Artikel "Utama" Terkini
Sedia Bantu Waris Arwah Syamiru - Wan Sukairi
Wan Sukairi menyerahkan Faedah Pengurusan Jenazah dan Pencen Penakat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada waris arwah Syamiru di rumahnya di Kampung Kua Ajil.HULU TERENGGANU, 16 Januari - Kerajaan negeri sedia melihat serta menimbang bentuk-bentuk sumbangan kepada waris bekas pemain hoki Terengganu, arwah Syamiru Aiman Bidin @ Pok Yu yang telah meninggal dunia akibat kanser baru-baru ini.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, perkara ini akan dibawa untuk perbincangan semasa mesyuarat mingguan EXCO kerajaan negeri dalam tempoh yang terdekat."Kita masih belum buat keputusan apakah bentuk sumbangan yang boleh disalurkan untuk waris arwah tetapi ia akan dibincangkan dalam mesyuarat EXCO tentang apa dan bagaimana untuk membantu mereka."Yang pasti kita akan buat sesuatu bagi memastikan waris keluarga mendapat sesuatu sebagai mengenang jasa arwah dalam sukan hoki yang banyak menyumbangkan pingat kepada negeri," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Faedah Pengurusan Jenazah dan Pencen Penakat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di rumah keluarga arwah di Kampung Kua, Ajil di sini hari ini.Sementara itu, Wan Sukairi turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,000 faedah pengurusan jenazah dan pencen Penakat PERKESO kepada waris, Badrul Hisham Bidin, 40 yang merupakan abang kepada arwah.Bekas pemain tengah Pasukan Hoki Terengganu (THT), yang baharu berusia 27 meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) pernah menyarung jersi THT dari 2013 sehingga 2016 dan muncul juara liga.Berdasarkan rekod, pemain tengah lincah itu pernah bersama dengan pasukan pasukan Sukma Terengganu pada 2014 selain THT bermula pada 2013 hingga 2016, arwah pernah beraksi bersama pemain import dari Korea Selatan, Seo Jong Ho yang kini menjadi penolong jurulatih THT.Arwah juga pernah beraksi bersama pemain adik-beradik, Fitri dan Faizal Saari, Shahrun Nabil, Muhammad Firhan Ashaari, Ismail Abu dan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abd Jalil bawah kendalian jurulatih Sarjit Sing.Arwah Syamiru pernah membantu THT mencipta sejarah muncul juara Liga Hoki Malaysia TNB (TNB-MHL) pada 2014 buat pertama selepas mencatat kemenangan besar 9-2 ke atas Kelab Hoki Sapura pada aksi akhir liga berkenaan di Stadium Hoki batu Buruk Kuala Terengganu.
16 Jan 20
124
Virus Influenza : Atlet Negeri Disaran Ambil Langkah Berjaga-Jaga
Oleh: Wan Luqman HakimHULU TERENGGANU, 16 Januari - Para atlet negeri disarankan mengambil langkah berjaga-jaga ketika melakukan aktiviti luar bagi menggelakkan terkena jangkitan virus influenza.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sehingga hari belum ada kes yang melibatkan para atlet di Terengganu namun langkah-langkah awal perlu diambil bagi mengelakkannya berlaku.Jelasnya, langkah pencegahan ini turut ditekankan kepada atlet yang bakal beraksi pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Johor pada Julai ini."Saya dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri bahawa virus Influenza di Terengganu masih dalam terkawal."Pihak jabatan kesihatan juga telah menasihatkan kepada semua rakyat agar berhati-hati dan jangan terlalu obses dengan apa yang berlaku sehingga menimbulkan suasana panik."Saya turut mendapat maklumat dikebanyakan klinik-klinik kesihatan terlalu ramai pergi ke sana untuk mendapatkan vaksin sehingga stoknya habis akibat kita terlalu obses dengan apa yang berlaku," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penyampaian Faedah Pengurusan Jenazah dan Pencen Penakat Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di rumah keluarga arwah Syamirul Aiman Bidin di Kampung Kua, Ajil di sini hari ini. Tambahnya, orang ramai juga turut dinasihatkan mengambil langkah pencegahan awal dan menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan serta patuh kepada etika batuk dan bersin.Terdahulu, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu merekodkan dua kluster penyakit seperti influenza (ILI) dengan seramai sembilan individu dijangkiti influenza dalam kluster itu pada 5 dan 7 Januari 2020 di daerah Setiu.Justeru itu, masyarakat juga dinasihatkan untuk segera ke hospital atau klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan.Manakala bagi golongan berisiko dinasihatkan untuk mendapatkan vaksin influenza di klinik swasta.
