lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
Terengganu Ikrar Pertahan Kejuaraan SUKMA
Hishamuddin Abdul Karim.Oleh: Mohd Zukifli MatMARANG, 12 Februari - Juara bertahan Sukan Malaysia (SUKMA), Terengganu berikrar untuk mempertahankan gelaran itu buat kali keenam apabila temasya itu berlangsung di Johor tahun ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berkata, bidang sukan sememangnya menjadi agenda kepada kerajaan negeri yang ingin melihat Terengganu terus kekal sebagai kuasa utama sukan di Malaysia.“Misi tahun ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mempertahankan kejuaraan membawa balik piala juara keseluruhan ke negeri Terengganu.“Walaupun tugas mempertahankan kejuaraan tidak mudah terutamanya menentang tuan rumah iaitu Johor yang pasti memberi tentangan sengit,” katanya ketika merasmikan Majlis Penutup Kem 2020 ‘Victory Mission’ siri dua di Perkarangan Masjid Rhu Muda di sini kelmarin.Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ibni Amin Busu.Dalam perkembangan sama, Hishamuddin menjelaskan, Terengganu telah mencipta sejarah menjadi juara buat kali pertama pada tahun 2008 iaitu semasa menjadi tuan rumah dengan kutipan 61 pingat emas.“Ia melonjak 15 pingat berbanding kejohanan sebelumnya iaitu peningkatan melebihi 400 peratus satu pencapaian yang menakjubkan dan sukar dilakukan mana-mana pasukan.“Kontinjen negeri selepas daripada itu tidak lagi menoleh ke belakang apabila kita dinobatkan sebagai kontinjen terbaik untuk tiga edisi berturut-turut pada tahun 2010, 2011 dan 2012,” katanya.Tambah beliau, kenangan manis itu pastinya akan berulang sekiranya setiap atlet bekerja keras dan mendapat sokongan serta doa seluruh rakyat.Ujarnya, setiap atlet juga harus menjadikan kejohanan SUKMA sebagai platform terbaik untuk lebih berjaya dalam sukan masing-masing sehingga ke peringkat tertinggi.“Saya percaya perancangan rasmi dan bersepadu serta pelan latihan tersusun yang disediakan termasuk kem-kem sebegini bagi mempersiap para atlet pada prestasi kemuncak pada hari kejohanan nanti,” jelasnya.Sebanyak 31 jenis sukan bakal dipertandingkan dalam kejohanan yang akan bermula 11 hingga 19 Julai ini dan ia akan disertai seramai lebih daripada 500 orang atlet negeri.
11 Feb 20
80
Empty Image
Exco Redah Hutan, Tinjau Kerosakan Kawasan Tadahan Air
Dr Azman bersama pihak yang terlibat meredah hutan.Oleh: Hidayah AzlinSETIU, 12 Februari - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim meredah hutan bagi meninjau kerosakan kawasan tadahan air di Bukit Felda Selasih di sini kelmarin.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi itu berkata, beberapa kerosakan  telah dikenal pasti menjejaskan aktiviti pertanian dan ia memerlukan pembaikian segera.“Sekarang, inilah sumber utama bagi sistem bekalan air untuk pengairan pertanian di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Tok Dor.“Pembaikian sistem pengairan ini adalah sebahagian daripada Pelan Tindakan Pemulihan TKPM sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu,” katanya ketika ditemui media selepas membuat tinjauan.Kawasan tadahan air yang menjadi sumber peserta TKPM Tok Dor.Meskipun meredah hutan dan mendaki bukit sejauh tujuh kilometer, Dr Azman berpuas hati dengan tinjauan itu yang bakal merungkai segala permasalahan peserta TKPM.“Dulu kawasan tadahan air inilah yang membekalkan air untuk kegunaan penduduk Kampung Tok Dor sebelum mendapat bekalan air bersih,” tambah beliau.Tinjauan tersebut turut melibatkan Pegawai Jabatan Pertanian Negeri, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tok Dor dan Felda Selasih serta peserta TKPM Tok Dor.
