Artikel "Utama" Terkini
Futsal Piala Belia Platform Kembangkan Bakat
KUALA TERENGGANU, 25 Januari – Kejohanan Futsal Piala Belia Terengganu menjadi platform terbaik untuk anak muda negeri itu mempamerkan kebolehan dan mengembangkan bakat ke tahap yang lebih tinggi.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, penyertaan sebanyak 66 pasukan dari seluruh negeri membuktikan futsal sangat diminati oleh belia dan ia akan dipelihara sebaik mungkin supaya Terengganu dapat melahirkan lebih ramai jaguh dalam sukan itu.“Mudah-mudahan program ini bukan dianjurkan pada hari ini sahaja, tetapi terus dirancakkan pada bulan-bulan berikutnya, mungkin kejohanan besar seumpama ini boleh diadakan setiap dua atau tiga bulan.“Kita boleh melihat, penyertaan sangat ramai, ada yang datang dari Kemaman, dan menyeluruh dari Terengganu, tidak ketinggalan pasukan dari negara jiran kita, Kelantan,” katanya ketika berucap merasmikan kejohanan tersebut di Hazlan Indoor Soccer, di sini hari ini.Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan negeri juga sentiasa menyokong sebarang usaha untuk memartabatkan bakat belia dan sukan di Terengganu.“Kecenderungan yang tinggi anak muda dalam sukan futsal mahupun bola sepak akan dijaga sebaik mungkin agar ia memberi hasil utuk negeri kita.“Insya-Allah kita juga sedang menjalankan Kejohanan Bola Sepak Piala YAB Menteri Besar Terengganu yang mana peringkat akhir akan berlangsung Februari nanti,” tambah beliau.
25 Jan 20
421
Bayangan Kesebelasan Utama Terengganu Sudah Ada - Nafuzi
Nafuzi Zain.KUALA TERENGGANU, 25 Januari - Jurulatih Terengganu Football Club (TFC), Nafuzi Zain mengakui beliau sudah mempunyai bayangan kesebelasan utama yang bakal membawa cabaran skuad itu menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.Walau bagaimanapun Nafuzi berkata, keputusan muktamad mengenai kesebelasan tersebut hanya akan diumumkan sebaik sahaja perlawanan persahabatan pra-musim berakhir.Katanya, ia ekoran rata-rata pemainnya menunjukkan prestasi membanggakan dan sukar untuknya membuat keputusan dalam tempoh yang singkat.“Kesebelasan utama pemain saya akan tentukan pada akhir Februari ini, iaitu selepas tiga atau empat lagi perlawanan persahabatan.“Kita akan guna platform perlawanan persahabatan untuk mencari kelemahan, keserasian dan menilai prestasi pemain sebelum dapat tentukan barisan utama pasukan,” katanya yang akan berlepas ke Bangkok pada 28 Januari ini untuk perlawanan persahabatan dengan tiga kelab di sana.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas perlawanan persahabatan menentang pasukan Liga Indonesia, Madura United, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) semalam.Mengulas tentang kemenangan yang diraih semalam, beliau berpuas hati dengan prestasi semua pemain yang mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan persahabatan dan juga latihan.“Namun, biar pun kita menang pada malam ini, kita juga kelemahan dan kekurangan pasukan, ia akan diatasi sebelum aksi sebenar bermula,” tambah beliau.
