Artikel "Utama" Terkini
Demografi Faktor Masjid Jambu Bongkok Dibesarkan - MB Terengganu
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.MARANG, 8 Februari - Kerajaan negeri memperbesar Masjid Jambu Bongkok kerana faktor demografi dan laluan strategik.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, antara faktor yang menjurus kepada pembesaran masjid tersebut adalah demografi penduduk yang meningkat jumlahnya sejajar dengan perubahan masa.Selain itu katanya, kedudukan masjid yang terletak di tepi jalan laluan utama menjadikannya antara tempat persinggahan pilihan musafir menunaikan solat.“Ini turut ditambah dengan kehadiran pengunjung ke Kampung Jambu Bongkok dari semasa ke semasa sama ada daripada pengunjung tempatan mahu pun luar negeri kerana landskap dan pantainya yang menarik,” jelas beliau.Dr Ahmad Samsuri berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Masjid Jambu Bongkok di sini semalam.Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah mencemar duli berangkat merasmikan masjid tersebut diiringi Menteri Besar dan Ahli Dewan Pangkuan Diraja negeri, Syeikh Harun Syeikh Ismail.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad dan Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.Jemaah yang hadir di Masjid Jambu Bongkok Marang, sempena Perasmian Masjid tersebut semalam.Mengimbau sejarah masjid itu, Dr Ahmad Samsuri berkata, masjid tersebut terletak dalam Mukim Merchang, kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan dan Parlimen Marang.Katanya, masjid ini mulanya dibina oleh Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 1963 di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh Puan Seri Abdul Kadir yang berkapasiti 500 jemaah.Menurut beliau, pada tahun 2017, kerajaan negeri telah meluluskan pembangunan semula Masjid Kampung Jambu Bongkok dengan peruntukan sebanyak RM7.1 juta.“Masjid yang tersergam indah dengan keluasan kira-kira 1,300 meter persegi ini mampu menampung sehingga 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa,” jelasnya.Dalam pada itu tambahnya, pada 4 Februari tahun lalu, masjid ini secara rasminya siap dibina dan Jabatan Kerja Raya Marang membuat penyerahan kepada pihak JHEAT.Sementara itu katanya, kerajaan juga berhasrat menjadikan beberapa masjid sebagai model yang boleh dijadikan contoh kepada masjid-masjid lain.Tujuannya adalah menjadikan masjid sebagai satu institusi informasi Islam yang membolehkan umat Islam dan manusia menangani, memahami, meyakini, mencintai dan menghormati Islam melalui masjid yang makmur.Di samping itu jelasnya, kerajaan juga menggerakkan masjid sebagai pusat ilmu dan pembangunan insan bersepadu serta sebagai pusat kecemerlangan yang mampu menyalurkan pelbagai nilai mulia kepada masyarakat.“Ia juga membudayakan kaedah pembelajaran sepanjang hayat sebagai sebahagian dari cara hidup masyarakat negeri Terengganu,” ujarnya.Justeru katanya, pegawai dan ahli jawatankuasa masjid seharusnya mengambil pendekatan proaktif bagi mengurus dan mengimarahkan masjid sebagaimana yang dilakukan di zaman Rasulullah SAW.“Dalam memantapkan kesepaduan dan kemajuan ummah kita perlu melihat dalam pespektif yang lebih luas.“Apa yang pasti kejayaan membangunkan sebuah negeri yang masyarakatnya majmuk tentunya memerlukan sokongan, kerjasama dan komitmen daripada seluruh lapisan masyarakat,” jelasnya lagi.Umat Islam juga katanya, wajib bersatu apa lagi dalam keadaan sekarang di mana umat Islam ditindas di serata dunia.
