lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Sang Penyu 'Lemas' Di Larkin
Foto: Media TFC.KUALA TERENGGANU, 28 September- Segalanya tidak menjadi buat Terengganu Football Club (Terengganu FC) pada separuh masa pertama menentang Johor Darul Ta' zim (JDT) dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2019, hari ini.Beraksi di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Terengganu FC bermula baik seawal permainan dan menekan lawan dengan tempo tinggi untuk mengurangkan defisit satu gol.Bagaimanapun, JDT lebih banyak mengatur serangan dengan penyerang tuan rumah, Safawi Rasid beberapa kali berjaya melakukan rembatan ke arah pintu gol pelawat.Namun, segalanya berubah pada minit ke-15 apabila JDT dihadiahkan penalti setelah Nasrullah Hanif menjatuhkan Corbin Ong.Penalti berkenaan disudahkan Gonzalo Cabrera, meletakkan JDT di depan dengan agregat dua gol.Penyokong Terengganu FC yang hadir ke Larkin memberikan sokongan kepada pasukan. Foto: Media TFC.Terengganu FC cuba bangkit, tetapi JDT lebih pantas menjarakkan kedudukan setelah Safawi menyempurnakan sepakan percuma tepat membolosi sebelah kanan gawang pelawat pada minit ke-21.Gol kedua itu seakan-akan merentap semangat pemain Sang Penyu apabila mereka mudah dibolosi dua gol lagi, kali ini melalui tendangan sangga Safawi pada minit ke-36 dan tampanan Cabrera, empat minit kemudian.Terengganu FC kembali mengatur gerak dan pada minit akhir separuh masa pertama, Lee Tuck berjaya merapatkan kedudukan hasil rembatan kencang luar kotak penalti.Bersambung babak kedua, pelawat lebih agresif menyerang namun tidak berjaya merobek gawang yang dikawal penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias.Pada minit ke-67, rembatan Tcheche Kipre hanya singgah di palang. Manakala, hantaran lintangnya pada minit ke-82 tidak berjaya disudahkan Serhii Andrieiev.Keputusan 4-1 kekal sehingga tamat perlawanan sekali gus, JDT melangkah ke peringkat separuh akhir dengan agregat 5-1.
28 Sep 19
155
Empty Image
XOCM Bantu Promosi Terengganu
Peserta XOCM Ganu East Coast Ride 2019 bersama Wan Sukairi (tengah) dan Ahmad Amzad (lima dari kanan) di Pantai Batu Buruk.KUALA TERENGGANU, 28 September - Kerajaan negeri mengharapkan agar Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Korporat dan Swasta tampil bagi menjayakan program-program pelancongan dalam merealisasikan industri pelancongan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan sosio-ekonomi negeri Terengganu khususnya dan Malaysia amnya.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata badan-badan itu dialu-alukan untuk membantu kerajaan negeri menerapkan didikan terutama di kalangan golongan belia dan remaja tentang pengendalian motosikal dan cara menunggang berhemah."Ia  sebagai satu usaha mengurangkan gejala-gejala negatif seperti merempit, buli jalanan seterusnya membantu meminimakan kadar kemalangan jalan raya," katanya.Beliau berkata demikian ketika meraikan XOCM Ganu East Coast Ride 2019 di Pantai Batu Buruk di sini semalam. Turut hadir, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim. Ahmad Amzad (kiri) menandatangani patung penyu (ikon Terengganu) seorang peserta XOCM Ganu East Coast Ride 2019.Acara itu bermula dari Kuala Lumpur semalam dan berakhir di Batu Buruk hari ini.Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, kerajaan negeri berharap agar program sebegini membuktikan pengendalian kenderaan bermotor secara positif boleh memberi manfaat terutama kepada generasi muda yang meminati permotoran sama ada menjadikan permotoran sebagai karier atau mengambil peluang-peluang keusahawanan di dalam industri permotoran.“Program sebegini sememangnya dialu-alukan oleh kerajaan negeri kerana ia mampu memberi impak kepada kempen promosi Beautiful Terengganu, Malaysia berdasarkan ’participation event’ (acara penyertaan) yang boleh menarik penyertaan pemilik-pemilik motosikal berkuasa tinggi dari dalam dan luar negara berdasarkan ’spectator event’ (penonton acara) yang boleh membawa kehadiran ramai peminat-peminat motor berkuasa tinggi dalam dan luar negara,” jelasnya.Ahmad Amzad (kanan) turut serta dalam Acara XOCM Ganu East Coast Ride 2019.Beliau juga mengharapkan peserta acara tersebut membantu memperkenalkan produk dan destinasi pelancongan yang terdapat di Terengganu.“Di samping itu ia boleh merapatkan ukhwah sesama rakan permotoran di samping menjadikan ahli-ahli kelab sebagai duta pelancongan Negeri Terengganu dalam membantu memperkenalkan produk dan destinasi pelancongan Negeri Terengganu,”ujarnyaWan Sukairi juga berkata, negeri Terengganu sentiasa menjadi pilihan di kalangan pemilik dan peminat motosikal yang mengambil kesempatan untuk aktiviti berkonvoi menghabiskan percutian mereka di negeri ini.
