Artikel "Utama" Terkini
KDN Digesa Bertindak Terhadap Akhbar Cina Cetus Sentimen Perkauman
Ahmad Amzad (tengah) bersama rakyat berbilang kaum di Kuala Terengganu semalam.KUALA TERENGGANU, 23 September - Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa bertindak tegas terhadap sebuah akhbar berbahasa Cina kerana didakwa meniup sentimen perkauman melalui karikator yang disiarkan dalam akhbar berkenaan.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, KDN juga perlu menyiasat tindakan tersebut kerana ia dipercayai boleh menggugat keharmonian kaum di negara ini."Saya menyeru semua rakyat Malaysia yang berbudi bahasa supaya mengecam penyiaran gambar yg diubah suai sebegitu rupa oleh sebuah akhbar berbahasa Cina."Ia adalah penyiaran tidak beretika, melampau dan biadab yang mengguris perasaan orang orang Islam, Melayu dan tidak baik dalam memupuk keharmonian antara kaum," jelas Ahmad Amzad dalam satu kenyataan medianya hari ini.Beliau yang turut menyesali tindakan akhbar itu sambil menambah surat khabar yang diberi permit penerbitan bukannya menjadi agen memupuk keharmonian tetapi sebaliknya memilih untuk memanaskan lagi kebencian antara kaum dengan penyiaran gambar karikator diubahsuai yang kurang ajar itu."Di saat orang Islam dan Melayu dua parti terbesar Melayu Islam mengajak perpaduan ummah seluruh rakyat dan disahut parti MCA, MIC, DHPP, IKATAN dan pelbagai kaum yang cintakan keharmonian, kestabilan dan perpaduan, mereka memilih untuk menyinggung usaha ini dengan menyemai kebencian. "Saya sekeras-kerasnya mengutuk penyiaran berkenaan dan menuntut Kementerian Dalam Negeri melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya," tegas Ahmad Amzad.Sebuah akhbar berbahasa Cina telah menyiarkan satu sketsa karikator yang menggambarkan dua orang pemimpin parti Melayu Islam berkahwin dan ia disifatkan sebagai satu tindakan biadab dan melampau.
23 Sep 19
86
50 Ribu Pengunjung Dijangka ‘Serbu’ HPPNT 2019
Dr Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 23 September – Lebih 50,000 pengunjung dijangka akan memeriahkan pekan Jabi sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Terengganu (HPPNT) 2019 yang bermula 25 hingga 28 September nanti.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, HPPNT 2019 yang diadakan dua tahun sekali itu adalah sebagai satu pengiktirafan kerajaan kepada pemain dalam sektor pertanian.Katanya, banyak jasa dan sumbangan yang telah mereka berikan terhadap pembangunan, kemakmuran dan kesejahteraan negeri.“HPPNT juga menjadi satu medan untuk memudahkan orang ramai bertemu dengan agensi berkaitan pertanian bagi mendapatkan maklumat terkini serta khidmat nasihat.“Dengan penuh takzim, bagi pihak Jawatankuasa Induk HPPNT 2019, saya mempersilakan semua tetamu untuk berkunjung menjadi sebahagian dari kejayaan dan kelangsungan program ini selama empat hari,’’ beliau berkata demikian ketika dihubungi media, hari ini.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, pengunjung yang hadir dalam program tersebut akan dihidangkan dengan pelbagai acara menarik.“Antara yang dijangka menjadi tumpuan pengunjung ialah pertandingan dan pertunjukan lembu sado, kambing comel, pameran penyu, kerapu gergasi, dan pertandingan silat jatuh.“Kita juga serikan program tersebut dengan forum perdana hal ehwal Islam pameran jentera dan peralatan pertanian, pameran hasil pertanian unik, karnival jualan, pameran pelbagai jabatan dan agensi serta banyak lagi,” tambah beliau.Katanya lagi, beliau menjemput seluruh warga Terengganu untuk tidak melepaskan peluang bagi turut serta dalam program terbabit.
