Artikel "Utama" Terkini
Terengganu Tunai Janji Serah Semula Tanah 'Terkilan' RTB Beril
Dr. Samsuri melakukan gimik penyerahan kepada salah seorang peserta yang menerima hak milik tanah dan borang 5A. DUNGUN, 18 Ogos - Penantian selama 15 tahun peserta 'terkilan' Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Telaga Emas Beril Blok 3 berakhir apabila kerajaan negeri menyerahkan Borang 5A kepada 212 peserta tersebut, hari ini.Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan, langkah itu adalah komitmen berterusan daripada kerajaan untuk menyelesaikan isu hak milik tanah."Kita bermula dengan menyelesaikan masalah pemilik 'terkilan' yang telah diambil tanah mereka pada tahun 2004 dan ke atas disamping kita cuba menyelesaikan isu-isu berkaitan tanah."Proses ini berterusan, setakat ini kita telah menyelesaikan anggaran antara 10 ke 15 peratus dan ia melibatkan beribu-ribu lagi," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Dokumen Hak Milik Tapak Rumah Dan Ladang kepada Peserta Felda Kertih 4 & 5, serta Penyerahan Borang 5A RTB Beril Blok 3 dan RTB Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) di Ketengah Jaya, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat; Pengurus Besar Wilayah Felda Terengganu, Helmi Fakhzan Abd. Wahab serta Ahli-ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dungun dan Kemaman.Penyerahan dokumen hak milik (geran tanah) melibatkan 413 orang peneroka di kedua-dua felda dan seramai 33 peserta RTB AMBS pula turut menerima borang 5A setelah diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Februari lalu.Penyerahan tersebut turut menjadi penyelesaian yang pertama isu pemilik 'terkilan' bagi daerah Dungun.MB Terenganu komited kerajaan negeri akan menyelesaikan isu hak milik sebaik mungkin.Dalam pada itu, Dr. Samsuri turut menasihati rakyat yang terpilih supaya memanfaatkan tanah yang diperolehi sebaiknya selain memohon rakyat yang belum berjaya supaya bersabar."Kita ada tempoh lagi untuk cuba selesaikan.Peringkat awal proses ini memang agak perlahan, tetapi langkah seterusnya insya-Allah akan semakin cepat."Kami juga berharap wakil rakyat dari masa ke masa dapat dengar cadangan rakyat sekiranya boleh mempercepatkan perkara ini," katanya.Beliau juga menyatakan pelaksanaan RTB baharu akan memakan masa sekalipun begitu, ia tetap diusahakan kerajaan negeri."Kita sedar di daerah tertentu seperti Kuala Terengganu, untuk dapat kawasan sebagaimana dahulu agak sukar dan mungkin akan terkeluar jauh dari kawasan awam. Tetapi, harap-harap rakyat boleh terima jugalah," jelasnya.Untuk rekod, penyerahan semula hak milik tanah kepada pemilik-pemilik yang dirampas merupakan antara manifesto kerajaan Pas Terengganu pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 lalu.
18 Aug 19
87
Setiu Perlu Dibangunkan Segera – MB Terengganu
Ahmad Samsuri menanam pokok durian musang king sebagai simbolik penjenamaan semula Dusun Nukleus Pelong.SETIU, 18 Ogos – Setiu merupakan antara tiga daerah yang perlu dibangunkan secara drastik bagi mengembangkan ekonomi penduduk di sana, selain Hulu Terengganu dan Besut.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu sangat penting bagi mengelakkan jurang ekonomi penduduk dalam dan luar bandar di negeri berkenaan semakin meningkat. Jelasnya, pembatalan projek East Cost Rail Link (ECRL) di stesen Telaga Papan, Setiu sedikit sebanyak merencatkan perancangan awal pembangunan di sana namun pihaknya akan berusaha memanfaatkan potensi pertanian di kawasan itu.“Bagi merancakkan pembangunan di Setiu, antara cadangan yang kita kemukakan kepada kerajaan pusat selepas pembatalan stesen ECRL di Telaga Papan ialah pembinaan stesen sementara di sepanjang laluan ECRL dalam daerah Setiu.“Manakala, di bawah kerajaan negeri pula, kita akan cuba cari ruang (untuk tingkatkan pembangunan di daerah ini) tetapi mengikut kemampuan semasa kita,” ujarnya.Kata Ahmad Samsuri, kekayaan hasil bumi dan kesuburan tanah di Setiu akan dimanfaatkan sebaik mungkin kerajaan negeri.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Pesta Makan Buah-Buahan di Dusun Nukleus Pelong, Kampung Pelong, di sini semalam.Turut hadir ialah Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir, Pegawai Daerah Setiu, Sophian Abu Bakar dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof.Terdahulu, Ahmad Samsuri turut merasmikan Program Pelepasan Benih Ikan Lampam ke Perairan Umum Pelong, Sungai Tong dengan kerjasama Pejabat Perikanan Daerah Setiu dan Jawatankuasa Taman Pelancongan Konservasi Kelah Kampung Pelong.Beliau memberi komitmen untuk membina Jeti baharu di kawasan Perairan Umum berkenaan yang menjadi tempat pembiakan ikan kelah dan ikan lampam.“Tadi saya telah maklumkan kepada pegawai daerah Setiu supaya dapatkan sebut harga untuk dibuat jeti yang lebih berkualiti menggantikan jeti kayu yang sedia ada,” tambah beliau.Melepaskan 200 ekor ikan kelah dan 1,000 ekor ikan lampan ke sungai.
