lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
SUTERA: Marang Sasar 17 Emas
Oleh: Muhammad Syafiq SyakirinMarang, 2 September – Kontinjen Marang menyasarkan sekurang-kurangnya 17 emas dalam dalam Sukan Terengganu (SUTERA) yang bakal  membuka tirainya pada 5 September ini.Sasaran emas, termasuk sukan berbasikal, silat, olahraga,pingpong,  tenpin boling, sepak takraw dan bola tampar. Ketua SUTERA Kontinjen Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, walaupun  Marang antara daerah terkecil di negeri ini tetapi pihaknya akan memastikan atlet yang bertanding dapat memberi  saingan sengit bagi mencapai sasaran itu “Daerah kecil, bukan alasan  untuk membuktikan bahawa kami turut dapat bersaing dengan kontijen –kontijen yang lain,” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan pada Majlis Himpunan Atlet SUTERA  Kontinjen Marang 2019 di Dewan Utama , Majlis Daerah Marang ,Kampung Paya, di sini semalam.Turut hadir pada acara tersebut Pengurusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan, Mohd Nor hamzah dan Timbalan  Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat, Sulaiman Sulong.Jelasnya lagi, kontijen Marang yang  akan menggunakan maskot sotong bakal  menghantar seramai 218 atlet yang akan bertanding bertanding dalam 13 acara SUTERA. ““Kita hanya mampu menghantar atlet sejumlah itu,  sesuai dengan daerah kita yang kecil akan tetapi kita pergi dengan semangat juang yang besar bagi memastikan ‘sotong’ dapat memberi kesan yang kepada pihak lawan” kata beliau
03 Sep 19
58
Empty Image
Penutupan Kilang Padi Melayu Tidak Berlaku Di Terengganu
Azman Ibrahim.SETIU, 3 September - Penutupan kilang padi milik orang Melayu akibat kekurangan sumber tidak berlaku di Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim menegaskan, penghasilan padi yang banyak di Besut dan Setiu menyebabkan kilang padi di negeri berkenaan mendapat sumber cukup untuk beroperasi.Jelasnya, dua buah syarikat yang beroperasi iaitu Kilang Bernas di Bukit Kenak, Jerteh serta Kilang Mutiara Timur di Kerandang adalah milik orang melayu sepenuhnya."Berbeza dengan kilang padi di negeri lain seperti Kedah yang tidak cukup padi untuk dikilangkan, di Terengganu pula padi tidak cukup kilang terutama ketika kemuncak musim menuai."Lori yang bawa padi terpaksa beratur sehari semalam menunggu giliran di hadapan Kilang Bernas untuk buang padi."Malah padi dari Terengganu sebahagiannya hanya dikeringkan di Kilang Bernas sebelum dihantar untuk diproses di Kedah," ujar beliau dalam satu kenyataan semalam.Mengulas lanjut, beliau memaklumkan masalah kekurangan kilang untuk menampung padi di Terengganu akan diselesaikan secepat mungkin."Insya-Allah semua itu akan selesai apabila Kilang Padi milik Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) di Baruh Masin, Hulu Besut mula beroperasi dalam masa terdekat dengan kapasiti pemperosesan sebanyak 400 tan sehari," tegas beliau.