23 Sep 19
106
Para Pendidik Dan Pengusaha Taska Swasta Dihargai
KUALA TERENGGANU, 23 September – Pengorbanan para pendidik dan pengusaha pusat–pusat taska swasta di negeri Terengganu amat dihargai oleh kerajaan negeri.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, YB Zuraida Md Noor berkata, mereka akan menjadi contoh kepada orang ramai yang mahu memulakan pekerjaan di sektor tersebut.“Saya sangat teruja dan menghargai yang berusia (lingkungan ) bawah 40 tahun sanggup berkorban masa memulakan kerja seawal 6.30 pagi sehingga 6.30 petang," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas program Hari Pendidik Taska Swasta Negeri Terengganu yang diadakan di Anggullia Beach Resort, Marang pada hari Jumaat, 20 September.Oleh itu, katanya, program tersebut yang disertai seramai 132 peserta terdiri daripada pendidik dan pengusaha Taska yang mewakili lapan daerah di Negeri Terengganu telah dianjurkan oleh Persatuan Pendidik Taska Swasta Negeri Terengganu (PPTNT).Menurut beliau, objektif program tersebut adalah untuk membuka minda pengusaha dan pendidikbahawa pentingnya mencari ilmu baru bagi mendidik dan menjaga anak-anak seawal umur dua bulan sehingga empat tahun.Terdapat juga, beberapa pengisian seperti motivasi, jati diri, kerja berpasukan dan sahsiah diri di terapkan di dalam program tersebut.Sehubungan dengan itu, Pengerusi PPTNT Puan Laila Akma binti Abd Malek, menegaskan bahawa, program tersebut merupakan kali pertama diadakan bagi mengumpul para pendidik dan pengusaha di negeri Terengganu"Ini menunjukkan bahawa keterbukaan minda para pendidik dan pengusaha taska terhadap persatuan PPTNT amat positif," tambah beliau.
22 Sep 19
72
Tiket RM5 Dorong Orang Ramai Kunjungi Galeri Skybridge Terengganu
KUALA TERENGGANU, 22 September - Harga serendah RM5 untuk semua warga Malaysia antara faktor hampir 1,000 orang pengunjung melawati Galeri Skybridge yang terletak di menara tinjau jambatan angkat atau drawbridge di sini pada setiap hari sejak dibuka pada 15 September lalu.Pengurus Pemasaran TI Properties Sdn. Bhd, Mohd Nazahar Samsudin berkata, harga itu termasuk percuma bagi kanak-kanak bawah lima tahun manakala bagi bukan warganegara RM15 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak akan dikekalkan sehingga akhir tahun ini .Katanya, harga yang ditawarkan itu antara yang termurah berbanding menara tinjau di negeri lain yang menetapkan harga RM15 sehingga RM25 seorang untuk warga Malaysia.“Langkah itu bagi memperkenalkan jambatan ikonik kepada orang ramai terutama pelancong luar Terengganu dan pelancong asing,” katanya.Pengunjung dari Kuantan, Nur Hazwani Husna Mohd Razali ,27, berkata, tidak rugi dia datang ke Terengganu semata-mata mahu mengunjungi galeri skybridge dan merasai pengalaman melalui jambatan angkat.“Sebaliknya cukup rugi sekiranya ke Terengganu, tidak mengambil peluang ke galeri skybridge kerana bukan saja harga tiket yang ditawarkan sangat rendah malah lebih menarik boleh melihat hampir keseluruhan bandar Kuala Terengganu apabila berada di atas skybridge,” katanya.Guru Sekolah Berasrama Penuh Intergasi Kubang Pasu, Kedah, Ustaz Nik Mohd Shazmizi Nik ketika ditemui berkata, dia bersama 20 orang pelajar teruja sebaik tiba di Terengganu, terutama dapat menjejak kaki ke galeri skybridge.Katanya, harganya sangat berpatutan, jadi tidak perlu risau untuk membawa ahli keluarga dlam jumlah yang ramai. “Insya-Allah, jika ada kelapangan saya dan keluarga akan kembali ke sini dan beberapa lokasi menarik lain di Terengganu,” katanya.
