Artikel "Utama" Terkini
Perutusan Hari Raya Aidiladha 2019 / 1440H Menteri Besar Terengganu
Perutusan Hari Raya Aidiladha 2019 / 1440H Oleh Menteri Besar Terengganu Darul ImanAidiladha: Menuntut Pengorbanan, Merealisasi KejayaanAlhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat-Nya kita diberi kesempatan untuk meraikan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini. Jutaan umat Islam dari seluruh pelusuk dunia berhimpun di Padang Arafah bagi menyempurnakan ibadah Haji.Aidiladha mengingatkan kita tentang kisah ketaatan dan pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan anaknya, Nabi Ismail AS. Kisah agung yang terpahat dalam kalam Allah ini memberi seribu satu ibrah iaitu menyatukan ummah atas dasar taqwa yang dimiliki. Justeru, perlu ada pengorbanan besar dan kerjasama berterusan daripada seluruh umat.Pelaksanaan ibadah korban mendekatkan hamba kepada Allah SWT dan sebagai tanda kesyukuran di atas segala nikmat kurniaan-Nya. Pengorbanan dari segi perasaan, wang ringgit, masa dan tenaga yang dimiliki amat dituntut demi menjadi hamba Allah SWT yang ikhlas dalam menempuhi perjuangan hidup.Setelah setahun lebih menerajui negeri, pelbagai pencapaian telah dikecapi hasil pengorbanan dan kerjasama semua pihak termasuk pegawai dan agensi kerajaan, anak syarikat mahupun swasta serta rakyat Terengganu.Sokongan jitu amat diperlukan kerana rakyat ibarat akar yang menguatkan sebuah kerajaan. Tambahan, di arus pemodenan ini, kita menghadapi cabaran di media sosial dengan berita tidak sahih yang dilemparkan pihak tidak bertanggungjawab. Ini menimbulkan prasangka serta emosi negatif dalam kalangan masyarakat.Bersempena Hari Raya Aidiladha ini, marilah kita menyerah diri kepada Allah SWT dan membangun modal insan dengan penerapan nilai murni serta memanfaatkan segala kemajuan dalam negeri.Akhir kata, saya mewakili Kerajaan Negeri Terengganu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam khususnya rakyat Terengganu.Sekian, terima kasih.“Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera”Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri bin MokhtarMenteri Besar Terengganu11 Ogos 2019 / 10 Zulhijjah 1440H
10 Aug 19
948
65 Peserta Jalani Praktikal Sembelihan
Oleh : Adli MohamadDUNGUN, 10 Ogos - Seramai 65 orang peserta menjalani praktikal sembelihan dalam Kursus Sembelihan Haiwan Ternakan dan Korban di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Besi, baru-baru ini.Penyelia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) DUN berkenaan, Khaziman Khalik berkata, kursus anjuran institut berkenaan dengan kerjasama Pejabat Agama Daerah Dungun itu memberi banyak pendedahan kepada peserta."Menariknya, bukan hanya sekadar teori diajar, peserta juga berpeluang menyembelih sendiri ayam-ayam yang disediakan penganjur."Ia memberi satu pengalaman baru kepada peserta terutama anak-anak muda yang turut tidak melepaskan peluang mengaut ilmu berkaitan sembelihan dan mempraktikkannya," jelasnya.Beliau berkata demikian, ketika ditemui pihak media, sewaktu program berkenaan di Masjid Kampung Dendang, di sini, baru-baru ini.Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pegawai Penyelaras DUN berkenaan, Ghazali Sulaiman.Sehubungan itu, Ghazali turut berharap agar program tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya."Paling utama, apa yang kita lakukan adalah untuk mencari keredhaan Allah dengan setiap makanan yang kita perolehi, diantara syarat utama sembelihan adalah disembelih oleh orang Islam."Kalau tidak mampu untuk melakukan sembelihan paling kurang mempunyai ilmu pengetahuan dan mendapat pendedahan bagaimana cara sembelihan yang betul didalam ajaran Islam," katanya.
