Artikel "Utama" Terkini
Ismail Haniyeh Bertemu Abdul Hadi
Abdul Hadi (kiri) bersalaman dengan Ismail (tengah) dalam satu pertemuan di Putraja semalam.PUTRAJAYA, 23 Januari - Palestin dan Malaysia merupakan rangkaian negara Islam yang menjalinkan persahabatan sejak sekian lama.Bantuan Malaysia terhadap Palestin tidak pernah putus dan hubungan kepimpinan kedua-dua negara tersebut sentiasa erat dijalinkan atas dasar persaudaraan Islam dan membantu rakyat Palestin yang ditindas oleh Yahudi Israel.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar ketika mengiringi Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang tidak melepaskan peluang menemui pimpinan HAMAS Palestin yang diketuai oleh Ismail Haniyeh.Mereka berkunjung ke sini untuk menjalinkan hubungan kedua-dua negara itu selepas Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 baru-baru ini.Kemesraan terjalin antara kepimpinan HAMAS dan Abdul Hadi serta kepimpinan negeri termasuk Terengganu dan Kelantan.Turut serta, Menteri Besar Kelantan, Dato’ Bentara Kanan Ustaz Ahmad Yakob dan Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato’ Takiyuddin Hassan yang juga Setiausaha Agung PAS."Pertemuan dan perbincangan yang bermakna buat kepimpinan umat Islam Malaysia itu demi memperkukuhkan kesatuan ummah di peringkat antarabangsa sekali gus menzahirkan kebersamaan Malaysia terhadap perjuangan membebaskan bumi Palestin," ulas Dr Ahmad Samsuri di status Facebooknya hari ini.
23 Jan 20
608
Anak Pemandu Van Juara Hafazan Al-Quran Terengganu
Ainun Najihah (tengah) bersama keluarga.BESUT, 23 Januari - Hasil dorongan ibu bapa, seorang anak pemandu van muncul johan sempena Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu bagi kategori satu hingga 30 juzuk bahagian perempuan yang diumumkan sebentar tadi.Ainun Najihah Zulkifli, 24, yang juga mahasiswa tahun tiga di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) berkata, dia berjaya menghafaz al-Quran secara konsisten kerana meletakkan aspek penjagaan masa dan berdisiplin dalam setiap tugasan sebagai keutamaan.“Saya tetapkan masa untuk sentiasa mengulang hafazan, kita jangan menganggap menghafaz al-Quran ini sebagai bebanan sebaliknya ia adalah tanggungjawab kita seumur hidup.“Dalam setiap hari saya memperuntukan masa (purata) sebanyak tiga jam untuk menghafaz al-Quran, pada waktu pagi, petang dan malam,” katanya yang ingin mencipta kejayaan pada peringkat kebangsaan pada 13 hingga 22 Februari depan.Dia berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Penutup Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu 1441H/2020M di Dewan Merdeka, Kota Putera Square di sini.Ahmad Samsuri dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah bersama pelaksana majlis.Sementara itu, johan kategori sama untuk bahagian lelaki, Wan Muhammad Adam Wan Muhamad Fathi, 23, berkata, dia mula menghafaz al-Quran pada umur 10 tahun dan semakin serius apabila menuntut di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (YT) Dungun.Ujar mahasiswa kejuruteraan mekanikal Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu lagi, menghafaz al-Quran bukanlah satu bebanan tetapi memberi kemudahan buat dirinya apabila mencapai purata PNGK 3.62 setakat tiga tahun pengajian. “Minat nak menghafaz al-Quran ini lahir daripada abang saya yang waktu itu mengambil sijil tahfiz di Darul Quran, Selangor. Melihat usaha dia yang selalu menghafaz membuat saya rasa seronok,” ujarnya. Dalam pada itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang hadir merasmikan majlis penutup itu menegaskan, umat islam akan menjadi masyarakat yang digeruni sekiranya berpegang teguh dengan kalam Allah.Wan Muhammad Adam.“Jika umat Islam benar-benar berpegang dan mengamalkan al-Quran, maka Allah SWT akan mengangkat darjat kita semua. Kerana itu, tidak ada jalan lain untuk umat Islam merebut semula zaman kegemilangan melainkan hanya dengan kembali kepada al-Quran,” jelasnya. Selain kategori satu hingga 30 juzuk, majlis menghafaz al-Quran pada tahun ini turut mempertandingkan dua lagi kategori bagi bahagian lelaki dan wanita iaitu satu hingga 10 dan 20 juzuk.
