lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
HIMPUN : 3,000 Anak Muda Konvoi Bersama 3 MB
KUALA NERUS, 22 Ogos - Kehangatan Himpunan 3 Menteri Besar Pantai Timur (HIMPUN) 2019 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Gong Badak hari ini terserlah apabila lebih 5,000 anak muda dari seluruh Pantai Timur menyertai konvoi motosikal.Acara yang bermula pada pukul 5.00 petang itu oleh Alternative Riding Club (ARC) mengiringi Menteri Besar Terenganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob dan Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail.Konvoi sejauh 15 kilometer berarak melalui beberapa lokasi iaitu bermula di Hotel Primula, kemudian bergerak merentasi ‘Drawbridge’ dan berakhir di lokasi himpunan 6.00 petang ini.HIMPUN yang julung-julung kalinya diadakan bakal mencipta sejarah baharu dalam landskap politik tanah air kerana berjaya menghimpunkan ribuan rakyat pantai timur.Ia juga bakal menterjemahkan gelombang penyatuan ummah khususnya warga pantai timur dalam mendepani cabaran semasa dalam negara.Program berkenaan turut dihiasi dengan pengisian daripada pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus malam ini.
22 Aug 19
355
Empty Image
HIMPUN: Orang Ramai Memenuhi Stadium
KUALA NERUS, 22 Ogos- Orang ramai tanpa mengira fahaman politik dan peringkat umur memenuhi  Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, Terengganu, seawal jam 6.00 petang.Ada di antara mereka yang bertongkat, mendukung bayi dan ada juga memimpin ibu atau ayah ke stadium itu bagi bersama-sama menjayakan Himpunan 3 Menteri Besar Pantai Timur yang julung-julung kali diadakan di Pantai Timur.Raut wajah mereka kelihatan sangat teruja untuk mendengar Bicara Murabbi Ummah  disampaikan oleh penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus.Pada masa sama, pastinya mahu mendengar amanat, pesanan dan kata-kata  daripada tiga pucuk pimpinan negeri.Tetamu kehormat itu adalah Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar; Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail dan  sekali Menteri Besar Kelantan Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob.Pelbagai aktiviti sampingan turut dianjurkan kerajaan negeri melalui Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), termasuk pameran berkaitan  pembangunan kerajaan Terengganu, agihan Majalah Warta Darul Iman dan gerai jualan yang disertai hampir 150 usahawan kecil.
22 Aug 19
163
Empty Image
HIMPUN : Redah Lebih 200 km Demi Perpaduan Ummah
KUALA NERUS, 22 Ogos - Hampir 400 peserta konvoi yang terdiri dari pemuda PAS Kelantan sanggup meredah hampir 200 kilometer(km) untuk hadir ke program Himpunan 3 Menteri Besar Pantai Timur yang berlangsung di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, di sini hari ini.Konvoi yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas negeri, Ustaz Mohd Hushaimi Hussian berkata mereka mula bergerak pada jam 2.30 petang tadi dari Tumpat dan selamat tiba di Kuala Terengganu pada jam 5.00 petang.Katanya, konvoi ini juga dapat meningkatkan lagi semangat patriotik dikalangan anak muda.Tambahnya lagi, melalui program ini dapat menwujudkan semangat cintakan negara dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan peserta.Acara yang bermula pada pukul 5.00 petang itu oleh Alternative Riding Club (ARC) mengiringi Menteri Besar Terenganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob dan Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Wan Rosdy Wan Ismail.Konvoi sejauh 15 kilometer berarak melalui beberapa lokasi iaitu bermula di Hotel Primula, kemudian bergerak merentasi ‘Drawbridge’ dan berakhir di lokasi himpunan 6.00 petang ini.
22 Aug 19
65
Empty Image
Dato’ Mohd. Zahari Ambil Alih Setiausaha Kerajaan Terengganu
KUALA TERENGGANU, 22 OGOS- Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd. Zahari Md. Azahar dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu berkuatkuasa hari ini.Mohd. Zahari,59, menggantikan Dato’ Bentara Dalam yang bersara semalam (21 Ogos) setelah memegang jawatan tersebut sejak 22 April 2018.Majlis serah tugas pengurusan tertinggi pentadbiran negeri itu berlangsung di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.Beliau yang berkelulusan dalam bidang pemasaran dan kewangan, memulakan perkhidmatan dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pentadbir Tanah III mulai 1988.Mohd. Zahari pernah berkhidmat di beberapa jabatan lain termasuk Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (UPEN) serta  Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu(LTAWNT).Sebelum memegang jawatan Pegawai Kewangan Negeri, SUK baharu itu pernah bertugas di Kemaman sebagai Pegawai Daerah.
