lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
PMINT Diharap Main Peranan Secara Menyeluruh
Oleh: Rohayati RipinKUALA TERENGGANU, 2 Mac - Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) diharap dapat memainkan peranan yang lebih menyeluruh dalam memajukan sosial ekonomi rakyat.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato' Haji Yahaya Ali berkata, ia merupakan  satu tanggungjawab bagi memenuhi keperluan masyarakat di negeri ini."Lawatan ini adalah kali pertama ke PMINT yang merupakan agensi utama kerajaan negeri dari segi pembangunan sosial ekonomi Terengganu."PMINT merupakan sebuah agensi yang besar dan terlibat dalam banyak sektor, antaranya Sektor Perumahan, Pembuatan, Pelancongan, Pertanian, Perlombongan, Pembangunan Hartanah, Pengangkutan serta Pengurusan Kompleks dan Strata," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas program lawatan ke premis berkenaan, di sini semalam.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Wan Adnan Wan Derahman, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Ustaz Maliaman Kassim.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sura, Cikgu Wan Hapandi Wan Nik, ADUN Kemasik, Ir Saiful  Azmi Suhaili, ADUN Rantau Abang, Alias Harun dan Pengerusi Mawaddah Terengganu, To' Puan Hajah Zarani Othman.Menurutnya, antara syarikat yang terlibat di bawah PMINT ialah Pertima, TTI Management Sdn Bhd, Terengganu Agrotech Development Corp Sdn Bhd, P-Excell Management Sdn Bhd, CAS Ligas Sdn Bhd, PMINT URUS Sdn. bhd dan Paya Bunga Hotel."Pada keseluruhannya lawatan hari ini dapat memberi  maklumat yang jelas berhubung dengan PMINT termasuk perumahan, perkedaian dan yang terbaru berkait dengan pembangunan industri," tambah beliau.
02 Mar 20
412
Empty Image
Utama Selamatkan Negara, Bukan Jawatan Kabinet - Abdul Hadi
Foto Ehsan: HarakahdailyKUALA LUMPUR, 3 Mac - Keutamaan PAS ketika ini adalah memastikan negara diselamatkan terlebih dahulu setelah melalui kemelut dan krisis politik berbanding percaturan untuk menduduki Kabinet.Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan demikian pada sidang media khas yang telah dilangsungkan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, di sini sebentar tadi.Malah, menjawab pertikaian bahawa PAS kini bersama pemimpin Umno yang terlibat skandal dan masih dalam perbicaraan, beliau berkata tuduhan ke atas pemimpin terpalit itu belum berhenti melalui proses mahkamah.Bahkan ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang, , tuduhan sama juga ada terpalit kepada pemimpin PH dan menjawab mengenai ura-ura Usul Undi Tidak Percaya, beliau menyatakan betapa hal itu masih berupa andaian.“Itu satu andaian, satu andaian yang kita tak terima. Kita berpegang kepada prinsip yang kita pegang pada hari ini ialah memberi kepercayaan (kepada Perdana Menteri).“Tak ada ‘akan’ (menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin), tak ada ‘akan’. ‘Akan’ itu benda andaian. Saya tak boleh jawab soalan andaian. Saya tak tahu nak mati bila, nak hidup bila,” ujarnya yang terdahulu menegaskan PAS mendukung penuh Perdana Menteri kelapan itu.Sebelum itu Ahli Parlimen Marang ini juga menyifatkan bahawa keputusan Yang di-Pertuan Agong telah memecahkan segala keraguan berkaitan yang ditimbulkan sepanjang tempoh kemelut politik negara kebelakangan ini.Jelasnya, Baginda telah mendapat pandangan Wakil-wakil Rakyat dipilih oleh rakyat secara demokrasi berparlimen dan mengambil kira jumlah parti politik yang mendukung Perdana Menteri di mana itu sudah cukup menghilangkan keraguan berkaitan.“Cukup dengan kenyataan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Dipertuan Agong. Merupakan kuasa yang ada mengikut Perlembagaan. Dalam demokrasi, biasalah ada yang tak puas hati. Tak ada yang dapat sokongan 100 peratus seluruh dunia.“Yang penting ialah, setelah mendapat pandangan yang dilihat oleh Baginda, merupakan pandangan yang terbanyak, yang terbaik, untuk negara dan rakyat. Itu yang dipilih,” ujarnya.Ditanya mengenai langkah dan pendekatan seterusnya PAS dari Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS), jawabnya bahawa prinsip itulah menghasilkan keadaan ketika ini serta perpaduan yang wujud dari perbezaan ideologi, kaum dan agama yang ada. Sumber – HARAKAHDAILY
