Artikel "Utama" Terkini
Nanas MD2 Jadi Sumber Pendapatan Baharu
Oleh: Mohd AsrafKEMAMAN, 20 Januari - Nanas MD2 menjadi pilihan YIT Ketengah Perwira Sdn Bhd sebagai sumber pendapatan baharu.Pengerusinya, Wan Hapandi Wan Nik berkata YIT Ketengah Perwira Sdn Bhd adalah sebuah syarikat dibawah kerajaan negeri dimana mencatat keuntungan hampir setiap tahun.“Perniagaan utamanya adalah sawit. Namun dengan keadaan semasa menyebabkan harga sawit jatuh merundum suatu ketika.“Penerokaan baharu dalam mencari hasil dan bukan hanya menggunakan satu mata kail sahaja namun kita mencuba beberapa mata kail agar hasil keuntungan lebih besar dan berlipat kali ganda dengan beberapa kajian dan penelitian yang dijalankan sebelum ini,” ujarnya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Penanaman Nanas MD2 di ladang milik syarikat tersebut.Menurut Wan Hapandi yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, nanas MD2 yang ditanam di tanah tinggi adalah nanas terbaik dan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penduduk negara ini.Sementara itu, program tanaman ini ditanam seluas 10 ekar dengan jumlah keseluruhan mencecah 200,000 pokok.
21 Jan 20
318
MB Terengganu Rasmi Bangunan PASTI Bestari As-Siddiq
MARANG, 21 Januari - Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tiba di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Bestari As-Siddiq, Kampung Bukit Che Ali, di Kijing pagi tadi bagi merasmikan bangunan pusat asuhan itu.Ketibaan beliau bersama isteri, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman disambut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong, Pengerusi Eksekutif Muaz Force Sdn Bhd, Dato’ Seri Zakaria Abdul Razak serta kepimpinan tertinggi PASTI Negeri Terengganu.PASTI Bestari As-Siddiq yang memulakan sesi pembelajaran pada 1 Januari lalu, kini mempunyai 53 pelajar dengan empat tenaga pengajar.Dr Samsuri dalam ucapannya berkata, PASTI berkenaan merupakan yang ke-40 bagi daerah Marang.Penubuhan PASTI berkenaan bermula dari kerja-kerja pembinaan sehingga tersergamnya sebuah bangunan yang begitu lengkap kemudahan infrastrukturnya dan merupakan hasil sumbangan sebuah syarikat swasta di negeri ini.“Terima kasih kepada Dato’ Seri Zakaria yang merupakan penyumbang utama kepada penubuhan PASTI ini.“Pembinaan PASTI Bestari ini adalah untuk memenuhi keperluan dan memberikan pendidikan awal yang terbaik untuk anak-anak,” ujarnya.Katanya, PASTI ini dikategorikan sebagai PASTI Bestari kerana kaedah pembelajarannya sedikit berbeza dengan PASTI biasa kerana banyak menggunakan multimedia untuk membolehkan anak-anak ini mendapat pendidikan yang terbaik.
