lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Tiada Arahan Guna Aset Kerajaan Ke Himpunan Penyatuan Ummah - Satiful
KUALA TERENGGANU, 17 September- Kerajaan negeri menegaskan tidak ada arahan diberikan kepada jabatan dan agensi negeri untuk menggunakan aset pengangkutan mereka bagi membawa rombongan parti politik di Terengganu ke program himpunan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.  Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari Mamat, berkata jika pengangkutan itu disewakan oleh jabatan dan agensi berkenaan kepada pihak luar dan itu bukan satu kesalahan, malah jabatan dan agensi itu dapat menjana pendapatan.Katanya, kerajaan negeri tidak menghalang jika jabatan dan agensi kerajaan negeri menyewakan bas atau van kepada pihak luar."Mungkin banyak kemudahan bas sewa sudah habis ditempah menyebabkan ada pihak mencari alternatif menyewa bas jabatan dan agensi kerajaan negeri."Tetapi secara khusus kita memang tidak ada keluarkan arahan supaya guna aset pengangkutan kerajaan untuk tujuan membawa peserta rombongan parti politik ke himpunan itu," katanya.Satiful yang juga Timbalan Pesuruhjaya II PAS negeri berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Kolokium Tiga Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Timur, di sini, hari ini.Turut hadir Yang Dipertua DUN Terengganu, Datuk Yahaya Ali; Yang Dipertua DUN Kelantan, Dato' Abdullah Yaakub dan Yang Dipertua DUN Pahang, Dato' Seri Ishak Muhamad.Beliau diminta menjawab dakwaan Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad yang mempersoalkan pengunaan bas milik Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) oleh PAS Terengganu untuk tujuan itu.Berkongsi hantaran dan gambar bas berkenaan yang dimuat naik laman Facebook Ana Tahu, Noor Amin berkata beliau belum pernah mendengar bas milik jabatan kerajaan disewakan terhadap mana-mana parti politik.
17 Sep 19
141
Empty Image
Kolokium YDP DUN Pantai Timur Realisasi Muafakat Nasional
 KUALA TERENGGANU, 17 September – Kolokium bersama Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Timur yang melibatkan Terengganu, Kelantan dan Pahang menjadi detik permulaan dalam merealisasikan Muafakat Nasional antara PAS dan UMNO yang baharu dibentuk untuk manfaat bersama.Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata fokus utama kolokium ini ialah bagi bertukar fikiran dan pengalaman untuk memperkasakan badan legislatif atau DUN di negeri masing-masing.“Ianya lebih  untuk merealisasikan muafakat ummah yang  di tandatangani baru-baru ini  supaya kerajaan yang dipimpin oleh PAS  mahupun UMNO …kita akan usahakan untuk menjadi sebuah kerajaan  yang kuat dan sihat. “Melalui peranan badan legislatif yang dilihat sebagai rakan kongsi kepada badan eksekutif, ia (DUN) mesti dilihat sebagai pembantu badan tersebut bagi menguatkan kerajaan."Kita tidak mahu timbul isu dalam soal kuasa atau semak dan imbang yang ekstrem seumpamanya dengan badan eksekutif," katanya.Beliau berkata demikian di sidang media Program Kolokium bersama Yang dipertua DUN Pantai Timur (Terengganu, Kelantan, Pahang) serta rombongannya di Dewan Gamelan 3 di Hotel Primula, di sini hari ini.Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahari MamatTurut hadir, Yang Dipertua DUN Kelantan, Dato' Abdullah Yaakub dan Yang Dipertua DUN Pahang, Dato' Seri Ishak Muhamad.Tambahnya, kolokium ini akan dilanjutkan di Kelantan dan Pahang pada satu tempoh tertentu dan secara bergilir-gilir bagi memperkasakan sidang dewan melalui perbincangan yang diadakan.“Apa yang kita bincang pada hari ini lebih kepada soal penyelarasan beberapa perkara yang berkait dengan pengurusan, perjalanan sidang dewan  bajet, speaker dan seumpamanya.“Yang pada saya, ada yang baik di Terengganu dan ada yang baik di Kelantan dan Pahang…kita kongsi bersama.Yang boleh kita selaraskan, kita selaras sebagai mukadimah dalam memperkasakan ketiga negeri di pantai timur dan Insha Allah akan datang kita libatkan Perlis bersama,” ujarnya.
