lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Kekalahan PH di Kimanis 'Signal' Penolakan Rakyat
Dr Mohd Khairuddin (dua dari kiri) bersama rakyat di warung hadapan Pondok Polis Seberang Takir Kuala Nerus.Oleh: Nizam at-TakiriKUALA NERUS, 20 Disember – Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan raya Kecil (PRK) di Parlimen P176 Kimanis, Sabah disifatkan sebagai satu ‘signal’ penolakan rakyat terhadap kerajaan parti itu.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, keputusan PRK Kimanis yang memihak kepada Barisan Nasional (BN) menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menolak kerajaan baru PH termasuk Parti Warisan Sabah (WARISAN). Katanya, rakyat Malaysia mengharapkan satu ‘platform’ politik yang boleh menjamin kestabilan politik di Malaysia.Menurut beliau, politik adalah satu medium untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan hanya berpolitik demi parti sendiri serta berdendam kepada parti lain.“PRK Kimanis satu lagi pilihan raya yang menunjukkan kuasa rakyat Malaysia menolak kerajaan baru PH termasuk WARISAN.“Rakyat Malaysia mengharapkan satu wadah politik yang boleh menjamin kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan berkebajikan. Politik untuk rakyat, bukan hanya berpolitik demi parti sendiri dan dendam kepada parti lain,” kata beliau dalam status facebooknya kelmarin.Dalam pilihan raya tersebut pada Sabtu, calon BN, Datuk Mohamad Alamin telah mencatatkan kemenangan bergaya dengan memperoleh 12,706 undi.Sementara calon WARISAN, Datuk Karim Bujang hanya memperoleh 10, 677 dengan majoriti 2,029 undi.PRK Kimanis adalah PRK kelima peringkat Parlimen diadakan selepas Pilihanraya Umum (PRU) ke-14.
19 Jan 20
47
Empty Image
Pendaftaran Pelajar Baru SMIDI Terengganu Berjalan Lancar
Ibu bapa sedang mendaftarkan anak-anak  mereka di SMIDI Bandar Al-Muktafi Billah Shah Dungun hari ini.DUNGUN, 19 Januari - Pendaftaran pelajar baharu Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) hari ini berjalan lancar dengan seramai 70 orang pelajar telah berdaftar di sekolah berkenaan.Penolong Kanan Pesuruhjaya Pengurusan Akademik Bahagian Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT), To' Puan Aida Tengah berkata, selepas cuti hari raya Cina nanti seramai 30 pelajar rayuan akan diberi tawaran untuk melengkap 100 pelajar mengikuti persekolahan di sekolah elit itu."Kita (Kerajaan Negeri) akan membuka empat kelas dengan kapasiti 25 orang pelajar setiap kelas, sesuai sesi pengajaran dan pembelajaran di mana jumlah pelajar yang berada dalam kelas itu tidak ramai bertepatan dengan 'standard' yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).To' Puan Aida Tengah"Hari ini para pelajar akan ditempatkan di asrama dan SMIDI adalah sekolah berasrama penuh dan sekolah elit sekaligus yang pertama diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu sebagai menunaikan manifesto kerajaan," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Media Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Majlis Pendaftaran Tingkatan 1 di Dewan Besar sekolah berkenaan di Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini hari ini.Turut hadir di sidang media itu, Pengetua SMIDI, Wan Mohd Noor Wan Ismail.Seorang ibu mengiringi anaknya ke Dewan Pendaftaran SMIDI Bandar Al-Muktafi Billah Shah Dungun hari ini.Aida seterusnya berkata, seramai 18 orang guru berpengalaman bertugas di situ mengikut Kurikulum Bersepadu Dini (KBD).Serentak itu beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri di atas penubuhan SMIDI yang disifatkan memberi nilai tambah kepada anak-anak pelajar Terengganu untuk menempatkan diri di sekolah agama seterusnya belajar ilmu agama dengan menggunakan kitab Turath yang terkandung dalam KBD.Selain dari itu katanya, anak-anak berkenaan juga didedahkan dengan pelajaran menghafaz Al-Quran sebanyak 30 Juzu' dengan persekitaran yang sangat sesuai untuk mereka berbuat demikian.Ibu bapa dan pelajar mengaminkan doa pembukaan Majlis Pedaftaran Tingkatan 1 SMIDI."Faktor kedua adalah apabila pelajar tersebut ditempatkan di asrama penuh, mereka mempunyai masa yang sangat panjang untuk menghafaz Al-Quran dan rasanya tidak ada masalah untuk anak-anak ini berbuat demikian."Selain daripada itu guru-guru yang dibekalkan di sini adalah guru-guru yang kebanyakannya yang berpengalaman," ujarnya.Katanya, JHEAT memberi tanggungjawab kepada Cikgu Wan Mohd Noor sebagai Pengetua yang mempunyai pengalaman luas dan bertugas selama 20 tahun dengan jabatan itu.Wan Mohd Noor Wan Ismail"Beliau merupakan seorang yang sangat komited memajukan SMIDI ini untuk berada di tahap yang lebih baik dan memberi kemudahan yang terbaik kepada anak-anak pelajar."Jadi Jabatan sangat berharap dan mengalu-alukan serta berterima kasih kepada kesudian Wan Mohd Noor untuk memikul tanggungjawab ini untuk berada di SMIDI dan melancarkan program pendaftaran bermula pada hari ini, mentadbir guru-guru serta perjalanan SMIDI, mengendalikan hala tuju SMIDI sampai kepada Pengetua yang kekal akan datang," ujarnya lagi.
