Artikel "Utama" Terkini
Lupakan Persengketaan, Semai Kasih Sayang Dalam Tahun Baharu - MB Terengganu
Ahmad Samsuri menyampaikan ucapan khas sempena menyambut kedatangan tahun baharu 1441H.MARANG, 1 September - Seluruh rakyat Terengganu diseru melupakan segala persengketaan lampau dalam mengharungi tahun baharu Hijrah.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pertelingkahan berpanjangan menyebabkan rakyat dan umat islam senang digugat oleh anasir-anasir luar.Jelasnya, persaudaraan antara Muhajirin dari Mekah dan Ansar di Madinah patut dijadikan contoh kerana ia berjaya melahirkan kuasa rakyat yang kuat di Madinah ketika itu."Semailah semangat kasih sayang sesama kita sebagaimana tersemat kasih sayang antara Muhajirin dan Ansar."Begitu juga semarakkanlah semangat perpaduan atas nama persaudaraan sesama insan dengan kalangan bukan Islam sebagaimana pembentukan Piagam Madinah antara umat Islam dan Yahudi," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap selepas Majlis Tahlil dan Solat Hajat sempena Sambutan Ambang Maal Hijrah 1441H, di Masjid Bukit Payung, semalam.Ahli Dewan Negara, Dato' Husin Awang (dua dari kanan) turut hadir dalam sambutan itu.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' Mohd Zahari Md Azahar serta Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMKN).Menurut Ahmad Samsuri lagi, kejayaan dan kemenangan yang dicapai dapat dilihat dan dinilai dengan kesungguhan serta kegigihan setiap individu."Bertindak secara berjemaah dengan penuh kejujuran dan keikhlasan dengan mengenepikan segala kepentingan sendiri semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah," tambah beliau.Majlis yang bermula pada jam 8.00 malam itu dihadiri kira-kira 1,000 penduduk setempat.Solat hajat dan tahlil sempena menyambut kedatangan tahun baharu hijrah itu turut diadakan serentak di seluruh masjid dalam negeri berkenaan.
31 Aug 19
80
Kukuhkan Semangat Perpaduan Dan Patriosme Demi Negara
KUALA TERENGGANU, 31 Ogos - Semangat perpaduan dan integrasi nasional merupakan senjata terpenting yang perlu dimiliki dan pelihara dalam memperkukuhkan lagi semangat patriotisme di kalangan rakyat kepada negara yang tercinta.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum yang unik dan menjadikannya istimewa dan terbilang di mata dunia.Katanya, ini bukanlah masanya untuk rakyat berpecah-belah dan saling berbalah."Walau apa jua dugaan yang datang, kita tidak boleh berputus asa, sebaliknya harus terus mara ke hadapan untuk memajukan negara berasaskan perpaduan nasional."Pahatlah perasaan kasih sayang yang kukuh kepada negara Malaysia dengan harapan agar amanah bangsa yang dipikul bersama menjadikan Malaysia berteraskan budi pekerti yang indah, berintegriti dan jujur menjadi amalan kehidupan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Sambutan Ambang Merdeka Sempena Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Terenggganu, semalam.Tambah Ahmad Samsuri lagi, perpaduan dan integrasi nasional yang terbina semenjak usaha memperolehi kemerdekaan dahulu lagi juga perlu diteruskan."Ia harus disemai supaya negara ini terus berada di dalam arah kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan untuk dinikmati oleh generasi seterusnya," katanya.Beliau juga menggesa generasi muda pada hari ini untuk ‘menghargai dan menghayati’ erti kemerdekaan sebagai pewaris bangsa untuk generasi akan datang."Tugas kita pada hari ini adalah memenuhi dada dengan ilmu pengetahuan agar kemerdekaan yang dimiliki ini dapat dipertahankan dan dikekalkan."Tanpa ilmu pengetahuan yang tinggi, kemerdekaan yang kita bangga dan agongkan sebelum ini akan menjadi kenangan," kata Ahmad Samsuri lagi.Beliau juga berkata sebagai bakal pewaris negara, mereka perlu sentiasa berjiwa besar, bersemangat kental, penuh semangat patriotik seterusnya mewariskan kemerdekaan ini kepada generasi yang akan datang hingga ke hujung nyawa mereka.