11 Feb 20
763
Empty Image
Penangan ‘Ketupat Palas’ Kini Tembusi Pasaran Antarabangsa
Norhasimah Abd GhaniKUALA NERUS, 12 Februari - Pernahkah anda mencuba ‘Ketupat Hulwah’ iaitu ketupat palas hasil air tangan Norhasimah Abd Ghani, 35, yang telah berkelana sehingga Arab Saudi?Sama ada dimakan begitu sahaja atau digoreng terlebih dahulu, ramai menggemari juadah ini kerana rasa enak pulut yang dikukus dengan santan dan dibalut dengan daun palas yang kini semakin sukar didapati.Bagi pengusaha ketupat palas yang berasal dari Kuala Ibai, Norhasimah berkata segalanya bermula di gerai kecil di bahu jalan apabila terpaksa memikul tanggungjawab dan menjana pendapatan keluarga sejak suaminya Mohd Faizu Enet Ghani, 36 ditimpa kemalangan pada 2013.Bercerita tentang perjalanan hidupnya, pengalaman apabila suami tercinta terpaksa menganggur selama hampir empat bulan sehingga wang simpanan habis dibelanjakan adalah saat paling getir sebelum dia diperkenalkan dengan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE 2.0) pada 2015."Alhamdulillah, setelah diperkenalkan dengan TUBE 2.0, bermulalah sinar baharu dalam mata pencarian saya walaupun pada mulanya usaha untuk memasarkan produk berasaskan ketupat ini amat sukar."Sejak diluluskan geran sebanyak RM15,000 di bawah program TUBE oleh SME Corp Malaysia, saya mula mengorak langkah dan tidak berpaling lagi untuk terus berjaya," katanya.Dia yang juga penerima Anugerah Usahawan Gemilang empower ECER bagi tahun 2019 kini berbangga apabila makanan tradisional diusahakannya itu berjaya menembusi pasaran antarabangsa malah pernah dijual lebih enam bulan di sebuah kafe dimiliki rakannya di Perth, Australia dan terbaharu ia telah menembusi pasaran di Arab Saudi.Norhasimah Abd Ghani menerima Anugerah Usahawan Gemilang empower ECER bagi tahun 2019 yang disampaikan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang berlangsung di Dewan Almuktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin( UniSZA) baru-baru ini.Ibu kepada tiga cahayamata ini,mengakui pelbagai kesukaran dan kepayahan ditempuh dalam mengusahakan perniagaan berasaskan makanan tradisional, dan untuk berjaya bukannya perkara mudah jika dia dan suaminya berputus asa,Perbualan daripada mulut ke mulut mengenai ketupat palas berkenaan menyebabkan ia semakin dikenali. Permintaan juga semakin bertambah membuatkannya semakin yakin untuk meneruskan perniagaan itu.Norhasimah berkata dia turut mendapat bantuan SME Corps dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) serta Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk mendapatkan fakta nutrisi dan kod bar, selain menyediakan peruntukan pembungkusan kepada perusahaannya.Berkat kesabaran dan tidak putus asa pasangan suami isteri ini, kini pendapatan diperoleh hasil jualan ketupat palas pelbagai inti meningkat dari RM800 kepada RM21,000 sebulan dengan bantuan empat pekerja.Menurutnya, buat masa ini, terdapat 12 variasi ketupat palas sejuk beku dan antaranya pulut lemak, pulut jagung, pulut hitam, kacang, rendang ayam, sambal ikan yang mampu bertahan selama setahun dan yang terbaru dalam perancangan ialah pulut kuning serunding daging dan juga cheese.“Jika mula berniaga dahulu saya cuma mampu menghasilkan 500 hingga 1,000 biji sehari tetapi kini, saya mampu mengeluarkan antara 30,000 hingga 40,000 biji ketupat pelbagai perisa dengan harga RM0.40 hingga RM0.90 sebiji."Melalui tempahan secara atas talian termasuk di laman sosial Facebook, kami menerima tempahan sebanyak 3,000 hingga 5000 biji sebulan bagi jualan secara langsung.“Selain aktif memasarkan secara atas talian, kami juga memasarkan produk tradisional di gerai yang beroperasi di Wakaf Beruas, Pasar Tani Gong Badak, Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan di karnival anjuran agensi kerajaan,” ujarnya lagi.Katanya, selain menjual secara terus kepada pembeli, beliau turut melantik beberapa ejen di negeri yang mempunyai potensi pasaran luas seperti Kuala Lumpur, Melaka dan Johor Bahru untuk mengedarkan produk keluarannya dalam bentuk sejuk beku.
