lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
10 Pasangan 'Basah' Ditahan Dalam Operasi Penguatkuasaan Syariah
Pasukan penguatkuasa sedang menyerbu bilik hotel yang disyaki.KUALA TERENGGANU, 10 Januari- Sebanyak 10 pasangan ditahan dalam operasi penguatkuasaan syariah yang dijalankan di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus, awal pagi tadi.Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Azmi Tengah memaklumkan, dengan kekuatan 30 anggota penguatkuasa dan sukarela, operasi enam jam bermula tiga pagi tadi menyasarkan tujuh hotel terkemuka di daerah itu."Sebanyak 19 warganegara terdiri daripada rakyat Terengganu dan negeri-negeri lain serta seorang warga negara asing ditahan di bawah Seksyen 31 (a) (berkhalwat) dan Seksyen 29 (perbuatan persediaan untuk melakukan persetubuhan).Azmi Tengah."Dua seksyen ini di bawah Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) dan  memperuntukkan denda  maksimum RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas operasi tersebut di Kompleks Seri Iman, pagi ini.Jelasnya, Pejabat Agama Kuala Terengganu begitu optimis meneruskan usaha-usaha membanteras jenayah syariah selaras peruntukan undang-undang bagi merealisasikan Terengganu sebagai negeri sifar maksiat.Azmi berpendapat, ibu bapalah yang mempunyai peranan paling penting untuk mengawal pergerakan dan tingkah laku anak-anak supaya mereka tidak terjerumus ke arah perkara tidak bermoral."Bagi kami, penguatkuasa pejabat agama daerah akan sentiasa bergerak seiring dengan kehendak kerajaan untuk melaksanakan tuntutan syariah dan peruntukan undang-undang."Melalui kerjasama jabatan lain, kita juga melaksanakan sekatan bersama bagi membendung kelakuan tidak sopan di tempat awam bagi pembonceng dan pengendali kenderaan bermotor," katanya.Operasi berkenaan berakhir kira-kira jam sembilan pagi ini dan pasangan-pasangan yang ditahan akan melalui proses pendakwaan sebagaimana yang diperuntukkan.
10 Jan 20
118
Empty Image
Kempen Solat Berjemaah Di Terengganu Terus Diperhebat
Wan Sukairi melancarkan kempen.KUALA TERENGGANU, 10 Januari - Kerajaan Terengganu terus memperhebat kempen solat berjemaah dalam setiap kalangan masyarakat bagi membina suasana harmoni dan sejahtera di negeri itu.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, usaha itu seiring dengan penekanan prinsip Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS2030) kerana pegangan agama dapat menghindarkan daripada pengabaian terhadap amanah dan tanggungjawab."Kita semua maklum akan kepentingan solat berjemaah, yang mana ia akan membentuk sebuah masyarakat bersatu padu dan menjadi penyelesai terhadap sesuatu isu."Usaha ini juga mampu mendidik golongan kanak-kanak dan belia supaya mereka terbiasa dengan suasana solat berjemaah yang sekali gus berupaya melahirkan pelapis pemimpin berkualiti," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Pelancaran Kempen Jom Solat Berjemaah dan Logo Masjid Gong Tok Nasek di masjid berkenaan semalam.Jemaah masjid yang hadir.Ujarnya, beliau mahu setiap institusi masjid dan surau di seluruh Terengganu memainkan peranan tersebut semaksima mungkin."Semoga usaha ini mampu mencapai matlamat kita untuk menjadikan negeri ini maju, berkat dan sejahtera," jelasnya.Mengulas tentang pusat pengajian al-Quran braille, Wan Sukairi berkata, ia akan beroperasi sebagaimana yang telah dirancang bersama badan terlibat."Dua pusat pengajian al-Quran bagi golongan cacat penglihatan itu akan berjalan selewat-lewatnya pada Februari ini dengan melibatkan kos sebanyak RM3 juta."Satu di Kemaman (Kerteh) dan satu lagi di Kampung Raja, Besut, di samping satu pusat ini di Seberang Takir telah pun beroperasi," tambah beliau.Wan Sukairi bergambar bersama Ahli Jawatankuasa Masjid Gong Tok Nasek.