22 Sep 19
392
Wisma Putra Perlu Hantar Nota Bantahan
Ahmad Amzad (kiri) bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ustaz Ahmad Shah Muhamed (kanan), minum pagi di Bandar Kuala Terengganu hari ini.KUALA TERENGGANU, 22 September - Kerajaan Malaysia didesak supaya menghantar nota bantahan serta mengecam perlakuan Bot Penguatkuasa Maritim Vietnam yang menceroboh masuk sejauh lapan batu nautika ke dalam Perairan Negara pada Rabu lalu.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, tindakan tersebut disifatkan boleh menggugat kedaulatan negara dan aktiviti itu tidak boleh dipandang ringan."Saya difahamkan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menghantar nota kepada Wisma Putra meminta dihantar nota bantahan."Bagi pihak Parlimen Kuala Terengganu, saya mendesak kerajaan supaya mengecam perlakuan bot milik Kerajaan Vietnam itu, sekali gus menghantar nota bantahan serta meminta mereka mengambil tindakan sewajarnya kerana kita tidak boleh memberi sebarang perakuan kepada sebarang tingkah laku bersifat mencemar Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat. "Kapal asing tidak boleh sewenang-wenangnya masuk menceroboh di dalam perairan kita," katanya ketika dihubungi hari ini.Menurut beliau, sekalipun Kerajaan Malaysia sedang menjalankan 'Ops Naga', namun operasi mengawal perairan negara perlu diperketat dan dipertingkatkan.Ini katanya, termasuk menahan kapal-kapal nelayan asing yang masuk ke perairan Malaysia dan diambil tindakan sewajarnya."Saya harap supaya ini (insiden itu) tidak melemahkan semangat anggota keselamatan kita untuk terus berusaha dan tidak tunduk kepada sebarang tekanan dari pihak asing," jelas Ahmad Amzad.Beliau berharap dengan adanya nota bantahan itu perairan negara selamat dari pencerobohan nelayan dan bot asing."Saya difahamkan 'European Nation' (EN) mengenakan kad merah kepada negara-negara tertentu dan hasil tangkapan nelayan mereka diharamkan untuk dijual ekoran daripada tindakan melanggar undang-undang antarabangsa."Begitu juga saya harap tekanan yang sama dapat dibuat supaya di pihak Vietnam terus mengawal aktiviti bot-bot nelayan mereka daripada menceroboh kedaulatan negara-negara lain."Ini kerana ia tidak baik untuk ekonomi dan tidak baik untuk hubungan antarabangsa, lebih-lebih lagi Vietnam merupakan sebahagian daripada negara ASEAN yang dianggap sahabat kita dalam kesatuan Asia Tenggara," jelasnya.Terdahulu dilaporkan sebuah kapal penguat kuasa Vietnam bertindak biadap apabila menceroboh perairan negara dan mengganggu aset Maritim Malaysia di 167 batu nautika timur laut Tanjung Mat Amin, Terengganu, 18 September lalu.Dalam kejadian jam 9.48 pagi itu, kapal FRS KN205 Vietnam itu cuba menghalang Kapal KM Langkawi milik Maritim Malaysia yang menahan sebuah bot nelayan Vietnam kerana menceroboh perairan negara bagi mencuri hasil laut.Bagaimanapun, tindakan pantas kru KM Langkawi berjaya menggagalkan usaha kapal penguatkuasa Vietnam itu sekali gus mengusirnya keluar dari perairan negara.
