lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Jualan Durian Di Terengganu: 71 Tan Metrik Hingga 31 Julai lalu
Penggemar durian teruja dengan 'jualan anak beranak' FAMA di Pulau Kambing. Mereka berduyun-duyun datang membeli durian di situ dengan harga serendah RM5 sekilogram. KUALA TERENGGANU, 8 Ogos – Para peniaga Terengganu berjaya menjual sebanyak 71 tan metrik durian pelbagai jenis dengan harga RM350,080 di seluruh negeri ini dengan kekerapan sebanyak 21 kali jualan sehingga 31 Julai lalu.Pengerui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Ishak Ismail berkata, sebanyak 65 tan metrik durian dengan harga RM296,580 dijual di pasar tani dengan kekerapan sebanyak 16 kali.Ini termasuk di Padang Hiliran, Kuala Terengganu (empat kali), Chukai Kemaman dan KT Walk Kuala Terengganu (masing-maing tiga kali) Gong Badak Kuala Nerus dan Jerteh (masing-masing dua kali), Pantai Penunjuk, Kijal dan Kuala Berang, Hulu Terengganu (masing-masing satu kali).Beliau berkata demikian ketika membuat satu kenyataan media sempena Majlis Pelancaran Jualan Durian Day (Jualan Anak Beranak) dan Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu di Perkarangan Pejabat FAMA Negeri Terengganu di sini semalam.Ishak berkata, sebanyak tiga tan metrik durian dengan harga RM27,500 dijual di Pasar Tani Kekal (PTK) Kerteh Kemaman dengan kekerapan jualan sebanyak dua kali.Ishak Ismail“Turut dijual sebanyak tiga tan metrik raja buah itu dengan kekerapan sekali jualan di Perkarangan Pejabat FAMA Negeri dengan harga RM26,000,” jelasnya.Beliau berkata, antara buah-buahan yang dijual di Terengganu tahun ini ialah Durian Kampung Gred A, Durian Kampung Gred B, Durian Jenis Musang King, Manggis dan Rambutan.Katanya, harga Musang King di ladang ialah antara RM32 hingga RM34 sekilogram, harga borong (antara RM35 hingga RM38 sekilogram) dan harga runcit (antara RM40 hingga 45 sekilogram) dikira pada harga kelmarin.“Durian Kampung Gred A pula dijual dengan harga antara RM5 hingga RM6 sekilogram di ladang, harga borong (antara RM7 hingga RM8 sekilogram) dan harga runcit RM10 sekilogram.“Durian Kampung B dijual dengan harga antara RM2.50 hingga RM3.00 sekilogram, harga borong antara RM5 hingga RM6 sekilogram dan harga runcit (antara RM7 hingga RM8 sekilogram),” jelasnya lagi.Harga manggis pula katanya dijual antara RM2 hingga RM3 sekilogram di ladang, antara RM3 hingga RM3.50 sekilogram secara borong manakala harga runcit pula antara RM4 hingga RM5 sekilogram. Dalam pada itu harga rambutan di ladang pula ialah antara RM2 hingga RM2.50 sekilogram, harga borong (antara RM3 hingga RM3.50 sekilogram) manakala harga runcit pula antara RM4 hingga RM5 sekilogram.Sementara itu sebanyak 95.83 tan metrik buah-buahan dengan nilai RM594,991 berjaya dijual di seluruh negeri Terengganu tahun lalu.
