Artikel "Utama" Terkini
Terengganu Sambut Hari Arafah 9 Zulhijjah
Jamaluddin Jusoh.Oleh: Adli MohamadDUNGUN, 5 Ogos - Kerajaan Negeri Terengganu akan menyambut Hari Arafah pada 9 Zulhijjah bagi mengajak rakyat negeri berkenaan supaya beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.Ianya adalah usaha kerajaan negeri bagi menanam kecintaan dan kerinduan agar wujud keinginan untuk melaksanakan ibadat haji.Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Parlimen Dungun, Jamaluddin Jusoh berkata, ianya bukan hanya akan diadakan di peringkat negeri Terengganu, bahkan akan turut disambut di peringkat daerah berkenaan."Di mana pada 9 Zulhijjah itu kita hendak jadikan sebagai satu hari untuk beribadat, mengaji, baca al-Quran, berpuasa dan berzikir agar dapat fadhilat hari berkenaan walaupun tidak buat ibadat haji."Jadi itu pengisian yang akan kita buat sebagaimana yang dibuat di negeri Kelantan sejak sekian lama," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Kuliah Dhuha Khas Muslimat pada Program Kempen Bukit Besi Bersih anjuran i-MiTS Dungun di Kampung Tepus, baru-baru ini.Jelasnya, mengajak rakyat beriman dan bertakwa adalah satu elemen yang mesti ditekankan apabila diberi amanah memerintah."Bukan hanya untuk menyelesaikan masalah berbentuk jasmani semata-mata dari sudut material seperti memberi agihan bantuan kepada fakir miskin, membaik pulih rumah dan sebagainya, namun kita (kerajaan) mempunyai komitmen tinggi dalam mengisi segala agenda dan perancangan kerajaan negeri, agar rakyat beriman dan bertakwa kepada Allah SWT," ucap beliau.
05 Aug 19
205
Aura Drawbridge Terengganu Tarik Orang Terbang
Juruterbang paramotor terbang berhampiran Drawbirdge.KUALA TERENGGANU, 5 Ogos - Dengan berlatar belakangkan keindahan Jambatan Angkat atau ‘Drawbridge’ sebagai mercu ikonik baharu negeri Terengganu, seramai kira-kira 30 juruterbang paramotor melakukan penerbangan di sekitar bandaraya Kuala Terengganu, semalam.Timbalan Presiden Persatuan Paramotor Malaysia, Rohaizi Md Hussin, 49, memaklumkan, program Fly In Terengganu 2019 itu merupakan julung kali diadakan di Malaysia dengan mengumpulkan juruterbang paramotor dari seluruh negeri.“Mengapa kita pilih Terengganu? Kerana negeri ini memiliki aura tersendiri di samping kami ingin mengambil kesempatan menjadi kumpulan pertama di Malaysia yang terbang di ‘Drawbridge’ yang difahamkan terpanjang di dunia,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media sewaktu acara berkenaan di muara utara Seberang Takir.Rohaizi Md Hussin.Program Paramotor Fly In Terengganu berlangsung selama dua hari, bermula Sabtu lalu dengan sesi penerbangan berkumpulan dari Dungun ke Kuala Terengganu dengan jarak penerbangan sejauh 80 km.“Walaupun ada sedikit jerebu, kami dapat menikmati landskap yang cantik dengan udara dan cuaca yang menarik.“Secara peribadi, saya telah terbang banyak tempat di seluruh dunia, tetapi hanya di Terengganu saya dapat lihat pantai terpanjang dalam penerbangan kami,” katanya.Juruterbang bergambar bersama paramotor.Dalam pada itu, Penolong Pengarah (Promosi) Tourism Terengganu, Muhammad Fakhri Khazali mengalu-alukan kehadiran penggiat sukan lasak itu ke Terengganu.“Ini adalah sisi baharu negeri ini dan kita berbesar hati mengalu-alukan para pelancong dalam apa juga kecenderungan dan minat untuk hadir menikmati keunikan negeri ini,” katanya.Berdasarkan rekod, Terengganu pernah terpilih sebagai lokasi FAI Asia Ocenia Paramotor Championship (AOPC) pada tahun 2015.Bagi tahun 2020, Persatuan Paramotor Malaysia merancang membawa 30 juruterbang antarabangsa untuk menyertai penerbangan dari Kuala Terengganu ke Kijal dengan jarak kira-kira 300km penerbangan.Manakala, sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Negara, persatuan berkenaan akan mengadakan program Merdeka Paramotor Ride pada 30 dan 31 Ogos ini di Kuala Terengganu. Peminat sukan lasak yang ingin menikmatinya boleh mendapatkan tiket di Hotel Primula dengan kadar RM250 bagi satu tiket.
