lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Kenyataan Sensitif Terhadap Dr Zakir Naik, Menyentuh Sensitiviti Umat Islam
Oleh : Ammar RozlanKUALA TERENGGANU, 16 Ogos - Kenyataan sensitif sesetengah pihak akhir-akhir ini semakin tidak menghormati sensitiviti umat Islam yang merupakan majoriti rakyat dalam negara Malaysia.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, beliau khuatir dengan perkembangan akhir akhir ini yang mana banyak perkara sensitif ditimbulkan.Katanya, terkini soal berkait dengan tokoh pendakwah yang diterima di peringkat dunia sebagai seorang pendakwah islam dan di Malaysia sendiri Dr Zakir Naik ialah penerima tokoh maal hijrah tahun 2013 yang dipilih oleh kerajaan."Penerima Tokoh Maal Hijrah sudah tentulah melalui penapisan yang ketat dan juga berkait dengan isu Agama serta berkait dengan bidang kuasa yang di Pertuan Agong, jadi sewajarnya penghormatan tertentu diberikan kepadanya."Kenyataan- kenyataan yang telah dikeluarkan terhadap Dr Zakir Naik oleh sesetengah pihak ini adalah menyentuh sensitiviti seluruh umat islam," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika Program Khidmat Masyarakat Bergerak di perkarangan Surau Baru Pulau Kambing, di sini hari ini.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ustaz Ahmad Shah Muhamed.Amzad juga berharap supaya berhemah didalam memberikan pandangan.Beliau juga menyeru semua pihak sempena kemerdekaan ini supaya menyemarakkan perpaduan ummah dikalangan rakyat negara tercinta." Ini kerana dengan perpaduan ummah juga, insyaAllah dapat membina negara yang stabil dari segi politiknya, juga aman dan sejahtera untuk seluruh rakyat di negara kita," katanya.
16 Aug 19
39
Empty Image
Terengganu Permudahkan Rakyat Bayar Premium Tanah
Oleh : Hidayah Azlin SETIU, 16 Ogos – Kerajaan Negeri Terengganu memberi kelonggaran bagi rakyat yang tidak berkemampuan untuk menjelaskan kadar premium tanah secara ansuran dalam masa tiga tahun.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim berkata sebelum ini hanya yang berpendapatan RM700 ke bawah sahaja yang layak untuk memohon bayaran secara ansuran. "Namun, setelah mengambil alih tampuk pemerintahan, kita menaikkan kadar pendapatan tidak melebihi RM1,700 dengan syarat, mereka  menjelaskan pendahuluan 20% dari nilai premium tanah.‘’Bayaran jelas atau premium tanah dikira berdasarkan jumlah peratus dari nilaian harga tanah semasa. Bagi tanah pertanian atau tapak rumah di kawasan desa atau kampung di Terengganu sekarang ini adalah antara 10% hingga 25%,’’ jelasnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab persoalan yang diajukan penduduk kampung ketika menghadiri majlis kesyukuran di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi, baru-baru ini.Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi itu, bagi rakyat termiskin seperti penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)  dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) pula, mereka layak memohon premium dengan kadar nominal RM1000 sahaja tanpa mengira berapa nilai sebenar tanah.Tambah Dr. Azman, usaha itu merupakan penyelesaian kerajaan negeri terhadap kesulitan rakyat dalam menjelaskan premium tanah yang telah meningkat.‘’Sekarang ini harga tanah mahal, sebab itu premium jadi mahal.‘’Kerajaan Terengganu berusaha memberi kelapangan dan kemudahan kepada rakyat untuk memiliki tanah dan kita harap rakyat menggunakan peluang ini dengan baik’’ katanya.
