Artikel "Utama" Terkini
UC TATI Sedia Jalin Kerjasama Dengan Agensi Luar
KUALA TERENGGANU, 10 Mac - Kerajaan negeri melalui Universiti College (UC) TATI mengalu-alukan mana-mana pihak termasuk agensi atau syarikat swasta untuk mengadakan kerjasama bagi memperkasakan UC TATI dalam industri dan modal insan negeri.Pengerusi Jawatankuasa Perlaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi negeri, Satiful Bahri Mamat berkata, Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Universiti College (UC) TATI dan Elvira System Sdn Bhd menjadi satu contoh usaha terbaik dalam memperkasakan kedua-dua pihak.“Ini bukan kali pertama kerjasama dilakukan dengan syarikat luar dan pihaknya mengalu-alukan jika ada syarikat-syarikat atau agensi-agensi yang ingin bekerjasama kerana maklumat dan bidang teknologi sentiasa berkembang dari semasa ke semasa.‘’UC TATI juga membuka ruang kepada pakar-pakar industri untuk bersama-sama bagi berkongsi pengalaman mereka bagi menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dengan kerjasama yang akan kita lakukan.‘’Kita juga akan memberi sokongan bagi kempen menggalakkan pelajar-pelajar kita memilih bidang sains dan teknologi di UC TATI bagi menaikkan kadar bilangan pelajar di sana," ujarnya.Satiful yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah UC TATI berkata demikian di sidang media selepas Majlis Pelancaran Biasiswa UC TATI dan Majlis Menandatangani MOU antara UC TATI dan Elvira System Sdn Bhd di Dewan Rebana 5, Primula Beach Hotel.Turut hadir, Rektor TATI University College, Profesor Dr Anuar Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Elvira System Sdn Bhd, Mohd Farid Zainal Abidin.Jelasnya, bagi pihak UC TATI, MOU berkenaan boleh meningkatkan kebolehpasaran graduan mendapat pendedahan awal di industri ketika cuti semester dan juga ketika menjalani Latihan Industri.Sementara itu industri pula boleh memanfaatkan kepakaran UC TATI dalam perundingan dan penyelidikan."Sebagai contoh, dengan perubahan arus teknologi masa kini dan berkembangnya Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0), wujud keperluan untuk industri membuka lebih banyak makmal penyelidikan dalam kampus."Dan seterusnya membawa lebih ramai tenaga pakar industri untuk bekerjasama dengan tenaga akademik dan pelajar dalam menghasilkan inovasi baharu," ujar beliau.Sementara itu, UC TATI turut mengumumkan biasiswa sejumlah RM4.4 juta kepada pelajar baharu kemasukan April, Julai dan September 2020 yang ditambah baik dengan kadar peningkatan kadar peruntukan sebanyak RM1.3 juta.
09 Mar 20
211
Langkah Dengan Bismillah - Dr Khairuddin At-Takiri
Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri.KUALA TERENGGANU, 10 Mac - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang telah diberi kepercayaan oleh Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyiddin Yasin memegang jawatan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komuditi bersedia menggalas tanggungjawab tersebut demi rakyat dan negara.Sambil menyifatkan pelantikan itu satu amanah yang besar, beliau berterima kasih kepada PM serta kepimpinan parti di atas kepercayaan yang diberikan itu."Kita mulakan langkah dengan bismillah. Amanah dan tanggungjawab yang berat untuk dipikul."Namun, dengan doa kepada Allah agar sentiasa diberikan petunjuk dan ilham, dengan bantuan semua pihak yang bekerja secara kolektif dan mengamalkan konsep syura, berbincang dan berunding, dengan merujuk kepada pakar-pakar bidang dan pemain industri, insya-Allah secara bersama, kita mampu lakukan yang terbaik untuk rakyat dan negara," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial miliknya hari ini.Khairuddin akan mengangkat sumpah jam 3 petang ini, seterusnya bersama-sama dengan ahli Kabinet yang lain."Selepas selesai mengangkat sumpah, pada jam 6 petang saya akan ke pejabat Kementerian untuk mendengar taklimat awal daripada pegawai-pegawai tinggi."Maka bermulalah tugasan insya-Allah. Mohon doa semua," ujarnya.