25 Jan 20
437
Masyarakat Tionghoa Aset Negeri Terengganu - Dr Ahmad Samsuri
KUALA TERENGGANU, 25 Januari – Keberadaan masyarakat Tionghoa sebagai salah satu aset negeri amat dihargai kerana setiap bangsa mempunyai kemahiran dan kepakaran tersendiri dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi serta pembangunan negeri yang berdaya maju.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pelantikan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam kalangan masyarakat Tionghoa amat membantu kerajaan negeri untuk memahami keperluan setiap rakyat. Justeru katanya, inisiatif ini dilihat memberi kesan positif kepada perpaduan kaum di Terengganu. Tahun Baharu Cina disambut meriah oleh kepimpinan kerajaan negeri dan masyarakat Tionghoa Terengganu - Gambar Hiasan.“Sebagai wakil rakyat kepada penduduk negeri ini, saya amat berbangga melihat ramai masyarakat Tionghoa boleh bertutur dalam loghat Terengganu dengan fasih. Inilah keunikan dan kebanggaan kita sebagai rakyat Terengganu,” jelasnya dalam Perutusan Tahun Baharu Cina 2020 yang disiarkan dalam status facebooknya semalam.Perutusan penuh seperti berikut:-Tahun Baharu Cina 2020 : Hayati Kepelbagaian, Nikmati Keharmonian.Selamat Tahun Baharu Cina 2020 saya ucapkan kepada semua masyarakat Tionghoa seluruh negara terutama di negeri Terengganu. Semoga Tahun Tikus bagi tahun ini melahirkan suatu permulaan yang baik kepada kehidupan sekali gus membawa kepada kesejahteraan dan keharmonian.Terengganu hormati kepelbagaian budaya dan masyarakat berbiklabg kaum untuk melihat keharmonian dan kesejahteraan rakyat berjalan dengan baik. - Gambar Hiasan.Malaysia mempunyai kepelbagaian kaum dan agama yang perlu diraikan demi memperkukuh perpaduan nasional dalam kalangan 32.6 juta penduduk.Relevan dengan perkembangan terkini, semua masyarakat tanpa mengira kaum boleh mempelajari serta mendalami keindahan warisan dan tradisi unik antara satu sama lain bagi memahami identiti masing-masing seperti tulisan Jawi, khat dan kaligrafi Cina. Pepatah Melayu, ‘tak kenal maka tak cinta’ perlu dihayati sebaiknya dalam kehidupan masyarakat berbeza bangsa dan agama.Hubungan yang baik antara masyarakat pelbagai kaum merupakan tunjang kepada sebuah kedamaian. Perbezaan yang wujud antara kita adalah untuk saling melengkapi dan membentuk satu kebersamaan.Tidak dinafikan, semua rakyat yang berada di Terengganu menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri. Keberadaan masyarakat Tionghoa sebagai aset negeri Terengganu amatlah dihargai kerana setiap bangsa mempunyai kemahiran dan kepakaran tersendiri yang berjaya menyumbang dalam pertumbuhan ekonomi serta pembangunan negeri yang berdaya maju.Pelantikan MPKK dalam kalangan masyarakat Tionghoa amat membantu Kerajaan Negeri memahami keperluan setiap rakyat. Justeru, inisiatif ini dilihat memberi kesan positif kepada perpaduan kaum di Terengganu.Sebagai wakil rakyat kepada penduduk negeri ini, saya amat berbangga melihat ramai masyarakat Tionghoa boleh bertutur dalam loghat Terengganu dengan fasih. Inilah keunikan dan kebanggaan kita sebagai rakyat Terengganu.Akhir kata, selamat pulang ke kampung halaman dan berhati-hati memandu di jalan raya. Ambil kesempatan waktu ini untuk bertemu dan menziarahi keluarga serta sanak saudara.Selamat Tahun Baru Cina 2020 Gong Xi Fa Chai, Xin Nian Kuai Le'Terengganu Maju, Berkat dan Sejahtera'Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri bin MokhtarMenteri Besar Terengganu25 Januari 2020