21 Aug 19
463
Empty Image
HIMPUN: Anak Muda Dari Tiga Negeri Diminta Hadir
KUALA TERENGGANU, 22 Ogos-  Golongan muda tanpa mengira fahaman politik dari ketiga-tiga negeri sewajarnya hadir pada  Himpunan 3 Menteri Besar Pantai Timur (HIMPUN) di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, Terengganu yang akan bermula kira-kira jam 6 petang ini  Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT), Mohd Nasir Abd Razab berkata  anak muda Terengganu, Pahang dan Kelantan perlu hadir sebagai tanda sokongan kukuh kepada kerajaan negeri sedia ada.“Golongan itu adalah faktor utama pembangunan negara dan perlu hadir untuk mengetahui perkembangan semasa.“Dengan sokongan kuat dari anak muda, pembangunan dan dasar-dasar  kerajaan dapat diteruskan dengan jayanya.” Katanya ketika dihubungi wartawan Buletin OnlineMohd Nasir berkata HIMPUN adalah program julung kali diadakan membabitkan tiga Menteri Besar di pantai timur berada di atas satu pentas.“Apa yang menariknya, difahamkan lebih  5,000  anak muda akan bermotosikal mengiringi tiga menteri besar ke tapak program melalui Jambatan Angkat.“Oleh itu, dia berharap peserta konvoi dapat menjaga keselamatan dengan tunggangan yang cermat dan mematuhi segala arahan dari penganjur serta pihak keselamatan.“Pakat hadir belaka, jangan ada anak muda yang ketinggalan, jaga akhlak dan batasan aurat.” Tegasnya.
21 Aug 19
35
Empty Image
Tiada Alasan Konkrit Usir Dr Zakir Naik - MB Terengganu
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri (tengah) menjawab provokasi terhadap Dr Zakir Naik di Sidang Media di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu semalam.KUALA TERENGGANU, 22 Ogos - Semua pihak perlu berlaku adil kepada Pendakwah Antarabangsa Dr Zakir Naik sekali gus harus objektif dalam memberi tekanan terhadap beliau.Menteri Besar Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihak yang memberi tekanan terhadap Dr Zakir perlu melihat ucapan beliau dalam konteks yang sebenar, tidak hanya sekadar menceduk bahagian-bahagian tertentu dalam ucapan beliau."Pada saya pihak-pihak yang memberikan tekanan kepada Dr Zakir Naik, mereka juga harus objektif dalam cara mereka memberikan tekanan supaya berlaku adil kepada beliau."Umpamanya melihat ucapan Dr Zakir Naik dalam konteks yang sebenar di mana beliau bercakap, apa persoalannya, jika Dr Zakir Naik memberi pandangan-pandangan tertentu, apa asas soalan (pandangan) itu."Jadi itu harus diambil kira, barulah pertimbangan yang adil dan jujur dapat dilakukan. Kalau main ceduk sini sikit, situ sikit, saya rasa macam-macam perkara boleh berlaku  dalam masyarakat kita, kalau sekadar ceduk menceduk kiri dan kanan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pelancaran Buku Menteri Besar Terengganu 'Melunas Sumpah, Menunai Janji', di  Lobi Dewan Besar, Wisma Darul Iman di sini semalam.Turut hadir Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Bentara Dalam A Rahman Yahya dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Tengku Seri Bijaya Raja, Tengku Farouk Hussin.Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, setakat ini Terengganu tidak berdepan dengan sebarang kekecohan perpaduan dalam masyarakat berkait dengan isu berkenaan."Kalau saya nak rujuk tentang negeri Terengganu, al-Hamdulillah kita tidak berdepan dengan sebarang kekecohan perpaduan di dalam masyarakat kita berkait dengan isu berkenaan."Tetapi kalau saya boleh memberi komen umum, pada saya masyarakat dalam negara Malaysia seharusnya mula memahami erti hidup dalam sebuah masyarakat berbilang kaum dan kadang kala kita perlu saling faham memahami antara kelompok masyarakat," jelasnya. Dalam masa yang sama kata beliau keperluan untuk mengemukakan pandangan yang disertakan dengan hujah itu seharusnya menjadi budaya dalam masyarakat Malaysia dalam apa jua isu sekalipun."Tinggal lagi semua perkara itu hendaklah dilakukan dengan mengambil kira suasana semasa. Kalau berlaku salah faham dari segi politik, hubungan kaum dan sebagainya, maka pendekatan yang sesuai dengan keadaan masyarakat seharusnya diambil," ujarnya.Bagaimanapun kata Dr Ahmad Samsuri dengan mengambil kira suasana semasa, Kerajaan Negeri tidak ada keperluan untuk menimbulkan suasana baru untuk membawa Dr Zakir Naik ke Terengganu. "Setakat ini tidak ada dalam perancangan dan tidak ada apa-apa usaha untuk membuat program sedemikian membabitkan Dr Zakir Naik di Terengganu."Atas isu kekecohan sehari dua ini pun tidak ada dalam jadual untuk berbuat demikian. Jadi tidak timbul isu Kerajaan Negeri melanggar arahan sesiapa sebab tidak ada apa-apa perancangan lagilah (untuk berbuat demikian)," jelas beliau lagi.Katanya, jika ada permohonan tertentu, ia harus dirujuk kepada pihak berkuasa. "Saya bagi pihak kerajaan negeri amat menghormati pandangan yang diberikan oleh Ketua Polis Negeri, Datuk Aidi Ismail yang tentunya mendapat pandangan daripada ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (Bukit Aman, Kuala Lumpur)."Jadi kita juga memerhati apa yang berlaku. Suasana di Terengganu ini agak berbeza dibandingkan negeri-negeri lain dan apa yang berlaku di peringkat nasional."Tetapi kita (Kerajaan Negeri) tetap mengambil pendirian bahawa kita tetap menghormati pandangan daripada pihak berkuasa kerana mungkin aspek tertentu kita tidak ada maklumat tetapi mereka ada maklumat," jelasnya.Justeru Dr Ahmad Samsuri menegaskan tidak timbul bahawa Kerajaan Negeri berhasrat berbuat demikian walaupun ada halangan."Kita oleh kerana ada halangan tertentu kita nak buat juga, tidak. Jadi 'we are very sivilist people' (kita adalah rakyat yang mengutamakan soal kepentingan awam) dan Kerajaan Negeri akur dengan arahan tersebut."Jadi kita biar siasatan berjalan dan saya difahamkan siasatan itu sedang berjalan, biar proses itu mengambil jalannya, banyak perkara-perkara lain yang boleh kita laksanakan pada waktu ini," ujarnya lagi.
21 Aug 19
233
Empty Image
Dato' Bentara Dalam Akhiri Khidmat Sebagai SUK Terengganu
Dato' Bentara Dalam meletakkan cap jari terakhir sambil disaksikan pegawai-pegawainya.KUALA TERENGGANU, 21 Ogos -  Dato’ Bentara Dalam Setiausaha Kerajaan Terengganu (SUK) menamatkan perkhidmatannya semalam dengan meletakkan cap jari yang terakhir pada perakam waktu di Pejabat SUK, Tingkat 15, Wisma Darul Iman, pada jam 5.30 petang.Menamatkan tempoh 36 tahun perkhidmatannya, beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada pegawai dan kakitangan yang hadir mengiringinya di hari terakhir sebagai penjawat awam Terengganu.“Kepada pegawai-pegawai dan kakitangan yang masih kekal berjuang, berkhidmatlah penuh amanah dan jujur demi kejayaan negeri Terengganu pada masa akan datang,” katanya.Mantan SUK itu meninggalkan Wisma Darul Iman menaiki kereta antik diiringi oleh pegawai-pegawai kerajaan ke kediamannya.A.Rahman yang dilantik sebagai SUK pada 22 April 2018, memulakan perkhidmatan dalam pentadbiran negeri sebagai Pegawai Tadbir Negeri Tingkatan Biasa di Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu pada 4 Mei 1983.Dato' Bentara Dalam melambai sewaktu meninggalkan Wisma Darul Iman, petang semalam.
