lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Wakaf Buku Rebut Ganjaran Pahala
KUALA TERENGGANU, 28 Ogos-  Orang ramai termasuk penjawat awam disaran merebut peluang menyertai Kempen Membaca dan Wakaf Buku yang dianjurkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dalam memupuk budaya membaca di kalangan masyarakat negeri ini.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd. Zahari Md. Azahar berkata, inisiatif yang dilaksanakan melalui Unit Korporat itu juga bertujuan menggalakkan orang ramai menjadikan buku sebagai satu medium wakaf untuk manfaat pelbagai lapisan pembaca.“Bagi menjayakannya, satu sudut membaca dan rak khas wakaf buku diwujudkan di lobi Wisma Darul Iman.“Secara tidak langsung, program ini juga turut menggalakkan mereka yang berkemampuan dan mempunyai koleksi buku-buku ilmiah terpakai untuk beramal, di samping memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Terengganu menimba ilmu,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Kempen Membaca dan Wakaf Buku Peringkat Negeri Terengganu 2019 sempena Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Penasihat Undang-undang Negeri, Dato’ Azhar Abdul Hamid, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Zainal Abidin Hussin dan Tengku Seri Bijaya Raja Pengarah Tanah dan Galian Negeri.Katanya, program wakaf buku menjadi satu lagi cara bagi umat Islam terutama penjawat awam di Terengganu beramal soleh bagi meraih ganjaran pahala kepada pewakaf selagi harta yang diwakafkan itu kekal dimanfaatkan.“Bagi melancarkan proses wakaf buku ini, Unit Korporat dipertanggungjawabkan untuk  mengagihkan buku yang diwakafkan itu kepada mana-mana badan atau agensi yang memerlukan termasuk rumah kebajikan, masjid, sekolah, rumah anak yatim atau lain-lain institusi mengikut kesesuaian dan keperluan,” ujarnya.
27 Aug 19
176
Empty Image
Karnival Pantai Terengganu 2019 Kembali, Saji Kemeriahan Berbeza
KUALA TERENGGANU, 28 Ogos - Program Karnival Pantai Terengganu 2019 akan diadakan pada 12 hingga 16 September 2019 di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu dengan membawa tema “Tradisi Diwarisi” yang bakal membawa pengunjung menggamit kenangan mengenai kehidupan masyarakat negeri Terengganu suatu ketika dahulu.Program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan negeri mahupun Kerajaan Persekutuan akan menyajikan kemeriahan yang berbeza dari tahun sebelumnya.Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk para pengunjung, antaranya adalah Demonstrasi Masakan, Aktiviti Sukan Rakyat, Forum Perdana Ehwal Islam, Bicara Ilmiah Wanita Solehah, Demonstrasi Permainan Tradisional, Malam Kesenian Islam, Persembahan Silat Antara Daerah, Bicara Santai Artis Hijrah dan pelbagai lagi.Penganjuran ini juga dilihat sebagai langkah yang berkesan untuk mendidik masyarakat mengenai kepentingan sektor pelancongan dalam negeri ini sekali gus menerapkan strategi “Think and Act Tourism” agar masyarakat lebih bersedia untuk menerima kunjungan pelancong ke negeri Darul Iman.Jangan lupa ikuti perkembangan terkini pelancongan negeri Terengganu di media sosial rasmi Beautiful Terengganu Malaysia di Facebook, Instagram, Twitter, WeChat dan Weibo serta program Karnival Pantai Terengganu di Instagram. Kongsikan pengalaman anda bersama Karnival Pantai Terengganu dengan penggunaan tanda pagar #karnivalpantaiterengganu #beautifulterengganumalaysia dan #vm2020.