09 Mar 20
1128
Mohon Doakan, Bantu Saya Untuk Pikul Amanah Ini - Zulkifli
Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri.KUALA TERENGGANU, 10 Mac - Mufti Wilayah Persekutuan yang juga anak jati Terengganu, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi mufti pertama di negara ini dilantik sebagai menteri.Agamawan kelahiran Terengganu itu akan menganggotai barisan Kabinet sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan barisan anggota Kabinet baharu di bawah pentadbiran beliau.Menurut Muhyiddin, Dr Zulkifli terlebih dahulu akan dilantik sebagai Senator bagi membolehkan beliau memegang jawatan itu.Zulkifli menerusi posting di laman sosialnya berkata, sejurus pelantikan itu, beliau terus menuju ke Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan. “Babak pertama, episod baharu… sejurus selepas pengumuman pelantikan sebagai YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), seperti biasa, saya terus menuju ke Masjid Slim River, Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana. “Saya dengan rendah hati memohon jasa baik sahabat semua untuk berterusan mendoakan agar saya dikurniakan Allah SWT kekuatan untuk memikul amanah dan kepercayaan ini sepenuh keupayaan saya,” katanya.Selain doa, Zulkifli turut meminta agar semua pihak memberi pandangan kepada beliau dalam menerajui kepimpinan.“Doakan saya, bantu saya dan berilah pandangan kepada saya. Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredaanNya.Kepada Allah SWT kami berserah dan kami bertawakal,” katanya.Pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah, Ijazah Sarjana Syariah daripada Universiti Ulum al-Islamiyyah wa al-Arabiyyah, Syria dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang pengkhususan pengeluaran Fatwa itu begitu disegani dan menjadi pakar rujuk dalam pelbagai isu agama sebelum ini.Beliau juga adalah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan selain terbabit sebagai penasihat syariah dalam beberapa institusi kewangan dan dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan pada Jun 2014 sehingga kini.Zulkifli turut diberikan pengiktirafan seperti Anugerah Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Wilayah Persekutuan 1433H/2012Ml, Anugerah Tokoh Ilmuan Negeri Selangor 1433H/2012M, Anugerah Tokoh Dakwah Media TV AL-Hijrah 2014, dan Ikon Integriti dan Anti Rasuah 2019 oleh Suruhanjaya Pencegahan Anti Rasuah Malaysia (SPRM).
09 Mar 20
70
'Saya Kagum Dengan Abdul Hadi' - Mufti Perlis
Abdul Hadi semasa memasuki Kompleks Sri Perdana petang tadi.KUALA LUMPUR, 9 Mac - Sikap terbuka Ahli Parlimen Marang yang tidak mewajibkan dirinya dilantik dalam mana-mana jawatan Menteri mengundang rasa kagum Mufti Perlis.Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) dalam satu hantaran di Facebook peribadinya berkata, sewaktu berjumpa dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau dimaklumkan tentang perkembangan akhir sebelum pembentukan kabinet diumumkan."Antara yang saya kagum, beliau memberitahu sikap terbuka Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang yang tidak mewajibkan agar dirinya mesti dilantik (ke dalam kabinet)."Walaupun beliau mengemukakan senarai nama dari partinya, tapi beliau tidak bertegas membuat tuntutan untuk dirinya. Kita patut memuji sikap yang seperti itu," katanya.Tambah Dr Maza, matlamat sebenar untuk melihat satu kerajaan yang stabil, cekap, melindungi asas-asas negara perlu diutamakan berbanding kepentingan lain."Para pemimpin yang mencari redha Allah, Jika kita semua tulus kerana Allah, banyak urusan umat ini akan berjaya kita laksanakan," jelasnya.Pada Jumaat lepas, Abdul Hadi dalam satu sidang media menegaskan, beliau terbuka kepada Perdana Menteri dan tidak mewajibkan dirinya dipilih."Kalau saya tak dipilih saya balik jadi nelayan pun tak apa, tak jadi masalah. Saya nak bekerja untuk negara," katanya.Sementara itu, mengulas tentang pembentukan kabinet hari ini, Abdul Hadi berkata ia adalah satu permulaan yang baik untuk negara dan rakyat."PAS menyambut baik dan mendukung sepenuhnya kepimpinan YAB Perdana Menteri dan Jemaah Menteri yang baharu diumumkan hari ini, demi membawa kebaikan kepada negara dan rakyat."Kami percaya pembentukan Kabinet ini dilakukan secara berhemat dengan mengambil kira aspek integriti dan kelayakan, serta keseimbangan di antara wilayah dan masyarakat majmuk untuk memastikan mutu perkhidmatan yang baik oleh pihak kerajaan," ujarnya.Abdul Hadi turut berterima kasih kepada Perdana Menteri atas kepercayaan kepada PAS dalam membangunkan negara.