03 Sep 19
241
Empty Image
Konsep Sukan Patuh Syariah Dilaksanakan Selepas Rangka Garis Panduan Yang Jelas
KUALA TERENGGANU, 3 September - Kerajaan Terengganu tidak akan melaksanakan pemakaian patuh syariah kepada atlet sukan di negeri itu sehingga pihak mereka menemui jalan penyelesaian serta merangka garis panduan yang jelas .Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata pihaknya masih belum ada keputusan muktamad mengenai pelaksanaannya yang mana mesti mematuhi syariah yang diturun oleh Allah Taala dalam agama Islam dan ia bukan sesuatu yang mudah serta mampu meliputi semua aspek berkaitan dengan konsep berkenaan.“Kerana itu dalam konteks patuh syariah sukan  di negeri Terengganu ini , kita perlu melihat dalam konteks yang luas seperti  bukan hanya berkaitan dalam sukan bola sepak sahaja, ia juga berkaitan dengan sukan olahraga, renang, gimnastik dan ada kaitan dengan semua sukan yang ada dalam negara kita ini samada yang kita sertai dalam sukma  atau yang atlet sertai dalam sukan diperingkat antarabangsa seperti  Sukan Asia, Olimpik dan sebagainya.“Erti patuh syariah ini bukan dalam erti yang sempit, kaitkan dengan menutup aurat sahaja (tidak) ia juga termasuk dalam pergaulan, perkara-perkara teknikal dalam sukan-sukan tersebut termasuk pemulihan bila berlaku kecederaan dan sebagainya…semuanya berkait dengan patuh syariah.“Sebab tu bila kita sebut Terengganu nak laksana konsep sukan patuh syariah ia bukan bermaksud kita nak atlet kita pakai pakaian menutup aurat semata-mata sebab dalam konteks menutup aurat ni bukan semata-mata tutup..ia ada syarat dia,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas  Bengkel Syariah Sukan di Primula Hotel, di sini hari ini.Tambah Wan Sukairi, bengkel berkenaan diadakan selepas pihaknya memohon Mufti Terengganu, Sahibul Samahah Dato’ Dr Zulkiply Muda membuat kertas lengkap garis panduan  berkaitan dengan patuh syariah  untuk sukan negeri Terengganu dan ia merangkumi semua bidang-bidang sukan yang ada di negara ini.“Hari ini bila siap kertas, maka kita buat bengkel untuk dapat pandangan pelbagai pihak kerana menurut Mufti, Islam ini sangat luas dan tidak tertakluk kepada satu pandangan."Jadi kita kumpulkan cendikiawan Islam, yang berilmu dan punyai keutamaan  dalam agama, pensyarah-pensyarah Universiti , pegawai-pegawai sukan negeri Terengganu dan Kelantan serta wakil-wakil dari persatuan sukan supaya mereka beri pandangan mereka sebab kita nak tahu kesesuaiannya,” katanya lagi.Sementara itu, pihaknya juga mengalu-alukan pereka-pereka fesyen tempatan dan luar bagi menyumbang idea untuk konsep pakaian patuh syariah. “Saya setuju mana-mana pereka fesyen dapat cadangkan kepada kita satu sampel pakaian wanita untuk bersukan , tak kira lah berbasikal ke atau sukan apa-apa pun, datangkan kepada kita satu sampel dan pada masa yang sama kita akan berusaha untuk mencari  pereka fesyen yang boleh buat pakaian sukan patuh syariah  untuk wanita khususnya mengikut jenis apa yang dikehendaki oleh sukan berkenaan.“Ambil kira jenis fabriknya, cara jahitan dan apa yang digunakan semua kita ambil kira…kalau ada, kita bersetuju kita lantik dia sebagai pembekal untuk sukan patuh syariah di Terengganu,” tambahnya.
02 Sep 19
219
Empty Image
"Makang Durian Sapa Kenyang" Masuk Dalam Kalendar Pelancongan
Oleh : Khairan Mat JusohMARANG, 3 September 2019 – Kerajaan negeri bercadang menjadikan program "Makang Durian Sapa Kenyang" sebagai aktiviti tahunan bertujuan menarik lebih pelancong ramai bertandang ke Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu YB Ustaz Ariffin Deraman, program itu juga akan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan mulai tahun depan."Insyaallah, pada tahun hadapan saya berjanji akan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Ustaz Sulaiman Sulong  akan menjadikan tempat ini sebagai salah satu tempat pelancongan yang menarik untuk kawasan Marang bahkan di Terengganu." katanya,.Beliau berkata demikian kepada pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui semasa program itu, di Bukit Sungai Serai, di sini, baru-baru ini.Lebih 2,000 pengunjung terutama peminat durian hadir menyertai program yang julung kali dianjurkan  Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Serai, Pejabat DUN Pengkalan Berangan dan mendapat kerjasama daripada Pejabat Daerah Marang serta Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu.Sementara itu Sulaiman bersyukur  pihaknya berjaya memperkenalkan dua destinasi tanah tinggi sebagai lokasi pelancongan iaitu Bukit Sungai Serai berketinggian 320 meter dan Bukit Temiang Agro Hiking 328 meter di peringkat DUN.“Di dua lokasi itu dianjurkan program "Makang Durian Sapa Kenyang"  sempena bulan kebangsaan sekaligus  membolehkan peserta merasai suasana, mengetahui susah payah pekebun mencari dan membawa turun raja buah itu,”katanya.
