Artikel "Utama" Terkini
Pekerja Resort Hilang: Harap Mereka Ditemui Dengan Selamat - Alias
Oleh: Nooreni Abu BakarDUNGUN, 2 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun berharap kehilangan tiga pekerja Resort Pulau Tenggol sejak tiga hari lalu akan menemui keajaiban dan mereka terselamat.Fauzi Mohamad, 40, (pemandu bot), Muhammad Firdaus Mohd. Awalluddin, 25, dan Mohamad Hafiz Abd. Rahim, 22, dikatakan masih belum tiba di pulau berkenaan selepas bertolak dari jeti Kuala Dungun kira-kira jam 12.30 tengahari pada hari Rabu.Alias berkata mereka yang membawa bekalan makanan sepatutnya tiba sejam kemudian, tetapi tidak muncul malah gagal dihubungi oleh pihak pengurusan dan berikutan daripada itu laporan polis telah dibuat."Kita berdoa supaya ketiga-tiga mereka ini dapat dikembalikan oleh Allah bertemu dengan keluarga masing-masing."Kita telahpun meminta masjid-masjid dalam daerah Dungun ini untuk mengadakan solat hajat memohon supaya disegerakan bertemu dengan mangsa yang hilang ini,"ujarnya.Beliau berkata demikian kepada wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika meninjau kerja-kerja mencari dan menyelamat di pos sementara di Jeti Aking, Seberang Pintasan di sini, hari ini.Turut hadir, wakil Ahli Parlimen Dungun, Mohd Amin Hamid.Alias turut melahirkan rasa terimakasihnya kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan kakitangan resort tersebut yang terlibat di dalam usaha mencari mangsa-mangsa.Menurut beliau, pihaknya juga meminta Majlis Perbandaran Dungun menyediakan dua buah kanopi untuk keluarga mangsa berteduh dan berehat ketika kerja-kerja pencarian dilakukan."Memandangkan cuaca yang panas sekarang, dengan adanya kanopi ini dapat memeri keselesaan kepada mereka," katanya.
02 Aug 19
48
Terengganu Mahu Jadi Jaguh Sukan Sepak Takraw
Wan Sukairi yakin Terengganu mampu meraih kejayaan dalam Kejohanan Piala Emas Khir Johari.KUALA TERENGGANU, 2 Ogos - Terengganu berhasrat untuk terus mencipta nama sebagai kilang utama pengeluar bakat-bakat dalam sukan sepak takraw di Malaysia.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah menegaskan, Terengganu sememangnya tidak asing dalam melahirkan jaguh atlet sukan itu termasuk dengan mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.Jelasnya, berbekalkan pencapaian itu, kerajaan negeri akan terus bekerja untuk melahirkan bakat-bakat yang berkualiti agar Terengganu dan Malaysia terus kekal berkuasa dalam sukan itu.“Kita sedar bahawa Terengganu sentiasa melahirkan jaguh yang hebat dalam acara ini, antara mereka yang sudah mencipta nama ialah Mohd Nor Abdullah, Abdul Ghani Abdullah, Jeffery Awang, Zulkifli Razak dan Hanafiah Dollah,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Sempena Kejohanan Sepak Takraw Piala Emas Khir Johari Ke-55 di Hotel Permai, di sini semalam.Hadir sama, Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Dato’ Seri Ahmad Ismail, Bendahari Kerajaan Terengganu, Dato’ Shukri Azam dan Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSNT), Mohd Abas Mamat.Kata Wan Sukairi lagi, pencapaian tersebut secara tidak langsung akan memartabatkan kembali sepak takraw di Malaysia sekali gus menggerunkan negara lain.Tambah beliau, usaha panganjuran kejohanan sepak takraw juga perlu diteruskan pada masa hadapan demi membantu menyemarakkan lagi sukan tersebut dalam kalangan belia.Katanya, pendekatan itu juga menjadi saluran ampuh untuk menggilap bakat dalam kalangan remaja dan belia selaku pelapis yang perlu didedah serta dilibatkan sama dalam melestarikan lagi sukan warisan bangsa tersebut.“Kerajaan negeri sentiasa sedia memberi kerjasama kepada semua pihak demi memastikan kejohanan (usaha) ini dan kejohanan lain mampu memartabatkan pasukan sepak takraw negara di mata dunia.“Sejajar dengan itu juga, Terengganu bakal menganjurkan Sukan Terengganu (SUTERA) bermula tahun ini. Sepak takraw adalah sukan wajib yang setiap daerah pelu persiapkan, melalui itulah kerajaan menyegarkan bakat-bakat sepak takraw sekali gus akan diketengahkan ke peringkat lebih tinggi,” ujarnya.
