Artikel "Utama" Terkini
Festival Pantai Batu Buruk 12-16 September Ini
Ariffin (tengah) menyempurnakan gimik pelancaran Festival Batu Buruk, di Pejabat Daerah Besut, hari ini.BESUT, 29 Ogos - Kerajaan Negeri akan menganjurkan Karnival Pantai Terengganu 2019 dengan tema "Tradisi Diwarisi" di Pantai Buruk Kuala Terengganu pada 12 hingga 16 September ini.Gimik pelancaran festival itu disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman di Pejabat Tanah dan Daerah Besut di sini hari ini.Ustaz Ariffin ketika ditemui berkata, pelbagai acara menarik akan diadakan termasuk acara kebudayaan dan permainan tradisional.Katanya, antara acara diatur sempena festival itu ialah Malam Kesenian Islam, Terengganu Beach Sales Extravaganza, Demo dan Pertandingan Silat, Gasing dan Permainan Tradisional, Bicara Wanita dan Santai Artis Hijrah, Kuliah Magrib dan Forum Perdana, Pertandingan WeFie, Bangsal dan lain-lain.Festival berkenaan diadakan setiap tahun di pantai peranginan tersebut dihadiri oleh pelancong asing, rakyat berbilang kaum dari Kelantan, Pahang dan negeri Terengganu sendiri.Dijangka tidak kurang 10,000 pengunjung hadir di festival itu.Festival berkenaan bertujuan mempromosikan Terengganu sebagai negeri maju, berkat dan sejahtera di samping mendedahkan negeri itu mempunyai produk makanan tradisional yang berbeza dari segi rasanya berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.Orang ramai diminta hadir beramai-ramai bagi menjayakan festival tersebut.
29 Aug 19
944
Dua Anak Syarikat PMINT Serah Zakat Perniagaan
KUALA TERENGGANU, 29 Ogos - Dua anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) menyerahkan zakat perniagaan kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Samsuri Mokhtar di Wisma Darul Iman, hari ini.Syarikat itu melibatkan Pmint Urus Sdn Bhd yang menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM5,133.23 dan Permint Granite Sdn Bhd pula berjumlah RM205,642.18.Penyerahan replika cek zakat tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Permint Granite, Che Ghani Che Ambak dan Ahli Lembaga Pengarah Pmint Urus merangkap Ketua Pegawai Operasi PMINT, Wan Adnan Wan Derahman.Zakat perniagaan yang diserahkan anak-anak syarikat itu selepas mengambil kira keuntungan daripada hasil perniagaan sepanjang 2018.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr. Alias Razak dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Samiun Salleh.
28 Aug 19
973
Tiada Pilih Kasih Beri Kelulusan Miliki Rumah
Dr Alias Razak.KUALA TERENGGANU, 29 Ogos - Kerajaan negeri menafikan unsur-unsur 'pilih kasih' atau 'kabel' dalam proses kelulusan permohonan memiliki rumah.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, semua pemohon yang layak perlu menjalani proses temuduga dan melalui Jawatankuasa Penimbang Negeri."Kita terima banyak permohonan dan tidak dinafikan semua mereka layak."Tetapi, sebarang keputusan dibuat berasaskan keperluan, pendapatan isi rumah dan beberapa faktor lain,” katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu, semalam.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan tular di laman sosial mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri dalam memberi kelulusan permohonan memiliki rumah.Dr. Alias turut menegaskan, tiada sebarang campur tangan ahli politik dalam menentukan keputusan permohonan."Kami tidak terlibat langsung dengan jawatankuasa penimbang, malah saya sendiri menyerahkan semua kuasa membuat keputusan kepada mereka.Semua kelulusan berasaskan kelayakan pemohon di mana siapa yang paling layak terima kita akan beri," jelasnya.Menurut beliau, kelulusan permohonan rumah bukan sahaja membabitkan kediaman baharu siap dibina, tetapi juga rumah sedia ada yang masih kosong dan siap dibina dua tahun lalu."Kerajaan negeri sedang dalam proses menyiapkan perumahan baharu di Kuala Nerus, Kuala Berang dan beberapa lokasi lain."Projek ini pula akan siap dalam tempoh dua tahun lagi,” katanya.Terdahulu, tular di laman sosial tentang keluhan segelintir penduduk negeri itu yang mendakwa ada pemohon menerima kelulusan memiliki rumah menggunakan 'kabel’ daripada Exco dan wakil rakyat tanpa melalui proses sepatutnya.