02 Sep 19
41
Empty Image
Skuad Amar Maaruf Nahi Mungkar Cekup 9 Pelaku Sumbang Di Ambang Merdeka
Oleh: Aslam WiraMARANG, 2 September – Seramai sembilan pelaku sumbang berjaya ditangkap dalam satu operasi melibatkan Skuad Amar Maaruf Nahi Mungkar dan Pegawai Penguasa Syariah (PPS) Marang bersempena malam Sambutan Merdeka, baru-baru ini.Operasi yang diketuai oleh Ketua Unit Pegawai Penguatkuasa Syariah, Sharimah Mamat daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Daerah Marang  bermula seawal jam 11.00 malam sehingga 7.00 pagi.Serbuan yang disertai oleh 30 orang anggota PSS termasuk sukarelawan telah dijalankan di tempat-tempat yang menjadi titik panas seperti, hotel, rumah tumpangan dan kawasan tertentu di seluruh daerah Marang.Antara yang ditahan adalah lima lelaki dan empat perempuan didalam lingkungan umur 16 tahun sehingga 42 tahun, di mana satu kes telah melibatkan tiga remaja lelaki dan dua remaja perempuan di dalam satu bilik hotel.Sharimah Mamat berkata, dalam operasi tersebut, mereka yang ditangkap diarahkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Daerah Marang pada 3 Disember 2019 untuk dibicarakan atas satu kesalahan bawah seksyen 29 dan dua kesalahan seksyen 31, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.Dalam perkembangan yang sama, Syarimah menjelaskan bahawa dengan penubuhan dan bantuan sukarelawan Skuad Amar Maruf Nahi Mungkar ini, usaha membanteras jenayah syariah dapat dilipat gandakan.“Di samping membuka mata masyarakat bahawa kerja ini adalah tanggunjawab bersama, ia juga dapat memberi peluang untuk komuniti memahami masalah jenayah syariah ini perlu diberi perhatian serius kepada masyarakat," ujarnya lagi.Manakala Ketua Skuad Amar Maaruf Nahi Mungkar, Nasaruddin Samsudeng berkata, skuad ini telah ditubuhkan buat kali pertama melibatkan sukarelawan daripada Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang, Badan Bukan Berajaan (NGO) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)."Dengan penubuhan skuad ini, mereka juga akan terus bergerak dengan kerjasama JHEAT dan Polis Diraja Malaysia untuk mencegah masalah jenayah syariah daripada terus berleluasa lebih-lebih lagi melibatkan anak muda.‘Kami juga sedia memberikan bantuan sepenuhnya memandangkan, Pihak PPS sendiri mempunyai kekangan seperti kenderaan dan tenaga sukarelawan untuk menjalankan operasi seperti ini,” tambahnya.
02 Sep 19
275
Empty Image
100 Orang Sertai 'Hiking' Merdeka Jom Rukah Bukit Keluang
Oleh: Jusmawari JusohBESUT, 1 September - Seramai 100 orang peserta pelbagai peringkat umur menyertai program 'Hiking' Merdeka Jom Rukah Bukit Keluang.Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Dr. Riduan Mohamad Nor mengucapkan tahniah kepada mereka dan mempelawa anak-anak muda menyertainya pada masa akan datang."Insya Allah, kita akan adakan program seperti ini sekerap mungkin mengikut keadaan yang sesuai untuk belia kita."(Ia bertujuan) agar (remaja) tidak terjebak dengan masalah sosial dan tidak bermoral yang boleh membawa kepada kelalaian," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam program tersebut, semalam. Justeru itu, beliau menyeru kepada anak-anak muda diluar sana tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menghayati tentang hari yang penuh bersejarah."Saya berharap,agar anak-anak muda selepas ini dapat bersama-sama kita dalam program-program akan datang."Kita akan cuba mendekati mereka untuk memahami erti Merdeka dalam Islam," ujar beliau.Turut hadir sama ialah Ketua Pemuda PAS kawasan Besut, Hakim Zulfikri dan 10 anggota Amal Besut yang diketuai Rahim Mohd Zain.
