Artikel "Utama" Terkini
Kerajaan Negeri Bantu 2,270 Ibu Tunggal Bebas Dari Belenggu Kemiskinan
Dato' Dr Mohd Khairuddin (kiri) merasmi Kursus Perniagaan Usahawan Wanita untuk 32 Ibu Tunggal Kuala Nerus.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 26 September– Kerajaan negeri membantu kira-kira 2,270 ibu tunggal daerah Kuala Nerus membebaskan mereka dari belenggu kemiskinan dan tekanan hidup antara lain melalui bantuan pinjaman dan khidmat nasihat perniagaan.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, ini kerana usahawan di kalangan ibu tunggal dan fakir miskin perlu dibantu demi meningkatkan taraf hidup mereka.“Demi meningkatkan ekonomi dan taraf hidup di kalangan rakyat Kuala Nerus terutama mereka yang berstatus ibu tunggal dan fakir miskin yang ingin berniaga, mereka perlu dibantu.Kursus Usahawan Wanita Kuala Nerus dirasmikan oleh Dato' Dr Mohd Khairuddin.“Antara bantuan yang boleh kita beri kepada mereka ialah kita perlu memberi latihan dan pendedahan tentang ilmu-ilmu asas tentang perniagaan makanan dan memberi bantuan modal agar mereka dapat membuka perniagaan secara kecil-kecilan sebagai permulaan," kata beliau.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kursus Usahawan Wanita Parlimen Kuala Nerus (Batch 1), di Marina Duyong & Resort, anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Nerus (PK-NERUS) , baru-baru ini.Seramai 32 ibu tunggal dan golongan berpendapatan rendah hadir dalam kursus tersebut. Antara 32 peserta Kursus Usahawan Wanita Kuala Nerus bergambar beramai-ramai.Dr Mohd Khairuddin juga berharap, program sebegini dapat melahirkan ramai usahawan wanita bumiputera yang berjaya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.Sementara itu Pembantu Pembangunan Masyarakat Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) Terengganu, Saifulnizan Harun @ Hashim ketika dihubungi hari ini menjelaskan bahawa seramai 4,087 orang ibu tunggal Kuala Nerus berada dalam senarai YPK.Katanya dari jumlah itu seramai 2,270 orang menghadiri pelbagai program kesejahteraan YPK termasuk program hafazan Al-Quran, taklif, kaunseling, kursus perniagaan, latihan kemahiran, senaman tai chi dan lain-lain.
26 Sep 19
98
Edisi Pertama 'Tour Of Peninsular 2019' : Terengganu Taja RM500 Ribu
Kerajaan Terengganu penaja utama Edisi Pertama Acara Berbasikal Antarabangsa 'Tour Of Peninsular 2019'. Ustaz Wan Sukairi (tengah) bersama Muhd Opandi (dua dari kanan) memperkenalkan penaja utama dan promosi untuk acara tersebut.KUALA TERENGGANU, 26 September - Kerajaan negeri menaja sebanyak RM500,000 sekali gus menjadi penaja utama Edisi Pertama Acara Berbasikal Antarabangsa Tour of Peninsular 2019 bermula dari Dungun ke Setiawangsa, 15 hingga 19 Oktober ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, penajaan itu akan kembali kepada negeri Terengganu melalui program sewaan bilik hotel dan promosi pelancongan negeri sepanjang program berjalan.Beliau berkata demikian dalam sidang media di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Ustaz Wan Sukairi (tengah) bercakap dalam sidang media di Wisma Darul Iman hari ini.Katanya, kira-kira 20 pasukan bertaraf antarabangsa akan turut serta dalam lima pentas (stage) pertandingan, berakhir di Setiawangsa, Kuala Lumpur."Kerajaan negeri mengalu-alukan kehadiran perlumbaan bertaraf antarabangsa bukan sahaja kerana acara itu menyediakan ruang promosi dan penjenamaan yang cukup besar kepada sektor sukan pelancongan negeri, tetapi juga menyediakan ruang bagi rakyat negeri ini menyaksikan pasukan dan pelumba-pelumba negeri bertanding dalam perlumbaan yang cukup besar di laman mereka sendiri," ujarnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, perlumbaan 'Tour Of Peninsular' ini juga akan membawa jenama 'Visit Beautiful Terengganu' ke serata dunia melalui siaran 'live streaming' yang jelas dan lebih berkesan berbanding siaran televisyen konvensional.Ustaz Wan Sukairi (kanan) bertanyakan sesuatu kepada seorang pelumba Terengganu. "Acara berbasikal antarabangsa itu juga akan mempromosikan Terengganu kepada pelancong domestik kerana perlumbaan ini juga akan dibawa ke negeri-negeri lain pada peringkat seterusnya," jelas beliau.Masyarakat antarabangsa juga katanya berpeluang melihat dengan lebih dekat keindahan jambatan angkat atau 'drawbridge' Terengganu melalui beberapa acara dan perlumbaan yang melibatkan penggunaan jambatan itu sendiri.Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Motoshoot Event Sdn Bhd, Dato Muhd Opandi Che Wook selaku pengajur, mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana kesungguhan membantu melancarkan penganjuran acara tersebut.Antara pelumba Terengganu akan turut serta dalam acara tersebut."Penajaan ini amat besar maknanya untuk kami. Kerajaan negeri bukan sahaja mengeluarkan perbelanjaan kewangan yang agak besar, tetapi menggerakkan hampir keseluruhan jentera pentadbiran negeri dalam membantu memastikan acara ini dilangsungkan dengan jayanya khas penganjuran acara pra-perlumbaan dan acara di Peringkat 1 dan 2."Tour of Peninsular 2019 itu akan berlangsung pada 15 hingga 19 Otober ini dengan penganjuran bertaraf UCI2.1 lebih rendah satu mata berbanding Acara Berbasikal Antarabangsa Tour De Langkawi dengan penyertaan 20 pasukan professional UCI dan kebangsaan dari serata dunia," tambahnya.Laluan peringkat pertama bermula dari Dungun ke Kuala Terengganu sejauh 196 kilometer pada 15 Oktober, peringkat kedua, Kuala Terengganu ke Kota Bharu sejauh 197.8 kilometer (16 Oktober), peringkat ketiga, Pasir Mas ke Gerik sejauh 200 kilometer (17 Oktober), peringkat keempat, Ipoh ke Cameron Highlands sejauh 110.5 kilometer (18 Oktober) dan peringkat kelima, Tapah ke Setiawangsa sejauh 146.4 kilometer (19 Oktober).
25 Sep 19
316
Piala Belia : ‘Kami Mahu Juara’ - Terengganu FC IV
Foto ihsan - Media TFC IVKUALA TERENGGANU, 26 September - Menjelang aksi akhir kedua Piala Belia 2019 Sabtu ini, Terengganu Football Club (TFC) IV yang hanya selangkah menjulang trofi itu bertekad mahu memastikan kejuaraan itu menjadi milik mereka.Ketua pasukan, Tuan Ahmad Muqris Tuan Noor Marzuki, 19, berkata, setelah mencatat keputusan seri tanpa jaringan dalam saingan akhir pertama minggu lalu, skuadnya pada kali ini lebih bersedia mengatur strategi bagi merobek pintu gol PKNS FC.Katanya, tidak mustahil pasukannya akan muncul juara setelah melihat rakan sepasukannya mempamerkan semangat yang tinggi dalam latihan bermula sejak tiga hari lepas.“Kali ini kami lebih teliti mempersiapkan diri kami untuk menghadapi saingan akhir kedua pada hari Sabtu ini setelah kami tidak mendapat mendapatkan bekalan gol di tempat lawan tempoh hari.“Kami tidak berputus asa dan terus komited dalam latihan, masing-masingg berusaha kerana kami meletakkan target untuk menjulang menjulang Piala Belia,” ujarnya ketika dihubungi media hari ini.Skuad Muda Terengganu.Dalam pada itu, Ahmad Muqris sangat mengharapkan agar seluruh peminat bola sepak Terengganu hadir memenuhi Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) hujung minggu ini“Harapan saya kepada penyokong yg berada di Terengganu supaya dapat datang ke stadium pada Sabtu ini bagi memberi sokongan dan semangat lagi kepada kami.“Insya-Allah kami akan buat yang terbaik dan hadiah juara untuk semua penyokong dan rakyat Terengganu,” tambahnya.Dalam aksi pertama di Stadium Majlis Bandar Raya Petaling Jaya (MBPJ) 21 September lalu, TFC IV berjaya menghalang PKNS daripada mendapat bekalan selesa di halaman sendiri apabila berjaya mengikat keputusan 0-0.Keputusan itu juga sekali gus memberi kelebihan kepada skuad bawah 19 tahun Terengganu untuk merangkul gelaran juara.Muslihuddin Atiq ayam tambatan TFC IV.
