lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Himpunan Daie : Redah Lautan Manusia, OKU Teruja Aura Penceramah
Normelisa Mohd YadiOleh : Hidayah AzlinFoto : Pok AbasTerengganu, 9 Februari – Kekurangan diri tidak pernah mematahkan semangat dua Orang Kurang Upaya (OKU) meredah lautan manusia kerana begitu teruja dengan aura penceramah yang ditampilkan sempena Himpunan Daie Ummah Nusantara Terengganu Sejahtera.Normelisa Mohd Yadi, 22 salah seorang pelajar OKU dari Universiti Sultan Zainal Abidin, berkata walaupun terpaksa berkerusi roda dia tidak mahu terlepas peluang untuk meraih aura para penceramah yang julung kali bersiaran langsung di negeri ini."Saya jarang terlibat dengan ceramah tetapi bila peluang ini ada depan mata yang turut menyediakan pengangkutan, saya rebutlah untuk hadir.‘’ Lagipun, Dr H. Abdul Somad pun bukan selalu  datang. Selama ini pun kita tengok di ‘Youtube’ je. Apabila tengok depan-depan ni, kita boleh ambik aura dia,’’ katanya yang menderita sakit saraf akibat demam panas ketika berusia 11 tahun.Normelisa juga mengharapkan agar Kerajaan Terengganu meneruskan dan perbanyakkan program sebegini supaya dapat memurnikan lagi perpaduan dan kesatuan antara rakyat.‘’Selain boleh tengok orang ramai, dapat kawan baru, ilmu baru, kita juga dapat melihat ulama’. Ia suatu rahmat," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI) di tapak program, malam tadi.Menampilkan pendakwah nusantara, Ustaz Dr H. Abdul Somad dan Ustaz Azhar Idrus telah mencipta satu himpunan bersejarah buat rakyat Terengganu yang memecahkan panggung wayang.Seorang lagi peserta istimewa OKU lelaki dari Kampung Bukit Payung juga tidak menjadikan kekurangan diri sebagai alasan untuk turut serta HDUNTS.‘’ Walaupun seluruh badan saya lemah, terpaksa menggunakan  bantuan kerusi roda untuk bergerak, itu tidak menjadikan alasan untuk saya ‘ponteng’ ceramah Ustaz Dr H. Abdul Somad malam ini. ‘’ Alhamdulillah, tahniah kerajaan negeri yang berjaya menganjurkan program sehinggakan mendapat sambutan yang hangat. Kehadiran memang terbaik.‘’ Mesti buat lagi. Tampilkan para ustaz dan penceramah  yang lebih hebat dan terbaik lagi. Semoga kita terus menimba ilmu yang bermanfaat,’’ katanya.
08 Feb 20
279
Empty Image
Himpunan Daie: Tahniah Kerajaan Terengganu - Ustaz Azhar Idrus
Ustaz Azhar (kiri) berceloteh menjawab satu soalan yang dikemukakan oleh Ustaz Kamaruzaman.KUALA NERUS, 9 Februari - Daie Ummah, Ustaz Azhar Idrus mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Terengganu kerana menjayakan program Himpunan Daie Ummah Nusantara Terengganu Sejahtera (HDUNTS) di Dataran Drawbridge Hujung Tanjung Seberang Takir di sini semalam."Saya mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Terengganu semua telah bersusah payah menjayakan program Himpunan Daie Ummah Nusantara Terengganu Sejahtera."Terima kasih kepada rakyat Terengganu kerana kamu telah pun membanggakan pemimpin-pemimpin negeri Terengganu sebagai rakyat yang sukakan akhirat dengan berkumpulnya kita pada malam ini," katanya ketika berucap dalam Sesi Tazkirah Maghrib HDUNTS itu.Antara rakyat Terengganu menyertai HDUNTS sambil mendengar Ustaz Azhar menjawab soalan dari Ustaz Kamaruzaman.Kira-kira 50,000 umat Islam berhimpun di sini bagi mendengar dua orang Murabbi Ummah berucap termasuk Pendakwah Nusantara Dr H Abdul Somad dan Ustaz Azhar.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan pimpinan kerajaan negeri yang lain.Manakala Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS) Ustaz Kamaruzaman Abdullah hadir sebagai moderator sesi tazkirah tersebut.Ustaz Azhar seterusnya berharap kerajaan negeri akan mengatur banyak lagi program besar seumpama itu di masa akan datang.sebagai tanda rakyat Rakyat Terengganu suka berkumpul untuk bersatu padu.Antara muslimat yang hadir di HDUNTS di Dataran Drawbridge Hujung Tanjung Seberang Takir, di sini."Ingatan kita (saya) kepada seluruh umat Islam walau apa parti sekali pun bersatulah atas nama Islam untuk menyelamatkan Islam."Orang tolong agama Allah, Dia tolong orang itu daripada segenap penjuru. Kita buat semua ini kerana Allah, kita duduk berkumpul dapat rahmat, para malaikat pun melebarkan sayap, haiwan pun minta ampun bagi kita," ujarnya.