23 Jan 20
1225
Tourism Terengganu-TV AlHijrah Ganding Bahu Promosi Negeri
Ariffin bersama Ab. Rasid (kiri) ketika ditemu bual dalam program Assalamualaikum.KUALA TERENGGANU, 23 Januari - Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu) menjalinkan kerjasama bersama stesen televisyen Islamik terkemuka negara, TV AlHijrah dalam mempergiatkan promosi pelancongan negeri.Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman menyifatkan langkah tersebut sebagai salah satu usaha untuk berdiri setanding negeri-negeri lain yang kini menjadi contoh kepada Terengganu dalam bidang pelancongan.Beliau turut menyeru anak-anak negeri yang berada di luar Terengganu atau luar negara dapat bersama-sama mempromosikan Terengganu ke persada antarabangsa. “Negeri Terengganu sememangnya terkenal dengan seni budaya dan krafnya seperti batik, songket, tembaga dan lain-lain. Jadi bagi menghimpunkannya di satu tempat yang senang dikunjungi pelancong, kerajaan negeri akan mewujudkan satu produk baharu iaitu Perkampungan Budaya Terengganu.Ariffin menerima cenderahati daripada Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris.“Kami mempromosikan orang ramai untuk datang ke Terengganu yang mana kami juga memiliki ikonik baharu iaitu jambatan angkat atau drawbridge yang menjadi tarikan pengunjung sejak ia mula dibuka Ogos lalu,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemu bual secara langsung dalam program Assalamualaikum di stesen TV AlHijrah, Kuala Lumpur, baru-baru ini.Turut serta dalam temu bual tersebut ialah Pengarah Tourism Terengganu, Ab Rasid Jusoh.Tambah Ariffin, Perkampungan Budaya Terengganu akan ditempatkan di Muzium Negeri Terengganu dengan mengetengahkan pelbagai seni, budaya dan warisan masyarakat tempatan.“Kami telah mengumpulkan rumah Melayu tradisional Terengganu dan di sana akan dikumpulkan budaya serta seni dari seluruh daerah dalam negeri,” katanya.Program promosi tersebut turut disertai wakil Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), diketuai pengarahnya, Mohd Soud Said yang melawat teknologi dan pengurusan TV AlHIjrah dalam usaha menaik taraf mutu penyampaian maklumat negeri Terengganu. Pengurusan UPDI yang hadir turut ambil peluang mempelajari teknologi TV AlHijrah.
22 Jan 20
220
Azizulhasni Rampas Ranking Nombor Satu Dunia
Azizulhasni Awang. Foto ihsan - UCI.KUALA TERENGGANU, 22 Januari - Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, 32, mendapat rangsangan terbaik dalam usaha meraih pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas melonjak ke tempat pertama bagi acara Men Elite Keirin.Berdasarkan senarai ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang dikeluarkan hari ini, juara dunia keirin 2017 itu kini berada pada ranking pertama selepas mengumpul 2,560 mata.Pelumba kelahiran Terengganu itu berada sembilan mata di hadapan jaguh Jepun dan 212.5 mata berbanding pelumba Perancis, iaitu Yudai Nitta serta Vigier Sebastien.
22 Jan 20
148
Kerajaan Terengganu Teruskan Beri Geran, Bayar Elaun MPKK
Dr Azman Ibrahim.KUALA TERENGGANU, 22 Januari - Kerajaan negeri bertindak proaktif dengan menggunakan peruntukan sendiri bagi tujuan penyaluran geran dan elaun Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) setelah kerajaan Persekutuan bertindak menamatkan pemberian itu.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, langkah itu perlu dilaksanakan bagi memastikan MPKK lantikan kerajaan negeri terus berfungsi seperti biasa.Berikutan itu, pihaknya telah memutuskan bahawa pemberian geran kepada 1,046 MPKK seluruh Terengganu akan diteruskan melalui peruntukan daripada kerajaan negeri dengan jumlah yang sama iaitu RM10 ribu bagi setiap MPKK. “Dalam masa yang sama, pembayaran elaun kepada semua jawatankuasa MPKK juga tidak akan terjejas dengan tindakan terbaharu kerajaan Persekutuan terhadap MPKK. “Untuk tujuan ini, RM27 juta ialah dana daripada kerajaan negeri manakala bakinya adalah sumbangan kerajaan Persekutuan sebelum ini, sehubungan itu kerajaan negeri telah mengambil langkah proaktif untuk menampung kekurangan RM13 juta lagi ekoran penamatan ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM40 juta” katanya hari ini.Terdahulu, kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar telah bertindak menghentikan pemberian geran dan pembayaran elaun kepada MPKK di lima negeri pembangkang termasuk Terengganu.Menterinya, Datuk Seri Rina Harun memaklumkan kerajaan Pusat hanya akan membayar elaun kepada MPKK Persekutuan sahaja memandangkan ia telah dikuatkuasakan penubuhan sejak awal bulan lalu.“Menerusi penubuhan MPKKP, kerajaan Pusat tidak lagi akan menanggung kos bayaran elaun yang berada di bawah kerajaan negeri.“Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM70 juta bagi menubuhkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) di lima buah negeri pembangkang.“Jumlah itu melibatkan penubuhan sebanyak 8,587 MPKKP dengan keseluruhan seramai 111,631 anggota di lima negeri melibatkan Terengganu, Kelantan, Pahang, Perlis dan Sarawak,” tambah beliau.