27 Aug 19
583
Empty Image
Teluk Mak Nik Tempat Pendaratan Penyu Popular Terengganu
Ariffin (tengah) diberi taklimat mengenai penetasan penyu di Teluk Mak Nik Geliga, Kemaman.KEMAMAN, 28 Ogos - Kampung Geliga dikenal pasti sebagai kawasan pendaratan tertinggi penyu berbanding di tempat lain di seluruh negeri Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, di Geliga, banyak penyu mendarat di Pantai Teluk Mak Nik sekali gus dibina tempat penetasan telur penyu untuk memastikan kesinambungan pendaratan penyu berlaku di pantai berkenaan."Ini kerana menjadi tabiat penyu, akan kembali mendarat untuk bertelur di tempat di mana ia dilepaskan (dilahirkan)," katanya.Beliau berkata demikian dalam satu sidang media sempena sesi lawatan kerja beliau ke daerah Kemaman di pekarangan Masjid Lama Kampung Tuan Dalam, di sini semalam.Katanya, sebanyak kira-kira 1,800 biji telur penyu setahun dipungut di pantai berkenaan.Sementara itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat berkata, terdapat sebanyak 46 kawasan pendaratan penyu di seluruh negeri Terengganu.Katanya, dari jumlah itu, sebanyak 12 kawasan rezab penetasan penyu dikendalikan oleh Jabatan Perikanan Negeri (di bawah kerajaan negeri).Kawasan penetasan penyu itu adalah di Kampung Geliga, Kemaman, di  Dungun (Kerteh, Kampung Cakar Hutan, Kampung Tangga Batu, Kampung Kudung Paka, Kampung Rantau Abang 1 dan  Kampung Rantau abang 2).Di Setiu (Kampung Kuala Baharu Selatan, Kampung Mak Kepit Pulau Redang, Kampung Mak Simpan Pulau  Redang, Kampung Chagar Hutan, Pulau Redang) dan di Besut (Kampung Tiga Ruang Pulau Perhentian).
27 Aug 19
707
Empty Image
Terengganu Komited Mahu Terus Majukan Tanah Terbiar
Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 27 Ogos – Terengganu mengulangi hasratnya untuk terus membangunkan tanah pertanian terbiar bagi menjana pendapatan baharu kepada ekonomi rakyat dan negeri.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, keluasan tanah pertanian terbiar di seluruh Terengganu sama ada hak persendirian atau syarikat adalah berjumlah 12 ribu hektar.Katanya, pada masa ini seramai 1,150 orang terlibat dalam usaha memajukan tanah terbiar di negeri Terengganu yang melibatkan Daerah Setiu, Hulu Terengganu dan Besut.“Dari segi kejayaan memajukan tanah terbiar ini, Terengganu berada di kedudukan kedua selepas negeri Pahang dan kita akan terus bekerja keras bagi memajukan tanah-tanah tersebut.“Setiu merupakan daerah yang dikira sebagai daerah pertanian kerana tanah terbiar masih banyak, semasa mesyuarat jawatankuasa tanah Setiu, minit mesyuarat tanah daerah Setiu sangat tebal jika dibandingkan dengan daerah Besut,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Borang 5A Peringkat Daerah Setiu yang disampaikan oleh Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar di Dewan Tarom, petang semalam.Dalam perkembangan lain, beliau menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat mengurus dan menjayakan majlis agihan tanah untuk kategori rumah dan pertanian berkenaan.“Tahniah diucapkan kepada yang bekerja keras sehingga meletakkan Daerah Setiu antara yang terawal yang berjaya mengadakan majlis untuk mengagihkan borang 5A pada hari ini,” tambah beliau.
