Artikel "Utama" Terkini
Masalah Bekalan Baja Padi Dalam Perhatian NAFAS, LPP
Dr Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinBESUT, 19 Januari – Masalah bekalan baja padi yang dibangkitkan para pesawah sudah diberi perhatian dan berada dalam perhatian Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) serta Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk tindakan segera.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, permasalahan yang sudah berlarutan selama dua musim berturut-turut itu berlaku kerana proses bekalan Skim Bantuan Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBBPKP) tidak berjalan dengan lancar.Katanya, IADA Ketara merupakan antara kawasan yang agak terjejas dengan isu tersebut dan menyebabkan penanam padi berdepan masalah lain.“Padi di Kawasan Besut sudah perlu ditabur baja untuk kali yang pertama. Pesawah masih menunggu bekalan baja yang masih tak kunjung tiba.“Semoga pihak NAFAS dapat menyelesaikan isu berkaitan seberapa segera dan bekalan baja sampai kepada pesawah kita,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi menegaskan, kepentingan dan bebanan yang ditanggung para petani sentiasa menjadi keutamaan pihaknya.“Berhadapan dengan isu ini, kepentingan petani adalah keutamaan kita. Saya juga telah panjangkan isu ini kepada pihak LPP supaya proses tindakan lanjut dapat dijalankan dengan segera.“Kerajaan negeri sentiasa bersedia untuk bersama membantu apa yang perlu demi manfaat rakyat kita, kita akan cuba usahakan sebaik mungkin apa yang terdaya,” tambah beliau.Untuk rekod SBPKP adalah bantuan yang diberi oleh kerajaan kepada penanam padi yang bertujuan meringankan kos ditanggung pesawah dalam penanaman padi.Dalam masa yang sama ia dijangka mampu memastikan kelestarian pengeluaran padi dan beras negara.Dari sudut pengurusan SBPKP, LPP sebagai agensi pelaksana sentiasa memantau kesemua 198 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang berperanan sebagai pengedar baja subsidi agar mematuhi manual pelaksanaan atau pun prosedur operasi standard (SOP) SBPKP.
18 Jan 20
165
Mayat Pertama Penuntut PSMZA Ditemui
Oleh: Nooreni Abu Bakar/ Foto: Ehsan BombaDUNGUN, 19 Januari –Mayat pertama kes lemas membabitkan empat penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang dilaporkan hilang dihanyutkan ombak ketika mandi-manda di Pantai Teluk Bidara, di sini Jumaat lalu, berjaya ditemui.Mangsa Muhammad Zul Fahmi Zuki,21, yang berasal dari Kemaman ditemukan orang awam dalam keadaan terdampar di pesisir pantai berdekatan Pusat Peranginan Mayang Sari kira-kira 7.30 pagi ini.Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah mengesahkan perkembangan itu.Ketika ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan bagi mencari tiga lagi mangsa yang dikenali sebagai Muhamad Luqman Hakim Al Rasyid Mohamed Sabarudin, Muhammad Zul Fahmi Zuki, Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan dan Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee.
18 Jan 20
50
Larian Ultron Catat ‘Malaysia Book Of Records’
Peserta kanak-kanak turut mencuri tumpuan dalam acara larian tahun baharu.KUALA TERENGGANU, 18 Januari - Penganjuran Larian Tahun Baharu 2020 Ultron di sini hari ini, turut disenaraikan dalam Malaysia Book of Records (MBOR).Program julung-julung kalinya diadakan di Dataran Drawbridge itu tersenarai sebagai penyertaan acara larian serentak tertinggi yang melibatkan sembilan buah negeri di seluruh Malaysia.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi sokongan terhadap penganjuran program sukan selagi mana ia berjalan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan.“Sebagaimana kita sedia maklum, Terengganu merupakan negeri yang cukup kuat dalam pelbagai jenis sukan, melalui program ini sudah pasti ia mampu memberi kelebihan pada kita untuk terus kuasai bidang ini.“Sementara itu, aktiviti ini bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan kecergasan tetapi turut mencetuskan suasana harmoni dalam masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada para pemenang.Wan Sukairi Wan Abdullah.Mengulas tentang garis panduan terbaharu, beliau berkata, perkara itu dijangka akan dirasmi dan dilancarkan dalam masa terdekat oleh Menteri Besar Terengganu.“Ia meliputi semua segmen di Terengganu termasuk sukan, hiburan dan pelancongan,” tambah beliau.Dalam pada itu, seramai 1,325 peserta dari seluruh negeri menyertai acara yang bermula jam 7.00 pagi dan ia juga melibatkan peserta termuda berumur empat tahun serta Orang Kurang Upaya (OKU).Peserta OKU yang menghangatkan lagi program.