16 Aug 19
230
Empty Image
Pesta Kutip Kepah Acara Tahunan Sungai Buaya
Orang ramai kelihatan gembira mengutip kepah di Sungai Buaya.Oleh : Amiirullah MansorDUNGUN, 16 Ogos – Warga Dungun dan sekitarnya menjadikan Acara Mencari Kepah di Sungai Buaya, 2 kilometer dari sini sebagai acara tahunan popular Daerah Dungun.Kepah sejenis kerang-kerangan dari keluarga ‘invertebrat akuatik’ yang hidup dalam air sungai itu banyak terdapat di sekitar 300 meter persegi di muara sungai tersebut, kini menjadi buruan penduduk sekitar khususnya dalam bulan Ogos ini.Mereka berduyun-duyun ke sungai itu untuk mengutip kepah dengan menggunakan tangan dan menangguknya dengan menggunakan bakul jarang terutama di waktu petang dan hari minggu.Situasi tersebut boleh disifatkan sebagai satu pesta mengutip kepah yang menyeronokkan di sungai berkenaan.Hidupan sungai berukuran lilit 10.2 sentimeter seekor itu boleh dijadikan sebagai lauk pauk yang menyelerakan bagi penggemar makanan akuatik itu termasuk dengan membakar atau berebus atau dimasak gulai cili api. Muhammad Syazwan (kiri) dan rakannya Khairil Azizi memperlihatkan hasil tangkapan kepah diperoleh mereka di Sungai Buaya.Seorang pengunjung, Muhammad Syazwan Hamzah, 22 berkata beliau berada di tepi tebing sungai itu selepas solat asar bersama pengunjung lain.Bagaimanapun dengan seorang rakan lain lebih gemar mengutip di tengah sungai yang airnya kira-kira 0.91 meter sahaja.“Saya menumpang bot nelayan tempatan untuk ke tengah sungai mengutip kepah di kedalaman air 0.91 meter dengan cara menangguk kepah menggunakan bakul plastik berlubang.“Biasa saya dapat antara seekor dengan lima ekor kepah sekali tangguk dan acap kali juga tak dapat apa-apa,” katanya.Beliau yang juga pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), berkata, ini adalah pengalaman pertama beliau dan berasa teruja melihat dan merasai sendiri cara mengutip kepah. "Inilah pengalaman pertama saya untuk pergi ke tengah sungai menangguk kepah dan kebetulan pula saya sedang cuti semester hari ini (kelmarin).“Sebelum ini, saya hanya makan kepah di kedai-kedai di Pantai Sura Jeti dekat sini tetapi hari ini saya mengutipnya sendiri dengan menggunakan tangan dan bakul berlubang,” ujarnya.Beliau yang berasal dari Kampung Gong Pasir di sini berkata demikian ketika ditemui pemberita  di tebing sungai tersebut petang kelmarin. Sementara itu, rakan sekolejnya, Khairil Azizi Azman Jailani 22, berkata para mahasiswa yang sedang bercuti perlu memanfaatkan waktu terluang dengan menyertai penduduk setempat mencari kepah.“Itu satu acara menarik dan menyeronokkan yang perlu dimanfaatkan pelajar seperti saya,” jelasnya. Kedua-dua pelajar UTeM itu berjaya mengutip hampir dua kilogram kepah sekitar dua jam berendam dalam air sungai itu, setelah menumpang sebuah bot fiber nelayan tempatan. Khairil Azizi berkata, bahawa beliau lebih suka merebus kepah untuk dimakan dengan sos cili sekali gus aura bau dan rasanya cukup lazat dan menyelerakan.
