lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
"Maafkan Kami" - Nafuzi Zain
Nafuzi ZainKUALA TERENGGANU, 13 September - Pengendali Terengganu Football Club (Terengganu FC), Nafuzi Zain memohon maaf kepada kira-kira 10,000 penyokong yang hadir menyaksikan pasukannya tewas tipis 2-3 kepada pasukan Kedah, semalam."Saya memohon maaf kepada penyokong atas kekalahan ini."Untuk perlawanan seterusnya, walaupun memiliki kelebihan untuk layak berbanding Negeri Sembilan, kita perlu menang dan tidak boleh mengharapkan pasukan lain menentukan nasib kita," katanya ketika ditemui selepas perlawanan tersebut.Pemain Kedah mengasak kubu Terengganu FC.Dalam perlawanan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) itu, Terengganu FC bermula perlahan dan lebih banyak bertahan menerima asakan Kedah di awal permainan.Kesempatan itu dimanfaatkan pelawat sebaik mungkin apabila Jonathan Bauman menanduk masuk sepakan percuma Baddrol Bakhtiar pada minit ketiga untuk mendahului tuan rumah, 1-0.Sang Penyu cuba bangkit dengan serangan-serangan balas pantas dan berhasil mengancam kubu lawan.Rembatan Nabil Ahmad Latpi menggegarkan palang Kedah pada minit ke-30 sebelum kekacauan di hadapan gol menghadiahkan penalti kepada Terengganu FC yang disempurnakan Lee Tuck tiga minit kemudian.Helang Merah tidak menunggu lama, pada minit ke-36, Edgar Bernhardt berjaya melepaskan rembatan leret melepasi Wan Azraie Wan Teh.Sanjar Shaakhmedov turut sukar tembusi benteng Kedah.Kedudukan kekal 1-2 hingga tamat separuh masa pertama.Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah meningkatkan serangan dan penguasaan padang untuk menyamakan kedudukan.Kemasukan pemain sayap, Malik Mat Arif membuahkan hasil apabila beliau menolak masuk bola sepakan percuma Lee Tuck melepasi gawang Ifwat Kamal pada minit ke-59.Kedua-dua pasukan terus bertukar-tukar serangan untuk mengesahkan tempat ke suku akhir.Terengganu FC memperoleh peluang pada minit ke-63, namun rembatan Ashari Samsudin berjaya ditepis Ifwat.Malik jaring satu gol Terengganu FC.Empat minit sebelum tamat permainan, Kedah menggandakan serangan dan berjaya memecahkan kubu tuan rumah melalui Baddrol Bakhtiar yang merembat bola muntah yang ditampan Wan Azraie.Terengganu FC cuba untuk bangkit, namun kad kuning kedua yang diperolehi pertahanan, Hafizal Mohamad pada minit-89 menyukarkan Sang Penyu menghalang tiga mata dibawa pulang Darul Aman.Sang Penyu kini berada di kedudukan kedua Kumpulan A dengan sembilan mata, manakala Negeri Sembilan menghuni tangga ketiga dengan enam mata.Terengganu FC akan berkunjung ke Shah Alam dalam perlawanan terakhir kumpulan menentang PKNS FC pada 17 September ini.Pemain Kedah meraikan gol yang berjaya dijaringkan.