02 Aug 19
561
Peningkatan Yuran IPT : Kerajaan Pusat Tak Serius Bantu Mahasiswa
SETIU, 1 Ogos - Peningkatan yuran perkhidmatan sebanyak 113 peratus daripada RM328 kepada RM700 di Universiti Teknologi Mara (UITM) menunjukkan Kerajaan Persekutuan tidak serius dalam menangani isu mahasiswa lapar.Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, sehingga kini janji Kerajaan Persekutuan akan menyalurkan bantuan makanan lengkap kepada mahasiswa universiti awam masih lagi tidak berlaku.Sebaliknya pula berlaku kenaikan yuran lain yang bakal menyebabkan anak muda terpaksa menanggung bebanan berganda."Sebelum ini, saya ada mengeluarkan cadangan agar kerajaan mengurangkan kos pengajian bagi golongan B40 agar mahasiswa dapat menggunakan wang tersebut bagi menampung kos sara hidup."Kerajaan juga mesti memperkasakan mekanisme ‘wakaf pendidikan’ agar sebahagian kos pengajian dapat dialihkan daripada bebanan para pelajar tanpa menjejaskan kewangan Institut Pengajian Tinggi (IPT) berkenaan."Langkah ini telah berjaya di Universiti Al-Azhar yang sekali gus mampu mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan," ujarnya.Beliau mengulas dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan di Facebooknya, semalam.Beliau turut menggesa supaya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terutamanya Kementerian Pendidikan mengambil peduli dengan nasib rakyat yang berdepan masalah peningkatan yuran pengajian."Kerajaan sewajarnya menonjolkan sikap peduli rakyat seperti mana yang dilaung-laungkan terutama isu peningkatan yuran IPT yang jelas sekali membebankan mahasiswa dan tidak mustahil isu mahasiswa lapar, mahasiswa ikat perut berulang lagi," tambah beliau.
02 Aug 19
85
'Drawbridge' Dibuka Semula Mulai 6 Pagi Tadi
Orang ramai menggunakan laluan jalan raya di atas jambatan angkat dengan selamat sejak dibuka enam pagi tadi.KUALA TERENGGANU, 1 Ogos – Kerajaan Terengganu membuka semula jambatan angkat atau ‘drawbridge’ kedua-dua laluan bermula 6 pagi tadi untuk memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya dari pusat bandar menuju Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Nerus kira-kira 11 kilometer dari sini.‘Drawbridge’ yang menjadi kebanggaan warga Terengganu dibuka sepenuhnya hari ini, selepas beberapa kerja penambahbaikan infrastruktur selesai.Tinjauan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) tengahari tadi mendapati laluan trafik berjalan lancar kedua-dua hala dengan cuaca yang agak baik.Tiada kenderaan berhenti untuk mengambil gambar di atas jambatan berkenaan kerana tiada siapa yang dibenarkan berbuat demikian.Kenderaan orang ramai hanya dibenarkan lalu sahaja di atas jambatan ikonik tersebut supaya tidak berlaku kesesakan lalu lintas.Tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku di atas jambatan itu sekali gus ia selamat digunakan untuk kemudahan orang ramai.Terdahulu dari itu Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Putih, berkata jambatan berkenaan yang dijangka menelan belanja penyelenggaraan dan operasi RM5 juta setahun telah melalui beberapa fasa penambahbaikan.Laluan kedua-dua hala di atas 'drawbridge' berjalan lancar sejak dibuka enam pagi tadi.Beliau berkata, ia termasuk menambah baik keselamatan di kawasan rehat, pembinaan papan iklan, mengatasi masalah hakisan ombak, menyediakan kawasan berhenti dan laluan basikal, selain menaik taraf jalan kepada empat lorong di Seberang Takir.Katanya, aspek keselamatan di kawasan rehat dan tempat duduk yang agak rendah serta membahayakan akan dinaik taraf dengan pembinaan papan iklan sebagai penghadang bagi menjaga keselamatan pengunjung.