Artikel "Utama" Terkini
Hebatnya, Ikan Singgang Mampu Jadi Penawar Covid-19?
Ikan singgang merupakan satu sajian yang sangat popular di Terengganu. Selain rasanya yang sedap ia juga enak dimakan bersama nasi panas ditambah pula budu dan ulam ulaman. Memang menambahkan lagi selera makan ketika menikmati juadah ini. Namun tular sejak semalam, ia dikatakan mampu melawan penyakit bawaan virus dan mungkin penawar kepada wabak Covid-19 kerana ikan singgang mempunyai khasiatnya yang tersendiri melalui bahan-bahan penyediaan yang semulajadi.Dr Azizah MahmoodPensyarah Fakulti Perikanan dan Sains Makanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Azizah Mahmood berkata ikan singgang berpotensi untuk merawat penyakit Covid-19 kerana mengandungi pelbagai ramuan dan bahan yang mampu untuk menghapuskan mikrob.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya berhubung menu ikan singgang kononnya mampu merawat Covid-19 yang tular di media sosial dan menjadi bualan hangat di kalangan netizen.Azizah berkata, banyak pihak yang menghubunginya untuk mengesahkan mengenai kenyataan yang dibuat itu.“UMT tidak pernah menjalankan apa-apa kajian berkaitan ikan singgang serta Covid-19 itu, dan tidak mengesahkan menu itu mujarab untuk merawat penyakit berkenaan.“Bagaimanapun, berdasarkan banyak kajian yang dijalankan ke atas bahan-bahan yang ada dalam menu tradisional itu, ia berkemungkinan berpotensi untuk merawat.“Lengkuas, kunyit, halia dan bawang putih dalam menu ikan singgang mampu memusnahkan mikrob dan ia diakui melalui kajian yang dijalankan oleh banyak pihak sebelum ini,” katanya.Antara bahan-bahan penyediaan ikan singgang iaitu lengkuas, bawang putih, kunyit, ketumbar, lada jarum, asam keping dan ikanKatanya, pihaknya tidak dapat mengesahkan ikan singgang mujarab untuk Covid-19 sehingga kajian klinikal ke atas manusia dijalankan secara menyeluruh dan data dikumpul secara sistematik.“Bukan senang sebenarnya untuk mengesahkan menu ikan singgang itu mujarab kerana hanya melalui kajian tertentu sahaja dapat mengesahkannya.“Oleh itu saya harap orang ramai jangan keliru dengan kenyataan saya itu kerana ujian klinikal tidak pernah dijalankan ke atas menu ikan singgang dan Covid-19.“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah tentu menetapkan prosedur sewajarnya untuk memusnahkan virus berkenaan dan kajian tidak boleh dijalankan dengan sewenang-wenangnya,” katanya.Katanya, ikan singgang diakui menu yang menyihatkan kerana tanpa santan dan minyak serta wajar dimakan untuk amalan kesihatan.Sumber Oleh : Harian Metro
07 Mar 20
753
350 Sertai 'Fun Walk' Hari Terbuka Setiu Wetlands
Santai sambil menghayati keindahan alam semula jadi.Oleh: Fahmi IzzuddinSETIU, 8 Mac - Sempena Hari Terbuka Setiu Wetlands (SWOD), lebih 350 orang peserta menyertai 'Walk for Fun Setiu' yang diadakan di Kampung Mangkok semalam.Program yang disertai pelbagai peringkat umur itu bersifat santai dan bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penjagaan alam sekitar.Ia melibatkan penganjuran bersama pihak Kumpulan Wang Hidupan Liar Dunia (WWF) Malaysia, CIMB Islamic Malaysia dan Majlis Pengurusan Taman Negeri Terengganu.Rata-rata peserta yang terdiri daripada penduduk setempat dan pengunjung luar Setiu menyatakan keterujaan untuk bersama dalam program berkenaan.Ahmad Samsuri berkata, kerajaan negeri serius menjaga kelestarian alam sekitar.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut hadir bagi menyempurnakan majlis perasmian SWOD pada sebelah petang.Ahmad Samsuri dalam ucapannya berkata, usaha memelihara dan memulihara alam sekitar tidak hanya bergantung kepada pihak kerajaan."Masyarakat juga perlu memainkan peranan dalam menjaga khazanah berharga ini untuk kita wariskan kepada generasi pelapis."Di pihak kerajaan, kita telah mewartakan dua kawasan sebagai Taman Negeri iaitu Tasik Kenyir dan Setiu Wetlands di sini," katanya ketika berucap.Dalam pada itu, pertandingan foto tercantik berkonsepkan alam sekitar turut mencuri tumpuan pencinta alam dan masyarakat setempat.Golongan Orang Kurang Upaya (OKU) turut serta.SWOD berlangsung selama dua hari bermula semalam dan hari ini yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik termasuk permainan rakyat.
