Artikel "Utama" Terkini
2,300 Peserta ‘Nite Ride’ Rentasi Drawbridge
Ahmad Samsuri mengetuai kayuhan 10 kilometer 'family ride'.KUALA TERENGGANU, 24 Ogos – Lebih 2,300 peserta dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak menyertai program Nite Ride sempena ulang tahun ke-20 Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) semalam.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, program yang dianjurkan secara bersama kerajaan negeri dan BMMB itu bertujuan mengeratkan hubungan antara pihak Bank Muamalat serta pentadbiran negeri dengan masyarakat.Menurut beliau, kayuhan santai berkenaan juga adalah sebagai satu langkah pihak pentadbiran untuk mempromosi ‘sports tourism’ di Terengganu sekali gus akan menyumbang kepada peningkatan ekonomi dalam kalangan masyarakat dan juga kerajaan negeri.“Peserta yang hadir pada malam ini bukan sahaja terdiri daripada penduduk sekitar, tetapi turut melibatkan negeri luar, seperti Kuala Lumpur, Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan juga Sabah.“Sudah tentu dengan penyertaan mereka, industri pelancongan Terengganu akan terkenal dengan sendirinya, begitu juga dengan ekonomi penduduk Terengganu yang ramai terlibat dalam sektor perniagaan,” jelasnya semasa ditemui media selepas berakhir kayuhan santai tersebut.Wan Sukairi Wan Abdullah.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif BMMB, Dato’ Mohd Redza Shah Abdul Wahid terharu dengan sambutan menggalakkan daripada orang ramai terhadap penganjuran yang kali pertama diadakan di negeri ini.“Kami pilih Terengganu untuk kami adakan acara sempena sambutan ke-20 tahun BMMB, kerana negeri ini merupakan negeri yang melahirkan jaguh-jaguh sukan berbasikal.“Pada mulanya kami hanya menjangkakan pernyertaan hanya 1,500 orang sahaja, namun kerjasama daripada kerajaan negeri dan sambutan sangat menarik apabila ramai juga peserta dari setiap negeri di Malaysia, sangat terbaik.“Nampak sambutan sangat baik, jadi kami telah berbincang dengan Menteri Besar Terengganu untuk kami jadikan program ini sebagai aktiviti pelancongan, dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan, sudah tentu akan menarik lebih ramai pelancong ke sini,” tambah beliau.Kayuhan santai itu turut disertai oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar serta isteri, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman yang terlibat dalam kategori 10 kilometer ‘family ride’. Mohd Redza Shah Abdul Wahid.Pelumba terkenal negera, Anuar Manan dan Harif Salleh pula mengetuai kayuhan bagi kategori 35 kilometer funride yang melalui Batu Buruk, Jambatan Sultan Mahmud, ‘Drawbridge’ dan berakhir di Pasarnita, Tanjung.
24 Aug 19
289
Kerajaan, PDRM Perlu Tegas Tangani Penghina Jalur Gemilang – Abdul Hadi
MARANG, 23 Ogos - Kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diharap bersikap lebih tegas terhadap mana-mana pihak yang menghina Jalur Gemilang.Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, bendera adalah simbol bagi sesebuah negara dan seluruh rakyat Malaysia perlu menghormati simbol berkenaan.“Semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama perlu menghormati Jalur Gemilang dan anak-anak muda turut dinasihatkan agar terus menghayati erti kemerdekaan negara.“Mereka yang anti kemerdekaan merupakan saki-baki penjajah dan komunis yang mempunyai dendam terhadap perajurit negara. Kita menghargai tentera kita yang menentang komunis di samping pejuang kemerdekaan dalam semua kalangan termasuk Cina dan India,” katanya.Beliau berkata demikian dalam sidang media di kediamannya sejurus selesai mengadakan Kuliah Dhuha di Masjid Rusila, di sini hari ini.Mengulas lanjut, Presiden PAS turut itu berkata, pengorbanan tentera dan perjuang-pejuang kemerdekaan termasuk orang Cina, India yang sama-sama memperjuangkan kemerdekaan harus dihargai semua pihak.“Kita hormati dan Jalur Gemilang adalah persetujuan bersama mereka yang memperjuangkan kemerdekaan itu.“Kita menghargai, orang PAS masa itu parti pembangkang, bukan kerajaan, hanya satu kerusi sahaja pada masa itu tahun 1955,” katanya lagiBeliau berkata, partinya menerima kemerdekaan dan mengisi kemerdekaan itu dengan cara yang betul dan bukannya dengan cara mencabut bendera atau menterbalikkan bendera keramat itu.“Bendera itu tetap kita pertahankan. Apa lagi bendera itu ada simbol simbol dia, simbolik (maksud) sesebuah bendera ini ada maknanya,” tambah beliau.Baru-baru ini 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa untuk menyiasat isu Jalur Gemilang yang didakwa sengaja dipasang secara terbalik di beberapa premis seluruh negara.
