lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
'Jangan Buruk Sangka Terhadap ATM' - Amzad Hashim
 Ahmad Amzad  bersama pasangan pengantin di satu Majlis Perkahwinan di Taman Tamadun Islam (TTI) baru-baru ini. KUALA TERENGGANU, 15 Ogos - "Komunis mungkin berdendam dengan pasukan keselamatan. Tetapi warganegara sejati tidak akan sesekali hilang pedoman," tegas Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim.Beliau berkata, di bulan Kemerdekaan ini rakyat Malaysia perlu semarakkan semangat patriotisme dan penghargaan kepada mereka yang berkorban mempertahankan negara dari ancaman musuh dari dalam dan luar negara. "Saya cukup merasa kesal kerana masih ada warganegara Malaysia yang memperkecilkan peranan pasukan keselamatan yang menjadi tonggak kemerdekaan, keselamatan dan kemakmuran negara."Anda boleh berniaga dan menjadi kaya raya kerana keselamatan dan kemakmuran negara. Tanpa adanya keselamatan negara, anda mungkin sedang berlindung di dalam longkang dan khuatirkan keselamatan nyawa dan keluarga jauh sekali mempunyai ruang untuk mempunyai empayar perniagaan dan menjadi jutawan," katanya dalam satu kenyataan di status facebook beliau hari ini.Ahmad Amzad dipercayai mengulas kenyataan seorang jutawan yang merendahkan tugas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mendakwa kononnya anggota tentera tiada kerja hanya makan dan tidur sahaja.Ahmad Amzad berkata, pelabur sejati mengetahui kriteria utama risiko  pelaburan berkait rapat dengan soal keselamatan, keamanan, kestabilan politik."Perkataan yang dikeluarkan oleh seorang ahli perniagaan yang menjadi pembiaya kepada Pakatan Harapan (PH) kononnya tentera kita hanya “tidur dan makan”, ada yang tak “pernah tembak sebutir peluru pun kecuali di padang sasar” mempunyai nada yang sangat biadab dan memperlekehkan peranan tentera."Jangan jadi lupa diri seperti kacang lupakan kulit. Keringat pasukan keselamatan yang berkorban sama ada di darat, laut dan udara menyumbang kepada keamanan negara," tegas beliau.Bagaimana pun jutawan bukan Melayu itu telah membuat pengakuan permohonan maaf secara terbuka dalam blognya semalam.
14 Aug 19
127
Empty Image
Bantuan Segera Raih Senyuman Mangsa Ribut
Oleh : Hidayah Azlin SETIU, 15 Ogos – Tindakan pantas kepimpinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi menyelesaikan masalah kerosakan yang dialami oleh beberapa rumah penduduk kampung akibat ribut mengundang kelegaan masyarakat.Salah seorang mangsa ribut, Syumijati Ali,37, merakamkan ucapan tahniah atas tindakan pantas pihak terbabit dalam menyelesaikan masalahnya.“Rasa syukur dan gembira sangat di atas kecaknaan pimpinan DUN dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK). "Pagi-pagi lagi sudah datang melawat kami. Alhamdulillah, pemasangan atap selesai terus pada hari itu. Terima kasih banyak diucapkan,’’ katanya.Ibu kepada lima orang anak itu sempat menceritakan saat cemas kejadian tersebut sehingga terpaksa mengejutkan anak-anaknya yang sedang tidur kerana bimbang atap atau serpihan kayu jatuh.‘’Walaupun ada yang jatuh tapi mujurlah ia tidak menimpa kami. Alhamdulillah, tiada berlaku kecederaan,’’ katanya ketika ditemui di rumahnya selepas kejadian itu, baru-baru ini.Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr. Azman Ibrahim menjelaskan, keadaan kayu alang yang sudah reput merupakan antara punca utama kerosakan teruk dikebanyakan rumah dalam DUN berkenaan.‘’Memang kita akui, majoriti rakyat kita duduk rumah kayu lama. Biasa bila berlaku ribut, bukan setakat atap yang perlu ditukar, tapi kayu alang sekali. ‘’Alhamdulillah, situasi ini kita tangani secara berhemat dan cermat. Peruntukan kecemasan untuk kes-kes sebegini memang sentiasa tersedia di Pejabat Adun. Berlaku kejadian luar jangka sebegini di hari cuti pun, kita tidak panik, insya-Allah,’’ tambahnya.Dalam kejadian tersebut, sebanyak 13 buah rumah dan infrastruktur mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda di sekitar Jabi. Antara yang terjejas ialah di Kampung Padang Lengkuas, Anak Musang, Bukit Jeruk, Kampung Bahagia, Kepala Gajah dan Gong Ubi Keling, Kampung Jabi dan Tasek Tok Lebai.