11 Feb 20
282
Empty Image
Komited Kekalkan Momentum Pertumbuhan Ekonomi Negeri - MB
KUALA NERUS, 11 Februari- Kerajaan negeri komited dalam usaha untuk memperkasakan warga tempatan agar mereka mampu menyumbang kepada pertumbuhan dan mengambil peluang yang diwujudkan hasil daripada limpahan ekonomi di Terengganu.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata,  pembangunan modal insan merupakan faktor yang penting  bagi mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi Terengganu."Saya difahamkan ECERC menumpukan kepada bimbingan akademik dan latihan kemahiran dan keusahawanan untuk melahirkan lebih ramai warga tempatan yang berkemahiran dan berpendidikan tinggi, sekali gus mencorak budaya keusahawanan di negeri ini."Setakat ini, lebih 17,000 peserta B40 yang terdiri daripada pelajar, belia menganggur, kaum wanita terutamanya suri rumah, ibu tunggal dan usahawan sedia ada telah menerima manfaat daripada program empower ECER di Terengganu"Para pelajar telah berjaya meningkatkan prestasi akademik mereka manakala peserta dewasa berjaya mendapat pekerjaan yang lebih baik atau menjadi usahawan yang berdaya saing," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Konvokesyen Dan Penyampaian Anugerah empower Ecer Terengganu 2019 di Dewan Al Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin.Dalam majlis berkenaan seramai 800 orang peserta empower ECER yang telah berjaya menamatkan kursus mereka menerima sijil masing-masing.Manakala seramai 11 orang peserta Latihan Kemahiran dan Keusahawanan akan menerima Anugerah Usahawan empower ECER Terengganu serta 15 pelajar akan menerima pengiktirafan Anugerah Juara empower ECER kerana mendapat keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah pada tahun lepas.Beliau juga berkata  ECERDC telah membangunkan 2,499 usahawan sedia ada mikro dan SME, yang mana 25 peratus daripada mereka kini memperoleh pendapatan antara RM5,000 hingga RM10,000, 53 peratus memperoleh RM10,000 hingga RM100,000, manakala 22 peratus mencatatkan jualan bulanan purata melebihi RM100,000.