17 Sep 19
198
Empty Image
IPU Negeri Terengganu Tahap Sederhana
Satu pemandangan di sekitar bandar Kuala Terengganu. Keadaan IPU ditahap sederhana.KUALA TERENGGANU, 17 September - Jabatan Alam Sekitar (JAS) mendapati Indeks Pencemaran Udara (IPU) negeri Terengganu berada pada tahap sederhana sehingga jam lapan pagi tadi.Pengarahnya Ramli Abd Rahman berkata, IPU pada tahap hijau (sederhana) itu diukur di empat daerah terpilih termasuk Kemaman, Paka, Kuala Terengganu dan Besut.Katanya, Besut mempunyai tahap kualiti udara agak baik iaitu pada tahap IPU 54, Kuala Terengganu (68), Paka (87) manakala Kemaman (96).Ramli Abd Rahman.Tahap IPU meningkat di Besut kepada 57, Kuala Terengganu (70), Paka (88) dan Kemaman menurun kepada 94, dicatat pada jam 1 petang tadi.Carta IPU  Terengganu setakat jam 1 petang  tadi.Ketika dihubungi hari ini beliau menjelaskan bahawa orang ramai boleh mengadakan aktiviti luar rumah tetapi  perlu memakai penutup hidung dan mulut (mask).Difahamkan jerebu memberi kesan tidak baik kepada mereka yang menghidap penyakit pernafasan seperti Asma dan lain-lain.Sementara itu, Pegawai Perhubungan Jabatan Pendidikan Negeri, Roslidawati Ramli ketika dihubungi memaklumkan bahawa setakat ini tidak ada sekolah ditutup kerana jerebu di Terengganu."Jika ada perkembangan baharu berhubung dengan sekolah ditutup berkait dengan IPU di Terengganu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri akan memaklumkan kepada media dengan segera," jelasnya.
16 Sep 19
230
Empty Image
Terengganu Perkasa Produk IKS Negeri Melalui T'Mart
Mohd Nurkhuzaini Abd Rahman.KUALA TERENGGANU, 17 Sept - Kerajaan Terengganu menyasarkan pembukaan lima lagi rangkaian baharu pasar mini T'Mart dalam tempoh tiga tahun ini bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang peruncitan di negeri itu.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, ketika ini premis perniagaan milik kerajaan Terengganu itu sudah beroperasi di empat tempat iaitu di Kuala Terengganu, Besut, Dungun dan Kemaman."Untuk pembukaan baharu nanti, kita akan pilih lokasi yang sesuai berdasarkan kajian demografi yang lengkap untuk menampung permintaan pasaran dan pada masa sama memasarkan lebih banyak produk keluaran industri kecil dan sederhana (IKS) di Terengganu," katanya ketika dihubungi Bernama kelmarin.Katanya melalui T'Mart, seramai 68 usahawan telah mendapat manfaat apabila dapat memasarkan lebih 120 produk mereka di pasar mini itu dan jumlahnya sentiasa bertambah dari masa ke semasa.Selain tumpuan kepada pasar mini T'Mart di dalam Terengganu, kerajaan negeri juga terus memperkasakan perniagaan IKS negeri itu untuk pasaran Lembah Klang melalui T'Mart DC yang beroperasi di Kampung Baru Kuala Lumpur sejak 2016.Antara produk yang dijual di T'Mart tersebut ialah makanan sejuk beku seperti satar ikan goreng, kuih ropa, keropok lekor dan ketupat palas yang sentiasa mendapat sambutan daripada peminat makanan asli Terengganu.Selain itu, Nurkhuzaini berkata kerajaan negeri juga bercadang untuk mewujudkan 42 unit kiosk T'Mart Corner kepada golongan belia dan asnaf dalam tempoh tiga tahun lagi."T'Mart Corner akan memberi peluang kepada belia dan asnaf menceburi perniagaan dengan bimbingan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu dan pada sama dapat meningkatkan lagi industri IKS di negeri ini," katanya.- BERNAMA
16 Sep 19
271
Empty Image
Karnival Pantai Julang Budaya, Seni Dan Tradisi Terengganu