05 Aug 19
784
60 Penjawat Awam Terima APC - MB Terengganu
APC iktiraf usaha penjawat awam.KUALA TERENGGANU, 5 Ogos - Seramai 60 orang penjawat awam daripada pelbagai gred perjawatan terpilih menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Peringkat Negeri Terengganu 2019.Anugerah tersebut disampaikan Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, hari ini.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Yahaya Ali, Dato' Bentara Dalam Setiausaha Kerajaan Terengganu, serta ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Dr. Samsuri sempat menzahirkan ucapan tahniah kepada para penjawat yang menerima anugerah tersebut.Dr. Samsuri menyampaikan anugerah kepada Tengku Seri Bijaya Raja Timbalan SUK (Pengurusan), sambil diperhatikan Dato' Bentara Dalam SUK."APC yang diberikan hari ini sebagai dorongan dan pengiktirafan atas kerja mereka selama ini serta sebagai motivasi kepada yang lain untuk meningkatkan kualiti kerja masing-masing."Kita mahu supaya perkhidmatan di negeri ini menjadi yang terbaik dalam Malaysia," katanya ketika ditemui media selepas majlis berkenaan.Dalam majlis tersebut, kumpulan penerima yang terdiri daripada 42 lelaki dan 18 wanita itu masing-masing menerima sijil dan plak penghargaan, wang tunai berjumlah RM5,000 dan pakej haji bagi yang belum menunaikannya atau umrah bagi penerima yang telah bergelar Haji.
05 Aug 19
744
Belia 18 Tahun Perlu Pendirian Politik Sendiri - Nasir Abdul Razak
Ustaz Nasir (kanan) ketika diwawancara TV Darul Iman hari ini.KUALA TERENGGANU, 5 Ogos - Anak muda berumur 18 tahun diharap boleh menilai sendiri perkembangan politik semasa supaya tidak terikut-terikut dengan sikap dan pendirian orang lain dalam pendidikan tersebut.Pengarah Urusetia Belia dan Sukan Negeri Terengganu (UBSNT), Ustaz Nasir Abdul Razak berkata, anak muda tersebut perlu melengkapkan diri dengan maklumat dan fakta politik supaya mereka tidak mudah tertipu dengan dakyah yang disebar melalui media.Katanya, sesuatu isu politik yang timbul dalam masyarakat, mereka perlu menyelidik dan mentashihkannya (tabayyun) sebelum mempercayainya.Beliau berkata demikian ketika diwawancara TV Darul Iman di Pejabat Operasi Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), di sini hari ini.Ustaz Nasir RazakKatanya, golongan belia berumur 18 tahun sebenarnya menghadapi cabaran cukup besar dalam dunia politik ketika mereka berada proses kematangan."Tidak dinafikan ada yang berumur 18 tahun sudah berjaya dalam kehidupan. Justeru UBSNT akan mengambil jalan penyelesaian terbaik bersama Kerajaan Negeri Terengganu untuk memastikan mereka celik politik," jelasnya lagi.
05 Aug 19
177
Hidupkan Kembali Bukit Puteri Terengganu
KUALA TERENGGANU, 5 Ogos - Kerajaan negeri akan menghidupkan kembali Bukit Puteri yang kini nampak suram, dengan menarik kedatangan lebih ramai pengunjung serta mengukuhkan kedudukan lokasi berkenaan sebagai antara produk tarikan pelancongan negeri.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kawasan itu dahulunya merupakan lokasi tumpuan ramai berikutan kedudukannya yang strategik berhampiran dengan Pasar Besar Kedai Payang, Istana Maziah serta Masjid Abidin yang merupakan destinasi persinggahan pelancong. Justeru, bagi membangunkan semula Bukit Puteri, pihaknya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM10,000 untuk mengadakan gotong-royong di lokasi bersejarah itu.“Pelbagai peninggalan sejarah masih jelas dapat dilihat di Bukit Puteri ini, antaranya tempat simpanan bedil dan meriam, genta (loceng besar), meriam beranak, tiang bendera, rumah api dan sebagainya tetapi malangnya lokasi menarik ini telah terbiar hampir tiga tahun disebabkan masalah-masalah tertentu.“Bagi peringkat awal, kita akan adakan aktiviti gotong-royong dalam masa terdekat yang melibatkan pelbagai pihak termasuk Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Pejabat Daerah Kuala Terengganu serta komuniti bandaraya ini sendiri untuk bersama-sama menggembleng tenaga membangunkan kembali Bukit Puteri,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke daerah Kuala Terengganu, hari ini.Ariffin berkata, beliau yakin Bukit Puteri berupaya kembali menjadi lokasi tumpuan pelancong selepas penambahbaikan dilakukan kerana lokasinya yang strategik di samping ianya seumpama pakej kepada pelancong yang mengunjungi kawasan sekitarnya termasuk dengan adanya jambatan angkat atau ‘drawbridge’ tarikan baharu bandaraya ini.
