Artikel "Utama" Terkini
Penjelasan Isu Kenaikan Yuran Tadika
Azhar Jusoh.KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Kerajaan Terengganu melalui Yayasan Islam Terengganu menyangkal dakwaan pihak tidak bertanggungjawab yang menular tentang kenaikan 100 peratus yuran bulanan tadika di bawah kelolaan agensi tersebut.Pengarahnya, Azhar Jusoh berkata, dakwaan tersebut tidak benar, sebaliknya kenaikan yuran bulanan hanya dikenakan kepada mereka yang berkemampuan sahaja."Kerajaan negeri telah bersetuju untuk kenaikan yuran bulanan tadika daripada RM20 kepada RM40 sebulan bermula pada tahun 2020."Bagaimanapun, bagi pelajar yang tidak berkemampuan dan pendapatan ibu bapa yang kurang daripada RM2,500 ke bawah akan dikekalkan yuran bulanan sebagaimana biasa. Makan dan minum juga juga kekal macam biasa," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pihak media hari ini bagi mengulas tentang isu tersebut.Menurutnya, kenaikan tersebut adalah bagi menampung kos operasi."Kita menampung kadar kos yang banyak, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan sedikit kos operasi kita."Kadang-kadang orang masuk tadika kita ini sampai tahap menunggu sebab ramai yang ingin menghantar anak mereka ke pusat tersebut," tambah beliau.
31 Dec 19
2358
SRIDI : Kritikan Diterima, Jangan Manipulasi Isu
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 1 Januari - Kerajaan negeri akan memastikan masalah ketiadaan bekalan elektrik dan air yang berlaku di bangunan baharu Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) Wakaf Mempelam di sini hari ini tidak akan berulang pada masa akan datang.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya mengakui terlepas pandang mengenai perkara itu dan pastinya akan membuat pemantauan agar kejadian yang berlaku hari ini tidak akan berulang.Namun beliau berharap agar pihak tertentu tidak memperbesar dan memanipulasi isu berkenaan seolah-olah kerajaan tidak bertanggungjawab.Oleh itu, kerajaan negeri melalui pihak berkaitan akan menyelesaikan perkara ini secepat mungkin supaya tidak mengganggu sesi pembelajaran pada hari seterusnya,” katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Sistem I-Direktori Terengganu, di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Ahmad Samsuri turut memberitahu, SRIDI Wakaf Mempelam adalah bangunan baharu dan hanya sementara di situ, pastinya ada kekurangan yang berlaku. Bangunan kekal akan dibina di kawasan yang bersesuaian pada masa akan datang.Katanya, untuk bangunan kekal, kerajaan perlu mencari tanah selain melihat pelbagai kesesuaian lain, termasuk peruntukan yang ada dan bilangan pelajar.“Sekiranya hanya ada 20 pelajar, mungkin perlu ditempatkan di bangunan sementara terlebih dahulu dan akan berpindah jika pelajar sudah melebihi kapasiti yang ditetapkan,” katanya.Penubuhan SRIDI adalah antara manifesto PAS dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, iaitu menyediakan sekolah rendah Islam di semua 32 kawasan Dewan Undangan Negeri Terengganu secara berperingkat dalam tempoh lima tahun, termasuk dengan mengambil alih SRAYIT daripada YIT untuk diuruskan oleh JHEAT.Pada 2018, SRIDI beroperasi di enam lokasi iaitu di Bandar Al Muktafi Billah Shah (AMBS), Dungun, Ajil (Hulu Terengganu), Binjai Rendah (Marang), Manir (Kuala Nerus) serta Kampung Raja (Besut).Manakala SRIDI Wakaf Mempelam (Kuala Terengganu) sebelum ini berada di Losong, berpindah ke bangunan baharu untuk sesi persekolahan pertama dengan bilangan 109 pelajar pada hari ini.