19 Jan 20
3278
Empty Image
'Terima Kasih Rakyat Malaysia'- Zamzuri
Zamzuri (kanan) menerima sumbangan barangan keperluan yang disampaikan Hanafiah dalam kunjungan, semalam.SETIU, 19 Januari- “Terima kasih semua, memang prihatinlah rakyat Malaysia ini.”Begitu kata Zamzuri Ahmad, 38, bapa kepada Muhammad Zhafran Amsyar, 1, yang menghidap penyakit uluran atau angin pasang (Hernia), masalah hati kronik (Biliary Atresia), jantung berlubang dan turut mengalami masalah hempedu.Jelasnya, selepas tular cerita tentang anak sulungnya di media sosial dan media perdana, beliau tidak putus-putus menerima panggilan daripada masyarakat yang ingin membantu.“Saya hendak kumpul kos sebanyak RM250,000 memang tidak mampu, hanya mengharapkan jasa baik orang ramai yang membantu.“Ramai yang telefon, daripada pelbagai bangsa bertanya keadaan Amsyar dan menyumbang, rakyat Malaysia memang betul-betul prihatin. Saya terharu menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia ini,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) sewaktu menerima kunjungan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat bersama wakil daripada Tabung Darul Iman (TDI) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di kediamannya di Kampung Buluh Hilir, di sini, semalam.Zamzuri turut mengambil kesempatan memperbetulkan salah faham tentang statusnya yang dikatakan telah berhenti kerja dengan menyatakan, dia kini masih berkerja di sebuah kilang di Kampung Saujana, Setiu.“Saya masih bekerja, tetapi sering bercuti untuk membawa Amsyar  mendapatkan rawatan."Alhamdulillah, majikan fahamlah apabila kita telefon maklumkan, dia minta saya utamakan anak dahulu,” jelasnya.Dalam kunjungan tersebut, kerajaan negeri memutuskan untuk membantu keluarga berkenaan dengan melancarkan tabung bantuan melalui Malayan Banking Berhad (Maybank) dan Bank Simpanan Nasional (BSN).Hanafiah memaklumkan, adik Amsyar akan dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dalam masa terdekat untuk mengesahkan tarikh pembedahannya.“JKM juga telah bersetuju menyalurkan bantuan bulanan sebanyak RM350 bermula Januari ini kepada adik Amsyar disamping beberapa barangan keperluan segera.“Kita juga akan lihat berapa jumlah kutipan keseluruhan tabung-tabung yang dilancarkan dan TDI akan berusaha untuk mencukupkan jumlah yang diperlukan,” katanya.
