Artikel "Utama" Terkini
40 Media Antarabangsa Lawat Terengganu
Ariffin Deraman.KUALA TERENGGANU, 25 September - Dalam usaha mempromosi destinasi serta produk pelancongan tempatan seramai 40 wakil media antarabangsa seluruh dunia akan dibawa melawat Terengganu dalam Program Pembelajaran Media dan Agensi Pelancongan (Famtrip) bermula 23 hingga 27 Oktober depan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kehadiran mereka turut disertai media utama, pelancongan serta blogger terkenal daripada Eropah, Australia, Jepun dan China.Jelasnya, wakil-wakil media itu akan dibawa melawat beberapa lokasi pelancongan utama seperti Taman Tamadun Islam (TTI), jambatan angkat dan muzium agar mereka dapat mempromosi tempat-tempat tersebut melalui akhbar, laman sosial atau blog masing-masing.“Famtrip sebagai satu cara kita mempromosikan Terengganu di peringkat dunia, secara tidak langsung orang luar lebih tahu tentang negeri ini dan berminat ke sini.“Setakat ini kita jemput 40 orang dan mereka ini ada daripada akhbar, majalah pelancongan dan sebagainya yang sesuai untuk kita promosi produk pelancongan kita,” ujar beliau.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Muzik Gamelan Melayu Sekolah-Sekolah Terengganu, di sini semalam.Dalam pada, Ariffin berkata, kedatangan musim monsun yang bermula Oktober ini dijangka tidak akan menjejaskan kedatangan pelancong ke negeri ini.Ini kerana katanya, Terengganu mempunyai tarikan lain selain pulau-pulau yang biasa dikunjungi pelancong.“Kita sedang tingkatkan promosi bagi menarik mereka ke sini, seperti di Kenyir kita ada jalankan ‘monsoon casting’ dan jambatan angkat (drawbridge) pula kita dah buka galeri kepada orang ramai.“Walaupun pulau-pulau ditutup ia tidak menjejaskan jumlah pelancong terutama pada musim cuti sekolah akhir tahun yang biasanya lebih meriah dengan pelancong dari luar Terengganu,” tambah beliau.
24 Sep 19
81
SMK Belara Gondol Pingat Gangsa Sempena Pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan
Timbalan Pengerusi PIBG, Ustaz Harun Esa menyampaikan sampul hadiah berupa wang tunai kepada Pengetua SEMBARA Md Nasir IsmailOleh : MawardiHULU TERENGGANU, 24 September - Sekolah Menengah Kebangsaan Belara (SEMBARA) buat pertama kalinya mengharumkan nama sekolah apabila muncul tempat ketiga (Gangsa) dalam pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan (NRC) 2019 yang diadakan Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah pada 21 - 23 September baru-baru ini.Ketiga-tiga pelajar, Muhammad Amir Arsyad Sharmali Izwar, Muhammad Aqil Hilman Mohd Norhisham, Muhammad Haikal Zakaria, dari kelab robotik SEMBARA bertanding kategori Regular Rookie Lowwer Secondry.Kejayaan pingat gangsa itu membolehkan anak didik guru dan juga mentor, Cikgu Suhairi Sulong membawa pulang pingat, sijil dan trofi kemenangan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ustaz Hilmi Dato' Harun berkata, beliau teruja dengan pencapaian berkenaan seterusnya ia dapat menarik golongan remaja terutama pelajar sekolah yang lain untuk memupuk minat mereka dalam bidang-bidang berkaitan."Platform seperti ini mencabar minda para pelajar untuk menghasilkan produk inovasi diantaranya kelab robotik yang merupakan salah satu alat bantuan peningkatan pembelajaran." ujarnya selepas dihubungi wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.Ustaz Hilmi yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SEMBARA mewakilkan Timbalan Pengerusinya, Ustaz Harun Esa menyampaikan sumbangan berupa wang tunai di atas kejayaan tersebut.Sementara itu Pengetua SMK Belara Md Nasir Ismail berkata, beliau dan warga sekolah bersyukur dengan kejayaan diraih kumpulan itu yang pertama kali menyertai pertandingan robotik peringkat kebangsaan."Kejayaan ini berkat kesungguhan mereka menjalani latihan sejak beberapa bulan lalu dan syukurlah, semua latihan serta ilmu dan diperoleh berjaya digunakan sepenuhnya pada pertandingan itu," katanya.