15 Aug 19
641
Empty Image
Abdul Hadi, Model Pengusaha Itik Berjaya
Oleh: Aslam WiraMARANG, 16 Ogos - Seorang anak muda yang berusia 31 tahun merupakan contoh model pengusaha berjaya dalam ternakan itik telur semenjak dua tahun lalu.Muhammad Abdul Hadi Salleh mengusahakan hampir 100 ekor itik telur bagi memenuhi pasaran jualan telur itik kepada pembeli dan peminat telur masin.“Dalam masa satu hari, saya boleh dapatkan 80 biji telur dan seminggu ianya mencapai 500 biji telur."Namun tidak mencukupi kerana permintaannya mencecah 1000 biji dalam satu masa," ujarnya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman ( UPDI) di rumahnya di Kampung Sentul Patah, di sini hari ini.Turut hadir, Pegawai Khas Menteri Besar, Wahad Osman , Penyelia Pusat Khidmat DUN Rhu Rendang, Nasaruddin Samsudeng; kakitangan Jabatan Veterinar Marang dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Sentul Patah.Menurut Abdul Hadi lagi, seterusnya adalah usaha bagi mencapai sasaran bagi memenuhi permintaan ramai lebih-lebih lagi penggemar telur masin.Sementara itu, Wahab Osman berkata pengusaha itik  di kalangan anak muda tidak ramai dan ini adalah peluang yang baik memandangkan permintaan agak tinggi terhadap telur yang dihasilkan.Menurutnya lagi, orang muda perlu menjadikan Hadi sebagai contoh, kerana bersungguh-sungguh melakukan pengusahaan itu walaupun ia nampak seperti agak kekampungan.“Minat dan usaha yang bersungguh-sungguh adalah salah satu jaminan untuk membuktikan kejayaannya dalam pengusahaan ini. Tambahan pula, itik telur ini mudah diuruskan.”“Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang pula akan cuba mewujudkan ternakan secara berkelompok untuk belia dan anak muda bagi menambah peluang perkerjaan," ujarnya.Dalam perkembangan sama, Veterinar Marang yang hadir juga menawarkan khidmat yang mampu diberikan oleh jabatan mereka.Antaranya adalah memberikan khidmat nasihat, menawarkan kursus khas, penyediaan ubatan seperti “ubat stress” dan penyelidikan penyakit melalui sampel najis yang dikutip.
15 Aug 19
1054
Empty Image
Terengganu Berpotensi Jadi Hab Penternakan Lembu Sado - Azmin Ali
Azmin Ali bersama Ahmad Samsuri dan Azman Ibrahim melihat hasil ternakan lembu sado milik Mohd ShahrirHULU TERENGGANU, 15 Ogos - Terengganu mempunyai potensi besar untuk menjadi hab penternakan utama lembu sado yang secara tidak langsung akan berjaya memenuhi keperluan pasaran di negara ini.Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Azmin Ali berkata, hasrat itu akan dijayakan dengan beberapa perancangan yang digariskan kerajaan persekutuan dengan kerjasama kerajaan negeri, dan telah dibincangkan dalam Mesyuarat Sesi Libat Urus Penyediaan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) yang berlangsung di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pagi tadi.Jelasnya, usaha berkenaan akan menjana peningkatan kualiti produk dan pendapatan yang lebih lumayan kepada lebih 200 pengusaha ternakan lembu ‘katang’ di negeri itu.“Sektor pertanian dan penternakan ini adalah sektor baharu yang perlu dipelopori dengan menggunakan pendekatan dan teknologi baharu, sudah tentulah ramai di kalangan pengusaha ini berada dalam kelompok B40.“Kita akan bekerjasama dengan Jabatan Veterinar dan kerajaan negeri, untuk sediakan sokongan bagi memastikan diwujudkan satu hab, bagi membolehkan pemasaran ini dilakukan dengan lebih berkesan dan memberikan pulangan yang baik kepada pengusaha lembu sado di Terengganu,” katanya.Azmin Ali menegaskan pendapatan golongan B40 akan berjaya ditingkatkan apabila hab lembu sado diwujudkan.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan Lawatan ke Projek Ternakan Lembu Sado, di Kampung Cepoh, di sini hari ini.Hadir sama, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr Radzi Jidin, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu, Dr Mohd Termizi Ghazali.Top of FormBottom of FormSementara itu, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhar yang turut hadir menegaskan, kerajaan negeri sentiasa memandang serius sebarang usaha untuk memperkukuhkan penglibatan masyarakat dalam bidang pertanian, penternakan dan perikanan di negeri itu.Katanya, lebihan tanah serta kawasan yang telah diwartakan untuk menjalankan aktiviti tersebut akan diterokai secara berhemah agar ia memberikan hasil yang lumayan untuk rakyat.Ahmad Samsuri berkata pelan strategik pertanian bakal merancakkan lagi sektor tersebut di negeri berkenaan.“Kita telah lancarkan Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019-2023 baru-baru ini, untuk memanfaatkan kira-kira 12,000 hektar tanah untuk tiga bidang ini yang belum diusahakan di seluruh negeri.“Kita akan bincang dengan kerajaan pusat dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, bagaimana cara untuk memperkukuhkan lagi peranan negeri agar tiga bidang ini dapat dimanfaatkan di Terengganu,” katanya.Pelan itu mempunyai enam teras yang mengandungi 61 strategi melalui 128 program, dalam misi mentransformasi pertanian Terengganu ke arah pemerkasaan sumber baharu, meningkatkan hasil Keluaran Dalam Negeri dan Negara Kasar secara holistik, bagi menjamin keselamatan makanan serta menjadikan pertanian sebagai perniagaan.