20 Jan 20
1567
Kerajaan Negeri Kenal Pasti Lokasi Zon Mandian Selamat - MB
MARANG, 21 Januari - Kerajaan negeri bercadang untuk menambah zon mandian selamat di beberapa pantai peranginan di seluruh negeri ini bagi memastikan aktiviti riadah dijalankan di kawasan berkenaan selamat dan berada dalam pemantauan pihak berkuasa.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beberapa lokasi yang sesuai untuk tujuan itu telah dikenal pasti dan perkara berkenaan sedang dalam pertimbangan pihaknya.“Saya telah berbincang dengan beberapa orang Exco untuk menyediakan tempat-tempat yang khusus dan sesuai untuk aktiviti mandi-manda dan kita akan war-warkan kawasan berkenaan sebagai lokasi yang selamat.“Zon mandian selamat yang diperkenalkan di Pantai Pulau Kekabu, Marang sebelum ini yang mana dibuat satu lingkungan di kawasan itu untuk aktiviti mandi manda akan dijadikan model contoh untuk diguna pakai nanti,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas mengenai kejadian lemas yang berlaku di Dungun baru-baru ini selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Bestari As-Siddiq, Kampung Bukit Che Ali, di Kijing, hari ini.Menurut Ahmad Samsuri, perbincangan dengan pasukan penyelamat daripada pelbagai agensi untuk melihat bagaimana cara untuk menangani kejadian tidak diingini seperti kes lemas sentiasa diadakan dari semasa ke semasa.“Terengganu mempunyai kawasan pesisir pantai sepanjang 244 kilometer dan agak mustahil untuk kita tempatkan pasukan penyelamat di semua tempat, justeru antara yang dilakukan selain pemasangan papan tanda amaran, kita turut menyediakan pasukan penyelamat di lokasi tumpuan,” ujarnya.Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan orang ramai termasuk ibu bapa dan pengunjung luar supaya sentiasa berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ketika berada di pantai peranginan negeri ini.“Nasihat saya kepada pengujung-pengunjung pantai di Terengganu supaya memastikan aspek keselamatan diri dan keluarga di bawah jagaan masing masing.“Mereka yang dewasa perlu membuat pertimbangan yang waras dan sewajarnya sesuai atau tidak untuk terlibat dengan aktiviti mandi-manda, manakala ibu bapa perlu sentiasa memantau anak-anak mereka dan pengunjung luar perlu bertanya kepada orang tempatan mengenai dasar pantai dan sebagainya untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” ujarnya.
20 Jan 20
48
Penubuhan MPKKP - MPKK Negeri Terus Berfungsi
Dr. Azman Ibrahim.SETIU, 21 Januari - Kerajaan Terengganu menyatakan tidak menerima pemakluman secara rasmi tentang penubuhan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) yang menerima watikah pelantikan bagi negeri Terengganu, hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Insdustri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr. Azman Ibrahim menjelaskan, pendirian kerajaan negeri adalah dalam apa keadaan sekalipun kepentingan rakyat perlu menjadi keutamaan.“Kerajaan negeri tidak terjejas dengan penubuhan ini. Kita harap mereka boleh sama-sama menyumbang, bekerja demi kelangsungan kepimpinan di peringkat kampung. Saya ucapkan selamat bertugas dan selamat maju jaya.“Alhamdulillah, negeri Terengganu dari segi prestasi dan kerja MPKK, kita antara yang terbaik dalam negara dan juga paling awal menyiapkan susunan MPKK menjelang 1 Julai 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), lalu,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), selepas Majlis Ramah Mesra dan Dialog Hubungan Antara Kaum bersama Exco di Kampung Renek, di sini, semalam.Jelasnya, kerajaan negeri berusaha mengekalkan suasana aman tenteram dan harmoni dalam masyarakat sedaya mungkin.Dr. Azman, Exco Kebajikan negeri, Hanafiah Mat dan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir bersama komuniti Siam di Kampung Renek.“Setakat ini, kita mengambil sikap bahawa Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang telah ditubuhkan secara sah supaya teruskan fungsi kita seperti biasa untuk berkhidmat kepada rakyat berdasarkan peruntukan dan bidang kuasa yang diberikan kepada negeri.“Berdasarkan keputusan Mesyuarat Kabinet Menteri pada 27 Jun 2018, telah memaklumkan bahawa pelantikan MPKK adalah bidang kuasa kerajaan negeri,” katanya.Tambahnya, kewujudan dua pentadbir memang secara tidak langsung akan mewujudkan dua pemandu dalam satu kenderaan.“Dalam apa keadaan sekalipun, kepentingan rakyat adalah keutamaan kita. Kita harap, walaupun wujudnya dua pemandu, tidak ada satu persaingan tidak sihat yang akhirnya akan menjejaskan kepentingan rakyat.“Kerajaan negeri berdasarkan bidang kuasa kita, melaksanakan apa yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita dengan sebaiknya. MPKKP ini adalah di luar bidang kuasa kita, terpulang kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bagaimana untuk menguruskan isu ini dengan cara yang paling baik dan harmoni,” katanya.Dr. Azman turut meletakkan harapan agar isu itu tidak menimbulkan perpecahan dalam masyarakat.“Masyarakat Terengganu sebenarnya sangat matang dan kita sudah isytiharkan selepas pertukaran kerajaan negeri lagi, bahawa semua yang ada di kampung-kampung adalah rakyat kita dan perlu disantuni bersama. Kemudahan yang ada dalam kampung, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan negeri adalah kemudahan milik rakyat dan terbuka untuk digunakan.“Jadi, sedaya yang mampu di pihak kerajaan negeri kita telah lakukan yang terbaik untuk mengekalkan kedamaian dalam kampung. Cuma, kita mengharapkan pihak KPLB dan MPKKP mempunyai aspirasi yang sama dengan kita,” katanya.