14 Aug 19
75
Empty Image
Pusat Tahfiz Berbahasa Mandarin Iktiraf Malaysia Negara Unik
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri (tiga dari kanan) mengibarkan Jalur Gemilang di Dewan Besar Wisma Darul Iman hari ini.KUALA TERENGGANU, 14 Ogos - Kerajaan Terengganu akan membuka Pusat Tahfiz Berbahasa Mandarin di Dungun tahun depan antara lain untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara unik, berbilang kaum.Menteri Besar Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk menubuhkan pusat itu di bawah kendalian Yayasan Terengganu (YT).Pusat itu katanya akan memulakan sesi pembelajaran di bangunan Sekolah Imtiaz Dungun dengan pengambilan pelajar pertama seramai 50 orang, masing-masing 25 pelajar lelaki dan perempuan.Katanya, di samping mereka belajar menghafal 30 Juzuk Al-Quran, mereka juga belajar Bahasa Mandarin untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)."Ini komitmen kerajaan supaya mereka diajar bahasa itu bagi memahami kelompok kaum yang menggunakan bahasa berkenaan."Kita berharap ia boleh menambah ilmu pengetahuan kepada masyarakat negeri Terengganu, di samping menghafal Al-Quran, berupaya juga menggunakan bahasa Mandarin," jelas beliau.Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas Majlis 'Flag Off' (kibar bendera) Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Sempena Hari kemerdekaan Ke-62 di Perkarangan Wisma Darul Iman di sini hari ini.Turut hadir Dato' Bentara Dalam A Rahman Yahya dan Pengarah Penerangan Negeri, Encik Azahar Ismail.Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, anak Melayu yang belajar di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) di seluruh negeri Terengganu berjumlah 530 pelajar."Di negeri Terengganu sahaja kita ada 530 orang anak Melayu yang belajar Bahasa Mandarin di sekolah-sekolah."Jadi kerajaan negeri memberi ruang kepada mereka untuk belajar di pusat tahfiz tersebut dan boleh mengambil SPM di situ." ujarnya.
14 Aug 19
36
Empty Image
'Kerajaan Malaysia Perlu Perkukuhkan Perpaduan Nasional' - MB Terengganu
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri (kiri) ketika melepaskan peserta Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang di Perkarangan Wisma Darul Iman hari ini.KUALA TERENGGANU 14 Ogos - Kerajaan Malaysia perlu memperkukuhkan Perpaduan Nasional kerana terdapat beberapa insiden boleh menggugat keutuhan perpaduan tersebut sejak akhir-akhir ini.Tanpa menyebut insiden tersebut Menteri Besar Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bagi orang Islam, mereka mempunyai panduan tersendiri untuk mengukuhkan perpaduan sesama mereka berteraskan Al-Quran dan Sunnah."Bagi sebuah negara merdeka seperti Malaysia ini tentu ada perkara yang boleh mengikat perpaduan rakyat dari pelbagai kaum yang ada di dalam negara kita."Antaranya ialah negara kita mempunyai rukun negara. Dalam rukun negara itu ada ciri-ciri yang perlu seluruh rakyat Malaysia tidak kira apa bangsa mereka sama ada Melayu, Cina atau India dan etnik-etnik lain, perlu memahami benar-benar makna rukun negara tersebut," jelasnya.Katanya antara perkara yang boleh digunakan dalam konteks semasa ialah termasuk bahasa.Katanya, bahasa kebangsaan negara ialah Bahasa Malaysia yang seharusnya diikut, difaham dan ditutur dengan baik oleh seluruh rakyat dalam negara Malaysia.Bagaimanapun agak mendukacitakan selepas 62 tahun negara merdeka masih ada lagi kepincangan berlaku dalam masalah penggunaan Bahasa Malaysia."Masih ada lagi di kalangan rakyat negara kita ini yang tidak memandang pentingnya Bahasa Malaysia sebagai komponen perpaduan nasional," jelas beliau.Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas Majlis 'Flag Off' (kibar bendera) Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang Sempena Hari kemerdekaan Ke-62 di Perkarangan Wisma Darul Iman di sini hari ini.Turut hadir Dato' Bentara Dalam A Rahman Yahya dan Pengarah Penerangan Negeri, Encik Azahar Ismail.Menurut Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri apabila ada kaum dihimpit sampai ke sudut-sudut tertentu sudah pasti mereka akan memberi reaksi dan berlaku tindak balas dan sebagainya."Dan ini adalah kitaran yang tidak akan ada kesudahan. Sebab itu seluruh rtakyat di dalam negara kita ini harus mengakui hakikat, bagaimana kita boleh mengharmonikan hubungan antara kaum," jelasnya.Justeru katanya, mana-mana pihak tidak boleh menggugat sensitiviti mana-mana kaum sehingga kaum itu rasa terancam.
