lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
LTdL 2020 : Harrif Saleh Laung Amaran Awal
Harrif Saleh.KUALA TERENGGANU, 6 Februari - Pelumba handalan pasukan Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Harrif Saleh melaungkan amaran awal apabila berjaya merangkul tempat kedua dalam aksi pemanas sebelum jelajah sebenar PETRONAS Le Tour De Langkawi (LTdL) 2020 bermula esok.Dalam acara Kriterium Antarabangsa Malaysia sejauh 90 kilometer yang berakhir sebentar tadi, Harrif berada di kelas tersendiri untuk mengatasi 112 peserta lain.Dengan hanya ketinggalan beberapa saat di belakang jaguh Jerman, Maximilian Richard Walscheid, Harrif pastinya sudah bersedia bagi mengharungi peringkat pertama di Kuching, Sarawak.Pada Sabtu ini, Terengganu akan menjadi tuan rumah dalam saingan berprestij antarabangsa itu dengan jarak 175.5 kilometer dari Kuala Terengganu ke Kerteh.Untuk saingan LTdL kali ke-25 ini, TSG menampilkan lima pelumba, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki, Mohd Harrif Saleh, Metkel Eyob, Artem Ovechkin, Drew Morey dan Carlos Quintero untuk merebut kejuaraan.
05 Feb 20
358
Empty Image
Kerajaan Negeri, Yayasan PETRONAS Rai Golongan Cina Kurang Berkemampuan
Ribuan masyarakat Cina berkumpul bersama kepimpinan negeri dan PETRONAS dalam Sentuhan Kasih.KEMAMAN, 6 Februari - Kerajaan negeri dengan kerjasama Yayasan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baharu Cina kepada 400 penduduk kurang berkemampuan di sekitar Kemaman.Sumbangan hamper dan angpau bernilai RM200 itu disampaikan Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bersama Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Dato' Wan Mohd Hasnan Abdullah dalam Majlis Sentuhan Kasih di Dewan Komuniti Cina Kemaman, semalam.Menurut Wan Mohd Hasnan, sumbangan tersebut merupakan salah satu komitmen berterusan pihaknya dalam meringankan beban golongan kurang berkemampuan."Ia juga merupakan satu usaha PETRONAS dan kakitangannya mendekati masyarakat setempat.Dato' Wan Mohd Hasnan."Tahun ini, seramai 1,500 golongan kurang bernasib baik diraikan di seluruh negara dengan kerjasama kerajaan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan kakitangan PETRONAS," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sentuhan Kasih sempena sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Terengganu itu, semalam.Beliau turut merakamkan rasa terima kasih atas kerjasama kerajaan negeri dalam membantu menyantuni masyarakat setempat."Sejak 2005, PETRONAS telah melaksanakan pelbagai program tanggungjawab sosial (CSR) untuk menyumbang kesejahteraan masyarakat di negara ini."Sentuhan Kasih telah diadakan setiap kali perayaan utama di Malaysia," katanya.Yayasan PETRONAS sebagai cabang CSR syarikat berhasrat untuk  menghasilkan kesan lestari,  meningkatkan kualiti hidup dan taraf sosioekonomi masyarakat menerusi bidang tumpuannya iaitu pendidikan, kesejahteraan dan pembangunan masyarakat serta pemuliharaan alam sekitar.Dr. Samsuri beramah mesra bersama salah seorang wakil persatuan Tionghua di Kemaman.
05 Feb 20
331
Empty Image
598 Peserta Tanah Terkilan Terima Borang 5A - MB Terengganu
Dr. Samsuri menyerahkan borang 5A kepada salah seorang peserta.KEMAMAN, 6 Februari - Seramai 598 peserta tanah terkilan daerah Kemaman menarik nafas lega apabila akhirnya menerima borang 5A bagi tanah-tanah yang telah dipohon sejak 20 tahun lalu.Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar memaklumkan, sebanyak 561 tapak rumah dan 37 tanah pertanian peserta terkilan melibatkan 14 Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) di seluruh daerah tersebut berjaya diserahkan."Alhamdulillah, ini adalah usaha yang kita laksanakan dari daerah Besut hingga ke Kemaman dan ia masih berterusan sehingga kini.Kerajaan negeri komited selesaikan isu tanah terkilan - Dr. Samsuri."Sebagaimana yang saya pernah sebut, cabaran di daerah tertentu adalah mengenal pasti tanah yang sesuai untuk diberikan," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Borang 5A bagi daerah Kemaman di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman, semalam.Hadir sama dalam majlis itu ialah Yang Dipertua  Dewan Undangan Negeri, Dato' Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Zahari Md Azahar, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita & Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat dan Tengku Bijaya Raja, Pengarah Tanah dan Galian Terengganu.Dr. Samsuri turut menyatakan, sepanjang hampir dua tahun memerintah, kerajaan negeri telah berjaya menyelesaikan penyerahan sebahagian daripada tanah-tanah terkilan di seluruh daerah."Keseluruhan bilangan lot tanah terkilan yang direkodkan dalam  negeri adalah sebanyak 13,272 lot."Sehingga penghujung Disember tahun lalu, kita menerima sebanyak 9,153 permohonan dan berjaya menyerahkan sebahagian besar daripadanya," katanya.Beliu juga menasihatkan para peserta yang berjaya memiliki tanah supaya memanfaatkan pemberian tersebut di samping menunaikan kewajipan kepada negeri seperti pembayaran premium dan cukai tanah."Pemilikan tanah merupakan satu perkara yang dekat dengan rakyat. Ia sesuatu yang sangat penting bagi kita, yang menjadi tempat berpijak, tempat meneruskan hidup kita."Bagi yang belum selesai, insya-Allah, kerajaan negeri akan sentiasa mencari jalan untuk menyelesaikan urusan tersebut.