23 Aug 19
59
Zakir Naik : Tun M Buat Keputusan Bijak - Abdul Hadi
MARANG, 23 Ogos - Tindakan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membenarkan pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik terus berada di negara ini adalah keputusan yang bijak dan tepat.Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang berkata, keputusan yang dibuat itu menunjukkan Dr Mahathir menilai isu berkenaan berdasarkan hujah, dan bukannya berpandukan sentimen sesetengah pihak.Jelasnya, dalam masa yang sama kerajaan perlu menyiasat siapa yang menimbulkan polemik politik berhubung isu terbabit termasuk pihak media.“Isu ini isu akademik dan dakwah, maka perlu ditangani dengan secara akademik, serta demokrasi, kalau ikut demokrasi, dialog akademik itu perlu diadakan dan dialog yang bertujuan politik pula kita larang.“Dr Zakir perlu dipertahankan kerana keilmuan dia, dan kita perlu hormat ilmunya dalam berdialog, bukan hantar balik sehingga menandakan kebodohan, kelemahan kita sendiri,” katanya ketika sidang media di rumahnya.Beliau yang juga Presiden PAS turut menegasakan, pihaknya melihat keperluan untuk mengundang pendakwah bebas dari India itu mengadakan ceramah atas kepakaran dan sumbangan dalam dunia dakwah.Semalam, Dr Mahathir berkata, Malaysia tetap kekal dengan pendirian untuk membenarkan Dr Zakir tinggal di sini walaupun desakan mahukan beliau dihantar pulang ke India cukup kuat.Ini kerana, wujud ancaman bunuh terhadap penceramah itu selain beliau sudah diberikan taraf penduduk tetap negara ini. “Pada saat ini pendirian kita tidak berubah,” katanya pada sidang akhbar di Perbadanan Putrajaya.Penceramah kontroversi itu kini disiasat polis berikutan kenyataannya semasa berucap di Kelantan baru-baru ini yang didakwa berbaur perkauman.Walau bagaimanapun, Dr Zakir menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan dan menyifatkan ucapan beliau telah diputarbelitkan pihak tertentu termasuk media.Dr Zakir turut membuat laporan polis terhadap Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, M Satees dan bekas duta Malaysia ke Kanada, Dennis J Ignatius kerana didakwa membuat kenyataan fitnah mengaitkan dirinya.
23 Aug 19
205
HIMPUN: Suara Anak Pahang Tegas Penyatuan Tidak Pinggir Bangsa Lain
KUALA NERUS, 22 Ogos - Pertubuhan Suara Anak Pahang menegaskan, penyatuan ummah yang memayungi objektif Himpunan 3 Menteri Besar Pantai Timur tidak sesekali mengenepikan kaum lain dalam negara.Presidennya, Haslihelmy Zulhasli memaklumkan, secara dasarnya, pertubuhan yang dianggotai anak-anak muda negeri Tok Gajah itu menyokong penuh penyatuan tersebut."Penyatuan ummah tidak khusus untuk Melayu- Islam sahaja, malah kita tidak akan pinggirkan Orang Asli, Cina, India dan pribumi kerana kita hidup dalam negara berbilang bangsa."Ini kali pertama kami hadir di sini di mana kami nampak nampak jelas permuafakatan yang lebih erat terjalin," katanya ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) dalam program berkenaan, semalam.Beliau yang hadir bersama rombongan satu bas dari Pahang ke Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri itu, turut berharap penyatuan yang dibina akan terus kekal.Haslihelmy"Sehingga hari ini, secara dasarnya orang Melayu jelas berpecah, khususnya dari segi politik kuasa."Sesuatu yang positif daripada kekalahan Barisan Nasional (BN) lalu, kini kita mula melihat kepada satu titik persamaan dan penyatuan orang Melayu," katanya.Tambahnya, walaupun BN masih memerintah di negeri terbesar semenanjung Malaysia itu, Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail benar-benar kuat berusaha memberikan perkhidmatan terbaik dari segi kebajikan dan pentadbiran negeri.Haslihelmy juga menyeru rakyat negeri berkenaan memberi sepenuh sokongan kepada pemimpin tersebut untuk mentadbir dan menjayakan visi dan misi dalam memajukan negeri Pahang.