27 Aug 19
53
Empty Image
Hab Petroleum Pulau Kerengga Tarik Minat Pelabur Dubai, China
Dato' Tengku Hassan Tengku Omar.KUALA TERENGGANU, 27 Ogos - Dua syarikat besar dari Dubai dan negara China berminat untuk melabur dalam rancangan pembangunan Pulau Kerengga sebagai hab petroleum kedua Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian, Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Pentadbiran negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar memaklumkan, permohonan untuk membangunkan kawasan itu telah diterima dan kerajaan negeri sedang meneliti perancangan syarikat terbabit sebelum membuat keputusan lanjut.Jelasnya, kedua-dua syarikat tersebut akan datang ke Terengganu pada 4 September ini bagi membincangkan perancangan mereka bersama kerajaan negeri dan mereka turut akan dibawa melawat ke kawasan hab petroleum kedua itu.“Jika ada persefahaman segalanya berjalan mengikut perancangan antara syarikat Dubai atau China ini, dijangka ia akan mewujudkan 10 hingga 15 ribu peluang pekerjaan, apa pun kita akan teliti perancangan syarikat terbabit.“Sebelum ini pembangunan hanya rancak di sebelah selatan (kemaman) jadi apabila wujudnya hab ini di Marang nanti, pembangunan turut rancak, mungkin pelabuhan akan diwujudkan sekali gus membuka ruang untuk perniagaan lain,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mengedarkan Jalur Gemilang bersama Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, di Pasar Besar Bukit Besar, di sini hari ini.Dalam perkembangan lain, beliau menjelaskan pihaknya sudah menerima pelan utama untuk melaksanakan projek Terengganu Silica Valley (TSV) yang memerlukan dana sebanyak RM4 billion“Sekarang kita sedang aktif mencari dan menjemput pelabur-pelabur yang nak melabur dan membangunkan prasarana kawasan itu bersama kerajaan negeri.“Kita sudah mengenal pasti beberapa syarikat yang besar dalam dunia ini, respon mereka positif untuk projek itu,” ulas beliau.Untuk rekod, hab petroleum pertama Terengganu ialah Loji Penapisan Minyak Terengganu yang terletak di Kertih, Kemaman, dibuka secara rasmi pada 3 Okt 1983.Ia adalah loji penapis minyak tempatan yang pertama di Malaysia, dimiliki dan diuruskan oleh Petronas melalui anak syarikatnya, Petronas Penapisan Terengganu Sdn Bhd.
27 Aug 19
315
Empty Image
SMK Landas Rosak Teruk Dibadai Ribut Kuat
Oleh : Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU, 27 Ogos -Satu kejadian ribut telah melanda Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Landas, Ajil, berlaku antara jam 3 hingga 3:15 , petang tadi.Kejadian tersebut menyebabkan keseluruhan bumbung bangunan tiga tingkat menempatkan kelas pelajar telah musnah dan kejadian ini merupakan kali pertama berlaku semenjak ianya ditubuhkan.Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, kejadian tersebut berlaku melibatkan bangunan yang menempatkan 17 kelas pelajar.Walaubagaimanapun tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.Menurut Mohd. Adli, ketika kejadian kesemua pelajar telah pulang ke rumah setelah mendapat kebenaran pihak sekolah agar pulang lebih awal memandanglan sekolah itu terlibat dengan minggu peperiksaan.“Kejadian ribut ini adalah yang pertama kali melanda sekolah ini. Sewaktu kejadian, sesi persekolahan sepatutnya masih berjalan tetapi minggu ini pelajar dibenarkan pulang lebih awal iaitu selepas solat Zohor kerana terlibat dengan minggu peperiksaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.Beliau berkata, berikutan kejadian itu, pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang diketuai oleh Pegawainya, Rosli Chik bersama pasukan Polis segera ke lokasi kejadian termasuk meninjau kerosakan untuk tindakan selanjutnya.Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Shafruddin Ali Hussin akan turun padang ke SMK Landas pada awal pagi esok untuk tindakan seterusnya.