16 Jan 20
61
Harmoni Tidak Semesti Rai Upacara Agama Lain - Dr Mohd Khairuddin
Dr Mohd Khairuddin (kiri) mengadakan pertemuan dengan Koperal Mazuki Mohd Zain di Balai Polis Seberang Takir bagi mendapatkan maklumat kejadian jenayah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut baru-baru ini.KUALA NERUS, 16 Januari - "Umat Islam tidak perlu meraikan majlis dan upacara keagamaan penganut lain, biarkanlah penganut agama sahaja merayakannya," kata Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.Justeru itu beliau mempertikaikan alasan kononnya meraikan perayaan tersebut atas dasar keharmonian agama dan kaum."Kenapa pula atas dasar keharmonian, penganut agama Islam pula mahu dilibatkan dengan perayaan agama lain?"Banyak lagi cara untuk membina perpaduan dan integrasi menerusi pelbagai program dan majlis sosial," ujarnya dalam satu kenyataan di status Facebook beliau semalam.Dr Mohd Khairuddin berhujah berdasarkan Ayat 6 Surah Al-Kafirun yang bermaksud, "bagi kamu agama kamu dan bagi saya agama saya."
15 Jan 20
43
Tetapkan SOP Baru, Dalam Muara Sungai - MB Terengganu
Oleh: Aslam WiraMARANG, 15 Januari - Kerajaan Terengganu bersedia menetapkan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi memulihkan keadaan beberapa sungai di negeri ini, terutama di Sungai Merang, Sungai Dungun dan Sungai Merchang yang semakin cetek.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Samsuri Mokhar berkata, pihaknya ada berbincang dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu agar menetapkan SOP baharu kepada syarikat pengorek pasir.Katanya, pendekatan itu perlu diambil supaya dapat melakukan kerja-kerja mengorek dan mendalamkan muara dengan kadar segera bagi mengelak keadaan lebih kritikal.“Proses sama perlu `cut-short’ sekiranya berlaku masalah muara cetek, langkah penyelesaiannya terus boleh diambil tanpa perlu masuk mesyuarat yang panjang dan mengikut prosedur tertentu.“Anggaran kos untuk melaksanakan kerja-kerja itu antara RM200,000 hingga RM500,000 bagi setiap sungai ” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemubual pemberita dalam sidang media sebaik sahaja selesai Mesyuarat Exco Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, semalam.Ahmad Samsuri turut memberitahu pada masa sama, untuk jangka masa panjang dan langkah terbaik perlu membina benteng pemecah ombak, namun ia memerlukan kos yang sangat besar iaitu di antara RM150 juta sehingga RM200 juta.“Perkara itu memerlukan perhatian yang serius daripada Kerajaan Pusat dan saya sendiri mengambil inisiatif lain untuk memaklumkan kepada jabatan berkaitan agar dapat membantu kerajaan negeri menyelesaikan masalah ini.“Selain itu juga, keperluan “headland” di Dungun yang diputuskan dalam mesyuarat ECER baru-baru ini sedang menunggu untuk dilaksanakan sebagai langkah mengelakkan hakisan,”tambahnya lagi.