24 Sep 19
1152
Tubuh Pusat Dakwah Ummah Di Pulau Perhentian
Oleh : Muhammad Syafiq SyakirinBesut, 25 September – Kerajaan negeri bercadang menubuhkan Pusat Dakwah Ummah (PDU) di perkarangan Masjid Pulau Perhentian dalam tempoh terdekat bertujuan memperkasakan ilmu agama dan menghidupkan ‘roh’ islamiah kepada masyarakat di pulau itu.Pengerusi JawatanKuasa Pembagunan Insan, Dakwah dan Penerangan , Mohd Nor Hamzah berkata pada masa sama mampu melahirkan lebih ramai masyarakat berilmu, berakhlak dan berperibadi mulia dengan terbinanya pusat itu kelak.“Langkah itu sejajar dengan hasrat kepimpinan negeri yang mahukan masjid-masjid di negeri ini dihidupkan dengan pelbagai program berfaedah.,”katanya.Beliau berkata sedemikian ketika diminta memberi ulasan semasa lawatan ke Pulau Perhentian, semalam.Katanya, kewujudan PDU di pulau itu dianggap sangat penting kerana saluran penyampaian ilmu agama sangat terhad berbanding dengan kehidupan masyarakat di tanah besar yang boleh menimba ilmu melalui pelbagai saluran termasuk program-program anjuran kerajaan .“Dengan penerapan ilmu yang sempurna mampu berupaya mengelak daripada terpengaruh dengan budaya asing,”katanya
24 Sep 19
934
SESMA Kuasa Baharu Muzik Gamelan Terengganu
Sekolah SESMA dinobatkan sebagai juara edisi 2019.KUALA TERENGGANU, 24 September - Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) yang memperlihatkan persembahan berirama segar dan kreatif muncul sebagai juara Pertandingan Muzik Gamelan Melayu Sekolah-Sekolah Terengganu 2019 walaupun baru menyertainya buat kali pertama.Dalam pertandingan yang berlangsung selama dua hari di Muzium Negeri sejak semalam, sekolah itu menewaskan 16 lagi sekolah yang bersaing kali ini.Kemenangan itu melayakkan mereka untuk membawa pulang piala pusingan dan iringan bersama hadiah wang tunai RM1,500 serta sijil penghargaan.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, pertandingan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyemai dan meningkatkan kecintaan terhadap seni muzik warisan negeri.Katanya, penganjuran program kali keempat tersebut juga mampu mencungkil bakat-bakat baharu yang secara tidak langsung akan mewarisi budaya itu.“Tahun ini kita boleh menyaksikan peningkatan daripada segi kualiti persembahan pasukan-pasukan yang bertanding termasuk sekolah yang baru kali pertama menyertai kejohanan ini.SM Sains Hulu Terengganu turut menyajikan aksi yang memukau untuk menggondol tempat kedua“Bagi penganjuran akan datang, Insya-Allah kita akan buka seluas-luasnya kepada sekolah yang ingin turut serta, namun penyertaan mereka juga bergantung kepada kelengkapan dan tenaga pengajar,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berucap dalam Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah pertandingan berkenaan, di sini hari ini.Sementara itu, naib johan pula disandang oleh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Terengganu dengan hadiah wang tunai RM1,000, dan tempat ketiga, Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu sekali gus menerima hadiah RM750. Manakala Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Sheikh Abdul Malek menerima anugerah khas juri bagi persembahan gamelan Melayu tradisional.Lain pasukan yang turut serta termasuklah dari SMK Tengku Mahmud, SMK Mak lagam, SMK Dato’ Haji Mohd Said, SMK Guntong, SMK Jenagor, SMK Padang Negara, SMK Seri Serating, SMK Ibrahim Fikri, SMK Bukit Diman, SMK Sultan Sulaiman, SMK Kompleks Gong Badak di samping MRSM Kuala Berang dan SMK Seri Nilam.Ariffin Deraman berucap merasmikan majlis penutup.