09 Aug 19
125
Terengganu Isytihar Cuti Umum Hari Arafah Bermula 2020 - MB
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 9 Ogos - Kerajaan negeri mengisytiharkan Hari Arafah yang disambut pada 9 Zulhijjah setiap tahun sebagai cuti umum bagi seluruh rakyat negeri itu.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu dibuat selepas berbincang dengan semua pihak dan ia akan berkuat kuasa sepenuhnya bermula tahun hadapan.Jelasnya, usaha berkenaan adalah sebagai memperingati Hari Arafah yang menjadi simbolik kepada penyatuan umat Islam walaupun mereka datang dari pelbagai negara dan kaum. "Kesatuan ini sewajarnya diperkukuhkan dalam kehidupan seharian umat Islam di seluruh dunia dan di Malaysia khususnya."Umat Islam wajib bersatu memperjuang dan mempertahankan agenda Islam."Penyatuan umat Islam dalam konteks Malaysia adalah amat penting bagi kita berdepan dengan segala ancaman yang sedang menggugat identiti dan jati diri agama serta negara yang kita sayangi ini," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Penghayatan Hari Arafah Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Terbuka Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), di sini semalam.Tazkirah oleh Ustaz Mohib Khouli mencuit hati Menteri Besar Terengganu.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Yahaya Ali, Dato' Bentara Dalam Setiausaha Kerajaan Terengganu, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan.Menurut Ahmad Samsuri lagi, Hari Arafah seharusnya menjadi satu tarikh penting yang diingati dalam hidup setiap Muslim."Sama-sama kita hayati dan memahami signifikan Hari Arafah atau 'wukuf' untuk diamalkan dalam kehidupan seharian."Semoga pada tahun hadapan, kita pula dipilih oleh Allah Taala, untuk berkumpul di padang Arafah bersama-sama saudara kita dari seluruh dunia," tambah beliau.Untuk rekod, Terengganu merupakan negeri pertama yang mengumumkan Hari Arafah sebagai cuti umum.Program Hari Arafah yang julung-julung kalinya diadakan itu berjaya menarik lebih 1,000 warga Terengganu.Lebih 1,000 hadirin memenuhi ruangan forum.
09 Aug 19
261
Jalur Gemilang Gergasi Atas Bumbung Stadium
KUALA TERENGGANU, 9 Ogos -Sebagai tanda menghargai kemerdekaan negara yang disambut 31 Ogos setiap tahun empat pemuda sanggup menggadai nyawa menyiapkan mural Jalur Gemilang gergasi di atas bumbung Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada kali ini.Mural Jalur Gemilang bersama bendera Terengganu bersaiz 90 x 40 kaki persegi itu disiapkan Mohd Fahmi Abdullah Sani, 29; Zulkarnain Abd Latif, 39; Wan Asri Nizam Wan Ismail, 36 dan Raja Badruddin Hakim Shah Raja Kamarul Bahrin, 33, dalam tempoh 20 hari bermula 15 Julai lalu.Mohd Fahmi berkata, kemahiran melukis mural membuatkan mereka terpanggil untuk menghasilkan mural Jalur Gemilang sebagai tanda sumbangan meraikan kemerdekaan negara.“Sumbangan itu mungkin tidak sebesar mana, namun ia memberi kesan positif kepada orang ramai terutama bagi penghuni bangunan berdekatan yang boleh melihatnya dari atas,” katanya.Menurutnya, walaupun mereka sudah lama aktif dalam bidang melukis mural, ini kali pertama mereka menyiapkan mural gergasi di permukaan lantai dan di atas seperti itu yang turut mendapat sokongan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).“Cabaran lebih besar berbanding melukis mural gergasi di dinding bangunan kerana ia memerlukan teknik dan kaedah tersendiri.