14 Aug 19
123
Empty Image
ROS Berhak Batal Pendaftaran Dong Zong
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri (tengah) memasang jalur gemilang di sebuah kereta di Perkarangan Wisma Darul Iman hari ini.KUALA TERENGGANU, 14 Ogos -Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) boleh membuat keputusan untuk membatalkan Pertubuhan Pendidikan Cina Dong Zong selepas siasatan dibuat oleh pihak berkuasa dan tindakan tersebut bukan bidang kuasa Kerajaan Negeri atau mana-mana entiti lain dalam negara.Menteri Besar Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, apa yang penting semua pihak tidak seharusnya mencetus sentimen yang boleh menekan sesuatu pihak lain sehingga menimbulkan reaksi tindak balas tertentu."Mereka harus menyedari dalam konteks negara kita ini, semua kaum perlu perkasakan bahasa kebangsaan, pendidikan dan pembelajaran dan sebagainya."Mereka harus memahami dasar pendidikan nasional umpamanya. Sekiranya mereka  tidak memahami konteks pembinaan negara Malaysia, maka timbullah pertikaian yang sepatutnya tidak dipertikaikan," katanya.Beliau berkata demikian kepada media di Perkarangan Wisma Darul Iman di sini mengulas tindakan Pertubuhan Pendidikan Cina Dong Zong membantah  pelajaran khat dalam mata pelajaran  Bahasa Malaysia kepada murid tahun empat di sekolah vernakular seluruh Malaysia.Sebelum ini Pengerusi Dong Zong Tan Tai Kim, dilapor berkata bahawa badan pertubuhan pendidikan Cina itu akan menggerakkan kempen mengumpul tandatangan sebagai membantah pembelajaran khat di sekolah vernakular selain bertegas langkah kerajaan memperkenalkan tulisan itu di sekolah sebagai satu bentuk ‘Islamisasi’.Sebagai respon, Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini melabelkan pertubuhan itu sebagai ‘rasis’ kerana tidak pernah bersetuju dengan apa-apa keputusan kerajaan sebelum ini termasuk pengenalan Sekolah Wawasan yang menempatkan sekolah Cina, sekolah Tamil, dan sekolah kebangsaan dalam satu kawasan sama.