28 Aug 19
29
Perlu Peruntukan Darurat RM5 Juta Atasi Hakisan Pantai Pengkalan Maras
Oleh: Mohd Hanif HamdanKUALA NERUS, 29 Ogos - Kerajaan negeri memohon peruntukan segera sebanyak RM5 juta di bawah darurat dari Kerajaan Persekutuan bagi penyelesaian sementara masalah hakisan pantai di Pengkalan Maras di sini.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh berkata, walaupun Kerajaan Persekutuan telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM90 juta untuk projek tambak pantai itu tetapi ia masih dalam reka bentuk untuk menyiapkan skop-skop kerja bagi kaedah menyelamatkan kawasan itu dari hakisan ombak.Justeru katanya, adalah besar harapan rakyat dan kerajaan Terengganu agar peruntukan darurat itu diluluskan segera."Kita mohon Kerajaan Persekutuan di bawah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memperuntukkan peruntukan segera di bawah darurat untuk menyelesaikan masalah ini. "Walaupun kita tahu bahawa projek ini telah diluluskan sehingga RM90 juta pada tahun ini, tetapi masih dalam reka bentuk untuk menyiapkan skop-skop kerja bagi kaedah menyelamatkan kawasan ini, jadi untuk sementara ini kita berharap agar Kerajaan Pusat meluluskan kepada Kerajaan Negeri sebanyak RM5 juta dahulu untuk diperbaiki dibawah peruntukan darurat." katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pengkalan Maras, di sini baru-baru ini.Turut hadir, Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir dan Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Ustaz Shafizi Ismail.Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang itu, masalah hakisan pantai berkenaan telah mengakibatkan banyak kerosakan berlaku kepada kemudahan awam di sekitar pantai tersebut."Hakisan pantai itu sangat teruk. Dalam masa beberapa bulan saja berlaku banyak kerosakan kemudahan awam."Pada bulan Januari yang lalu hingga ke bulan Ogos ini, 20 hingga 30 meter pantai telah terhakis dengan teruk sekali. Ini telah mengakibatkan dewan orang ramai, wakaf serta premis perniagaan terjejas akibat hakisan itu," jelasnya.Beliau juga berkata dijangka hakisan semakin teruk bila tiba tiupan angin timur laut di musim tengkujuh hujung tahun ini. "Kita tahu sekarang ini Angin Tenggara, tahun ini angin agak kuat dan berlakulah hakisan seperti hari ini, kita jangka apabila berlaku gelombang laut dari timur laut, kawasan ini akan semakin parah kerana dari pengalaman lepas lokasi kawasan ini menghala ke Timur Laut." ujarnya.
28 Aug 19
696
'Jauhi Pesta Liar Di Ambang Merdeka' - Ustaz Satiful Bahri
Ustaz Satiful Bahri Mamat.KUALA TERENGGANU, 28 Ogos - Kerajaan Negeri Terengganu meminta semua agensi kerajaan memantau mana-mana individu atau kumpulan yang cuba mengadakan pesta liar dan maksiat sempena ambang merdeka di seluruh negeri sekali gus mengambil tindakan undang-undang jika didapati melakukan kesalahan.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, Kerajaan Negeri juga menasihatkan mereka terbabit tidak mengadakan sebarang acara atau pesta yang bercanggah dengan peraturan dan enakmen yang ditetapkan kerajaan, jika mereka tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang."Perbuatan yang menyalahi undang-undang mencemarkan keharmonian negeri dan negara sekali gus meletakkan diri masing-masing mencabar enakmen negeri dan undang-undang negara."Kita akan mengembeling semua pihak untuk membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas jika ada pihak sengaja mengingkari perundangan yang sedia ada."Jadilah rakyat yang berguna dan bermanfaat kepada negeri dan negara, hiduplah dengan aman tanpa melanggar peraturan yang ditetapkan," katanya ketika dihubungi hari ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka itu seterusnya berkata, tidak ada masalah mereka mahu meraikan hari kemerdekaan negara tetapi biarlah keraian dibuat tidak melanggar lunas-lunas agama dan undang-undang negara.Katanya tujuan sambutan itu juga ialah untuk memupuk semangat petriotisme dan cinta kepada keamanan serta kedamaian negara tanpa terbabit dengan gejala sosial yang merosakkan akal, jasmani dan rohani."Jadi, kembalilah kepada fitrah manusia yang suci murni dengan sentiasa beramal dengan amalan mulia Islam dan menghargai akal dan jasmani yang sihat kurniaan Allah kepada kita semua, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 62 dan selamat maju jaya," ujarnya lagi.