15 Jan 20
912
Kerajaan Negeri Sedia Bantu Bangunkan Pondok Pengajian Islam Darul Iman Di Sabah
KUALA TERENGGANU, 15 Januari - Kerajaan negeri sedia membantu Persatuan Anak Terengganu di Perantauan ( PERANTAU ) yang menetap di Sabah untuk membangunkan Pondok Pengajian Islam Darul Iman bagi membolehkan anak-anak Sabah mendapat tarbiyah Islamiah.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Yahaya Ali berkata, dalam konteks negeri di bawah bayu itu, bidang pendidikan sangat memerlukan perhatian yang sewajarnya.“Alhamdulillah, saya diberi peluang membuat satu lawatan ke satu projek PERANTAU Sabah yang mana mereka membina satu pondok yang akan menempatkan pelajar khususnya di kalangan anak-anak tempatan.“Insya Allah kita akan gerakkan usaha untuk membantu pondok ini agar dapat disiapkan (segera),” jelasnya.Beliau berkata demikian ketika berkunjung ke pondok tersebut, di Sabah, pada semalam.Menurutnya, tempat tersebut akan memberi peluang kepada anak-anak tempatan untuk mempelajari ilmu agama dengan lebih teratur termasuklah pengajian kitab taurah. “Ini penting oleh kerana ia sebahagian daripada tradisi pendekatan pengajian ilmu dan kita harap akan mengembangkan kekuatan Islam di bumi Sabah ini,” ujar beliau.Sementara itu, Pengetua pondok tersebut, Abdul Malik Hitam berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu atas lawatan ke pondok itu.Jelas Malik, Pondok Pengajian Islam Darul Iman merupakan pondok angkat negeri Terengganu yang mana sebelum ini telah dibuat perjanjian di antara dua negeri tersebut.“Kita mahu mengembangkan ilmu agama di kalangan penduduk-penduduk setempat “Kita berharap agar jihad ilmu ini akan berkembang dan seterusnya dapat memberikan dan menjadi Islam sebagai perjuangan serta seterusnya mempertahankan agama ini di bumi Sabah ini,” tambah beliau.
15 Jan 20
522
Terengganu Jangka Terima Wang Royalti RM700 Juta Mac Depan
KUALA TERENGGANU, 16 Januari- Terengganu dijangka memperoleh bayaran wang tunai petroleum sekurang-kurangnya RM700 juta pada bulan Mac depan.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bayaran itu adalah perolehan pertama bagi tahun ini. Katanya, bayaran wang royalti minyak dibuat sebanyak dua kali setahun iaitu pada bulan Mac dan September, ia dibayar separuh-separuh.“Apa yang akan diterima itu nanti adalah kiraan kasar sebelum pemotongan hutang sebanyak 25 peratus."Oleh itu kita jangka bulan Mac nanti tanpa pemotongan kita dapat dalam RM700 juta," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, di sini, semalam.
15 Jan 20
34
THT Berpesta Gol ‘Ratah’ Kedah
Foto Ihsan - MHL.KUALA LUMPUR, 15 Januari - Pasukan Hoki Terengganu (THT) berpesta gol membelasah Kedah/Nurinsafi HT 8-2 dalam saingan TNB Liga Hoki Malaysia (MHL) di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil yang berakhir sebentar tadi.THT yang masih segar dengan kejayaan besar menumpaskan TNB Thunderbolts 5-0 tempoh hari turun dengan skuad utama bagi meraih kemenangan kedua berturut-turut.Walau bagaimanapun, THT dikejutkan dengan jaringan awal Kedah/Nurinsafi pada minit ke-3 perlawanan menerusi Muhammad Azfar Yaqoob yang bijak memanfaatkan peluang di hadapan pintu gol THT.Tersentak dengan gol tersebut, THT melancarkan serangan bertali arus ke kubu Pasukan Hoki Kedah/Nurinsafi, hasilnya Muhammad Rashid Baharom menyamakan kedudukan pada minit ke-5.Dua minit kemudian, THT sekali lagi mengganas apabila Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran menghasilkan gol padang untuk meletakkan THT memimpin perlawanan.Faizal melakukan gerakan menarik sebelum mengganas dengan jaringan ketujuh.Permainan terus berlangsung rancak apabila pada minit ke-7 pemain Kedah/Nurinsafi, Nur Rahull Hrsikesa Thaitchana Muruthi menyamakan kedudukan juga menerusi jaringan padang.THT yang tercabar dengan jaringan tersebut memperkemaskan jentera pasukan dan serangan untuk terus melancarkan beberapa serangan merbahaya.Hasilnya, pada minit ke-21, THT dihadiahkan pukulan sudut penalti dan peluang itu tidak disia-siakan pemain import kelahiran Korea Selatan, Jung Manjae untuk meledak gol ketiga pasukan. Pada minit ke-29, THT terus melebarkan jaringan apabila Faizal Saari menambah gol keempat sebelum Muhammad Sufi Ismat Mrrohulamin menjadikan kedudukan 5-2 berpihak THT pada minit ke-36.Pasukan Hoki Kedah/Nurinsafi yang dibarisi gaungan pemain baharu dan lama jelas tidak mendapat belas kasihan pasukan THT apabila menambah jaringan keenam menerusi penyudah Muhammad Azri Hassan pada minit ke-42.Fitri Saari (dua dari kiri) cemerlang memimpin pasukan untuk kemenangan kedua.Lima minit berselang, hasil gerakan cantik, Faizal Saari sekali lagi menambah derita Kedah/Nurinsafi dengan jaringan ketujuh.Sebelum jaringan padang Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran melengkapkan derita pasukan utara itu empat minit sebelum perlawanan tamat.