18 Aug 19
285
Terengganu Komited Tingkatkan Tanah Rizab Melayu
SETIU, 17 Ogos – Kerajaan negeri komited untuk meningkatkan jumlah tanah rizab melayu di Terengganu sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar walau bagaimanapun berkata, usaha tersebut akan melalui proses-proses tertentu sebelum sebarang keputusan tentang perkara itu dimuktamadkan.Jelasnya, beberapa strategi akan dilaksanakan terhadap Enakmen Tanah Rizab Melayu (ERM) Terengganu yang dipinda pada 2015 dan 2016 oleh kerajaan terdahulu setelah ia diperhalusi bersama semua pihak.“Kita ucapkan terima kasih atas ingatan, ingatan daripada mana-mana pihak kepada kerajaan negeri sangat kita alu-alukan dan sambut dengan positif untuk kita ambil tindakan.“Kerajaan negeri komited untuk memastikan tanah rizab melayu akan meningkat daripada jumlahnya, walaupun begitu ia melibatkan proses-proses termasuk pengenalpastian dan perundingan antara pihak-pihak terlibat dan ia semua masih dalam proses,” jelasnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian dan Resepsi Walimatulurus Perdana 2019 Peringkat Parlimen Setiu, di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom, di sini hari ini.Turut hadir, Dato' Bentara Dalam Setiausaha Kerajaan Negeri; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Zahari Md Azahar dan Ahli Parlimen Setiu, Mohd Shaharizukirnain Abd Kadir.Semalam, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa kerajaan Pas Terengganu menunaikan janji untuk menyelamatkan tanah rizab Melayu yang didakwa keluasaan ketika ini cuma 118.21 hektar.Pengerusi PKR negeri, Azan Ismail berkata, keadaan itu amat kritikal dan perlu segera diatasi berikutan 95 peratus penduduk Terengganu adalah Melayu dan kawasan tanah rizab Melayu di negeri ini terlalu kecil berbanding jumlah keluasan tanah negeri 1.295 juta hektar.Menurutnya, kedudukan tanah rizab Melayu di Terengganu adalah yang terendah di Malaysia sedangkan negeri ini mempunyai populasi masyarakat Melayu antara tertinggi dalam negara.Beliau juga berkata kedudukan kawasan tanah rizab Melayu di Terengganu memang sangat rendah jika dibandingkan dengan negeri lain seperti Pahang yang mempunyai 12.41 peratus tanah rizab Melayu; Kelantan (31.82 peratus); Kedah (31.86 peratus) dan Perak (43.50 peratus).“Jika dibandingkan negeri yang komposisi penduduknya agak seimbang atau peratusan penduduk berbangsa Melayunya tidak setinggi di Pantai Timur pun mempunyai keluasan tanah rizab Melayu yang jauh lebih tinggi. “Jadi kedudukan ini memperlihatkan Terengganu agak pelik dan tidak munasabah. Mustahil kerajaan negeri tidak sedar akan perkara ini,” kata Azan.