05 Aug 19
452
Hentian Bas Kuala Terengganu Akan Diberi Perhatian Sewajarnya - Ahmad Amzad
KUALA TERENGGANU, 5 Ogos -Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim turun padang untuk meninjau keadaan terkini Kompleks Hentian Bas Kuala Terengganu (KHBKT) yang merupakan salah satu destinasi wajib yang dikunjungi oleh pengunjung tempatan atau luar.Beliau yang dimaklumkan tentang Kompleks Hentian Bas kini menghadapi beberapa masalah turut mengadakan perjumpaan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Cawangan KHBKT serta ajk yang terlibat.Katanya, kebimbangan dalam keadaan perniagaan yang merundum dan adanya ura-ura menaikkan kadar sewaan menyebabkan peniaga-peniaga berada dalam keadaan yang tidak selesa."Kekurangan pengunjung menyebabkan peniaga-peniaga menghadapi masalah dari segi kurang penjualan, kurang pengunjung dan sebagainya."Semua ini kita akan bagi perhatian, saya juga telah pun meninjau serta melihat keadaan yang kekurangan pengunjung dan tarikan lebih-lebih lagi apabila pembukaan Pasar Payang 2 yang baru ini yang menjadikan tumpuan dan tarikan orang ramai beralih ke sana,"ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Ahmad Amzad berkata antara perkara keperluan yang dicadangkan dan dibincangkan dengan bersama Pengerusi KHBKT, Muhusin Mohamad dan ajkialah memohon kerajaan negeri melalui Exco Perlancongan untuk mempromosikan kompleks ini sebagai salah satu tempat membeli belah yang perlu dilawati."Dan banyak perkara yang melibatkan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) seperti memperbaiki atau menambahbaik sestem pencahayaan di KHBKT terutamanya diwaktu malam."Termasuk menyediakan atau mengaktifkan sistem CCTV di kawasan kompleks dan sekitarnya bagi keselamatan pengunjung serta peniaga selain membuka kembali pembahagi jalan dihadapan bangunan bagi mengelakkan kesesakan dijalan berkenaan,"kata beliau.Tambahnya lagi, beliau akan mengaturkan perkara ini supaya diberikan perhatian bersama Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman."Kita juga akan bekerjasama baik dengan semua Persatuan-persatuan yang kita anggap sebagai penghubung kepada semua peniaga-peniaga dan penjaja,"jelasnya.Ahmad Amzad berharap sesuatu perlu dilakukan untuk menambahkan lagi keceriaan, tarikan serta perlukan kepada hebahan dan promosi supaya orang ramai tahu di Hentian Bas ini terdapat banyak benda yang tiada ditempat lain.