27 Aug 19
119
Empty Image
TDM Catat Hasil RM99.5 Juta Bagi Suku Kedua 2019
 KUALA TERENGGANU, 27 Ogos – Anak syarikat milik kerajaan negeri, TDM Berhad (TDM) mencatatkan hasil pendapatan berjumlah RM99.5 juta bagi suku kedua berakhir pada 30 Jun 2019 (2QFY2019) iaitu peningkatan sebanyak 2 peratus daripada RM97.6 juta pada 2QFY2018.Pengerusi TDM Berhad,  YM Raja Dato’ Idris Raja Kamarudin berkata sementara itu penyelarasan EBITDA yang direkodkan bagi separuh tahun pertama 2019 adalah berjumlah RM32.4 juta berbanding dengan separuh tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM34.0 juta.Katanya, berdasarkan kepada prestasi, bahagian Penjagaan Kesihatan  terus kukuh pada separuh tahun pertama dimana pendapatan meningkat sebanyak 16 peratus dan jumlah pelarasan keuntungan sebelum cukai, faedah, susut nilai dan pelunasan (EBITDA)  juga turut meningkat sebanyak 61 peratus berbanding tahun sebelumnya. “Walaubagaimanapun, perniagaan perladangan kami terkesan daripada penurunan harga minyak sawit yang menyebabkan ianya berada dibawah tekanan bagi separuh tahun pertama 2019 memandangkan ketidakstabilan musim dan stok minyak sawit.“Bahagian perladangan mencatatkan pendapatan yang rendah bagi separuh tahun pertama 2019 iaitu sebanyak 21 peratus dimana berkemungkinan besar disebabkan oleh penurunan harga Minyak Sawit Mentah (CPO) dan juga Isirong Sawit (PK) di mana masing-masing sebanyak 18 peratus dan 42 peratus. Walaubagaimanapun, terdapat peningkatan yang dapat dilihat pada separuh tahun pertama 2019 dari segi harga minyak sawit iaitu CPO dan juga PK meningkat sebanyak 16 peratus dan lapan peratus berbanding separuh tahun sebelumnya,” ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.Tambah YM Raja Dato’ Idris lagi, pihaknya akan terus melancarkan Rancangan Penciptaan Nilai (VCP) untuk mengukuhkan lagi platform bagi pertumbuhan yang mampan dalam jangka masa yang panjang. “Dengan pelaksanaan VCP ini, kami berharap dapat mencapai pelarasan EBITDA yang lebih baik berbanding tahun yang lalu dan kami juga telah menjalankan beberapa pendekatan VCP yang sama bagi operasi di Kalimantan. “Walaupun kami memperolehi hasil yang lebih rendah bagi separuh tahun pertama 2019, sebahagian daripada VCP operasi kami di Kalimantan berada di landasan yang tepat bagi mencapai target pemulihan yang telah kami sasarkan bagi tahun 2019,” ujarnya. Sementara itu, bahagian Penjagaan Kesihatan terus menunjukkan peningkatan prestasi yang tinggi dalam pendapatan sepanjang tempoh iaitu peningkatan sebanyak 15 peratus  dan pelarasan EBITDA mencatatkan pertumbuhan sebanyak 30 peratus  berbanding tahun lalu. “Ini adalah disebabkan oleh peningkatan jumlah bilangan pesakit luar dan pesakit dalam sebanyak 11 peratus dan tujuh peratus berbanding tahun lepas. Jumlah bilangan hari pesakit dalam yang tertinggi adalah sebanyak 10 peratus turut menyumbang kepada prestasi kewangan yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya. “Selain itu, terdapat peningkatan jumlah bilangan katil daripada 92 kepada 122 dan juga pembukaan Pusat Kardiologi di Kuantan Medical Centre turut menyumbang kearah positif kepada bahagian penjagaan kesihatan pada tahun 2019,” katanya lagi. Menurut YM Raja Dato’  Idris, pihaknya amat gembira dengan prospek yang membolehkan mereka  menjayakan suku kedua bagi tahun ini yang telah memberi galakan dengan melihat momentum yang sedia ada dan juga perancangan strategik serta usaha dalam bidang operasi yang telah diterap melalui portfolio kesemua hospital. “Kami yakin bahawa prestasi kami akan terus meningkat dengan adanya penambahahan bilangan katil hospital yang beroperasi dan ini memberi peluang yang lebih besar untuk kami terus berkembang,” jelasnya. Beliau juga berkata, disebabkan oleh persaingan yang kuat dan juga situasi yang tidak dapat dijangka, Kumpulan telah mengambil langkah yang optimis dalam mengekalkan kestabilan prestasi di bahagian operasi bagi kewangan tahunan 2019.“Di bahagian perladangan, kami amat berdedikasi dalam agenda kelestarian dimana sijil RSPO dan MSPO yang kami perolehi telah membolehkan kami untuk menikmati premium yang lebih baik daripada untung jualan CSPO dan CSPK kami termasuk memberi fokus dalam mengoptimumkan kos pengeluaran, meningkatkan produktiviti operasi dan memulihkan pengeluaran yang mampan sekaligus meningkatkan keuntungan pada permintaan masa hadapan di bahagian perladangan dan juga bahagian penjagaan kesihatan.“Prestasi bagi suku kedua boleh dijadikan sebagai gambaran kepada potensi sebenar projek kami yang akan datang. Pembukaan Pusat Kardiologi yang baru di Kuantan Medical Centre yang telah kami jayakan pada awal tahun ini, turut menyumbang kepada peningkatan yang memberangsangkan kepada TDM, dan kami menjangkakan pertumbuhan yang positif pada tahun yang akan datang,” tambahnya.