19 Jan 20
102
Empty Image
Kerajaan Negeri Cari Jalan Bantu Amsyar, Seru Rakyat Turut Menyumbang
Hanafiah bertanyakan tentang Amsyar kepada bapanya, Zamzuri Ahmad (kanan).SETIU, 19 Januari- Kerajaan negeri akan berusaha membantu adik Muhammad Zhafran Amsyar Zamzuri, 1, bagi membolehkan anak kecil itu mendapatkan rawatan segera bagi mengubati penyakitnya.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, Tabung Darul Iman (TDI) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan mencari jalan untuk menyediakan peruntukan bagi meringankan kos rawatan sebanyak RM250,000 yang diperlukan keluarga itu.“Hari ini, saya bersama Pengarah JKM Terengganu, Zuhami Omar dan wakil TDI datang ke sini serta memutuskan adik Amsyar akan dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mengesahkan tarikh pembedahannya. Hanafiah cuba melihat keadaan Amsyar sambil diperhatikan Zuhami (kiri).“JKM juga telah bersetuju menyalurkan bantuan bulanan sebanyak RM350 bermula Januari ini kepada adik Amsyar disamping beberapa barangan keperluan segera,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di rumah keluarga berkenaan di Kampung Buluh Hilir, semalam.Amsyar, yang menghidapi penyakit uluran atau angin pasang (Hernia), masalah hati kronik (Biliary Atresia), jantung berlubang dan turut mengalami masalah hempedu dinasihatkan doktor yang merawatnya dari PPUM untuk menjalani pembedahan samada di India atau China.  Bantuan segera berupa barang keperluan disampaikan kepada Zamzuri. Hanafiah juga menyeru orang ramai khususnya rakyat Terengganu dan amnya Malaysia untuk turut menghulurkan sumbangan kepada adik Amsyar.“Sekarang ini kita telah lancarkan tabung bantuan melalui Malayan Banking Berhad (Maybank) dan sudah ada jumlah tertentu yang telah diperolehi.“Dalam masa terdekat, kita akan lancarkan tabung melalui Bank SImpanan Nasional (BSN) dan kita akan lihat berapa jumlah kutipan keseluruhan. TDI akan cuba mencukupkan jumlah yang diperlukan,” katanya.Bagi yang ingin membantu, boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank atas nama:Zamzuri AhmadNo. Akaun: 163046541443Beliau boleh dihubungi di nombor talian: 0111-6816897
19 Jan 20
71
Empty Image
Awasi Keselamatan, Peka Kawasan Berisiko Lemas
Orang ramai dinasihat agar tidak terpedaya dengan ombak yang kelihatan tenang.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 19 Januari - Orang ramai termasuk pengunjung yang bercuti di Terengganu dinasihatkan agar berhati-hati dan mengelakkan diri daripada menghampiri kawasan berisiko tinggi berlakunya lemas.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, suasana dan keadaan cuaca di negeri itu masih belum stabil dan berada dalam tempoh ‘edah’ musim tengkujuh.Katanya, ombak yang beralun tenang di permukaan laut bukanlah petanda pantai itu selamat untuk aktiviti mandi-manda kerana terdapat beberapa faktor yang boleh mengancam keselamatan pengunjung.“Keluarga yang balik bercuti di Terengganu terutamanya pada cuti Tahun Baharu Cina nanti perlu berhati-hati, sebarang aktiviti atau program seperti kem motivasi di tepi pantai, perkelahan keluarga perlu dihentikan sementara.“Musim tengkujuh di pantai timur belum berakhir walaupun laut nampak tenang, ombak besar boleh datang tanpa dijangka. Ia boleh menjadi perangkap maut kepada pengunjung.“Walaupun sekadar berada di gigi air, kuasa tarikannya boleh mengheret mangsa ke dalam laut dan merisikokan berlaku lemas sehingga meragut nyawa,” jelasnya dalam satu kenyataan semalam.Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun berkata, kesemua aktiviti tersebut boleh dilakukan kembali sebaik sahaja peralihan Monsun Timur Laut (MTL) berakhir.“Biasanya bulan Mac barulah edah musim tengkujuh berakhir. Aktiviti laut dan air terjun boleh diteruskan macam biasa namun ia juga memerlukan pengawasan. “Memang malang tidak berbau tetapi jangan kita sengaja mencari malang, pekalah terhadap sebarang kemungkinan” katanya.Pada Jumaat lepas, Terengganu dikejutkan dengan kejadian empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun dikhuatiri lemas selepas ditarik ombak semasa mandi di pantai Teluk Bidara, Dungun. Manakala seminggu sebelum itu, dua pelajar Universiti Teknologi MARA Cawangan Chendering lemas di Pantai Pandak.