07 Mar 20
289
Syahmi Buktikan Autisme Bukan Halangan Untuk Cemerlang
Syahmi bersama ibu, Hayani dan bapanya, Samsul Muariff melihat keputusan yang diperolehi.KUALA NERUS, 8 Mac- Muhammad Syahmi Asyraff Samsul Muariff membuktikan bahawa anak-anak autisme mampu berjaya apabila dinobatkan sebagai Calon Berkeperluan Khas (CBK) terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Terengganu 2019, baru-baru ini.Beliau yang memperoleh keputusan 7A1B1C menyifatkan kekurangannya bukanlah penghalang untuk mencapai kejayaan di peringkat lebih tinggi."Jangan anggap kekurangan sebagai kelemahan, buktikan pada orang lain orang istimewa macam kita ini boleh berjaya sekiranya mendapat sokongan moral daripada ibu bapa dan rakan-rakan."Sebenarnya dalam konteks cara untuk berjaya ini bergantung kepada individu. Bagi saya untuk SPM ini, saya belajar sejak Tingkatan Empat kerana ada topik yang berhubung kait dengan subjek Tingkatan Lima yang ramai terlepas pandang jika dianggap remeh," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima Calon Terbaik CBK di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, di sini.Pengarah Pendidikan Negeri, Salim Ab. Ghani menyampaikan sijil penghargaan kepada Syahmi.Anak bongsu daripada dua adik-beradik itu turut berterima kasih kepada pihak sekolahnya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam yang banyak mendisiplinkan dirinya."Saya bersyukur sebenarnya kerana SMK Panji Alam telah melaksanakan amalan solat dhuha setiap hari pada waktu rehat," katanya.Bercerita tentang perancangannya, Syahmi berhasrat melanjutkan pengajian dalam bidang Sains Kesihatan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dalam pengkhususan farmasi.Sementara itu, ibunya, Hayani Zakaria, 54, melahirkan rasa kesyukuran atas kejayaan anak bongsunya itu."Alhamdulillah, selesai satu peringkat dalam kehidupan anak istimewa saya. Bukan senang menjadikan dia di antara yang terbaik, bukan mudah."Sesiapa yang ada anak seperti ini, perlu beri dorongan dan berlapang dada dengan anak-anak ini kerana sebenarnya, masalah besar dalam mengatasi anak-anak autisme adalah ibu bapa yang bersikap 'denial' (sentiasa menafikan)," katanya.Syahmi menunjukkan keputusan SPM yang diperolehinya.