21 Aug 19
1109
Empty Image
'Hadapi Cabaran IR4.0 Dan 'Post-Truth' Dengan Cemerlang' - MB Terengganu
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri (tengah) menghadiahkan Buku 15 Tokoh Menteri Besar (MB) Terengganu kepada Bekas MB Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said (kanan) disaksikan oleh Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Bentara Dalam A Rahman Yahya.KUALA TERENGGANU, 22 Ogos - Kerajaan negeri perlu bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan 'Post-Truth' bagi menghadapi ledakan kemajuan teknologi dan maklumat.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, dalam bidang teknologi semua pihak perlu bersedia menghadapi ledakan IR 4.0 manakala dalam era kemajuan maklumat mereka perlu mendepani fenomena 'Post-Truth'.Bagaimanapun katanya, agenda kerajaan dalam pembangunan dan pendidikan bagi menjadikan Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera tetap diteruskan.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Buku 15 Tokoh Menteri Besar Terengganu di Dewan Besar Wisma Darul Iman, di sini semalam.Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri (tengah) melawat Pameran Tokoh-tokoh MB Terengganu di Lobi Wisma Darul Iman Kuala Terengganu semalam. Turut hadir, Dato' Bentara Dalam Setiausaha Kerajaan Negeri, Tengku Seri Bijaya Raja Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri berkata, walau apa jua cabaran yang datang, hala tuju negeri akan tetap diteruskan terutamanya agenda pembangunan, pendidikan dan ekonomi negeri Terengganu bertepatan dengan slogan Maju, Berkat dan Sejahtera."Peranan yang dimainkan oleh tokoh-tokoh Menteri Besar tidak dapat dinafikan. Seluruh keringat yang dicurahkan oleh mantan-mantan Menteri Besar merupakan jasa besar untuk kepentingan negeri. "Walaupun setiap Menteri Besar membawa ideologi, hala tuju dan 'tagline' yang berbeza, namun matlamat adalah satu iaitu memajukan negeri Terengganu," jelasnya.Menurut beliau, setiap tokoh mempunyai cabaran yang berbeza-beza disebabkan peredaran zaman. "Sebagai contoh cabaran yang dihadapi oleh Menteri Besar Terengganu yang awal terpaksa berhadapan dengan zaman pendudukan Jepun, naungan kuasa Siam, zaman peralihan bintang tiga dan pentadbiran tentera British," jelasnya.Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri (tengah) bersama Mantan dan Ahli Waris Mantan MB Terengganu.Kesemua peristiwa ini katanya memerlukan kebijaksanaan dan ketelitian dalam setiap tindakan kerana setiap keputusan yang diambil adalah bagi kepentingan negeri."Cabaran yang dihadapi oleh Menteri Besar yang berikutnya adalah berbeza iaitu bagaimana untuk mengisi kemerdekaan dan meningkatkan ekonomi rakyat Terengganu selepas zaman penjajahan. "Pelbagai pendekatan pentadbiran dan pembangunan telah dilaksanakan oleh mantan-mantan Menteri Besar, yang saya yakin bertujuan untuk memajukan negeri Terengganu dan rakyat sejahtera yang bernaung di bawahnya," jelasnya lagi.