07 Aug 19
445
Empty Image
Berkuatkuasa Serta-Merta, Penjaja Jalanan Diarah Henti Operasi
 KUALA TERENGGANU, 8 Ogos – Semua peniaga jalanan di persimpangan lampu isyarat  di negeri ini diarah menghentikan operasi jualan mereka berkuatkuasa serta merta.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, walaupun pihaknya berat hati untuk melaksanakan arahan ini namun ia termaktub di dalam undang-undang dan peraturan peringkat negeri dan pusat.Jelasnya, beliau bukan berniat untuk menghalang anak muda mencari rezeki. Namun, tindakan mereka sebenarnya salah di sisi undang-undang dan turut mengganggu pengguna jalan raya yang tidak melakukan transaksi pembelian.“Sebenarnya kita telah menubuhkan satu jawatankuasa ‘adhoc’ untuk melihat secara dalam mengenai perkara ini dan setelah diteliti kita mengambil beberapa keputusan bersama  iaitu kerajaan berpandangan untuk tidak membenarkan peniaga-peniaga  menjual  produk-produk mereka dipersimpangan lampu isyarat.“Ini kerana menyalahi undang-undang ‘federal’ iaitu Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan LN 166/ 59 dan juga  bercanggah dengan Akta Kerajaan Tempatan  1975, Undang-Undang  Kecil Penjaja yang tidak membenarkan apa jua aktiviti jualan dan pembelian  di persimpangan jalan.“Di atas  pandangan tersebut, kita mengharapkan kepada pengusaha-pengusaha yang menjalankan aktiviti  ini dapat menghentikan jualan mereka kerana ia menyalahi undang-undang,”ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media di pejabatnya, di Wisma Darul Iman Hari ini.Jelasnya lagi, keputusan berkenaan dibuat selepas bermesyuarat bersama-sana jawatankuasa yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Tenaga Kerja dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU).Menurut Mohd Nurkhuzaini, kini menjadi trend bagi penduduk tempatan untuk melakukan urus niaga menjual makanan berhampiran persimpangan jalan dan lampu isyarat di sekitar pusat Bandar di hampir semua daerah kecuali Setiu.Mereka menjaja makanan pada kadar RM10 sebekas itu dari sebuah kereta ke kereta di simpang lampu isyarat manakala stok bekas makanan turut diletakkan di tepi jalan tidak jauh dari situ.Tambah beliau, aktiviti tersebut bukan sahaja membahayakan keselamatan peniaga dan pengguna jalan raya, malahan boleh mengganggu aliran trafik.Malah katanya, pihak PDRM turut menerima pelbagai aduan daripada pengguna jalan raya termasuk netizen di laman sosial.Beliau juga turut menegaskan bahawa saman akan dikeluarkan kepada peniaga yang menjual sekiranya didapati bersalah.“Sehingga hari ini sebanyak 40 kompaun yang dikenakan bayaran RM250 telah dikeluarkan oleh PBT kepada peniaga dan telah merampas 205 balang jeruk dibawah Akta Penjaja Kecil.“Ini termasuklah serbuan ke tempat penghasilan produk yang didapati tidak mempunyai lesen serta tidak mematuhi kebersihan,” ujarnya lagi. Tambahnya, satu operasi bersepadu  melibatkan semua agensi khususnya  PDRM, PBT, JPJ akan dilaksanakan pada satu masa yang akan ditetapkan untuk menguat kuasakan perkara ini.
07 Aug 19
70
Empty Image
Projek Perumahan Padang Setengge Dijangka Siap Akhir Tahun Ini - Dr. Mamad Puteh
Oleh : Hanif HamdanKuala Terengganu, 7 Ogos - Projek Perumahan Padang Setengge, Kuala Berang bagi fasa tiga dan empat yang terbengkalai sejak sekian lama, dijangka siap pada akhir tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh berkata, projek perumahan yang terbengkalai ini akan disiapkan secepat mungkin."Projek ini dijangka akan disiapkan pada akhir tahun ini. Untuk makluman, fasa satu dan dua telah disiapkan sepenuhnya manakala fasa tiga yang berjumlah sebanyak 124 unit telah siap 80 peratus, dan fasa empat sebanyak 110 unit telah selesai 60 peratus sewaktu pemerintahan kerajaan terdahulu, namun selepas itu ia terbengkalai," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Wisma Darul Iman tengah hari, semalam.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, pemilik rumah diminta bersabar berikutan projek tersebut perlu mengambil sedikit masa, dan perlu disiapkan mengikut fasa yang ditetapkan. "Hari ini (semalam), pihak kontraktor iaitu Sumai Engineering Sdn Bhd cuba menyelesaikan terlebih terdahulu, sebanyak 81 unit rumah yang terbengkalai untuk diberi sijil siap dan pematuhan."Sekarang ini dalam proses perbincangan dengan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) untuk mendapatkan sijil tersebut. Saya harap, pemilik rumah dapat bersabar sedikit masa lagi untuk menunggu sijil siap dan pematuhan disiapkan dan sementara itu, kerja-kerja yang lain pula akan dijalankan secara berfasa," katanya.Menurutnya lagi, kos membaik pulih dan menyiapkan Projek Perumahan Padang Setengge ini dianggarkan bernilai di antara RM8.5 juta hingga RM10 juta.