13 Sep 19
514
Empty Image
Projek KTCC ‘Game Changer’ Pelancongan Terengganu - MB
Ahmad Samsuri sedang mendengar taklimat perancangan projek pembangunan KTCC. KUALA TERENGGANU, 13 September - Projek pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC) bakal menjadi 'game changer' (titik perubahan) kepada industri pelancongan di negeri berkenaan.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya bersama beberapa pasukan yang merancang pembinaan projek tersebut akan memastikan pembangunan secara menyeluruh di muara utara (Seberang Takir) dan selatan (Kuala Terengganu).Ujarnya, pembangunan di kawasan terbabit akan mengambil kira pelbagai perkara termasuk keupayaan setiap tempat untuk dibangunkan.“Saya telah berbincang dan melihat secara menyeluruh dengan pihak Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bagi tujuan pembangunan di sana dan kita juga mempunyai satu pelan utama yang boleh diikuti.“Komponen yang ada di muara utara dan selatan ini sangat terbaik, insya-Allah ini akan menjadikan persekitaran yang terbaik untuk Terengganu dan menjadi tumpuan. Saya percaya ia ‘game changer’ untuk pelancongan bandar Kuala Terengganu,” jelasnya.Pembangunan akan mengikut pelan utama yang telah siap digarap bersama beberapa pihak.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi 'Walk Through Bengkel projek Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Promenade' di Hotel Primula, di sini semalam.Mengulas lanjut tentang projek itu, beliau menegaskan, perbincangan tentang kos masih belum diputuskan kerana konsep pembangunan adalah perkara asas yang perlu dimuktamadkan.“Kita tengok proses, pelaksanaan, cara paling optima dan macam mana nak cari bajet dahulu. “Kita akan mencari jalan penyelesaiannya. Bagi saya apa jua pembinaan kalau boleh kita nak buat mengikut jalan yang paling efisien dan tidak melibatkan kos yang besar termasuk tidak membebankan kerajaan negeri atau pusat,” tambah beliau.KTCC meliputi kawasan seluas tujuh kilometer dari muara Sungai Terengganu dan akan dibangun dengan pelbagai kemudahan termasuk hotel, pusat beli-belah dan kemudahan pelayaran bertaraf antarabangsa.Jambatan angkat atau ‘Drawbridge’ merupakan komponen utama projek pembangunan KTCC.
12 Sep 19
797
Empty Image
Pertandingan Nasyid Serikan Hari Pertama Karnival Pantai Terengganu
Antara kumpulan nasyid yang memeriahkan pertandingan. Foto oleh - Afif FideeKUALA TERENGGANU, 13 September - Lima kumpulan nasyid dari pelbagai sekolah menengah di negeri ini antara yang terawal mengisi aktiviti yang disenaraikan sempena Karnival Pantai Terengganu di Pantai Batu Buruk  selama lima hari, berakhir Isnin ini (16 September).Kumpulan yang menyertai Pertandingan Nasyid itu adalah Al Iman Voice dari Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Brotherhood Voice dan  Al Fanwan masing-masing dari SMA Sheikh Abdul Malek, New Generation (Sekolah Menengah Kebangsaan Sura) dan Shoutil Zahabi dari Pondok Moden.Aktiviti lain yang turut mewarnai hari pertama karnival itu termasuk demontrasi masakan tradisional Terengganu, anyaman dan kraftangan, mencanting batik, ukiran kayu, pembuatan keris, pisau dan parang, tenunan songket dan produk kraf tempurung kelapa.Orang ramai turut  berpeluang melihat keunikan setiap daerah di Terengganu menerusi bangsal-bangsal yang disediakan misalnya bagi Kemaman terdapat demonstrasi ayam bawah perkop dan tarian sewang semoq beri.Manakala untuk Besut (kuih tonyoh), Hulu Terengganu (silat kura-kura), Setiu (anyaman kercut dan lekar), Kuala Nerus (permainan tradisional ting ting bulu ayam), Marang (jahit pukat), Dungun (pembuatan keris) dan Kuala Terengganu (kuih lok lit).Tinjauan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di lokasi itu mendapati orang ramai terutama pelajar sekolah mula memenuhi tapak  karnival seawal jam 9 pagi tadi. Rata-rata mereka tertarik dengan aktiviti yang disajikan.Karnival Pantai Terengganu yang dahulunya dikenali sebagai Pesta Pantai, dijenamakan semula bermula tahun lalu dengan masih mengekalkan sebahagian besar pengisian acara yang pernah diadakan sebelum ini, namun ditambah baik dengan elemen patuh syariah.Penganjuran karnival itu secara tidak langsung dapat memperkenal dan melestarikan seni, budaya dan warisan negeri yang menjadi identiti rakyat Terengganu kepada masyarakat luar.Pada masa sama orang ramai turut berpeluang menyertai Pertandingan Wefie De' Pantai yang diadakan setiap hari dengan ganjaran hadiah bernilai RM100 untuk dua pemenang harian manakala bagi hadiah utama sebanyak RM350 untuk johan, tempat kedua (RM250) dan ketiga (RM150).Peserta diwajibkan mengambil gambar secara 'wefie' di tapak karnival dan untuk penyertaan utama mereka perlu bergambar dengan plat 'Beautiful Terengganu Malaysia' dan 'Terengganuku Comey' yang boleh didapati di bangsal Tourism Terengganu.