08 Feb 20
1027
Empty Image
Himpunan Daie : Hujan Lebat Tidak Halang 100,000 Banjiri ‘Drawbridge’
100,000 hadirin penuhi segenap ruang di Dataran Jambatan Angkat. Foto Oleh - Amiirullah Mansor.KUALA NERUS, 9 Februari - Hujan lebat di sekitar ‘Drawbridge’ tidak menghalang hampir 100,000 hadirin daripada berganjak dalam Himpunan Daie Nusantara Terengganu Sejahtera di sini semalam.Perhimpunan bagi mendengar pengisian daripada pendakwah terkenal nusantara, Dr Ustaz Abdul Somad menyaksikan kawasan lapang tersebut dipenuhi lautan manusia dari pelbagai daerah dan negeri.Sementara itu, siaran langsung di laman sosial Facebook turut mencatatkan tontonan melebihi 1 juta setakat jam 1.00 pagi hari ini.Acara bermula pada jam 6.30 petang dengan konvoi anak muda Terengganu dan dianggarkan sekitar 3,000 peserta menyertai perarakan tersebut.Barisan kepimpinan negeri bersama Ustaz Abdul Somad dan Ustaz Azhar.Program kemudiannya disusuli dengan kuliah Maghrib oleh Ustaz Azhar Idrus sebelum majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah selepas solat Isyak.Himpunan berkenaan turut diselitkan dengan kutipan amal untuk Tabung ‘Terengganu For Yaman’, dilaporkan kutipan yang berjaya dikutip melebihi RM80,000.Tinjauan media turut mendapati hampir 70 peratus pengunjung adalah golongan muda yang datang dari pelusuk Terengganu dan negeri jiranAntara generasi muda yang hadir. Foto Oleh - Pok Abbas.
08 Feb 20
676
Empty Image
Himpunan Daie : Terengganu Perkasa Pendidikan, Lahir Generasi Ulul Albab
Mohd Nor berucap di hadapan 50,000 rakyat  dari dalam dan luar Terengganu.KUALA NERUS, 9 Februari – Kerajaan Terengganu terus komited untuk memperkasakan pendidikan bermula dari usia kanak-kanak bagi melahirkan generasi Ulul Albab yang bakal memimpin negeri dengan acuan Islam.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, memahami cabaran besar dalam memperkasakan syariat Islam pihaknya percaya sistem pendidikan akan membina masyarakat yang mampu berhadapan dengan apa jua situasi.“Kita sedang menyediakan rakyat yang celik Islam dan memahami kewajipan memperjuangkan Islam ini melalui proses tarbiah atau pendidikan, bermula daripada peringkat kanak-kanak iaitu nurseri dan taska.“Kemudiaanya dengan penubuhan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) dan Sekolah Menangah Islam Darul Iman (SMIDI), Sekolah Imtiaz di seluruh daerah negeri Terengganu,” ujarnya.Generasi yang bakal memimpin negeri suatu hari nanti. Foto Oleh - Pok Abbas.Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar merasmikan Himpunan Daie Nusantara Terengganu Sejahtera di Dataran ‘Drawbridge’ di sini semalam.Mengulas lanjut, Mohd Nor memaklumkan, kerajaan negeri juga dalam usaha menubuhkan Kolej Universiti al-Quran Terengganu (KUQT) sebagai melengkapkan sistem pendidikan hingga ke peringkat pengajian tinggi.“Di samping itu, kita juga mempunyai banyak pondok, maahad tahfiz dan sekolah agama rakyat yang telah kita berikan bantuan untuk memastikan anak-anak kita semua dididik dengan ilmu-ilmu Islam.“Nanti, agama dan negeri ini akan dibangunkan dan dipertahankan oleh anak-anak kita ini. Mereka bukan sahaja profesional dalam kerjaya bahkan mempunyai fikrah Islam sebagai pedoman kehidupan,” tambah beliau.Himpunan tersebut dihadiri lebih 50,000 rakyat dari dalam dan luar Terengganu bagi mendengar pengisian yang disampaikan oleh pendakwah terkenal nusantara, Dr Ustaz Abdul Somad.Anak muda khusyuk mendengar pengisian. Foto Oleh - Pok Abbas.