“Selain itu kita juga melihat beberapa kawasan lopak air dan kawasan ternakan atau kandang lembu di sepanjang jajaran jambatan angkat ini yang perlu dipindahkan dan dinaik taraf.“Untuk kerja naik taraf jalan di jajaran jambatan angkat kepada empat lorong di Seberang Takir yang bermula daripada bulatan di Teluk Ketapang ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud dijangka mengambil sedikit masa berikutan ia akan membabitkan pengambilan tanah penduduk.“Kita juga mengambil berat risiko hakisan yang mungkin berlaku di sepanjang laluan masuk ke jambatan angkat termasuk berhampiran pantai di Seberang Takir sepanjang kira-kira satu kilometer.“Kita akan membina struktur penahan ombak dalam tempoh terdekat dengan kemasukan tender untuk kerja berkenaan pada 1 Julai ini,” katanya selepas melakukan lawatan meninjau perkembangan jambatan angkat di sini, baru-baru ini.Sementara itu Dr Mamad berkata, sejajar dengan kos pembinaan jambatan pertama seumpamanya di negara ini dan Asia Tenggara yang menelan kos tinggi iaitu RM248 juta, pihaknya akan memastikan jambatan angkat itu mampu menjana ekonomi penduduk dan kerajaan negeri.Pemeriksaan keselamatan dijalankan di atas menara 'drawbridge' supaya tiada kejadian tidak diingini berlaku. Beliau berkata, kawasan sekitar jambatan angkat itu akan dibangunkan dengan tarikan pelancongan seperti tempat jualan dan memancing, sekali gus mengoptimumkan kewujudan jambatan ikonik baharu di negara ini.Pembinaan jambatan unik sepanjang 638 meter itu adalah sebahagian daripada projek Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan sebahagian komponen dalam pembangunan Pusat Bandaraya Kuala Terengganu (KTCC).Jambatan dengan ketinggian 12.5 meter dari aras laut yang menghubungkan muara selatan di pusat bandar Kuala Terengganu (Tanjung) dan muara utara di Seberang Takir itu kini menjadi mercu tanda baharu dan tarikan pelancongan ke negeri ini.
01 Aug 19
596
Isu Tapak Pasar Payang 2, Peniaga Diminta Bersabar
KUALA TERENGGANU, 1 Ogos - Masalah kekurangan tapak di Pasar Payang 2 akan diberi perhatian dan diselesaikan sebaik mungkin dengan mempertimbangkan semua aspek agar pendekatan yang diambil menguntungkan dan dapat memberi kesejahteraan kepada rakyat.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, masalah tapak ini sememangnya daripada awal telah pun dalam makluman semua.Katanya, ia susulan daripada cadangan asal bangunan Pasar Payang 2 dibina untuk dua tingkat untuk semua peniaga dipindahkan, tetapi kerana bajet tidak mencukupi menjadikan bangunan sementara ini hanya dibina satu tingkat."Saya telah berhubung dengan persatuan, isunya berkait dengan tapak peniaga keropok yang asalnya lebih daripada 100 peniaga dan sememangnya daripada awal masing-masing telah dimaklumkan dari segi tapak peniaga keropok tidak cukup dan hanya ada lebih kurang 50 tempat sahaja.“Peniaga-peniaga ini sebenarnya, kita telah berunding di mana sebahagiannya ditempatkan didalam marquee tent iaitu khemah besar yang menempatkan peniaga keropok dan sebahagiannya peniaga sayur,"katanya dalam satu kenyataan pada hari ini.Tambahnya, peruntukan setengah juta diberikan oleh kerajaan negeri supaya boleh menempatkan para peniaga yang dari awalnya masing-masing telah bersetuju dengan cara yang telah ditetapkan."Akan tetapi setelah bangunan sementara ini siap, timbul ketidakpuasan hati dari kalangan 100 orang ini yang sebelum ini mereka telah diundi secara bebas bagi menentukan psesiapa yang mendapat tapak dalam dan tapak luar.