07 Aug 19
994
Empty Image
Hab Petroleum Kedua Mungkin Diteruskan - MB Terengganu
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.MARANG, 8 Ogos - Rancangan pembangunan Pulau Kerengga sebagai hab petroleum kedua Terengganu mungkin diteruskan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Beliau berkata perkara tersebut kini di peringkat rundingan dan pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Petronas, minggu lepas.Katanya, beberapa syarikat besar dari luar negara juga telah menyatakan minat untuk melabur dalam projek tersebut tetapi masih belum dapat didedahkan kepada umum."Secara umum, kawasan ini (Pulau Kerengga) masih diwartakan sebagai hab petroleum."Namun, perbincangan akhir antara agensi kerajaan negeri dan Petronas yang berlangsung minggu lalu tidak tolak kemungkinan untuk teruskan hab petroleum," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan 10 ekor lembu korban oleh anak syarikat kerajaan negeri, Permint Granite Sdn Bhd kepada penduduk Kampung Pulau Kerengga, di sini semalam.Hab petroleum pertama Terengganu ialah Loji Penapisan Minyak Terengganu yang terletak di Kertih, Kemaman, dibuka secara rasmi pada 3 Okt 1983.Ia adalah loji penapis minyak tempatan yang pertama di Malaysia, dimiliki dan diuruskan oleh Petronas melalui anak syarikatnya, Petronas Penapisan Terengganu Sdn Bhd.Dalam perkembangan lain, Dr Ahmad Samsuri memaklumkan sebanyak 114 syarikat kontraktor dari Terengganu telah mengemukakan permohonan kepada Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) bagi mendapatkan tender di bawah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).Beliau berkata 90 peratus daripada syarikat tersebut adalah anak syarikat kerajaan negeri yang melibatkan semua kelas kontraktor.SUMBER: BERNAMA
07 Aug 19
290
Empty Image
Penjawat Awam Perlu Adaptasikan Alam Digital
KUALA TERENGGANU, 7 Ogos - Penjawat awam dari semua agensi dan jabatan kerajaan di negeri ini harus berupaya mengadaptasikan diri dalam landskap perkhidmatan awam yang berlandaskan alam digital agar terus kekal relevan.Tengku Seri Bijaya Raja Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) berkata, bagi memastikan mereka sentiasa bersiap sedia, penjawat awam di pelbagai peringkat dan merentasi skim perlu diberi pendedahan serta dilengkapkan dengan keupayaan dan kemahiran digital.“Bagi program perubahan Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR) yang diterajui oleh Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia, pentadbiran kerajaan negeri memberikan sepenuh kepercayaan dalam merangka modul dan latihan secara komprehensif kepada penjawat awam di negeri ini untuk merancakkan lagi aplikasi digital dalam melaksanakan tugasan secara efektif.“Antara program latihan kini secara digital adalah E-Pembelajaran Sektor Awam (E-PSA) dengan 274 kursus berdaftar dan 633,274 orang pengguna berdaftar.