21 Jan 20
379
Kerajaan Negeri Bertindak Pemudah Cara
KUALA TERENGGANU, 22 Januari - Kerajaan negeri bertindak sebagai pemudah cara kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) Yamen Care dengan membuka ruang kepada rakyat untuk menabung dalam tabung tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, sumbangan tersebut adalah pemberian daripada rakyat bukannya daripada kerajaan negeri."Kita bekerjasama dalam agensi yang ada dalam kerajaan seperti Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Jabatan Hal Ehwal Agama negeri Terengganu (JHEAT) dan juga cawangan Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk memudahkan kaedah dan cara untuk rakyat memberi sumbangan kepada "Tabung Terengganu For Yemen ini," jelasnya.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian di sidang media di Wisma Darul Iman, semalam.Menurutnya, kerajaan negeri berkoloborasi dengan NGO Yamen Care bagi sama-sama menggerakkan usaha bagi mengumpul dana daripada orang ramai untuk "Tabung Terengganu For Yemen'."Melalui tabung ini kita akan gunakan untuk manfaat saudara di Yaman yang sekarang ini sedang menyedihkan dengan keadaan mereka berada dalam kebuluran , kekurangan zat, tiada tempat tinggal, kekurangan ubat-ubatan , peralatan yang berkaitan dengan ubatan ."Kita mengharapkan rakyat Terengganu khususnya dan rakyat diluar sana agar sama-sama membantu untuk mengisi seberapa banyak sumbangan ke tabung "Terengganu For Yemen' ini," ujar beliau.Wan Sukairi menambah, kerajaan negeri mensasarkan dana sebanyak RM1.6 juta untuk kutipan dana pada kali ini."Kita akan memantau dan pihak Urus Setia Belia Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT)akan mewujudkan satu bilik gerakan untuk 'update' dan memantau setiap sumbangan yang masuk ke tabung ini."Kita juga akan menggerakkan tenaga sukarelawan (T-Volt) turun ke lapangan seperti pasar malam, dan mana-mana tempat orang ramai untuk mengutip sumbangan serta akan memberi penerangan di masjid dan surau agar rakyat faham situasi yang sedang berlaku di Yaman," katanya.Beliau juga berkata, senarai anggota yang akan mengikuti misi kali ini masih lagi dalam peringkat perbincangan."Anggota ataupun ahli rombongan kita senarai pendek tapi insya Allah perbincangan dengan beberapa pihak untuk mengenalpasti siapakah yang perlu ke sana. "Yang pentingnya bukan mereka yang pergi tapi apa yang mereka bawa untuk rakyat disana," tambahnya.
21 Jan 20
40
Kerajaan Negeri Nasihat Penduduk Terjejas Pindah - Dr Ahmad Samsuri
Seorang dari golongan asnaf DUN Jabi menerima sumbangan dari MB sempena Majlis Pecah Tanah RMM Tempinis Kerandang, Besut.BESUT, 22 Januari - Kerajaan negeri telah berusaha menasihati penduduk di kawasan sering dilanda banjir agar berpindah di kawasan selamat tetapi mereka tetap enggan berbuat demikian.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bukan mudah untuk meminta penduduk berkenaan berpindah walaupun mereka mengetahui rumah mereka sering ditenggelami air banjir saban tahun."Kerajaan sudah memberi nasihat kepada mereka untuk berpindah tetapi enggan berbuat demikian dengan pelbagai alasan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Rancangan Rumah Mampu Milik (RMM) Mukim Tempinis, Kerandang di sini semalam.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak.Beberapa kawasan sering dilanda banjir di musim tengkujuh termasuk Kampung La, Padang Bual, Hulu Besut dan beberapa kampung di kawasan rendah di seluruh negeri Terengganu.Ditanya berhubung mendalamkan Sungai La, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang berkata, kerajaan negeri akan berbincang dengan Jabatan Pengaliran dan Saliran negeri (JPS) untuk mengatasi masalah tersebut.