31 Aug 19
95
Hari Kebangsaan Serlah Kesepakatan Kaum Di Terengganu
Aina (kiri), Preti (tengah), Dao Xien (kanan).KUALA TERENGGANU, 31 Ogos – Sambutan Kemerdekaan ke-62 Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Batu Buruk, hari ini berjaya menyerlahkan kesepakatan antara Melayu, Cina dan India di negeri berkenaan.Gabungan tiga kaum itu menobatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hwa Wei Sin selaku juara perarakan bagi kategori Pancaragam.Guru pengiring, Chua Chia Shing berkata, kemenangan tahun ini adalah yang paling bermakna walaupun sudah beberapa kali menyertai dan memenangi pertandingan itu.“Tahun-tahun sebelum ini kami menjadi johan kecuali tahun lepas, jadi kemenangan (tahun) ini adalah kebangkitan bagi kami (dengan gabungan pelbagai kaum).Pancaragam Swadaya SMK Chung Hwa Wei Sin“Sambutan tahun ini lebih meriah, dengan kehadiran penonton yang sangat ramai dan penyertaan pasukan bertanding pun bertambah berbanding tahun-tahun lepas,” ujarnya ketika ditemui media selepas program tersebut.Mengulas lanjut, Chia Shing menjelaskan masalah perpaduan tidak pernah timbul di Terengganu, bahkan beliau terasa sangat terharu dengan layanan baik kaum lain di negeri berkenaan.Sementara itu, menurut Setiausaha Pasukan Pancaragam sekolah terbabit, Aina Najad Ramli, latihan selama dua bulan bagi menghadapi pertandingan itu ternyata berbaloi setelah menjadi johan pada hari ini.“Walaupun bersekolah dan bergaul dengan orang yang berbeza agama serta kaum, pasukan kami berjaya membuktikan bahawa perbezaan itu bukanlah menjadi penghalang kepada kami,” katanya.Dalam pada itu, alumni sekolah terbabit, Preti Kaul Gill a/p Jagjit Singh Gill yang turut hadir memberikan tunjuk ajar dan sokongan sangat berbangga dengan kemenangan tersebut.“Dalam pasukan ini walaupun bercampur agama dan kaum, kami langsung tidak merasa kekok, kami satu keluarga, dan itu yang menguatkan kami,” tambahnya.SMK Chung Hwa Wei Sin muncul sebagai juara dalam kategori Pancaragam selepas menewaskan dua lagi pencabar daripada SMK Tengku Bariah serta SMK Lembah Bidong yang masing-masing di tempat kedua dan ketiga.Mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM4,000 beserta piala pusingan.
31 Aug 19
1320
Sambutan Hari Kebangsaan Di Terengganu Meriah, Penuh Semangat Patriotik
Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Mua'az melakukan tabik hormat kepada pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)KUALA TERENGGANU, 31 Ogos - Rakyat pelbagai kaum dan usia membanjiri Dataran Batu Burok di sini, hari ini bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat negeri Terengganu yang diraikan dengan penuh semangat patriotik.Sebahagian pengunjung termasuk yang datang bersama keluarga seawal jam 7 pagi tadi, menggayakan busana bercorak Jalur Gemilang, serta mengibarkan bendera Malaysia dengan bersemangat.Tidak kurang juga ramai di antara mereka yang memenuhi setiap ruang di laluan perarakan bagi menyaksikan dengan lebih dekat acara bersejarah itu.Yang DiPertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan turut berangkat menyaksikan sambutan dan berkenan menyampaikan hadiah kepada peserta pertandingan perarakan serta perbarisan.Baginda tiba di Pentas Diraja kira-kira jam 9.30 pagi bagi menyaksikan perarakan kontinjen melintas Pentas DiRaja dan mempersembahkan ‘Hormat DiRaja’ selain persembahan sempena hari bersejarah itu.Kaum Cina turut serta dalam perarakan sebagai menjiwai semangat kemerdekaan.Turut mengiringi ialah adinda-adinda baginda, Tengku Muhammad Mua’az Sultan Mizan dan Tengku Fatimuz Zahra’ Sultan Mizan yang disambut oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Perarakan sejauh 2.8 kilometer disertai seramai 4,165 orang daripada 123 pasukan bermula dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah melalui Jalan Sultan Sulaiman, Bulatan Batu Bersurat, hadapan Hospital Sultanah Nur Zahirah, simpang Batu Burok dan berakhir di Dataran Batu Buruk.Perarakan tahun ini turut digimikkan oleh perarakan beca yang akan dinaiki oleh barisan tertinggi pentadbiran negeri Terengganu.Usai perarakan, lebih 5,000 orang ramai yang hadir menyertai sambutan dihidangkan dengan persembahan silat gayung, sketsa ‘liku-liku mencapai kemerdekaan’, nyanyian lagu patriotik dan seni pertahanan diri dari pasukan polis.Mengakhiri acara, lebih RM77,500 hadiah disampaikan kepada pasukan yang bertanding dengan johan setiap kategori layak menerima wang tunai RM4,000 beserta piala pusingan, naib johan, RM3,000 dan piala pusingan, serta tempat ketiga layak membawa pulang RM2,000 dan piala pusingan.Sketsa kemerdekaan yang menyentuh hadirin.Manakala juara keseluruhan Perarakan Merdeka yang dimenangi oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta piala pusingan.