31 Dec 19
134
Kempen Anti Dadah Tarik Minat Anak-Anak Pondok
Kempen anti dadah sangat baik untuk memberi pendedahan awal kepada masyarakat setempat supaya mereka boleh memberi perhatian lebih kepada keluarga tentang penyalahgunaanya. Oleh: Norekwan MamatBESUT, 1 Oktober - Kempen anti dadah yang telah diadakan di daerah Besut selama sebulan telah menarik perhatian dan minat anak- anak pelajar Pondok Ubudiyyah tentang bahaya penyalahgunaanya.Pegawai Penyelaras DUN Hulu Besut Ustaz Mat Daik Mohamad berkata, program tersebut telah dianjurkan oleh Penyelaras Parlimen Besut Ustaz Dr Riduan Mohd Nor. “kita perlulah bekerjasama antara Polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk memberi kesedaran kepada golongan muda tentang bahaya penyalahgunaan ini menerusi pelbagai kempen mahupun di dalam kuliah- kuliah.“Melalui kerjasama antara agensi berkenaan, banyak program dapat dilaksanakan dengan berkesan serta pelbagai maklumat penting dapat disalurkan kepada orang ramai,” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas forum subuh di Perkampungan Ubudiyyah Pondok Pasir Akar, Hulu Besut pada hari ini.Menurutnya, kempen tersebut sangat baik untuk memberi pendedahan awal kepada masyarakat setempat supaya mereka boleh memberi perhatian lebih kepada keluarga tentang penyalahgunaan ini. Turut hadir sama ialah Penyelaras Parlimen Besut Ustaz Riduan Mohd Nor, selebriti Bob Lokman dan Zuar XPDC.
01 Oct 19
861
Kemahiran Pentadbiran MPKK Terus Diperkasa
Dr Azman Ibrahim.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 1 Oktober - Penerapan ilmu pentadbiran kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) akan terus diperkasa dari semasa ke semasa.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, ia bagi mencapai hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan setiap pemimpin masyarakat lebih dekat dengan rakyat.Walau bagaimapun, beliau menjelaskan, kemahiran MPKK dalam mengurus hal ehwal organisasi memerlukan sedikit masa untuk diasuh dan mencapai kejayaan.“Tiada orang yang pegang sesuatu jawatan terus mahir dan pandai dalam semua segi, ada tempoh belajar dan memahirkan diri yang perlu dilalui, kerajaan terdahulu melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mentadbir 60 tahun berbanding kita yang baru setahun lebih.“Sudah tentu ia tahap pengurusan itu berbeza, tetapi daripada segi semangat dan keterbukaan untuk berkhidmat kepada rakyat, MPKK telah menunjukkan kecemerlangan,” katanya di ‘Facebook’ rasminya hari ini.Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, semangat itulah yang disemai dan diasuh supaya kemahiran anggota MPKK mampu ditingkatkan ke tahap yang lebih baik.“Daripada semangat yang ada itu, kita akan manfaatkan, gunakan semangat itu untuk kita asah dengan kemahiran yang lain,” jelasnya.Tambah beliau, dalam konteks Kerajaan Terengganu, Penghulu dan Pengerusi MPKK ialah orang yang berbeza.“Penghulu ialah penjawat awam, bermula sebagai Penghulu Mukim kemudian boleh dinaikkan gred menjadi Penghulu Kanan, Penghulu Tinggi dan Penghulu Tertinggi.“Pengerusi MPKK atau sebelum ini JKKK dilantik oleh pihak berkuasa negeri untuk tempoh dua tahun, selepas itu, pelantikan semula akan dibuat. “Bidang kuasa perlantikan MPKK telah diputuskan oleh kabinet di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan di bawah MPKK ada lima belas ahli jawatankuasa,” tambah beliau.
