lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Pertanian Perniagaan Menguntungkan - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 4 Ogos - Kerajaan negeri berhasrat mengeluarkan masyarakat desa yang sebelum ini ‘allergic’  atau memandang pertanian yang dikaitkan dengan kemiskinan kepada sesuatu perniagaan yang menguntungkan  dengan menggunakan hasil tanah-tanah kerajaan negeri dan juga peningkatan teknologi.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya sangat serius untuk melaksanakan pelan pertanian di Terengganu kerana negeri ini mempunyai 251,000 hektar tanah yang sesuai dengan pertanian di mana sekitar 12,000 hektar masih terbiar dan belum diusahakan.“Kita berharap untuk melaksanakan perancangan ini dengan data-data tanah pertanian yang belum dan boleh digunakan.“Ini (jumlah tanah) sangat banyak dan kita percaya sekiranya kita memaksimakan penggunaan, libatkan penyertaan daripada petani, kita akan berjaya  mengeluarkan mereka ini daripada menjadi kais pagi makan pagi, kais petang makan petang."Mereka dapat menjadikan pertanian sebagai  satu perniagaan  yang boleh mendatangkan keuntungan yang besar kepada diri dan masyarakat,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Dato' Bentara Dalam; Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Mohd Zahari Md Azahar, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim dan barisan Exco Kerajaan Negeri.Seramai 1,800 jemputan yang terdiri daripada Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), petani, penternak dan nelayan dari seluruh negeri hadir ke majlis tersebut.Pelan strategik pertanian mengariskan enam teras yang mengandungi sebanyak 61 strategi dengan 128 program yang dirancang dalam tempoh lima tahun.Ahmad Samsuri berkata, sebagai salah satu sektor yang menyumbang kepada ekonomi negeri, satu laporan mengenai perkembangan pelan berkenaan perlu dihantar secara berkala.“Laporan ini untuk tengok perjalanan sama ada terdapat masalah atau tidak atau secara bersama apa yang boleh dibuat oleh kerajaan untuk cari jalan sekiranya memerlukan campur tangan dan kerjasama dari Kerajaan Pusat serta Kementerian Pertanian.“Sekiranya ada, maka kita akan hubungi dan berbincang dengan pihak Kerajaan Pusat untuk selesaikan masalah tak kira dari segi penyakit, bahan mentah dan sebagainya,” ujarnya lagi.Beliau juga berharap golongan muda atau Agropreneur Muda dapat menyahut seruan kerajaan dan bergerak aktif menceburkan diri dalam sektor pertanian, perikanan dan penternakan sebagai kerjaya utama atau kerjaya sampingan untuk menambah pendapatan.“Kita ingin megubah minda yang dahulunya melihat pertanian kerana tak dapat kerja di tempat lain.“Minda perlu diubah kerana pada zaman yg mencabar ini, nak dapat peluang pekerjaan, pertanian antara cabang yang terbaik,” katanya.
04 Aug 19
229
Empty Image
MB Terengganu Melawat Lapangan Terbang Pulau Redang
Dr Ahmad Samsuri (dua dari kanan) melihat pelan cadangan memanjangkan landasan Lapangan Terbang Pulau Redang. SETIU, 4 Ogos - Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar melawat Lapangan Terbang Pulau Redang dengan diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Bentara Dalam dan beberapa pegawai kanan kerajaan negeri hari ini.Lawatan tersebut bertujuan mengkaji kewajaran memanjangkan landasan sedia ada kepada 2.2 kilometer bagi  membolehkan kapal terbang berkapasiti 180 tempat duduk boleh mendarat bagi merancakkan kedatangan pelancong asing ke pulau pelancongan yang masyhur itu di masa akan datang.Dikatakan lapangan terbang sekarang terlalu pendek, hanya  sepanjang satu kilometer,  untuk kapal terbang kecil berkapasiti 18 tempat duduk sahaja boleh mendarat.Dr Ahmad Samsuri (tiga dari kiri) diberi taklimat berhubung dengan perkembangan di Pulau Redang dalam lawatan ke pulau itu hari ini.Pembesaran Lapangan Terbang Pulau Redang itu baru di peringkat cadangan dari seorang pemilik resort di pulau tersebut, melibatkan tanah tambakan laut seluas 30 ekar untuk memanjangkan lagi landasannya.Landasan tambahan itu dijangka  menelan belanja kira-kira RM400 juta bertujuan untuk membolehkan pelancong asing terus datang ke pulau berkenaan dari negara masing-masing.Dengan ukuran landasan itu membolehkan penerbangan antarabangsa mendarat di pulau berkenaan.Bagaimanapun kerajaan negeri belum membuat apa-apa keputusan mengenai penambahbaikan lapangan terbang tersebut.Difahamkan, selepas mendapat kelulusan dari Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, cadangan itu akan dibawa sendiri oleh pihak pencadang kepada Kerajaan Pusat untuk pertimbangan.Jika diluluskan, ia akan diserahkan kepada Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) untuk pelaksanaan selanjutnya.
