lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Pasar Payang 2 Akan Ditambah Baik
Ahmad Shah menyapa salah seorang peniaga.Oleh: Syed KamalKUALA TERENGGANU, 19 September- Pasar Kedai Payang 2 akan ditambah baik memandangkan terdapat beberapa kekurangan yang memberi jejas terhadap keselesaan kepada peniaga.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Ahmad Shah Muhamed berkata, terdapat beberapa aduan dari peniaga-peniaga berkaitan keperluan yang perlu ditambah dan pihaknya akan bertindak segera. “Ada beberapa perkara yang perlu dibaiki antaranya keluasan tapak niaga, susun atur dan kemudahan elektrik. Begitu juga terdapat dinding yang membatasi pandangan pengunjung di bahagian penjual ikan, daging dan ayam.“Saya akan pastikan apa yang boleh kita perbaiki, kita akan baiki, rasanya perkara ini bukan suatu yang sukar, " katanya ketika ditemui pemberita dalam lawatan ke lokasi berkenaan, hari ini.Sesi perbincangan turut diadakan dalam kunjungan itu.Turut bersama-sama dalam lawatan itu ialah, Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar, Mustaffa Salim serta Pengerusi Persatuan Penjaja & Peniaga Kecil Melayu (PPPKMKT), Haji Zakaria.Beliau yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar berkata lagi, pihaknya turut mengharapkan kerjasama peniaga-peniaga untuk menjaga imej Pasar Kedai Payang 2 dan kerajaan negeri.“Pasar Kedai Payang 2 yang bersifat sementara ini dapat menjadi tempat perniagaan yang selesa dikunjungi oleh orang para pengunjung dan kita dapati setelah Pasar Kedai Payang 2 ini dibuka, ia nampak ‘meletup’ dengan sambutan luar jangkaan.“Semoga peniaga-peniaga sentiasa berkerjasama, mematuhi peraturan dan paling utama menjaga kebersihan kerana ia menjadi imej kerajaan negeri," nasihatnya.Beliau mengingatkan para peniaga supaya melayan pengunjung dengan baik supaya mereka yang datang akan membawa cerita yang baik tentang lokasi tumpuan itu.
19 Sep 19
181
Empty Image
Galeri ‘Skybridge’ Rekod 5,000 Pengunjung Dalam Tempoh Empat Hari
KUALA TERENGGANU, 19 September- Kerajaan negeri melalui anak syarikatnya TI Properties Sdn. Bhd merekodkan hampir 5,000 pelancong tempatan dan luar negara mengunjungi galeri ‘Skybridge’ yang terletak di menara tinjau jambatan angkat atau ‘Drawbridge’ di Kuala Terengganu dalam tempoh empat hari pembukaan.Pengurus Pemasaran TI Properties Sdn. Bhd, Mohd Nazahar Samsudin berkata, jumlah  kehadiran pengunjung ‘Skybridge’ yang dibuka pada  15 September lalu sangat membanggakan, terutama pada pertama pembukaan dan  Hari Malaysia lalu.Katanya, melihat situasi itu, pihaknya yakin mampu mencapai sasaran jumlah pengunjung lebih 50,000 sehingga akhir tahun ini.“Kehadiran orang ramai luar jangka itu, mungkin disebabkan harga tiket yang masih dalam promosi iaitu serendah RM5 untuk semua warga Malaysia, percuma bagi kanak-kanak bawah lima tahun manakala bagi bukan warganegara  RM15 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak.“Faktor lain, keterujaan orang ramai dan pelancong luar yang menyiarkan gambar kenangan masing-masing dalam pelbagai laman sosial terutama facebook dan instagram,”katanya ketika ditemui Urusetia Penerangan Darul Iman, di Skybridge , hari ini.Galeri  yang dibuka kepada umum pada setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam itu mempamerkan pelbagai jenis lukisan milik pelukis tempatan dan bermungkinan akan ditukar kepada pameran lain pada bulan berikutnya.Untuk keselesaan antara 70 hingga 80 orang dihadkan berada di atas skybridge berkenaan dalam satu-satu masa. Pembukaan galeri ini turut memberi impak limpahan ekonomi kepada pemain industri pelancongan lain termasuk bot penambang.Drawbridge yang juga jambatan angkat pertama di Asia Tenggara mula dibuka secara rasmi kepada orang awam pada 1 Ogos lalu.Jambatan ikonik bernilai RM248 juta itu menghubungkan muara selatan di pusat bandar raya Kuala Terengganu dan muara utara di Seberang Takir, Kuala Nerus.Sebelum ini, jambatan berkenaan dibuka untuk tempoh percubaan dari 2 hingga 17 Jun lalu sempena sambutan perayaan Aidilfitri.