07 Mar 20
327
COVID-19 : Terengganu Manfaat Masa Bertenang, Naik Taraf Infrastruktur Pelancongan
Ahmad Samsuri (tengah) melihat pameran pemuliharaan dan pemeliharaan habitat laut.SETIU, 8 Mac - Kerajaan Terengganu akan memanfaatkan tempoh bertenang industri pelancongan akibat wabak COVID-19 dengan melaksanakan penambahbaikan terhadap infrastruktur di lokasi tumpuan pengunjung negeri itu.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kehadiran pelancong yang lebih rendah berbanding sebelum ini terutama di kawasan pantai dan tempat bercuti lain membolehkan kerja menaik taraf dilakukan dengan rancak.“Selain itu, kita juga sedang memperkemaskan strategi untuk menarik kehadiran mereka dengan menggunakan bahan pendidikan dan promosi untuk pelancong ketika mereka datang ke Terengganu nanti,” katanya.Beliau berkata demikian semasa ditemui pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Setiu Wetlands di Kampung Mangkuk di sini semalam.Ahmad Samsuri mengajak orang ramai bersama-sama kerajaan bagi menjaga kelestarian alam sekitar.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Zahari Md Azahar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CIMB Islamic Bank, Ahmad Shariman Mohd Shariff dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Hidupan Liar Dunia (WWF) Malaysia, Lim Chooi Kuan.Dalam program tersebut, pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk penanaman pokok paya bakau, gotong-royong di kawasan tanah lembap serta taklimat mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar kepada komuniti setempat.Sementara itu, Ahmad Shariman memaklumkan, kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah RM1 juta setahun bermula tahun ini untuk mengurus dan melaksanakan inisiatif hijau di Taman Negeri berkenaan.“Usaha ini dijangka dapat memberi manfaat jangka panjang kepada proses pemuliharaan di kawasan itu,” katanya.Flora yang semakin hilang ditelan arus kemodenan.
07 Mar 20
158
Dominique Hero Terengganu FC
KUALA TERENGGANU, 7 Mac- Dominique Da Sylva muncul hero membantu Terengganu Football Club (Terengganu FC) bangkit mencipta kejutan apabila menang 4-3 ke atas Kedah dalam aksi kedua Liga Super 2020, semalam.Penyerang kelahiran Mauritania itu meledakkan empat gol sekali gus mencatat hatrik pertamanya musim ini dalam magis yang dijelmakan Terengganu FC.Skuad Penyu yang berkunjung ke Stadium Darul Aman bermula dengan baik apabila memperolehi gol seawal minit ke-2 melalui Dominique yang menanduk masuk bola kiusan Faris Ramli bermula daripada sepakan sudut Lee Tuck.Namun, situasi mula berubah apabila Kedah berjaya mencetak dua gol dalam empat minit melaluit Renan Alves (minit ke-19) dan Kpah Sherman (minit ke-22).Kedah mula menguasai hampir keseluruhan separuh masa pertama dan keputusan 1-2 kekal sehingga tamat separuh masa.Anak-anak buah Nafuzi Zain mula menukar corak permainan pada babak kedua dengan menggasak kubu tuan rumah bagi menyamakan kedudukan.Namun, Sang Helang Merah yang berjaya menembusi gawang dikawal Rahadazli Rahalim setelah bekas penyerang Penyu, Tcheche Kipre tenang menyudahkan hantaran Hadin Azman untuk gol ketiga Kedah pada minit ke-62.Tidak menunggu lama, Terengganu FC bangkit merapatkan kedudukan di minit ke-64 dengan Dominique melakukan 'tap' mudah membolosi Ifwat.Berbaki 10 minit terakhir dengan keadaan lebih memihak kepada tuan rumah, Terengganu FC mencipta magis melalui serangan balas yang disempurnakan gandingan Sanjar-Dominique.Pada minit ke-82, Sanjar yang melambung jauh bola ke kawasan Kedah disempurnakan dengan gol cantik Dominique.Selang dua minit kemudian, Sanjar sekali lagi berjaya mencari Dominique di kotak D lawan, membolehkan penyerang baharu itu melakar namanya sebagai penggempur tumpuan baru Liga Super dengan gol keempat.Perlawanan ini menyaksikan Terengganu FC masih lagi berdepan masalah pertahanan yang melepaskan tiga gol kepada Kedah.Dengan penjaga gawang meningkat naik, Rahadazli diusung keluar ketika perlawanan menggusarkan penyokong Sang Penyu.Tetapi, ketajaman Dominique pastinya sedikit meyakinkan peminat Peteh Ganu Peteh untuk aksi seterusnya.