21 Sep 19
36
Semak Semula Keputusan Gabung UMT - UniSZA - Ahmad Amzad
Ahmad Amzad (tengah) dalam satu majlis di Kuala Terengganu baru-baru ini.KUALA TERENGGANU, 21 September - Kerajaan Pusat diminta menyemak semula keputusan penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kerana penggabungan dilihat bukan pilihan dan prioriti pada masa kini. Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, kerajaan boleh terus membantu memperkasakan kursus-kursus tujahan di UMT dan UniSZA tanpa perlu kepada satu proses penggabungan yang memerlukan kepada kos yang tinggi. "Ditambah dengan protes berterusan daripada ahli akademik, mahasiswa dan masyarakat setempat, proses yang tidak perlu ini akan menjadi rumit sekali untuk diselesaikan kerajaan," jelasnya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di status Facebooknya pada Khamis.. Ahmad Amzad turut meneliti alasan-alasan yang diberikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia Dr Maszlee Malik berhubung dengan penggabungan UMT dan UniSZA. Faktor utama penggabungan ini dikatakan kerana faktor pencapaian UMT yang tidak memuaskan terutamanya kegagalan universiti itu mengetengahkan kursus maritim sebagai kursus rujukan di peringkat antarabangsa. Seterusnya, Dr Maszlee juga mewajarkan keputusan kerajaan itu dengan memberi alasan bahawa kebolehpasaran kerja bagi graduan universiti ini adalah rendah di samping kedua-duanya mempunyai kursus dan professor dalam bidang yang sama. Katanya, kenyataan-kenyataan Dr Maszlee ini menimbulkan banyak keraguan. "Tidak wajar perbandingan dilakukan melalui 'ranking' universiti dengan mengambil kira usia penubuhan UMT jika dibandingkan dengan universiti-universiti terkemuka tempatan yang lain. "Jika 'ranking' menjadi punca, bukan tidak wujud universiti-universiti yang berada di bawah UMT."Sekadar persamaan kursus juga bukan alasan yang kukuh untuk satu penggabungan kerana universiti yang mempunyai kursus tujahan sendiri juga masih mempunyai kursus-kursus lain yang ditawarkan," ujarnya. Katanya, alasan kebolehpasaran kerja pula hanya menunjukkan kegagalan kerajaan menyediakan peluang pekerjaan yang sesuai dengan bidang graduan. "Paling tidak boleh diterima adalah apabila menteri sendiri menidakkan pencapaian UMT dalam bidang marin. "Walhal, Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) UMT telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri sebagai Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE) kluster Maritim kerana sumbangan dan kerjasamanya dengan universiti luar dalam pemfokusan bidang yang sama," jelas beliau lagi. Ahmad Amzad juga berkata, di sebalik usia penubuhannya yang masih muda, ia juga diiktiraf oleh badan profesional iaitu The Chartered Institute of Logistics and Transport (CILT) dalam bidang pengangkutan dan logistik maritim dengan penubuhan Pusat Pengangkutan dan Logistik Maritim (MALTrac) yang pertama di Malaysia. Menurutnya, UMT turut menubuhkan Pusat Pelayaran dan sedang giat membangunkan sebuah Pelabuhan Pengajaran (teaching port) UMT dan Pusat Repositori Marin Kebangsaan."Banyak lagi pencapaian UMT di peringkat antarabangsa yang menjadi kebanggaan warga UMT. "Saya percaya UMT sudah pun berada di trek yang betul untuk terus cemerlang dan menjadi rujukan universiti-universiti lain," ujar Ahmad Amzad.
21 Sep 19
133
Daerah Besut Catat Aktiviti Dadah Yang Membimbangkan
Oleh:Jusmawari JusohBESUT, 21 September - Daerah Besut di antara kawasan mencatatkan aktiviti penagihan dadah antara yang paling membimbangkan.Ketua Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK)Puan Nor Hafizza Mat Zin berkata, keadaan sekarang amat membimbangkan kerana terlalu banyak kes yang melibatkan masyarakat tempatan terutama lelaki."Dadah ini adalah bahan sintetik ataupun bahan asli yang boleh merosakkan organ badan manusia apabila diambil secara tidak betul."Contohnya ubat batuk, dos dia dua mililiter tapi kita ambil satu botol," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Kempen Anti Dadah Daerah Besut anjuran Pejabat Penyelaras Parlimen Besut di Medan Ilmu Jertih pada semalam.Menurutnya, perubatan kampung menyarankan supaya ambil daun ketum untuk seminggu dalam perubatan."Tapi kita ambil tiap-tiap hari, dicampur pula dengan ubat batuk dan di tambah pula dengan ubat nyamuk," ujarnya.Sehubungan dengan itu, Penyelaras Parlimen Besut, Ustaz Dr. Riduan Mohammad Nor berkata, kempen Anti Dadah akan diadakan selama sebulan dengan mengadakan forum di sekolah dan masjid untuk memberi kesedaran dan penerangan kepada masyarakat."Kita (juga) akan bekerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk kempen "Anti Dadah Daerah Besut","Turut hadir sama ialah Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Besut,Tuan Najib dan Pegawai Daerah Besut,Tuan Rozali Saleh bagi menjayakan kempen tersebut.