11 Feb 20
185
Empty Image
PAS Konsisten Sokong Tun Mahathir Sebagai PM
KUALA NERUS, 11 Februari- "Hanya mereka yang paranoid akan bertindak menentang usul undi percaya kepada Perdana Menteri (PM), Tun Dr Mahathir Mohamad yang akan dibentangkan parti itu di parlimen bulan depan," menurut Naib Presiden Pas, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Beliau berkata, parti itu tetap konsisten dengan pendirian menyokong kepimpinan Tun Mahathir sebagai ketua negara sehingga penggal pemerintahan berakhir.Menurutnya, dakwaan bahawa usul undi percaya itu sebagai usaha Pas untuk memecah belahkan Pakatan Harapan (PH) adalah tafsiran pihak yang paranoid terhadap isu berkenaan."Kenapa, dia tidak sokong perdana menteri ke?  kalau sokong sepatutnya sama-sama bersetuju untuk beri sokongan kecuali yang bercakap itu ada hasrat lain tidak sokong PM."Hanya orang paranoid dan takut kepada bayang-bayang sahaja cuba alih isu ini, yang nyata PM adalah orang yang jalankan tugas pada waktu ini."Kita konsisten bahawa PM mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk membawa negara keluar dari keadaan sebelum ini kepada yang lebih baik."Kalau sekejap-sekejap hendak tukar driver perjalanan  mungkin entah ke mana,  jadi lebih baik dengan driver sama teruskan perjalanan," katanya hari ini.Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Konvokesyen dan Penyampaian Anugerah empower ECER Terengganu di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di sini hari ini.Dr Ahmad Samsuri turut menafikan penglibatan Pas dalam Pakatan Nasional sebagaimana yang digemburkan pihak tertentu sebaliknya parti itu kekal bekerjasama dengan UMNO melalui Muafakat Nasional.Malah katanya, sokongan kepada perdana menteri juga tiada kaitan dengan dakwaan kononnya Pas terikat kerana menerima dana dari Kerajaan Persekutuan."Saya pun tidak faham apa kaitan antara dua perkara itu. Undi percaya bagi mana-mana pihak dalam parlimen kepada PM adalah perkara yang tidak pelik untuk beri keyakinan perdana menteri teruskan kerja (kerana) sekarang ini kita banyak dengar ada pihak bercita-cita nak jadi PM sehingga timbullah istilah PM tepi dan sebagainya," katanya.
11 Feb 20
37
Empty Image
LTdL 2020 : Pecutan Harrif Sambar Tempat Pertama
Harrif mengulangi sejarah LTdL tahun lalu. Foto ihsan - Google.KUALA TERENGGANU, 11 Februari – Pecutan bertenaga Harrif Saleh pada 400 meter terakhir memberi keceriaan kepada Terengganu Cycling Team (TSG) apabila pelumba itu meraih tempat pertama dalam peringkat kelima Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 sebentar tadi.Kejayaan tersebut mengulangi sejarah yang dilakarnya bagi saingan LTdL 2019 apabila turut memenangi saingan peringkat selepas sembilan tahun pelumba Malaysia gagal memenanginya.Hari ini, Harrif sekali lagi membuktikan kejaguhannya apabila mengungguli perlumbaan dari Kuala Kubu Bharu ke Bandar Meru Jaya, Ipoh sejauh 165.8 kilometer dengan catatan masa tiga jam 39 minit 42 saat.Ia sekali gus menyaksikan beliau muncul pelumba Asia pertama yang memenangi dua peringkat LTdL dalam tempoh dua tahun berbeza.Pecutan Harrif turut menafikan kehebatan penyarung Jersi Hijau (raja pecut) dari pasukan NNT Pro Cycling, Maximilian Richard Walscheid yang berada di tempat kedua.Manakala, Matteo Pelucchi dari pasukan Bardiani Csf Faizane melengkapkan podium tiga pelumba terbaik.Pecutan di 400 meter terakhir membawa kegembiraan untuk anak Terengganu itu.Kejuaraan yang dicipta Harrif turut melonjakkan beliau ke kedudukan ketiga raja pecut keseluruhan di samping mengekalkan TSG sebagai pasukan kedua terbaik keseluruhan LTdL ketinggalan lima minit di belakang Sapura Cycling Team (TSC).Untuk perebutan Jersi Kuning (pendahulu keseluruhan), Putih (terbaik Asia) dan Merah (Raja Bukit) pula menyaksikan tiada perubahan berlaku.Ia selepas Danilo Celano dari TSC, pelumba Vino-Astana Motors, Yevgeniy Fedorov dan Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff juga dari TSC mengekalkan jersi masing-masing yang dimenangi semalam.Saingan peringkat keenam akan bersambung esok iaitu bermula di Taiping dan berakhir di Pulau Pinang dengan jarak perlumbaan sejauh 151.3 kilometer.