24 Sep 19
1230
Terengganu Rintis Program Latihan Kemahiran Bagi Pelajar Pondok
HULU TERENGGANU, 24 September - Terengganu menjadi negeri perintis yang memberi fokus kepada pelajar pondok melalui program latihan kemahiran yang telah diperkenalkan.Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya akan memperkasakan inisiatif ini di pondok supaya lebih tersusun dan sistematik untuk memberikan sumbangan terbaik kepada masyarakat.Katanya, untuk permulaan seramai 30 pelajar Pondok Ibtida'i Ajil mengikuti kursus pertukangan dan perkayuan di Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC) yang beroperasi di Kampung Teris, Hulu Terengganu."Hasil respon pelajar ini yang pergi dua kali seminggu latihan, sangat teruja dan 'excited' dapat lihat kemahiran mereka daripada tidak ada pengetahuan hingga boleh membina wakaf dan membuat kerja pertukangan dan macam-macam. "Saya rasa ini adalah salah satu cara di pihak kerajaan negeri untuk memperkasakan mereka dan kita akan lebar luaskan di seluruh negeri...akan buat secara bertahap," ujarnya.Beliau berkata demikian di sidang media selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Pondok Tahfiz Dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Serta Majlis Pelancaran Program Latihan Kemahiran Di Pondok Tahun 2019 di Pondok Ibtida'i Ajil, di sini hari ini.Turut hadir, Pegawai Kewangan negeri, Dato' Zainal Abidin Hussin; Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat; Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur,Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh dan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Ajil, Maliaman Kassim.Hadir sama, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Mat Azmi Arshad dan Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Johan Ibrahim.Ahmad Samsuri juga berkata satu kaedah atau cara paling sesuai akan difikirkan bagi kawasan yang tidak mempunyai tempat latihan kemahiran dan kosnya akan ditanggung oleh pihak kerajaan negeri.Di majlis yang sama, beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM3.875 juta kepada 103 Pondok Tahfiz Dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang terdapat di negeri ini.Beliau berkata, jumlah ini merupakan sebahagian dari 140 institusi pondok yang telah berdaftar dengan kerajaan negeri."Saya berharap bakinya hampir 40 yang belum berdaftar akan berbuat demikian dengan segera bagi memudahkan proses pengurusan," ujarnya.
24 Sep 19
142
EPIC Jayakan Latihan Kecemasan KEMA
'Kami Tuntut Gaji Tak Berbayar!'... Satu rusuhan olok-olok di Dermaga Whest Wharf Telok Kalong diadakan dalam Siri Latihan Kecemasan 'HSE Week 2019' hari ini.KEMAMAN, 24 September - Program Latihan Kod keselamatan Kapal dan Pelabuhan Antarabangsa (ISPS) serta Pertubuhan Bantuan Bersama Kecemasan Kemaman (KEMA) 2019 disifatkan berjaya dilaksanakan bagi menghadapi kemungkinan bencana di kawasan industri minyak dan gas.Pengurus Kanan Keselamatan Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad, Kamal Md Tan berkata, ia termasuk dalam Program Minggu Keselamatan Kesihatan 2019 ('HSE Week 2019') yang dianjurkan oleh pihaknya bermula semalam hingga 26 September ini.Kamal Md Tan.Katanya, latihan membabitkan perbelanjaan RM133,000 di Dermaga Whast Wharf Telok Kalong di sini hari ini disertai oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Hospital Daerah Kemaman dan KEMA sendiri.Beliau berkata demikian di Sidang Media di pejabat EPIC di sini hari ini.Kecederaan anggota ditangani segera dalam Latihan Kecemasan KEMA di Telok Kalong Kemaman hari ini.Turut hadir Pengurus Besar Konsortium Pelabuhan Kemaman atau Sukma Samudra Ashari Mohamad, Pengurus Keselamatan Syarikat Bitumen Kemaman, Abdul Rohim Mohd dan Pengurus Operasi (MFSO) EPIC Berhad, Hazle Hazumi.Latihan bermula dengan rusuhan lapan orang pekerja di kapal berhampiran dermaga berkenaan kononnya pihak perusuh menuntut gaji dari majikan yang tidak dibayar selama enam bulan.Perusuh berjaya ditangkap.Perbincangan antara Perusuh dan PDRM serta pihak pengurusan syarikat diadakan untuk selesai masalah tetapi gagal.Perusuh mula membakar aset tertentu di kapal berkenaan sehingga suasana semakin mencemaskan.Anggota penyelamat menjalankan tugas.Tindakan kawalan dibuat oleh beberapa agensi keselamatan termasuk PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan APMM sehingga akhirnya api dapat dipadamkan serta rusuhan dapat ditamatkan.Pihak Hospital Daerah Kemaman kononnya membantu menyelesaikan beberapa insiden kecederaan perusuh dan pihak petugas operasi dan semua mangsa dibawa ke Hospital.