21 Sep 19
64
Tambah Tempat Letak Kereta Untuk Kemudahan Pengunjung Pasar Kedai Payang
Tapak tambahan tempat letak kereta di sebelah pasar sayurKUALA TERENGGANU, 21 September - Kerajaan negeri sedang menyiapkan tempat letak kereta tambahan bagi memudahkan para pengunjung dan peniaga kedai Pasar Payang 2.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ahmad Shah Muhamed berkata, lokasi parkir tersebut terletak di sebelah pasar sayur akan disiapkan pada fasa yang seterusnya."Parkirnya walaupun (tak banyak) tetapi boleh letakkan kereta di sepanjang jalan pesisir pantai."(kawasan tempat letak kereta yang baru) itu tak luas (tapi) insya Allah (akan selesai masalah) (namun begitu) ada ketikanya ramai pengunjung (pada) hari cuti, hari kelepasan am memang tidak boleh nafikan (akan kekurangan tempat parkir)."Biasala (pemikiran orang) kalau nak parkir nak masuk dekat dengan kedai tapi takkan berlaku macam itu kerana parkir mungkin jauh sikit tapi tak la jauh mana," jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas membuat tinjauan di Pasar terkenal itu pada Khamis, 19 September.Oleh itu, beliau berharap orang ramai mengikis kebiasaan mahu meletakkan kereta berhampiran atau dihadapan kedai ataupun premis."(Tapi) saya harap takkan berlaku macam itu) parking mungkin sedikit jauh tapi taklah jauh mana," ujarnya.Justeru itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak Majlis Bandaraya Terengganu dan persatuan yang membantu kerajaan memberi kemudahan kepada rakyat."Alhamdulillah walau macam mana pun kita akan usaha yang terbaik selesaikan masalah," tambah beliau.
20 Sep 19
853
Piala Cabaran 2019: Tewas Tipis, Terengganu FC2 Yakin Bangkit Aksi Kedua
KUALA TERENGGANU, 20 September- Pengendali Terengganu Football Club 2(TFC2), Tengku Hazman Raja Hassan yakin keajaiban akan berlaku dalam aksi separuh akhir kedua menentang Johor Darul Takzim 2(JDT2) di Pasir Gudang, 27 September ini."Peluang masih ada, kita tidak akan beri laluan mudah kepada lawan dalam aksi kedua nanti."Dengan pemain yang ada, kita akan bermain sehabis baik dan saya yakin kita mampu mencipta kejutan di sana," katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala Cabaran, semalam.Dalam perlawanan itu, Terengganu FC2 tidak berjaya memanfaatkan kelebihan sebagai tuan rumah apabila tewas tipis 1-2 kepada JDT2.Beraksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS), Sang Penyu tampil lebih banyak bertahan dalam kawasan sendiri pada awal separuh masa pertama.JDT2 memulakan perlawanan dengan agresif namun tidak berjaya menembusi gawang Terengganu FC2, sebaliknya tuan rumah berjaya mencemaskan pelawat dengan serangan-serangan balas merbahaya.Bagaimanapun, perlawanan kekal 0-0 sehingga tamat separuh masa pertama.Bersambung babak kedua, Terengganu FC2 terlebih dahulu di depan apabila Bruno Suzuki menyudahkan hantaran Zuasyraf Zulkiefle dengan rembatan kencang menembusi gawang yang dikawal Haziq Nadzli pada minit ke-60.Namun, keputusan tersebut tidak bertahan lama. Pemyerang gantian JDT2, Darren Lok berjaya menyamakan kedudukan dengan tandukan kemas melepasi kawalan Shamirza Yusoff.Pelawat kemudiannya merakamkan kemenangan melalui S. Kumaahran pada minit ke-82 sekali gus memberikan kelebihan buat mereka dalam kunjungan Sang Penyu ke Pasir Gudang nanti.Perseteruan antara Terengganu dan Johor masih belum berakhir dan malam ini, Terengganu FC pula bakal berdepan JDT dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia 2019.