22 Aug 19
140
MB Pahang Seru Rakyat Pantai Timur Bersatu Pertahan Agama, Tanah Air
KUALA NERUS, 22 Ogos - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyeru rakyat negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan menjadikan ketiga-tiga negeri itu sebagai pasak kebangkitan masyarakat untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air."Ayuh kita berikrar menjadikan negeri kita sebagai benteng umat Islam berlindung, berteduh dan bergantung harap."Kita telah cetuskan semangat penyatuan ummah yang sangat luar biasa semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands lalu," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Himpunan 3 Menteri Besar Pantai Timur (HIMPUN) di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, semalam.Program berkenaan merupakan acara julung kali yang menemukan tiga menteri besar di atas satu pentas lebih-lebih lagi mewakili dua parti besar orang Melayu dan Islam di Malaysia.Wan Rosdy memaklumkan bahawa penyatuan yang digembleng hari ini dijangka akan menerima lebih banyak ujian dan cabaran pada masa akan datang."Tetapi, saya percaya jika kita berlapang dada, cekal dan istiqamah, ujian-ujian ini mampu dihadapi. "Yakinlah, bahawa kerjasama ini adalah tuntutan agama untuk kita bersatu padu dan tidak berpecah-belah," katanya.Beliau turut berharap, kerjasama itu menjadi momentum kebangkitan rakyat pantai timur."Sokonglah, yakin dan berikan sepenuh kepercayaan kepada UMNO dan PAS untuk menjayakan dan melaksanakan penyatuan ini," katanya.
22 Aug 19
29
'Tahniah Rakyat Terengganu dan Pahang' - MB Kelantan
Datuk Bentara Kanan Ahmad YakobKUALA NERUS, 22 Ogos - Kerajaan Kelantan mengucapkan tahniah kepada rakyat Terengganu kerana memilih PAS menjadi kerajaan negeri itu.Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, Kerajaan Kelantan juga mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosli Wan Ismail kerana sudi bersama kerajaan pembangkang pantai timur termasuk Kelantan dan Terengganu untuk memulakan sejarah perpaduan.Katanya, ini berlaku kerana Allah ingin mengajar pemimpin kerajaan pantai timur tentang betapa penting perpaduan kuasa Melayu Islam.Beliau berkata demikian di Majlis Himpunan 3 Menteri Besar Pantai Timur (HIMPUN) Di Kompleks Sukan dan Stadium Tertutup Gong Badak di sini sebentar tadi.Turut hadir Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosli Wan Ismail, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Yahaya Ali, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Anggota Badan Perhubungan PAS dan UMNO ketiga-tiga buah negeri itu.Ustaz Ahmad berkata, apabila umat Islam hilang kuasa, Islam, pendakwah dan umat Islam sewenang-wenangnya dipermainkan oleh musuh mereka.Justeru itu kesatuan ummah perlu diperkasakan, agar umat Islam dan orang Melayu tidak mudah dipermainkan.Beliau turut menyeru rakyat bersatu atas nama Islam untuk mengembalikan semula kekuasaan umat Islam di negara Malaysia."Selagi umat Islam tidak bersatupadu atas nama Islam dan membina negara atas nama Islam selagi itu kuasa Islam tidak akan dikembalikan di negara ini," tegas beliau.
22 Aug 19
43
HIMPUN: Jadi Perantara Penyatuan Rakyat
KUALA NERUS, 22 Ogos- Penganjuran Himpunan 3 Menteri Besar Pantai Timur (HIMPUN) hari ini, pastinya mampu menjadi medan perhimpunan rakyat dari seluruh Pantai Timur tanpa mengira fahaman politik dan peringkat umur.Melaluinya kerajaan negeri berhasrat untuk mencetus gelombang penyatuan supaya rakyat setiap negeri terbuka untuk bekerjasama dan berkongsi manfaat yang sama. Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak berkata, apa yang dilaksanakan buat julung kalinya itu untuk memperkasa kerjasama antara ketiga-tiga kerajaan yang mampu mewujudkan pentadbiran yang berdaya saing sekali gus berkongsi kepakaran.Katanya, pada masa yang sama, pihaknya mahukan peluang penjanaan ekonomi terbuka luas antara ketiga-tiga negeri.“Dengan bertukar-tukar produk tempatan seperti keropok lekor dan potensi tempat menarik untuk dilawati, sudah tentulah ianya dapat meningkatkan ekonomi setiap negeri.“Malam ini bakal melakar sejarah, menyaksikan himpunan penyatuan ummah tanpa mengira ideologi politik dan kaum, kita berkumpul menyatukan para kepimpinan dan rakyat dari negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu,”katanya.Beliau berkata demikian pada program HIMPUN, di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, Terengganu, malam ini.Dr. Alias berkata, dia difahamkan lebih 20,000 orang ramai tidak berganjak dari Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak bermula petang tadi.“Marilah bersama kita bangkit menyokong agenda kebangkitan perpaduan ummah ini. Kita bersatu dalam mendepani dan mempertahankan isu umat Islam. Kita bina dan bentuk kekuatan politik orang Melayu yang menjadi teras dalam Malaysia.“Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para hadirin sekalian atas sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan majlis ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada urusetia atas usaha-usaha yang telah dijalankan, semoga usaha ini mendapat barakah dan hasil yang menguntungkan rakyat,”katanya.