07 Feb 20
573
DUN Terengganu Bersama Rakyat
KUALA TERENGGANU, 8 Februari - Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu menjadi lebih mesra rakyat setelah beberapa pembaharuan dilaksanakan.Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato' Yahaya Ali berkata, pengurusan DUN akan membuka peluang seluas-luasnya kepada rakyat untuk bertukar maklumat dengan pihak kerajaan melalui lawatan, perbincangan dan perbahasan."Sebenarnya ini adalah meneruskan tradisi yang ada dalam DUN untuk menggalakkan lebih ramai pelawat datang dari semasa ke semasa."DUN adalah satu institusi yang penting dalam kerajaan dan jika ada peluang dan kesempatan kita akan berdialog dengan isu-isu yang berbangkit," jelasnya.Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada badan bukan kerajaan (NGO) GENERASI bersama seluruh Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Wilayah Terengganu di Wisma Darul Iman di sini kelmarin.Turut hadir, Pengerusi GENERASI, Naraza Muda.Menurutnya, MPKK dan GENERASI boleh membangkitkan isu-isu yang berkait dengan kerajaan negeri."Saya rasa puas hati dengan apa yang mereka lakukan pada hari ini yang menggambarkan hasrat mereka untuk membantu kerajaan terutamanya dalam isu-isu yang berbangkit dari semasa ke semasa," ujar beliau.Sementara itu, beliau juga menyarankan pihak yang terbabit agar mencari jalan untuk menangani masalah sosial yang berterusan berlaku di kawasan Felda.
07 Feb 20
46
Sultan Mizan Rasmi Masjid Jambu Bongkok Terengganu
Sultan Mizan (tengah) berkenan menandatangani plak Majlis Perasmian Masjid Jambu Bongkok Marang.MARANG, 8 Februari - Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah berkenan merasmikan Masjid Jambu Bongkok di sini semalam.Sultan Mizan mencemar duli berangkat ke masjid berkenaan diiringi Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ahli Dewan Pangkuan Diraja Terengganu, Syeikh Harun Syeikh Ismail serta pengiring-pengiring.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Yahaya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Mat Azmi Arshad, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faizal Tun Abdul Razak dan ahli-ahli jawatankuasa majlis perasmian masjid berkenaan.Sultan Mizan mencemar duli bersalaman dengan orang ramai selepas selesai solat jumaat di Masjid Jambu Bongkok Marang.Kemudian dipohon limpah berkenan ke bawah duli Tuanku Sultan oleh Tun Faisal untuk baginda berangkat ke dalam masjid bagi mengikuti persembahan acara majlis perasmian.Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri menyembah ucapan ke bawah duli Tuanku Sultan menyentuh sejarah dan peranan masjid dalam masyarakat.Sultan Mizan bertitah menyatakan peranan masjid untuk perpaduan umat Islam dan melaksanakan aktiviti bermanfaat bagi ahli kariah setempat.Bacaan doa oleh Mufti Terengganu, Dato’ Dr Zulkifly Muda sejurus selesai Tuanku Sultan bertitah di majlis tersebut sekali gus menjadi khatib dan imam Solat Jumaat di masjid berkenaan.Seterusnya Tun Ahmad Faisal menghadap dan memohon limpah perkenan ke bawah duli Sultan Mizan untuk berangkat ke majlis jamuan tengahari.Selesai majlis itu Tuanku Sultan berangkat balik diiringi Dr Ahmad Samsuri dan Syeikh Harun serta pengiring-pengiring.
07 Feb 20
697
‘Pembinaan Surau Dan Masjid Perlu Ikut Peraturan’ - Titah Sultan Mizan
LSultan Mizan Zainal Abidin.MARANG, 8 Februari - Sultan Terengganu, Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah menyeru kerajaan negeri mengambil tindakan segera kepada pihak yang membina masjid dan surau serta menaik taraf surau kepada masjid tanpa mendapat kelulusan dan tidak mengikut peraturan yang sepatutnya.Sultan Mizan bertitah mengingatkan semua pihak supaya setiap pembinaan masjid, surau dan menaik taraf surau kepada masjid di negeri ini perlu sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.“Beta mengingatkan semua pihak supaya setiap pembinaan masjid, surau dan menaik taraf surau kepada masjid di negeri ini hendaklah sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.