10 Jan 20
258
Empty Image
Sesuap Kasih 'Platform' Kebajikan Masyarakat
 Ustaz Ridzuan (dua dari kiri) menyampaikan bungkusan makanan kepada pengguna jalan raya di hadapan Masjid Wakaf Tembesu.KUALA NERUS, 9 Januari –Penganjuran Program Sesuap Kasih yang menjadi ‘platform’ kerajaan negeri dalam melaksanakan kerja kebajikan di kalangan masyarakat umat Islam, kini berlangsung di peringkat Daerah Kuala Nerus.Program itu dianjurkan melalui  Jabatan Hal Ehwal Agama (JHEAT) dengan kerjasama Pejabat Daerah Kuala Nerus, Sabasun Sdn Bhd, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Pengurusan Masjid Wakaf Tembesu dan pihak swasta lain.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, program itu merupakan platformkepada seluruh masyarakat untuk berbakti dan melakukan kebajikan dengan memberikan sumbangan makanan kepada penduduk di sekitar daerah ini.Penduduk di sekitar Masjid Wakaf Tembesu menyertai Program Sesuap Kasih di perkarangan masjid itu hari ini.Katanya, kerajaan negeri berhasrat mengadakan program ini seminggu sekali di setiap hari khamis di Perkarangan Masjid Wakaf Tembesu di sini, manakala di Kuala Terengganu akan dimulakan semula tahun ini pada setiap hari Rabu bertempat di Hentian Bas di hadapan JHEAT Kuala Terengganu.“Paling kurang pun sebulan sekali bergantung kepada dana yang kita (kerajaan) ada.“Sebab itu saya menyeru kepada umat Islam seluruh negeri Terengganu khususnya dan seluruh Malaysia amnya untuk sama-sama mengambil saham dalam menjayakan program yang sangat baik ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan program itu di Perkarangan Masjid Wakaf Tembesu di sini hari ini.Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut membuat kawalan agar penunggang motosikal menerima bungkusan makanan dari pihak penganjur ketika melalui jalan bersebelahan Masjid Wakaf Tembesu.Sementara itu Ustaz Azmi Tengah ketika ditemui berkata, di Kuala Terengganu bermula Februari tahun lalu, hampir 200 orang diraikan dalam program tersebut setiap hari Rabu dengan menerima makanan disediakan di hadapan Hentian Bas berkenaan.Katanya, program itu akan diteruskan di tempat yang sama mulai bulan ini.
09 Jan 20
44
Empty Image
Agong Perkenan Terima Pimpinan PAS Menghadap
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap Dato' Seri Abdul Hadi Awang semalam. Foto ihsan - Istana NegaraKUALA LUMPUR, 9 Januari - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam berkenan menerima menghadap teraju utama kepimpinan PAS yang diketuai Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.Ini pertemuan kali pertama antara Yang di-Pertuan Agong dengan delegasi parti tersebut yang turut disertai oleh Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sejak Al-Sultan Abdullah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI pada Januari tahun lalu.Abdul Hadi dalam suatu kenyataan di Facebook rasminya semalam menjunjung kasih Baginda atas limpah perkenan menerima kehadiran mereka."Menjunjung kasih KDYMM (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas limpah perkenan Tuanku menerima kehadiran patik-patik sekalian."Ampun Tuanku," ujarnya.Turut hadir, Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.
08 Jan 20
442
Empty Image
MPKKP Jangan Terburu-Buru - Dr Azman
Dr Azman Ibrahim.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 9 Januari - Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) dinasihatkan agar lebih teliti dan tidak terburu-buru dalam apa jua tindakan yang melibatkan kemaslahatan ramai.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, saranan itu dibuat berikutan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah menerima surat daripada MPKKP yang mengarahkan agar dewan dan balai raya diserahkan kepada mereka.“Beberapa MPKK memaklumkan bahawa mereka menerima surat daripada MPKKP yang mengarahkan agar jawatankuasa MPKK keluar dari beberapa premis yang didakwa dibina oleh Kerajaan Persekutuan. “Sukacita saya nasihatkan pimpinan MPKKP supaya jangan terburu-buru bertindak dan perlu meneliti terlebih dahulu latar belakang pembinaan premis dan infrastruktur yang dimaksudkan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan rasminya semalam. Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi memaklumkan, semua data serta maklumat telah diteliti dan didapati  premis-premis yang dimaksudkan itu terletak di atas tanah milik Kerajaan Terengganu.Jelasnya, walaupun bangunan dibina dengan dana Kerajaan Persekutuan tetapi pemilik tanah lebih berhak kepada premis yang dituntut. “Di sinilah kita perlu cermat dalam membuat tuntutan dan keputusan kerana tuan tanah mempunyai lebih hak kepada bangunan yang didirikan di atas tanah milik kerajaan negeri.“Janganlah bertindak tanpa usul periksa yang boleh mengeruhkan keadaan dalam masyarakat,” tegasnya.