11 Feb 20
120
Empty Image
LTdL 2020 : Ovechkin TSG Ketiga, Celano Rampas Jersi Kuning
 Pelumba TSG, Artem Ovechkin. Foto ihsan-News Straits Times.KUALA TERENGGANU, 10 Februari - Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Artem Ovechkin meraih tempat ketiga dalam peringkat keempat Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 dari Putrajaya ke Cameron Highlands hari ini.Ovechkin pada mulanya hampir menamatkan saingan di kedudukan pertama apabila mendahului pelumba-pelumba lain di tiga kilometer (km) terakhir.Bagaimanapun pelumba senior yang berasal dari Rusia itu berjaya dikejar dua pelumba lain di dua km sebelum garisan penamat.Perlumbaan yang dianggap peringkat penentuan kerana pendakian sukar di kawasan tanah tinggi itu menyaksikan pelumba pasukan Androni, Kevin Rivera serta Sapura Cycling (TSC), Danilo Celano mendapat tempat pertama dan kedua.Dengan kemenangan podium itu, TSG muncul pasukan kedua terbaik keseluruhan ketinggalan lima minit di belakang satu lagi pasukan dari Malaysia, TSC.Sementara itu, tempat kedua yang diraih Celano melonjakkan dirinya ke tangga pertama keseluruhan sekali gus berjaya merampas Jersi Kuning daripada pelumba Vino-Astana Motors, Yevgeniy Fedorov.Meskipun terlepas jersi kuning, Fedorov masih berjaya mengekalkan Jersi Putih selaku pelumba terbaik Asia, manakala Jersi Hijau (raja pecut) pula dimenangi Maximilian Richard Walscheid dari pasukan NTT Pro Cycling dan Jersi Merah (raja bukit) kekal milik pelumba TSC, Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff.Saingan peringkat kelima akan bersambung esok iaitu bermula di Kuala Kubu Bharu dan berakhir di Bandar Meru Jaya dengan jarak perlumbaan sejauh 165.8 km.
10 Feb 20
39
Empty Image
Usahawan U-GATES, U-BES Catat Jualan Memberangsangkan
KUALA TERENGGANU, 10 Februari -  Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU)  merekodkan  hampir 95 peratus daripada  70 usahawan daripada Program Graduan Sejahtera (U-GATES) dan Usahawan Belia Sejahtera (U-BES) tahun lalu mencatatkan jualan memberangsangkan.Menurut Ketua Pegawai Operasi,  Zulkifli Yunus, kebanyakan mereka iaitu 40 usahawan U-GATES dan 30 usahawan U-BES menjalankan perniagaan menjual makanan, minuman dan komestik melalui laman sosial.“’YPU pantau golongan itu dengan mewajibkan agar mengikuti kursus yang dianjurkan dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA) selama setahun, selain dibawa melawat kilang dan industri milik usahawan yang sudah ada nama.“Pendekatan itu nyata membuahkan hasil kerana mereka berjaya menghasilkan  produk berkualiti selain bijak mencari pasaran dan berani berdepan dengan masalah,” katanya kepada Urus Setia Penerangan Darul Iman selepas program bual bicara di TV Darul Iman baru-baru ini.Tahun lalu, kerajaan negeri ada memperuntukan RM500,000 untuk program U-GATES dan RM100,000 untuk usahawan  yang mengikuti Program U-BES.Peserta U-GATES yang terdiri daripada lepasan diploma dan ijazah layak menerima pinjaman sebayak RM12,000 dan U- BES  pula pesertanya  lepasan Sijil Pelajaran Malaysia layak membuat pinjaman RM5,000.   