03 Aug 19
723
Empty Image
Abdul Hadi Rancakkan 'Terengganu Tenggiri Challenge'
Foto ihsan - Media Presiden PASOleh: Aziz HambaliMARANG, 3 Ogos - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menyertai program buang unjam bagi merancakkan lagi  "Terengganu Tenggiri Challenge" yang bakal berlangsung 20 hingga 21 September ini.Pembuangan unjam di perairan Pulau Kekabu, Marang tersebut bertujuan menarik kehadiran banyak ikan seterusnya menjadikan program "Terengganu Tenggiri Challenge' lebih menarik dan mencabar."Semoga program ini dapat menarik minat ramai pemancing dan pelancong untuk datang ke Terengganu," ujarnya selepas aktiviti membuang unjam kelmarin.Abdul Hadi yang juga Presiden PAS mengambil kesempatan memenuhi hobi memancingnya dan berhasil menaikkan seekor tenggiri seberat hampir 10 kiloram (kg).Menariknya, seringkali beliau ditanya doa khusus apa yang diamalkan untuk memancing. Jawapan beliau ringkas, Nabi tidak memancing.
03 Aug 19
59
Empty Image
Ayah Chik Tak Balah Sejak Di Bangku Sekolah
Oleh: Aziz HambaliMARANG, 3 Ogos - Berbalah atau bergaduh dalam hidup seseorang adalah perkara normal dalam kehidupan.Namun, sikap bergaduh dengan sesiapa tiada pada batang tubuh seorang Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang atau lebih mesra dipanggil oleh orang kampung sebagai 'Ayah Chik'.Kawan sekelas beliau di Sekolah Menengah Agama Marang, Mohammad Idris, 74, yang berasal dari Seberang Marang dengan bangga menceritakan kisahnya yang pernah melalui liku hidup bersama Ayah Chik sejak di bangku persekolahan lagi.Katanya, berbalah atau bergaduh dengan orang adalah perkara yang dijauhi dalam kamus hidup Ayah Chik."Kalau berlaku juga, Ayah Chik akan cepat-cepat menghindarkan diri daripada pergaduhan."Saya tinggal bersama isteri di Jeli, Kelantan. Berpisah dengan Ayah Chik sejak tahun 60-an selepas tamat persekolahan."Selepas daripada itu tidak jumpa-jumpa setelah saya berhijrah kembali ke daerah Marang di Kampung Setar Kanan," ujarnya lagi.Beliau ditemui dalam program Ziarah Mahabbah Isteri Ahli Parlimen Marang, To’ Puan Seri Hajah Zainab Awang Ngah atau lebih mesra dikenali sebagai 'Che Ngah' yang diadakan dua kali seminggu di lokasi berlainan sekitar daerah Marang.Turut hadir mengiringi ziarah tersebut ialah Pembantu Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang dan ahli jawatankuasa Helwa DUN Rhu Rendang.Che Ngah turut menziarahi dan memberi sumbangan kepada anak Mohammad, Ahmad Faiz Mohamad, 34, Orang Kurang Upaya (OKU) yang mengalami kemalangan motosikal baru-baru ini.