“Beta menyeru kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) dan jabatan-jabatan lain yang berkaitan mengambil tindakan segera sekiranya ada pembinaan masjid, surau atau menaik taraf surau kepada masjid tanpa mendapat kelulusan dan tidak mengikut peraturan yang sepatutnya,” titah baginda ketika merasmikan Masjid Jambu Bongkok di sini semalam.Sultan Mizan (dua dari kanan) menandatangani plak perasmian Masjid Jambu Bongkok Marang.Turut hadir mengiringi keberangkatan Sultan Mizan ke masjid berkenaan, Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Ahli Dewan Pangkuan Diraja Negeri, Syeikh Harun Syeikh Ismail.Sultan Mizan seterusnya menyeru agar masjid dijadikan sebagai tempat menyatupadukan ahli kariah di samping pusat pengembangan spiritual masyarakat setempat.“Beta menyeru agar kita semua berusaha bersungguh-sungguh dengan menjadikan masjid bukan hanya sebagai mercu tanda syiar umat Islam dan tempat kita melakukan solat berjemaah, membaca al-Quran, beriktikaf dan beribadah yang lain semata-mata.Sultan Mizan (tengah) bersalaman dengan orang ramai selepas selesai solat Jumaat di Masjid Jambu Bongkok Marang.“Bahkan masjid perlu dijadikan sebagai pusat kegiatan yang memberi manfaat dan tempat menyatupadukan ahli kariah serta ianya perlu dijadikan pusat pengembangan spiritual masyarakat setempat,” titah Tuanku Sultan.Sultan Mizan juga mengingatkan ahli jawatankuasa masjid agar menjalankan tanggungjawab dan amanah yang dipegang dengan memastikan semua arahan yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya JHEAT mengenai hal ehwal masjid dipatuhi dengan sebaik mungkin.“Beta berdoa supaya sumbangan bakti jawatankuasa masjid yang memastikan masjid diimarahkan akan diberi ganjaran pahala oleh Allah dan dikira sebagai amal soleh.“Mengambil kesempatan pada saat ini juga beta menyeru anak mukim masjid ini agar sama-sama dapat mengimarahkan rumah Allah ini dan menjadikan masjid tempat untuk mendidik, membentuk diri kita untuk menjadi Muslim yang berjiwa murni, berakhlak terpuji dan bertakwa,” titah baginda lagi.
07 Feb 20
119
SMAASZA Lakar Sejarah Peringkat Antarabangsa
Foto: Harian MetroKUALA TERENGGANU, 7 Februari - Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA) Batu Buruk, Kuala Terengganu melakar sejarah di Thailand selepas meraih pingat emas dalam Pertandingan Pameran Harta Intelek, Rekacipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa di Bangkok, Thailand hari ini.Lebih membanggakan kumpulan inovasi yang terdiri daripada empat pelajar Wan Ahmad Aqil Zakwan Wan Mohd Faidzal, 17; Nurul AisyahMustaffa, 17; Nur Anis Farzana Abdul Malik, 15, dan Che Nur Amni Che Rusdi, 15, turut meraih anugerah khas Persatuan Perekacipta dan Usahawan Wanita Dunia yang beroperasi di Korea Selatan.Dalam pertandingan itu, kumpulan yang mendapat bimbingan daripada guru sekolah berkenaan, Saripah Embong mempertaruhkan produk pencuci pelbagai kotoran menggunakan tumbuhan semula jadi, AVER Clean Liquid.Produk yang dihasilkan mereka itu juga sesuai dijadikan pembersih tangan dan pencuci pinggan kerana ia tidak menghakis tangan dan kulit.“Produk kajian SMAASZA ini adalah satu larutan semula jadi pelbagai fungsi yang mampu menanggalkan kotoran seperti tanda dakwat, cat, karat air, gam, getah nangka dan kotoran pada permukaan dinding, lantai, meja, cermin serta papan putih.“Kejayaan ini begitu menggembirakan kami lebih-lebih lagi ia kejayaan yang ke-10 dalam pelbagai pertandingan inovasi termasuk pertandingan di Crotia pada 2018 dan Korea Selatan tahun lalu,” katanya ketika ditemui selepas diumumkan sebagai pemenang dalam majlis yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bangkok.Program yang turut mendapat kerjasama daripada kerajaan negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMAASZA itu turut dihadiri Pengetua SMAASZA Engku Abdullah Engku Dalam Ahmad.Peserta termuda SMAASZA, Nur Anis Farzana berkata, dia bersyukur kerana penyertaan kali pertamanya berjaya meraih pingat emas di peringkat antarabangsa.“Saya tidak menyangka boleh menyuarakan hujah di depan juri kerana saya seorang pemalu tetapi dengan bimbingan guru, saya mampu melakukannya dan kemenangan ini bukan hanya milik saya sahaja tapi ia buat semua warga SMAASZA yang menyokong secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan produk ini menempa kejayaan di peringkat antarabangsa.Sebanyak 1000 inovasi membabitkan 28 negara menyertai pertandingan selama lima hari bermula 2 Februari lalu termasuk 84 pasukan dari Malaysia bawah pengurusan Persatuan Penyelidikan dan Inovasi Malaysia (MYRIS).