01 Sep 19
531
Empty Image
Usahawan Muda Tokoh Maal Hijrah OKU Terengganu
Ahmad Safuan.KUALA TERENGGANU, 1 September - Ahmad Safuan Nizam Kamaruddin, 31, yang mencipta kejayaan dalam perniagaan seluar jeans sehingga ke peringkat antarabangsa menerima Anugerah Tokoh Orang Kelainan Upaya (OKU) sempena majlis sambutan Maal Hijrah 1441H/2019M peringkat negeri Terengganu di Stadium Negeri hari ini.Pemilik jenama pakaian ‘Raw Denim House’ (RDH) itu menerima hadiah wang tunai RM3,000, plak dan sijil penghargaan yang disampaikan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.Ahmad Safuan yang mengalami masalah penglihatan pada mata sebelah kanan itu memulakan perniagaan di Jerteh, Besut pada tahun 2011 bersama abang dan rakan karibnya.“Alhamdulillah, sehingga kini banyak tempahan telah diterima daripada pelanggan bukan sahaja dari dalam negara tetapi dari seluruh dunia seperti Jerman, Amerika Syarikat, Australia dan Switzerland.“Anugerah ini memberi suntikan semangat untuk saya terus fokus dalam bidang ini agar RDH menjadi satu jenama terkenal di peringkat global dan mampu menyediakan peluang pekerjaan yang lebih baik kepada anak tempatan,” katanya ketika ditemui pemberita.Beliau yang memiliki Sijil Kejuruteraan Mekanikal dari Kolej Universiti TATI berkata pada tahun ini, RDH turut menerima pembiayaan dari Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu sebanyak RM200,000 untuk operasi kilang baharu syarikatnya di Jertih.Ketika ini, beliau turut bergerak aktif sebagai penceramah dalam program keusahawanan yang melibatkan golongan belia di seluruh Terengganu.“Dalam masa terdekat, syarikat saya akan melancarkan laman web sendiri dan bekerjasama dengan sebuah platform perniagaan dalam talian untuk memasarkan produk RDH secara lebih sistematik,” tambah beliau.
01 Sep 19
760
Empty Image
Hormati Asas Perpaduan Kaum Dalam Perlembagaan - MB Terengganu
Ahmad Samsuri.KUALA TERENGGANU, 1 September – Negeri dan negara akan dihormati sekiranya asas perpaduan kaum yang dibina dalam Perlembagaan negara dihormati semua pihak.Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menegaskan, piagam Madinah merupakan satu Perlembagaan lengkap yang mengandungi ciri-ciri perpaduan, peraturan kenegaraan, menanam semangat patriotik dan cintakan negara berpandukan Islam.Jelasnya, orang-orang Muhajirin, Ansar dan Yahudi disatukan dibawah satu pemerintahan iaitu dibawah pemerintahan Islam.“Asas kejayaan Nabi sewaktu menyatukan kaum di Madinah sehingga diwujudkan satu piagam lengkap ialah prinsip penampilan akhlak dan etika yang tinggi yang direalisasikan semua pihak sebagaimana perjanjian dalam piagam tersebut. “Perkara yang sama perlu dilakukan oleh kita selaku rakyat Malaysia dan khususnya rakyat Terengganu, asas perpaduan kaum yang dibina dalam perlembagaan negara dan kontrak sosial mesti dihormati oleh semua kalangan rakyat,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah 1441H Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, di sini hari ini.Turut berangkat, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda, Tengku Muhammad Ismail, Tengku Muhammad Mua’az serta Tengku Fatimatuz Zahra’.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar dan barisan kepemimpinan kerajaan.Dalam pada itu, Ahmad Samsuri turut mengajak seluruh rakyat negeri itu agar menghayati dan menginsafi peristiwa hijrah Nabi.“Peristiwa tersebut mengungkapkan pelbagai hikmah dan makna yang amat mendalam kepada seluruh umat Islam secara khususnya. “Penghijrahan yang berdasarkan kepada keimanan, ketakwaan dan menuntut keredaan Allah akan memperolehi kejayaan gilang-gemilang,” tambah beliau.