07 Mar 20
283
Cabaran Kuda Lasak Piala MB Terengganu Bermula
Antara peserta yang mencuri tumpuan.SETIU, 7 Mac - Seramai 79 peserta dari dalam dan luar negeri mewarnai kejohanan kuda lasak Piala Menteri Besar Terengganu 2020 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) di Lembah Bidong, Setiu yang bermula petang tadi.Kejohanan edisi keempat itu disertai peserta lelaki dan wanita termasuk dua pelumba handalan kebangsaan berasal dari Terengganu, Mohammad Fuad Hashim dan Azizatul Asma Datuk Abdullah.Perlumbaan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu sejauh 40 kilometer (km), 80 km serta 100 km dijangka mengambil masa antara enam hingga 12 jam dan akan berakhir pada jam 5 pagi esok.Majlis pelepasan peserta bagi tiga acara berkenaan disempurnakan sendiri Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tepat jam 5.00 petang tadi.Ahmad Samsuri melepaskan peserta.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah dan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.Sementara itu, Mohammad Fuad yang memakai jersi 21 pastinya bertekad mahu memperbaiki catatan musim lalu.Mohammad Fuad yang juga atlet Sukan SEA negara menyertai kategori CEI 1* 100 km dijangka bakal ditentang hebat rakan senegaranya, Azizatul Asma yang menunggang kuda diberi nama Mora Franka.Kejohanan kali ini turut mencuri tumpuan peminat apabila peserta termuda, Farish Iskandar Mohammad Iskandar akan membuat perhitungan dalam kategori CEN 40 km.Acara penyampaian hadiah akan berlangsung pagi esok dan Ahmad Samsuri dijangka hadir bagi menyempurnakan majlis tersebut.
07 Mar 20
610
Acara Sampingan Hangatkan Kuda Lasak Piala MB
Peserta terbaik kejohanan.SETIU, 6 Mac - Acara sampingan sempena Kejohanan Kuda Lasak Piala Menteri Besar Terengganu yang berakhir hari ini menjadi medan pemanas badan sebelum aksi sebenar bermula esok.Saingan di Pusat Kuda Lasak Antarabangsa Terengganu itu melibatkan enam kategori sejauh 20 kilmeter selain turut menampilkan beberapa peserta cilik.Majlis penyampaian hadiah kepada peserta terbaik disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato' Zahari Md Azahar, Pegawai Daerah Setiu, Sophian Abu Bakar dan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.Mengungguli acara keseluruhan ialah pasukan HKRC apabila dinobatkan sebagai pasukan terbaik, kumpulan terbabit mencatatkan masa empat jam lima minit dan 55 saat sekali gus bergelar juara edisi kali ini.Kemenangan itu diraih setelah mereka cemerlang dalam dua kategori pertandingan iaitu mencatat johan bagi acara Mini Endurance Pony menerusi Nurin Kasih Arisya.Selain turut berjaya memenangi kedudukan satu dan dua dalam pertandingan Mini Endurance Horse apabila M Aminuddin serta Haikal Danish Darini berjaya menidakkan peserta lain.Kejayaan itu sekali gus mengenepikan kumpulan Sri Panji Stable yang ketinggalan enam minit di belakang, manakala Mok Ngoh Stable berpuas hati di kedudukan ketiga.Kejohanan Kuda Lasak Piala Menteri Besar Terengganu akan membuka tirai petang esok dan Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dijangka akan merasmikan kejohanan.