“Sebahagian peniaga yang ditempatkan diluar ada yang berpuashati dan ada juga yang tidak berpuashati dan ada kalangan mereka memohon kepada peniaga yang mendapat tempat didalam supaya keluar juga berniaga diluar, dan ini merupakan perkara yang tidak munasabah bagi saya," ujarnya lagi.Ahmad Amzad turut meminta supaya para peniaga ini bersabar kerana apabila bangunan baharu Pasar Payang siap, mereka akan mendapat lot masing-masing.“Untuk mendapatkan tempat sempurna kena bersabar sedikit kerana bangunan baru apabila siap nanti sudah tentu cukup untuk semua."Saya telahpun berhubung dengan Persatuan Penjaja dan mereka telah pun membawa rungutan daripada peniaga ini kepada pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT),"katanya lagi.Beliau berkata, terdapat juga permintaan oleh peniaga-peniaga ini supaya mereka dibenarkan berniaga didalam bangunan Pasar Payang 2 yang akan menimbulkan masalah berbangkit dan menambahkan lagi kerumitan.Amzad turut berharap pihak persatuan dapat mengaturkan perundingan dengan cara yang baik supaya masalah-masalah ini dapat diselesaikan sesegera mungkin.
01 Aug 19
899
Mazlan Bakal Jadi Jutawan Nanas MD2
Oleh : Ariss AliasSETIU, 1 Ogos - Tanaman nanas premium varieti Milie Dilard 2 (MD2) mampu menjana pendapatan lumayan bagi pekebun yang bekerja sepenuh masa atau sampingan sehingga diibaratkan sebagai antara sumber kekayaan baharu.Mazlan Abdul Ghani, 46 daripada Kampung Bukit Kecil mampu tersenyum lebar apabila tanaman nanas yang diusahakan beliau secara sampingan di Kelompok Pekebun Nanas Bukit Kecil memberikan pendapatan lumayan.Beliau yang kini yang bekerja sepenuh masa sebagai penyelia asrama Sekolah menengah Kebangsaan (SMK) Chalok berkata beliau hanya memperuntukkan masa kerja di kebun dari jam 5.00 hingga 7.00 petang dan hari minggu sahaja.Berkongsi cerita, pada ada peringkat awalnya, dia menanam 40 ribu nanas MD2 pada bulan September 2016 di tanah berkeluasan 1 lot (2 ekar setengah) dan hasilnya dituai pada awal 2017 dengan keuntungan terkumpul pada masa itu dalam RM 150 ribu untuk jual buah sahaja.“Pokok yang sudah diambil buahnya tadi akan dibiarkan dari tiga hingga empat bulan bagi membolehkan jambul anak pokok keluar untuk dijual. Keuntungan menjual anak pokok sahaja mencecah RM 30 ribu." Dicampurkan semua sekali keuntungan berjumlah RM 180 ribu dalam tempoh dua tahun bermula dari tanam hinggalah hasil dituai. RM180 ribu dibahagikan 24 bulan purata pendapatan adalah RM 7,500 sebulan,"kata Mazlan kepada wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman(UPDI) ketika ditemui di ladang nanas miliknya, semalam.Tambahnya lagi, dia pernah tidak menyentuh duit gaji dan segala perbelanjaan hanyalah menggunakan hasil jualan nanas sahaja selama satu tahun tujuh bulan.Menurut Mazlan, kelebihan nanas varieti ini adalah kerana mempunyai pasaran yang luas dan mudah serta permintaan adalah tinggi dan tidak mencukupi untuk dalam negeri.Jelasnya, nanas ini tidaklah sukar dijaga sekiranya menggunakan sistem dan kaedah penjagaan yang baik.“Berat buah nanas MD2 di Bukit Kecil ini yang mencecah empat hingga lima kilogram (kg) sebiji membuatkan ramai yang berminat dengan keluaran di sini. Sedangkan di tempat lain, berat buah hanya sekitar satu hingga dua kg sahaja,”ujarnya lagi yang turut dibantu tiga anak lelaki.Mengimbau sejarah mengusahakan nanas secara sampingan ini, dia mula berminat apabila melihat jiran-jiran mengusahakannya di kebun kecil berdekatan dengan rumahnya.Mazlan mengambil keputusan untuk mula menanam sebanyak 10 ribu pokok nanas Sarawak dan lima ribu pokok nanas madu.