“Selain itu, pentadbiran ini juga telah mengikuti kursus Blue Ocean Strategy (BOS) secara 'online' yang diselaraskan oleh pihak INTAN,” ujarnya ketika berucap menyempurnakan perasmian Program Pengurusan Perubahan Digital Government Competency and Capability Readiness (DGCCR) Zon Timur di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, Bahagian Penyelidikan, Perancangan dan Dasar, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia juga diharap dapat memberikan ruang dan peluang secukupnya melalui latihan secara berfokus kepada penjawat awam di negeri ini dalam meningkatkan penggunaan digital semasa menjalankan tugas seharian.“Dengan perubahan yang bakal dilaksanakan, saya amat yakin perkembangan pentadbiran akan lebih efektif dengan penjimatan kos yang minimum tetapi memberikan impak yang amat berkesan di dalam pentadbiran kerajaan.“Perubahan ini perlu kita hadapi secara kolektif dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dan menuju sebuah negeri yang Maju, Berkat dan Sejahtera,” ujarnya.Tambah beliau, melalui pelaksanaan, inisiatif DGCCR juga diharap dapat memberi persediaan dan mewujudkan kesedaran penjawat awam agar sentiasa bersedia mengadaptasikan dunia baharu sebagai elemen untuk membantu mereka memberi perkhidmatan yang terbaik.
07 Aug 19
194
Empty Image
Terengganu Ke Perlawanan Akhir Kejohanan Ragbi MSSM
Antara aksi perlawanan U-12 tadi.KUALA NERUS, 7 Ogos - Pasukan ragbi Terengganu bawah 12 tahun (U-12), berjaya melangkah ke perlawanan akhir (Cup) Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) setelah menewaskan Sabah di peringkat separuh akhir, hari ini.Dalam perlawanan yang berlangsung di padang Sekolah Menengah Teknik Terengganu, Gong Badak itu, Terengganu menang dengan mata 41-34.Jurulatih pasukan, Mohd Hilmi Mohd Yusoff melahirkan kegembiraan atas pencapaian tersebut.Mohd Hilmi."Alhamdulillah, kita berjaya ke perlawanan akhir setelah sekian lama tidak berada pada tahap ini."Kita akan mencuba sebaik mungkin dalam perlawanan esok untuk menjadi juara di bumi Terengganu ini," katanya ketika ditemui selepas perlawanan itu.Terengganu akan menentang pasukan Perak yang menang ke atas Selangor melalui lambungan syiling setelah terikat 20-20 sehingga tamat masa tambahan.Pemain dan penyokong merakamkan kenangan selepas perlawanan.Sementara itu, pasukan Terengganu bawah 18 tahun (U-18) berjaya menebus kekalahan semalam apabila turut mara ke perlawanan akhir kategori Plate setelah menewaskan Kuala Lumpur 10-3, dalam separuh akhir yang berlangsung petang tadi.Perlawanan akhir U-12 akan berlangsung di padang SM Teknik Terengganu pada jam 9.30 pagi esok.Manakala, perlawanan akhir kategori Plate pula akan berlangsung pada jam 9.45 pagi esok di Padang B, Mini Stadium, Kompleks Sukan Gong Badak.Aksi Terengganu U-18 semalam.