“Proses untuk memeriksa lukisan mural di atas bumbung itu juga memenatkan kerana terpaksa naik ke bangunan lebih tinggi untuk melihat keseimbangan mural berkenaan daripada pandangan atas,” katanya yang tinggal di Kampung Jalan Terkukur.Bagi Zulkarnain pula, dia terharu dan bangga apabila melihat hasil kerja keras mereka di atas bumbung SSINS itu.Katanya, walaupun pernah menghasilkan banyak mural di dinding bangunan di negeri itu, peluang menghasilkan mural Jalur Gemilang adalah penghormatan yang tidak ternilai harganya.“Memang kami keletihan kerana terpaksa menyiapkan mural itu pada kedudukan tinggi di samping menggunakan teknik khusus yang lebih rumit namun rasa penat itu hilang apabila melihat hasilnya.“Banyak cabaran perlu ditempuh sepanjang menyiapkan mural ini termasuk lantai licin, angin kuat serta hujan secara tiba-tiba.“Namun ia sudah menjadi asam garam sebagai pelukis mural dan ia berbaloi kerana hasil seni itu secara tidak langsung menyemarakkan lagi sambutan bulan kemerdekaan tahun ini.“Selain itu, kami di bawah Kelab Red Rebel Art Squad juga bersedia menawarkan khidmat secara percuma menyiapkan mural Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah yang memerlukan dengan syarat mereka perlu menyediakan keperluan untuk menghasilkan mural,” katanya.
09 Aug 19
909
Terengganu Tawar Skim Pembiayaan ‘Food Truck’
Nurkhuzaini menegaskan skim itu menawarkan 'Food Truck' pada harga yang berpatutan.KUALA TERENGGANU, 9 Ogos – Kerajaan Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) menawarkan Skim Pembiayaan ‘Food Truck’ dengan had maksimum pembayaran sebanyak RM75,000.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, Koperasi Istiqamah Terengganu Berhad (KITAB) akan menjadi pembekal ‘Food Truck’ kepada YPU apabila termeterainya Memorandum Persefahaman (MoU) antara kedua-dua pihak terbabit.Jelasnya, ia secara tidak langsung akan memudahkan usahawan untuk memilih ‘Food Truck’ pada harga yang lebih rendah dengan aspek perkhidmatan terbaik.“Ini adalah satu lagi kemudahan untuk usahawan-usahawan kita yang nak berkecimpung dalam bidang ‘Food Truck’ atau kenderaan saji ini.“Istimewanya skim ini ialah pembekal akan membekalkan kenderaan saji mengikut kehendak pemohon tersebut, contohnya jika mahu menjual keropok, pembekal akan bekalkan kenderaan dalam tempoh enam minggu mengikut rekaan bersesuaian dengan jenis perniagaan itu,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Cek Tabung Usahawan Terengganu Sejahtera (TUGAS) dan Pertukaran MOU antara YPU Dengan KITAB di Dewan Serbaguna YPU, di sini semalam.Pertukaran MoU antara YPU dan KITAB.Turut hadir, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Wan Hapandi Wan Nik, Ketua Pegawai Eksekutif YPU Terengganu, Anuar Awang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik, Ir Saiful Azmi Suhaili.Menurut Nurkhuzaini lagi, usahawan yang berminat juga akan diberikan latihan khusus bagi mengendalikan kenderaan itu sebelum memulakan sepenuhnya perniagaan.“Kaedah mengurus ‘food truck’ seperti cara servis akan diajar dengan teliti selama enam bulan, selepas itu usahawan akan diberikan kebebasan sepenuhnya.“Ilmu pengurusan akaun turut akan diselitkan dalam skim ini bagi memantapkan lagi usahawan, kita sedar ramai usahawan yang berminat, tetapi kurang pakar dalam ilmu tersebut,” katanya.Tambah beliau lagi, majlis pelancaran khas berkenaan skim terbabit akan diadakan dalam tempoh beberapa bulan lagi.“Sekarang kita dah ada lima pemohon, kalau ikut tempoh siap kenderaan iaitu enam minggu, maka kita jangka pelancaran oleh Menteri Besar dalam tempoh sebulan setengah dari sekarang,” jelasnya.