“Motivasi pada saya pada masa itu ialah kerana nanas madu cepat membuahkan hasil. Saya memperolehi RM 18 ribu pada tuaian pertama." Dalam pada itu, ada pekebun ingin menjual tanah, saya buat keputusan menambah aset dengan membeli satu lot tanah yang berkeluasan dua ekar setengah dengan harga RM10 ribu," tambah Mazlan.Dalam pada itu, bapa yang cekal ini sentiasa menggunakan hasil yang diperolehi bagi membeli tanah dan sekarang tanah yang dimilikinya sudah mencecah enam lot (15 ekar).
01 Aug 19
2487
SEM Terengganu Terus Cemerlang Garap Inovasi Generasi Muda
Satiful menyampaikan sijil penghargaan dan cek daripada kerajaan negeri.KUALA TERENGGANU, 1 Ogos - Kerajaan negeri menzahirkan ucapan tahniah dan syabas kepada sekolah-sekolah yang menyertai Pesta Schoolwide Enrichment Model (SEM) serta berjaya mengangkat nama negeri ke peringkat nasional dan antarabangsa melalui pelbagai inovasi idea dan produk alternatif. Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, program SEM akan terus menggarap lebih banyak kreativiti generasi baharu untuk terus berinovasi dan mencungkil bakat mereka.“Berdasarkan faktor umur mereka, amat membanggakan kerana mereka bukan sekadar berjaya melontar idea tetapi mengeluarkan produk.“Lebih-lebih lagi pada zaman Revolusi Industri 4.0 yang mana kita memang perlukan pelapis-pelapis untuk menhadapi zaman yang lebih mencabar,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Pesta SEM 2019 di Perpustakaan Negeri Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamuddin Hashim, Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Azman Othman, Ketua Penolong Pengarah (Pendidikan) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Lothman Awang serta Pengerusi Persatuan Pendidikan Terengganu Bestari (T-Confra), Mazlan Che Wil. Guru penyelaras sekolah menunjukkan hasil inovasi pelajarnya kepada Satiful.Dalam majlis tersebut, kerajaan negeri turut menyampaikan dana bernilai RM1,000 bagi setiap 24 buah sekolah yang terlibat untuk membantu perkembangan idea dan inovasi. Satiful juga menyatakan, kejayaan sekolah adalah satu fenomena yang baik atas inisiatif guru-guru dan ibu bapa yang menyokong melalui tenaga dan wang membolehkan mereka berkembang sehingga diiktiraf di peringkat antarabangsa.Katanya, kerajaan negeri juga optimis untuk mengetengahkan produk-produk yang dihasilkan dengan cara komersial selepas menilai kebolehpasaran inovasi yang dibangunkan.“Saya rasa, tidak mustahil ia direalisasikan pada masa akan datang. Kita sememangnya berbangga dengan produk-produk yang dihasilkan. “Cuma, masa dan waktu akan membuktikan. Jika mereka telah diiktiraf di peringkat antarabangsa, mengapa tidak ia dipaten atau dikomersialkan?,” katanya.SEM merupakan satu program inovasi pendidikan Kerajaan Negeri Terengganuyang bermula pada tahun 2005 hingga kini dengan fokus utama, Learning is Fun dan No Child Left Behind.Program tersebut adalah suatu model pembelajaran menyeluruh dalam membangunkan potensi murid selain merupakan satu pendekatan tambah nilai dalam sistem pendidikan bagi membantu meningkatkan pencapaian sesebuah sekolah berdasarkan kepada sumber-sumber persekitaran, bilangan murid, kepimpinan sekolah dan kreativiti sesuatu organisasi.Dalam Pesta SEM 2019 yang berakhir hari ini, Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud, Besut berjaya merangkul Anugerah Khas SEM dengan penghasilan produk berasaskan kulit telur.SMK Tengku Mahmud raih Anugerah Khas SEM.