15 Jan 20
284
MB Dan Exco Sertai Program ‘Cakna Kesihatan Anda’
MB membuat pemeriksaan kesihatan dalam Program 'Cakna Kesihatan Anda' anjuran HSNZ Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU, 15 Januari - Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri menjalani pemeriksaan kesihatan sempena Program ‘Cakna Kesihatan Anda’ anjuran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Wisma Darul Iman di sini hari ini.Tidak kurang dari 10 kakitangan hospital berkenaan dari pelbagai unit terbabit dengan program tersebut.Tujuan program itu ialah supaya kepimpinan kerajaan negeri dan rakyat sentiasa prihatin dengan kesihatan masing-masing agar warga Terengganu mempunyai kesihatan yang baik.Dr Mamad Puteh turut membuat pemeriksaan kesihatan dalam Program "Cakna Kesihatan Anda' anjuran HSNZ Kuala Terengganu.Program itu juga bertujuan mengawal penyakit berjangkit dan mengenalpasti penyakit berbahaya sejak dari awal.Ia merupakan pemeriksaan biasa termasuk ujian dan tekanan darah, jantung dan pernafasan.
14 Jan 20
108
Virus Influenza, Penduduk Terengganu Perlu Berwaspada - MB
KUALA TERENGGANU, 15 Januari- Orang ramai terutama warga emas, kanak-kanak dan mereka yang dikategorikan berisiko tinggi dijangkiti virus influenza dinasihatkan supaya sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata mereka perlu kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau ‘hand sanitizer’, mengamalkan adab batuk yang baik dan cara hidup sihat.Tambahnya, bagi mereka yang mempunyai gejala-gejala jangkitan dinasihatkan untuk melaksanakan beberapa langkah antaranya tidak pergi ke tempat tumpuan ramai, sebaliknya berehat di rumah.“Sekiranya perlu ke tempat awam, mereka dinasihatkan untuk memakai penutup hidung dan mulut dengan betul bagi mengelakkan penularan jangkitan melalui titisan pernafasan,”katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Ahli-ahli Majlis Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.Ahmad Samsuri turut memberitahu bahawa beliau percaya Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah mengambil langkah awal dan meningkatkan pemantauan berkaitan penyakit itu terutama membabitkan pelajar sekolah dan mereka yang berisiko tinggi.“Pada masa sama jabatan itu perlu memandang serius penyebaran berita mengenai peningkatan kes penularan jangkitan influenza yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini,”katanya.Dalam laporan berita Teganukita.net sebelum ini sembilan kes jangkitan virus influenza direkodkan di Terengganu membabitkan pesakit berusia antara tiga hingga 38 tahun.Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Noor Azimi Yunus berkata, kes direkodkan pada 5 dan 7 Januari lalu.Katanya, mangsa daripada dua keluarga berbeza di Setiu walaubagaimanapun semua pesakit hanya dirawat di klinik swasta.“Daripada sembilan kes itu, lima kes positif Influenza A dan tiga kes positif Influenza B.“Keadaan semua kes adalah stabil dan dalam keadaan terkawal. JKNT dengan kerjasama Pejabat Daerah Setiu akan terus memantau kejadian ini,” katanya dalam kenyataan itu.