09 Aug 19
290
Dua Gol Kipree Rentap Ego Sang Juara
Foto oleh - Media TFC.KUALA TERENGGANU, 8 Ogos – Beraksi dengan 10 pemain tidak menghalang Terengganu Football Club (TFC) untuk menewaskan Juara Piala FA, Kedah 2-0 pada aksi kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.Kekurangan pemain selepas penjaga gol, Ilham Amirullah diperintah keluar padang berikutan mengutip kad merah pada masa tambahan separuh masa pertama tidak menghalang TFC menjaringkan dua gol menerusi Tcheche Kipree.Pada awal saingan separuh masa pertama, penonton disajikan aksi berbalas serangan kedua-dua pasukan.Ia termasuk percubaan Lee Tuck pada minit ke-16 yang dihalang oleh pemain pertahanan Kedah.Gagal menyudahkan setiap peluang terhidang menyaksikan perlawanan separuh masa pertama berkesudahan dengan jaringan 0-0 . Ilham diperintah keluar padang setelah melakukan bentesan kepada Farhan Roslan.Bersambung pada babak kedua, Kedah yang berkelebihan seorang pemain mendominasi keseluruhan permainan.Meskipun diasak bertubi-tubi sejak awal babak kedua perlawanan, ia langsung tidak mematahkan semangat juang ‘Sang Penyu’ apabila gol pertama hadir pada minit ke-66 selepas sepakan percuma Lee Tuck ditanduk cantik Kipree.Tersentap dengan jaringan pasukan pelawat, Kedah menggandakan asakan terutamanya melalui penyerang berbisa mereka, Fernando Rodriguez Ortega.Serangan bertali arus ke kubu pasukan TFC hampir membuahkan hasil namun percubaan Farhan Roslan pada minit ke-70 dinafikan ketangkasan Penjaga Gol Gantian TFC, Wan Azraie.Kekentalan pertahanan TFC menyaksikan Jurulatih Kedah, Aidil Shahrin terpaksa melakukan pertukaran pemain dengan memasukkan Zaquan Adha dan Mohammad Fayyadh pada minit ke-75 dan 80.Kemasukkan Fayyadh berjaya menambah bisa serangan Lang Merah apabila gelecekannya hampir memecah kebuntuan, namun bek tengah TFC lebih bersedia menahan rembatan itu.Wan Azraie yang menggantikan Ilham turut beraksi cemerlang.TFC yang sesekali melakukan serangan balas melalui Nabil Latpi dan Kipree hampir menambah derita Kedah pada minit ke-82 tetapi berjaya dihalang penjaga gol Kedah.Namun, pada minit ke-86 kesilapan pertahanan Kedah melenyapkan sorakan penyokong setia Kedah, apabila Kipree sekali lagi memanfaatkan peluang tersebut dengan membuat satu lambungan menarik melemaskan penjaga gol Lang Merah.Selesa mengatasi dua gol, TFC kental bertahan sehingga wisel penamat sekaligus membolehkan mereka menerajui carta teratas Kumpulan A selepas dua perlawanan.Sementara itu, Kedah jelas hampa dengan kekalahan mengejut terbabit walaupun beraksi di halaman sendiri dan kelebihan seorang pemain.