08 Feb 20
152
Empty Image
Himpunan Daie : Peniaga Sup Utara Raih Rezeki Berganda
Oleh : Hailmey MansorKUALA TERENGGANU, 8 Februari - Seorang peniaga Sup Utara meraih hampir RM5,000 dalam tempoh enam jam berniaga di Himpunan Daie Ummah Nusantara Terengganu Sejahtera(HDUNTS).Mohd Noor Ismail dari Jerai, Kedah berkata dia mula meniaga pada jam lima petang sehingga 11 malam  dan teruja apabila jualan habis sebelum program berakhir.Mohd Noor IsmailDia yang berniaga hampir 30 tahuntelah merantau ke seluruh negeri di Semenanjung dan negeri Terengganu menjadi kegemarannya untuk mencari rezeki."Saya seronok berniaga di Terengganu kerana dapat lebih sedikit daripada biasa lebih-lebih lagi kehadiran malam ni menjangkau  hampir 50 ribu pengunjung."Alhamdulillah semua barang niaga saya habis dijual sebelum habis program," katanya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di tapak program. di sini, malam ini.Tambahnya lagi, Sup Utara Abang Noor cukup popular dikalangan pelanggan selama tempoh dia berniaga dan para pengunjung akan mencari gerai jualannya jika mengetahui tentang kedatangannya ke program.Sempena himpunan kali ini. sebanyak 25 kanopi dan 104 tapak kosong dibuka bagi memberi ruang para usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka.Rata-rata peniaga amat berpuas hati dengan hasil jualan mereka kerana laku dan mengharapkan program seumpama ini dapat dianjurkan lagi.
08 Feb 20
47
Empty Image
Himpunan Daie : Redah 500 KM Demi Daie Nusantara
Oleh : Hailmey MansorKUALA NERUS, 8 Februari - Demi secangkir ilmu, seorang pemuda sanggup meredah hampir 500km menaiki motosikal untuk mengikuti Himpunan Daie Ummah Nusantara Terengganu Sejahtera (HDUNTS) di pekarangan Jambatan Angkat (Drawbridge) malam ini.Afifi Zhakwan Mohd Nazeri.Afifi Zhakwan Mohd Nazeri, 24, lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, dia ingin melihat secara dekat Daie Nusantara iaitu Ustaz Abdul Somad dan Ustaz Azhar Idrus yang menjadi idolanya."Saya bonceng motosikal seorang diri dari Kuala Lumpur ke Terengganu untuk mendengar dan mengikuti secara dekat Ustaz Abdul Somad ini."Selain itu, boleh juga melihat secara dekat ikon terbaharu negeri Terengganu iaitu Drawbridge yang kini popular hampir seluruh negara," ujarnya kepada wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) ketika ditemui di perkarangan lokasi, di sini malam ini.Abdul Hadi Haron.Sementara itu, bagi Abdul Hadi Haron, 27, dia berkongsi rasa seronok apabila dapat membonceng motor secara beramai-ramai dan dapat bersama dai yang disayangi oleh semua rakyat."Seronok la bila dapat konvoi dengan dai yang dikenali ramai ni."Kita jadi koho (semakin) semangat bila dapat konvoi beramai-ramai ni," ujarnya.Konvoi yang diketuai oleh Pengarah Urusetia Belia,Sukan dan NGO, Ustaz Nasir Abdul Razak, Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzzaman Abdullah dan Pengarah Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI), Ustaz Soud Said.Program ini menghimpunkan dai yang popular iaitu Ustaz Azhar Idrus iaitu ikon anak muda negeri Terengganu dan Ustaz Abdul Somad yang cukup dikenali dan berpengaruh di Indonesia.