22 Aug 19
76
HIMPUN: Fokus Kepada Kebajikan Dan Kesejahteraan Rakyat
KUALA NERUS, 22 Ogos- Kepimpinan Negeri Pantai Timur diseru meletakkan fokus kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat dalam pentadbiran negeri, seterusnya menjadikan negeri-negeri ini sebagai negeri contoh di Malaysia.Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, sebagai negeri yang ditadbir oleh pembangkang, Terengganu, Kelantan dan Pahang memikul amanah dan tanggungjawab besar yang harus dilunaskan untuk menjadi negeri terbaik dalam negara.“Antara yang menjadi fokus utama termasuk menunaikan janji-janji manifesto PRU-14 sebagai bukti komitmen kerajaan negeri membangunkan negeri dan menjaga kebajikan rakyat. “Pentadbiran negeri di Pantai Timur juga mesti menjaga integriti dalam sebarang urusan pentadbiran bermula dari akar umbi hinggalah ke pucuk pimpinan. “Kita harus memperkasakan Budaya Politik Matang dan Sejahtera. Kita tidak mahu terlalu banyak berpolitik, kita mahu memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Program Himpunan Tiga Menteri Besar Pantai Timur di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri, malam ini.Turut hadir, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob serta Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail.Katanya, agenda memajukan ekonomi negeri, pembangunan modal insan dan mencari penyelesaian membantu masalah rakyat perlu menjadi keutamaan untuk mempertahankan negeri yang telah dikuasai.
22 Aug 19
40
HIMPUN: Satu Permulaan Lahirkan Persefahaman Demi Agama Dan Bangsa
KUALA NERUS, 22 Ogos - Himpunan 3 Menteri Besar Pantai Timur(HIMPUN) menjadi satu program yang terbaik dalam menzahirkan persefahaman dan juga muafakat tanpa mengira latar belakang politik dan juga kecenderungan masing-masing.Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Mohd Amar Nik Abdullah berkata beliau mengharapkan perhimpunan ini dapat melahirkan satu natijah yang positif untuk umat islam di Malaysia secara umum."Program ini menjadi satu permulaan sebab belum ada lagi satu program yang menghimpunkan tiga Menteri Besar (MB) dari tiga negeri yang berlainan ini duduk sekali dalam satu program yang besar."Lebih-lebih lagi ketiga-tiga MB ini dari latar belakang parti politik yang berbeza iaitu PAS dan Umno, sebelum ni sama-sama PAS tu dah biasa jadi kali ini kita harap boleh mencetuskan perubahan yang besar dalam masyarakat selepas ini," katanya.Beliau berkata demikian kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman(UPDI) ketika di temui di program HIMPUN di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, di sini hari ini.Tambahnya, HIMPUN menjadi satu permulaan yang baik dan diharap akan mencetuskan satu kesedaran tentang pentingnya umat islam ni bekerjasama dalam perkara-perkara yang membawa kebaikan kepada agama dan juga bangsa."Ia sangat penting, lebih-lebih lagi pada hari ini kita melihat ada ancaman-ancaman yang semakin berkembang terhadap kelansungan islam di Malaysia."Sudah sampai masanya umat islam tanpa mengira parti politik bukan hanya dalam PAS atau Umno tapi dalam semua parti politik supaya memberi perhatian kepada perkara ini," ujarnya lagi.Mohd Amar juga berharap program seperti ini boleh diteruskan lagi dalam skala yang berbeza.
22 Aug 19
35
HIMPUN: Solat Buka Medan Penyatuan Tiga Negeri
KUALA NERUS, 22 Ogos - Himpunan 3 Menteri Besar Pantai Timur (HIMPUN) membuka tirai solat Maghrib berjemaah diketuai Imam Besar Terengganu, Mukhtar Salleh bersama Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Kelantan, Dato' Bentara Kanan Ahmad Yakob dan Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Wan Rosdy Wan Ismail.Ketiga-tiga pemimpin utama negeri pantai timur itu tiba di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak, sekitar jam 7.05 petang tadi diiringi konvoi bermotosikal belia Terengganu merentasi mercu baharu, Jambatan Angkat Seberang Takir.Turut hadir, Datuk Tengku Kaya Perkasa, Pemangku Setiausaha Kerajaan (SUK) Kelantan, SUK Pahang, Dato’ Sri Dr. Sallehuddin Ishak dan SUK Terengganu yang baharu dilantik, Dato’ Mohd. Zahari Md. Azahar.Usai solat, sekitar 30,000 hadirin yang membanjiri lokasi turut disajikan dengan Bicara Murabbi Ummah oleh penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus bersama Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzzaman Abdullah.
22 Aug 19
364