13 Aug 19
71
Empty Image
Lebih 20,000 Bakal Banjiri Program Tiga MB
Oleh: Suriati AliKUALA TERENGGANU, 13 Ogos - Lebih  20,000 penduduk dijangka membanjiri  Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus  bagi menjayakan Himpunan 3 Menteri Besar Pantai Timur (HIMPUN) yang akan berlangsung pada 22 ogos ini (Khamis).Pertemuan antara Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Kelantan Dato' Bentara Kanan Ahmad Yaakob itu dijangka dapat mengukuhkan lagi hubungan antara negeri berkaitan.Selain itu, program yang  diadakan akan menterjemahkan rasa kesyukuran pentadbiran kerajaan Terenganu yang kini diterajui Dato' Seri Ahmad Samsuri.Ahmad Samsuri berkata, pelbagai aktiviti menarik diadakan semata-mata mahu menarik minat penduduk hadir pada program yang julung kali dianjurkan itu."Program yang dijangka bermula pada jam 7.00 petang itu akan dimulai dengan solat maghrib berjemaah."Kemudiannya Bicara Murabbi Ummah  disampaikan oleh penceramahbebas Ustaz Azhar Idrus dan dimoderatorkan Ustaz Kamaruzaman Abdullah (Pengarah i-MiTS)," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, petang tadi.Katanya, selepas itu, Solat Isyak dan Solat Hajat Berjemaah yang akan diimamkan Tuan Haji Mokhtar Salleh (Imam Besar Negeri Terengganu)"Dan akhir sekali ucapan dan pesanan istimewa daripada tiga menteri besar dari tiga negeri."Oleh itu, orang ramai diseru hadir beramai-ramai bagi meraikan program tersebut,"katanya.
13 Aug 19
58
Empty Image
Bukan Islam Perlu Fahami Konsep Ibadat Korban
Dr Azman (kiri) menziarahi sebuah rumah yang dilanda ribut di sekitar kawasan DUN Jabi baru-baru ini.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 13 Ogos - Orang bukan Islam tidak perlu pertikai cara penyembelihan korban kerana kaedahnya paling sesuai dan saintifik untuk mematikan binatang ternakan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata sepatutnya orang bukan Islam persoalkan bagaimana yang dimakan mereka dimatikan."Bila nak makan daging, memang haiwan perlu dimatikan. Sembelihan ialah cara mematikan haiwan yang paling tertib dan berhemah sekali. Ia disahkan secara saintifik."Awak pun makan daging. Ada pernah tanya bagaimana haiwan yang aku makan dagingnya ini dimatikan. Tak munasabah makan (binatang) hidup-hidup," katanya dalam satu kenyataan  di status Facebook beliau semalam.Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Jabi berkata, mempertikai cara penyembelihan binatang ibadah korban sempena ibadat haji adalah tidak wajar kerana perbuatan itu bertujuan mengikis sifat bakhil dan berkongsi nikmat rezeki di kalangan umat Islam bukan bertujuan menzalimi binatang.Katanya, tidak akan timbul pertikaian di kalangan orang bukan Islam sekiranya mereka  memahami mesej 'pengorbanan' dan penyembelihan itu dengan sebaiknya."Kenapa perlu pertikai hak orang Islam untuk beribadat. Menyembelih binatang ternakan untuk diberi makan dagingnya kepada orang ramai terutamanya orang miskin dan fakir adalah suatu ibadat bagi kami."Urusan ibadat ialah soal agama kami. Kalau tak faham dan nak tahu, kami sedia menjelaskan. Mudah-mudahan kamu dapat petunjuk."Tapi kalau nak pertikai, awak perlu sedar di bumi mana awak sedang berpijak sekarang," tegasnya.