18 Jan 20
337
Jaringan Saat Akhir Beri TLHT Kemenangan
Pemain THLT meraikan gol kemenangan.KUALA TERENGGANU, 18 Januari – Jaringan pada saat-saat akhir Fazilla Sylvester Silin memberi tiga mata berharga kepada Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) apabila menumpaskan PDRM Blue Warriors 1-0 sebentar tadi.Gol pada minit ke-60 hasil pukulan sudut penalti itu menjadi pemisah antara kedua-dua pasukan setelah permainan berlangsung sengit di Stadium Hoki Batu Buruk, di sini. Menurut Fazilla, perlawanan hari ini sangat mendebarkan dan dia tidak menyangka dapat menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya. “Kami memang mengharapkan untuk meraih tiga mata penuh di tempat sendiri walaupun kami agak gementar pada mulanya kerana pemain-pemain dalam TLHT agak muda berbanding pasukan PDRM.“Alhamdulillah, kami berjaya capai mata penuh dan memberi tentangan sengit kepada pasukan hebat seperti PDRM,” jelasnya.Sementara itu, Jurulatih TLHT, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim berkata, pasukannya bermain dengan baik apabila mendominasi permainan dan beberapa strategi yang dirancang berjaya dilaksanakan.Jaringan TLHT yang dibatalkan oleh pengadil perlawanan.“Namun, ketumpulan jentera serangan memanfaatkan setiap peluang terhidang menyebabkan kami terpaksa menunggu hingga minit terakhir bagi menjaringkan gol.“Dan Alhamdulillah, kami berjaya juga akhirnya dalam keadaan pasukan lawan dibarisi beberapa pemain kebangsaan, kredit diberikan kepada pemain saya termasuk pemain muda,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan.Dalam perkembangan sama, kapten pasukan, Siti Noor Amarina Ruhani berkata, meraih tiga pada hari ini adalah perkara yang paling mustahak perlu dilakukan oleh TLHT.“Kami sedikit bergelut pada awal permainan’, tetapi usaha yang ditunjukkan daripada keseluruhan pasukan berjaya memberikan kami tiga mata untuk terus mencabar Pasukan Hoki Akademi KL,” jelasnya.Dalam pada itu, ujar pemain tengah TLHT, Tuan Nurhidayah Tuan Ismail, bermain secara berpasukan dan fokus hingga wisel penamat menjadi kunci pasukannya meraih kemenangan.Tuan Nurhidayah (berbaju putih).“Kami juga mendapat tunjuk ajar daripada pemain-pemain senior dan kebangsaan, mereka membantu pemain-pemain baharu dengan baik,” ujarnya.
18 Jan 20
44
Kesedaran Derma Organ Di Terengganu Masih Rendah
Alias Razak.
KUALA TERENGGANU, 18 Januari – Kesedaran menderma organ secara sukarela di negeri Terengganu masih belum berada pada tahap membanggakan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan Dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata, ia berikutan hanya 1.8 peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan rakyat Terengganu yang telah berikrar menderma organ selepas kematian.
Jelasnya, sehingga kini Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) hanya merekodkan sekitar 22,540 pengikrar berbanding lebih 1.2 juta penduduk negeri itu.
“Daripada jumlah itu, seramai 10 orang penderma sahaja telah berjaya mendermakan orang mereka kepada golongan yang memerlukan. Ia melibatkan perndermaan buah pinggang, hati, jantung, paru-paru dan organ-organ lain.
“Apa yang menjadi halangan adalah faktor budaya dan agama yang menganggap bahawa pendermaan organ dan tisu menyalahi hukum sedangkan bagi orang Islam terdapat fatwa yang jelas bahawa perkara itu dibenarkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Karnival Kesihatan 2020 di Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) di sini hari ini.
Walau bagaimapun katanya, beliau yakin kesedaran itu akan meningkat dari semasa ke semasa berikutan sudah ramai yang mula menyedari akan kepentingan pendermaan organ.
“Semoga orang ramai akan terus meningkatkan kesedaran mereka dan mendaftar sebagai penderma organ.
“Kita boleh mendaftar apabila kita meneliti segala aspek dan ilmu pengetahuan serta menolak persepsi negatif yang mengatakan bahawa ia akan memudaratkan kesihatan penderma,” tambah beliau.