19 Jan 20
119
Empty Image
Ibu Muhammad Ikhwan Reda Pemergian Anak
KUALA TERENGGANU, 19 Januari- Walaupun masih terkejut dengan kejadian menimpa anak kami, namun saya reda dengan ketentuan Ilahi," kata Noriah Othman, 52, ibu kepada salah seorang mangsa lemas di Pantai Teluk Bidara.Anaknya Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21, penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) ditemui dalam jarak lapan kilometer dari Pantai Teluk Bidara kira-kira pukul 11.35 pagi tadi.Noriah berkata, jenazah anak ketiga daripada empat beradik itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Surau An Nur Mengabang Tengah, disini selepas solat Asar sebaik selesai bedah siasat dijalankan Unit Forensik di Hospital Dungun.Menurutnya, dia hanya mengetahui mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu selepas Maghrib malam kelmarin setelah dimaklumkan rakan Politeknik arwah kepada suaminya, Ahmad Azhan Abdul Hamid, 53.“Selepas mendapat berita tersebut, kami sekeluarga terus bergegas ke lokasi kejadian,” ujarnya kepada pemberita Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui dirumahnya, hari ini.Menceritakan lanjut, Noriah berkata, arwah Ikhwan tidak menunjukkan sebarang petanda pelik sebelum meninggalkan mereka sekeluarga buat selamanya.“Cuma sejam sebelum kejadian, saya ada menelefonnya dan dia begitu bersungguh-sungguh meminta kami sekeluarga melawatnya di Politeknik pada hari Sabtu (semalam), dan saya tidak sangka itu adalah permintaan terakhirnya,” ujar Noriah.Terdahulu,empat pelajar PSMZA dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan.Mohamad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin, 21, dari Kuantan; Muhammad Zul Fahmi Zuki, 21, dari Kemaman; Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan dari Kuala Terengganu dan Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee dari Melaka, dikatakan mandi di pantai terbabit kira-kira jam 6 petang pada hari Jumaat baru-baru ini.
19 Jan 20
327
Empty Image
Mayat Mangsa Lemas Terakhir Ditemui
Oleh : Nooreni Abu BakarDUNGUN, 19 Januari - Mangsa terakhir tragedi empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun lemas ketika mandi di Pantai Teluk Bidara  di sini, ditemui petang ini.Mayat Mohamad Amir Izzudin  Zulkiflee, 21, dijumpai di Muara Sungai Kuala Dungun pada jam 3.10 minit petang tadi iaitu hampir dua hari dilaporkan hilang dibawa arus ombak.Allahyarham Amir Izzudin yang berasal  di Melaka telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Besar Dungun untuk dibedah siasat dan pengurusan jenazah sebelum di bawa kediamannya.Terdahulu,empat pelajar Politeknik Dungun dikhuatiri lemas ketika mandi di Pantai Teluk Bidara, Seberang Pintasan.Mohamad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin, 21, dari Kuantan; Muhammad Zul Fahmi Zuki, 21, dari Kemaman; Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan dari Kuala Terengganu dan Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee dari Melaka, dikatakan mandi di pantai terbabit kira-kira jam 6 petang pada hari Jumaat baru-baru ini.Sementara itu, mayat Muhamad Luqman Al Rashid Mohamed, 21, ditemui sekitar jam 12.17 tengah hari tadi, tidak jauh dari lokasi mayat kedua ditemui.Penemuan mayat ketiga itu kurang satu jam daripada penemuan mayat Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21, yang dikesan kira-kira jam 11.35 pagi oleh  pasukan penyelamat yang melakukan pencarian di laut.Sebelum itu, mayat Zul Fahmi Zuki, 21, yang berasal dari Kemaman ditemui terdampar di tepi pantai Kampung Sura Tengah, pada 7.30 pagi.
19 Jan 20
49
Empty Image
Mangsa Lemas Kedua Dan Ketiga Pantai Teluk Bidara Ditemui
Oleh: Nooreni Abu Bakar/Foto: Ehsan Page IPD DungunDUNGUN, 19 Januari- Mayat kedua dan ketiga daripada empat penuntut Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun yang lemas di Pantai Teluk Bidara, disini telah ditemui.Penemuan mayat kedua, Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan, 21, yang berasal dari Kuala Terengganu ditemui kira-kira jam 11.35 pagi dalam jarak lapan kilometer dari Pantai Teluk Bidara.Manakala, mayat ketiga Muhamad Luqman Hakim Al Rasyid Mohamed Sabarudin, 21, ditemukan terapung oleh pasukan penyelamat tidak sampai sejam selepas penemuan mayat kedua, Muhammad Ikhwan pada jam 12.17 tengah hari tadi, tidak jauh dari lokasi mayat kedua ditemui.Kesemua mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.Sebelum itu, mayat pertama Zul Fahmi Zuki, 21, yang berasal dari Kemaman ditemukan orang awam dalam keadaan terdampar di pesisir pantai berdekatan Pusat Peranginan Mayang Sari kira-kira 7.30 pagi tadi.Kini usaha mencari seorang lagi mangsa, Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee, 21, sedang giat dijalankan.Dalam kejadian 6.30 petang Jumaat lalu,keempat-empat penuntut PSMZA itu dikhuatiri lemas ketika mandi-manda bersama dua lagi rakan mereka di pantai tersebut.