20 Jan 20
110
MB Terengganu Bertemu Ketua Pengarah JKR
MB (tengah) menjelaskan sesuatu kepada Kamaluddin (kanan) dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur.KUALA LUMPUR, 21 Januari - Kepentingan kerjasama Jabatan Persekutuan dan Negeri dalam mengendalikan kemudahan infrastruktur untuk rakyat terutama jalan raya dan jambatan tidak boleh diabai sama sekali.Ini kerana kepentingan berbuat demikian mempunyai kaitan langsung antara satu sama lain khususnya Jabatan Kerja Raya (JKR).Setiap negeri ada dinamakan Jalan Persakutuan dan ada juga dinamakan Jalan Negeri.Menurut Portal Kementerian Kerja Raya, Jalan Persekutuan adalah jalan-jalan penghubung antara negeri ke satu negeri dan dilabelkan dengan kod F atau FT.Manakala Jalan Negeri dan bandaran adalah jalan-jalan penghubung antara Bandar ke Bandar dan dilabelkan dengan kod negeri-negeri berkenaan.Kedua-dua jenis jalan ini dikendalikan oleh JKR Negeri dan Persekutuan.Justeru Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau negeri, Dr Mamad Puteh mengadakan pertemuan dan perbincangan beberapa perkara dengan Ketua Pengarah JKR, Ir Kamaluddin Haji Abdul Rashid, di sini Sabtu lepas.
20 Jan 20
99
KPDNHEP Terengganu Isytihar 16 Barangan Kawalan
BESUT, 21 Januari - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggunaan (KPDNHEP) Terengganu menyenaraikan 16 jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga sempena perayaan Tahun Baharu Cina 2020 bermula 20 Januari hingga 2 Februari ini.Pengarah KPDNHEP Terengganu, Saharuddin Mohd Kia berkata, kategori barangan harga terkawal terdiri daripada ayam, telur ayam, sayuran, barang kering, hasil laut, ubi kentang dan daging babi.Katanya, dalam tempoh kawalan harga selama 14 hari itu, harga barangan yang disenaraikan dilaksanakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011."Penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit dibuat mengikut kewajaran dan kesesuaian bagi penguatkuasaan kawalan harga yang lebih berkesan untuk memastikan harga yang berpatutan demi manfaat pengguna dan peniaga.“Kawalan harga itu merupakan satu langkah serius kerajaan dalam menangani kos sara hidup yang meningkat pada masa kini," katanya.Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan bersama Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab. Rahman di Pasar Raya Giant, Jerteh, Besut, semalam, Menurutnya, bagi membendung kenaikan harga yang tidak munasabah oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab, tindakan pengeluaran notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011 akan dilaksanakan ke atas mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan secara mendadak dan ketara.“Pada masa sama, pihak kami akan membuat pemantauan bagi memastikan bekalan barangan mencukupi dan memastikan harga barangan berpatutan."Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP akan berada di lokasi-lokasi tumpuan orang ramai membeli belah untuk menjalankan pemeriksaan dan pemantauan," ujarnya.Sementara itu, Mohd Nurkhuzaini berharap pemborong dan peniaga di negeri ini tidak mengambil kesempatan dengan mengenakan harga yang tinggi.“Sekiranya itu berlaku, pastinya akan membebankan pembeli, selain harga makanan seperti kuih-muih dan pelbagai menu yang menggunakan barangan kawalan akan berlaku kenaikan harga,” katanya.