08 Jan 20
191
Empty Image
Majlis Tilawah Dan Menghafaz Al-Quran Bakal Berlangsung Pada 21 Hingga 23 Januari Ini
KUALA TERENGGANU, 9 Januari - Kerajaan negeri akan menganjurkan Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri (MTHQN) Ke-63 selama tiga hari bermula pada 21 hingga 23 Januari 2020 bertempat di Dewan Merdeka, Kota Putera Square (KPS), Kampung  Raja, Besut.Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Mat Arsyad berkata, Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri dan Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri diadakan serentak seperti tahun yang lalu. “Untuk makluman Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri diadakan bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, manakala Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri akan bermula pada jam 8.40 malam hingga 11.00 malam.“Pembukaan Majlis Tilawah al-Quran akan disempurnakan oleh , Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 21 Januari 2020 (Selasa) jam 8.30 malam. Manakala Majlis Perasmian Penutup dan Pengurniaan Hadiah pula akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu pada 23 Januari 2020 (Khamis) jam 8.40 malam,” ujarnya dalam satu kenyataan media pada hari ini.Menurut beliau, pemilihan tema “Negara Rahmat Ummah Sejahtera” bagi penganjuran MTHQN pada kali ini adalah memberi signifikan bahawa usaha melahirkan Negara Rahmat mestilah dibina asas prinsip akidah yang syumul iaitu keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t."Berlandaskan kekuatan akidah dan sistem syariah Islam, ia dapat memberikan impak yang besar kearah kemakmuran dan kesejahteraan ummah."Akhirnya wujudlah sebuah negara yang disifatkan sebagai “Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur” (Negara yang baik dan diampuni Allah)," ujarnya lagi.Tambahnya, bagi acara Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri pula, Majlis Perasmian Penutup akan disempurnakan oleh Dato' Seri Ahmad Samsuri pada 23 Januari 2020 (Khamis) jam 10.45 pagi. Oleh itu, orang ramai adalah dijemput hadir bagi menyaksikan secara langsung alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh para peserta dan kemeriahan penganjuran majlis ini.
08 Jan 20
2048
Empty Image
Masalah Pengagihan Benih Padi Perlu Ditangani Segera
Shaharizukirnain Abdul Kadir.KUALA TERENGGANU, 9 Januari - Kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani digesa menangani masalah pengagihan benih padi dengan segera bagi mengelakkan pesawah menanggung derita.Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, beliau cukup terkilan dengan isu pesawah yang kerugian RM4.5 juta disebabkan oleh kelewatan pengagihan benih padi sedangkan mereka amat bergantung kepada subsidi benih tersebut.Tegasnya, pihak berwajib seharusnya memastikan benih padi yang disalurkan benar-benar sampai kepada pesawah tepat pada masanya. “Kelewatan pengagihan benih padi memberi impak yang besar bukan sahaja kepada mereka malah kepada hasil pengeluaran beras negara.  “Para pesawah menghadapi masalah kekurangan bekalan, malah bekalan yang diterima kurang berkualiti turut membawa implikasi negatif kepada hasil beras tempatan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.Menurutnya lagi, perkara itu turut memberi kesan kepada sasaran kerajaan bagi meningkatkan tahap sara diri beras (SSL) negara. “Berdasarkan jawapan lisan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani pada Sidang Dewan Negara baru-baru ini, tahap sara diri beras masih pada paras 70 peratus.“Ia agak mustahil untuk mencapai sasaran kerajaan iaitu 75 peratus bagi tahun 2020 jika isu pengagihan serta penambahbaikan kualiti benih padi tidak diselesaikan,” jelasnya.Tambah beliau lagi, pengeluaran padi sepatutnya mencapai 70 peratus hasil beras tempatan dan hanya 30 peratus sahaja adalah beras import.Namun katanya, kualiti beras tempatan yang semakin berkurang mendorong kepada permintaan beras import yang lebih tinggi.“Kerajaan wajar bertanggungjawab terhadap isu kelewatan pengagihan benih dengan segera memberi pampasan kepada pesawah bagi menampung kerugian yang dialami,” ujarnya.