15 Aug 19
1029
Empty Image
Pemimpin DAP Perlu Jumpa Sendiri Dr Zakir Naik
Ustaz Wan Sukairi (dua dari kiri), di Majlis Ceramah Perpaduan Ummah di Taman Shah Bandar Kuala Terengganu malam ini.KUALA TERENGGANU, 15 Ogos - Pimpinan DAP sepatutnya berdepan sendiri dengan Pendakwah Antarabangsa dari India Dr Zakir Naik di Kelantan baru-baru ini untuk menyatakan dakwaan kononnya beliau seorang ekstrimis.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, bagaimanapun mereka terbabit tidak berbuat demikian.Justeru katanya, desakan agar Dr Zakir dihantar pulang ke India satu tindakan yang tidak adil dan bersifat rasis serta bercanggah dengan rasionalisasi pemikiran manusia.Beliau berkata, yang mendukacitakan ialah ahli-ahli politik dari Pakatan Harapan (PH) yang berbangsa Melayu turut menyokong desakan pemimpin-pemimpin DAP itu.Katanya, Dr Zakir adalah pendakwah antarabangsa, berdakwah berdasarkan kepada hujah ilmiah dan tidak pernah menghina agama lain."Dia sekadar mengeluarkan hujah. Kalau kita tidak bersetuju dengan hujahnya, sila lawan hujahnya," katanya ketika berucap di Majlis Ceramah Perpaduan Ummah di Taman Shah Bandar di sini.Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Pusat, Aminuddin Yahya, Pengerusi UMMAH Terengganu, Wan Mohd Faizul Wan Abbas dan beberapa kepimpinan UMMAH lain.Ustaz Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, pemimpin DAP terbabit termasuk Lim Kit Siang dijemput oleh kerajaan Kelantan datang ke negeri itu untuk berhujah dengan Dr Zakir tetapi amat mendukacitakan mereka berkenaan tidak hadir di Stadium Sultan Muhammad Ke IV untuk berbuat demikian.Wan Sukairi menambah, walaupun kepimpinan tertinggi Kerajaan Persekutuan didominasikan oleh orang Islam tetapi DAP cukup berpengaruh dalam kerajaan tersebut."Pengaruh DAP dapat dilihat dalam menentukan mata pelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular (berasaskan bahasa ibunda). Ia dibenarkan apabila Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersetuju diajar di sekolah berkenaan."Jika PIBG tidak setuju maka ia tidak boleh diajar di sekolah tersebut," ujarnya.