27 Aug 19
45
Empty Image
Selepas 15 Tahun Mimpi Jadi Kenyataan
Fajri menunjukkan surat tawaran yang diterimanya.Oleh : Ariss AliasSETIU, 27 Ogos - Hasrat untuk memiliki tanah sejak 15 tahun yang lalu akhirnya tercapai buat seorang penduduk di sini apabila menerima borang 5A, Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) semalam.Mohd Fajri Mohd Nor, 45, ternyata tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan terkejut ketika menerima tanah berkenaan dalam penyerahan di Sungai Tarom yang disampaikan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.Dia yang sepatutnya menerima borang itu bagi RTB Kampung Rahmat digugurkan nama selepas berlaku pertukaran kerajaan pada tahun 2004.“Saya rasa seperti bermimpi kerana perkara ini sudah lama tiada khabar dan saya memang tidak menaruh apa-apa harapan lagi untuk memiliki tanah.Peserta yang menerima tanah perumahan dan pertanian.“Jujurnya saya tidak percaya apabila saya diserahkan surat untuk menerima borang 5A pada hari ini, terima kasih diucapkan kepada kerajaan negeri kerana menunaikan janji manifesto,” ujarnya ketika ditemui petang semalam.Sementara itu, bagi penerima borang RTB Delor, Abdul Ghani Muhammad, 69 berkata, dia sangat terharu dengan komitmen kerajaan negeri untuk mengembalikan semula tanah yang ditarik lebih satu dekad dahulu.“Hari ini salah satu hari paling gembira dalam hidup saya. Impian memiliki secebis harta untuk diri sendiri akhirnya termakbul.Dalam pada itu, menurut Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof memaklumkan daripada 503 penerima di Daerah Setiu seramai 117 penerima berada dalam DUN tersebut yang melibatkan empat RTB. Ia melibatkan sebanyak 413 lot tapak rumah dan 90 lot pertanian telah diberikan kepada penduduk sekitar Setiu.“Saya mewakili semua peserta yang terkilan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana melanjutkan tempoh permohonan RTB terkilan yang sepatutnya tamat pada 31 Ogos ini kepada 31 Disember 2019,” tambah beliau.Azmi Maarof.