18 Jan 20
164
'Kekalkan Kecemerlangan Imtiaz' - Maliaman Kassim
Maliaman Kassim (tengah).KUALA TERENGGANU, 16 Januari - Pelajar Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) seluruh negeri digesa untuk terus mengekalkan rekod serta tradisi kecemerlangan yang telah dicapai sekolah itu sebelum ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Maliaman Kassim berkata, institusi pendidikan menengah itu telah melahirkan ramai tokoh hebat dalam membangunkan masyarakat, negeri dan negara.Ujarnya, kejayaan itu mestilah diteruskan bahkan perlu mencipta lebih banyak kecemerlangan agar ia menjadi contoh kepada institusi-institusi yang lain.“Pelbagai kecemerlangan telah dicipta oleh anak-anak Imtiaz yang bukan sahaja di peringkat negeri dan negara, malahan kita juga berjaya di peringkat antarabangsa.“Perkara ini mesti diteruskan dan kita percaya dengan gabungan pembelajaran akademik serta al-Quran mampu melahirkan teknorat yang juga mahir dalam ilmu agama atau pun profesional yang pakar hadis,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penutup Orientasi Pelajar Tingkatan Satu Sekolah-Sekolah Menengah Imtiaz YT di Dewan SM Imtiaz YT Kuala Terengganu hari ini.Sementara itu, Timbalan Pengarah (Operasi) YT, Mazlan Che Wil yang hadir sama berkata, setakat maklumat yang diperolehinya seramai 3,000 pelajar yang menamatkan pengajian di SM Imtiaz telah berjaya mencipta nama dalam lapangan kerja masing-masing.“Daripada 3,000 pelajar yang kita lahirkan itu, 600 menjadi doktor, 500 jurutera, 500 pendidik atau guru 200 juruterbang, manakala selebihnya berada dalam bidang agama.“Inilah produk yang telah berjaya kita lahirkan daripada SM Imtiaz ini, jadi yang berada di Imtiaz hari ini adalah bakal peneraju masa depan negeri dan negara,” tambah beliau.Dalam majlis berkenaan, seramai 620 pelajar tingkatan satu telah berjaya menamatkan orientasi yang bertujuan untuk memberi suntikan motivasi selain mengintegrasikan mereka daripada pelbagai sudut imtiaz.
17 Jan 20
493
Terengganu Sasar Halalkan ‘Tanah Haram’ Petani
Dr Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 18 januari – Kerajaan terengganu terus komited membantu para petani untuk menghalalkan tanah tanaman padi yang berstatus tanah haram. Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, sebelum menjelang akhir tahun 2020 petani yang tidak layak mendapat skim bantuan subsidi baja, racun dan benih kerana tanah berstatus haram akan diberi perhatian.Jelasnya, status tanah halal atau mempunyai hak milik dijangka mampu meningkatkan hasil dan pendapatan para petani apabila memperolehi banyak keistimewaan.“Tanah padi haram perlu diubah status menjadi halal iaitu dengan pemberian geran hak milik atau paling kurang Lesen Menduduki Sementara (LMS). Memiliki LMS sudah melayakkan pesawah mendapat skim bantuan subsidi yang dimaksudkan.“Benih, baja dan racun padi semuanya di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan. Kita kerajaan negeri hanya bantu sebagai pemudahcara antara bahagian Industri Asas Tani (MOA) dengan rakyat kita,” katanya dalam satu kenyataan semalam.Dalam pada itu, beliau bersyukur kerana sasaran untuk menyelesaikan status tanah padi haram pada tahun lepas di baruh gong machang dan gong telikong besut telah tercapai hasil kerja keras semua pihak. “Saya menyeru kepada semua yang masih mengusahakan tanah haram dengan tanaman padi untuk tampil ke pejabat tanah daerah di mana lokasi tanah tersebut berada. Isi borang jadual 1 permohonan tanah atau isi borang permohonan LMS.“Untuk tanah padi keluasan maksimun yang boleh dimohon ialah dua ekar. Walaupun mengusahakan tanah kerajaan secara haram.“Kerajaan bukan mahu mengambil tindakan undang-undang tetapi kita mahu bantu supaya yang haram jadi halal,” jelasnya lagi.