25 Sep 19
506
Terengganu Lancar Video Pendek Cegah Jenayah Syariah Dalam Pawagam - Mohd Nor
KUALA TERENGGANU, 26 September - Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) melancarkan tayangan video pendek kempen pencegahan kesalahan jenayah syariah dengan kerjasama Lotus Five Star (LFS) Cinema bertempat di LFS Cinema di PB Sentral, hari ini.Majlis pelancaran itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah.Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Islam JHEAT, Azan Alwi serta Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Mohd Soud Said.Mohd Nor berkata, video pendek berdurasi 51 saat itu akan ditayangkan di kesemua 11 skrin panggung wayang tersebut sebelum tayangan filem bermula bertujuan mendidik, menasihati, berdakwah dan memberi peringatan untuk bersama-sama mencegah perbuatan jenayah syariah. Katanya, LFS Cinema menyambut baik usaha ini dan beliau yakin kerjasama seumpama itu mampu memberi impak positif dalam mendidik orang awam berkaitan kesalahan jenayah syariah terutama yang berkunjung ke pawagam LFS.“Kita bergerak seiring dengan melakukan pencegahan dan penguatkuasaan di dalam panggung wayang di mana dengan pencegahan, kita cuba untuk menyekat sebelum berlakunya kesalahan yang berkaitan dengan dosa dan maksiat berdasarkan enakmen jenayah syariah.“Sementara langkah penguatkuasaan pula akan diambil apabila berlakunya kesalahan dan aduan terhadap kesalahan itu khususnya dua kesalahan yang biasa diperhatikan iaitu kelakuan kurang sopan dan tidak menutup aurat,” ujarnya kepada pemberita selepas melancarkan video pendek tersebut.Mohd Nor berkata, beliau berharap usaha pencegahan ini dapat mengelakkan masyarakat daripada terlibat dan bergelumang dosa melakukan kesalahan di bawah jenayah syariah.Tambah beliau, pihaknya berhasrat agar tayangan seumpama itu akan diperluaskan ke pawagam lain di negeri ini.
25 Sep 19
256
15,200 Benih Ikan Lampam Sungai Dan Kelah Untuk Galak Pembiakan
Dr Azman (tiga dari kiri) melepaskan benih ikan.BESUT, 25 September - Jabatan Perikanan Terengganu dengan kerjasama kerajaan negeri telah melepaskan 15,200 benih ikan Lampam Sungai dan Kelah di Hutan Lipur Lata Belatan, di sini hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, aktiviti bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Terengganu (HPPNT) itu adalah sebagai usaha bagi memastikan kelestarian sumber spesies tersebut di sungai-sungai utama negeri ini.Ujarnya, melalui langkah yang dijalankan secara berkala tersebut juga hasil pendapatan nelayan darat mampu ditingkatkan ke tahap yang lebih baik.“Dalam tahun ini bermula Januari hingga awal bulan ini, lebih 480,000 benih ikan dan udang telah dilepaskan ke perairan umum, sama ada sungai atau laut.“Pelepasan benih ikan di sini dijangka turut memberi manfaat kepada enam orang nelayan tulin (daerah Besut) yang menjadikan sungai sebagai sumber utama mereka,” katanya ketika berucap merasmikan program pelepasan benih ikan berkenaan.Kata beliau, kesedaran orang awam berkaitan pemeliharaan spesies ikan asli perlu ditingkatkan agar hasrat kerajaan untuk memperkayakan sumber tersebut tidak sia-sia.Justeru menurut Dr Azman, kerjasama penduduk setempat amat diperlukan bagi membolehkan pihak berwajib menjalankan proses didikan dan penguatkuasaan terhadap pihak yang menggunakan peralatan terlarang.“Kesedaran orang awam tentang penggunaan peralatan yang dilarang seperti bom ikan masih di tahap yang rendah agar spesies ikan asli di sini tidak pupus.“Orang awam perlu sedar jika peralatan menangkap ikan tidak mesra sumber masih digunakan usaha mendapatkan kembali populasi ikan asli amat sukar apabila ia pupus,” tambah beliau.