17 Aug 19
145
194 Pasangan Kahwin Serentak Di Terengganu
SETIU, 17 Ogos - Sebanyak 194 pasangan pengantin di seluruh daerah Terengganu dinikahkan serentak sempena program Walimatulurus Perdana 2019 hari ini.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri memperuntukan sebanyak RM776,000 kepada Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) untuk menjayakan acara tahunan berkenaan.Jelasnya, ia menjadikan setiap pasangan diperuntukkan sejumlah RM 4,000 termasuk satu set persalinan pakaian semasa akad nikah dan pakej perkahwinan."Inisiatif ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada rakyat Terengganu yang belum berumah tangga terutamanya kepada anak-anak muda."Kita faham kekangan yang mereka hadapi ini pelbagai, ada perkara yang kita boleh usahakan di peringkat kerajaan yang sepatutnya direbut oleh rakyat negeri ini," ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian dan Resepsi Walimatulurus Perdana 2019 Peringkat Parlimen Setiu, di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Setiu, Sungai Tarom, di sini hari ini.Turut hadir, Dato' Bentara Dalam Setiausaha Kerajaan Negeri; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Zahari Md Azahar dan Ahli Parlimen Setiu, Mohd Shaharizukirnain Abd Kadir.Mengulas lanjut, Ahmad Samsuri menegaskan, program seumpama itu sememangnya sangat membantu kebanyakkan masyarakat yang kurang berkemampuan.Katanya, permohonan untuk menyertai perkahwinan perdana itu sentiasa bertambah dan menyebabkan kerajaan terpaksa menerokai inisiatif baharu."Selepas ini kita akan adakan lagi, kita menjangkakan sebelum berakhir tahun ini, penghujung tahun ini."Kita akan buka balik permohonan nanti, dan daripada senarai nama itu, kita akan buat lagi program seperti ini, insya-Allah," tambah beliau.
17 Aug 19
234
Bukit Besar Bakal Jadi Laluan Zikrullah Buat Pendakinya
Oleh: Muhammad Syafiq Syakirin KUALA TERENGGANU, 17 Ogos - kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk meletakkan papan tanda dengan ayat-ayat zikir di sekitar jalan menuju ke puncak bukit agar dapat memberi manfaat buat pengguna laluan berkenaan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri , Mohd Nor Hamzah berkata beriadah perlulah mengikuti adat dan syariah Islam yang betul bagi memastikan sesi beriadah aman dan damai. "Saya melihat di sekitar jalan menuju ke puncak bukit banyak ruang-ruang yang sesuai bagi meletakkan papan tanda yang tertera ayat ayat zikir."Ini termasuk kata-kata semangat bagi orang yang berjalan kaki supaya dapat berzikir ketika mendaki ke puncak," kata beliau.Beliau berkata sedemikian kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas mendaki ke puncak Bukit Besar di program Hiking Bukit Besar Bersama anjuran Akademi Didik Ulama AMILIN Terenggau (DUAT) dengan kerjasama Akademi Dakwah Anak Muda (ADAM) semalam.Turut hadir, Pengarah DUAT, Ramlan Hj Mahmood.Tambahnya lagi, beriadah perlulah mengikuti undang -undang islam yang ditetapkan dimana perlu menjaga adat-adat seperti pergaulan bebas dan juga permakaian.“Kita beriadah tidak salah , tetapi adat beriadah itu perlu kita jaga seperti pergaulan bebas diamana lelaki dan perempuan bukan mahram bersama sama dan juga permakaian perlulah menutup aurat dengan sempurna," kata Mohd Nor.Beliau juga memuji pihak DUAT dan ADAM kerana dapat menjayakan program ini dan berharap dapat diteruskan untuk masa hadapan.“Saya melihat program ini amat bagus bagi memberi kesedaran kepada masyarakat sama ada secara bersua muka mahupun dengan edaran risalah-risalah ilmiah dan semoga dapat diteruskan dari masa ke masa," ujar beliau.