24 Sep 19
645
Keperluan Rakyat Diagih Mengikut Keutamaan - Dr Azman
Dr Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 24 September – Keperluan rakyat yang menjadi agenda terpenting kerajaan negeri akan diagih mengikut keutamaan agar permasalahan utama dapat diselesaikan dengan menyeluruh.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, Islam menekankan Fiqh Awlawiyyat atau Fiqh Keutamaan dengan memberi penekanan kepada keperluan mendesak berbanding urusan yang hanya menjadi pelengkap.“Contohnya, kita (pihak berkuasa) ada duit RM5,000, kemudian ada permohonan untuk baiki atap rumah rakyat yang bocor sementara satu lagi permintaan bagi memasang penyaman udara di surau.“Tentunya saya akan beri keutamaan peruntukan untuk baiki atap yang bocor dahulu. Permohonan pasang aircond di surau bukan kita tak lulus, cuma ‘Keep In View’ (KIV) untuk kita selesaikan urusan yang lebih terdesak,” jelasnya dalam satu kenyataan di ‘Facebook’ rasminya semalam.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, antara contoh lain adalah seperti permohonan bantuan rakyat bagi pembiayaan pembedahan dan perbiayaan bagi lawatan sambil belajar. “Lawatan sambil belajar pun perlu. Tapi saudara kita yang kritikal di hospital lebih mendesak keperluannya, kita utamakan bantuan pembedahan.“Selain itu, permohonan untuk masukkan bekalan air ke rumah rakyat kita akan dahulukan berbanding dengan permohonan mengecat dinding dewan orang ramai. Ini sekadar beberapa contoh mudah,” tambah beliauDalam pada itu, katanya, manusia tidak akan mampu melakukan semua perkara secara sekali gus namun ia bukanlah alasan untuk tidak memenuhi keperluan masyarakat.Ujarnya, dialog serta program secara berkala banyak membantu dalam menyediakan segala kelengkapan rakyat“Ia penting supaya masyarakat mendapat info terus daripada pihak yang berautoriti dan mereka boleh bertanya terus apabila ada perkara yang tidak jelas.“Alhamdulillah, rakyat kita boleh faham bila diberikan penjelasan yang baik. Komunikasi ini penting dan jurang antara kita yang mengurus dengan rakyat yang diurus perlu diminimakan,”.
23 Sep 19
151
Cinta Mat Dan Bersemi Di Terengganu
Muhammad Khalil (kanan) hadiah dua buah buku kepada Mat Dan.KUALA TERENGGANU, 24 September - Kata pepatah, 'jika tak kenal maka tak cinta', begitulah cintanya Ikon Pelancongan, Mat Dan kepada negeri Terengganu.Mat Dan atau Mohammad Kareef Daniel Abdullah, 29 begitu cinta kepada Terengganu kerana sering mengelak dari membicarakan naratif tanah tumpah darahnya, England.Insan lebih gemar menggunakan dialek Terengganu itu, ketika ditemui Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi mengelakkan dari bercerita tentang England sebaliknya mengajak ADUN itu bercakap tentang hobi memancing di laut.Perkara ini diceritakan sendiri, Muhammad Khalil dalam status Facebooknya Sabtu lepas.Mat Dan (dua dari kiri) dalam satu pertemuan dengan Muhammad Khalil (kanan)."Mengopi dengang (dengan) Mat Dang dan saing-saing ( sahabat) kat bandor. Orang nak sembang bab negara Englang, dia duk konar (pusing) bab ngail sokmo (sentiasa) betul ah macang (macam) mung kata, jiwa mung memang Tranung. "Suker ngat dia boleh buku dua butir , mudoh-mudohan bermanfaat," tulis Muhammad Khalil.Mat Dan atau nama Inggerisnya, Daniel Tyler, lahir di Bristol, England pada 18 Oktober 1989 merupakan seorang pengembara dan pengacara England yang berwarganegara United Kingdom, menetap di Malaysia sejak tahun 2009. Beliau mula menetap di Malaysia selepas pengembaraan beliau ke Pulau Kapas, Marang dekat sini.Pada 2018, beliau telah mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) Malaysia. Beliau juga telah memeluk Islam dan menggunakan nama Kareef Daniel.Dia juga telah berkahwin dengan Nadifa Adnan gadis berasal terenganu pada 2017.Kini Mat Dan sudah pun dikurniakan seorang anak lelaki kacukan bernama Muhammad Zayne Danial James Tyler, berusia setahun.