08 Aug 19
32
Dua Warga Emas Rantau Abang Rela Berdikari
Salah seorang pesakit yang menerima bantuan dari Abdul HalimOleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 8 Ogos – Ada penduduk Rantau Abang di sini enggan memohon bantuan dari agensi kebajikan kerajaan kerana bimbang ada yang lebih layak dari mereka untuk berbuat demikian.Salah seorang yang ditemui, Mohd Syukri Ab Majid, 55 berkata dia masih mampu bekerja walaupun hasil pendapatan tidak cukup untuk menampung kehidupannya sekeluarga. "Takut ada yang lebih susah daripada saya, jadi saya akan mengambil hak mereka, disebabkan saya mereka tidak dapat bantuan.“Jadi saya takut dipersoal di hadapan Allah nanti, " kata bapa kepada lima orang anak itu. Mohd Syukri yang ditemui oleh wakil media ketika rutin ziarah penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau Abang di sini hari ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun diwakili oleh pegawai peribadinya, Abdul Halim Nasir membuat lawatan tersebut di Kampung Pinang Baru di sini. Mohd Syukri yang tinggal di Kampung Pinang Baru itu memberitahu pernah mengisi borang e-kasih dan pernah dilawati oleh pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sekali gus dimaklumkan permohonannya berjaya. "Bagaimanapun sehingga sekarang, saya tidak terima apa-apa bantuan, jadi saya diam jelah, mungkin ada yang lebih layak, takut jugok," ceritanya sambil bibir mengukirkan senyuman.Menurutnya empat orang anak beliau masih bersekolah termauk dua orang di sekolah menengah manakala dua orang lagi belajar di universiti awam. Sementara itu seorang penghidap lemah jantung, Mokhtar Ali, 57 yang juga malu untuk memohon bantuan kerajaan memandangkan beliau masih boleh bekerja walaupun tidak dapat melakukan kerja-kerja berat. "Berilah kepada orang lain dulu, melainkan kalau saya tidak bergerak dan hanya mampu berbaring," katanya yang mempunyai enam orang anak yang mana empat daripadanya masih belajar.Bagi mereka, selagi kudrat masih ada untuk mencari nafkah yang menjadi tanggungjawab seorang ayah dan ketua keluarga, mereka lebih gemar berusaha sendiri menyara hidup keluarga masing-masing tanpa perlu meminta-minta walaupun tahu memang menjadi tanggungjawab kerajaan membantu.
08 Aug 19
51
' The Durian Day ' Dapat Sambutan Hangat
Oleh : Hidayah Azlin KUALA TERENGGANU, 8 Ogos - Program jualan terus dari ladang ‘ The Durian Day ‘ diserbu orang ramai sejak pagi sehingga habis jualan dengan pelbagai pilihan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata program ini bertujuan menjual buah-buahan antara pengeluar dan pengguna secara terus tanpa peranan orang tengah. ‘’ Dengan ini rantaian bekalan boleh disingkatkan dan pengeluar boleh menjual dengan harga yang lebih tinggi serta pengguna boleh dapat buah-buahan dengan harga yang lebih murah.‘’ Pelbagai pilihan buah-buahan tersedia seperti durian kampung, durian D24, salak rod mellon, cempedak, manggis, rambutan, petai dan dokong. Selain itu, produk-produk lain yang berasaskan durian turut tersedia seperti aiskrim durian, lemang durian, cream puff durian dan banyak lagi,’’ katanya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman selepas melawati gerai-gerai jualan selepas Majlis Pelancaran Jualan Durian Day – Jualan Anak Beranak & Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian & IAT Negeri Terengganu 2019 di Pejabat FAMA Terengganu, semalam.Pada masa yang sama, Dr. Azman turut memperkenal dan mempromosikan buah ikon Negeri Terengganu, Melon Manis Terengganu (MMT) yang mempunyai keunikan tersendiri.“MMT tidak sama dengan melon manis lain samada dari segi kemanisan, kerangupan, warna kulit dan isinya."Walaupun mungkin harganya agak tinggi dengan harga RM8 sekilogram tetapi sesiapa yang mencuba kali pertama pastinya akan mencari lagi,’’ jelasnya.Beliau turut berterima kasih kepada FAMA di atas penganjuran program yang sangat bermanfaat ini."InsyaAllah, kita akan meneruskan lagi kerana musim buah Terengganu masih panjang akan menyusul. Selepas ini duku Terengganu pula tiba, cuma yang ada ini duku dibawa dari negeri lain semestinya rasanya tidak sama,’’ ujarnya.