28 Aug 19
189
Kunjungi SATU, Tambah Baik Isu Berbangkit
KUALA TERENGGANU, 28 Ogos - Banyak perkara dapat ditambah baik dalam Lawatan Kerja Pejabat Dewan Undangan Negeri ke Pejabat Syarikat Air Terengganu (SATU) semalam.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Yahaya Ali berkata, antara yang dibincangkan adalah untuk menyelesaikan pelbagai isu air yang dibangkitkan pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu.“Pada masa sama, kita mendapat maklumat secara berdepan berkaitan pelbagai perkara, antaranya isu paip bocor dan kaedah menyelenggara di kawasan tertentu,” katanya ketika dihubungi hari ini.Dato’ Yahaya turut memberitahu, dalam pertemuan itu wakil-wakil rakyat yang hadir berpuas hati dengan penjelasan pihak SATU atas isu air yang menjadi kegusaran rakyat seperti bekalan air terputus, tekanan air rendah dan paip bocor.“Manakala pihak Pertubuhan Sejahtera berpuas hati dengan komitmen SATU untuk menyalurkan sebahagian peruntukan Corporate Social Responsibility (CSR) untuk program kepentingan masyarakat setempat,” katanya.“Oleh itu, pihak kami berharap pertemuan seumpama itu dapat diteruskan kerana bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara badan legislatif dengan anak syarikat kerajaan negeri, malah mengetahui maklumat secara 'first hand',” katanya.
28 Aug 19
27
Guru Al-Quran Terengganu Bertambah 1,000 Orang Lagi
Ustaz Satiful Bahri Mamat.KUALA TERENGGANU, 28 Ogos - Kerajaan negeri telah menambah guru al-Quran daripada 732 kepada 1,700 orang.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, ia melibatkan tambahan elaun daripada RM3.2 juta kepada RM7 juta.Katanya, peruntukan untuk kefahaman al-Quran ditambah oleh kerajaan negeri, bukan berkurang atau dikurangkan."Penyelarasan itu dibuat bagi mengimbangi elaun guru Kelas Fardu Ain (KAFA) yang turut melakukan tugasan sama."Mereka itu ialah yang terlibat di bawah KEMAS dan Tadika Perpaduan di bawah Kerajaan Pusat," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Guru berkenaan akan diselaraskan elaun mereka dari RM500 kepada RM400 mulai bulan depan dan isu ini tular di media sosial hari ini.Satiful yang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paka itu menjelaskan, elaun itu boleh dikekalkan atau ditingkatkan sekiranya Kerajaan Pusat memberi peruntukan sewajarnya.Di samping itu kata beliau, kerajaan negeri membuka lebih banyak peluang untuk anak-anak negeri mempelajari al-Quran dengan kewujudan guru yang ramai di setiap kawasan."Ia juga mengurangkan bebanan tugas yang ditanggung guru al-Quran apabila semakin meningkat permintaan untuk belajar al-Quran."Dahulu seorang guru mengawal 10 murid tetapi sekarang seorang guru hanya lima orang murid sahaja," katanya.