07 Feb 20
286
Pemidato Hebat Mampu Mempengaruhi Pendengar
KUALA TERENGGANU, 6 Februari - Pemidato yang hebat mampu memukau, mempengaruhi serta menaikkan semangat mereka yang mendengarnya termasuk mengubah pandangan masyarakat melalui pidato yang disampaikan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ia boleh membangkitkan masyarakat yang sedang lena malah boleh menjatuhkan kuasa yang besar dengan kehebatan yang mereka ada."Apabila kita mendengar pemidato yang hebat, maka kita merasakan seolah-olah berada di suatu tempat berbeza dan bayangkan ribuan orang sanggup menunggu untuk mendengar apa yang hendak disampaikan."Oleh itu, untuk menjadi pemidato yang hebat, tidak cukup dengan apa yang kita ketahui serta bacaan dan susunan bait-bait yang indah kerana kita perlu bersama masyarakat merasai denyut nadi rakyat, supaya dapat dirasai oleh pendengar."Sampaikan kepada masyarakat apa yang hendak disampaikan, kejutkan mereka, bangkitkan mereka dengan berita yang sahih dan jangan ada perkara-perkara yang tidak benar, yang direka, tidak jelas, fitnah dan sebagainya," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan pertandingan Pidato Piala Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Terengganu Peringkat Kebangsaan Tahun 2020 di Dewan Konvensyen Wisma Darul Iman, di sini semalam.Turut hadir, Presiden Majlis Belia Malaysia, Jufitri Jona dan Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Mohd Nizam Omar.Penganjuran kali pertama yangbertemakan 'Belia Pencetus Revolusi Negara' berjaya menarik penyertaan seramai 67 peserta yang terdiri daripada 40 pelajar sekolah menengah dan 27 kategori terbuka.Bagi kategori sekolah menengah, Yasmin Suffiyah Muhammad Ilias dari Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Alawiyah, Kangar, Perlis dinobatkan sebagai johan.Beliau membawa pulang piala pusingan, piala iringan, piala johan, wang tunai RM800 dan sijil penyertaan.Manakala Amiruddin Abd Rahman dari Universiti Pertanian Malaysia bergelar johan bagi kategori terbuka dan membawa pulang piala pusingan, piala iringan, piala johan, wang tunai RM1,000 dan sijil penyertaan.
07 Feb 20
746
Lebih 20,000 Bakal Banjiri Himpunan Daie Ummah Nusantara Terengganu
KUALA TERENGGANU, 6 Februari - Himpunan Daie Ummah Nusantara Terengganu Sejahtera yang menampilkan dua tokoh dakwah kesayangan ummah di negara ini dijangka mampu menarik minat kira-kira 20,000 peminat dan penduduk.Dua tokoh terkemuka itu adalah Ustaz Abdul Somad, berasal dari Indonesia dan Ustaz Azhar Idrus.Program anjuran Akademi Didik Ulamak Amilin Terengganu (DUAT) itu bermula kira-kira jam 7.00 malam, sebelum berakhir pada 12.00 tengah malam.Lokasi himpunan diadakan di Dataran Drawbridge, Hujung Tanjung Seberang Takir, Kuala Nerus pada 8 Februari (Sabtu) ini. Pengarah DUAT, Muhammad Ramlan Mahmood, Ustaz Abdul Somad dan Ustaz Azhar Idrus adalah tokoh yang sudah dikenali ramai dan disegani pelbagai pihak.“Jadi untuk mencapai sasaran lebih 20,000 pengunjung untuk hadir ke himpunan itu insya-Allah tidak menjadi masalah.“Berdasarkan pengisian yang dirancangkan, program itu akan dimulakan dengan Kuliah Maghrib yang disampaikan Ustaz Azhar Idrus sebelum berakhir dengan acara kemuncak iaitu Ceramah Perdana oleh Ustaz Abdul Somad,” katanya.Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung melalui TV Darul Iman di Pejabat Urusetia Penerangan Darul Iman, petang ini.Himpunan itu dijangka dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.