06 Mar 20
227
Tan Sri Idrus Harun Peguam Negara Baharu
Tan Sri Idrus Harun PUTRAJAYA, 7 Mac - Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Idrus Harun dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa mulai hari ini.Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata pelantikan Tan Sri Idrus telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras dengan Fasal (1) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.Menurut kenyataan itu, Al-Sultan Abdullah juga telah memperkenankan permohonan Tan Sri Tommy Thomas untuk memendekkan perkhidmatan beliau sebagai Peguam Negara berkuat kuasa pada 28 Februari 2020 selaras dengan Fasal (5) Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.Pejabat Perdana Menteri turut menyatakan kerajaan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tan Sri Tommy Thomas atas perkhidmatan beliau kepada negara selama memegang jawatan sebagai Peguam Negara.Sumber : Astro Awani
06 Mar 20
80
PAS Tegas Lantik Ahli Kabinet Berintegriti - Abdul Hadi
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.Oleh : Hidayah AzlinMARANG, 6 Mac – PAS mengulangi ketegasan supaya Perdana Menteri melantik barisan Jemaah Menteri yang terdiri daripada kalangan berintegriti, berkelayakan, berkemahiran dan mewakili masyarakat majmuk.Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, cadangan yang dikemukakan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin itu perlu dijayakan supaya negara berada di landasan terbaik setelah kemelut politik berakhir."Saya tegas dalam pertemuan dengan Perdana Menteri semalam, PAS istiqamah, konsisten dengan pendirian kita memilih anggota kabinet yang punyai integriti, yang bersih, berkepakaran, kalangan ahli politik dan kalangan profesional kerana kita mahu menyelamatkan negara," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media di Rusila hari ini.Mengulas tentang kes pemimpin tertentu yang sedang dibicarakan di mahkamah, beliau berkata, kerajaan baharu tidak akan mencampuri urusan terbabit.Sebaliknya, ia diserahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa termasuk badan kehakiman untuk menjalankan proses pengadilan.Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar turut hadir."Kita juga berharap agar semua pihak menghormati proses kehakiman. Jangan kita jadikan media sosial (sebagai) keputusan mahkamah. Itu tidak boleh, biar mahkamah buat keputusan."Mengikut konsep kehakiman Islam, orang yang dituduh belum didapati bersalah lagi kecuali sudah dibuktikan di mahkamah."Kita mengambil kira keputusan mahkamah. Berbeza dengan Pakatan Harapan (PH), tengah perbicaraan pun dia hentikan kerana ada orang tertentu yang ada kes ini termasuklah yang diletak di bawah karpet. Kita tahu, kes-kes besar dia letak bawah karpet," ujarnya.Dalam masa yang sama, Abdul Hadi mahu kerajaan baharu meneruskan segala agenda yang memberi manfaat kepada rakyat."Apa yang baik dari kerajaan dulu kita teruskan. Sebarang janji mustahil, kita tak boleh buat. Janji dia yang elok kita akan buat, walaupun PH dah jatuh."Termasuklah juga janji kita sendiri. Ada perkara yang sama,ada yang berbeza. Ia akan dilihat," tambah beliau.
06 Mar 20
86
Peralihan Kerajaan : MPKK Terengganu Berjalan Seperti Biasa
Azman Ibrahim.KUALA TERENGGANU, 6 Mac – Gerak kerja melibatkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di seluruh Terengganu akan berjalan seperti biasa walaupun berlaku perubahan kepimpinan di peringkat persekutuan.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim memaklumkan, ini kerana kerajaan negeri telah mengambil alih sepenuhnya pengurusan dan bayaran elaun bagi kesemua 1046 MPKK Terengganu.Jelasnya, ia setelah kerajaan pusat sebelum ini menghentikan kerjasama serta menamatkan bayaran elaun kepada MPKK lantikan negeri.“Kita laksanakan inisiatif itu bagi menjamin kelangsungan fungsi dan peranannya dalam membantu masyarakat.“Kerana itu, maka perjalanan MPKK di Terengganu akan terus berjalan seperti biasa di bawah tanggungjawab kerajaan negeri sehingga satu keputusan baharu dibuat di peringkat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB),” katanya dalam satu kenyataan rasmi hari ini.Pada 4 Mac baru-baru ini, Ketua Setiausaha KPLB dalam satu makluman berkata, segala urusan berkaitan MPKK dan MPKK Persekutuan (MPKKP) diminta untuk ditangguhkan sementara waktu berikutan peralihan kerajaan.“Ia telah mengakibatkan berlaku rombakan pucuk pimpinan di seluruh negara yang mana turut melibatkan MPKK dan MPKKP.“Jadi dipohon untuk menangguhkan sementara semua urusan MPKK dan MPKKP termasuk urusan pelantikan, pertukaran, pembayaran elaun dan lain-lain hal yang berkaitan.“Berkuatkuasa sehingga mendapat dasar dan hala tuju baharu daripada Menteri KPLB,” ujar kenyataan itu.
06 Mar 20
90