19 Sep 19
195
Empty Image
Gabung Sawah : Selesaikan Masalah Utama Pesawah Dahulu - Dr Azman
Dr Azman IbrahimKUALA TERENGGANU, 19 September – Kerajaan Pusat disaran menyelesaikan pelbagai isu berbangkit melibatkan soal pertanian terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu yang baharu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, masalah yang dihadapi oleh pesawah selama ini seperti sistem perparitan, isu kualiti benih, padi angin dan sebagainya adalah perkara yang perlu diberikan perhatian.Katanya, para pesawah setiap tahun berhadapan dengan masalah tersebut sehingga menyebabkan mereka mengalami kerugian.“Isu-isu tersebut sedang menghantui pesawah-pesawah dan ia perlu diselesaikan dahulu, kalau kita kata nak gabungkan sawah padi supaya ia menjadi luas, sebenarnya ini dah ada (di Terengganu).“Sawah padi yang ada juga tidak terbiar kecuali yang tidak dapat diusahakan kerana masalah pengairan, punca inilah yang harus diteliti, gabung ini kalau ada yang kecil digabungkan menjadi besar,” katanya ketika ditemui media di Wisma Darul Iman, semalam.Azman meninjau sawah padi di Terengganu.Menurut beliau, isu penggabungan padi tidak timbul di Terengganu memandangkan semua sawah padi telah diusahakan dan beroperasi secara bersama cuma dengan milikan yang berbeza.“Ada yang memiliki sawah seluas lima ekar, ada yang 10 ekar dan soal gabung tanah pesawah bagi kami di Terengganu tidak ada.“Kemudahan di kawasan jelapang padi juga memang dibina secara bersepadu dan semua perkara termasuk jadual menabur, menuai, membajak, dan bekalan air memang diselaraskan,” tambah beliau.Untuk rekod, keluasan sawah padi di Terengganu adalah melebihi 12,00 hektar yang meliputi kawasan jelapang sebanyak 5,000 dan luar jelapang seluas 7,000 hektar.Baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, masalah kemiskinan yang membelenggu golongan pesawah padi hanya dapat diatasi jika mereka bersedia menerima kaedah menggabungkan tanah sawah mereka untuk diusahakan sebagai estet perladangan.Perdana Menteri berkata, mempelajari daripada kejayaan penggabungan tanah industri getah dan kelapa sawit, pemilik tanah sawah kelak akan dapat melaksanakan penanaman padi secara besar-besaran dengan melibatkan kepakaran dan kemahiran pertanian.