12 Sep 19
1492
Empty Image
E-Hailing Teksi Terengganu Bakal Dicipta
Haji Mohd Khuzaini (kiri) ketika mengunjungi Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut baru-baru ini.KUALA TERENGGANU, 12 September - Kerajaan negeri bercadang untuk mencipta Aplikasi Teksi Terengganu bagi mengimbangi teknologi e-hailing yang popular masa kini.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, aplikasi berkenaan boleh digunakan oleh 1,000 pemandu teksi negeri itu untuk berdaya saing dengan e-hailing lain yang tumbuh bercambah bagaikan cendawan selepas hujan.Katanya, perancangan kerajaan itu bertujuan untuk bersedia menghadapi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri Terengganu dalam tempoh  empat tahun akan datang.Beliau berkata demikian ketika dihubungi semalam.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera itu berkata, kerajaan negeri berhasrat untuk mengadakan program yang dinamakan  GO I.R bagi membudayakan pekerja khususnya dan masyarakat amnya berkait kepentingan IR4.0."Ia akan dilaksanakan melalui kempen kesedaran seperti kursus, taklimat dan sesi dialog," jelasnya.Kerajaan negeri juga katanya mengarahkan jabatan dan agensi kerajaan menggunakan teknologi maklumat dan aplikasi secara optimal bagi memastikan penyampaian maklumat kepada rakyat lebih meluas dan berkesan.Kerajaan negeri merancang membina 'database' pekerjaan yang holistik bagi membolehkan kerajaan mengenal pasti penawaran dan permintaan tenaga kerja masa kini dan akan datang."Kerajaan negeri juga turut bekerjasama dengan TD 1303 bagi menjadikan pusat teknologi maklumat itu sebagai pusat untuk melahirkan usahawan yang mampu membina aplikasi-aplikasi tertentu bagi kegunaan jabatan, agensi dan usahawan," tambahnya.
12 Sep 19
187
Empty Image
Penggabungan UMT, UniSZA Perlu Kajian Mendalam - MB Terengganu
Ahmad Samsuri.KUALA TERENGGANU, 12 September - Hasrat uerajaan Pusat untuk menggabungkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan Universiti Sultan Mizan Zainal Abidin (UniSZA) perlu melalui kajian terperinci sebelum apa-apa keputusan dibuat.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, semua pihak termasuk pemegang taruh, kakitangan dan juga pelajar-pelajar mestilah turut sama dilibatkan dalam perbincangan bagi menentukan solusi terbaik.Jelasnya, usaha berkenaan juga mampu mendapatkan maklumat yang jelas mengenai matlamat sebenar dan juga keperluan ke arah penggabungan tersebut.“Memang menjadi hak Kerajaan Pusat untuk menggabungkan ataupun memecahkan institusi itu, namun mereka harus belajar daripada isu-isu penggabungan di tempat lain di luar negara.“Kriteria terpenting pada saya adalah keputusan itu perlu diperjelaskan untuk mengelak kekeliruan ramai di samping apakah model penggabungan tersebut sama ada untuk menyelamatkan sesebuah universiti atau bagi tujuan strategik dengan mengenal pasti alternatif lain dan kesannya dari segi perundangan, kos, sosial, nasib kakitangan serta institusi berkenaan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri sesi 'Walk Through Bengkel projek Kuala Terengganu City Centre (KTCC) Promenade' di Hotel Primula, di sini hari ini.Katanya lagi, Kerajaan Pusat turut disaran untuk melibatkan kerajaan negeri dalam apa-apa perbincangan sebelum sebarang tindakan dibuat dalam isu penggabungan dua universiti yang berpangkalan di Terengganu itu.“Ini kerana inisiatif tersebut tentunya turut memberi kesan kepada sektor pendidikan di Terengganu,” jelasnya.Namun tambah beliau, penggabungan kedua-dua universiti itu secara luarannya dilihat tidak akan merencatkan usaha Terengganu untuk muncul sebagai negeri anjung ilmu sebagaimana yang dihasratkan.Semalam, Kabinet melalui satu kenyataan media memutuskan telah bersetuju secara prinsip untuk menggabungkan UMT dan UniSZA.Ia sebagai satu transformasi penyampaian pendidikan tinggi terutama dalam memantapkan keupayaan universiti untuk mempertingkat kedudukan sosioekonomi.