28 Sep 19
633
Empty Image
Terengganu FC Harap Doa Penyokong
Foto:Media TFC.KUALA TERENGGANU 28 September- Pengendali sementara Terengganu Football Club (TFC), Nafuzi Zain berharap peminat skuad Penyu mendoakan kejayaan pasukan itu dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia 2019 menentang Johor Darul Ta'zim (JDT), malam ini."Bagi penyokong yang hadir ke Larkin, kami mengharapkan sokongan tidak berbelah bahagi untuk menaikkan semangat pasukan," katanya ketika ditemui dalam sesi latihan pasukan TFC, kelmarin.Berkunjung ke gelanggang lawan, Nafuzi mengakui bukan sesuatu yang mudah untuk menundukkan tuan rumah, namun menegaskan perjalanan mereka belum berakhir.Foto: Media TFC."Hadir dengan defisit satu gol, memang sukar kerana JDT hanya tewas sekali di laman sendiri musim ini."Tetapi, saya lihat pemain-pemain kini lebih bersedia dan bersemangat untuk mencipta kemenangan," katanya.Beliau juga memaklumkan telah menerapkan beberapa formasi untuk lebih mendominasi perlawanan malam ini.Dalam perkembangan sama, pemain tengah, keadaan Ahmad Syamim Yahya dan Thierry Chanta Bin yang baru pulih dari kecederaan masih lagi dalam pemantauan pasukan dan tidak dapat dipastikan samada mampu beraksi dalam perlawanan itu.Foto:Media TFC. 
27 Sep 19
100
Empty Image
Taekwando Pantai Tawan Hati Pengunjung TBG
Peserta sekolah tadika yang berjaya mengondol pingat.KUALA TERENGGANU, 27 September - Pertandingan taekwando pantai yang menjadi acara utama dalam ‘Terengganu Beach Game’ (TBG) 2019 berjaya menarik ribuan pengunjung tempatan dan luar negara untuk menyaksikan sukan itu.Presiden Persatuan Taekwando Negeri Terengganu (PTNT), Dato’ Din Adam berkata, Terengganu merupakan pemula dan satu-satunya negeri yang menganjurkan pertandingan tersebut.Selain itu ujarnya, sukan ‘dodgeball’ turut mencuri perhatian pelancong apabila ramai antara yang mereka turut serta mencuba permainan berkenaan.“Kemeriahan sambutannya dirasai apabila acara-acara itu memperlihatkan peningkatan penyertaan peserta tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya.“Sambutan hebat daripada peserta dan pengunjung itu sekali gus mampu menyumbang kepada peningkatan ekonomi kepada penduduk sekitar yang membuka perniagaan,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Perasmian TBG 2019 yang disempurnakan oleh Penaung PTNT dan TBG, Tengku Sri Temenggong Raja Dato' Sri Tengku Baharuddin Sultan Mahmud di Batu Burok, di sini hari ini.Din Adam mencadangkan agar TBG dijadikan acara tahunan.Sementara itu, menurut Pengarah TBG 2019, Mohamad Ramlan Mohd Farook, beliau berbangga dengan sokongan dan penyertaan peserta pada kali ini yang menunjukkan peningkatan mendadak.Katanya, peningkatan peserta dalam acara taekwando kategori sekolah tadika mampu memberikan impak yang positif dalam pembangunan sukan itu pada masa hadapan.“Untuk sekolah tadika, yang mengumpulkan kanak-kanak berumur tiga hingga enam mencatatkan 159 peserta manakala sekolah menengah menyaksikan 192 orang bertanding.“Penyertaan untuk ‘fun ride’ juga membuktikan TBG ini mampu memberikan pulangan lumayan kepada negeri, apabila seramai 700 peserta akan berkayuh malam ini” tambahnya.Dalam pada itu, Ramlan memaklumkan, pihaknya yakin lebih 10,000 pengunjung akan hadir menyaksikan kemeriahan TBG 2019 yang akan berakhir esok.Mohamad Ramlan. 