01 Mar 20
70
Empty Image
Muhyiddin Angkat Sumpah Sebagai PM Ke 8
KUALA LUMPUR, 1 Mac – Hari ini sejarah sekali lagi tercipta apabila Ahli Parlimen Pagoh,Tan Sri Muhyiddin Yassin, 72, mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Balai Rong Seri, Istana Negara, di sini, jam 10.30 pagi ini.Turut berangkat ke istiadat itu ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara Dato' Seri Mohd Zuki AliMuhyiddin yang diiringi isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8 selepas enam hari Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan Perdana Menteri ke-7 iaitu  kurang dua tahun gabungan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan baharu yang diterajui olehnya.Acara penuh istiadat itu bermula dengan pengurniaan suratcara pelantikan dan diikuti dengan melafaz ikrar, sumpah taat setia dan angkat sumpah menyimpan rahsia.Tuanku Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan. supaya Muhyiddin dilantik sebagai perdana menteri.Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah melantik Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia  (PPBM) , Muhyiddin yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Parlimen sebagai perdana menteri baru.Keputusan itu dicapai selepas ketua-ketua parti politik dan Ahli Dewan Rakyat bebas mengemukakan nama calon Perdana Menteri kepada Agong.Pengumuman itu menamatkan kemelut politik yang berlaku selepas kerajaan Pakatan Harapan tumbang susulan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri pada 24 Februari lalu.Peristiwa bersejarah hari ini sekali gus memuktamadkan polemik berkenaan seterusnya mendaulatkan sistem pentadbiran Malaysia sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan.
29 Feb 20
191
Empty Image
'Terengganu Fly Fishing Festival', Perkenal Sungai Berang Ke Mata Dunia
Maliaman melihat peralatan memancing.HULU TERENGGANU, 29 Februari -Penganjuran 'Terengganu Fly Fishing Festival' bakal memperkenalkan Sungai Berang sebagai destinasi eko-pelancongan kepada seluruh kaki pancing dari dalam dan luar negara.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Maliaman Kassim berkata, ia dapat dibuktikan apabila lebih 100 peserta terdiri dari negara Amerika Syarikat, Filipina dan Great Britain menyertai pertandingan kali ini."Kehadiran mereka pastinya memberi peluang kepada komuniti setempat untuk memperkenalkan pelbagai spesis ikan air tawar di sini, dalam masa yang sama ia dapat menggalakkan komuniti untuk menceburi industri pelancongan sekali gus meningkatkan ekonomi rakyat."Program ini juga dilihat sebagai satu platform bagi mensasarkan sektor eko-pelancongan sebagai satu faktor yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan daerah dan negeri," katanya.Berucap merasmikan festival.Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Pengerusi Jawatankuasa  Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman merasmikan festival berkenaan di Dewan Komuniti Kampung Betong, di sini semalam.Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelancongan Terengganu, Ab Rasid Jusoh, Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Normah Nik dan Pengerusi Kelab Terengganu Fly Fishing, Norhisyamuddin Abd Ghani.Dalam pada itu, penganjur program, Christopher Mcilravy yang hadir sama memaklumkan, beliau terharu dengan sokongan daripada pihak kerajaan negeri dalam merancakkan lagi festival yang sudah memasuki siri ketiga itu.Christopher teruja dengan keindahan sungai di Terengganu."Kita boleh melihat peningkatan peserta bermula sejak siri pertama, bermula dengan 32 orang kini sudah melebihi ratusan peserta."Kita juga ada wakil dari setiap negara luar termasuk media yang akan mempromosi dan menjadi pemerhati terhadap penganjuran ini," tambah beliau.'Terengganu Fly Fishing Festival' akan berlangsung selama tiga hari bermula semalam dan akan berakhir esok.