01 Aug 19
780
Tidak Mustahil TFC Mampu Ulangi Aksi Final - Nafuzi Zain
Nafuzi memerhatikan Serhii, sewaktu latihan di pantai baru-baru ini. Foto: Media TFC.KUALA NERUS, 1 Ogos – Pengendali sementara Terengganu Football Club (TFC), Nafuzi Zain melahirkan harapan pasukannya mampu mengulangi pencapaian layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia sekiranya terus mempamerkan aksi berdisiplin dan konsisten.Nada itu disuarakan menjelang aksi pembukaan Piala Malaysia menentang PKNS FC di Stadium Sultan Ismail Nassiruddin Shah, esok.“Kalau kita bermain dengan penuh komitmen, saya percaya tiada yang mustahil untuk dicapai. Tetapi, jika kita hanya meletakkan target tanpa usaha, ia tidak akan ke mana.“Sebagai finalis tahun lalu, jangkaan ramai memang tinggi, tetapi ia bukannya perkara mudah,” katanya ketika ditemui media sewaktu latihan akhir di padang latihan TFC, Gong Badak, baru-baru ini.Nafuzi bagaimanapun, berjanji akan cuba memberikan aksi yang terbaik untuk mengatasi lawannya.“Bagi saya kumpulan A adalah grup yang sukar dengan Kedah yang memiliki moral tinggi selepas menjadi juara Piala FA, PKNS pula mempunyai rangkaian pemain import yang hebat dan Negeri Sembilan, sekiranya tidak hebat masakan mereka mampu layak beraksi di Piala Malaysia.“Namun, saya akan cuba memberikan yang terbaik dan yang paling utama kita perlu melepasi peringkat kumpulan sebelum memikirkan sasaran seterusnya,” katanya. Foto: Media TFC.Pasukan TFC menanti kunjungan PKNS FC tanpa kelibat kapten, Lee Andrew Tuck yang digantung perlawanan serta beberapa pemain utama yang masih cedera.Bagaimanapun, Nafuzi tidak menganggap ia satu alasan sebaliknya percaya dengan barisan pemain sedia ada. “Kita telah mengharungi banyak pelawanan musim ini tanpa skuad penuh dan saya percaya dengan kebolehan pemain yang ada untuk menampung kekurangan itu.“Kita juga lebih yakin setelah mendapat khidmat pertahanan TFC 2, Serhii Andrieiev yang telah menunjukkan keserasian dalam pasukan,” tambahnya.Pemain kelahiran Ukraine itu diturunkan kali pertama bersama skuad ‘abang’ dalam perlawanan terakhir Liga Super 2019 ketika menentang Johor Darul Takzim (JDT) dan telah menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut.