07 Aug 19
1269
Empty Image
Hab Aeroangkasa : Terengganu Sedia Sahut Cabaran
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri (tengah) selepas merasmikan Majlis Penyerahan Lembu Kurban Sempena Hari Raya Aidiladha di Kampung Pulau Kerengga hari ini.MARANG, 7 Ogos - Kerajaan Terengganu terbuka untuk menerima cadangan menjadikan negeri itu sebagai hab aeroangkasa negara di masa akan datang.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri terbuka kepada apa juga cadangan tetapi kerajaan akan melihat sama ada projek berkenaan memberi beban kewangan atau sebaliknya."Apapun kita terbuka kepada apa juga cadangan tetapi kita akan tengok sama ada ianya memberi beban kewangan kepada kerajaan negeri ataupun tidak."Kalau ianya memberi beban kewangan maka 'return of investment' (pulangan pelaburan) kita itu, berapa lama? Kalau sangat panjang, maka ianya tidak sesuai sebab kita masih lagi mempunyai tanggungjawab sosial terhadap rakyat negeri Terengganu," jelas beliau. Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri MokhtarDato' Seri Dr Ahmad Samsuri berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Lembu Korban Sempena Hari Raya Aidiladha di Kampung Pulau Kerengga, di sini hari ini.Katanya, Kerajaan Terengganu bersedia membuat pertimbangan sekiranya disokong oleh Kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi terbabit jika tidak membabitkan beban kewangan."Kalau betul begitu dan ada sokongan daripada Kerajaan Pusat dan agensi-agensi yang terlibat, barulah kita (kerajaan negeri) boleh buat pertimbangan."Kita juga tidak mahu apa juga inisiatif yang dibuat di Terengganu ini memberi beban kewangan kepada kerajaan disebabkan pelaburan berskala besar," ujarnya.Pelaburan besar sebegini katanya harus diteliti dengan sebaik mungkin sebelum dibuat pertimbangan."Pelaburan sesebuah syarikat mungkin berbeza tetapi bagi kerajaan negeri, kita ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat seperti pendidikan dan isu kesihatan (yang perlu diberi keutamaan)," ujarnya lagi.Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan untuk membangunkan hab aeroangkasa berhampiran Lapangan Terbang Subang baru-baru ini berkata, negara itu memerlukan beberapa 'hub aerospace'.Mengulas lebih lanjut, Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, beliau percaya Malaysia memang mempunyai tenaga pakar dalam bidang tersebut dan satu 'blueprint' industri aeroangkasa telah dibuat."Saya juga salah seorang tenaga yang bertanggungjawab melaksanakan 'blueprint' tersebut."Cuma apabila berlaku kelembapan ekonomi di peringkat dunia dan Malaysia dengan sendirinya terkesan dengannya," jelasnya.Justeru katanya, dengan perkembangan itu pelaksanaan industri aeroangkasa di Malaysia turut terkesan.Dari segi 'human resouce' (pembinaan modal insan), kepakaran dan sebagainya itu kurang terkesan berbanding dengan kesan kepada industri."Jadi masalah kelembapan ekonomi global menyebabkan industri ini tidak seimbang dengan pembinaan modal insan atau dengan kata lain tidak bergerak seiring."Apabila industri itu terkesan kerana  masalah ekonomi global menjadi perlahan, namun modal insan perlu berterusan (diberi perhatian)."Sebenarnya kita mempunyai kapasiti modal insan yang mencukupi yang boleh menghidupkan industri itu dalam apa jua 'sub' bidang aeroangkasa," jelasnya lagi.Menurut beliau, oleh kerana bidang itu melibatkan pelaburan yang besar dan agak strategik, maka Kerajaan Pusat yang paling sesuai mengorak langkah melaksanakan projek negara itu.