25 Sep 19
641
Rumah Tidak Terjual, Elak Manipulasi Warga Asing
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri (kanan) berbincang sesuatu dengan wakil-wakil syarikat perumahan di Perkarangan DUN di Wisma Darul Iman hari ini. KUALA TERENGGANU, 25 September – Menyelesaikan masalah lambakan rumah mewah tidak terjual berjumlah kira-kira RM100 bilion di seluruh negara hari ini tidak semudah ucapan.Menteri Besar Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia perlu dilihat secara lebih komprehensif supaya Kerajaan Pusat dapat mengurangkan tekanan terhadap lambakan rumah berkenaan.Katanya, Kerajaan Pusat perlu memikirkan bagaimana Skim Rumah Kedua (Second Home) supaya pembeli warga asing tidak memanipulasi skim tersebut bagi tujuan mendapat Status Penduduk Tetap.“Saya rasa dengan skim pemilikan rumah sebagai 'second home' (rumah kedua) ini pun haruslah dilihat bagaimana cara supaya mereka ini tidak berada di Malaysia mempunyai objektif yang lain.“Seperti untuk mendapat status penduduk tetap dan akhirnya terus menetap di negara kita.“Jadi ini sudah lari dari objektif dasar rumah kedua negara. Jadi saya rasa ini tidak semudah kita ucapkan tetapi perlu dilihat secara lebih komprehensif supaya kita dapat mengurangkan tekanan terhadap lambakan rumah belum terjual itu,” katanya Beliau berkata demikian di Sidang Media selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Perumahan Bercampur Kampung Bukit Cina Pasir Akar Besut di Perkarangan Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini.Terdahulu sebuah portal berita melaporkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata, cadangan Penganjuran Kempen Pemilikan Rumah (HOC) kepada pembeli warga asing bagi menyelesaikan isu lambakan rumah mewah tidak terjual adalah sebahagian daripada usaha untuk memulihkan ekonomi negara.Bagaimanapun, Dr Ahmad Samsuri menjelaskan ia hanya lontaran idea dan tidak ada sebarang keputusan dari mesyuarat kabinet.“Saya difahamkan apa yang disebut oleh YB Menteri Perumahan adalah satu lontaran yang dibuat semasa satu majlis perasmian dan belum ada lagi kertas kabinet dibuat ataupun apa-apa keputusan kabinet tentang perkara ini.“Pada saya ianya harus dilihat lebih menyeluruh, bukan sekadar kita ada lambakan rumah, nak selesai dan nak jual rumah begitu sahaja.“Perlu ada perbincangan yang khusus bagaimana cara untuk menyelesaikan lambakan rumah ini,” tambahnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata ia bukan masalah pembeli dan penjual semata-mata tetapi ia juga melibatkan institusi perbankan dan lain-lain institusi.“Jadi saya rasa semua pihak perlu duduk mencari jalan. Bagaimana cara terbaik rumah-rumah ini dijual, difahamkan ada yang berharga RM1 juta sebuah.“Ada lebih kurang RM100 bilion lambakan rumah yang belum lagi terjual, tentulah dengan harga demikian, dengan kesukaran pihak-pihak yang mahu mendapatkan pinjaman semacam ‘dead lock’ (terkunci mati), rumah berkenaan tidak dapat dijual.Sebab itu katanya, isu ini perlu dirungkai secara menyeluruh bukan sekadar berfikir untuk menjual rumah tanpa mengambil kira siapa pembelinya.“Bukan sekadar kita ada rumah, kita cari orang asing untuk membeli rumah termasuklah kalau isu orang asing beli rumah sekalipun ada cara penyelesaiannya perlu dibuat,” ujarnya.