19 Sep 19
741
Empty Image
Pasar Payang 2 Kini Semakin ‘Viral’
Ustaz Ahmad Shah Muhamed mengadakan lawatan ke Pasar Besar Kedai Payang 2Foto ; Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 19 September – Pasar Payang 2 yang baharu  beroperasi sebulan kini semakin tular atau ‘viral’ dan menjadi tumpuan kepada para pengunjung dalam dan luar negeri.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar Ustaz Ahmad Shah Muhamed berkata, para peniaga juga dapat berniaga dengan baik sejak beberapa minggu ia beroperasi.“Pasar Payang kita  ini  mendapat sambutan yang begitu hangat dengan kunjungan yang bertali arus ini dan kita mendapat  laporan bahawa perniagaan yang dijalankan oleh peniaga  begitu baik dan  bagus  serta berlipat kali ganda daripada asal.“Ini merupakan suasana yang sangat baik dan mudah-mudahan para peniaga dapat berniaga  dengan baik  seterusnya mendapat pulangan  yang lumayan, insya Allah,” katanya.Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas membuat tinjauan di Pasar terkenal itu pada hari ini.Menurutnya, pasar baharu tersebut  turut menjadi tumpuan untuk menikmati sarapan  pagi oleh para pengunjung yang datang ke situ.“Kita dapati bahawa  para peniaga yang berkait dengan makanan, mereka begitu gembira dengan   suasana pasar baru dan dengan  kunjungan ramai daripada para pengunjung.“Suasana Pasar Payang baru yang agak terbuka dan mudah lihat  daripada jauh serta suasana yang selesa. Mereka sangat gembira dan berpuas hati dengan suasana baru serta  hasil jualan yang meningkat dan makanan yang disediakan habis berbanding dengan pasar lama,” ujar beliau.Sehubungan dengan itu, kerajaan negeri amat menitikberatkan masalah kebersihan Pasar Payang.“Melalui  kempen bersama Majlis Bandaraya dan masyarakat  setempat, kita mengharapkan dapat  memperlihatkan kepada masyarakat bahawa  negeri Terengganu dan  pasar payang kita ini juga  menjadi  satu tempat yang sangat  senang dikunjungi kerana  keadaan yang bersih, suasana yang  begitu menarik dan para peniaga yang sangat  berbudi bahasa.“Kesedaran perlu dipupuk dan kalau semua pihak mengambil peranan dan beri kerjasama dalam hal ini,  insya Allah masalah kebersihan dapat kita sama-sama jaga."Jadi kita mengatur program tertentu  untuk memastikan kebersihan kekal di jaga samada oleh para peniaga dan pengunjung,” tambah beliau.Sementara itu, seorang peniaga rempah ratus pasar tersebut, Muhammad Bin A. Rahman telah menularkan perniagaannya apabila menggunakan rangkaian pernaiagaan atas talian 'Shoppe' sebagai salah satu agen pemasarannya sejak setahun lalu.“Kita jual rempas ratus......macam-macam rempah ada, dalam shoppee pun kita jual. Kalau nak beli melalui shoppee pun boleh...,” katanya.
19 Sep 19
736
Empty Image
Syarikat Telco Perlu Tingkatkan Kualiti Perkidmatan
Dr Azman Ibrahim.Oleh: Hidayah Azlin SETIU, 19 September – Semua syarikat telekomunikasi (Telco) disaran meningkatkan kualiti perkhidmatan bagi memastikan pengguna mendapat akses yang terbaik.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, bagi memenuhi keperluan rakyat, syarikat terlibat perlu bersedia untuk melabur dan menyelesaikan masalah itu.Katanya, di sepanjang jalan utama Jerteh ke Kuala Terengganu, terdapat banyak tempat yang tiada liputan talian telefon terutama dalam Daerah Setiu dan Kuala Nerus. “Kita pengguna sebenarnya tidak banyak pilihan. Talian ‘A’ ok di sini, tidak ok di tempat lain, talian B pula sebaliknya. Ini belum lagi cerita, tempat perhimpunan ada orang ramai sikit, talian terus bermasalah.“Bukan di kampung malah di tengah ibu kota semasa Himpunan Perpaduan Ummah baru-baru ini pun talian bermasalah juga. Di Padang Arafah jutaan manusia berkumpul, talian telefon tiada masalah,” ujarnya menerusi laman sosial ‘Facebook’ rasminya, semalam.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, di laluan utama Jalan Persekutuan dalam negeri Terengganu, masih terdapat tempat yang tidak mempunyai sebarang akses.“Laluan yang kita lalu hampir setiap hari. Terasa betapa ketinggalannya kita, ketika negara lain bercakap tentang 5G dan 6G, kita masih ada lagi tempat tiada akses di laluan utama Jalan Persekutuan. Kalau ada signal ‘E’ pun kira dah ok.“Setahu kita, Malaysia antara negara dengan nisbah jumlah pengguna telefon bimbit tertinggi di dunia. Maknanya bisnes Telco sangat menguntungkan,” tambah beliau.