17 Aug 19
90
18 Pasangan Raja Sehari Dirai di Hulu Terengganu
Oleh: Muhammad Najib IsmailFoto: Hanif HamdanHULU TERENGGANU, 17 Ogos - Seramai 18 pasangan pengantin baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, Telemong dan Kuala Berang selamat diijab qabulkan di Masjid Kg Bukit Perah, Ajil awal pagi tadi.Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, perkahwinan merupakan suatu kurniaan dan kenikmatan yang dianugerahkan kepada manusia." InsyaAllah kehidupan kita akan berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat sekiranya kita mengikut landasan yang telah ditetapkan oleh Islam."Pasangan hendaklah jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pasangan suami isteri di samping mempelajari pelbagai ilmu pengurusan rumah tangga dalam meneruskan kehidupan yang baru," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian dan Resepsi Walimatulurus Perdana 2019 Peringkat Hulu Terengganu di Dewan Sivik Ajil, di sini hari ini.Turut hadir, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Tuan Johan Ibrahim; Penyelaras Parlimen Hulu Terengganu, Muhyidin Abdul Rashid; Pegawai Agama Daerah, Wan Humaidi Wan Ismail dan Penyelaras DUN Telemong, Mohd Safari Abu.Menurut Dr Mamad yang juga ADUN Kuala Berang, seramai 194 pasangan berjaya diijab qabulkan di seluruh negeri Terengganu pada pagi ini.Katanya lagi, ini adalah langkah proaktif yang diambil oleh kerajaan Negeri Terengganu dengan menganjurkan majlis seperti ini bagi membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap golongan muda yang ingin berkahwin dan dapat mengembangkan syiar Islam.
17 Aug 19
348
Terengganu Rakam Ucapan Takziah Buat Keluarga Suffian
SETIU, 17 Ogos - Pemergian Penjaga Gol Terengganu Football Club (TFC), Suffian Abd Rahman mendapat perhatian seluruh peminat bola sepak negeri itu termasuk Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Ahmad Samsuri yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Suffian yang disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.00 petang tadi."Dengan rasa dukacita saya mengambil kesempatan ini mewakili kerajaan negeri dan seluruh rakyat Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga arwah Suffian."Pihak kerajaan negeri sangat terhutang budi dengan segala permainan (khidmat) dan jasa yang telah diberikan sepanjang menyarung pasukan TFC," ujarnya ketika ditemui pemberita, di program pesta makan buah, kampung Pelong, di sini hari ini.Tambah beliau, pihak kerajaan akan memikirkan cara terbaik untuk menyalurkan sumbangan sebagai menghargai jasa Suffian."Kita akan memikirkan sebarang bentuk sumbangan yang akan disalurkan kepada keluarganya, atas jasanya selama ini."Diharap keluarganya juga tabah menghadapi dugaan dan cabaran ini," tambah beliau.Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Banggol Pauh selepas solat asar hari ini.Pada 1 Ogos lalu, penjaga gol berpengalaman itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) selepas mengalami masalah jantung.Walau bagaimanapun, selepas beberapa hari dirawat di HSNZ, Suffian berada dalam keadaan stabil dan dibenarkan pulang untuk membuat rawatan susulan.Musim lalu, Suffian merupakan watak utama yang membawa skuad Penyu muncul naib juara Piala Malaysia dan menduduki tangga keempat Liga Super.Pemain paling senior Liga Malaysia (Liga M) itu yang menyarung jersi skuad TFC bermula pertengahan 2017 juga beraksi dengan cemerlang dalam saingan Liga Super musim ini.
17 Aug 19
1612
Walimatulurus Perdana 2019:Dungun Catat Pasangan Paling Ramai
Oleh :Nooreni Abu BakarDUNGUN, 17 Ogos - Walimatulurus Perdana 2019 kali ini menyaksikan Daerah Dungun mempunyai penyertaan paling ramai apabila 41 pasangan telah diijab kabul pagi tadi.Pegawai Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu(YPKT), Daerah Dungun, Farah Norfaradila M. Zuki memberitahu penyertaan paling ramai diterima daripada Dewan Undangan Negeri (DUN) Paka iaitu seramai 14 orang."Pada awalnya sambutan suram, mungkin mereka berfikir, tetapi di saat akhir memang terkejut," ujarnya yang ditemui di Majlis Akad Nikah, karnival tersebut di Masjid Tengku Ampuan Tengku Intan Zaharah, di sini hari ini.Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat di Dewan Terbuka Arena Merdeka, Dungun.Turut memeriahkan karnival tersebut Ahli Parlimen Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau Abang, Alias Harun, ADUN Sura, Wan Hapandi Nik dan juga Pegawai Daerah Dungun, Lizan Che Mat.