24 Jan 20
350
Terengganu FC Garang Tundukkan MU 2-0
Jaringan pertama TFC dalam perlawanan persahabatan kelab antarabangsa di SSINS.KUALA TERENGGANU, 25 Januari – Walaupun turun tanpa kelibat Dominique Da Sylva dan Sanjar Shaakmedov, Terengganu Football Club (TFC) tetap berjaya meraih kemenangan 2-0 ke atas kelab Indonesia, Madura United (MU) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) semalam.Perlawanan berlangsung sengit sejak wisel permainan dibunyikan dengan serangan bersilih ganti daripada kedua-dua pasukan.Bagaimanapun setiap peluang terhidang gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan oleh pasukan bimbingan Nafuzi Zain dan Rahmad Darmawan.Situasi tersebut memaksa kedua-dua pasukan menamatkan separuh masa pertama dengan kedudukan 0-0.Deretan peluang hadir, namun gagal dimanfaatkan.Bersambung babak kedua, TFC dilihat lebih garang mengasak kubu MU, gerakan menarik dijana dari kiri dan kanan pintu gol MU menerusi Faris Ramli serta D Saarvindran.Hasilnya, pada minit ke-60, gerakan lincah Faris memaksa pertahanan Madura menjatuhkan pemain itu di luar kotak penalti.Muhd Azalinullah Mohd Alias yang ditugaskan mengambil sepakan percuma akhirnya berjaya meledak gol pertama TFC dengan lecongan menarik yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol MU, Muhammad Ridho.Tersentak dengan jaringan itu, MU mempertingkatkan corak serangan namun benteng pertahanan TFC yang dikawal Babacar Diallo tenang mengawal keadaan.Menjelang penghujung minit perlawanan, kemasukkan Lee Tuck dan Syafik Ismail menambah variasi serangan TFC.Deretan peluang keemasan hadir namun ketiadaan Dominique Da Sylva jelas menghampakan 7,600 penyokong TFC yang memenuhi stadium sejak 7.30 malam.Kemunculan Lee Tuck mengembirakan penyokong TFC.Perlawanan hampir berkesudahan 1-0, namun sepakan sudut lewat yang diperolehi Terengganu merubah keadaan.Sepakan penjuru Lee Tuck, ditanduk cantik ke sudut kanan gawang Madura oleh Nasrullah Hanif untuk menamatkan saingan 2-0 memihak TFC.
24 Jan 20
194
Sultan Mizan Solat Jumaat Di Masjid Banggol Katong
Sultan Mizan (tengah) bersalaman dengan pegawai dan kakitangan Masjid Banggol Katong Serada Kuala Terengganu diiringi Dr Ahmad Samsuri (dua dari kanan).KUALA TERENGGANU, 24 Januari – Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mencemar duli berangkat menunaikan solat jumaat di Masjid Kampung Banggol Katong Serada di sini hari ini.Baginda diiringi oleh Menteri Besar Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Zahari Md. Azahar.Turut mengiringi baginda, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Dato’ Osman Muda.MB (kanan) bersalaman dengan Dato' Osman (kiri) diperhatikan oleh Ustaz Ariffin.Baginda berangkat pulang setelah selesai menunaikan solat jumaat di masjid berkenaan diiringi Dr Ahmad Samsuri dan Mohd Zahari.Sebelum berangkat baginda sempat bersalaman dengan kepimpinan negeri, ahli jawatankuasa masjid dan ahli jemaah masjid itu.Dr Ahmad Samsuri turut beramah mesra dengan jemaah dan bersalaman dengan mereka selepas mengiringi ke bawah duli Sultan Mizan ke masjid berkenaan.Kira-kira 800 orang jemaah setempat menunaikan solat jumaat di masjid itu hari ini. Antara 800 orang jemaah yang menunaikan solat jumaat di Masjid Kampung Banggol Katong Serada Kuala Terengganu.