01 Sep 19
45
Empty Image
Perkasakan Tulisan Jawi Dan Khat - Titah Sultan Terengganu
Sultan Mizan Zainal Abidin.KUALA TERENGGANU, 1 September – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah supaya semua pihak harus terus menyemarakkan program-program bagi memperkasakan tulisan jawi dan penghayatan seni khat.Baginda bertitah, tulisan serta seni berkenaan perlu terus diperkasakan dan ia tidak seharusnya dijadikan isu oleh pihak-pihak tertentu.“Beta merasa khuatir dengan tindakan golongan-golongan tertentu yang cuba menghalang dan mengganggu pelaksanaan tulisan jawi daripada diamalkan dalam masyarakat Islam,” titah baginda bersempena sambutan Maal Hijrah 1441, di Stadium Negeri Terengganu, hari ini.Dalam pada itu, baginda turut berharap agar semua anggota masyarakat mementingkan keharmonian dan kestabilan dalam kehidupan.Justeru, titah baginda, umat Islam mestilah berpandu kepada perkara tersebut sebelum melakukan apa-apa sikap, polisi dan tindakan.“Ini termasuklah dalam hal peraturan perjalanan dakwah Islamiah iaitu dengan menetapkan tenaga pengajar yang mengajar di negeri ini mesti mempunyai tauliah dan kebenaran daripada pihak berkuasa negeri.“Tujuannya adalah untuk memastikan masyarakat Islam di Terengganu terpelihara daripada anasir-anasir yang menyeleweng dan sesat.“Di samping ia dapat menjamin wujudnya kemampuan para pengajar dalam memberikan ilmu yang sebenar bersumberkan kitab-kitab yang muktabar,” titah baginda.
31 Aug 19
145
Empty Image
Abdul Hadi Dinobat Tokoh Maal Hijrah Terengganu
Sultan Mizan berkenan menyampaikan anugerah itu kepada Abdul Hadi.KUALA TERENGGANU, 1 September – Ahli Parlimen Marang, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, 72, dianugerah sebagai Tokoh Maal Hijrah Terengganu dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah 1441H/2019M yang berlangsung di Stadium Negeri, hari ini.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat untuk menyampaikan anugerah tersebut kepada Presiden PAS itu.Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda, Tengku Muhammad Ismail, Tengku Muhammad Mua’az serta Tengku Fatimatuz Zahra’.Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar dan barisan kepimpinan kerajaan.Abdul Hadi bersama isteri.Abdul Hadi yang dilahirkan di Kampung Rusila, Marang, Terengganu pada 20 Oktober 1947 merupakan tokoh ulama dan ahli politik gerakan Islam yang terkemuka di peringkat nasional dan antarabangsa.Bekas Menteri Besar Terengganu itu juga banyak memberi sumbangan kepada pembangunan negara khususnya kepada negeri ini sejak dahulu lagi.Sehingga kini beliau telah menghasilkan 108 buah karya antaranya Kuliah Tafsir Al-Baqarah, Muqaddimah Aqidah Muslimin dan Islam Memimpin.Dalam kategori tersebut, beliau menerima wang tunai RM10,000 di samping tajaan umrah, set persalinan, piala dan sijil penghargaan .Beliau yang ditemui selepas program menyatakan rasa syukur dengan anugerah yang diberikan itu dan percaya ia akan memberi kekuatan padanya untuk meneruskan usaha mendaulatkan Islam di bumi ini.“Alhamdulillah saya bersyu­kur dan berterima kasih kepada semua pihak atas penghargaan ini, sebenarnya tidak pernah terlintas di fikiran untuk menerima anugerah ini,” tambah beliau.Dalam majlis sama, Sultan Mizan turut berkenan menyampaikan 13 lagi anugerah untuk pelbagai kategori.Sultan Mizan Mencemar dulu berangkat ke Majlis Sambutan Maal Hijrah 1441H.Masjid Kerajaan Terbaik dianugerahkan kepada Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin, Kemaman sekali gus menerima wang tunai RM8,000 diikuti Masjid Kampung Batu 2 1/2 juga di daerah sama dipilih Masjid Mukim Terbaik dan Surau Terbaik diungguli Surau Al-Hijrah, Kampung Hulu Takir, Kuala Nerus.Anugerah Keluarga Mithali diraih Alisah Mohamad dari Kampung Semanyor, Kemasik, Kemaman manakala Zaimah Sulong memenangi anugerah Keluarga Tunggal Mithali, manakala Nur Zalea Jasmin Abdullah, Ngah Yusof  dan Mohamad Md Ali masing-masing dinobatkan sebagai Aktivis Saudara Kita, Imam Cemerlang serta Bilal Cemerlang.Penerima Anugerah Tokoh Hafizah pula diberikan kepada Radhiah Ab Rahman di samping Dr Mohd Hamdan Muhamed diumumkan sebagai Tokoh Dakwah, Ahmad Safuan Nizam Kamarudin, Tokoh Orang Kelainan Upaya, MGV Industries Sdn. Bhd.,Premis Halal Terbaik dan Muhamad Muda muncul pemenang Kembara Warisan Kayuhan Hijrah 2019.
31 Aug 19
456