08 Aug 19
141
Kuala Terengganu Bandar Raya Selamat Bukan Angan Kosong - Amzad Hashim
Amzad Hashim (kiri).Oleh : Ammar RozlanKUALA TERENGGANU, 8 Ogos - Tekad untuk menjadikan Kuala Terengganu sebagai sebuah bandar raya selamat bukan angan-angan kosong sebaliknya ia akan diusahakan dengan pelbagai strategi ampuh.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, dalam satu mesyuarat bersama Jawatankuasa Perhubungan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) kelmarin, isu pengedaran dan penagihan dadah antara perkara hangat yang dibangkitkan.Jelasnya, perkara tersebut merupakan antara punca berlakunya suasana tidak harmoni dalam kalangan masyarakat di negeri berkenaan.“Isu dadah adalah cabaran terbesar dan menyumbang kepada jenayah indeks yang lain.“(Diharapkan) dengan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam menjayakan misi MCPF di peringkat negeri Terengganu akan menambah nilai dalam perjuangan membanteras jenayah,” ujarnya dalam perbincangan tersebut.Perbincangan untuk mengurangkan masalah jenayah di Kuala Terengganu.Turut hadir, Ketua Polis Terengganu merangkap Pengerusi MCPF, Dato’ Aidi Ismail, Naib Pengerusi I MCPF Terengganu, Noor Halim Nordin, Naib Pengerusi II MCPF, Dato' Wan Mohd Al Bakri Wan Md Noor dan Bendahari MCPF, Ahmad Izani Ab Ghani.Jelas Amzad lagi, kerjasama berkenaan bukan hanya menjamin persekitaran yang aman dan selamat untuk semua rakyat Terengganu tetapi ia turut mampu menarik pengunjung untuk ke negeri tersebut.Beliau juga mengharapkan melalui MCPF segala isu jenayah akan dapat dibanteras ke arah menjadikan negeri Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera.“Sebelum ini dengan kerjasama bersama Persatuan Kepolisan Komuniti Durian Burung (PKKDB) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kita telah berjaya menyelesaikan satu masalah lumba haram yang sangat serius satu ketika dahulu di Kuala Terengganu,” ujarnya.
08 Aug 19
119
Kerajaan Negeri Sokong Usaha Kebajikan NGO Negeri
Peserta menyerahkan cenderamata kepada Wan Sukairi.KUALA NERUS, 8 Ogos – Kerajaan negeri menyambut baik dan menyokong usaha sebarang pihak yang melakukan kerja-kerja kebajikan untuk masyarakat.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah menganggap, mereka yang mengorbankan keselesaan untuk membantu saudara seislam mewakili umat Islam di seluruh negeri ini."Mereka yang pergi hari ini mewakili kami membantu saudara-saudara kita di Kenya sebagai melaksanakan tanggungjawab kepada umat Islam yang tidak berkemampuan."Mudah-mudahan program menjadi antara contoh terbaik kepada saudara-saudara kita di sini," katanya ketika melepas pasukan Misi Kemanusiaan Garissa, Kenya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, semalam.Dr. Suhazeli.Misi berkenaan dianggotai oleh 12 anggota NGO Warga Cakna dari pelbagai negara dan turut disertai pasukan media Manis FM.Pengerusi Warga Cakna, Dr. Suhazeli Abdullah memaklumkan, sebanyak 250 ekor lembu dan 150 ekor kambing telah disumbangkan dalam misi Korban Aqiqah yang akan diadakan di sana."Selain itu, kami akan turut mengagihkan sebanyak 5,000 naskhah al-Quran untuk digunakan 26,000 pelarian di sana," jelasnya.Misi yang akan berakhir 15 Ogos itu juga menyediakan kira-kira 100 pek makanan sebagai sebahagian sumbangan yang akan diberikan.Peserta misi akan ke Garissa, lokasi yang terletak di sempadan tiga buah negara iaitu Kenya, Somalia dan Eritrea untuk menyantuni pelarian Muslim di sana sempena perayaan Aidiladha tidak lama lagi.
08 Aug 19
41