01 Aug 19
223
10,719 Pengusaha Durian Terengganu Terima Peruntukan RM2.4 Juta
Dr Azman (tengah) dalam satu sesi lawatan kerja di Dungun baru-baru ini.KUALA TERENGGANU, 1 Ogos - Seramai 10,719 pengusaha tanaman durian seluruh Terengganu menerima berita gembira kerana Jabatan Pertanian Terengganu menyediakan peruntukan sebanyak RM2.4 juta khusus kepada pengusaha tanaman tersebut di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, bagaimanapun, mereka yang berkenaan perlu datang sendiri ke Pejabat Pertanian Daerah masing-masing untuk membuat permohonan.Katanya, daripada peruntukan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan itu, bagi kluster durian bakal menerima sebanyak RM20 ribu minimum sehektar, sementara RM6 ribu sehektar pula diperuntukkan bagi projek tanam semula buah terpilih.“Manakala peruntukan di bawah Sumber Kekayaan Baru (SKB) tiada had berdasarkan kepada pembangunan kebun atau dusun,” katanya ketika dihubungi hari ini.Menjawab satu soalan, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, pengusaha tersebut kebanyakannya menanam durian kampung dan ada sebahagian daripada mereka mengusahakan tanaman durian klon berkualiti.“Kebanyakan pengusaha menanam durian kampung dan ada juga pengusaha telah pun mengusahakan tanaman durian klon terpilih dan berkualiti seperti D197, D24, D101 dan sebagainya” jelasnya lagi.Tambahnya, pokok durian boleh mendapat hasil seusia empat hingga enam tahun sekiranya benih disemai dalam polibeg. "Sekiranya ditanam biji terus di ladang ia akan berbuah antara enam hingga lapan tahun," jelasnya.Sementara itu, katanya, musim durian di Terengganu telah bermula pertengahan Julai lalu dan akan berakhir awal September depan.
01 Aug 19
192
Bascule Drawbridge Terengganu Beroperasi Bulan Depan
Orang awam melalui laluan Drawbridge yang dibuka kembali secara rasmi pagi ini.KUALA TERENGGANU 1 Ogos - 'Bascule’ berukuran 76 meter yang menjadi keistimewaan jambatan angkat atau drawbridge di sini dijangka dapat beroperasi bulan depan.Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated (TI) Properties Sdn. Bhd., Khalizan Mahmud berkata, ketika ini pihaknya masih dalam proses penyelenggaraan komponen itu di samping sedang berbincang dengan Jabatan Laut bagi menentukan jadual operasi dan waktu bersesuaian untuk ia dibuka.Katanya, berdasarkan perancangan awal bascule akan dibuka antara dua atau tiga kali seminggu selain pada masa kecemasan dan jika wujud keperluan."Kita telah melakukan ujian dan sehingga petang semalam didapati tiada sebarang masalah untuk kita membuka dan menutup bascule.Khalizan Mahmud."Kita akan memaklumkan jadual pembukaannya pada setiap bulan supaya orang ramai dapat datang dan melihat sendiri bagaimana komponen itu dibuka," katanya kepada pemberita ketika ditemui di jambatan angkat di sini hari ini.Jambatan angkat yang merupakan mercu tanda ikonik baharu Terengganu dibuka semula kepada kenderaan tepat pukul 6 pagi ini selepas ditutup seketika untuk kerja-kerja penambahbaikan pada 17 Jun lalu.Menurut Khalizan, orang ramai tidak perlu bimbang dengan keupayaan bascule kerana sistem yang digunakan pada drawbridge merupakan antara yang tercanggih di dunia, yang dapat membuka dan menutup jambatan dengan cepat serta selamat.Dalam pada itu, katanya, ruang komersial di ‘sky bridge’ termasuk galeri dan restoran masih dalam proses pengubahsuaian dan ia dijangka dapat dibuka dalam tempoh dua bulan lagiKatanya, walaupun bayaran masuk akan dikenakan kepada pengunjung sky bridge, namun caj itu kelak adalah lebih rendah berbanding menara-menara terkemuka yang ada di Malaysia."Menariknya, dalam tempoh enam bulan pertama selepas dibuka nanti kita juga akan memberikan tawaran harga diskaun kepada orang ramai supaya mereka dapat merasai peluang melihat pemandangan dari atas menara di samping menyaksikan pameran bertema di galeri dan menyertai aktiviti lain yang dianjurkan," katanya.Khalizan mengulangi peringatan, walaupun semua jenis kenderaan dibenarkan menggunakan laluan di jambatan angkat itu, namun pengguna dilarang untuk meletakkan kenderaan atau berhenti kerana boleh mengganggu kelancaran aliran trafik.Katanya, mana-mana pengunjung yang ingin melawat jambatan unik yang satu-satunya di Asia itu diminta meletakkan kenderaan masing-masing di ruang parkir yang disediakan di bawah jambatan.SUMBER: UTUSAN/ Rosalinda Md. Said
01 Aug 19
644