menjadi pemaju tetapi ada syarat-syarat tertentu. Mungkin bagi pemaju swasta mereka kurang berminat kerana dari segi keuntungan, mereka akan kerugian berbanding mereka membuat rumah dengan harga yang lebih tinggi tetapi kita percaya mereka boleh terima," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan RMM Tajin dan Penyerahan Suratan Hakmilik Felcra Seberang Kuala Jeneris 1, di sini hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd. Zahari Md. Azahar, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr Mamad Puteh, ADUN Ajil, Maliaman Kassim dan ADUN Telemong, Dato' Rozi Mamat.Hadir sama, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Johan Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Samiun Salleh dan Pengurus Besar Wilayah Felcra Bahagian Timur, Zulkifli Sidek.Ahmad Samsuri berkata, sebanyak 250 buah RMM akan dibina di Kampung Tajin yang dijangka dimulakan pada bulan hadapan di atas tanah seluas 10 hektar.Menurutnya, projek pembinaan RMM bermula Jun ini dan dijangka siap pada 2021 adalah dengan kos RM68,000 yang akan dibangunkan oleh PMINT dengan kontraktor-kontraktor yang dilantik.Sebahagian peneroka Felcra Seberang Kuala Jeneris 1 yang menerima suratan hakmilik hari ini.Sementara itu, dalam majlis yang sama, penantian hampir 41 seramai 62 peneroka Felcra Seberang Kuala Jeneris 1 kini berakhir apabila menerima suratan hakmilik masing-masing.Ianya melibatkan keluasan 419.116 ekar dengan setiap peserta menerima enam ekar setiap seorang.
09 Jul 19
698