18 Jan 20
79
Empty Image
Panel Penyelidik Bantu Perkasa Badan Legislatif - YDP DUN Terengganu
KUALA TERENGGANU, 19 Januari - Panel penyelidik yang dilantik oleh kerajaan negeri adalah bertujuan untuk memberikan pandangan dan cadangan bagi membantu dan memperkasakan badan legislatif negeri Terengganu.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Yahaya Ali berkata, panel itu ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Terpilih Pengurusan Dewan yang ditubuhkan oleh DUN.Katanya, fungsi panel penyelidik tersebut di antara lain adalah untuk menyemak dan mengkaji serta membuat penambahbaikan berkait dengan soal pentadbiran, pengurusan dan juga peranan DUN.“Yang kedua bagi mengkaji dan menyemak serta menambah baik perkara yang berkait dengan perjalanan sidang dewan.“Dan yang ketiganya berkait dengan mengkaji serta membuat penambahbaikan berkait dengan ‘standing order’ ataupun peraturan dan perintah tetap dewan,” jelasnya.Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis penyerahan laporan akhir kajian pemantapan DUN di sebuah hotel di Kuala Lumpur di sini kelmarin.Katanya, sebahagian dapatan kajian tersebut telah pun dilaksanakan termasuk berkait dengan teknologi maklumat (ICT) dalam pakej E-Dewan.“Kita juga berusaha untuk membina keterampilan ahli-ahli dewan. Di sana ada disediakan pelbagai kursus dan juga bengkel untuk ahli dewan dan seterusnya ia juga berkait dengan perkara-perkara lain iaitu kajian-kajian perbandingan yang dibuat oleh pihak panel berdasarkan pengalaman di tempat-tempat yang lain,” ujar beliau.Menurutnya, negeri Terengganu mengemukakan moto untuk menjadi negeri Maju, Berkat dan Sejahtera.“Antara yang dimaksudkan dengan maju itu adalah memperkasakan kerajaan melalui badan legislatif sebagai salah satu cabang kerajaan.“Kita mahu menjadikan badan legislatif lebih unggul dan lebih profesional serta memainkan peranan ‘semak dan imbang’ bagi membantu pihak eksekutif,” katanya.Justeru itu, beliau yang mewakili pihak kerajaan negeri merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak panel penyelidik yang banyak membantu Jawatankuasa Terpilih Pengurusan Dewan.“Kita harap laporan yang dikemukakan ini sekiranya dapat dilaksanakan menjadi satu model dan momentum bagi memperkasakan badan legislatif ataupun DUN,” tambah Dato’ Yahaya.
18 Jan 20
44
Empty Image
Ubah Budaya Kerja, Percepat Proses Keperluan Rakyat
Dr Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah Azlin SETIU, 19 Januari - Sesebuah organisasi atau jabatan digesa agar mengubah dan memperbaiki budaya kerja terutama yang melibatkan keperluan segera rakyat.  Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, setiap entiti perlu bergerak secara proaktif supaya manfaatnya dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat.Katanya, sekiranya prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada menyebabkan sesuatu urusan menjadi lambat, maka SOP tersebut perlu dikaji dan diperhalusi semula. “SOP yang diguna pakai pada tahun 2000 tentu sekali sudah tidak sesuai diguna pakai pada tahun 2020. Apatah lagi kalau ia sudah digunakan sejak lebih 30 tahun lalu. “Dalam mesyuarat, kita tak mahu terima laporan bahawa sesuatu urusan sedang ‘dalam proses'. Kalau ia dalam proses, maka harus diperincikan apakah proses tersebut,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.Mengulas lanjut, beliau turut mencadangkan agar semua jabatan membuat perbincangan pengurusan selepas mesyuarat induk bagi menyelesaikan hal-hal teknikal. “Tidak ada istilah selepas mesyuarat, wakil jabatan balik tanpa berbuat apa-apa. Kemudian mesyuarat bulan terbaharu pula barulah melihat kembali minit mesyuarat lepas untuk bagi maklum balas.“Maklum balas yang diberi pula adalah ‘dalam proses’. Ini cara lama yang tak akan membawa kita ke mana-mana,“Rakyat tak berminat nak tahu apa SOP yang kita lalui untuk menyelesaikan sesuatu urusan kerja. Yang rakyat mahu tahu adalah hasil. Ini adalah hak rakyat untuk menuntut apa yang terbaik untuk mereka,” katanya.
18 Jan 20
44