20 Sep 19
67
Tengku Muhammad Ismail Berangkat Ke Pelong
Tengku Muhammad Ismail (duduk tengah) berkenan melepas anak ikan di Santuari Kelah Kampung Pelong, Setiu.SETIU, 19 September - Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Ibni Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat ke Majlis Jamuan Rakyat di Kampung Pelong di sini hari ini.Tengku Muhammad Ismail berangkat dari Istana Syarqiyyah singgah terlebih dahulu di Masjid Ar-Ridhuan Sungai Tong di sini untuk menunaikan solat zohor diiringi oleh Menteri Besar Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan isteri To’ Puan Seri Tuan Faezah Tuan Ab Rahman.Turut mengiringi baginda, kekanda Tengku Puteri Utama RajaTengku Nadhirah Zahrah Sultan Mizan Zainal Abidin dan adindaTengku Sri Setia Makhota Raja Tengku Mua’az Sultan Mizan Zainal AbidinHadir sama, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail dan isteri To’ Puan Azizah Aziz.Tengku Muhammad Ismail (dua dari kanan) mengacau Bubur Asyura di Perkarangan Masjid Pelong, Setiu.Rombongan itu disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Zahari Mohd Azahar dan isteri, To’ Puan Hajah Sharifah Nor Madiah Syed Omar, Pegawai Daerah Setiu, Mohd Sophian Abu Bakar dan isteri, Najah Naimah Yusof, Ketua Penolong Pegawai Daerah Setiu, Fakhrol Ruzi Ibrahim dan isteri, Fadilah Mohamed Nor.Setibanya di perkaragan masjid itu rombongan berkenaan dihiburkan dengan persembahan pencak silat diikuti dengan santapan tengahari.Tengku Muhammad Ismail berkenan memetik buah Dokong Johor di Dusun Warisan Pelong, Setiu.Tengku Muhammad Ismail kemudiannya berkenan untuk mengurniakan sumbangan kepada pelajar sekolah dan penduduk setempat.Baginda berkenan melawat ke Tapak Demonstrasi bagi menyaksikan sendiri anyaman kercut dan lekar, masakan lemang Periuk Kera, masakan Kuih Benderam, Kuih Rempeyek dan Bubur Asyura yang dibuat oleh penduduk setempat.Baginda bertiga juga berkenan mengacau bubur Asyura di tapak berkenaan.Rombongan Di-Raja berkenan menyaksikan persembahan Pecak Silat di Perkarangan Masjid Pelong, Setiu.Seterusnya Rombongan Di-Raja, berangkat ke Santuari Kelah Kampung Pelong untuk Upacara Pelepasan Anak Ikan Kelah.Tengku Muhammad Ismail berkenan melepaskan anak ikan di kawasan itu diikuti oleh Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri.Yang Di-Pertuan Muda Terengganu seterusnya berangkat ke Dusun Warisan menghadiri majlis santapan buah-buahan tempatan.Tengku Puteri Utama Raja (tiga dari kanan) berkenan menggoreng cempedak di Dusun Warisan Pelong, Setiu.Sebelum itu Tengku Muhammad Ismail diberi taklimat mengenai kemajuan dusun tersebut oleh pengurusnya, Syakirin Ghazalee.Baginda turut berkenan memetik sendiri buah Dokong Johor di dusun berkenaan.Majlis diakhiri dengan keberangkatan pulang Yang Di-Pertuan Muda diiringi Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri dan isteri, Tengku Sri Setia Makhota Raja, Tengku Puteri Utama Raja, Dato’ Shaikh Harun dan isteri.
19 Sep 19
1262