26 Aug 19
49
Tapak Pelupusan Sampah Sungai Ikan Akan Dibaik Pulih
Tapak Pelupusan Sampah Sungai Ikan Akan Dibaik Pulih
Dr Alias (tengah) akan mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan masalah itu. Oleh : Safwan Syakir       KUALA NERUS, 26 Ogos - Tapak pelupusan sampah di Sungai Ikan di sini akan dibaik pulih dengan segera bagi mengelakkan berlakunya pencemaran alam sekitar akibat pengurusan sampah yang tidak sempurna.   Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak menegaskan, proses membaik pulih tempat berkenaan turut melibatkan pembinaan tapak baharu berdekatan ‘landfill’ sedia ada bagi menampung lebihan sampah.   Beliau walau bagaimanapun berkata, peruntukan untuk tujuan tersebut akan dirunding dan dibincang terlebih dahulu bersama kerajaan negeri dan jabatan terlibat sebelum sebarang operasi dilaksanakan.   “Kita sedang menunggu kelulusan peruntukan daripada kerajaan negeri bagi mewujudkan satu lagi tapak pelupusan baharu di atas tanah kerajaan berdekatan tapak sedia.   “Peruntukan berkenaan turut akan digunakan bagi menaik taraf infrastruktur  tempat pelupusan sampah sedia ada seperti jalan raya dan saliran longkang bagi memudahkan laluan keluar masuk lori sampah,” ujarnya.     Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas melakukan lawatan ke tapak pelupusan sampah berkenaan di sini, hari ini.   Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ahmad Shah Muhamed dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Shahidan Embok.   Sebelum itu, Dr. Alias yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, pihaknya menyambut baik cadangan untuk menggunakan teknologi baharu bagi melupuskan sampah.   Katanya, inisiatif berkenaan akan diteliti terlebih dahulu memandangkan teknologi itu masih belum terpakai sepenuhnya di Malaysia.   “Teknologi itu boleh memproses sampah menjadi tenaga, sudah tentu teknologi ini banyak manfaatnya, antaranya ia mampu menjimatkan penggunaan tanah.   “Walau bagaimanapun, perkara tersebut masih dalam tempoh percubaan melalui anak syarikat kerajaan negeri iaitu Terengganu Incoporated (Terengganu Inc), kita akan lihat hasilnya nanti,” tambah beliau.   Dr Alias berkata air buangan sisa pepejal itu berisiko mengancam kehidupan haiwan di sungai yang berdekatan. Untuk rekod, tapak pelupusan sampah Sungai Ikan yang dibuka pada tahun 2005 itu meliputi kawasan seluas 34.5 hektar.       Dianggarkan sampah yang dibuang pada hari biasa adalah sekitar 250 hingga 280 tan sehari dan pada musim perayaan jumlah sampah akan berganda mencecah hampir 320 tan sehari.      
26 Aug 19
2559
Empty Image
MB Terengganu Umum Lanjut Tempoh Permohonan Tanah Terkilan
Dr. Samsuri menyerahkan borang 5A kepada wakil RTB Kampung Rahmat.SETIU, 26 Ogos - Kerajaan negeri mengumumkan untuk melanjutkan tempoh pengesahan pemilikan tanah bagi peserta terkilan kepada 31 Disember 2019.Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan itu merupakan langkah kerajaan untuk menyelesaikan isu tanah terkilan sekali gus memberi keadilan kepada peserta terkilan yang tidak memperolehi tanah pada 2004 lalu."Kita sedia maklum, permohonan tanah yang lama akan tamat pada 29 Ogos ini. Dengan itu, kerajaan negeri bersetuju melanjutkan tempoh berkenaan sehingga hujung tahun ini untuk kita menyelesaikan kesemuanya."Berdasarkan rekod, terdapat seramai 12,946 orang peserta terkilan di seluruh negeri dan setakat ini direkodkan kita berjaya menyelesaikan permohonan 6,178 peserta," katanya.Lebih menarik, Dr. Samsuri menjelaskan bahawa peserta tanah terkilan hanya perlu membayar premium tanah sebanyak 10 peratus dari nilai tanah pada tahun 2004 dan bukannya pada nilaian semasa.Kerajaan negeri beri keutamaan selesaikan isu tanah terkilan - MB Terengganu.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Borang 5A Peringkat Daerah Setiu di Dewan Sungai Tarom, hari ini.Turut hadir, Tuan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Yahaya Ali, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Zainal Abidin Hussin serta Tengku Seri Bijaya Raja Pengarah Tanah dan Galian (PTG) negeri Terengganu.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim dan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir.Dalam majlis berkenaan, seramai 503 peserta terkilan adalah dari DUN Langkap dan DUN Permaisuri melibatkan 10 Rancangan Tanah Berkelompok (RTB).Untuk rekod, daerah Setiu memiliki peserta terkilan terbesar bagi negeri Terengganu iaitu sebanyak 27 peratus dengan jumlah 3,849 pemohon.
26 Aug 19
439