06 Feb 20
114
Terengganu Bincang Manfaat Maksima Lembah Silika
Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.KEMAMAN, 6 Februari - Kerajaan negeri akan memperincikan perbincangan mengenai hala tuju berkait projek silika di negeri Terengganu ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk dibuat pertimbangan selanjutnya.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, apa yang dibincangkan akan diperkemaskan dalam merangka langkah seterusnya yang boleh diambil untuk memperkasakan projek Lembah Silika Terengganu.“Pebincangan hala tuju ini menjelaskan bagaimana negeri boleh mengambil manfaat semaksima mungkin dalam urusan silika dan mendatangkan kebaikan kepada rakyat Terengganu.“Kita dalam peringkat akhir untuk memperkemaskan projek ini supaya manfaat yang diperoleh Kerajaan Terengganu adalah maksima dan mengurangkan masalah yang timbul dari segi alam sekitar,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) selepas sesi taklimat tersebut di Kijal, di sini hari ini.Beliau menjelaskan, proses yang dilaksanakan kilang pemprosesan pasir silika di Bari, Setiu setakat ini hanya berlangsung pada satu peringkat dan bukan sepenuhnya kepada penghasilan produk.“Setakat ini, yang sedia ada dan telah beroperasi adalah di Setiu di mana mereka mengambil silika serta diproses, sempurnakan lalu dijual kepada pembeli-pembeli iaitu syarikat-syarikat yang berkait dengan penggunaan silika.“Kita sedang berbincang dengan syarikat-syarikat yang boleh menghasilkan produk akhir supaya aktiviti itu tidak tertumpu kepada proses silika semata-mata, tetapi lebih daripada itu," katanya.Berdasarkan rekod, projek silika yang dibangunkan Kumpulan Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd. (TSC) sejak 2017 itu mencatatkan pengeluaran bahan galian yang telah mencecah 500,000 tan metrik sehingga kini.
06 Feb 20
162
Imtiaz Berupaya Lahirkan Lebih Ramai Teknokrat
Shaharizukirnain.Oleh : Muhammad A RahmanSETIU, 6 Februari – Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Yayasan Islam berupaya untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik seiring dengan pendidikan agama.Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadir berkata, pelajar Imtiaz merupakan harapan bagi rakyat Terengganu dalam mendepani cabaran semasa yang melingkari isu Islam.Ini kerana katanya, terlalu banyak salah faham yang berlaku dalam kalangan masyarakat dan ia memerlukan golongan penghafal al-Quran sebagai pemimpin.“Kita perlukan lebih ramai profesional teknokrat yang hafiz kerana al-Quran adalah benteng yang kuat dalam menghadapi cabaran umat luar sana,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Pelancaran Angkasakan Kecemerlangan dan Pemantapan Target Pentaksiran Tingkatan tiga (PT 3) anjuran SM Imtiaz Yayasan Islam di sini hari ini.Tambahnya lagi, penambahan peruntukan sektor pendidikan dalam Bajet 2020 baru-baru ini menunjukkan kerajaan negeri serius dan komited bagi menjulang pendidikan di Terengganu.Selain itu, beliau juga berkata, Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) dan Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) yang dibina oleh kerajaan negeri bukanlah untuk bersaing dengan Imtiaz tetapi untuk melengkapi antara satu sama lain.“SRIDI, SMIDI bukanlah saingan bagi Imtiaz tetapi untuk menggalakan pendidikan agama semua peringkat.“Kita harap kedua-dua sekolah ini dapat memberi contoh terbaik kepada sekolah lain di luar sana,” jelas beliau.
06 Feb 20
156
Abdul Hadi Rasmi SRIDQ Terengganu
MARANG, 6 Februari - Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang tiba di Sekolah Rendah Islam Darul Quran (SRIDQ) bertempat di Masjid Rhu Muda pagi tadi bagi merasmikan bangunan sementara sekolah berkenaan.Ketibaan beliau bersama isteri, Datin Seri Norliza Taat disambut Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Hassan Awang serta kepimpinan tertinggi PAS Marang.SRIDQ yang memulakan sesi pembelajaran pada 1 Januari lalu, kini mempunyai 37 pelajar dengan enam tenaga pengajar serta tiga kakitangan sokongan.Hassan dalam ucapannya berkata, SRIDQ merupakan salah satu daripada rangkaian sekolah-sekolah agama milik Dewan Ulama PAS Terengganu.“SRIDQ akan beroperasi di bangunan sementara yang terletak bersebelahan Masjid Rhu Muda ini sementara menunggu bangunan rasmi siap dibina di Bukit Kor.“Buat masa ini hanya dua kelas dibuka kepada pelajar Tahun Satu sahaja,” ujarnya ketika berucap di majlis berkenaan.Katanya, SRIDQ merupakan sekolah yang menekankan pendidikan agama dan al-Quran tanpa mengabaikan bidang akademik.
05 Feb 20
905