08 Feb 20
322
Empty Image
TLHT Garang Tumpaskan Pendahulu Liga
Pasukan TLHT bergambar selepas perlawanan.KUALA TERENGGANU, 8 Februari - Jaringan pemain kebangsaan, Siti Noor Amarina Ruhani melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-37, sudah cukup untuk membantu Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) menumpaskan Akademi Hoki Kuala Lumpur dalam aksi Liga Hoki Malaysia (Wanita) 2020, petang ini.Melayan kunjungan pendahulu liga itu di Stadium Hoki Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), tuan rumah menerapkan permainan bertahan untuk mengimbangi kekuatan serangan pelawat.Mohd Nasihin Nubli.Pengendali pasukan, Mohd Nasihin Nubli Ibrahim menyatakan, pasukannya bermain berdasarkan kekuatan yang dimiliki sebaiknya."Kami ikut kemampuan kami dan hari ini taktikal berjalan baik."Kita dapat bertahan dengan baik, bahagian serangan juga melakukan tekanan kepada lawan dengan baik," katanya.Siti Noor Amarina, penjaring tunggal perlawanan.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perlawanan tersebut, sebentar tadi.Jelasnya, walaupun barisan serangannya terdiri daripada pemain-pemain muda, mereka mempamerkan aksi yang baik dalam perlawanan."Sebelum ini mereka ada peningkatan, tetapi bertemu dengan pasukan kuat seperti ini kita kurang mendapat peluang menyerang.Penjaga gol TLHT, Guzal Bakhavaddin menjadi wira di gawang pasukan."Tetapi mereka melaksanakan tugas dengan baik sebagai pasukan," katanya.Berbaki tiga perlawanan lagi, Mohd Nasihin Nubli lebih fokus untuk mendapatkan mata penuh dalam setiap perlawanan mendatang."Selepas kita kalah tempoh hari, kita perlukan setiap mata dalam setiap 'game'."Pemain sudah tunjukkan kesungguhan mereka, jadi yang lain kita berserah pada Allah SWT. Kita buat mana yang mampu," katanya.Pemain meraikan kemenangan sebaik tamat perlawanan.
08 Feb 20
273
Empty Image
Himpunan Daie : Konvoi Anak Muda 'Sesakkan' Drawbridge
KUALA NERUS, 8 Februari - Kehangatan Himpunan Daie Nusantara di Dataran Drawbridge hari ini terserlah apabila lebih 2,000 anak muda dari seluruh Terengganu tiba di lokasi dengan bermotosikal.Acara yang bermula pada pukul 6.30 petang itu diketuai oleh Alternative Riding Club (ARC) sebagai simbolik anak muda cintakan majlis ilmu.Konvoi sejauh enam kilometer melalui beberapa lokasi bermula di Kompleks Sukan Gong Badak, merentasi Pantai Seberang Takir kemudian bergerak ke tapak program.Majlis akan bermula dengan pengisian daripada pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus pada petang ini.Kemudian disusuli dengan perasmian oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah sejurus selepas solat Isyak.Daie Nusantara, Ustaz Abdul Somad pula dijangka akan menyampaikan pengisian pada pukul 9.30 malam.