19 Sep 19
41
Empty Image
73 Kekosongan Jawatan PPP Perlu Diisi Segera
Mohd Zabidi berucap di di Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan (BDC) Kali Ke 24 KKPPPSM di Grand Puteri Hotel hari ini.KUALA TERENGGANU, 18 September - Kesatuan Kebangsaan Penolong Pegawai Perubatan Semenanjung Malaysia (KKPPPSM) memohon agar Kerajaan Malaysia mengisi segera sebanyak 73 kekosongan jawatan Penolong Pegawai Perubatan (PPP) gred U41.Presiden KKPPPSM berkata, Mohd Zabidi Mohd Taha berkata, jawatan itu masih kosong sejak tahun 2015 lagi.Katanya, beberapa sesi perjumpaan dengan pihak tertentu telah diadakan untuk memohon agar kekosongan jawatan tersebut diisi segera.Ahli KKPPPSM di Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan (BDC) Kali Ke 24 KKPPPSM di Grand Puteri Hotel hari ini. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan (BDC) Kali Ke 24 KKPPPSM di Grand Puteri Hotel di sini hari ini.Kira-kira 300 orang ahli KKPPPSM hadir di majlis berkenaan.Kesatuan itu katanya turut memohon supaya mengurangkan tahun bagi pengisian gred flexi PPP U41, U42 dan U44 dari lapan tahun kepada hanya enam tahun sahaja.“Begitu juga PPP U44 ke gred U48 selama tiga tahun sahaja kerana mengambil kira perkhidmatan sebagai PPP di gred sokongan sebelumnya.“Kebanyakan anggota terlibat telah berkhidmat sebagai PPP lebih dari lima tahun di gred U29 atau U32 atau U36 sehingga gred U41 atau U42.“Kesatuan merasakan adalah wajar perkhidmatan sebelumnya diambil kira bagi tujuan naik pangkat yang lebih tinggi,” jelasnya.Kesatuan juga menurutnya memohon supaya kerajaan mewujudkan gred PPP U48 sekurang-kurangnya satu penyandang bagi setiap negeri sebagai Ketua Penolong Pegawai Perubatan Negeri (KPPPN) dan menaik taraf serta memperakui pengisian gred flexi U44 yang telah sedia ada di setiap hospital negeri berpakar sebagai Ketua Penyelia atau PPP.Kesatuan juga memohon agar kajian dibuat ke atas Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK).“Kesatuan memohon supaya bayaran ini disamaratakan dengan profesion kejururawatan di mana 10 peratus untuk gred P&P dan 15 peratus untuk gred sokongan.“Perkara ini telah lama dibincangkan dan telah ditangguhkan dahulu kerana masalah kegawatan ekonomi.“Besarlah harapan kesatuan agar BIPK ini dipertimbangkan semula secepat mungkin menjelang tahun depan,” ujarnya.