28 Aug 19
181
Azizulhasni Buru Tiket Ke Tokyo
Mohd Azizul Hasni Awang.NILAI, 28 Ogos - Dua pingat emas yang dimenangi pada hari pertama Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan di Velodrom Nasional, di sini, pada Ahad menjadi pembakar semangat untuk Mohd Azizul Hasni Awang melakar keputusan positif dalam beberapa kejohanan selepas ini.Jaguh berbasikal negara itu menjelaskan beliau tidak menyangka dapat menewaskan seorang lagi pelumba kebangsaan, Muhammad Fadhil Mohd Zonis dalam acara 1km ujian masa individu lelaki, memandangkan acara berkenaan merupakan acara pilihan pelumba kelahiran Selangor itu.Anak jati Terengganu itu meraih emas dalam acara berkenaan setelah mencatat masa terpantas 1 minit 03.168 saat, disusuli Muhammad Fadhil dengan pingat perak (1:04.283 saat), manakala pelumba Johor, Amar Danial Masri terpaksa berpuashati dengan pingat gangsa setelah mencatat masa 1 minit 05.052 saat."Secara keseluruhannya, saya berpuashati dengan pencapaian saya, tetapi saya turut gembira dengan pencapaian Muhammad Fadhil dan rakan senegara yang lain, kecuali kepada Muhammad Shah Firdaus Sahrom yang kurang sihat," katanya ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya perlumbaan berkenaan.Mohd Azizulhasni turut memenangi acara pecut setelah menewaskan Muhammad Fadhil.Dalam pada itu, Mohd Azizulhasni yang lebih dikenali sebagai "The Pocket Rocketman" memaklumkan beliau berpuashati dengan kutipan mata yang diraihnya pada kejohanan berkenaan dan Kejohanan Grand Prix Asia Tenggara, di venue yang sama, baru-baru ini bagi menempah tiket beraksi kejohanan Siri Piala Dunia seterusnya yang merupakan medan kutipan mata ke Sukan Olimpik Tokyo 2020."Bagi saya, pungutan mata yang saya perolehi ketika ini sudah memadai untuk layak beraksi pada Siri Piala Dunia, tapi saya rasa Muhammad Shah masih perlu banyak mencari mata dalam beberapa kejohanan selepas ini," katanya.Pandangan sama turut disuarakan pelumba wanita elit negara, Fatehah Mustapa yang meraih dua emas dalam acara 500m ujian masa individu dan pecut wanita, dan menyifatkan kejohanan berkenaan sebagai medan pemanas terbaik sebelum menyertai Kejohanan Berbasikal Trek Piala Asia di India dari 21-23 September depan."Alhamdulillah, saya amat berpuashati dengan pencapaian saya pada kali ini, terutamanya catatan masa saya pada kejohanan ini walaupun ia agak sedikit menurun berbanding Kejohanan GP Asia Tenggara, di sini, baru-baru ini."Kejayaan ini merupakan pembakar semangat untuk saya kembali bangkit untuk memburu pingat di India nanti," jelas pelumba berusia 30 tahun itu.SUMBER: BERNAMA
27 Aug 19
62
Kerajaan Negeri Sedia Timbangkan Baik Pulih Bangunan Lama SMK Landas
Oleh : Khairuddin YusoffHULU TERENGGANU, 28 Ogos - Kerajaan negeri sedia mempertimbangkan sejumlah peruntukan bagi membaikpulih bangunan lama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Landas supaya sesi pembelajaran dapat diteruskan seperti biasa.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil Ustaz Maliaman Kassim berkata, pihaknya telahpun membuat satu keputusan dan akan membantu sekolah dengan menyiapkan proses bangunan lama yang tidak diduduki bagi membolehkan pelajar yang terjejas akibat kerosakan bangunan asal yang dilanda ribut semalam.“Kita juga akan meluluskan satu peruntukan untuk menggantikan lampu - lampu yang rosak dan baikpulih tandas dengan jangkaan kos keseluruhan proses baikpulih bangunan setelah diluluskan dalam perbincangan dalam masa terdekat.“Itu yang ditanggung oleh kerajaan negeri, sementara bangunan yang rosak dalam proses penilaian baikpulih oleh oleh Jabatan Kerja Raya (JKR),”jelasnya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika mengadakan lawatan di sekolah tersebut bersama Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh dan Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Muhyiddin Abdul Rashid, pagi tadi.Turut hadir, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Rosli Chik.Menurut Maliaman, kerja- kerja pembersihan dan pemindahan turut mendapat kerjasama dari Jabatan Amal Malaysia (JAM) Ajil serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) berdekatan.