03 Aug 19
408
Empty Image
Bantu Laksanakan Ibadah Dengan Sempurna
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 3 Ogos - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) bukan sahaja berperanan menyediakan prasarana yang selesa kepada masyarakat malah membantu rakyat untuk melaksanakan ibadah dengan lebih sempurna.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang Alias Harun berharap MPKK tidak memandang ringan perkara tersebut."Jika ada di antara mereka yang tidak mampu ke surau solat berjemaah, maka MPKK kena bantu, ambil mereka di rumah dan bawa bersama," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika  menziarahi sebuah rumah warga emas di Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Gong Pasir di sini kelmarin.Ziarah rutin dua kali seminggu ke setiap kampung diatur oleh kakitangan Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN tersebut dengan kerjasama MPKK terlibat."Mereka bukan sahaja boleh bersolat jemaah tetapi juga dapat mendengar kuliah, yang mana dapat membaiki kehidupan agar lebih diberkati," ujarnya.
03 Aug 19
39
Empty Image
280 Pelumba Motocross Berentap Di Gong Badak Terengganu
Antara peserta yang mencuri tumpuan.KUALA NERUS, 3 Ogos - Seramai 280 pelumba sukan motocross dari seluruh Semenanjung Malaysia berentap dalam kejohanan KBS Motocross Championship 2019 di Gong Badak yang bermula semalam.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program kali pertama diadakan di Terengganu itu mendapatkan sambutan yang menggalakkan dalam kesemua 12 kategori pertandingan.Jelasnya, kejohanan dua hari itu melibatkan pelbagai lapisan umur peserta, iaitu bermula daripada 18 hingga 60 tahun.“Program seumpama ini secara tidak langsung dapat menggalakkan orang ramai untuk menggayakan minat dan budaya hidup mereka dengan cara yang sihat.“Ia juga dapat memupuk minat anak muda Terengganu untuk turut serta dalam sukan lasak ini dan dalam masa yang sama, kepakaran yang mereka ada tidak disalahgunakan untuk perkara yang tidak berfaedah,” ujarnya.Wan Sukairi bersalaman dengan peserta yang terlibat dalam kejohanan itu.Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Hadiah kepada para pemenang dalam kategori Open Enduro, di Litar Permotoran Gong Badak, di sini semalam.Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Terengganu, Mohd Soufi Mohd Ibrahim serta pegawai-pegawai Kementerian Belia dan Sukan.Menurut Wan Sukairi lagi, Terengganu sentiasa menyokong aktiviti-aktiviti sukan yang memupuk dan membina jati diri anak-anak muda bagi membina pelapis kepimpinan negeri yang berkualiti. “Kita mengharapkan pada masa akan datang, lebih banyak lagi program-program seperti ini mahupun yang lebih besar lagi termasuk penyertaan dari dalam dan luar negara dilaksanakan.“Saya juga difahamkan, hujung tahun ini akan ada kejohanan motocross terbesar yang membabitkan peserta dari luar negara, ia akan berlangsung di Pantai Mak Nik, Kemaman,” tambah beliau.
03 Aug 19
567
Empty Image
Alhamdulillah, Kita Dapat Tiga Mata
Sanjar berjaya jaring dua gol.KUALA TERENGGANU, 3 Ogos - "Alhamdulillah, kita dapat tiga mata," itu luahan pengendali sementara Terengganu Football Club (TFC), Nafuzi Zain setelah pasukannya menewaskan PKNS FC 3-1, semalam.Melayan kunjungan pelawat di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) dalam aksi pertama Piala Malaysia 2019, Nafuzi berpuas hati dengan aksi bersemangat anak-anak buah kendaliannya.“Paling penting, kita dapat tiga mata dan jaringan besar yang terhasil adalah bonus bagi kami. Tahniah kepada pemain atas komitmen dan semangat walaupun kita beraksi tanpa kelibat beberapa pemain utama.“Perlawanan ini adalah aksi yang terbaik pasukan di bawah kendalian saya. Tetapi, belum cukup sempurna dan masih banyak pergerakan dan peningkatan yang diperlukan,” katanya dalam sidang media selepas perlawanan, semalam.Nafuzi puas hati aksi bersemangat pasukan.Beliau turut memaklumkan, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) tidak meletakkan sebarang tekanan sebaliknya memberi sepenuh sokongan untuk memberikan yang terbaik dalam kempen kali ini.Nafuzi juga mengingatkan pemain untuk terus mendapatkan mata penuh dalam perlawanan seterusnya menentang Kedah di Alor Setar pada 8 Ogos ini.“Kita tahu, moral pasukan lawan tinggi selepas memenangi Piala FA baru-baru ini. Tetapi, kita akan terus cuba menambah kualiti dalam permainan kerana kita perlukan setiap perlawanan untuk mara ke peringkat seterusnya,” katanya.