Sulaiman Sulong (empat dari kanan) menyaksikan pertunjukan silat daripada kanak-kanak sekolah rendah.KUALA TERENGGANU, 16 September- Penganjuran Karnival Pantai Terengganu 2019 yang bertemakan ‘Tradisi Diwarisi’ berjaya menjulang budaya, seni dan tradisi Terengganu ke peringkat lebih tinggi.Pengerusi Jawatankuasa Pengelola karnival berkenaan, Sulaiman Sulong memaklumkan, kehadiran pengunjung yang melebihi 100 ribu orang termasuk dari luar negara menjadikan hasil karya rakyat Terengganu dikenali seantero dunia.Ujarnya, secara tidak langsung ia bakal memberi pulangan yang lumayan kepada penduduk di negeri berkenaan.“Karnival ini boleh kita jadikan sebagai penanda aras untuk kita angkat kembali budaya, seni dan tradisi negeri ini ke peringkat yang sepatutnya.“Dalam masa yang sama, ia boleh menjana pendapatan (ekonomi) pengusaha-pengusaha makanan, pakaian, batik, songket dan seumpamanya yang menjadi kebanggaan Terengganu,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Karnival Pantai Terengganu 2019, di Dataran Batu Burok, di sini semalam.Sulaiman menyampaikan hadiah kepada agensi kerajaan yang terlibat menjayakan karnival pantai.Dalam perkembangan sama, beliau berharap agar kerajaan negeri terus memberi penekanan dalam memperkenal dan memasarkan hasil tempatan.Katanya, banyak produk anak Terengganu yang berkualiti tinggi dan mendapat permintaan ramai perlu diberi perhatian sewajarnya.“Perkembangan ini sangat menarik dan pihak kerajaan negeri melalui jabatan pelancongan pastinya perlu memberi keutamaan serta penekanan supaya program seumpama ini tidak hilang begitu sahaja.“Kita mahu supaya mereka yang terlibat sama ada pameran atau perniagaan dalam karnival ini dapat mengetengahkan hasil karya daripada mereka sendiri (anak Terengganu) ke merata tempat,” tambah beliau.Acara tahunan yang berlangsung selama lima hari sejak 12 September lalu itu dirancakkan dengan pelbagai pengisian menarik di Pantai Batu Buruk.Antaranya bangsal-bangsal tradisi, Malam Kesenian Islam, pertandingan keris dan senjata lama, bicara santai artis hijrah, demonstrasi makanan tradisional daerah, sukaneka rakyat, Himpunan Terengganu Bertanjak dan sebagainya di samping pameran jabatan dan agensi kerajaan serta jualan usahawan tempatan.
16 Sep 19
153
Empty Image
Terengganu Siap Siaga Hadapi Musim Banjir
Che Adam A Rahman memaklumkan aset untuk operasi banjir tahun ini turut ditingkatkan.HULU TERENGGANU, 16 September - Semua agensi yang terbabit dengan usaha dan operasi banjir kini berada dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) bermula Oktober ini sehingga Mac tahun depan.Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata, bermula dua hari lepas sehingga hari ini, Terengganu telah melaksanakan Latihan Kesiapsiagaan Bencana Banjir dengan melibatkan sebanyak 28 agensi.Jelasnya, pelbagai aset dan juga tenaga kerja termasuk koordinasi pengurusan bencana, pengurusan pusat pemindahan bersama komuniti penduduk kawasan berisiko banjir telah dikerah bagi menjayakan aktiviti tersebut.“Kita menjangkakan sebanyak 497 pusat pemindahan banjir yang akan dibuka di seluruh negeri Terengganu bagi menampung 133,975 orang, dan persediaan keseluruhan dianggarkan sudah melebihi 70 peratus,” ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Simulasi Bersepadu Kesiapsiagaan Bencana Banjir Negeri Terengganu dan ‘Orang Ulu Hilir Ke Muara’ Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019, di Dataran Sungai Kampung Dusun hari ini.Dr Mamad Puteh berucap melancarkan majlis.Program berkenaan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh.Menurut Che Adam, pihak APM Terengganu turut melakukan beberapa penambahbaikan bagi melaksanakan operasi banjir tahun ini.Katanya, penumpuan lebih akan diberikan kepada kawasan yang berisiko banjir seperti Hulu Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman dan Besut.“Kita telah menerima tambahan bot daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan APM pusat sebanyak 20 buah bot aluminium dan gentian kaca pada dua bulan lepas menjadikan keseluruhan sebanyak 58 buah bot.“Saya dimaklumkan pihak polis mempunyai seramai 800 orang lebih kekuatan dan gabungan keseluruhan agensi serta jabatan melebihi 2,000 orang,” tambah beliau.