30 Aug 19
841
Insafi Dan Jangan Persiakan Nikmat Kemerdekaan
KUALA TERENGGANU, 31 Ogos - Erti kemerdekaan yang sebenar membolehkan anak bangsa mengurus dan membangunkan tanah airnya mengikut acuan, citarasa serta menepati keperluan sebenar warganya.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata tanpa kalimah ini, warga negara tidak akan dapat merealisasikan apa yang ada sekarang."Tanpa kemerdekaan, kebebasan memerintah, mengurus serta mentadbir acuan sendiri tidak akan dapat direalisasikan."Oleh sebab itu adalah sangat wajar bagi semua warganegara untuk menginsafi tentang tanggungjawab untuk memelihara keamanan yang ada dengan sebaiknya," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika membaca perutusan sempena Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, di sini hari ini.Ahmad Samsuri juga berkata sebagai sebuah negeri yang menjadikan Islam sebagai teras pemerintahan, adalah satu kewajaran untuk menghayatinya dalam konteks yang luas."Oleh sebab itu, Islam harus difahami dalam konteks yang lebih luas dan menjadi panduan dalam menyusun kehidupan insan samada individu mahu pun dalam konteks pengurusan masyarakat dan bernegara," jelasnya.Seramai 4,165 peserta dari 123 pasukan mewakili jabatan, agensi kerajaan persekutuan dan negeri, badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri, syarikat korporat, institusi pengajian, sekolah, kumpulan pancaragam dan badan-badan NGO. menyertai perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-62 peringkat negeri kali ini.Sebelum memulakan perarakan semua peserta berkumpul di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, kira-kira jam 7 pagi.Acara dimulakan dengan perbarisan dan penyerahan Jalur Gemilang serta nyanyian lagu Negaraku sebelum diteruskan dengan bacaan doa.
30 Aug 19
189
Azizulhasni Rangkul Gelaran Pecut, Keirin Di China
Foto - BernamaKUALA TERENGGANU, 31 Ogos - Skuad berbasikal berbasikal trek negara menghadiahkan tiga pingat emas pada Kejohanan Berbasikal Trek Antarabangsa China 2019 yang berlangsung di Velodrom Laoshan, Beijing, semalam.Lebih manis, kejayaan itu dicapai sempena Hari Kebangsaan ke-62 hari ini.Jaguh negara Mohd Azizulhasni Awang menyumbang dua pingat emas masing-masing dalam acara keirin dan pecut manakala satu lagi emas diperolehi menerusi pelumba meningkat naik Anis Amira Rosidi menerusi acara keirin wanita.Azizulhasni atau jolokannya The Pocket Rocketman meraih emas acara pecut menewaskan pelumba Kazakhstan, Andrey Chugay, yang meraih perak manakala pelumba tuan rumah Zhou Yu terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa.Dua lagi pelumba negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Zonis yang mewakili Yayasan Sime Darby (YSD) masing-masing menamatkan saingan di tempat keempat dan ke-12.Dalam acara kegemarannya pula, Azizulhansi yang mewakili Team Azizul mengetepikan pelumba Taiwan, Kah Shing Fen yang meraih perak manakala Muhammad Fadhil pula di tempat ketiga.Anis Amira turut cemerlang apabila mengungguli acara keirin wanita menewaskan pelumba Jepun, Ohta Riyu dan Crismonita Dwi Putri dari Indonesia di tempat ketiga.- Bernama
30 Aug 19
115
Projek Darurat Pengkalan Maras Perlu Diluluskan Segera
Shaharizukirnain.SETIU, 30 Ogos - Kerajaan Pusat digesa agar segera meluluskan projek darurat sebagai persediaan awal untuk berhadapan dengan peralihan monsun yang dijangka pada akhir bulan September.Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, dalam Sidang Bajet Parlimen November tahun lalu beliau telah menyuarakan isu hakisan pantai Pengkalan Maras kepada Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), Dr Xavier Jayakumar sebelum satu projek 'nearshore breakwater' di kawasan itu diluluskan.Walau bagaimanapun, projek yang menelan belanja RM90 juta tersebut mengambil masa yang lama untuk dibina dan disiapkan."Projek pembinaan ‘breakwater’ itu masih dalam proses reka bentuk dan dijangkakan bermula pada awal tahun 2021 dan akan mengambil masa yang panjang untuk disiapkan," ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.Menurut beliau lagi, kelulusan projek tambakan pasir yang bernilai hampir RM10 juta juga tidak menyelesaikan masalah di Pengkalan Maras kerana peruntukan itu tidak melibatkan kawasan itu.Tinjauan yang dilakukan oleh Shaharizukirnain baru-baru ini.Katanya, masalah serta kerugian lain akan terus muncul sekiranya tiada tindakan segera bagi menyelesaikan masalah terbabit."Mengikut Laporan daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kerugian yang telah dialami sehingga Januari lalu adalah dianggarkan sebanyak RM3.75 juta dan telah meningkat kepada RM7.51 juta pada bulan Ogos."Apa yang lebih membimbangkan, kerugian ini dijangka akan terus meningkat kepada RM23.75 juta sekiranya masalah ini tidak diatasi segera, hakisan akan merosakkan tanah perkuburan Islam, chalet, premis-premis perniagaan, jalan berturap, kawasan pendaratan ikan. Tegas Shaharizukirnain, rakyat setempat amat memerlukan projek darurat tambakan pasir yang sekurang-kurangnyanya 500 meter panjang dengan 40 meter lebar."Ia bermula dari hujung lapis lindung batu (rock revetment) sedia ada sehingga sekurangnya 500m ke utara iaitu meliputi kawasan hakisan kritikal bagi mengelak hakisan semakin teruk dan merebak ke bahagian lain. "Saya juga menyokong permohonan Kerajaan Terengganu supaya Kerajaan Pusat segera meluluskan peruntukan darurat sebanyak RM5 juta serta menyeru agar semua pihak bekerjasama menjaga ekosistem alam yang diberikan oleh Allah," tambah beliau.
30 Aug 19
29
Ustaz Ariffin Lepas 360 Peserta ‘Primula Charity Ride’ Semalam
Ariffin (lima dari kanan) melepaskan peserta ‘Primula Charity Ride’ di Perkarangan Primula Beach Hotel di Batu Buruk Kuala Terengganu malam semalam.KUALA TERENGGANU, 30 Ogos – Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri Ustaz Ariffin Deraman melepaskan (Flag Off) seramai 360 peserta Program ‘Primula Charity Ride’ di Perkarangan Primula Beach Hotel di Batu Buruk di sini malam semalam.Pengurus Besar hotel itu Suaibah Harun berkata program tersebut diadakan berkolaborasi dengan Terengganu Cycling Team (TSG) bertujuan bagi mengutip derma untuk Majlis Aids Malaysia bagi meringankan beban tanggungan kos perubatan pesakit-pesakit Aids.Katanya, dengan penyertaan itu menandakan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kesungguhan dan kegigihan semua pihak bagi membela nasib dan menjaga kebajikan pesakit Aids.Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbarnya sempena program tersebut yang diedarkan kepada media semalam.Suaibah (kiri) mengedarkan Jalur Gemilang kepada pengguna jalan raya di hadapan jalan masuk Primula Beach Hotel Batu Buruk Kuala Terengganu.Baru-baru ini media melaporkan jumlah bilangan pesakit HIV dalam kalangan homoseksual di Terengganu menunjukkan peningkatan berbanding mereka yang menggunakan suntikan.Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohd Jusoh berkata, ‘trend’ risiko jangkitan HIV mula berubah daripada aktiviti berkongsi jarum kepada aktiviti sosial seks bebas.Katanya, pada tahun 2018 risiko jangkitan disebabkan homoseksual meningkat kepada 37.1 peratus berbanding 27.1 peratus.Dalam satu kenyataan lain Suaibah berkata, sempena Menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-62, hotel tersebut turut mengadakan Program Agihan Jalur Gemilang petang semalam.“Objektif utama program ini adalah untuk menyambut baik gesaan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar rakyat mengibarkan Jalur Gemilang bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kemerdekaan yang akan berlangsung pada 31 Ogos ini (esok),” jelasnya.Program itu juga katanya, bertujuan mengeratkan hubungan di antara warga kerja Primula dengan masyarakat sekitar di samping memupuk semangat cinta dan kesetiaan kepada negara.“Mengebar bendera adalah cara mudah sebagai tanda kita menjiwai semangat patriotik dalam diri masing-masing. Kibarkan Jalur Gemilang, Sayangi Malaysia ku, Malaysia Bersih,” ujarnya.