08 Jan 20
91
Kompaun Rokok Langkah ‘Tegas’ Didik Masyarakat
Kompaun Rokok Langkah ‘Tegas’ Didik Masyarakat
Dr Nor Azimi. KUALA TERENGGANU, 8 Januari - Tindakan mengenakan kompaun kepada perokok yang merokok di kawasan larangan adalah bertujuan untuk mendidik rakyat supaya tidak terjebak dalam aktiviti itu.       Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, gejala merokok di premis menjual makanan dan restoran bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi turut menjejaskan kesihatan orang ramai. Berikutan itu katanya, penguatkuasaan yang dijalankan sejak 1 Januari lalu dilihat berupaya mengurangkan gejala itu daripada terus berlaku sekali gus menjamin kesihatan masyarakat. “Sebanyak 137 notis kompaun dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) dalam operasi penguatkuasaan larangan merokok di 2,243 premis setakat 6 Januari. “Dalam operasi itu, seramai 117 individu dikenakan kompaun di bawah Peraturan 11(1)(d) (PPKHT) kerana merokok di premis menjual makanan manakala 14 pemilik premis menjual makanan dikenakan notis kompaun di bawah Peraturan 12(1)(a) kerana tidak memasang tanda larangan merokok di premis masing-masing,” ujarnya.   Beliau berkata demikian ketika bersiaran dalam Wawancara Khas bersama JKNT di Studio TV Darul Iman, hari ini. Menurut Dr Nor Azimi, Operasi Penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (Op PPKHT) itu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan semua pihak mematuhinya. Bagi mereka yang menerima notis kesalahan kerana merokok di tempat makan dikenakan kompaun sebanyak RM250. “Mereka yang melakukan kesalahan pertama boleh dikurangkan kompaun kepada RM150 jika pembayaran dijelaskan di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh sebulan daripada tarikh notis. “Bagi kesalahan kedua, tiada pengurangan kompaun diberikan manakala kompaun sehingga RM350 akan dikenakan bagi mereka yang melakukan kesalahan kali ketiga dan seterusnya,” ujarnya. Tambah beliau, pihaknya juga membuka pintu seluas-luasnya kepada semua perokok untuk hadir ke hospital atau klinik kesihatan bagi menjalani rawatan berhenti merokok.    
08 Jan 20
41
Empty Image
Krisis Iran-AS : Iraq Bakal ‘Hancur’ Sekali Lagi
Oleh ; Hidayah Azlin SETIU, 8 Januari – Krisis yang berlaku antara Iran dan Amerika Syarikat (AS) ketika ini sudah mula menampakkan bibit-bibit yang akan membawa bumi Iraq ke kancah peperangan dahsyat sekali lagi. Ahli Jawatankuasa Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat, Dr Azman Ibrahim berkata walaupun mereka bersemangat bersorak dan bergembira di atas kematian komander tertinggi Iran iaitu Jeneral Qassem Soleimani terbunuh namun akhirnya yang bakal menerima bencana ialah warga Iraq. “Sehingga sekarang saya tidak nampak AS akan serang negara Iran atau Iran akan serang negara US,’’‘’Memang taktik AS, dia akan makan belaka depan belakang kiri dan kanan. Peperangan dialihkan supaya berlaku jauh dari bumi Amerika,’’ katanya dalam status di laman sosial miliknya, pagi ini.Tambahnya, peperangan ini dikatakan penting bagi ekonomi AS. “Bagaimana kepentingan peperangan kepada ekonomi AS, insyaAllah saya akan tulis satu artikel.‘’Kita hanyut dalam krisis Sunni-Syiah, AS datang dengan armada untuk memanfaatkan setiap ruang dan peluang dari krisis yang berlaku demi kuasa hegemoni mereka.’’ ujarnya.
07 Jan 20
177
Empty Image
Terengganu Sedia 40 Kiosk Solusi Elak Menjaja Di Persimpangan Jalan
Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman.KUALA TERENGGANU, 8 Januari - Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) menawarkan kira-kira 40 kiosk bagi membantu para penjaja di jalanan mengubah cara perniagaan mereka.Pengerusi  Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, usaha itu merupakan salah satu langkah penyelesaian yang ditampilkan pihaknya sejak tempoh rundingan bersama penjaja tamat, Oktober lalu.“Kita masih ada baki kiosk (gerai) dan boleh beri kepada penjaja jika mereka ada pilihan lokasi yang sesuai dan memohon tapak-tapak gerai tersebut,” katanya ketika dihubungi Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Kuala Terengganu, hari ini.Beliau mengulas kritikan sebahagian warga net keatas tindakan penguatkuasa yang menjalankan operasi dengan menyatakan pelbagai langkah telah diutarakan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah itu.Perkara tersebut turut diakui Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Ahmad Farhan Abdul Wahab yang memaklumkan, YPU dengan kerjasama beberapa agensi terlibat pernah mencadangkan untuk mewujudkan 'pasar pandu lalu' di Jalan Sultan Omar tetapi tidak dipersetujui wakil penjaja."Kami sentiasa mencari jalan dan terus berbincang dengan penjaja untuk menyelesaikan masalah ini, namun rata-rata mereka lebih suka bergerak di persimpangan jalan kerana lebih menguntungkan."Namun, kita juga dapati, ramai penjaja yang masih ada hari ini adalah 'muka-muka' baharu kerana kebanyakan penjaja yang berbincang dengan pihak kerajaan negeri sebelum ini telah mengubah konsep dan cara perniagaan mereka,” katanya.
07 Jan 20
35