24 Jan 20
989
DUN Wakaf Mempelam Rancang Program ‘Kampung Ku Syurga Ku’
Wan Sukairi (empat dari kanan) bersalaman dengan salah seorang dari ahli komuniti masjid dan suaru DUN Wakaf Mempelam.KUALA NERUS, 24 Januari – Kerajaan negeri berhasrat melaksanakan program ‘Kampung Ku Syurga Ku’ di Masjid Ibadur Rahman Kuala Bekah Kuala Terengganu Mac ini bagi melahirkan masyarakat suka pergi ke masjid, membaca Al-Quran, hormat kepada orang tua sekali gus melahirkan masyarakat beriman dan bertakwa di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, kerajaan negeri juga merancang melaksanakan program hafazan al-Quran di kalangan kanak-kanak berpusat di masjid dan surau bagi mewujudkan suasana yang baik (biah solehah) di seluruh kawasan tersebut.Serentak itu beliau mengajak ahli jawatankuasa masjid dan surau berganding bahu bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dalam menyelesaikan masalah kampung di kawasan DUN berkenaan tanpa membawa permasalahan mereka keluar dari kampung.Wan Sukairi Wan AbdullahBeliau juga berkata semua jawatankuasa berkenaan boleh berganding bahu untuk menyelesaikan permasalahan ahli kariah masing-masing tanpa perlu membawa masalah mereka keluar.Wan Sukairi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam berkata demikian ketika berucap di Majlis Hi Tea Bersama Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau DUN Wakaf Mempelam di Pusat Konvensyen Taman Tamaddun Islam di sini hari ini.Kira-kira 400 orang ahli jawatankuasa masjid dan surau DUN tersebut hadir di majlis itu. Untuk rekod terdapat sebanyak 65 buah surau dan 14 buah masjid di kawasan DUN berkenaan.Wan Sukairi (tiga dari kiri) bersama komuniti masjid dan surau DUN Wakaf Mempelam.Seterusnya Ustaz Wan Sukairi berkata, jawatankuasa masjid dan surau bukan hanya mengurus institusi itu sahaja tetapi juga berperanan untuk mengurus penduduk setempat.Katanya, tanpa menjaga dan menyelesaikan urusan siapa yang memakmurkan masjid dan surau, institusi itu tidak berfungsi dalam erti kata yang sebenarnya.Justeru itu jawatankuasa masjid perlu mengatur program mengadakan ziarah ke rumah penduduk sekitar dan mengambil cakna permasalahan kebajikan dan kesihatan mereka.“Ada masjid yang menyedia barangan harian termasuk beras, gandum, gula dan lain-lain di tempat khas untuk mereka yang memerlukannya mendapatkan barangan tersebut secara percuma.“Ini satu aktiviti yang menarik penduduk setempat untuk mendekati masjid sekali gus mendorong mereka sentiasa berkunjung ke masjid bagi menunaikan dengan solat lima waktu secara berjemaah,” jelasnya.
24 Jan 20
187
Umat Islam Bersatu Hadapi Musuh Islam - Titah Sultan Mizan
Sultan Mizan Zainal Abidin.BESUT, 24 Januari - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru seluruh masyarakat di negeri itu bersatu padu bagi menggagalkan usaha musuh yang cuba memporak-perandakan kedudukan Islam sejak akhir-akhir ini.Baginda bertitah, pelbagai cara dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan pegangan umat Islam dalam menjadikan al-Quran sebagai acuan kehidupan."Golongan ini bertindak dengan melakukan pencemaran budaya, membangkitkan isu keagamaan, penyebaran fitnah sama ada melalui media massa dan alam siber."Mereka turut mempertikaikan kedudukan Islam dalam Perlembagaan, peranan mahkamah syariah dan bidang kuasa Raja sebagai ketua agama dan adat istiadat Melayu serta kewujudan dan peranan institusi keagamaan di negara ini," titah baginda.Baginda bertitah demikian pada Majlis Perasmian Penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1441H/2020M, di Dewan Merdeka, Kota Putera Square, Kampung Raja di sini semalam.Baginda beramah mesra bersama orang ramai.Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.Hadir sama, Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' Zahari Md Azahar serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (AMMKN).Sultan Mizan turut bertitah kepada semua rakyat agar menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru al-Quran dalam mendidik anak bangsa menjadi generasi yang celik dan memahami kalam Allah."Peranan golongan qari dan qariah, ahli taranum dan guru-guru al-Quran amat berkait rapat dengan pembinaan masyarakat."Mereka memainkan peranan penting sejak dahulu sehingga kini dan merupakan tenaga perubahan yang menjadikan masyarakat Terengganu tinggi akhlaknya."Catatan telah mengambarkan bahawa masyarakat Terengganu pada zaman dahulu telah khatam al-Quran sebelum umur akil baligh," titah baginda lagi.Menteri Besar turut berpesan agar setiap rakyat sentiasa menjadikan al+Quran sebagai panduan.