05 Feb 20
422
Empty Image
MB Terengganu Seru Rakyat Kekal Keharmonian
Dr. Samsuri bersama Exco Kebajikan Negeri, Hanafiah Mat dan Pegawai Daerah Kemaman, Mohamad A. Rahman bersama sebahagian penduduk Tionghua Kemaman.KEMAMAN, 6 Februari - Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyeru seluruh rakyat Terengganu untuk mengekalkan keharmonian yang wujud dalam negeri.Jelasnya, walaupun berbeza agama dan bangsa, semuanya mendiami tanah air yang sama dan menghirup udara yang sama."Kita adalah rakyat Terengganu dan rakyat Malaysia, tugas kita adalah memupuk keharmonian tidak kira di mana berada," katanya.Dr. Ahmad Samsuri.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sentuhan Kasih Sempena Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Terengganu di Dewan Komuniti Cina Kemaman, semalam.Tambahnya, seharusnya semua pihak bersyukur dan gembira dapat bersama meraikan sambutan perayaan pelbagai kaum tanpa sebarang masalah."Ini menunjukkan bahawa kita boleh hidup secara bersama dalam Terengganu ini. "Program ini juga menjadi medan untuk kita beramah mesra dan kenal antara satu sama lain sebagai usaha untuk hidup harmoni dalam negeri yang permai ini," katanya.Majlis Sentuhan Kasih di Kemaman.Dalam program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Pantai Timur itu, sebanyak 400 penduduk kurang bernasib baik turut menerima angpau dan hamper makanan bernilai RM200 sebagai bantuan perayaan.Dr. Samsuri turut menyampaikan penyerahan tanah rumah mayat yang dijanjikan untuk kemudahan masyarakat Tionghua sebelum ini kepada Persatuan Tionghua Kemaman.Dr. Samsuri beramah mesra bersama salah seorang wakil persatuan Tionghua.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Yahaya Ali, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Mohd Zahari Md Azahar, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.
05 Feb 20
123
Empty Image
THT Berhempas Pulas Raih Tiga Mata
Aksi pemain THT dan TNB-T di Stadium Hoki Batu Buruk Kuala Terengganu.KUALA TERENGGANU, 5 Februari - Terengganu Hokey Team (THT) memungut tiga mata penuh dengan tiga jaringan berbalas dua, menumpaskan TNB Thunderbolts (TNB-T) dalam Perlawanan  Hoki Liga Premier di Stadium Hoki Batu Burok di sini hari ini. TNB-T memulakan aksi memungut jaringan pertama pukulan sudut penalti melalui Muhammad Fahmi Khalid pada minit ke-13 perlawanan. Bagaimanapun THT terus mengasak kubu lawan sehingga memperoleh pukulan sudut penyamaan 1-1 pada minit ke-15 melalui pukulan padu pemain import, Jang Jong Hyun.Pemain THT diasak pemain lawan.Pada minit ke-24 melalui hantaran tengah Mohd Fitri Saari, THT memperoleh tambahan jaringan 2-1 melalui Faizal Saari melepasi kawalan penjaga gawang TNB-T, Che Shahrul Azmi Che Saupi. Kemudian pada minit ke-42 TNB-T menyamakan kedudukan 2-2 apabila pemainnya dijatuhkan dalam kotak penalti. Sekali lagi Muhammad Fahmi membuat pukulan penalti 'stroke' melepasi kawalan penjaga gol THT,  Mohamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri.Akhirnya pada minit ke-55 THT mendapat mata penuh melalui Jang dengan pukulan sudut kencangnya melepasi kawalan penjaga gol lawan. 