16 Aug 19
91
Walimatulurus Perdana, Inisiatif Terengganu Galak Anak Muda Tepati Syarak
KUALA TERENGGANU, 17 Ogos - Kerajaan negeri melaksanakan program Walimatulurus Perdana sebagai inisiatif bagi golongan muda agar dapat meneruskan proses semulajadi yang ditetapkan Allah SWT dengan mengikut syariat.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, tiada lagi alasan buat anak muda untuk memilih jalan-jalan yang tidak menepati syarak dalam perhubungan."Memahami suasana ekonomi masa kini, kerajaan ambil inisiatif memudahkan serta meringankan beban yang ditanggung para belia untuk melangsungkan perkahwinan."Sepatutnya tiada alasan lagi bagi belia kita mengatakan sukar untuk berkahwin kerana kerajaan telah menyediakan segala-galanya," katanya ketika ditemui media dalam program Walimatulurus Perdana 2019 bagi peringkat Parlimen Kuala Terengganu di Masjid Al- Mukhtafi Billah Shah, hari ini.Seramai 27 pasangan telah menyelesaikan acara akad nikah dan majlis resepsi mereka berlangsung di Stadium Negeri dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, YM Dato' Tengku Hassan Tengku Omar.Wan Sukairi turut menyatakan keyakinan bahawa perkahwinan adalah salah satu penyelesaian kepada masalah sosial dikalangan rakyat terutama golongan belia disamping program-program lain."Selaras tema Maju, Berkat dan Sejahtera, kita harap belia dan beliawanis dapat bersama-sama kerajaan negeri menjadi negeri yang bebas dari gejala maksiat dan dengan itu rahmat Allah SWT akan datang kepada kita," katanya.Dalam pada itu, Wakil Pengarah Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu, Haslina Ismail memaklumkan, kerajaan negeri menaja dan memberikan pelbagai kelebihan kepada pasangan yang menyertai program berkenaan."Kerajaan menyediakan pelamin, cenderahati dan majlis resepsi dianggarkan berjumlah sekitar RM3,500 bagi setiap pasangan."Lebih menarik, jika ada pasangan yang berniaga kita sedia membantu melalui skim Pinjaman Jaya Diri daripada YPK," katanya.Bagi majlis Walimatulurus Perdana tahun ini, seramai 194 pasangan diraikan dalam majlis yang berlangsung serentak hari ini di seluruh kawasan parlimen negeri Terengganu.Untuk rekod, selain Walimatulurus yang telah meraikan 1,167 pasangan sepanjang diadakan, kerajaan negeri turut mengemukakan insentif kelahiran bagi setiap anak yang lahir di negeri ini.
16 Aug 19
128
Nafuzi Waspada Ancaman Negeri Sembilan
Foto: Media TFC.KUALA TERENGGANU, 17 Ogos - Pengendali sementara Terengganu Football Club (Terengganu FC), Nafuzi Zain mengingatkan anak supaya berwaspada dengan ancaman yang mampu dijelmakan pasukan Negeri Sembilan dalam pertemuan malam ini."Pihak lawan inginkan kemenangan untuk mengekalkan cabaran pasukan mereka dalam kempen Piala Malaysia kali ini," katanya ketika ditemui media di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), baru-baru ini.Melayan kunjungan si Rusa dalam aksi ketiga di halaman sendiri, Sang Penyu turun pincang tanpa penjaga gol utama, Ilham Nasrullah yang digantung perlawanan akibat menerima kad merah ketika menentang Kedah, minggu lalu.Nafuzi bagaimanapun, yakin kekurangan itu dapat ditampung penjaga gol, Wan Muhammad Azraie Wan Teh."Selain Ilham, pasukan kami juga berdepan kecederaan beberapa pemain penting tetapi saya percaya pemain sedia ada mampu menggalas tugas sebaiknya."Azraie sendiri bermain cemerlang ketika dimasukkan dalam perlawanan tersebut dan saya yakin dengan kemampuannya," katanya.Beliau turut berharap 'pemain ke-12' turun menghangatkan suasana dan memberi suntikan semangat kepada pasukan, malam ini.
16 Aug 19
262