07 Aug 19
122
Empty Image
Ke Arah 10 Peratus Durian Malaysia Di Pasaran China
Ishak (dua dari kiri) melawat gerai jualan rambutan di Perkarangan Pejabat FAMA Terengganu hari ini.KUALA TERENGGANU, 7 Ogos - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) merancang untuk meningkatkan eksport pasaran durian segar ke Republik Rakyat China sehingga mencapai 10 peratus di masa hadapan.Pengerusi FAMA Haji Ishak Ismail berkata  kini FAMA berjaya mengeksport sebanyak satu peratus pasaran China bersaing dengan negara-negara pengeksport lain termasuk Thailand dan Singapura.Katanya, pada tahun ini, dijangka sebanyak 2,500 tan metrik buah durian segar akan diproses bagi pasaran tempatan dan luar negara membabitkan lapan pusat memproses buah-buahan termasuk Beseri, Perlis, Sungai Petani, Kedah, Batu Kurau, Perak, Chui Chak, Perak, Tangkak Johor, Jerantut, Pahang, Besut, Terengganu dan Machang, Kelantan.Longgokan durian dengan harga Serendah RM5 sempena Majlis Pelancaran Jualan Durian Day (jualan anak beranak) dan Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu di Perkarangan Pejabat FAMA Negeri Terengganu hari ini.Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada Media sempena Majlis Pelancaran Jualan Durian Day (jualan anak beranak) dan Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Terengganu di Perkarangan Pejabat FAMA Negeri Terengganu di sini hari ini.Katanya, sebanyak 40 metrik tan durian dijual terus dari ladang di beberapa  gerai jualan bermula dengan harga RM5 sekilogram.Seorang pengunjung Durian Day FAMA di Pulau Kambing, mempamerkan isi durian yang mengancam selera penggemarnya hari ini.Menurutnya sebanyak 76 metrik tan buah-buahan segar tempatan dijual di tapak pelancaran berkenaan termasuk durian, rambutan, cempedak, dokong, manggis dan rod mellon.Di samping itu seramai 17 usahawan produk Industri Asas Tani (IAT) berasas durian turut serta di majlis berkenaan.Katanya, antara produk dijual di situ termasuk Cookies Durian, Moon Cake Durian, Kek Lapis Durian, Talam Durian, Ais Krim Durian, Sambal Tempoyak Petai.Peniaga kuih muih berasaskan durian memperagakan kuih jualan mereka di Durian Day FAMA Pulau Kambing hari ini.Bekang Durian, Lemang Durian, Benderam Durian, Kuih Bunga Durian, Durian Shake, Soft Ice Cream Durian, Pizza Durian atau Crepe Durian, Bakso Durian dan Cream Puff Durian.Ishak juga berkata, FAMA turut menjual durian secara dalam talian melalui Portal Agrobazaar Onlinenya (ABO).
06 Aug 19
588
Empty Image
SM Imtiaz Kemaman Terengganu Dinobat Juara Petronas All About Youth 2019
KUALA TERENGGANU, 7 Ogos - Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Kemaman yang menambat hati juri menerusi projek inovasi 'CO2NCER'  iaitu sistem pengesan awal dan amaran kebakaran hutan dinobatkan sebagai juara Pertandingan Sentuhan Harapan - All About Youth (AAY) 2019.Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim berkata, SMIYT berjaya menewaskan lima buah sekolah lain yang merupakan wakil bagi negeri Sabah, Sarawak, Terengganu, Melaka dan Johor dengan projek CO2NCER  yang berfungsi membekalkan maklumat berkenaan suhu, kadar kepekatan asap, kelajuan angin dan koordinat lokasi secara tepat kepada pasukan bomba dan penyelamat melalui sistem pesanan ringkas (SMS).Katanya, kebijaksanaan dan kreativiti yang ditonjolkan 20 pelajar yang mewakili kumpulan 'Victornity' dalam tempoh 11 minggu pertandingan itu membolehkan sekolah berkenaan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM20,000 pada majlis pengumuman pemenang Pertandingan Sentuhan Harapan (AAY) 2019 di Melaka International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh,  Melaka, malam semalam.“Pada pertandingan tersebut, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tebobon, Sabah menduduki tempat kedua yang menerima hadiah wang tunai RM10,000 diikuti SMK Tun Habab, Johor di tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai RM5,000.Sekolah SMK St. Francis, Melaka dan SMK Asyakirin, Sarawak pula masing-masing mendapat tempat keempat dan kelima yang membawa pulang hadiah sagu hati,” ujarnya kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di Pejabat Yayasan Terengganu, hari ini.Ishamudin berkata, kejayaan projek CO2NCER yang dipimpin Nur Farah Ismahani Mohd Faizal dan Muhammad Hilmi Mohd Nazi itu juga hasil sokongan sukarelawan Petronas atau ‘buddies’, guru-guru serta pihak sekolah yang banyak membantu pelajar bagi membina dan melaksanakan projek kemasyarakatan yang bermatlamat mengurangkan pelepasan karbon kepada alam sekitar itu.Katanya, AAY yang dianjurkan Petronas sejak 2014 telah disertai lebih 200 buah sekolah dan melibatkan sehingga 4,600 orang pelajar serta 200 projek kemasyarakatan yang berimpak besar telah dihasilkan, antaranya aplikasi telefon pintar nota sejarah, tandas mesra alam dan sistem amaran pengesan banjir. “Menerusi AAY, pelajar menjalankan ujikaji, merekacipta dan bekerjasama mencari penyelesaian sekaligus mempamerkan keupayaan pelajar mengguna pakai sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) untuk solusi jaminan masa depan yang lebih baik,” ujarnya.