10 Feb 20
143
Empty Image
Terengganu FC Kekal Jersi Hitam Putih
Hishamuddin. Foto oleh - Pok Abbas.KUALA TERENGGANU, 10 Februari - Warna hitam putih terus menjadi pilihan Terengganu Football Club (TFC) untuk jersi pertama pasukan itu dalam mengharungi Liga Malaysia (Liga M) 2020.Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim bagaimanapun berkata, rekaan penuh jersi untuk tuan rumah, tempat lawan dan ketiga akan diumumkan secara rasmi pada Khamis ini.Jelasnya, Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar akan melancarkan jersi itu sempena Majlis Pengenalan Pemain dan Pelancaran Jersi di Dataran Batu Buruk tepat jam 5.00 petang.“Jersi TFC kita kekalkan tema ‘Black and White’, cuma sedikit kelainan bagi jersi tempat lawan dan ketiga. Apa pun, ciri-ciri Terengganu kita kekalkan pada jersi kita,” ujarnya ketika ditemui media baru-baru ini.Mengulas tentang laporan pemain TFC diintai kelab Liga 1 Thailand, Hishamuddin berkata, perkara itu sudah berada dalam makluman pihaknya.Pemain muda, Azalinullah antara pemain yang disebut-sebut diminati kelab Thailand.“Memang ada beberapa pemain kita yang sedang diminati oleh kelab Thailand, namun buat masa ini pemain itu akan terus bermain bersama TFC selagi belum ada pengumuman rasmi.“Kita juga sentiasa memberi dorongan kepada para pemain supaya memperagakan aksi terbaik terutama dalam Liga M 2020 nanti supaya selepas ini mereka dapat beraksi luar Liga M,” katanya yang enggan mendedahkan nama pemain tersebut.Skuad bimbingan Nafuzi Zain akan membuka tirai Liga Super bertemu juara Piala Malaysia 2018, Perak FA di Stadium  Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), 29 Februari ini.
09 Feb 20
215
Empty Image
'Terengganu Kuatkan Hati Saya Di Jalan Dakwah' - Ustaz Abdul Somad
Ustaz Abdul Somad ketika menyampaikan ceramah di HDUNTS di Hujung Tanjung Seberang Takir, Kuala Nerus.KUALA NERUS, 9 Februari - "Malam ini saya diperkasakan oleh Terengganu," kata Daie Nusantara dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad.Menurut beliau,  lemahnya dakwah disebabkan caci maki netizen di media sosial tetapi hati beliau dikuatkan dengan sokongan masyarakat Terengganu yang hadir dalam Himpunan Daie Ummah Nusantara Terengganu Sejahtera (HDUNTS)."Malam ini saya akan pulang dengan hati yang kuat sebab sokongan yang amat kuat dari masyarakat Terengganu," jelasnya ketika berucap di HDUNTS di Hujung Tanjung Seberang Takir, di sini semalam.Ustaz Mohd Nor (kiri) dan Ustaz Ariffin (kanan) turut hadir di HDUNTS di Hujung Tanjung Seberang Takir, Kuala Nerus.Terdahulu, Daie Ummah, Ustaz Azhar Idrus menyampaikan tazkirah maghrib dimoderatorkan oleh Pengarah Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTS), Ustaz Kamaruzaman Abdullah.Kira-kira 50,000 rakyat negeri Terengganu hadir di himpunan nusantara pertama diadakan selepas kerajaan Terengganu baharu memerintah sejak 2018.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ustaz Ariffin Deraman, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan beberapa pimpinan kerajaan lain.Menurut Ustaz Abdul Somad, ramai kunjungan jemaah di dalam masjid dan surau untuk mendengar ceramah adalah perkara biasa tetapi ramai kunjungan orang ramai di padang untuk berbuat demikian adalah luar biasa.Antara para hadirin di HDUNTS di Hujung Tanjung Seberang Takir Kuala Nerus."Bila (ceramah) di dalam masjid ramai (mengunjung hadir) biasa, bila di dalam surau ramai, biasa tetapi di padang dengan hujan lebat orang tetap ramai tak berkurang itu barulah luar biasa."Yang hadir di hadapan saya ini dalam para mujahid fi sabilillah, yang hadir ini adalah pemuda, di masa akan datang, di tangan merekalah kekuasaan Islam," tegas beliau.Bagi Ustaz Abdul Somad majlis tazkirah yang paling ramai beliau hadir tahun ini ialah di negeri Terengganu.
09 Feb 20
588