23 Sep 19
285
Iran Bakal Hadapi Ancaman Amerika Syarikat, Israel - Muhammad Khalil
Oleh : Fidee AzizKUALA TERENGGANU, 23 September - Iran bakal menghadapi ancaman terbesar daripada Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, Israel apabila pakatan mereka mendapat alasan untuk menyerang negara itu melalui loji penapisan minyak.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pakatan AS dan Israel yang berupaya menimbulkan perang dunia akan turut menjayakan hasrat mereka untuk melemahkan Iran“Setelah berjaya mengekang pengaruh Iran dan mengasingkan Iran daripada dunia antarabangsa, AS mahupun Israel kali ini mendapat alasan yang cukup kuat untuk menyerang Iran."Baru-baru ini loji penapisan minyak Abqaiq, yang terbesar di dunia milik Aramco, syarikat minyak dan gas milik Arab Saudi telah diserang oleh drone yang dipercayai milik tentera Houthi di Yaman," ujarnya.Menurut beliau, serangan ke atas loji penapisan minyak tersebut menyemarakkan lagi api peperangan yang sememangnya sudah sedia membara di rantau Timur Tengah.Namun, yang dikesali adalah sikap membisu organisasi-organisasi yang sepatutnya lantang bersuara menentang kezaliman."Yang paling menyedihkan sekali ialah Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dan Liga Arab, semenjak berlakunya konfrontasi ini mereka langsung tidak bermaya dan diam seribu bahasa."Perdana Menteri Iraq, Adil Abdul Mahdi memberi gambaran bahawa peperangan besar akan berlaku akibat daripada peristiwa tersebut dengan bumi Iraq akan menjadi medan pertembungan utama Amerika Syarikat dan sekutunya menentang Iran," tambah beliau.
23 Sep 19
55
Cinta Kepada Ilmu, Contohi Sultan Perak
Sultan Nazrin (kanan) berkenan bergambar dengan Hishamuddin di Kinokuniya.KUALA LUMPUR, 23 September - Siapa sangka kunjungan ke Kinokuniya di sini hari ini berpeluang menemui Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang begitu tekun sekali membelek buku gedung berkenaan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh berkata, jika seorang Sultan begitu akrab dengan ilmu, alangkah segannya bila rakyat biasa culas menambah ilmu pengetahuan."Saya mengira Tuanku Sultan telah mempersembahkan model terbaik buat rakyat jelata. "Bukan mudah seorang Sultan untuk mencemar duli berada di tempat tumpuan seperti ini. "Baginda bukan sahaja penggemar bahan bacaan. Malah baginda juga berjaya menghasilkan bahan bacaan," tulis Hishamuddin di status Facebooknya hari ini. Setakat ini katanya, dua buah buku tulisan baginda telah diterbitkan iaitu 'Memacu Ekonomi’ dan ‘Striving For Inclusive Development: From Pangkor To A Modern Malaysia State'. "Baginda juga merupakan Timbalan Yang Di-Pertuan Agung diharap akan terus membimbing rakyat jelata dengan aman makmur."Saya tiada apa-apa mesej buat kawan-kawan, cukuplah mesej saya, sama-sama kita contohi Tuanku Sultan."Menjunjung kasih tuanku atas perkenan untuk bergambar dengan patik. Daulat Tuanku," ujar Hishamuddin.
23 Sep 19
848