08 Feb 20
428
Empty Image
Kerajaan Negeri Rancang Pakej Pelancongan Daerah Marang
Ustaz Ariffin (berbaju kuning ) melepaskan itik untuk program menangkap itik sempena Festival Pecah Panggung Dataran Batu Putih Marang.MARANG, 8 Februari - Kerajaan negeri merancang mengadakan pakej pelancongan khusus mengenai daerah Marang termasuk Dataran Batu Putih. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan,  Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman berkata, beliau agak teruja dengan Dataran Batu Putih kerana yang menghidupkannya adalah masyarakat kampung dibantu oleh Pejabat Daerah Marang di bawah kendalian pegawainya, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.Katanya, Jabatan Pelancongan Negeri sentiasa memberikan sokongan untuk memajukan industri pelancongan di negeri ini. "Tahun lepas saya datang ke sini, naik bot lalu ikut dataran ini,  tidak ada apa-apa aktiviti yang dilakukan.Ustaz Ariffin Deraman. "Hari ini (7 Februari) sehingga esok, pelbagai program yang sangat menarik diadakan di sini, " jelasnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Festival Pecah Panggung Dataran Batu Putih di sini semalam. Apa yang menarik katanya, di dataran tersebut terdapat 'floating market' (pasar terapung) bersama program pelancongan lain.Suasana di Dataran Batu Putih tenang dan aman.Ini termasuk produk makanan tradisional seperti Lokan Bakar, Labu Feringgi Masak, Air Tuak Kelapa Matang, Manisan dan Pengat Pisang. Di samping itu, terdapat juga pertandingan menangkap itik, pasar terapung dan lain-lain. "Saya yakin Dataran Batu Putih akan mendapat sambutan yang lebih baik di masa akan datang," ujarnya. Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alur Limbat, Jabatan Pelancongan Negeri dan Pejabat Daerah Marang bekerjasama mempromosikan produk pelancongan daerah itu. "Exco Pelancongan ada kaedah promosi di peringkat negeri secara menyeluruh khususnya Dataran Batu Putih. "Kita (kerajaan negeri)  bercadang adakan program bulanan,  seperti program macam hari ini setiap bulan di peringkat awal,  maksudnya,  apabila orang sudah kenal Dataran Batu Putih mereka akan datang dengan sendirinya," jelas beliau.
08 Feb 20
698
Empty Image
LTdL 2020 : Jones Takluk Terengganu, Harrif Hampiri Podium
Peserta melalui jalan pantai di Marang.KUALA TERENGGANU, 8 Februari - Jaguh pecut ARA Sunshine Coast, Taj Jones memenangi peringkat kedua perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 sekali gus melonjak ke tangga ketiga kedudukan keseluruhan sebentar tadi.Pelumba kelahiran Australia itu menamatkan perlumbaan dari Kuala Terengganu ke Kerteh yang juga jarak terpanjang pada edisi kali ini sejauh 175.5 kilometer (km) dengan catatan masa empat jam lima minit 29 saat.Tempat kedua menjadi milik Maximilian Richard Walscheid dari pasukan NTT Pro Cycling Team, manakala Lecroq Jeremy dari pasukan B&B Hotels Vital Concept melengkapkan kedudukan podium.Pelumba terbaik Malaysia merupakan anak jati Terengganu, Harrif Salleh dari pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) dengan berjaya menduduki tempat kelima dari kedudukan ke-10 dalam peringkat pertama semalam.Dengan meraih tempat kelima tersebut, Harrif turut dinobatkan sebagai pelumba terbaik Asia pada peringkat kedua.Pelumba melalui Jambatan Marang.Sementara itu, meskipun menamatkan peringkat kedua di tempat ke-40, pelumba pasukan Vino Astana Motor, Yevgeniy Fedorov terus mengekalkan Jersi Kuning (keseluruhan), Jersi Hijau (pecut) dan Putih (pelumba terbaik Asia).Tidak banyak drama yang berlaku pada perlumbaan hari ini dengan pecahan solo yang dilakukan pelumba NTT Pro Cycling Team, Rylee Field berjaya ditangkap semula di dua km terakhir perlumbaan.Majlis pelepasan pelumba sebelah pagi tadi telah disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar diiringi Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Zahari Md Azhar dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.Peringkat ketiga esok akan bermula di Temerloh dan berakhir di Kuala Lumpur dengan jarak perlumbaan sejauh 162.5 km.Majlis pelepasan pelumba di Dataran Batu Buruk.
08 Feb 20
276