12 Sep 19
91
Empty Image
Kes Denggi Besut Turun Mendadak Tahun Ini
Dr Alias (tengah) melawat pameran sempena Majlis Penutup HOPE di Pulau Perhentian Kecil, Besut. Foto oleh - Pok AbasBESUT, 12 September – Kes demam denggi di daerah Besut menurun secara drastik sebanyak 80.2 peratus tahun ini berbanding tahun lepas.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Dr Alias Razak berkata, sehingga semalam kes denggi menurun kepada 22 kes berbanding 111 tahun lepas.Beliau menjelaskan bahawa ia satu kejayaan membanggakan dan prestasi itu perlu mencapai tahap lebih baik di masa akan datang.Dr Alias (tengah) menerima buku cenderamata dari pengajur setibanya di Jeti Pulau Perhentian Kecil, Besut semalam.Katanya, ia juga perlu diikuti oleh tujuh daerah lain di negeri ini dengan pelbagai cara termasuk mengadakan gotong royong setiap minggu di Kawasan-kawasan Keutamaan 1 Denggi, kerjasama antara Pejabat Kesihatan Daerah, Majlis Daerah serta Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan penduduk setempat.Dr Alias berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Projek Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility) Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Sungai Buloh, Selangor di Pulau Perhentian Kecil di sini semalam.Dr Alias Razak.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal berkata, di Daerah Besut, pemantauan kendiri (Search and Destroy) dilaksanakan selama 10 minit, diperingatkan melalui edaran aplikasi whatsapp atau facebook setiap minggu secara berterusan.“Turut juga dilaksanakan hebahan awam bergerak di kawasan keutamaan 1 terutama musim perayaan dan cuti sekolah, ceramah denggi di masjid-masjid atau sekolah-sekolah di kawasan keutamaan 1 dan aktiviti kawalan denggi yang konsisten dan diselia oleh penyelia khusus untuk wabak berkenaan.“Dan yang dimaksudkan kawasan keutama itu ialah apabila sesuatu lokaliti pernah ada salah satu kejadian dalam masa enam bulan termasuk kematian denggi, wabak denggi, kekerapan berlaku kes denggi setiap dua minggu sekali dan bacaan indeks nyamuk aedes yang tinggi (Aedes Index AI > 1, Bruteau Index > 5),” jelas beliau. Pemantauan Kendiri (Search and Destroy) dilaksanakan selama 10 minit.Sementara itu ketika berucap di majlis penutup Prestasi Kesihatan Persekitaran (Health Of Precious Environment - HOPE) itu beliau mengucapkan tahniah kepada pejabat kesihatan dan penduduk daerah itu kerana berusaha mengawal penyakit berkenaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.Beliau juga menyeru penduduk setempat terus aktif menjaga kebersihan persekitaran rumah agar kes itu tidak mengancam kesihatan dan nyawa mereka."Bila kebersihan persekitaran dijaga dengan membasmi kawasan pembiakan nyamuk aedes maka kes demam denggi menurun dengan mendadak."Besut telah melaksanakan gotong royong secara besar-besaran selepas berlaku dua kes kematian akibat denggi hujung tahun lepas," katanya.