25 Sep 19
78
Sarkas Ekstrem Dibenarkan Bersyarat
KUALA TERENGGANU, 25 September - Kerajaan negeri membenarkan penganjuran Sarkas Ekstrem oleh Great British Circus yang dijadualkan berlangsung di perkarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, Kuala Nerus bermula 5 hingga 28 Oktober ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman berkata, kebenaran tersebut diberikan susulan permohonan baharu oleh pihak penganjur pada Ogos lalu yang memenuhi syarat dan mengikut garis panduan yang ditetapkan kerajaan negeri.Menurut Ariffin, sebelum ini surat permohonan oleh pihak penganjur untuk mengadakan program ‘Circus On Ais’ pada Jun lalu tidak diluluskan kerana bertentangan dengan prinsip patuh syariah yang dipegang kerajaan negeri berikutan ada percampuran antara lelaki dan perempuan ketika persembahan.“Pihak penganjur telah membuat permohonan pada Jun lagi untuk mengadakan pertunjukan sarkas ini tetapi setelah kita bincang dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), mereka dinasihatkan untuk mengubah beberapa perkara.“Kemudian, mereka hantar balik surat permohonan pada Ogos lalu yang menyatakan mereka bersetuju mematuhi syarat yang kita tetapkan termasuk hanya membenarkan artis sarkas lelaki yang beraksi dan melakukan persembahan yang tidak keterlaluan,” ujarnya ketika dihubungi pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), hari ini.Ariffin berkata, isu ini timbul apabila ada sesetengah pihak didakwa menyangkal prinsip patuh syariah yang diperkenalkan kerajaan negeri sedangkan setiap penganjuran program perlu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
25 Sep 19
82
Kerajaan Usaha Pendekkan Tempoh Kelulusan
Oleh : Mustaqim AfandiKEMAMAN, 25 September - Kerajaan negeri sedang cuba memendekkan masa bagi kelulusan setiap permohonan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan(YPU) kepada para usahawan.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman berkata, ia bertujuan agar mereka tidak perlu menunggu lama proses untuk kelulusan sesuatu perkara.Antaranya, kata beliau ialah, projek dalam pembangunan pembiayaan dan perniagaan serta premis perniagaan.Menurutnya, kerajaan negeri juga menyediakan platform yang sangat baik kepada usahawan iaitu menghimpunkan semua agensi kerajaan dibawah satu bumbung untuk bermesyuarat dan berbincang dinamakan sebagai Urus Setia Pembangunan Usahawan Terengganu (PEUTER).“PEUTER akan menjadi satu medan untuk permudah cara kepada usahawan bertemu dengan agensi yang berkaitan dengan keusahawanan bagi menyampaikan maklumat dan membantu.“Antara agensi-agensi dibawah PEUTER yang terlibat ialah Sme Corp, Malaysia External Trade Development Corporation (Matrade), Lembaga kemjuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI), Majlis Amanah Rakyat (MARA), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), TEKUN, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPHNHEP) dan lain-lain,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Himpunan Usahawan Terengganu 2019 di Dewan Berlian, Majlis Perdana, Kemaman, pada semalam.Seramai 2,000 orang usahawan daripada Daerah Dungun dan Kemaman yang mewakili zon selatan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman hadir dalam program tersebut.Tambah beliau, sebanyak 30 agensi-agensi dari kerajaan negeri dan persekutuan hadir bagi menyampaikan maklumat yang tercicir dan membantu usahawan dalam menyelesaikan masalah berkaitan keusahawanan.“Dengan adanya program seperti ini usahawan boleh berhubung terus dengan mana-mana pihak yang menawarkan khidmat bantuan dalam perniagaan.“Ini adalah penanda aras menunjukkan semakin ramai usahawan yang cakna dengan program yang dianjurkan oleh pihak Yayasan Pembangunan Usahawan(YPU),” kata beliau.Justeru itu, beliau mengucapkan tahniah dan berharap agar para usahawan faham dengan jelas dan dapat membantu dalam menyelesaikan masalah.