03 Aug 19
63
Empty Image
Terengganu Fight Muay Thai Acara Tahunan Pelancongan Negeri
Ariffin (dua dari kanan) menyampaikan piala kepada Ali (tengah) dalam Terengganu Fight Muay Thai 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak Kuala Nerus.KUALA NERUS, 3 Ogos - Kerajaan Terengganu akan memasukkan Terengganu Fight Muay Thai dalam kalendar pelancongan negeri sekiranya penganjur berhasrat meneruskan pertandingan itu tahun hadapan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, pertandingan berprestij itu adalah kali kedua buatnya semalam."Malam ini (malam semalam) adalah untuk tahun kedua saya hadir di sini bagi menyaksikan perlawanan Muay Thai.Ariffin (tiga dari kanan) bersalaman dengan peninju dari negara Algeria."Tahun hadapan kalau pihak penganjur bersetuju untuk menganjurkan buat kali ketiga, saya akan memasukkan acara ini dalam kalendar pelancongan negeri Terengganu," katanya ketika merasmikan Terengganu Fight Muay Thai 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini semalam.Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superitendan Suffian Sulaiman.Acara tersebut dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Bumiputera Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu, Persatuan Muay Thai Negeri Terengganu dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.Ali (kanan) dalam satu aksi menentang Deng di Terengganu Fight Muay Thai 2019 di Stadium Tertutup Gong Badak Kuala Nerus, semalam.Dalam perkembangan lain, Ariffin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata, kerajaan negeri baru sahaja membuka 'drawbridge' kepada laluan kenderaan kelmarin."Kita (kerajaan negeri) mengharapkan Terengganu terus maju, berkat dan sejahtera dalam semua bidang," ujarnya.Ariffin turut menyampaikan piala kepada peninju Terengganu, Ali Yakob selepas menang dengan kiraan mata mengalahkan peninju dari Kelantan, Deng Chidam.Ali dan Deng adalah saingan regu keenam dan terakhir dalam pertandingan tiga pusingan bertaraf dunia itu.Pertandingan tahunan itu disertai oleh peninju dari Republik Islam Iran, Algeria, Laos, Thailand dan Malaysia.Turut diadakan cabutan bertuah berupa hadiah dua buah motosikal berjenama yang dimenangi dua anak Terengganu termasuk dari Besut dan Setiu.
02 Aug 19
728
Empty Image
Terengganu FC Langkah Kanan
Sharin Sapien cemerlang kemudi bahagian tengah.KUALA TERENGGANU, 3 Ogos - Terengganu Football Club (TFC) bermula dengan langkah kanan apabila menewaskan PKNS FC 3-1 dalam aksi pertama Piala Malaysia 2019, semalam.Beraksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), Terengganu FC mempamerkan aksi bersemangat apabila mendahului pada minit ke-5  melalui Sanjar Shaakhmedov hasil gerakan menarik Tcheche Kipre dan Ahmad Syamim Yahya.Tuan rumah hampir menjarakkan kedudukan pada minit ke-16, namun gol Kipre tidak dikira kerana berada dalam kedudukan offside.Sang Penyu berjaya mendominasi perlawanan dengan pelawat sekali sekala melancarkan serangan ke kubu tuan rumah.Pada minit ke-31, Semut Merah berjaya menyamakan kedudukan setelah serangan balas mereka disudahkan Muhammad Jafri Chew yang menerima umpanan Kpah Sherman.Kipre jaring dua, tetapi tidak dikira kerana berkedudukan offside.Bagaimanapun, tuan rumah kembali di depan apabila Nasrullah Haniff menanduk lorongan Syamim untuk gol kedua Terengganu FC.Kedudukan 2-1 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.Bersambung babak kedua, Kipre  berjaya menyempurnakan peluang yang terhidang namun dia sekali lagi terperangkap offside.PKNS FC cuba menggandakan asakan dan menguasai permainan dengan memasukkan Gabriel Guerra dan Mahalli Jasuli tetapi benteng Terengganu Fc terus bertahan.Pengendali sementara Terengganu FC, Nafuzi melakukan beberapa pertukaran untuk memastikan kelebihan terus dikekalkan.Tuan rumah akhirnya berjaya meledakkan kelegaan 'pemain ke 12' apabila Sanjar melakukan rembatan hasil hantaran lintang Nabil Latfi yang ditanduk Abdul Shukur Jusoh lantas mengukuhkan tiga mata Terengganu FC dalam pemburuan ke peringkat kalah mati.Terengganu FC akan berdepan Kedah di Alor Setar, 8 Ogos ini.