11 Sep 19
111
Empty Image
Terengganu Sedia Terima Kembali UniSZA
KUALA TERENGGANU, 12 September- Kerajaan negeri sedia menerima kembali Universiti Sultan Zainal Abidn (UniSZA) jika pihak kerajaan pusat meneruskan hasrat menggabungkan institut pengajian tinggi itu dengan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri,  Satiful Bahri Mamat  berkata, walau bagaimanapun pihaknya belum mendapat maklumat lengkap berkenaan isu berkenaan.“Kita tiada maklumat kenapa UMT dan UniSZA hendak digabungkan.“Tapi, pihak kerajaan negeri bersedia untuk menerima kembali  UniSZA jika kerajaan pusat nak serahkan,” ujarnya ketika dihubungi pemberita Urusetia Penerangan Darul Iman.Terdahulu, Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan kenyataan bahawa Jemaah Menteri pada 4 September lalu telah bersetuju secara prinsip dengan penggabungan UMT dan UniSZA.Kenyataan itu menyebut, penggabungan itu merupakan satu langkah yang wajar dilaksanakan bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan memberi lebih nilai tambah kepada pelajar, fakulti serta komuniti setempat.Malah, penggabungan UMT dan UniSZA dilihat sebagai salah satu transformasi penyampaian pendidikan tinggi terutamanya dalam memantapkan keupayaan universiti untuk mempertingkat kedudukan sosioekonomi, selaras dengan lonjakan 10 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025.Lantaran itu katanya, kementerian amat positif dengan cadangan penggabungan ini dan kini sedang menyediakan kerangka bagi pelaksanaannya."Sebuah jawatankuasa khas sedang dibentuk yang dianggotai oleh wakil dari kalangan pegawai pentadbir, pensyarah, pelajar, serta juga wakil dari pelbagai agensi dan pihak berkepentingan bagi menggerakkan penggabungan ini yang dijangka mengambil masa enam bulan," ujarnya.
11 Sep 19
49
Empty Image
‘Jom Bersih Pantai’ Ajak Masyarakat Cakna Kebersihan
Peserta yang terlibat menjayakan program 'Jom Bersih Pantai'. Foto oleh - Wan Mohd Luqman Hakim.KUALA TERENGGANU, 11 September – Bersempena Karnival Pantai Terengganu 2019 yang akan bemula esok, sekitar 500 peserta menyertai 'Program Jom Bersih Pantai' di Pantai Batu Burok hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, program gotong-royong itu berjaya menarik kehadiran komuniti setempat termasuk beberapa agensi dan jabatan negeri yang sekali gus membuktikan tahap kesedaran masyarakat tentang kebersihan semakin meningkat.Jelasnya, Terengganu antara negeri yang berbelanja besar demi menjaga kebersihan alam sekitar bagi menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara.“Dengan peruntukan yang diberikan itu kita jayakan program-program seumpama ini, sebelum ini kita buat Kuala Ibai, Kuala Nerus (Pantai Seberang Takir) juga termasuk Besut dan Kemaman.“Ia sebenarnya lebih kepada pendidikan, supaya pelancong luar dan tempatan yang mengunjungi Terengganu berasa selesa apabila isu sampah diberi keutamaan (tidak berlaku),” ujarnya ketika ditemui media semasa program tersebut.Ariffin Deraman berkata, pantai yang bersih akan dapat menarik lebih ramai pengunjung hadir ke karnival.Sementara itu, Ikon Pelancongan Terengganu, Mat Dan yang turut serta dalam aktiviti tersebut menegaskan, Terengganu mempunyai lokasi percutian yang menarik untuk dilawati berbanding negeri lain namun tercemar dengan sikap negatif segelintir orang.“Pantai kita cantik, negeri kita indah tetapi saya sedih apabila melihat segelintir masyarakat yang membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya, padahal tong sampah tidak berada jauh dari tempat mereka berada.“Tetapi alhamdulillah, sekarang saya melihat kesedaran masyarakat dalam aspek ini telah meningkat sejak akhir-akhir ini, dengan usaha yang dilakukan pelbagai pihak termasuk Majlis Bandar Raya Kuala Terengganu (MBKT) dan kerajaan,” tambah beliau.Program Karnival Pantai Terengganu 2019 akan diadakan pada 12 hingga 16 September 2019 di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu dengan membawa tema 'Tradisi Diwarisi' yang bakal membawa pengunjung menggamit kenangan mengenai kehidupan masyarakat negeri Terengganu suatu ketika dahulu.Program yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui Jabatan Pelancongan Negeri dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan negeri mahupun Kerajaan Persekutuan akan menyajikan kemeriahan yang berbeza dari tahun sebelumnya.Mat Dan terharu dengan sambutan peserta-peserta dalam kempen kebersihan berkenaan.