18 Sep 19
428
Empty Image
Satu Juta Benih Udang Galah Dilepas Untuk Tingkat Pendapatan B40
Nor Aieni (dua dari kiri) menunjukkan benih udang galah yang akan dilepaskan ke Sungai Nyatoh.Oleh : Ariss AliasSETIU, 18 September - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerusi Institut Akuakultur Tropika dan Penyelidikan Perikanan (AKUATROP) melepaskan satu juta benih udang galah di beberapa sungai Terengganu bagi menjana pendapatan yang lebih lumayan untuk masyarakat setempat.Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, program seumpama itu bukan sahaja memberikan impak kepada universiti tetapi komuniti setempat turut akan merasai kesannya.“Program penyelidikan ini sebagai sumbangan UMT dalam meningkatkan pendapatan masyarakat setempat khususnya golongan B40.“Apabila anak benih sudah mencapai usia matang kelak, ia bukan sahaja menstabilkan populasi udang galah, malah membawa limpahan rezeki kepada masyarakat di sini yang rata-rata bekerja sebagai nelayan,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Pelepasan Benih Bagi Pemuliharaan dan Peningkatan Stok Populasi Udang Galah di Terengganu, di NR’ Nyatoh, di sini hari ini.Shaharizukirnain (dua dari kanan) mendengar penerangan Nor Aieni.Sementara itu, Pengarah AKUATROP, Prof Dr Mhd Ikhwanuddin Abdullah memaklumkan, penggunaan penanda biologi udang galah yang pertama di Malaysia itu diyakini dapat meningkatkan stok populasi udang galah Terengganu.Ujarnya, projek kali ini merupakan kesinambungan dari Projek Fasa 1 yang telah dijalankan pada tahun lalu.“Pemilihan lokasi pelepasan anak benih ini berdasarkan hasil kajian yang menunjukkan usaha tangkapan per unit (Catch Per Unit Effort, CPUE) yang paling rendah di antara tiga sungai iaitu  Sungai Nyatoh, Sungai Paka dan Sungai Terengganu.“Melalui projek pelepasan benih ini dijangka dapat  meningkatkan stok populasi dan memastikan pengurusan sumber udang galah yang mapan dilaksanakan di Sungai Nyatoh khususnya dan sungai-sungai di negeri Terengganu, amnya,” jelasnya.Dalam pada itu, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir yang turut hadir memberitahu, UMT terus membuktikan keunggulannya dengan pelbagai penyelidikan yang memberi manfaat kepada masyarakat.“Sungai Nyatoh ini merupakan salah satu daripada tiga sungai utama di Terengganu selain daripada Sungai Paka dan Sungai Terengganu yang mendapat manfaat hasil program ini.“Melalui program ini, seramai 20 orang penduduk setempat telah dicalonkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Setiu serta Jabatan Perikanan untuk mengikuti latihan teknikal berkaitan pembenihan udang galah,” tambah beliau.
18 Sep 19
240
Empty Image
Tapir Pulang Ke Habitat Asal
Oleh: Ahmad MawardiHULU TERENGGANU, 18 September - Tapir seberat hampir 80 kilogram yang berjaya diselamatkan selepas terperangkap di dalam longkang di Kampung Kubang Tepak, Manir telah dikembalikan semula ke kawasan hutan berhampiran.Hidupan liar ini telah diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu untuk tindakan lanjut bagi melindunginya daripada kepupusan.Pengarahnya, Dr Abdul Malik Mohd Yusuf berkata Tapir itu telah di pulangkan ke habitat asal di hutan berhampiran."Penduduk sekitar juga tidak perlu bimbang kerana spesis ini tidak membahayakan dan sebab itu dikembalikan semula ke hutan. "Ia secara langsung dapat mengekalkan populasi hidupan liar berkenaan daripada diancam kepupusan," ujarnya ketika dihubungi oleh wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), di sini hari ini.Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kubang Tepak, Yusoff Umar berkata, terdahulu tapir yang dipercayai sesat dari hutan berhampiran kampung tersebut, bagaimanapun bertindak agresif dan lari sebaik sahaja diselamatkan sepasukan anggota bomba dengan dibantu penduduk kampung."Tapir melarikan diri ke hutan berdekatan selepas terlolos dari ikatan tali hasil daripada tangkapan malam tersebut."Binatang berkenaan akhirnya berjaya ditangkap semula ketika ditemui dalam keadaan lemah tidak jauh dari lokasi dia terjatuh pada kira-kira sejam kemudian dan diserahkan kepada PERHILITAN untuk tindakan seterusnya," ujar Yusoff.