21 Jan 20
46
Perpaduan Elemen Penting Kekalkan Keharmonian – Ahmad Amzad
KUALA TERENGGANU, 22 Januari – Rakyat Terengganu disarankan mengekalkan perpaduan dan silaturrahim termasuk warisan kebudayaan tanpa mengira agama dan bangsa bagi memelihara keamanan dan kenikmatan yang sedia ada.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata semua peringkat perlu membuka lembaran baru silaturrahim yang lebih erat antara kaum untuk memupuk elemen-elemen ini bagi menjayakan Terengganu yang Maju, Berkat dan Sejahtera untuk seluruh rakyat.Katanya, dalam Islam sebagai agama rasmi dalam negara ini turut mengajar bahawa Tuhan sentiasa menyuruh ummatnya supaya saling berkenal-kenalan, berbaik-baik, kenal budaya antara satu sama lain.“Sempena dengan Tahun Baru Cina pada kali ini, saya difahamkan dalam kalendar Cina ada 12 jenis haiwan dan kalendar tikus ini adalah yang pertama dalam pusingan atau permulaan. Maka, marilah kita jadikan tarikh ini sebagai tahun permulaan kepada bermulanya perpaduan yang lebih erat dikalangan semua kaum dalam negara kita. "Dalam seluruh negara kita, daripada Sabah, Sarawak , di Semenanjung , Kuantan, Johor sampai ke Perlis , saya fikir nikmat keamanan dan perpaduan serta persaudaraan yang paling besar boleh dirasai antaranya adalah di Terengganu ini, dimana kita saling bersahahabat, bersaudara, saling bersilaturrahim antara satu sama lain,” ujarnya ketika merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Kampung Tiong, Kuala Terengganu.Turut hadir Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Senator Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah; Penasihat Dewan Tionghua, Tan Sri Wong Fong Meng, , Pegawai Khas Menteri Besar Terengganu, Dr Balachandran, Presiden Dewan Perhimpunan Tiong Hua Terengganu, Tan Beng San dan Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Cina, Jefri Chua.Beliau turut berharap semoga Tahun Baru yang disambut bersama-sama ini akan menjadikan suasana yang lebih baik antara semua pihak dan membantu usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan negeri dipelbagai peringkat pimpinan dalam menjayakan hasrat untuk menjadikan negeri Terengganu sebuah negeri yang Maju, Berkat dan Sejahtera.“Apa yang kita capai ini perlulah sama-sama kita pertahankan, tak kira orang Melayu, India dan Cina, tak kira Islam, ataupun bukan Islam, ini adalah negeri kita bersama yang kita semua kena berusaha gigih bagi menjadikan negeri kita negeri yang terbaik untuk didiami dan dikunjungi oleh semua orang,” ujarnya,
21 Jan 20
68
Tilawah Al-Quran Jadi Acara Tahunan Sejak 1960
Menteri Besar berucap ketika merasmikan Tilawah dan Manghafaz Al-Quran Kali Ke-63 Peringkat Negeri Terengganu di Kota Putera Square, Besut.Besut, 22 Januari - Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran merupakan acara tahunan yang dianjurkan sejak 63 tahun lalu dan buat julung kalinya diadakan tahun 1960 di Padang Paya Bunga, Kuala Terengganu.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia telah diusahakan oleh Menteri Besar Terengganu pada masa itu, Mohd Daud Abdul Samad yang berasal dari Besut sebagai menyahut hasrat Perdana Menteri Malaysia Pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk mengadakan majlis seumpama itu.Katanya, sejak dari itu sehingga kini, Terengganu menjadi salah sebuah negeri yang mencatat sejarah penting dalam Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan.Peserta Ketiga mengalunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di malam pertama Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Kali Ke-63 di Kota Putera Square, Besut. “Antara yang pernah menjadi Johan Qari di Peringkat Kebangsaan ialah Haji Mohd Awang Teh, Haji Daud Che Man, dan Haji Mohd Tarmizi Ali.