29 Feb 20
714
Empty Image
MB Terengganu Ucap Tahniah Atas Perlantikan Tan Sri Muhyidin Sebagai PM Ke-8
KUALA TERENGGANU, 29 Februari-Menteri Besar Terengganu,  Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menzahirkan ucapan tahniah kepada Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin  atas pelantikannya sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan.Dalam catatan Twitter rasmi beliau yang juga Naib Presiden PAS mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin yang baru sahaja dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 setelah mendapat perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.Terdahulu, satu surat dikeluarkan menerusi Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Ahmad Fadil Shamsudin menyatakan bahawa Ahli Parlimen Pagoh itu disahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mutafa Billah Shah.Jelas kenyataan tersebut, ia setelah Baginda mendapat representasi daripada semua ketua-ketua parti politik yang mewakili parti masing-masing termasuk Ahli Dewan Rakyat dari kalangan Bebas.“Proses ini adalah lanjutan daripada titah Baginda di mana ketua-ketua parti politik dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas diminta untuk mengemukakan pencalonan nama-nama Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri,” ujar Dato’ Ahmad Fadil.Sementara itu, Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri akan berlangsung di Istana Negara pada esok, Ahad 1 Mac jam 10:30 pagi.
29 Feb 20
511
Empty Image
Terengganu Kids Champ Ukir Sejarah Himpun 1,500 Peserta
KUALA NERUS, 28 Februari - Terengganu Kids Champ 2020 berjaya mengukir sejarah apabila menghimpunkan hampir 1,500 kanak-kanak pra sekolah dari seluruh daerah dan agensi di bawah satu bumbung melalui acara sukan.Pengerusi  Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Dr Alias Razak berkata acara yang akan berlangsung selama dua hari juga merupakan program julung-julung kali menghimpunkan semua agensi pra sekolah secara bersama.Katanya, ia melibatkan semua agensi pra sekolah iaitu Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Perpaduan dan Jabatan Pendidikan Negeri bersama-sama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT)."Saya difahamkan matlamat utama program ini bukanlah berbentuk perlawanan antara peserta tetapi lebih kepada menarik minat anank-anak untuk mencuba sukan-sukan tertentu seperti hoki, bola sepak, bola jaring, bowling padang dan sepak takraw."Dalam masa yang sama, saya dimaklumkan bahawa rekod penyertaan dan pencapaian anak-anak ini akan disimpan dalam pengkalan data MSNT untuk dijejaki perkembangan mereka pada masa akan datang," katanya.Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Terengganu Kids Champ 2020 Peringkat Negeri Terengganu di Kompleks Sukan Negeri, Stadium Gong Badak di sini hari ini.Turut hadir, Timbalan Pengarah MSNT, Ahmad Shahrizal Yahaya dan Ketua Unit Akademi MSNT merangkap Penyelaras Program, Mat Noor Bidin.Tambah Dr Alias lagi, beliau berharap melalui program yang diadakan ini, akan berjaya melahirkan nama-nama besar dalam bidang sukan pada masa akan datang.Justeru itu, kerajaan negeri sentiasa mengadakan program-program yang bertujuan untuk meningkatkan  kesejahteraan rakyat di samping  menggalakkan masyarakat di Terengganu untuk menceburi bidang sukan secara serius.
28 Feb 20
446
Empty Image
PAS Terengganu Siap Hadapi Kemungkinan
Satiful Bahri Mamat.DUNGUN, 27 Februari - PAS Terengganu bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku dalam kemelut politik tanah air ketika ini.Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat menyifatkan, konflik dalam Kerajaan Pakatan Harapan yang memerintah sebelum ini merupakan yang terbesar pernah berlaku.“Situasi sekarang tidak sebagaimana yang kita nampak, ia menjurus kepada pelbagai arah yang tidak dijangka.“Setakat ini, kita bersetuju dengan keputusan  yang ditentukan oleh kepimpinan pusat kedua-dua parti dan dalam masa sama kita juga bersedia untuk menghadapi apa-apa kemungkinan yang berlaku,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Bulan Penghayatan Ibadah Solat (BPIS) Peringkat Negeri Terengganu di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah.Jelasnya, rakyat Malaysia bagaimanapun perlu taat menanti titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah terhadap perkara ini.“Kita jelas dengan perkara ini. Secara peribadi, saya mengharapkan keputusan yang diputuskan akan menghasilkan kestabilan dalam negara sama ada dari segi ekonomi, keselamatan negara dan perpaduan antara kaum.“Sebagaimana yang diutarakan oleh wakil MN iaitu Dato’ Seri Anuar Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan dalam sidang media lalu, lebih baik keputusan diserahkan kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu yang lebih stabil dan mampu memperbaiki isu-isu yang berlaku dalam negara,” katanya.