02 Aug 19
272
Empty Image
Raih RM8,000 Sebulan Hasil Kudapan Tradisi
KUALA NERUS, 2 Ogos-Mysisme, jenama produk  Terengganu yang sudah `terbang' melangkaui ribuan batu dalam mempromosi hasil Industri Kecil Sederhana (IKS) tempatan kini makin melebarkan sayap peniagaan dengan mendapat bantuan sepenuhnya kerajaan negeri.Produk buah rotan diusahakan usahawan dari Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu itu sudah menjelajah hampir lima buah negara termasuk Singapura, Jepun, Australia, Indonesia dan Filipina selain berjaya mempromosinya sebagai makanan unik dari Terengganu.Pengarah Syarikatnya, Maimunah Yusof 63,  berkata, dia mula berniaga sejak 1985 dengan menghasilkan buah rotan dan makanan ringan lain termasuk kerepek di rumahnya dengan bantuan anak-anak serta mampu menjana pendapatan bulanan antara RM6,000 hingga RM8,000 sebulan.Ibu kepada sembilan anak berkata, usia bukan penghalang untuk menjelajah dalam usaha mempromosikan kudapan istimewa dari Terengganu disamping meningkatkan lagi pendapatan syarikat milik keluarga."Makcik selalu menyertai ekspo-ekspo yang dianjurkan oleh kerajaan negeri dan bermula dari sini, perniagaan mula berkembang maju malah pendapatan pun meningkat dari biasa hasil kepelbagaian produk dan bukan terhad kepada buah rotan semata-mata."Pelbagai bantuan diperolehi termasuk daripada pihak Majlis Amanah Rakyat (Mara)yang menyumbangkan sticker produk, Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) membantu dari segi pelabelan."Ini termasuk Jabatan Pertanian yang memberi peruntukkan sebanyak RM35,000 bagi membina bengkel serta membeli peralatan.Terbaru mak cik dapat dari Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), sebuah mesin menghasilkan buah rotan bernilai RM13,000," katanya ketika ditemui  wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di gerai jualannya di tapak Pekan Budaya Kuala Nerus, Pantai Teluk Ketapang, di sini hari ini.Kini dengan bantuan tujuh anaknya yang menguruskan bahagian pemasaran dan jualan, Mysisme dikembangkan lagi dengan produk baharu seperti bunga durian, kuih siput, jala emas, tahi itik, mas sejemput dan puding raja termasuk menerima tempahan daripada orang ramai.Tambah Maimunah lagi, penganjuran ekspo dan pekan budaya oleh kerajaan negeri banyak membantu pengusaha-pengusaha kecil sepertinya bagi mempromosi dan melariskan jualan."Macam hari ni, makcik boleh dapat RM1,000 sejak dibuka jam 10 pagi tadi dan berharap akan lebih lagi pada hari seterusnya."Memang bersyukur dengan penganjuran program seperti ini dan tahniah kepada Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Samsuri Mokhtar kerana telah berjaya menaikkan taraf ekonomi penduduk tempatan,"katanya.Tambah Maimunah, kejayaanya hari ini juga banyak dibantu oleh pihak pelancongan negeri dalam mempromosikan Mysisme di luar negeri dalam setiap program yang dianjurkan."Sememangnya Tourism banyak membantu saya khususnya Mysisme untuk kenalkan produk dalam penganjuran pelbagai program di luar contohnya di Singapura, Thailand dan sebagainya."Pernah diberi peluang untuk mengikuti Le Tour De Langkawi dan hasilnya memang lumayan walaupun rasa letih kerana terpaksa berpindah tempat dalam tempoh masa singkat,"ujarnya.
02 Aug 19
757