13 Aug 19
48
Empty Image
Manisnya Ibadah Korban, Pupuk Perpaduan
Oleh : Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU, 12 Ogos - Ibadah korban bukan sahaja memupuk sikap kerjasama malah  dapat menyuburkan semangat perpaduan melalui aktiviti gotong royong yang dilakukan bersama.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ustaz Maliaman Kassim berkata, penyertaan penduduk tanpa mengira fahaman politik dan semangat kerja berpasukan yang ditunjukkan mempercepatkan urusan melapah serta pembahagian daging.“Kita bersyukur kepada Allah S.W.T kerana perancangan majlis korban pada hari ini berjalan dengan lancar bermula pada tujuh pagi dengan menyembelih lembu pertama untuk ambil sebahagiannya untuk dimasak.“Alhamdulillah pada pukul 9.30 pagi selesai semua proses sembelihan dan melapah dalam keadaan yang licin dan teratur dengan penglibatan seramai 60 orang petugas yang turut dibantu Ahli Jawatankuasa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta cawangan PAS di sekitar kampung ini yang membanting tulang dan memberikan kerjasama yang sangat baik.“Sehinggalah daging dapat diagihkan kepada mereka walaupun tidak meliputi semua penduduk di Ajil ini tetapi sekurang- kurangnya kita telahpun berusaha melakukan ibadat korban ini dengan sempurna.“Apa yang boleh dipuji petugas kita tidak meninggalkan sisa korban begitu sahaja bahkan mereka menyempurnakan tangungjawab membersih tempat sebelum dan selepas majlis dengan sempurna,” katanya kepada  wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Majlis Korban di kediamannya Kampung Peroh, di sini, hari ini.Tambah Maliaman, sembilan ekor lembu dikorbankan dan berharap akan ditambah lagi bilangan lembu pada tahun hadapan supaya daging dapat diagihkan dengan lebih meluas.“Pada tahun hadapan kita akan buat perubahan yang lebih baik dan akan menambahkan lagi jumlah lembu supaya daging dapat diagihkan dengan lebih meluas supaya ramai penduduk dapat merasainya.“Apa yang penting masyarakat memahami hikmah di sebalik ibadat korban ini seterusnya   mengeratkan lagi hubungan ukhuwah dan silaturahim antara kita, “ujarnya.
12 Aug 19
235
Empty Image
Sultan Terengganu Solat Sunat Aidiladha Bersama Rakyat
KUALA TERENGGANU, 11 Ogos - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat mengerjakan solat sunat Aidiladha di Masjid Al Muktafi Billah Shah, di sini, hari ini.Mengiringi keberangkatan baginda ialah Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Sri Setia Mahkota Raja,Tengku  Puteri Utama Raja dan Tengku Puteri Daulath Raja.Keberangkatan baginda pada jam 7.50 pagi disambut Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, To' Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab. Rahman serta Dato' Bentara Dalam Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu.Solat sunat Aidiladha dan khutbah disampaikan Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda.Selesai menunaikan solat, Sultan Mizan dan putera puteri baginda berkenan meluangkan masa beramah mesra bersama rakyat jelata.Sebelum berangkat pulang, baginda turut menziarahi makam diraja.Kira-kira 1,000 jemaah turut mengerjakan solat sunat Aidiladha di masjid berkenaan.
10 Aug 19
322
Empty Image
'Degil Jaga Kebersihan, Tarik Balik Lesen'- Amzad Hashim
Ahmad Amzad (tengah) ketika melawat Pasar Payang 2 hari ini.KUALA TERENGGANU, 10 Ogos - Kebersihan perlu diutamakan apa lagi jika berurusan dengan pasar dan pengunjungnya.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Haji Ahmad Amzad Hashim berkata, peniaga yang melanggar peraturan kebersihan di premis mereka perlu ditarik balik lesen sekali gus tidak membenarkan mereka berniaga di premis berkenaan lagi."Peniaga yang didapati tidak menjaga kebersihan dan melakukan kesalahan serta tidak dapat mematuhi peraturan setelah ditegur, adalah gagal menyesuaikan diri dengan premis baru ini dan boleh dibatalkan lesen premis."Baik ditawarkan kepada mereka yg boleh mematuhi peraturan," katanya dalam satu kenyataan media hari ini, mengulas dakwaan terdapat segelintir peniaga Pasar Payang 2 tidak menjaga kebersihan pasar tersebut.Mereka didakwa sengaja melonggokkan sampah di hadapan pintu masuk pasar berkenaan.Ahmad Amzad berkata, beliau melihat sendiri keadaan yang seperti dilaporkan. "Saya meminta nama kontraktor kebersihan yang bertanggungjawab, bertemu yang menjaga tandas dan surau."Saya harap mekanisme pengurusan kebersihan mesti menatijahksn tahap kebersihan yang munasabah dengan premis baru yang indah dan baik ini," jelas beliau.Kontraktor katanya, mesti yang mampu menunaikan piawai kebersihan yang ditetapkan."Tong-tong sampah mesti cukup, sesuai saiznya dan berada di lokasi yang sesuai. Label, papan tanda, mesej-mesej jaga kebersihan mesti jelas."Kehadiran penguatkuasa beserta ketegasan dalam bertindak adalah perlu," tegasnya.
10 Aug 19
73