26 Feb 20
124
Empty Image
Kubur Dalam Taman Pertama Di Pantai Timur
KUALA TERENGGANU, 26 Februari - Tanah Perkuburan Islam Paya Bunga di sini akan diinovasikan sebagai tanah perkuburan dalam taman.Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), M Rozi Bidin berkata, projek yang membabitkan kawasan seluas 5.2 hektar itu adalah projek perintis di Pantai Timur.Katanya, ianya berkonsepkan wakaf dan bakal diuruskan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT)."Lengkap dengan pejabat pengurusan, surau, ruang menunggu, tandas, parkir, perabot taman dan landskap."Bilangan kubur sedia ada 16,000 lot dewasa, kanak- kanak (6,000 lot) dan kubur lama sebanyak 200 lot itu akan dikekalkan di lokasi sama," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Wakaf Perkuburan Islam Paya Bunga di Hotel Primula di sini, petang ini.Hadir merasmikan majlis itu, Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Menurutnya, apa yang menarik kubur-kubur itu akan ditambah baik agar kelihatan lebih tersusun dan menarik."Waris si mati boleh mendapatkan segala maklumat termasuk kedudukan kubur melalui sistem e-Pusara."Projek itu bertujuan memberi keselesaan persekitaran dan pengurusan bersistematik serta keindahan kepada tanah perkuburan itu yang sebelum ini berselerak dan dipenuhi semak, " katanya.Beliau berkata, jika dibiar terus dipenuhi semak, pastinya mendorong individu yang tidak bertanggungjawab menjadikan kawasan itu sebagai tempat melepas gian dadah, melepak dan lokasi pembuangan sampah."Faktor itu mendorong MAIDAM menaiktaraf lokasi itu sebagai kubur dalam taman," ujarnya.
26 Feb 20
544
Empty Image
Tabung ‘Terengganu For Yemen’ Kutip RM1.2 Juta
KUALA TERENGGANU, 26 Februari- Kerajaan negeri melalui Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT) setakat ini berjaya mengumpul RM1.2 juta bagi Tabung Terengganu For Yemen untuk disalurkan kepada negara Yaman sebagai tanda prihatin terhadap rakyatnya yang berhadapan krisis kemanusiaan akibat peperangan.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, walaupun jumlah berkenaan belum mencapai sasaran, melihatkan kepada solidariti rakyat Terengganu, pihaknya yakin mampu mengumpul kutipan yang disasarkan sebanyak RM1.6 juta sebelum para sukarelawan Misi Kemanusiaan Yaman 2020 berlepas ke negara itu pada 5 Mac nanti.“Alhamdulillah, sejak tabung ini dilancarkan pada 21 Januari lalu, dalam tempoh sebulan sahaja jumlah kutipan yang berjaya diperolehi amat memberangsangkan.“Saya difahamkan sukarelawan Terengganu T-Volt turun ke pasar-pasar malam dan tempat tumpuan untuk mengumpulkan dana ini, tahniah kepada UBSNT dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain kerana bersama-sama dengan kerajaan negeri menyatakan solidariti terhadap kesengsaraan yang dihadapi oleh saudara kita di Yaman,” ujarnya.Beliau yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Dana ‘Tabung Terengganu For Yemen’ Sempena Misi Kemanusiaan Yaman 2020 di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Pengarah UBSNT, Mohd Nasir Abdul Razak.Mohd Nor berkata, krisis yang berlaku di Yaman menyaksikan berjuta-juta rakyatnya hidup dalam kemelaratan serta kehabisan sumber makanan dan ubat-ubatan.“Lebih menyayat hati, mereka kini berhadapan dengan tragedi kerakusan tangan manusia termasuk konflik bersenjata berat yang dahsyat, kebuluran dan malnutrisi serta penularan wabak kolera, difteria dan bermacam lagi,” ujarnya.Dalam pada  itu, beliau turut menyeru seluruh rakyat negeri ini khususnya agar terus menghulurkan sumbangan yang termampu untuk meringankan kesengsaraan rakyat Yaman."Diharapkan sumbangan dari orang ramai akan berterusan kerana selagi konflik di Yaman tidak berakhir kita akan sedaya upaya membantu dari semasa ke semasa.“Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada semua pihak termasuk agensi kerajaan, masjid, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), anak syarikat kerajaan negeri (GLC), syarikat swasta, NGO serta orang ramai yang turut sama memberikan sumbangan untuk Tabung Terengganu For Yemen yang pertama kali dianjurkan oleh kerajaan negeri ini.“Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati semua penyumbang selain dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan seharian,” ujarnya.