01 Oct 19
52
Berbelanja Tanpa Tunai Di Pulau Redang Menjelang 2020
Salah seorang peniaga menerima replika insentif MyDebit Pulau Redang Tanpa Tunai 2020.KUALA TERENGGANU, 30 September- Pulau Redang menjadi pulau peranginan pertama dalam negara yang bakal menggunakan sepenuhnya pembayaran tanpa tunai MyDebit menjelang tahun 2020.Ketua Pejabat Bank Negara Kuala Terengganu, Adlis Khairil Sazly Mohd Zaini berkata, kempen pembayaran tanpa tunai yang dirintis oleh Bank Negara Malaysia itu dilaksanakan bertujuan meningkatkan penyertaan kewangan dengan menggalakkan penggunaan cara pembayaran lebih efektif."Usaha ini juga sebagai cara menyelesaikan masalah penduduk dalam penggunaan wang tunai selain memudahkan peniaga menerima penjualan dan hasil yang lebih daripada pelancong terutamanya.Adlis (tengah) memberi penjelasan tentang kempen pembayaran tanpa tunai."Kita juga akan menaikkan taraf pelancongan kerana penggunaan pembayaran tanpa tunai MyDebit yang lebih meluas dan insya-Allah penggunaannya akan menular kepada sektor yang lain seperti pendidikan, makanan dan minuman (F&B) serta sektor-sektor lain," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan hak milik tanah kepada 105 peserta Rancangan Penempatan Semula di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang, hari ini.Dalam majlis tersebut, Bank Negara turut menyampaikan Terminal Kad Kredit dan e-Pembayaran berserta insentif berjumlah RM500 kepada 20 peniaga di pulau berkenaan dalam kempen 'Pulau Redang Tanpa Tunai 2020'.Beberapa pengamal media mencuba aplikasi QR Pay Maybank di salah satu kedai di Pulau Redang.Pihaknya memanfaatkan tahun ini untuk memperluaskan penggunaan pembayaran tanpa tunai menerusi terminal tempat jualan (POS) dan kad ATM MyDebit di samping aplikasi QR Pay Maybank.Sebanyak 80 peratus daripada 63 peniaga di Pulau Redang telah menyediakan kaedah e-pembayaran dalam usaha membina keyakinan masyarakat setempat untuk menjayakan kempen berkenaan.
30 Sep 19
341
105 Penduduk Pulau Redang Terima Hak Milik Tanah Selepas 25 Tahun
Sebahagian penerima hak milik tanah bergambar bersama.KUALA TERENGGANU, 30 September- Seramai 105 peserta Rancangan Penempatan Semula Pulau Redang menerima hak milik tanah setelah menanti selama 25 tahun, sejak program tersebut diluluskan kerajaan negeri pada tahun 1994.Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat mewakili kerajaan negeri, menzahirkan kesyukuran kerana berjaya menyelesaikan isu berkenaan."Alhamdulillah, kita berjaya menyelesaikan penyerahan hak milik tanah di Pulau Redang yang dipohon sejak sekian lama oleh penduduk di sini.Satiful beramah mesra bersama sebahagian penerima hak milik tanah di Pulau Redang."Keseluruhan lot tanah terkini yang ada di sini adalah sebanyak 238 lot dan semuanya telah diserahkan kepada peserta," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Hak Milik Tanah kepada peserta-peserta rancangan penempatan semula di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang, hari ini.Hadir sama, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir, Tengku Seri Bijaya Raja, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian negeri disamping Pegawai Pentadbir Tanah Kuala Nerus, Zulkifli Ali serta Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail.Bentuk kediaman asal yang dibina kerajaan negeri kebanyakkannya telah diubah suai.Tambah Satiful, baki 87 peserta belum menerima hak milik tanah berikutan masih dalam proses menyelesaikan Borang 5A dan akan menerima hak milik dalam masa terdekat."Saya harap ia dapat diselesaikan segera lebih-lebih lagi kerajaan mengenakan premium tanah pada kadar yang lama iaitu antara RM2,000 sehingga RM2,300 sahaja berbanding premium terkini," katanya.Berdasarkan rekod, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Terengganu telah meluluskan kawasan penempatan semula dan penduduk 'rumah air' di pulau berkenaan telah berpindah ke kediaman di darat yang disediakan kerajaan pada tahun 1996.Pada tahun 1999, seramai 30 peserta telah menerima hak milik tanah mereka sebelum ia kemudiannya dibekukan atas beberapa faktor.Pemandangan lot kediaman penduduk yang dibina di Pulau Redang.