18 Sep 19
202
Empty Image
PERHILITAN Pantau Kemunculan Harimau Kumbang
Foto ihsan - GoogleKUALA TERENGGANU, 18 September - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Terengganu terus melakukan pantauan di Taman Harmoni dekat Al Muktafi Billah Shah dan kawasan sekitarnya berikutan aduan penduduk tentang seekor harimau kumbang yang ditemui berkeliaran di kawasan tersebut sejak dua minggu lalu.Pengarah Perhilitan Terengganu, Dr Abdul Malik Mohd Yusuf berkata, pihaknya telah bertindak selepas  menerima aduan penduduk dan beberapa kakitangan telah pergi ke lokasi tersebut untuk memasang perangkap.“Pihak kami masih lagi membuat pantauan di kawasan berkenaan dan sekitarnya untuk mengesan harimau ini.“Sehingga hari ini, pasukan yang ditugaskan masih lagi tidak dapat mengesan jejak binantang berkenaan namun pantauan berterusan akan dibuat demi keselamatan penduduk sekitar,” ujarnya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman ( UPDI) ketika dihubungi hari ini.Beliau turut menasihatkan penduduk agar terus berhati-hati dan segera melaporkan kepada Perhilitan sekiranya terserempak dengan haiwan itu untuk memudahkan tindakan dibuat.Terdahulu, harimau kumbang terbabit ditemui berkeliaran di Taman Harmoni dekat Al Muktafi Billah Shah yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Kampung Besul Lama, menimbulkan kerisauan penduduk di sekitarnya.Salah seorang penduduk, Nur Mazila Mohd Salleh, 37, telah memuat naik sekeping gambar harimau terbabit di Facebook dengan meminta bantuan untuk mendapatkan nombor telefon PERHILITAN Terengganu. Bagaimanapun, status tersebut dipadam sebaik sahaja aduan dibuat kepada PERHILITAN.Sementara itu, pada masa sama seorang penduduk, berkata, kejadian terbaharu berlaku yang mana dia melihat sendiri seekor harimau kumbang berkeliaran di sekitar rumahnya, di blok H taman perumahan itu.“Ini kali ketiga saya melihat haiwan itu dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini, namun ada jiran mendakwa sudah melihat harimau itu berkeliaran sejak sebulan lalu,” katanya.
17 Sep 19
2113
Empty Image
Selepas Bedal PKNS, Terengganu Ke Suku Akhir
Foto oleh - media TFC.KUALA TERENGGANU, 17 September - Terengganu Football Club (TFC) garang membelasah PKNS FC 2-0 pada aksi terakhir Piala Malaysia peringkat kumpulan A di Stadium Shah Alam sebentar tadi.Dua jaringan pada 10 minit pertama perlawanan masing-masing menerusi Sanjar Shaakmedov dan Tchetche Kipree membawa TFC ke suku akhir.Turun beraksi dengan kesebelasan yang  berbeza berbanding menentang Kedah tempoh hari, TFC pantas melancarkan serangan seawal minit pertama.Hasilnya, pada minit ke-4 hantaran cantik Ashaari Samsudin disudahkan dengan bergaya oleh Sanjar, rembatan kencang Sanjar gagal ditepis penjaga gol PKNS menjadikan kedudukan memihak kepada pasukan pelawat.Tersentak dengan jaringan awal pasukan TFC, PKNS cuba bangkit dan berjaya mendapatkan sepakan percuma di luar kotak penalti TFC pada minit ke-7, namun, gagal dimanfaatkan oleh Romel Morales apabila sepakannya melepasi palang gol.Berselang satu minit kemudian, gerakan pantas Lee Tuck yang menewaskan pemain tengah PKNS dirembat kencang Kipree untuk jaringan kedua TFC.Aksi berbalas serangan berlanjutan hingga tamat babak pertama, namun tiada tambahan gol dihasilkan.Bersambung separuh masa kedua, PKNS cuba merapatkan kedudukan, peluang itu hadir menerusi gerakan Mahali Jasuli pada minit ke-46 tetapi digagalkan Penjaga Gol TFC, Wan Azraie.TFC yang mengendurkan sedikit permainan sesekali hadir melakukan serangan merbahaya, antaranya sepakan deras Lee Tuck pada minit ke-51 dan 67.Beberapa percubaan daripada kedua-dua pasukan gagal menemui jaringan, menyaksikan kedudukan dua gol tanpa balas kekal hingga tamat perlawanan.TFC menamatkan saingan Piala Malaysia Kumpulan A di kedudukan kedua dengan 12 mata di belakang Kedah yang mengumpul 13 mata.Kedudukan itu menyaksikan TFC bakal membuat perhitungan dengan JDT di peringkat suku akhir.
17 Sep 19
119