05 Feb 20
321
Empty Image
'PERKESO Abai Kebajikan Pekerja' - Dr Mohd Khairuddin
Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.KUALA NERUS, 5 Januari - Tindakan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperketatkan syarat kelayakan untuk menerima rawatan percuma bagi pesakit buah pinggang tahap akhir adalah suatu pengabaian terhadap kebajikan dan kesihatan sejumlah besar pekerja di negara ini.Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, berdasarkan statistik, pada 2016 sahaja terdapat seramai 14,023 penerima kemudahan rawatan dialisis yang disediakan oleh PERKESO.Katanya, ini mewakili 35 peratus daripada 39,711 orang yang mengalami kegagalan buah pinggang dan menerima rawatan dialisis di seluruh negara."Jika syarat ini diperketatkan, pasti akan mengurangkan jumlah penerima sedangkan pada tahun ini dijangkakan jumlah pesakit buah pinggang ini adalah melebihi 50,000 orang dan mencecah 106,000 orang pada 2040 yang sebahagian besarnya sudah pasti adalah pekerja-pekerja yang berkhidmat untuk produktiviti isi rumah masing-masing dan negara," ujar beliau.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media yang disiarkan di status facebooknya hari ini.Menurut beliau, ditambah pula 64 peratus penerima rawatan dialisis ini juga menghidapi penyakit kencing manis atau diabetes. "Sekiranya golongan pekerja ini tidak diberikan bantuan rawatan, mereka pasti terjejas dengan beban kewangan yang lebih besar."Justeru, saya menggesa supaya Menteri Sumber Manusia memberikan maklum balas segera dan memainkan peranan sewajarnya supaya PERKESO menarik semula keputusan tersebut. "Sikap Menteri yang masih berdiam diri mengenai perkara ini adalah sangat mengecewakan," ujarnya.
04 Feb 20
62
Empty Image
Malaysia Tidak Perlukan PPSMI - MP Setiu
Shaharizukirnain (berdiri tengah).Oleh: Muhammad A RahmanSETIU, 5 Februari - Ahli Parlimen Setiu menggesa Kerajaan Persekutuan mengekalkan sistem pendidikan sedia ada dan membantah pelaksanaan semula Dasar Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, ini kerana kegagalan PPSMI sudah terbukti sejak ia diperkenalkan beberapa tahun yang lalu.Katanya, pentaksiran yang dilakukan oleh ‘Trends in International Mathematics and Science Study’ (TIMSS) dan ‘Program for International Students Assessment’ (PISA) menunjukkan penurunan ketara prestasi pelajar setelah PPSMI dilaksanakan.“Pelaksanaan PPSMI kali kedua atau PPSMI 2.0 akan memudaratkan para pelajar khususnya mereka yang berada di kawasan luar bandar.“Mereka bukan sahaja berdepan dengan masalah memahami konsep Sains dan Matematik, malah turut dibebani dengan pembelajaran subjek tersebut dalam bahasa Inggeris jika ia diteruskan,” ujar beliau dalam kenyataan media hari ini.Menurut beliau, Kerajaan Pusat seharusnya menyelesaikan polemik yang lebih penting seperti bantahan penggunaan jawi dalam kalangan pelajar dan isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).“Saya juga memohon agar kerajaan berhenti menjadikan pelajar sekolah rendah dan menengah sebagai bahan kajian yang akhirnya memangsakan para pelajar,” tambah beliau.Pada 31 Januari, Perdana Menteri, Dr Mahathir yang juga pemangku Menteri Pendidikan mengumumkan bahawa bahasa Inggeris akan digunakan semula untuk pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah bagi menggalakkan penggunaan bahasa antarabangsa itu.
04 Feb 20
51
Empty Image
KPDNHEP Terengganu Rampas 571 Pakaian Berjenama
MARANG, 5 Februari - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu (KPDNHEP) berjaya merampas 571 helai pakaian bernilai RM19,985 yang dipakaikan cap dagangan secara salah menggunakan jenama Adidas melalui Ops Jeriji yang dijalankan bersama wakil pemilik cap dagang berdaftar.Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP negeri, Nor Azmi Lamisza berkata, dua lelaki telah ditahan di premis perniagaan yang diserbu di Bukit Payung, Marang bagi membantu siasatan.Katanya, ia adalah hasil risikan dan aduan pemilik cap dagang yang kemudiannya berjaya membongkar aktiviti peniaga yang tidak beretika dan ingin mendapatkan keuntungan dengan cara yang mudah sehingga mengabaikan kepentingan pengguna.“Hasil pemeriksaan di premis pertama di Jalan Kuala Berang, pihak kami merampas sejumlah 139 helai baju jersi dan 192 helai seluar yang dipakaikan cap dagangan secara salah dengan nilai rampasan dianggarkan RM11,585.“Sejumlah 240 helai seluar turut dirampas di premis kedua yang terletak di Pekan Bukit Payong dengan anggaran nilai sitaan RM8,400.“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagang 2019 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 100(1)(ii) di bawah akta yang sama. Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjara sehingga tiga  tahun atau kedua-duanya,” ujar beliau dalam satu kenyataan media hari ini. Tambahnya, bagi kesalahan kedua atau berikutnya, didenda sehingga RM20,000 bagi setiap barang yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau dipenjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.Sementara itu, pihak KPDNHEP negeri menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati dan bijak memilih pakaian berjenama dalam pasaran supaya tidak terpedaya dengan taktik sesetengah peniaga yang tidak beretika dan cuba mengambil keuntungan yang mudah. KPDNHEP turut mengalu-alukan kerjasama daripada pengguna untuk menyalurkan maklumat melalui saluran yang telah ditetapkan bagi memastikan para peniaga sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan. i)                    Talian Bebas Tol 1-800-886-800ii)                   Aduan melalui aplikasi whatsapp 019-279 4317  Iii)          Aduan secara atas talian http://eaduan.kpdnhep.gov.myiv)          SMS aduan ke 15888 dengan menaip KPDNHEP ADUANv)           Aplikasi telefon pintar EZAdu KPDNHEP vi)          Media Sosial Tweeter dan Facebook KPDNHEP vii)         Lapor/ hadir sendiri ke pejabat terdekat.