11 Sep 19
967
Empty Image
UMT Dan UniSZA Bergabung?
KUALA LUMPUR, 11 September - Jemaah Menteri pada 4 September lalu telah bersetuju secara prinsip dengan penggabungan Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin.Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini berkata, penggabungan ini merupakan satu langkah yang wajar dilaksanakan bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan memberi lebih nilai tambah kepada pelajar, fakulti serta komuniti setempat.Malah, penggabungan ini dilihat sebagai salah satu transformasi penyampaian pendidikan tinggi terutamanya dalam memantapkan keupayaan universiti untuk mempertingkat kedudukan sosioekonomi, selaras dengan lonjakan 10 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025.Lantaran itu katanya, kementerian amat positif dengan cadangan penggabungan ini dan kini sedang menyediakan kerangka bagi pelaksanaannya."Sebuah jawatankuasa khas sedang dibentuk yang dianggotai oleh wakil dari kalangan pegawai pentadbir, pensyarah, pelajar, serta juga wakil dari pelbagai agensi dan pihak berkepentingan bagi menggerakkan penggabungan ini yang dijangka mengambil masa enam bulan," ujarnya.
11 Sep 19
93
Empty Image
GPB Terengganu Catat Pendapatan RM15.4 Juta
KUALA TERENGGANU, September 11 - Anak syarikat kerajaan negeri, Golden Pharos Berhad (GPB) merekodkan prestasi positif dalam suku kedua berakhir 30 Jun 2019 dengan mengumumkan pendapatan syarikat suku kedua berakhir Jun 2019 berjumlah RM15.40 juta.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Nadza Abdul berkata, keputusan kewangan syarikat mencatatkan momentum keuntungan yang memberangsangkan apabila keuntungan tersebut adalah keuntungan lapan suku berturut-turut sejak suku ketiga pada tahun 2017.Syarikat pembalakan itu turut memperoleh keuntungan bersih sebanyak RM260,000.Katanya, kewangan GPB meningkat kepada RM260,000 berbanding RM130,000 pada suku yang sama tahun lalu.“Mengenai prospek di masa hadapan, kumpulan GPB menyasarkan keputusan kewangan yang lebih baik di suku hadapan tahun ini walaupun ada peningkatan kos operasi dan peraturan baharu yang ketat oleh Jabatan Perhutanan.“Sementara itu, segmen kaca masih lagi perlahan berikutan penurunan permintaan dalam sektor pembinaan,” ujarnya dalam satu kenyataan.Nadza berkata, kumpulan itu menjangkakan operasi venir akan mula menjana keuntungan kepada pendapatan syarikat apabila anak syarikatnya telah memasuki Perjanjian Tahap Perkhidmatan dengan pihak luar bagi meningkatkan kapasiti penghasilan venir kering.
10 Sep 19
266