16 Sep 19
43
Empty Image
350 Penduduk Hulu Terengganu Berakit Sambut Hari Malaysia
Antara peserta-peserta 'Orang Ulu Hilir Ke Muara'.HULU TERENGGANU, 16 September - Seramai 350 penduduk daerah ini meraikan sambutan Hari Malaysia ke-56 hari ini dengan berakit menyelusuri Sungai Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam negeri, Utiliti Dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh berkata, acara tahunan ‘Orang Ulu Hilir Ke Muara Kibar Jalur Gemilang’ yang membabitkan 48 buah rakit itu turut disertai 112 anggota agensi kerajaan dengan 45 kayak dan 33 bot.Jelasnya, kesemua peserta termasuk yang menaiki rakit berhias menyelusuri Sungai Terengganu dari Jeti Kampung Dusun, Kuala Berang di sini hingga ke Jeti Tanjung Ketom, Serada, Kuala Terengganu.“Peserta-peserta akan singgah di beberapa lokasi bersejarah dan asal-usul negeri ini bagi meningkatkan lagi semangat patriotik mereka.“Secara tidak langsung, mereka (dan masyarakat) dapat mengingati kembali perjuangan tokoh-tokoh dahulu serta tempat yang menjadi sejarah untuk mencapai kemerdekaan,” katanya.Setiap peserta kreatif menghias rakit masing-masing.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Dataran Kampung Dusun, Kuala Berang, di sini hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Zahari Md Azahar, Ketua Polis Terengganu, Dato’ Aidi Ismail dan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud yang hadir sama berkata, program yang julung kali yang diadakan bersama Program Simulasi Kesiapsiagaan Bencana Banjir Terengganu itu mempunyai matlamat tersendiri iaitu untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pihak polis.“Kita harap program ini dapat mengeratkan lagi hubungan antara penduduk tempatan dan anggota agensi penyelamatan bagi melicinkan lagi operasi penyelamatan pada musim tengkujuh nanti,” ujarnya.Dr Mamad Puteh berucap merasmikan Majlis Pelancaran Simulasi Bersepadu Kesiapsiagaan Bencana Banjir Negeri Terengganu dan ‘Orang Ulu Hilir Ke Muara’ Kibar Jalur Gemilang
16 Sep 19
826
Empty Image
Lebih 50,000 Kunjungi Karnival Pantai Terengganu
KUALA TERENGGANU, 15 September- Penganjuran Karnival Pantai Terengganu 2019 yang berlangsung lima hari bermula Khamis lalu di Pantai Batu Burok ternyata menjadi platform terbaik untuk orang ramai termasuk pengunjung luar dan penduduk sekitar menghabiskan masa hujung minggu mereka.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri Ariffin Deraman berkata, melihat kepada sambutan orang ramai, pihaknya yakin mampu mencapai sasaran 100,000 pengunjung.“Kehadiran pengunjung tetap membanggakan walaupun keadaan cuaca kurang baik, kita mampu capai lebih 50,000 orang dalam masa tiga hari karnival berlangsung dan InsyaAllah berbaki dua hari lagi, dijangka mampu menarik 100,000 pengunjung.“Malah, para usahawan yang mengambil bahagian mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka sempena karnival ini juga turut memberikan respon positif dimana pada hari pertama sahaja mereka mampu mencapai keuntungan memberangsangkan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Keris Terbuka Terengganu 2019, di Pentas Utama, Datara Batu Burok, hari ini.Pada pertandingan tersebut peserta dari Terengganu, Norzaheran telah memenangi tempat pertama bagi kategori Keris Melela Antik, tempat kedua peserta dari Melaka iaitu Hisyam Mohd dan ketiga dimenangi Ali Mahmood (Pahang).Bagi kategori Keris Bugis Semenanjung Antik pula tempat pertama dan ketiga dimenangi Ali Mahmood (Pahang) sementara kedua (Hisyam Mohd).