20 Jan 20
100
Tambahan 8 Minit Waktu Subuh Terengganu Bermula 25 Januari
Dato' Dr Zulkifly Muda.KUALA TERENGGANU, 21 Januari - Terdapat perubahan waktu solat Subuh bagi seluruh kawasan di negeri ini bermula 25 Januari dengan tambahan lapan minit daripada waktu semasa.Mufti Terengganu, Dato' Dr Zulkifly Muda dalam satu kenyataan semalam memberitahu, perubahan waktu solat Subuh itu dibuat setelah Jawatankuasa Fatwa Terengganu serta Jawatankuasa Takwim Hijri dan Waktu Solat bersidang bermula 14 Januari lalu.Ujar beliau, hasil persidangan itu, kedua-dua jawatankuasa telah bersetuju untuk melaksanakan waktu solat Subuh baharu."Bahawa waktu solat Subuh di negeri Terengganu hendaklah ditambah lapan minit daripada waktu sedia ada berkuatkuasa 29 Jamadil Awal 1441H bersamaan 25 Januari 2020."Manakala waktu solat fardu yang lain tidak berubah, serta solat Subuh yang telah dilaksanakan sebelum perubahan ini adalah sah dan tidak perlu diqadha," kata kenyataan itu.Tambahnya lagi, perubahan itu berlaku kerana waktu Subuh akan menggunakan parameter 18 darjah di bawah ufuk."Iaitu berkurang dua darjah atau 20 darjah di bawah ufuk yang digunakan sebelum ini," jelas kenyataan itu lagi.Berdasarkan rekod, waktu solat Subuh semasa di daerah Kemaman dan Dungun adalah pada 6.01 pagi.Manakala bagi daerah Marang, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus pada 6.02 pagi, Hulu Terengganu, 6.03 pagi, Besut dan Setiu, 6.05 pagi.
20 Jan 20
351
Penjimatan RM10 Ribu RTB Terkilan
Oleh: Alfian MamatKEMAMAN, 20 Januari - Kadar bayaran premium untuk tanah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Terkilan adalah pada kadar lama dengan pengurangan sebanyak RM10 ribu.Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Ustaz Hazri Jusoh ketika berucap di Majlis Pengundian Lot (tapak rumah) RTB Bukit Panjang menyatakan penjimatan tersebut."Betapa bertuahnya rakyat Terengganu dengan inisiatif kerajaan negeri yang mengenakan bayaran premium pada kadar lama iaitu kadar pada tahun 2004 dengan pengurangan sebanyak kira-kira RM10 ribu."Insya-Allah selain daripada RTB ini akan mengusul lagi selepas ini penyelesaian untuk RTB yang lain iaitu RTB Bujal dan RTB Bukit Anak Dara," ujar beliau.Majlis yang diadakan di Dewan Sivik Kijal semalam dihadiri oleh 86 peserta RTB Bukit Panjang bagi fasa pertama mengundi lot masing masing.Sementara itu, Pegawai Daerah Kemaman, Mohamad A. Rahman ketika berucap menyeru kepada peserta agar tidak menjual tanah yang dikurniakan, sebaliknya dimanfaatkan ianya sebaik mungkin."Saya menyeru agar tuan puan manfaatlah tanah yang dikurniakan ini dengan sebaiknya dan yang utama sekali, jangan sesekali menjual tanah ini," seru beliau.Turut hadir pada program tersebut, Penolong Pegawai Tanah Kemaman, Md. Zaid Abd Rahim, Ahli Majlis Perbandaran Kemaman, Zabidin Awang, pegawai Pejabat Tanah Kemaman dan pegawai Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Kijal.