30 Sep 19
1732
Silat Jatuh Gegarkan Pekan Jabi
Pesilat Terengganu dan Kelantan berentap merebut kejuaraan.Oleh: Hidayah AzlinFoto : NorekwanSETIU, 30 September - Pesilat Jatuh Terengganu dan Kelantan menggegarkan Pekan Jabi dalam pertarungan epik sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Terengganu (HPPNT) 2019 baru-baru ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa Negeri Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, walaupun aktiviti berkenaan agak asing di Terengganu, sambutan yang diterima adalah di luar jangkaan."Kehadiran paling ramai berbanding dua hari lepas yang dihadiri bukan setakat dari negeri Terengganu malah Kelantan dan Pahang turut hadir memeriahkan program.“Melihat keberjayaan pada program malam ini, insya-Allah kita bersedia untuk menganjurkan lagi di masa depan sebagai acara tahunan,’’ ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pertandingan tersebut di Dataran Pekan Jabi, di sini.Dr Azman menyampaikan hadiah kepada pemenang.Sementara itu, pemenang Pesilat Terbaik Keseluruhan, Azwan Yaacob, 28, berkata, dia yang juga anak jati Jabi dari Kampung Kerandang tidak menyangka memperoleh kejayaan tersebut."Ini kali kedua masuk pertandingan silat. Sebelum ini pernah masuk di Tanah Merah, Kelantan, tetapi tiada rezeki menang.‘"Sudah sepuluh tahun belajar silat di kampung, hanya kerana minat, sejak tingkatan tiga lagi yang kemudiannya memulakan pengajian ilmu pertahankan diri ini," katanya.Di samping itu, seorang lagi pemenang yang berasal dari Kampung Kerandang, Jabi, Nadzri Ghazali, 47, turut berasa gembira atas kejayaan sulong yang diperolehinya."Ini kali pertama saya menyertai dan menang dalam pertandingan Silat Jatuh berbanding sudah lima tahun berturut-turut saya menjadi dalam pertandingan Silat Tari Tercantik di peringkat Daerah," katanya yang mula belajar ilmu persilatan sejak 18 tahun lagi.Kehadiran yang luar biasa.
30 Sep 19
73
Terengganu Anjur Himpunan Lembu Sado Khamis Ini
Antara lembu sado yang mencuri perhatian ramai.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 30 September - Kerajaan negeri dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Vaterinar dan Persatuan Penternak Ruminan Terengganu bakal menganjurkan Himpunan Lembu Sado Pantai Timur (HLSPT) pada tiga hingga lima Oktober ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim memaklumkan, perkara itu diputuskan selepas melihat sambutan yang luar biasa daripada pengusaha lembu sado dalam Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Terengganu (HPPNT) 2019.Katanya, pameran dan pertandingan lembu sado turut menjadi tumpuan utama pengunjung HPPNT sejak program itu bermula Rabu lalu."Lantaran permintaan tinggi daripada para pemilik lembu sado dan juga ramai yang tidak dapat menyertai HPPNT kerana kuota pada kali ini sangat terhad."HLSPT bertempat di Dataran Pekan Jabi pada tiga hingga lima Oktober ini dengan hadiah sebanyak lima ekor lembu, Insya-Allah," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Lembu Sado sempena HPPNT, di Dataran Pekan Jabi, di sini kelmarin.Azman turut berkata, penyertaan adalah terbuka kepada semua lembu yang dipelihara di negeri-negeri Pantai Timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang dengan konsep pasar ternakan."Insya-Allah, kita akan menghimpunkan seramai yang mungkin. Ia juga akan dibuat dengan konsep pasar ternakan. Bagi yang membawa lembu tetapi tidak mahu membawa balik, dia boleh jual terus di pasar ini."Kita akan jadikan acara HLSPT ini sebagai acara tahunan dengan dataran Pekan Jabi ini akan jadi tuan rumah," tambah beliau.Orang ramai yang berminat untuk menyertai HLSPT dan mempunyai sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi saudara Amirul di talian 019-9222757.