15 Sep 19
236
Empty Image
Karnival Pantai Terengganu Dibuka Penuh Meriah
Ariffin Deraman 'mengangin' padi sebelum merasmikan karnival.KUALA TERENGGANU, 14 September - Karnival Pantai Terengganu 2019 berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 30,000 pengunjung sejak hari pertama penganjurannya yang bermula kelmarin.Majlis perasmian karnival yang berlangsung di Pentas utama Dataran Batu Burok itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman.Ujarnya, program kali ini bukan sahaja memaparkan mengenai seni dan budaya, tetapi turut menonjolkan pertunjukkan memasak makanan tradisi serta penjualan pelbagai kuih-muih asli Terengganu untuk pengunjung."Saya yakin dengan kesungguhan semua pihak melakukan promosi, sasaran seramai 100,000 pengunjung, akan dapat dicapai apabila berakhir karnival ini," katanya ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian Karnival itu, di sini semalam.Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pengelola karnival berkenaan merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Sulaiman Sulong.Ariffin Deraman berucap merasmikan program.Menurut Ariffin lagi, kerjasama erat antara jabatan serta agensi kerajaan menjadikan program berkenaan lebih teratur dan menarik berbanding tahun sebelum ini.Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai menjaga kebersihan dan mematuhi arahan yang menetapkan Pantai Batu Buruk sebagai kawasan larangan merokok.Program yang bermula pada jam 9.00 pagi pada Khamis itu turut diserikan dengan persembahan artis terkemuka tempatan termasuk Iklim, Hijjaz dan Syafiq Farhain.Selain persembahan hiburan, program juga dimeriahkan dengan pelbagai acara sampingan termasuk Forum Perdana Hal Ehwal Islam, Bicara Wanita, Sukan Rakyat di Pantai, Bicara Santai Artis Hijrah dan Pertandingan Mewarna.Pameran pelbagai jabatan dan agensi kerajaan juga diadakan sempena karnival tersebutOrang ramai membanjir tapak karnival.
13 Sep 19
463
Empty Image
25,500 Peserta Sertai Larian Antarabangsa Sultan Mahmud
Peserta-peserta memulakan cabaran.KUALA TERENGGANU, 14 September - Acara tahunan penuh gemilang, Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud 2019 (LAJSM19) yang bertemakan ‘vacay-run’ (berlari dan melancong) mencatat penyertaan seramai 25,500 orang untuk bersaing dalam 24 kategori.Acara pelepasan bagi jarak 42 dan 21 kilometer disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah di dataran Batu Burok, di sini tepat jam 12.01 pagi tadi.Manakala Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Zulkifli Ali membuat pelepasan peserta bagi jarak 12, lapan dan lima kilometer bermula jam 7.00 pagi ini.LAJSM19 mencatat kejayaan tersendiri dengan berjaya menarik kehadiran lebih 5,000 peserta dari luar Terengganu.Peserta pertama bagi jarak 42 kilometer tiba di garisan penamat.Di samping itu, acara 42 kilometer merekodkan peningkatan penyertaan dengan 210 peserta antaranya dari Kenya, Papua New Guinea, Somalia, Yaman, Brunei, India, Bangladesh, Jordan, Afrika Selatan, Nigeria, Amerika Syarikat, India, Singapura, dan Thailand.Kemeriahan dan cabaran tahun ini juga berbeza apabila para peserta melalui laluan baharu, Jambatan Angkat sebagai destinasi akhir sebelum menamatkan larian di dataran Batu Burok.LAJSM19 edisi kali ini menawarkan hadiah keseluruhan RM165,500 buat semua jarak pertandingan.
13 Sep 19
319