30 Aug 19
264
Besut Destinasi Pelancongan Menarik Terengganu
Ariffin (dua dari kiri) cuba mengukir ukiran kayu di Desa Ukiran Kampung Raja Besut semalam. BESUT, 30 Ogos - Daerah Besut menjadi satu detinasi pelancongan menarik di Terengganu kerana mempunyai banyak detinasi perlu dikunjungi termasuk lata (air terjun rendah) dan kolam air panas semula jadi.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri Ustaz Ariffin Deraman berkata, kerajaan negeri hari ini (semalam) membuat lawatan secara rasmi ke beberapa detinasi menarik termasuk Taman Rekreasi Air Panas (La Hot Spring), Kolam Air Deru Ecopark, Hutan Lipur Lata Tembakah dan Desa Ukiran Kampung Raja.Katanya, destinasi pelancongan itu telah menarik kehadiran berpuluh ribu pelancong domestik dan luar negeri setiap tahun.“Ini tidak termasuk, pengunjung ke Pulau Perhentian dan lain-lain tempat di daerah Besut,” katanya ketika ditemui Media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di La Hot Spring di sini semalam.Untuk rekod La Hot Spring diurus sendiri oleh Majlis Daerah Besut.Sebelum itu beliau diberi taklimat dari beberapa agensi kerajaan mengenai keperluan dan kemudahan pelancongan di daerah itu di Pejabat Tanah dan Daerah Besut di sini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat itu berkata, Besut juga mempunyai banyak aktiviti seni budaya termasuk wayang kulit, Dikir Barat dan seni ukiran kayu serta pertukangan besi.Di Desa Ukiran umpamanya mempunyai 18 orang pelatih untuk seni ukiran kayu bagi dijadikan hiasan di premis kediaman dan seumpamanya.“Seni ukiran akan ada pelapisnya di Terengganu walaupun tidak sama dengan Adi Guru (Pakar Rujuk) yang sedia ada dalam bidang seni ukir ini,” jelasnya.Katanya, beberapa makanan dan kuih muih istimewa juga banyak dijual di daerah itu termasuk kuih tahi itik, gulai itik dan lain-lain.
30 Aug 19
454
Festival Floria Diraja : Terengganu Idam Raih Anugerah Utama
Yang Dipertuan Agong serta Raja Permaisuri melihat replika Batu Bersurat yang menjadi elemen dalam Laman Darul ImanPUTRAJAYA, 30 Ogos - Terengganu yang diwakili Majlis Perbandaran Dungun (MPD) meletakkan sasaran untuk meraih anugerah utama, 'President Award' dalam Festival tumbuhan dan bunga hiasan, Floria Diraja Putrajaya (RFP) 2019.RFP edisi ke-11 itu berkonsepkan Bonsai & Orkid telah dirasmikan oleh Yang Dipertuan Agung, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.Arkitek Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Wan Muzammir Wan Arif berkata, selepas menggondol lima anugerah pada pameran sama tahun lepas, pihaknya menyasarkan untuk meraih kejayaan yang lebih tinggi kali ini.Jelasnya, berdepan dengan 10 lagi pencabar dalam kategori 'Government And Corporate Design', gabungan konsep moden, 'Drawbridge' dan tradisional, Batu Bersurat dalam pembinaan 'Laman Darul Iman' menjadi taruhan."Kita yakin bahawa kita mempunyai peluang untuk menjuarai kategori-kategori yang telah dipertandingkan sebagaimana tahun lepas."Dan sebenarnya kita target untuk memenangi anugerah 'President Award' tahun ini, kerana kita tidak pernah memenangi anugerah kita sebelum ini," ujarnya ketika ditemui media sempena festival tersebut di Taman Botani, Presint 1.Wan Muzammir.Menurut Wan Muzammir lagi, konsep dan elemen yang digarap bersama tujuh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri itu juga bertujuan memperkenalkan Terengganu sebagai destinasi pelancongan terbaik."Konsep yang kita tonjolkan batu bersurat dan drawbridge ini untuk kita maklumkan kepada seluruh rakyat Malaysia dan pelancong yang melawat landskap pada pameran kali ini," tambah beliau.Istimewanya pameran kali ini ialah penampilan bunga orkid yang dinamakan sebagai Vanda Queen Azizah Iskandar sempena nama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.Pameran yang bermula pada 31 Ogos hingga 8 September itu turut dimeriahkan dengan beberapa bahagian utama antaranya Magical Garden, Musical Garden, Royal Garden, The Magic of Bonsai & Suiseki dan Pertandingan Orkid Antarabangsa.Laman Darul Iman
29 Aug 19
989