15 Aug 19
55
Empty Image
5,000 Mat Motor Bakal Iring Tiga MB
Kira-kira 5,000 penunggang motosikal melibatkan pelbagai persatuan dari tiga negeri  akan menyertai Konvoi Bermotosikal mengiringi tiga Menteri Besar menuju ke Himpunan 3 Menteri Besar Pantai Timur (HIMPUN) pada 22 Ogos ini.Konvoi sejauh kira-kira 20 kilometer itu  bermula dari Pasarnita, Kampung Tanjung  Kuala Terengganu melalui Jambatan angkat (draw bridge)-Seberang Takir dan akan singgah di tapak program HIMPUN di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri, Mohd Nor Hamzah,  program julung kali dianjurkan kerajaan negeri itu turut menampilkan Penceramah Bebas, Ustaz Azhar Idrus pada sesi Bicara Ummah.“Katanya, kemudiannya Bicara Istimewa bersama tiga Menteri Besar dari Pantai Timur  iaitu  Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Kelantan Dato' Bentara Kanan Ahmad Yaakob.“Program  bakal dihadiri 20,000 pengunjung  dari seluruh Pantai Timur itu dimulai dengan solat maghrib berjemaah,”katanya kepada Urusetia Penerangan Darul Iman
14 Aug 19
389
Empty Image
Terengganu Terima Peningkatan Peruntukan Pembangunan Bagi 2019
KUALA TERENGGANU, 15 Ogos - Negeri Terengganu menerima keutamaan melalui peningkatan Peruntukan Pembangunan (DE) sebanyak 4.1 peratus bagi tahun 2019.Menerusi kenyataan dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) hari ini, DE berjumlah RM988.5 juta diberi bagi menjayakan Rancangan Malaysia Ke Dua Belas (RMKe-12) di mana, Terengganu merupakan antara negeri penting dalam usaha penyediaan RMKe-12 sesuai salah satu matlamat jangka masa panjang negara untuk merapatkan jurang pembangunan antara wilayah.Kenyataan berkenaan dikeluarkan selepas sesi libat urus bersama kerajaan negeri Terengganu bagi penyediaan RMKe-12 yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, di Wisma Darul Iman, pagi ini.Sesi libat urus tersebut merupakan salah satu  daripada rangka lawatan sehari menteri itu ke negeri berkenaan dan Terengganu merupakan negeri kesembilan yang dilawati dalam siri jelajah  MEA.Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr. Radzi Jidin; Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah; Dato’ Bentara Dalam Setiausaha Kerajaan Terengganu serta Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Dr. Noor Zari Hamat.Kerajaan Persekutuan yakin melalui peningkatan peruntukan pembangunan dan kerjasama strategik, Terengganu pastinya dapat meneroka potensi ekonomi negeri yang berimpak tinggi.Antaranya dalam sektor pengangkutan dan logistik, kegiatan industri hiliran berasaskan minyak dan gas, eko-pelancongan dan pertanian pintar yang bukan sahaja membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran dan pendapatan tinggi kepada rakyat, tetapi juga menjana pertumbuhan ekonomi yang bakal menarik lebih banyak pelaburan ke negeri itu.
14 Aug 19
99
Empty Image
Berbeza Fahaman Politik Tidak Jejas Kerjasama - MB
KUALA TERENGGANU, 15 Ogos- Perbezaan fahaman politik tidak menjadi penghalang untuk wujudkan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan sebaliknya ia membuka ruang baharu dimana dasar pentadbiran ‘check and balance’ dapat dilaksanakan.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata majlis-majlis yang dianjurkan bersama adalah contoh dan bukti bahawa politik masa kini adalah politik matang dan terbuka. “Bahkan komitmen dan keprihatinan kerajaan persekutuan terhadap negeri ini dapat dilihat pagi tadi dalam sesi libat urus antara Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dengan kerajaan negeri Terengganu di dalam penyediaan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK KE12) yang membolehkan kerajaan negeri menyuarakan pandangan-pandangan dan cadangan yang boleh dipertimbangkan oleh pihak kementerian di dalam penyediaan RMK KE12 tersebut,” ujarnya.Dato' Seri Ahmad Samsuri mengiringi Dato' Seri Mohamed Azmin Ali untuk beramah mesra dengan sebahagian daripada penjawat awam yang hadir di majlis yang berlangsung hari ini di Dewan Besar Wisma Darul ImanBeliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Silaturrahim Bersama Penjawat Awam Dan Persekutuan Negeri Terengganu bersama Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali di Dewan Besar Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Turut hadir, Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Senator Dr. Mohd Radzi Md Jidin; Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Ibni Raja Ahmad Baharuddin Shah; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Yahaya Ali; Dato' Bentara Dalam Setiausaha Kerajaan Terengganu; Pegawai Kewangan Negeri Terengganu, Dato’ Mohd Zahari bin Md Azahar.Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Noor Zari Hamat; Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Persekutuan di Terengganu.Terdahulu, Azmin menghadiri Mesyuarat Sesi Libat Urus Penyediaan (RMKE12) Kerajaan Negeri Terengganu  di Bilik Gerakan Negeri dalam rangka lawatan sehari  ke Terengganu yang merupakan negeri kesembilan yang dilawati dalam siri jelajah  MEA.Tambah Ahmad Samsuri lagi, dengan perkembangan yang sedang berlaku ini, beliau mengharapkan kerjasama antara agensi kerajaan negeri dan agensi kerajaan persekutuan terus diperkukuhkan dengan lebih baik. “Sebagai penjawat awam sama ada daripada kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri, ‘expectation’ pelanggan atau rakyat terhadap perkhidmatan awam semakin hari semakin tinggi dan ini sudah tentunya memerlukan kita membuat pembaharuan yang berterusan supaya kita sentiasa responsif dan relevan,” katanya.Jelas beliau, tanggungjawab ini amatlah besar kerana warga penjawat awam merupakan penggerak kepada sesebuah kerajaan negeri dan juga persekutuan. Walaupun bagi sesetengah pihak melihat kerjaya ini mudah, tetapi pada hakikatnya ia tidak semudah yang disangka.“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya yakin walau apapun cabaran yang ada dihadapan, kita akan mampu mengatasinya secara bersama demi melihat masa depan negeri dan negara yang kita sayangi ini terus maju, berkat dan memberikan kesejahteraan kepada rakyat,” ujar Ahmad Samsuri.Menurutnya lagi, Terengganu meletakkan visi untuk menjadi sebuah negeri Maju, Berkat dan Sejahtera menjelang tahun 2030 sebagaimana Pelan Induk Terengganu Sejahtera 2030 (PITAS 2030).
14 Aug 19
51
Empty Image
Sedia Terima Teguran – Dr Azman
Oleh : Hidayah Azlin SETIU, 15 Ogos –  Disiplin, intergriti, beretika dan penuh kewibawaan perlu diterapkan dan ditingkatkan dalam diri setiap pekerja agar membentuk pekerja yang berkualiti.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata setiap pekerja tidak kira samada kakitangan kerajaan, swasta mahupun persendirian perlu menerapkan nilai-nilai murni  bagi memastikan kualiti kerja itu paling terbaik.‘’ Sekiranya ada yang mendakwa bahawa terdapat kakitangan Jabatan Pertanian Terengganu tiada kerja, makan gaji buta, saya sebagai orang yang bertanggungjawab akan terasa.‘’Yang pertamanya, saya akan jemput orang berkata begitu untuk datang ke pejabat.  Saya mahu tahu apa sebab tuduhan itu keluar,’’ ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas menziarahi dua kematian di Kampung Anak Ikan dan Kampung Gong Berangan, petang semalam.Katanya, beliau sebagai pemimpin sentiasa bersedia untuk bertanggungjawab perbetulkan keadaan sekiranya dakwaan itu berasas demi menjaga prestasi, nama baik dan penambahbaikan.‘’ Kalau dakwaan dia ada asas, tanggungjawab sayalah sebagai pemimpin untuk perbetulkan keadaan. Kalau dakwaan sekadar atas angin, dia yang kena perbetulkan,’’ jelasnya.Terdahulu Dr. Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi turut mengingatkan untuk menjaga adab-adab sewaktu menziarahi kematian."Ketika ziarah, kita ambil peluang untuk menginsafi diri agar tidak sombong ketika hidup kerana semua orang akan menemui tempoh pengakhiran hidup.‘’ Hebat macam mana pun, sampai masa kita perlu diusung. Tidak boleh berjalan sendiri ke kubur. Maka janganlah angkuh semasa kita masih boleh melangkah gagah,’’ katanya.
14 Aug 19
34