04 Feb 20
659
Empty Image
Tindakan Lelaki Menyerupai Wanita Di Tanah Suci, Mempersendakan Agama Dan Syariat
Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda.KUALA TERENGGANU, 5 Februari - Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda berpandangan bahawa tindakan seseorang lelaki yang menyerupai wanita atau sebaliknya ketika melaksanakan ibadah di tanah suci sebagai mempersendakan agama dan hukum syariat serta memperlekehkan Mekah dan Madinah.Menerusi satu hantaran dalam laman Facebook Dr. Zulkifly Muda, semalam, beliau menjelaskan persoalan hukum perbuatan tersebut adalah haram kerana ibadah yang dilakukan wajib berdasarkan jantina asalnya.“Kalau seseorang lelaki berpakaian wanita (atau sebaliknya)ketika di tanah suci dan bersolat di saf wanita serta bersentuhan dengan wanita, kesemua perbuatan itu adalah haram,” katanya.Menurut beliau, hukum hakam mengenai perkara tersebut jelas dinyatakan dalam kitab al Mufassal Fi Ahkam al Mar'ah karangan Dr Abdul Karim Zaidan.Kitab tersebut juga turut terdapat dalam bahasa Melayu Indonesia dengan tajuk, Ensiklopedi Fiqh Wanita. Tambah beliau, pandangannya tidak ditujukan kepada mana-mana individu sebaliknya sekadar menjawab persoalan semasa yang diajukan oleh masyarakat.“Sekiranya berlaku, langkah yang wajar diambil ialah pihak pemerintah dikedua-dua negara iaitu Malaysia dan Arab Saudi perlu menghalang perbuatan mereka,” katanya.
04 Feb 20
192
Empty Image
Tiga Elemen Jayakan Kerajaan Rakyat - Wan Sukairi
KUALA TERENGGANU, 4 Februari - Tiga elemen iaitu ketenteraman, keamanan dan kestabilan menjadi teras utama dalam menjayakan kerajaan rakyat dan menjadi asas kepada keharmonian serta kekuatan negeri di bawah Kerajaan PAS selepas diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, apabila berjaya mengambil alih kerajaan pada 9 Mei 2018, Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengisytiharkan kerajaan yang akan diwujudkan adalah kerajaan rakyat.Justeru itu katanya, pihak kerajaan negeri terus bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan manifesto yang telah dijanjikan."Dalam tempoh setahun, kerajaan negeri berjaya melaksanakan 13 daripada 20 manifesto yang telah dijanjikan dahulu."Ini sebagaimana kata-kata Menteri Besar Terengganu iaitu kita akan pulangkan kepada rakyat apa yang diperlukan," katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan  Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Peringkat Kuala Terengganu di tapak pasar pagi Kampung Tiong, di sini hari ini.Wan Sukairi mengagihkan Ang Pau kepada kaum Tiongha yang hadir ke Majlis Sambutan Tahun Baru Cina di Kampung Tiong.Turut hadir, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar, Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandar, Ahmad Shah Mohamed dan ADUN Wanita, Zuraida Mohd Noor.Hadir sama, ADUN Batu Buruk, Muhammad Khalil Abdul Hadi, Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Islam kepada Menteri Besar, Dr Balachandran Gopal Krishnan dan wakil-wakil pertubuhan kaum Tiongha.Tambahnya, Kerajaan PAS akan terus menunaikan apa yang telah dijanjikan dan tekad untuk melaksanakannya.Sementara itu, dalam majlis yang sama, sebanyak 1,000  'Ang Pau' turut diagihkan kepada orang ramai yang hadir bagi memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.
04 Feb 20
95