“Manakala yang pernah menjadi Johan Qariah Peringkat Kebangsaan pula ialah Dato’ Hajjah Rogayah Sulong, Hajjah Aminah Umar, Hajjah Siah @ Embak Mohd Amin, Hajjah Sapiah Mohd dan Hajjah Masnah Awang.“Bahkan pernah berlaku kedua-dua peserta Terengganu iaitu Haji Mohd Awang Teh dan Hajjah Siah @ Embak Mohd Amin masing-masing muncul sebagai Johan Qari dan Qariah Peringkat Kebangsaan pada tahun 1986,” jelasnya.Kehadiran malam pertama Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Kali Ke-63 Peringkat Negeri Terengganu Di Kota Putera Square, Besut.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Kali Ke-63 Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Merdeka Kota Putera Square, Kampung Raja di sini semalam. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zainal Abidin Hussin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.ADUN Rhu Rendang itu berkata, pihak kerajaan amat komited untuk memartabatkan program berkaitan al-Quran di negeri ini ke arah melahirkan generasi al-Quran dan bertaqwa kepada Allah."Sehubungan itu kerajaan negeri melalui Bajet 2020 telah meneruskan peruntukan Skim Hafaz Al-Quran dewasa terbuka yang dijalankan sejak tahun 1982 lagi," ujarnya.Di samping itu katanya, sebanyak RM7.85 juta diperuntukkan di bawah Skim Mus’ab bin Umair sebagai pembayaran elaun guru tahfiz Al-Quran manakala sebanyak RM5 juta lagi diperuntukkan untuk pembinaan Kolej Universiti Al-Quran.Menurut beliau, kerajaan juga akan mewujudkan Pengajian Tahfiz Mandarin dan melancarkan Program Kembara Menghayati Al-Quran bersama Dai.
21 Jan 20
173
RMM Tempinis Perintis Rumah Patuh Syariah Terengganu - MB
Dr Ahmad Samsuri menandatangani plak sekali gus merasmikan Majlis Pecah Tanah RMM Tempinis di Padang Bola Kampung Tempinis Kerandang Besut. BESUT, 21 Januari - Rumah Mampu Milik (RMM) Mukim Tempinis Kerandang di sini menjadi projek perintis rumah berciri mesra syariah pertama di Terengganu.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, idea penjenamaan semula RMM dengan penambahbaikan ciri-ciri rumah mesra syariah telah dirujuk untuk dijadikan identiti bagi membolehkan rakyat negeri Terengganu dan para pemaju perumahan membezakan RMM negeri Terengganu dengan negeri-negeri lain.“Kita berdoa agar usaha kita secara berterusan ini mampu kita laksanakan untuk manfaat rakyat negeri Terengganu yang memerlukan rumah berkenaan,” jelasnya.MB (tengah) menyempurnakan gimik perasmian Majlis Pecah Tanah RMM Tempinis Kerandang Besut.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah RMM Tempinis di Padang Bola Kampung Tempinis Kerandang di sini hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman serta isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Abd Rahman.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang itu berkata, 100 buah RMM di Mukim Tempinis itu adalah contoh terbaik yang membuktikan komitmen kerajaan negeri terhadap golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40).“Iaitu golongan berpendapatan isi rumah RM3,500 sebulan dan ke bawah mampu tinggal di rumah selesa dan mempunyai kelengkapan yang mencukupi di negeri Terengganu, khususnya di daerah Besut.“Kita berharap projek ini memberi kemudahan kepada golongan yang sangat memerlukan bantuan perumahan kerana masih terdapat penduduk yang menyewa dan menumpang rumah orang lain di negeri Terengganu,” jelas beliau.Menurut Dr Ahmad Samsuri, RMM di Mukim Tempinis Kerandang itu dibina di atas tanah kerajaan berkeluasan 9.51 ekar atau 3.85 hektar yang merangkumi keluasan tapak 800 kaki persegi satu unit.Katanya, spesifikasi rumah berkenaan mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air serta ruang keluarga yang eksklusif menepati syariah iaitu terhalang dari perhatian tetamu yang berkunjung ke rumah berkenaan.Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu di atas penganjuran majlis berkenaan.
21 Jan 20
381