21 Aug 19
76
Empty Image
Penerbangan Tempahan Terus Dari China Rancakkan Pelancongan Terengganu
Ariffin Deraman.KUALA TERENGGANU, 21 Ogos - Penerbangan tempahan terus dari Fuzhou, China ke Terengganu bakal merancakkan industri pelancongan di negeri itu selepas merekodkan sejumlah 4.79 juta pelancong tahun lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, penerbangan julung kalinya itu akan tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) pada 26 Ogos ini pada 11 pagi dengan membawa seramai 166 pelancong dan ahli perniagaan dari negara tembok besar itu.Jelasnya, penerbangan berkenaan diuruskan oleh sebuah syarikat swasta iaitu VUB Holdings Sdn Bhd dan akan berada di Terengganu selama lima hari empat malam.“Kerajaan negeri amat mengalu-alukan usaha syarikat berkenaan dalam membantu merealisasikan hasrat dan visi kerajaan negeri sekali gus menjadikan LTSM sebagai hab penerbangan terus dari luar negara terutamanya dari negara China.“Ini merupakan pembuka jalan dan selepas ini, banyak lagi penerbangan tempahan yang kita rancang dari China ke Terengganu dalam merancakkan lagi industri pelancongan di negeri ini.“Ia juga selaras dengan penganjuran Visit Malaysia 2020 dan kempen Beautiful Terengganu yang sedang kita laksanakan,” katanya dalam sidang media di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Mengulas lanjut, beliau berkata, kumpulan pelancong dan ahli perniagaan berkenaan akan dibawa melawat Tasik Kenyir, Pulau Redang dan kawasan sekitar Kuala Terengganu serta dijangka pulang melalui penerbangan tempahan terus ke Fuzhou, China pada 30 Ogos depan.Kerajaan negeri dan syarikat berkenaan juga mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi dialog usahawan bersama Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar.“Kita harapkan dengan adanya kerjasama antara kerajaan dan pemain-pemain industri ini, kita membuka ruang untuk mereka lebih mengenali tempat-tempat pelancongan yang lain seperti Tasik Kenyir dan sekitar Kuala Terengganu,” katanya.Jelas Ariffin lagi, syarikat VUB Holdings Sdn Bhd dan beberapa pemain industri lain juga sedang merangka rancangan untuk membawa lebih ramai pelancong dari Jepun, Korea serta China ke Terengganu dalam fasa berikutnya.
21 Aug 19
132
Empty Image
Tangguh Tempoh Kompaun Kepada Penjaja Jalanan
Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.KUALA TERENGGANU, 21 Ogos - Kerajaan negeri memberi kelonggaran kepada penjaja jalanan yang dikesan masih beroperasi di persimpangan lampu isyarat di seluruh negeri ini dengan meneliti keperluan untuk menangguhkan seketika pelaksanaan kompaun oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) terhadap pihak yang terbabit.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd. Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, langkah itu bertujuan memberi ruang kepada kalangan pengusaha perniagaan berkenaan untuk menghabiskan baki bekalan barangan jualan masing-masing.Katanya, cadangan tersebut akan dibawa untuk dibincangkan dalam mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri hari ini sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan."Larangan menjaja tetap ada cuma operasi PBT tidak akan dimulakan lagi dalam masa terdekat kerana kita mungkin akan memberi tempoh sama ada sehingga akhir Ogos atau sebulan lagi."Saya belum tetapkan tempoh masa yang spesifik kerana perkara ini melibatkan PBT serta agensi-agensi lain di bawah jawatankuasa saya," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pertemuan dengan penjaja lampu isyarat di Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), di sini semalam.Baru-baru ini kerajaan negeri memutuskan untuk menghentikan serta-merta sebarang aktiviti perniagaan jalanan yang lazimnya tertumpu di persimpangan-persimpangan lampu isyarat di seluruh negeri ini.Ini bermakna, mereka terutama golongan remaja yang menjaja jeruk mempelam di dalam balang serta bebola daging di persimpangan lampu isyarat di setiap daerah di negeri ini kecuali Setiu, perlu menghentikan kegiatan itu berkuat kuasa serta-merta.Dalam perkembangan sama, Mohd. Nurkhuzaini memberi jaminan kerajaan negeri menerusi jawatankuasa sementara yang dianggotai YPU, Polis Diraja Malaysia (PDRM), PBT dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal (KPDNHEP) akan mencari penyelesaian terbaik buat kalangan 12 pengusaha makanan dan lebih 100 penjaja jalanan yang hilang punca pendapatan itu.Sementara itu, seorang pengusaha bebola daging, Fahmi Reza A. Razak, 38, berkata, mereka sedia maklum dan patuh kepada larangan menjaja yang ditetapkan kerajaan negeri."Kita akan cuba cari alternatif lain sebagai kaedah jualan, bagaimanapun masih akan meneruskan dengan perniagaan bukan sahaja untuk mencari rezeki buat diri sendiri tetapi kita mahu buka peluang pekerjaan kepada anak negeri lain," katanya.
20 Aug 19
56