27 Sep 19
133
Empty Image
Cadangan ‘Terengganu Beach Game’ Jadi Acara Tahunan Akan Diteliti
Wan Sukairi.KUALA TERENGGANU, 27 September - Kerajaan negeri akan meneliti cadangan untuk menjadikan program ‘Terengganu Beach Game’ (TBG) sebagai acara tahunan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, keputusan itu bergantung kepada penganjuran berkenaan sama ada ia mampu memberikan impak yang positif kepada beberapa sukan yang dilaksanakan dalam program berkenaan.Jelasnya, pembangunan rakyat dan perkembangan ekonomi negeri adalah dua aspek lain yang akan diberikan perhatian sekiranya program itu mahu dimasukkan ke dalam kalendar negeri.“Kita juga akan melihat sejauh mana garis panduan yang telah kita berikan kepada penganjur diikuti dan dilaksaakan dalam TBG ini.“Sekiranya ini semua menunjukkan perkembangan yang baik, saya rasa tiada masalah TBG ini untuk dijadikan acara tahunan dan dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan negeri,” ujarnya.Wan Sukairi bersama Persatuan Dodgeball Terengganu.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa mengunjungi program tersebut di Dataran Pantai Batu Buruk, di sini hari ini.Mengulas lanjut tentang garis panduan yang diutarakan kerajaan negeri untuk sukan pantai itu, beliau berkata pihak penganjur memberikan kerjasama yang baik.“Hari ini saya turut melihat pelaksanaan dan bagaimana cara permainan ini berlaku, Alhamdulillah beberapa penambahbaikan telah dilakukan selepas pertemuan sebelum acara berlangsung sebelum ini.“Beberapa syarat telah kita sepakat bersama dan hari ini saya melihat tidak berlakunya percampuran antara lelaki dan perempuan dalam satu pasukan,” tambah beliau.TBG yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan berakhir esok menyajikan beberapa jenis sukan, antaranya Taekwando, ‘Dodgeball’ dan berbasikal.Sukan taekwando turut dipertandingkan.
27 Sep 19
236
Empty Image
Enam Teras, 60 Strategi Dan 130 Program Dalam Pelan Strategik Pertanian
 KUALA TERENGGANU, 27 September - Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu yang dirangka untuk tempoh lima tahun bermula tahun 2019 hingga 2023 mengandungi enam teras strategik, 60 strategi dan 130 program.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, pelan tersebut melibatkan golongan sasar dalam industri pertanian yang terdiri daripada rakyat awam .“Golongon belia yang bakal memacu tampuk pemerintahan, persatuan, koperasi, syarikat-syarikat, pelabur, GLC dan yang berkenaan yang mana golongan ini adalah amat penting dalam merealisasikan usaha pelan strategik halatuju pertanian terengganu 2019 – 2023. “Pelan strategik yang dirangka ini adalah kemas, lengkap dan dapat dijadikan rujukan akademik dan oleh semua pihak yang terlibat dalam sektor pertanian, perikanan dan penternakan,” jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata demikian ketika berucap dalam Program Hari Penternak, Peladang  dan Nelayan negeri Terengganu 2019 di Dataran Pekan Jabi, disini, semalam.Oleh itu , menurutnya pelan tersebut yang telah dilancarkan pada 4 ogos yang lalu telah pun melalui fasa pertama iaitu fasa pemulihan semua kemudahan dan infrastruktur pertanian dan industri asas tani yang telah sedia ada“Strategi (yang) kedua ialah fasa menyenarai dan mengemaskini semula status tanah-tanah kerajaan yang dirizabkan dan diwartakan di bawah seksyen 62 kanun tanah negara (ktn) bagi tujuan pertanian, perikanan dan penternakan.“Strategi ketiga pula. fasa memanfaatkan tanah-tanah kosong serta memperkayakan sumber perikanan dan penternakan,” ujarnya.Dalam pada itu, beliau yakin ramai pengunjung yang akan mengambil peluang dalam industri tani  di samping berkongsi idea sepanjang  empat hari sambutan hari Peladang, Penternak dan Nelayan tersebut.“Di samping memberi manfaat kepada mereka yang mula berjinak-jinak dalam bidang pertanian.“Kita juga berhasrat melahirkan ‘agropreneur’ muda supaya masyarakat peladang, penternak dan nelayan berjaya menukar minda tradisional kepada lebih moden.“Dengan mempraktikkan amalan pertanian baik dengan teknologi terkini yang merupakan kunci kejayaan kepada golongan peladang, penternak dan nelayan berpendapatan tinggi,” tambah beliau.