05 Aug 19
1550
Lif Perumahan Dan Bangunan Tinggi Terengganu Dipantau
Dr Alias (dua dari kanan) menyatakan sesuatu kepada beberapa orang pegawai PMINT dan pihak pengurusan Pangsapuri Ladang Tok Pelam ketika tinjauan dibuat baru-baru ini.KUALA TERENGGANU, 5 Ogos - Kerajaan negeri mengesahkan tiada sebarang kejadian lif terputus seperti di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi Kuala Lumpur di negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, lif di PPR Kampung Kerichi adalah lif lama serta perumahan dan lif itu sudah wujud berpuluh-puluh tahun lalu.Sementara itu, perumahan bertingkat yang menggunakan lif di Terengganu kebanyakannya baru dibina termasuk Pangsapuri Ladang Tok Pelam dan PPR Padang Hiliran di sini.Katanya, lif di bangunan tersebut diselenggara mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan."Setakat ini tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku seperti di Kampung Kerinchi itu, namun kerajaan sentiasa memantau semua lif perumahan di negeri ini supaya diselenggara mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan," katanya ketika dihubungi hari ini.Berhubung dengan penambahbaikan sistem kawalan keselamatan di pangsapuri tersebut, Dr Alias berkata, beliau akan mendapatkan maklumat lengkap dari pihak Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PIMNT) tidak lama lagi.Terdahulu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, kerajaan negeri akan menambah baik sistem lif di Pangsapuri Ladang Tok Pelam di sini dalam masa terdekat bagi kemudahan dan keselamatan penghuni pangsapuri berkenaan.Untuk itu katanya, kerajaan negeri mencadangkan supaya pengurus pangsapuri (PMINT) memasang televisyen litar tertutup (cctv) dalam lif dan sebuah loceng penggera diletakkan dalam bilik pengawal keselamatan pangsapuri tersebut.Di samping itu katanya, PMINT dicadangkan supaya memasang sistem pemantauan 'online' yang dihubungkan kepada pegawai berkenaan serta pihak pengurusan pangsapuri bagi memastikan sistem lif sentiasa dipantau dengan berkesan.Beliau berkata demikian selepas tinjauan dibuat di pangsapuri berkenaan baru-baru ini.
04 Aug 19
101
Kenal Pasti Punca 200 Hektar Tanaman Sawit Tenggelam - Mohd Nurkhuzaini
Oleh: Mustaqim Afandi BESUT, 5 Ogos- Kerajaan negeri akan mengenal pasti masalah yang mengakibatkan 200 hektar tanaman sawit tenggelam akibat sistem perparitan yang sempit di Kampung Baroh Keranji, Batu Tumbuh, Besut.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata pengaliran air yang perlahan menyebabkan kawasan tanaman kelapa sawit ditenggelami air apabila hujan lebat dan menyebabkan banjir.Katanya, kesan daripada saliran perparitan yang perlahan itu tiada penghasilan buah kelapa sawit hampir satu tahun. Penduduk kampung yang bekerja disitu merungut kerana kerugian tiada hasil pendapatan.“Kita akan mengenalpasti masalah yang berlaku ini, adakah akibat daripada saliran air perparitan yang kecil ataupun kerana laluan saliran air tersumbat hasil daripada pokok yang tumbang tetapi dibiarkan begitu sahaja.“Hasil daripada lawatan ke tapak tanaman sawit itu, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membuat kesimpulan bahawa kaedah yang boleh dibuat adalah membersihkan dan mendalamkan saliran perparitan yang sepanjang dua kilometer itu,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman ( UPDI) selepas membuat tinjauan ke kawasan berkenaan, semalam.Turut hadir, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Baru Batu Tumbuh, wakil Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, wakil JPS dan Majlis Daerah Besut.Menurut Mohd Nurkhuzaini yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja, beliau telah mewujudkan suatu jawatankuasa khas untuk mengatasi masalah ini."Alhamdulillah, semua agensi yang terlibat telah dapat turun sama-sama bagi mendapatkan maklumat yang tepat untuk keputusan yang pantas."Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak bomba , JPS, Majlis Daerah Besut dan Pejabat Daerah Besut yang terlibat dalam mencari jalan tengah untuk penambahbaikan kawasan terjejas,"ujarnya lagiTerdahulu, kawasan tanaman kelapa sawit berkenaan pernah berlaku kebakaran tanah gambut dan merebak ke ladang orang kampung.Oleh sebab itu, Jabatan Bomba dan JPS terpaksa membuat parit di kawasan tersebut bagi menggelakkan kebakaran berulang tetapi menyebabkan tanaman sawit jadi terbantut akibat banjir sekiranya hujan lebat disebabkan pengaliran air bermasalah.