“Kita telah menghantar Pasukan Unit Amal dan MPKK untuk membersih bilik - bilik kelas dan mengeluarkan barang - barang yang masih boleh digunapakai ke bangunan baru untuk dijadikan kelas.Alhamdulillah kerja - kerja pembersihan ini mendapat kerjasama yang sangat baik daripada mereka dan akan diteruskan sehingga esok, “ katanya.Sementara itu, Shafrudin berkata proses membaik pulih dua bangunan SMK Landas yang rosak akibat ribut dijangka siap sepenuhnya sebelum sesi persekolahan 2020 yang bermula Januari depan melibatkan peruntukan RM400,000 daripada Kementerian Pendidikan.“Seramai 315 pelajar menjalani sesi persekolahan seperti biasa manakala pelajar yang menduduki bangunan itu akan dipindahkan buat sementara waktu di blok kosong yang menempatkan pelajar Tingkatan Enam.“Unit Forensik Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menjalankan siasatan terperinci menilai jenis kerosakan dan kos diperlukan bagi membaiki kerosakan bangunan ini," katanya lagi.Terdahulu, kejadian ribut kira-kira jam 3 petang semalam menyebabkan kemusnahan teruk pada struktur bumbung dua bangunan di sekolah ini serta kerosakan pendawaian elektrik walaubagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
27 Aug 19
1238
Penjawat Awam Perlu Terap Nilai Islam Dalam Pekerjaan
KUALA TERENGGANU, 28 Ogos - Penjawat awam perlu sentiasa menitikberatkan etika kerja berlandaskan nilai Islam agar sesuatu pekerjaan yang dilakukan itu membawa keberkatan dan keredhaan Allah S.W.T.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd. Zahari Md. Azahar berkata, ianya selaras dengan hasrat kerajaan menjadikan Terengganu sebuah negeri yang `Maju, Berkat dan Sejahtera’ yang mana penjawat awam di negeri ini juga perlu berpegang kepada prinsip berkenaan.“Laksanakan setiap tugasan dengan penuh amanah, dan jadikan prinsip berkenaan sebagai arah tuju kita sebagai kakitangan kerajaan.“Memandangkan majoriti rakyat negeri ini Melayu dan beragama Islam, nilai-nilai Islam seperti amanah, dedikasi, berdisiplin, bertanggungjawab, tekun dan lain-lain lagi sepatutnya menjadi panduan semasa kita bekerja,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Perhimpunan Bulanan Warga Kerja Wisma Darul Iman di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Penasihat Undang-undang Negeri, Dato’ Azhar Abdul Hamid, Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Zainal Abidin Hussin dan Tengku Seri Bijaya Raja, Pengarah Tanah dan Galian Negeri, .Sempena perhimpunan bulanan itu juga, beliau turut menyempurnakan penyampaian Anugerah Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu yang terbahagi kepada lapan kategori.Calon terbaik bagi Anugerah Go Green dimenangi Oleh Zon Tingkat 9 Bahagian Khidmat Pengurusan, Hasil Kreativiti Terbaik (Zon Tingkat 15 Bahagian Khidmat Pengurusan), Tandas Terbaik (Zon Perumahan, Unit Perumahan).Manakala, Bilik Fail Terbaik (Zon Tingkat 8 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia), Meja Kerja Terbaik ( Che Md Hazwan Che Md Hassan dari Unit Perumahan) dan Bilik Pegawai Terbaik (Mohd Azmi Mustafa) dari Bahagian Khidmat Pengurusan.Pantri Terbaik (Zon Perumahan, Unit Perumahan), Stor Terbaik (Zon Tingkat 2 Bahagian Pembangunan Teknologi Maklumat) serta Zon Terbaik dimenangi Zon Perumahan dari Unit Perumahan.Pada perhimpunan itu, Mohd Zahari juga menyempurnakan penyampaian sijil kepada 15 penerima Anugerah Pekerja Bulanan Wisma Darul Iman bagi bulan Mei, Jun dan Julai 2019 serta penyampaian Anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang 2018 kepada Mohamad Rozali Sulong dari Majlis Perbandaran Kemaman.
27 Aug 19
218