24 Jan 20
70
Mahasiswa Disaran Sertai Lebih Banyak Program
KUALA TERENGGANU, 24 Januari – Golongan Mahasiswa disarankan menyertai pelbagai program bukan hanya fokus kepada akademik semata-mata tetapi perlu mengikuti perkembangan isu semasa yang berlaku sekarang.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita negeri, Zuraida Mohd Noor berkata, ia bagi mengelakkan mahasiswa dikatakan sebagai golongan yang lesu oleh masyarakat.Katanya, salah satu contoh terbaik ialah program Sidang DUN 2.0 (Jom Pakat Bahas yang sesuai untuk golongan berkenaan.“Alhamdulilah, satu program yang sangat baik dan paling penting percambahan ilmu serta minda anak-anak kita dapat hasil yang sangat baik dan juga dapat melontarkan idea.“Mereka dapat berbahas dengan harmoni dan bagi saya ia satu pendekatan yang sangat baik untuk mendekatkan mahasiswa kepada keadaan sebenar persidangan DUN ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian di sidang media selepas program Sidang DUN 2.0 Persatuan Kebajikan Mahasiswa Anak Terengganu Universiti Putra Malaysia (PAKAT UPM) di Wisma Darul Iman, semalam.Menurutnya lagi, program tersebut penting kerana para pelajar dapat menyatakan hasrat dan idea mereka kepada kerajaan negeri."Lontaran fikiran para mahasiswa itu boleh saya lontarkan pada sidang DUN yang akan berlangsung pada bulan Mac nanti," ujarnya.Selain itu katanya, program itu juga dapat melatih dan membantu para pelajar mengatasi perasaan gemuruh ketika berucap dihadapan orang ramai.“Saya melihat program yang dijalankan pada kali ini menjadi saluran kepada mahasiswa dan mahasisiwi untuk menyuarakan pandangan mereka dalam memperbaiki kualiti graduan yang lebih baik sesuai dengan permintaan keperluan pasaran.“Keberkesan program ini juga mampu mengajar mahasiswa cara-cara atau teknik berkomunikasi dengan lebih baik bagi meningkatkan keyakinan untuk berucap dalam kalangan mahasiswa dan menunjukkan kepimpinan berwibawa dan berdaya saing,” jelas Zuraida. Justeru itu, beliau yakin dan percaya ia memberi satu manfaat yang besar khususnya kepada mahasiswa yang akan menjadi pelapis untuk mentadbir dan menguruskan kerajaan negeri Terengganu.