04 Aug 19
77
Pekan Budaya Tonjol Keunikan Seni, Adat Warisan Terengganu
Alias Razak melawat gerai-gerai yang terlibat dalam Pekan Budaya Kuala Nerus.KUALA NERUS, 4 Ogos - Pekan Budaya yang dianjurkan di seluruh daerah dalam Terengganu berperanan untuk menonjolkan keunikan seni dan adat warisan dalam negeri berkenaan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, setiap daerah termasuk Kuala Nerus mempunyai seni dan budaya tersendiri yang perlu dipromosikan supaya pelancong dari dalam dan luar negara tertarik dengan Terengganu.Jelasnya, perkara tersebut juga sangat penting bagi mengelakkan warisan yang ditinggalkan orang-orang terdahulu luput ditelan zaman.“Budaya kita ditenggelami oleh budaya luar yang datang ke negeri dan negara ini, terutamanya anak-anak muda yang lebih suka dengan hiburan, budaya dan fesyen-fesyen luar.“Ia sekali gus menjadikan budaya Melayu yang tinggi nilainya ini dilupakan, jadi inisiatif seperti pekan budaya ini adalah untuk mengangkat kembali nilai kebudayaan yang kita miliki,” ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penutup Jom Singgah Pekan Budaya Kuala Nerus di Pentas Terbuka Pantai Teluk Ketapang, di sini semalam.Alias Razak berkata, pekan budaya mampu membina masyrakat yang celik budaya.Hadir sama dalam majlis tersebut, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Zulkifli Ali, Jurutera Daerah Kuala Terengganu, Ir Anuar Ngah dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab.Dalam pada itu, Dr Alias yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal turut menasihatkan seluruh masyarakat agar menjaga kebersihan dan kelestarian alam sekitar.Jelasnya, kebersihan menjadi keutamaan pelancong sebelum berkunjung ke sesuatu kawasan dan tempat.“Jika sikap kita tidak mengambil berat kepada kebersihan alam sekitar, ia bakal menjatuhkan imej negeri dan pelancong juga tidak akan berminat datang ke sini walaupun kita mempunyai budaya yang menarik,” tambah beliau.Program yang berlangsung selama tiga hari itu mendapat sambutan hebat apabila dihadiri ribuan penduduk setempat dan pelancong luar di samping keterlibatan 26 jabatan dan agensi negeri.
04 Aug 19
147
RM465 Ribu Bangunkan Pelancongan Tradisional Marang Terengganu
Ariffin (tengah) meluluskan peruntukan segera kepada pengusaha atap nipah, Norashikin (kiri) untuk membina bangsal pemprosesan atap yang lebih besar.MARANG, 4 Ogos - Kerajaan Terengganu sedang mempertimbang permohonan Pejabat Daerah Marang untuk mendapatkan peruntukan berjumlah RM465,000 bagi membangun dan mempromosikan semula industri pelancongan tradisional di Marang.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, sebanyak RM210,000 daripada keseluruhan dana disalurkan kepada pembangunan infrastruktur dan produk pelancongan di perkampungan tradisonal Kampung Jenang.Jelasnya, ia termasuk projek menaik taraf jeti di kampung tersebut yang dijangka mampu menarik lebih ramai pelancong apabila ia sempurna kelak.“Kampung Jenang memang terkenal sejak dahulu, ramai pelancong datang ke sini kerana keunikan hasil tempatan dan suasana kampungnya. Kami akan hidupkan kembali perkampungan ini supaya ia kembali menjadi destinasi pelancongan utama.“Industri kraftangan serta tempat pemprosesan 'nisang' (gula melaka), dodol serta makanan tradisional lain antara yang dikenali di kampung ini,” katanya selepas melawat kampung berkenaan, di sini hari ini.Industri pembuatan 'nisang' turut mencuri tumpuan pelancong di Kampung Jenang.Hadir sama dalam lawatan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak dan Pegawai Khas ADUN Rhu Rendang, Wahad Osman.Kata Ariffin lagi, Kampung Batu Putih yang terletak bersebelahan Kampung Jenang turut menerima manfaat apabila sebanyak RM255,500 akan diperuntukkan bagi pembangunan Dataran Batu Putih (jeti sungai) sebagai tarikan baharu untuk pelancong.Tambah beliau, kawasan tanah lapang berhampiran jeti tersebut juga akan dibangunkan sebagai Lembah Kelapa Marang.“Hasrat itu secara tidak langsung akan turut meningkatkan ekonomi penduduk di sekitar ini yang pada asasnya mengusahakan perniagaan yang sama sebagaimana penduduk Kampung Jenang,” tambah beliau.Sungai Jenang yang kaya dengan sumber semula jadi.
04 Aug 19
671