06 Aug 19
720
Empty Image
Jerebu : IPU Empat Daerah Turun Ke Tahap Sederhana
KUALA TERENGGANU, 7 Ogos - Keadaan jerebu di empat daerah sehingga 10 pagi ini mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana dan berlaku sedikit perubahan berbanding semalam susulan kebakaran hutan di Sumatera yang dipercayai membawa jerebu ke Semenanjung.Berdasarkan bacaan terkini IPU di laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan Kuala Terengganu mencatat bacaan 76, manakala di Besut sebanyak 75. Sementara itu di Paka, Dungun dan Teluk Kalong, Kemaman masing-masing mencatat bacaan IPU, 71 dan 70.Timbalan Pengarah Bahagian Operasi JAS, Zakaria Ahmad @ Mohd berkata, jika berlaku lagi kebakaran di Indonesia, terdapat kemungkinan jerebu masih akan menyelubungi negara ini termasuk di Terengganu.“Ia bergantung kepada kebakaran yang berlaku di Indonesia. Setakat ini,  40 titik panas dikesan di Sumatera jadi jerebu berada pada tahap sederhana tetapi kami akan terus memantau.“Pihak kami juga sudah mengambil langkah meningkatkan pemantauan serta rondaan mencegah kebakaran terbuka.“JAS turut meminta bantuan dari kilang-kilang di kawasan sensitive bagi memastikan kawalan dilakukan ke atas pelepasan bahan kimia dan sisa toksik dari semasa ke semasa untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di pejabatnya di sini hari ini.Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan supaya mengelak melakukan pembakaran terbuka dalam keadaan kualiti udara yang tidak sihat akibat jerebu susulan kebakaran hutan di Indonesia di samping menjaga kesihatan masing-masing.Sementara itu, Penolong Pengarah Jabatan Meteorologi Terengganu, Mohammad Hariz Mohd Faeiz berkata keadaan jerebu adalah bersifat sementara dan pihaknya sentiasa memantau keadaan cuaca di seluruh negeri termasuk kawasan yang berisiko secara berterusan.“Sebenarnya ia (jerebu) berpunca dari faktor angin yang bertiup secara konsisten dari arah Barat Daya membawa jerebu akibat pembakaran hutan yang berlaku di Indonesia.“Kebanyakan kawasan di Semenanjung sudah pulih seperti biasa. Bilangan titik panas di Sumatera yang menyumbang kepada jerebu di negara kita juga sudah berkurangan dan kita jangka keadaan akan bertambah baik,”kata beliau ketika dihubungi UPDI hari ini.Terdahulu, jerebu dilaporkan melanda negara susulan kebakaran hutan di enam wilayah di Indonesia melibatkan Riau, Sumatera Selatan, Jambi, Kalimantan Barat, Kalimantan Tengah dan Kalimantan Selatan.Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100, sederhana; 101-200, tidak sihat; 201-300, sangat tidak sihat dan melebihi 300, berbahaya.Untuk mengetahui bacaan IPU, orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my. Bacaan IPU turut dipaparkan dalam tempoh setiap jam.
06 Aug 19
76