24 Jan 20
266
Abdul Hadi, Jannah Johan Qari, Qariah Terengganu
Abdul Hadi (dua dari kanan).BESUT, 24 Januari - Abdul Halim Che Abd Halim dan Nor Jannah Abd Rahman, masing-masing muncul johan qari dan qariah Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu 2020 malam tadi.Kedua-dua mereka menerima hadiah wang tunai RM8,000 berserta piala iringan dan sijil.Abdul Hadi, 27, yang juga bilal dan Penolong Pegawai Tadbir Yayasan Islam Terengganu (YIT) menganggap kemenangan itu sebagai rezeki buat keluarga dan anak-anaknya."Alhamdulillah, saya cukup berpuas hati dengan persembahan pada kali ini, saya lebih tenang, yakin dan gembira apabila membaca al-Quran di atas pentas."Pada awalnya saya tidak menyangka dapat mempertahankan gelaran ini kerana cabaran tahun ini sangat sengit terutamanya qari daripada keluarga Ali (Hafas)," katanya semasa ditemui pemberita, di sini.Bilal Masjid Abidin itu memperoleh 91.83 markah, meninggalkan Mohd Zaky Ismail (90 peratus) serta Mohd Hafas Ali (87.66 peratus) di tempat kedua dan ketiga.Nor Jannah.Sementara itu, Nor Jannah, 29, dari Setiu berkata, meskipun bergelar juara qariah dan memperoleh markah 90.65, beliau tetap bertekad untuk terus memperbaiki mutu bacaannya.Jelasnya, peringkat kebangsaan nanti pastinya akan menjadi medan terbaik untuk menguji tahap ilmu yang ada pada dirinya."Taranum, tajwid serta suara antara elemen yang akan dipelajari dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa," ujarnya.Dalam majlis itu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan hadiah kepada semua pemenang di Dewan Merdeka, Kota Putera Square, Kampung Raja.Turut berangkat, Permaisuri Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.Hadir sama, Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Zahari Md Azahar.Kedua-dua juara qari dan qariah akan mewakili Terengganu bagi Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Sabah pada 13 hingga 22 Februari ini.
23 Jan 20
1294
'Kita Dah Bantu Yasmin' - Hanafiah Mat
Hanafiah turun melihat sendiri keadaan tempat tinggal Yasmin sekeluarga.KUALA TERENGGANU, 23 Januari- Kerajaan negeri mengambil langkah segera menyediakan tempat tinggal sementara bagi membantu wanita warganegara Myanmar, Yasmin Fayas Ahmad, 28, yang tular di media sosial kerana tinggal bersama tiga anaknya, di kawasan hutan Bukit Bayas, di sini.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat meninjau keadaan keluarga tersebut memaklumkan, langkah itu sebagai penyelesaian jangka pendek yang sesuai buat masa ini.“Kami dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) akan menempatkan keluarga ini di Rumah Sejahtera di Bukit Payung yang diuruskan oleh badan bukan kerajaan (NGO).Hanafiah mendengar penjelasan Yasmin tentang kesukaran yang dialaminya. “Kita ambil inisiatif ini secara serta-merta kerana dia dan anak-anaknya memiliki kad Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) dan wajar diberikan perlindungan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi tersebut, semalam.Hadir sama dalam tinjauan tersebut ialah Pengarah JKM Terengganu, Zuhami Omar.Hanafiah menjelaskan, siasatan seterusnya akan dilakukan oleh pihak JKM untuk menentukan di mana mereka akan ditempatkan pada masa akan datang.“Hasrat kerajaan negeri ialah memastikan golongan ini sentiasa diberikan perhatian. Kita tiada peruntukan khusus untuk perkara ini, tetapi ada peruntukan untuk menyediakan prasarana yang turut diumumkan dalam pembentangan Belanjawan Terengganu 2020, lalu.Keadaan kawasan tempat tinggal Yasmin.“Setakat ini, bajet meluluskan untuk kita membina sebuah rumah orang tua dinamakan Raudhatul Jannah dan dua buah rumah gelandangan di Kemaman."Kita akan berusaha secepat mungkin supaya dua buah rumah yang diberikan Pusat Latihan Antarabangsa (ITC) di Teluk Kalong, Kemaman dapat dibaik pulih serta-merta dan sebuah rumah milik kerajaan negeri untuk dibaiki segera,” katanya.Terdahulu, kisah kehidupan Yasmin bersama anak-anaknya yang berusia 8 tahun, 3 tahun dan setahun, tersebar melalui media sosial.Yasmin, warga Myanmar mengalami kesukaran hidup setelah suaminya yang juga warga asing ditahan pihak Jabatan Imigresen Malaysia, empat bulan lalu.
23 Jan 20
103