25 Sep 19
54
Rakyat Terengganu Bakal Miliki Rumah Patuh Syariah
KUALA TERENGGANU, 25 September- Kerajaan negeri akan memperkenalkan Rumah Mampu Milik (RMM) patuh syariah yang lengkap dengan kemudahan garaj kereta.Menteri Besar, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mohktar, berkata rumah itu masih kekal dengan keluasaan yang sama iaitu 800 kaki persegi, mempunyai tiga bilik dan dua bilik air.Katanya, penambahbaikannya adalah mengasingkan ruangan tetamu dan keluarga serta tandas dan bilik mandi. “”Usaha itu bagi memberi keselesaan, selain mahu menjaga batas dan aurat.antara penghuni rumah dan tetamu.“Apa yang dirancang itu bakal dilaksanakan melalui program Dasar Pembangunan Perumahan Secara Bercampur Bersama Swasta yang menyasarkan sekurang-kurangnya 20,000 RMM dapat disiapkan dalam tempoh empat tahun,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Dasar Perumahan Baharu Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini. Ahmad Samsuri turut memberitahu tujuan utama dasar perumahan sedia ada yang diguna pakai sejak 2017 disemak kerana dikenalpasti tidak mesra pelabur.Katanya, pembinaan RMM dengan nilaian RM68,000 seunit sebelum ini adalah tanggungan kerajaan sepenuhnya dan bukannya wujud kerjasama antara pelabur.“Bagi meringankan beban, kerajaan terpaksa memperkenalkan dasar baharu yang pastinya memberi kelebihan kepada kedua-kedua pihak iaitu antara kerajaan negeri dan swasta.“Langkah itu pastinya mampu menarik minat lebih ramai pemaju perumahan untuk bersama-sama kerajaan membina RMM untuk rakyat berkelayakan,”katanya,.
25 Sep 19
101
Laksana Manifesto, RM3.875 Juta Untuk 103 Sekolah Pondok Dan SAR Terengganu
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri menyerahkan replika cek berjumlah RM310 Ribu bagi lapan institusi kepada wakil sekolah pondok di Kuala NerusHULU TERENGGANU, 25 September – Kerajaan negeri terus melaksanakan salah satu manifestonya sebagaimana yang dijanjikan ketika Pilihan Raya Umum Ke 14 dalam bentuk sumbangan kewangan sebanyak RM3.875 juta kepada 103 Pondok Tahfiz Dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang terdapat di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata ini adalah tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap usaha yang dilakukan oleh mereka yang telah berjuang dalam memartabatkan pembangunan insan dikalangan masyarakat.Katanya, sumbangan kali pertama ini mencakupi untuk sekolah-sekolah pondok yang diusahakan dengan jerit perih mereka sendiri yang mana mereka mencari dan membangunkan tanah wakaf serta membina bangunan dengan kudrat hasil usaha mereka dan masih mengekalkan pengajian kitab mereka.“Dan sekolah-sekolah pondok ini banyak melahirkan individu-individu serta tokoh-tokoh yang telah beri khidmat kepada masyarakat dalam membangunkan pembinaan insan bukan hanya di Terengganu tetapi juga di luar negeri.“Bahkan mereka menyambung pengajian yang lebih tinggi di institusi –institusi terkenal di seluruh dunia dan kembali berkhidmat di tanahair mereka sendiri atau di luar negeri Terengganu.Oleh itu, kerajaan melahirkan rasa prihatin untuk memberi sumbangan setakat kemampuan kewangan yang dimiliki oleh kerajaan negeri,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Pondok Tahfiz Dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) Serta Majlis Pelancaran Program Latihan Kemahiran Di Pondok Tahun 2019 di Pondok Ibtida'i Ajil, semalam.Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. ahmad Samsuri Mokhtar dengan penyerahan sembilan replika cek kepada wakil institusi pondok, tahfiz dan SAR yang berdaftar dengan pihak kerajaan negeri.Turut hadir, Pegawai Kewangan negeri, Dato' Zainal Abidin Hussin;; Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Dr. Mamad Puteh dan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Ajil, Maliaman Kassim.Hadir sama, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Mat Azmi Arshad dan Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Johan Ibrahim.Satiful berkata sumbangan ini turut merangkumi pusat-pusat tahfiz al-Quran ,sama ada yang bergabung dengan pendidikan konvensional mahupun dengan maahad tahfiz yang sedia ada yang dibina daripada sumbangan wakaf dan derma dari kalangan masyarakat.
25 Sep 19
441