14 Jan 20
37
Kerajaan Negeri Sasar RM1.6 Juta Dana 'Terengganu For Yaman'
Wan Sukairi (tengah) di sidang media di pejabatnya hari ini.KUALA TERENGGANU, 14 Januari - Kerajaan Terengganu melalui Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT) menyasarkan RM1.6 juta untuk Tabung Terengganu For Yaman.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukari Wan Abdullah berkata, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato' Yahaya Ali dijangka akan melancarkan tabung tersebut di Dewan Teater Wisma Darul Iman pada 21 Januari ini."Kempen yang kita sasarkan ini akan bergerak selama sebulan lebih dan kita akan membuat majlis penyerahan dana kepada Tabung Terengganu For Yaman ini dan akan disaksikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada 22 Februari nanti.Beberapa NGO sedang bermesyuarat dengan Ustaz Wan Sukairi (empat dari kiri) di Wisma Darul Iman."Manakala target kami pada 7 Mac nanti, kita akan melancarkan misi kemanusiaan ke Yaman," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di pejabatnya di Wisma Darul Iman di sini hari ini.Katanya, kerajaan negeri akan menyasarkan kempen-kempen seperti Tabung Kemiskinan Rakyat Yaman, Kempen Pendidikan Rakyat Yaman, Kempen Perubatan Rakyat Yaman, Kempen Peralatan Perubatan Untuk Hospital-hospital Yaman dan Kempen Tabung Tangki Air Untuk Kem-kem Pelarian Yaman.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata, misi ini akan diketuai oleh UBSNT dan NGO negeri dengan kerjasama Yaman Care, sebuah NGO yang telah beberapa kali melakukan misi di negara Yaman dan ia merupakan misi mereka yang keempat."Kali ini kami mengambil kesempatan untuk bekerjasama dengan mereka untuk mengutip satu jumlah yang kita sasarkan dalam mesyuarat tadi iaitu sebanyak RM1.6 juta."Jadi semua projek itu kita sasarkan untuk pelarian di Yaman RM1.6 juta. Kita harap kerjasama UBSNT akan menggerakkan kutipan melalui semua Terengganu Volunteers (T-VOLT) di seluruh daerah, pasar-pasar malam dan di tempat tumpuan awam," ujarnya.Di samping itu katanya, UBSNT juga berkolaborasi dengan agensi-agensi seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Tererengganu (JHEAT) untuk tujuan tersebut.Justeru, kerajaan negeri akan mengadakan majlis-majlis penerangan di masjid-masjid dan surau-surau seluruh negeri sekali gus mengadakan kutipan dana untuk membantu rakyat Yaman."Ini adalah misi yang pertama di bawah unit NGO di bawah UBSNT dan sekiranya misi ini berjaya, kita akan mengadakan misi yang sama untuk tujuan yang berbeza pula di masa akan datang."Atas nama kemanusiaan, atas nama saudara sesama Islam, saya menyeru kepada seluruh rakyat Terengganu pelbagai bangsa, keturunan dan kaum agar sama-sama kita mendokong misi kemanusiaan Terengganu For Yaman yang akan dilancarkan."Kita sama-sama mengutip dana bagi menyampaikan sumbangan kepada masyarakat dan rakyat Yaman yang terkesan dengan apa yang berlaku kepada mereka dalam tempoh lima tahun yang lepas," ujarnya lagi.Menurutnya, sehingga kini tidak kurang daripada puluhan juta rakyat Yaman berada dalam keadaan terkesan, kemiskinan begitu ketara dan mendiami kem-kem pelarian di bumi sendiri akibat daripada peperangan saudara yang berlaku di negara mereka."Atas nama Kerajaan Terengganu, saya menyeru sekali lagi kepada seluruh rakyat Terengganu agar ayuh bersama-sama kami NGO serta agensi-agensi yang lain di seluruh negeri untuk menyumbang kepada tabung kemanusiaan Terengganu For Yaman ini," tambahnya.
14 Jan 20
223