30 Sep 19
863
Kerajaan Bergerak Ke Arah Ganti KUSZA - MB Terengganu
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 29 September - Kerajaan Terengganu sedang mengkaji semua aspek untuk mewujudkan sebuah pusat pengajian tinggi seperti Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) sebagaimana dalam Manifesto Pilihanraya Umum ke 14 yang lalu.Menteri Besar Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata kerajaan negeri telah melihat pelbagai aspek termasuk tempat dan kursus yang akan dilaksanakan."Kita (kerajaan negeri) kena tengok kalau kita nak buat sebuah institusi pengajian tinggi (seperti KUSZA contohnya), bukan boleh tengok apa yang akan kita buat tahun depan.Dato' Sri Syed Zainal Abidin menyampaikan syarahan bertajuk Kepimpinan dan Transformasi."Kita kena tengok empat tahun lima tahun akan datang bagaimana keadaan (pelaksanaannya). Jadi banyak perkara perlu dibuat untuk mengkaji semua perkara ini."Kita akan cuba realisasikan sama ada ianya wujud pada peringkat awal itu sebagai sebuah institusi pengajian tinggi sama ada satu kursus atau satu diploma dahulu, pelaksanaan itu akan kita tengok dan kerajaan betul-betul berhasrat untuk merealisasikan setakat mana boleh kita buat dahulu," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas Majlis Bicara Darul Iman di Dewan Konvensyen Wisma Darul Iman di sini hari ini.Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Dagangan Berhad, Dato' Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir menyampaikan syarahan bertajuk Kepimpinan dan Transformasi di majlis tersebut.Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang seterusnya berkata mewujudkan institusi pengajian tinggi tidak semestinya pada hari pertama terus 'full flash' (buat sepenuhnya)."Ia mungkin bermula dengan menumpang tempat sementara dahulu, tengok kesesuaian tempat terlebih dahulu dan ini yang sedang kita kaji sekarang ni."Apa yang kita cuba bentuk dan rangka sekarang ini ialah kewujudan sebuah institusi seumpama KUSZA dan namanya belum diputuskan lagi."Pada peringkat ini kita sedang melihat kesesuaian, mana yang lebih sesuai, melihat kepada perkembangan peraturan-peraturan yang sedia ada," jelasnya lagi.Jelasnya, kerajaan negeri perlu kesinambungan kepada sekolah-sekolah rendah dan menengah Islam yang sedang dan akan dilaksana. "Kita sudah membentuk Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI), Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) juga dalam proses pelaksanaan untuk tahun 2020 (tahun depan), sekurang-kurangnya sebuah sekolah seumpama itu (SMIDI) akan diwujudkan," tambah beliau.
29 Sep 19
259
Terengganu FC B-19 Juara Piala Belia
Skuad 'Ubi' Terengganu berada pada kelas tersendiri apabila hanya bolos lapan gol sepanjang kejohanan. KUALA TERENGGANU, 28 September - Skuad bola sepak bawah 19 tahun Terengganu muncul juara Piala Belia 2019 selepas menewaskan PKNS FC B-19 1-0 dalam perlawanan akhir kedua di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah sebentar tadi.Beraksi di stadium keramat Terengganu FC IV, PKNS FC turun dengan kesebelasan terbaik untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu selepas terikat 0-0 pada saingan akhir pertama minggu lalu.Segala-galanya bermula baik buat PKNS FC apabila hadir menerusi ancaman Ezry Fashli Halimi seawal minit ke-3, namun sepakannya tinggi melepasi palang gol.Tersentak dengan serangan itu, TFC IV bangkit melakukan serangan pantas, hasilnya pada minit ke-5 rembatan leret Muslihuddin 'Atiq dinafikan pertahanan PKNS.Pada minit ke-20 serangan pantas TFC IV melalui gerakan Muhammad Aiman Hakim hampir membuka jaringan pertama, namun sekali lagi dinafikan pertahanan PKNS FC.Perlawanan terus berlangsung sengit dengan aksi berbalas serangan kedua-dua pasukan, namun ketumpulan jentera serangan menyebabkan tiada jaringan terhasil.Bersambung babak kedua, TFC IV memperkemaskan rentak permainan, serangan bertali arus menerusi kepantasan sayap kiri dan kanan berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan mereka.'Atiq muncul wira Terengganu apabila menjaringkan gol kemenangan.Minit ke-50 gerakan cantik dari tengah padang hampir-hampir memecah kebuntuan gol, apabila ‘Atiq bijak menyelinap dari sayap kanan sebelum melepaskan rembatan kencang yang ditepis penjaga gol.Serangan bertali arus akhirnya membuahkan hasil, pada minit ke-62 hantaran dari tengah padang berjaya dihidu ‘Atiq sebelum menggelecek pertahanan dan penjaga gawang PKNS.Gawang yang terbuka luas terus dimaanfaatkan ‘Atiq untuk jaringan pertama yang juga gol kemenangan buat pasukan TFC IV sekali gus menggembirakan 1,225 penyokong.PKNS yang sesekali hadir melancarkan serangan ternyata buntu untuk untuk merobek pertahanan TFC IV yang diketuai Muhammad Ikhwan Hakim.Keputusan 1-0 terus kekal hingga tamat perlawanan walaupun PKNS hampir menjaringkan gol beberapa minit sebelum permainan tamat.Dengan kemenangan itu, TFC IV membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM80,000 serta piala kejuaraan, manakala, PKNS yang muncul sebagai naib juara menerima RM50,000.
28 Sep 19
597