27 Sep 19
324
Empty Image
Komen Dr Jomo Tentang ECRL Hanya Pendapat ‘Orang Ekonomi’
KUALA TERENGGANU, 27 September - Menteri Besar Terengganu, YAB Dato seri Ahmad Samsuri Mohtar menyifatkan komen Pakar Ekonomi, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram terhadap Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pandangan beliau adalah berdasarkan kemahiran.Tetapi menurut beliau, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pandangan politik yang berbeza.“Pandangan Profeser Jomo itu  adalah  pandangan seorang ahli ekonomi  dan kalau kita tanya ahli ekonomi yang lain (pun) ada pandangan yang berbeza, sama seperti yang berlaku di Amerika. “Jadi pada saya  ahli-ahli ekonomi seperti  Profeser jomo  sebenarnya ada pendapat dia  berbeza dengan ahli ekonomi yang lain,” jelasnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan negeri Terengganu 2019 di Dataran Pekan Jabi, semalam.Oleh itu, kata beliau, Negeri Terengganu mengambil beberapa pandangan yang sesuai dengan kedudukan semasa dan perancangan serta kehendak kerajaan.“Jadi pada saya ikut (pendapat) Perdana Menteri dalam bab ini,” tegasnya.Menurut laporan media, Dr Jomo berkata, kerajaan kini tidak ada sebab untuk meneruskan komitmennya kepada projek ECRL selepas terbongkar yang projek itu digunakan untuk membayar hutang 1MDB.Namun demikian menurut Tun Dr Mahathir, kerajaan tetap komited melaksanakan projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) kerana pandangan Dr Jomo adalah pandangan peribadi beliau.
27 Sep 19
153
Empty Image
MKTS Peluang Rakyat Bertemu Pemimpin
Dr Alias (tiga dari kiri) membuat gimik perasmian disakikan oleh Ustaz Kamaruzaman (kanan) Ustaz Ridzuan (dua dari kiri) dan Mohd Fazil.KUALA NERUS, 27 September- Mini Karnival Terengganu Sejahtera (MKTS) 2019 Padang Bola Taman Perumahan Telaga Daing Seberang Takir di sini diadakan bertujuan memberi peluang rakyat bertemu mata dengan kepimpinan kerajaan negeri.Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera Sejahtera (i-MiTS) Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata, MKTS yang julung kali diadakan itu juga bertujuan supaya rakyat mengambil manfaat dari penyertaan pelbagai jabatan kerajaan dalam karnival tersebut.Beliau berkata demikian di majlis perasmian mini karnival itu semalam.Seorang pengunjung MKTS Kuala Nerus (dua dari kiri) menerima hadiah cabutan bertuah dari Dr Alias (dua dari kanan)Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, kesihatan dan alam sekitar negeri, Dr Alias Razak merasmikan program tersebut.Turut hadir Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri Ustaz Ridzuan Hashim dan Pegawai Penyelaras DUN Seberang Takir, Mohd Fazil Wahab.Program yang dianjurkan oleh i-MiTS itu bermula kelmarin dan akan berakhir Sabtu ini.Dr Alias menyampaikan ucapan peramian MKTS Kuala Nerus.Pelbagai acara menarik disediakan termasuk Pertandingan Kacau Bubur Asyura melibatkan 80 Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Parlimen Kuala Nerus, Ceramah oleh Murabbi Sejuta Ummah, Ustaz Azhar Idrus dan cabutan bertuah.Dijangka MKTS itu akan dihadiri oleh 10,000 pengunjung bagi menyaksikan pelbagai acara yang dianjurkan oleh i-MiTS.Turut serta membuka 'booth' pameran, Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Nerus dan lain-lain.Lebih dari 10 buah 'booth' jualan dibuka oleh peniaga termasuk Soup Kedah, pakaian muslimah, minyak wangi, pelbagai makanan dan minuman.