20 Jan 20
105
Pemasangan Lampu Jalan Diutamakan Di Kawasan Berisiko
Dr Azman Ibrahim.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 20 Januari - Pemasangan lampu jalan di kawasan yang berisiko tinggi berlakunya jenayah dan kemalangan akan diberi keutamaan oleh kerajaan Terengganu berbanding lokasi biasa.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, sudah menjadi hasrat kerajaan untuk menyediakan kemudahan lampu di sepanjang jalan namun ia perlu diteliti dengan rapi kerana melibatkan kos yang besar.“Perkara ini sedang kita selesaikan secara berperingkat mengikut keutamaan kerana pemasangan lampu jalan juga melibatkan kos pemasangan, kos penyelenggaraan dan bil bulanan yang perlu dijelaskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB).“Tentu sekali apabila kita mengesyorkan kepada PBT untuk dipasang lampu jalan, kawasan jalan yang berisiko dan sering berlaku kemalangan akan menjadi keutamaan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.Mengulas lanjut beliau berkata, TNB adalah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan elektrik dan tidak menjadi masalah bagi mereka untuk memasang lampu di mana-mana sahaja.Namun kata Dr Azman, perkara yang diberi pertimbangan oleh pihaknya adalah mengenai kepentingan orang ramai dan berdasarkan itu kerajaan negeri meletakkan beberapa peringkat pelaksanaan.“Bagi pemilik rumah yang ada sedikit kemampuan, saya syorkan supaya mohon lampu jalan persendirian dengan TNB yang akan dipasang pada tiang lektrik terdekat dengan rumah kita serta mengadap ke rumah kita. Bayaran RM10 sebulan akan dimasukkan terus ke dalam bil. “Ia lebih cepat dan tidak perlu menunggu giliran. Keutamaan kita sekarang ini ialah untuk terangkan jalan-jalan gelap yang melibatkan kepentingan umum terlebih dahulu.“Keperluan persendirian terpaksa diletakkan di belakang dulu untuk sementara,” tambah beliau.
19 Jan 20
228
Skuad Penyelamat Pantai Akan Diperbanyak Di Lokasi Tumpuan Pelancong
Pasukan penyelamat pantai.KUALA TERENGGANU, 19 Januari - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu akan mewujudkan lebih banyak pasukan penyelamat pantai di beberapa lokasi tumpuan pengunjung untuk memantau keselamatan mereka.Pengarahnya Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A Rahman berkata ketika ini pasukan penyelamat beroperasi di empat lokasi pantai tumpuan pelancong iaitu di Pantai Bukit Kluang, Besut, Taman Laut Pulau Redang, Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu dan Pantai Kekabu, Marang.“Memang kita bercadang menambah pasukan penyelamat di pantai tertentu yang jadi tumpuan pelancong mandi manda dalam masa terdekat ini antaranya di Pantai Pulau Kekabu dekat Marang.“Ia adalah permintaan Pegawai Daerah Marang (Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak) yang mahu membuka satu lagi kawasan untuk mandi manda di bahagian utara pantai itu sebagai daya tarikan pelancong,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.Beliau diminta mengulas saranan Pengarah Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Mohd Fadzil Mohd Akhir agar lebih banyak pasukan penyelamat pantai diwujudkan bagi mengelak kejadian lemas yang sering berlaku di pantai Terengganu sejak akhir-akhir ini berulang pada masa depan.Pada Jumaat lepas, empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dikhuatiri lemas setelah mandi manda di pantai Teluk Bidara, Dungun manakala seminggu sebelum itu, dua pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Chendering ditemui lemas di Pantai Pandak.Mengulas lanjut, Che Adam berkata pasukan penyelamat pantai di empat lokasi itu hanya melakukan pemantauan secara berkala sepanjang musim tengkujuh dari Oktober hingga Mac berikutan amaran telah banyak dikeluarkan mengenai aktiviti rekreasi seperti mandi manda yang berbahaya kepada pengunjung.“Begitu juga dengan pantai lain yang agak terpencil seperti Teluk Bidara di Dungun dan Pantai Kemasik di Kemaman, ia bukan tumpuan utama pengunjung untuk mandi manda sebaliknya ramai ke sana untuk menikmati keindahan alam seperti merakam foto dan video.“Namun APM Terengganu sedia mewujudkan lebih banyak pasukan penyelamat pantai di mana-mana sahaja lokasi yang difikirkan sesuai sekiranya kerajaan negeri sedia menyalurkan peruntukan,” katanya. - BERNAMA
19 Jan 20
639