25 Feb 20
84
Empty Image
Dekatkan Diri Dengan Allah, Resepi Kejayaan Pelajar Cemerlang STPM
Mohamad Salman mendapat ciuman daripada ibu tersayang selepas diumumkan sebagai salah seorang daripada sepuluh pelajar terbaik STPM 2019 Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman hari ini.KUALA TERENGGANU, 25 Februari - Jaga hubungan dengan Allah dan banyakkan berdoa merupakan kunci kejayaan Muhamad Salman Hakim Mahayadin, 20, yang berjaya mendapat keputusan 4A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019.Katanya, amalan yang dilakukan secara ikhlas setiap hari itu memudahkan beliau belajar dan mengulang kaji pelajaran sehinggalah mencapai kejayaan dalam semua mata pelajaran yang diambil.Ditanya apakah petua yang diamalkan untuk lebih fokus semasa belajar, Salman berkata, tiada petua yang diamalkan kecuali memberi tumpuan lebih ketika guru mengajar.“Biasanya saya akan memberi keseluruhan fokus kepada sesi pembelajaran dalam kelas dan akan membuat latihan tambahan di rumah.“Bukan mudah nak korbankan masa untuk berjaya tapi saya kuatkan semangat dengan berusaha setiap masa untuk capai kejayaan selepas merasai kecewa kerana mendapat keputusan kurang memberangsangkan untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), ” katanya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman hari ini.Salman antara sepuluh pelajar cemerlang SMK Sultan Sulaiman yang mencapai purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.00 dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2019 yang diumumkan hari ini.Anak keempat  daripada lima orang adik-beradik itu menganggap kejayaannya juga hasil titik peluh ibunya yang banyak membantu menyara mereka sekeluarga selepas ketiadaan bapanya.Salman berkata, dia berazam memperbaiki nasib keluarga selepas melihat susah payah ibunya yang terpaksa keluar awal pagi mencari rezeki dengan bekerja sebagai pengamal urutan melayu tradisional.“Ibu saya bekerja sebagai tukang urut dan dialah yang bertungkus-lumus untuk memastikan kami dapat bersekolah dengan sebaiknya selepas kematian ayah pada tahun 2016.“Berbekalkan azam yang kuat dan kata-kata semangat ibu serta guru, saya cuba bangkit dan buat yang terbaik sehingga memperoleh kejayaan ini dan ia merupakan hadiah istimewa buat ibu saya yang menjadi tonggak dalam kehidupan. “Kejayaan ini bukan milik saya seorang, tetapi saya mahu kongsikan kegembiraan ini bersama ibu dan ahli keluarga yang banyak memberi sokongan dan bantuan sepanjang persekolahan saya,” katanya yang bercita-cita mengambil jurusan ekonomi di Universiti Malaya.Bagi ibunya, Mazini Abdullah, 56, segala pengorbanan terdahulu akhirnya berbaloi dan beliau cukup teruja dengan kejayaan anaknya itu.“Saya jaga segala keperluan dan pemakanan dia sejak lahir kerana ketika dilahirkan, Salman anak pramatang, jadi memang perlu jagaan rapi.“Dia anak yang baik, tak melawan dan kebiasaannya saya bekalkan air solat hajat dan bacaan Yasin sebagai air minuman,” kata ibunya.
24 Feb 20
772