26 Sep 19
71
Empty Image
Berita Palsu Wujudkan Suasana Tidak Harmoni
Oleh: Wan Luqman HakimKUALA TERENGGANU, 27 September- Penyebaran berita palsu yang berleluasa tanpa batas di kalangan masyarakat bakal mewujudkan suasana tidak harmoni dan tidak stabil.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kesan daripada berita yang tidak benar akan menimbulkan reaksi yang buruk oleh masyarakat terhadap sesuatu perkara.“Maka, saya hendak mengingatkan dan menasihati pada rakan-rakan kita supaya melaporkan berita yang benar dalam melaksanakan kerja ataupun tangungjawab kita sebagai seorang wartawan.“Jangan sekali-kali kita membuat telahan ataupun sangkaan  yang tidak benar dan tidak menepati konteks yang dikehendaki oleh orang yang menyampaikan maklumat tersebut,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Wartawan Terengganu (KAWAT) di Primula Beach Hotel, semalam.Beliau turut memuji kerjaya wartawan yang bertindak sebagai penyampai maklumat dan pembentuk minda masyarakat melalui isu-isu yang disampaikan.“Lakukanlah atau buatlah apa saja kaedah sekalipun, yang penting kita mesti melaporkan dengan cara yang benar kerana ia satu tugas yang mulia.“Elakkan daripada mewujudkan berita yang memberi persepsi buruk kepada orang yang menyampaikan berita kerana persepsi masyarakat dibentuk melalui berita dan maklumat yang disampaikan dalam media,” katanya.
26 Sep 19
52
Empty Image
Ubah Pertanian Dengan Teknologi Digital Dan IR 4.0
SETIU, 26 September -  Setiap Jabatan dan agensi pertanian negeri Terengganu mesti mengubah cara dan kaedah pendekatan untuk menarik minat golongan muda menerusi penggunaan teknologi digital dan IR 4.0.Menteri Besar Terengganu, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri bin Mokhtar berkata, golongan tersebut lebih terdedah dengan kecanggihan teknologi berbanding kaedah tradisional sebelum ini.Oleh itu, katanya, pihak yang terlibat perlu proaktif dan mempergiatkan usaha bagi membantu kerajaan dalam merealisasikan matlamat dan halatuju pertanian.“Evolusi teknologi dalam pertanian hari ini membantu dalam pelbagai aspek. Bermula dengan penggunaan gajet atau peralatan, kaedah atau sistem yang digunakan, kita dapat melihat pembaharuan demi pembaharuan dilakukan."Hasilnya, kos operasi, tenaga buruh, masa dan penggunaan ruang dapat dikurangkan. Begitu juga teknik persembahan serta pembungkusan hasil pertanian juga telah jauh lebih bersih, kemas dan menarik semata-mata bagi memenuhi permintaan pasaran dan minat pengguna,” jelasnya.Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2019 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman di Dataran Pekan Jabi, disini pada hari ini.Menurutnya, golongan muda sekarang tidak berminat dalam bidang pertanian berbanding orang tua.“Kebanyakan peladang, petani dan nelayan majoritinya adalah terdiri daripada warga emas. Oleh itu, negara kekurangan pelapis generasi muda untuk memperhebat dan meneruskan kerancakan bidang pertanian negara kita.“Oleh kerana itu, adalah jelas bahawa bidang pertanian bukan bidang yang berkelas rendah. Bidang pertanian merupakan sebuah bidang yang menjadi sumber rezeki yang kukuh kepada para petani, penternak dan nelayan,” ujarnya.Justeru itu, beliau menyeru dan menyarankan agar para ibubapa dapat memupuk minta anak-anak muda mendekati bidang pertanian.“Pelbagai insentif dan kemudahan disediakan bagi membuka peluang kepada pelapis dan pemain baharu dalam bidang pertanian.“Walaupun tempat kerjanya tidak di pejabat berhawa dingin, namun jika dilaksanakan dengan tekun dan mengikut kaedah yang tepat, InsyaAllah anak kampung mampu menjadi usahawan dan jutawan kelak kerana berbudi kepada tanah,’’ tambah beliau.
26 Sep 19
454