17 Jan 20
293
Graduan Diseru Jadikan Pertanian Sebagai Kerjaya
KUALA TERENGGANU, 17 Januari - Jabatan Pertanian Terengganu disaran melipat gandakan usaha agar sektor pertanian menjadi pilihan kepada para graduan, sebagai kerjaya yang menghasilkan pulangan lumayan.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Dato' Yahaya Ali berkata, kerajaan negeri melihat pertanian menjadi sektor yang diminati oleh rakyat negeri khususnya golongan muda termasuk kalangan lepasan pusat pengajian tinggi."Yang mana bidang pertanian itu boleh menjadi kerjaya dalam kehidupan mereka," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media selepas lawatan kerja ke dua projek iaitu fertigasi tanaman cili di Jambu Bongkok dan tanaman kelapa di Batu Putih semalam.Turut hadir , Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Kemudahan Awam Utiliti dan Teknologi Hijau negeri, Ir Saiful Azmi Suhaili dan Timbalan Pengerusi ll Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ab.Razak Ibrahim.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi, ADUN Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, ADUN Bandar, Ahmad Shah Mohamed, ADUN Ajil Maliaman Kassim dan Pengerusi Mawaddah Negeri Terengganu, To' Puan Zarani Othman.Tambah Yahaya lagi, beliau juga berharap sektor pertanian akan menjadi sektor yang semakin penting dalam konteks pertumbuhan ekonomi di negeri Terengganu.Menurutnya, tujuan lawatan pada kali ini adalah untuk membuat tinjaun secara langsung (first hand) apa yang telah dan sedang berlaku berkenaan projek pertanian di negeri Terengganu."Kita lihat projek fertigasi di Jambu Bongkok yang mana usahawan berkenaan dari segi hasilnya mendapat hampir jutaan ringgit."Nak mengambarkan bahawa projek pertanian sekiranya diberikan tumpuan yang khusus dengan menggunakan teknologi moden dan juga kemudahan infra yang sepatutnya, akan mendapat hasil" jelas beliau.Dalam pada, beliau berharap pihak Jabatan Pertanian dengan bantuan peruntukan samada kerajaan negeri ataupun pusat akan memberi fokus yang khusus kepada projek pertanian agar ia dapat menghasilkan usahawan yang berjaya."Zaman sekarang ini ramai lepasan universiti yang menganggur dan mereka sedang mencari-cari peluang pekerjaan yang mereka boleh dapat."Pokoknya mereka perlu mengubah minda mereka supaya tidak lagi fikir bila keluar dari pusat pengajian tinggi nak kerja kerajaan, makan gaji."Sedangkan peluang mereka dalam bidang pertanian ini cukup besar dan mendatangkan pulangan yang lebih baik," tambah beliau.
17 Jan 20
59
Empat Pelajar Politeknik DiKhuatiri Lemas
Foto Ehsan GoogleOleh : Nooreni Abu Bakar DUNGUN, 17 Januari - Empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun dikhuatiri lemas ketika mandi di pantai Teluk Bidara, Dungun, hari ini.Pegawai Petugas Pusat Gerakan Operasi ( PGO), Mohamad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam lebih kurang pada jam 6.30 petang. "Pasukan bomba tiba di tempat kejadian lebih kurang pada jam 6.40 petang dan maklumat yang diterima daripada orang awam seramai enam pelajar sedang mandi dan disyaki empat daripadanya lemas."Keadaan ombak besar menyulitkan bomba untuk menjalankan operasi mencari dan kita terus berusaha menjalankan pencarian di persisir pantai, "katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan petang tadi. Mereka yang terlibat ialah Muhamad Luqman Hakim Al Rasyid Mohamed Sabarudin, Muhammad Zul Fahmi Zuki, Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan dan Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee.Tambah Mohammad Azrul, usaha mencari oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dungun juga dibantu oleh BBP Chukai di lokasi kejadian. "Ianya melibatkan 14 anggota Bomba dan Penyelamat dengan menggunakan kenderaan satu Water Tender, sebuah Emergency Medical Retrieval Service' (ERMS), dua utiliti dan sebuah Amphibious Rigid Inflatable Boat (ARIB) ," katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, 30 anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam APM menjalankan gerakan mencari dan menyelamat.
17 Jan 20
61
Ustaz Azhar Idrus Berkuliah Seperti Biasa
Ustaz Ridzuan (kanan) menemui UAI di rumah beliau.Oleh: Mohd Haniff AbasKUALA TERENGGANU, 16 Januari - Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI kini semakin pulih dan telah menyampaikan kuliah agama seperti biasa.Beliau yang memulakan kuliah pertamanya pada 10 Januari lalu di Surau Kampung Pak Tuyu, Gong Badak, Kuala Nerus antara lain untuk menguji keadaan tulang rahang yang turut cedera dalam kemalangan basikal ketika menyertai kayuhan santai di sini pada 4 November tahun lalu.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Ridzuan Hashim berkata, pendakwah sejuta ummat itu kini semakin sihat dan sedang menjalani rawatan fisioterapi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Hadiah kenang=kenangan dari Ustaz Ridzuan kepada UAIBeliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas selesai menziarahi UAI di kediamannya bersama-sama kakitangan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading petang semalam.“Malam ini (semalam) beliau akan berkuliah di Masjid Pengadang Baru, kuliah keempat selepas kemalangan tersebut yang membuktikan tulang rahang sudah semakin pulih untuk bercakap lama,” Ujar beliau.Ustaz Ridzuan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buluh Gading berdoa agar UAI cepat sembuh sepenuhnya dan dapat menyampaikan kuliah seperti biasa.
16 Jan 20
1163