09 Mar 20
236
Lantikan Ahli Kabinet Berwibawa Dan Berintegriti - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 9 Mac - Kerajaan negeri merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Mohd Yassin atas pengumuman Jemaah Menteri Kabinet hari ini.Menteri Besar, Dato' Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pengumuman ini amat dinantikan oleh rakyat Malaysia dan Terengganu khususnya setelah menyaksikan kemelut politik yang begitu meresahkan semua pihak."Sudah tentu rakyat mahukan perubahan yang lebih baik dengan pelantikan Menteri Kabinet yang bukan sahaja terdiri daripada tokoh politik berpengalaman, tetapi tidak mengabaikan golongan teknokrat dan individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu."Pelantikan ini juga mengambil kira masyarakat majmuk Bumiputera dan Bukan Bumiputera termasuk wakil Sabah dan Sarawak turut terpilih," ujarnya dalam satu kenyataan di laman sosial rasminya hari ini.Ahmad Samsuri berkata beliau percaya kesefahaman antara parti-parti dalam Perikatan Nasional mampu membawa Malaysia lebih berdaya saing mendepani cabaran ekonomi global terutama dunia kini berhadapan dengan wabak Covid-19 yang kian meruncing."Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri yang turut melantik Menteri dan Timbalan Menteri dari negeri Terengganu sekali gus dapat memantapkan hubungan federalisme antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan."Doa kami mengiringi saf kepimpinan Jemaah Menteri yang dilantik untuk memberikan perkhidmatan yang berwibawa, berintegriti dan peduli rakyat," tambahnya.
09 Mar 20
274
Amzad Janji Beri Perkhidmatan Terbaik Untuk Rakyat
KUALA TERENGGANU, 9 Mac - Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berjanji akan memberikan perkhidmatan terbaik dalam meneruskan hala tuju kementerian itu dalam memperkasa bidang sains, teknologi dan inovasi di negara ini.Sambil menyifatkan pelantikan itu tidak diduga, beliau berterima kasih kepada Perdana Menteri (PM), Tan Sri Muhyiddin Yassin serta kepimpinan parti di atas kepercayaan yang diberikan itu.Menurutnya, beliau menerima tanggungjawab yang diamanahkan itu dalam kedudukan ekonomi negara dan global yang mencabar di samping situasi negara yang sedang berhadapan dengan COVID-19."Mengenai gandingan saya dengan Khairy Jamaluddin, kami ada kerjasama yang baik sebagai pembangkang di parlimen dan mempunyai hubungan yang baik dengan beliau."Malah saya difahamkan pelantikan saya itu melalui senarai nama yang telah dikemukakan oleh pihak parti , maka ia satu amanah yang akan dilaksanakan dengan cara yang terbaik demi rakyat dan juga demi kepentingan parti saya."InsyaAllah dengan pelantikan ini,saya juga akan memainkan peranan untuk membawa pembangunan yang sewajarnya ke negeri kita, Terengganu, "katanya ketika dihubungi oleh wartawan Urus Setia Penerangan Darul Iman ( UPDI) hari ini.Ketika diminta mengulas tentang pengumuman kabinet hari ini, Amzad berkata Perdana Menteri sangat memperhalusi berhubung dengan pelantikan ahlinya."PM tidak mengehadkan pilihan dari kalangan ahli politik sahaja tetapi memasukkan kalangan profesional di dalamnya."Saya lihat dari segi persembahan mengikut Wilayah, dari Sabah , Sarawak, pelbagai parti dikalangan komposisi lelaki dan perempuan di mana semua itu diambil kira,"ujarnya lagi.Beliau juga cukup teruja apabila PM menitik beratkan tentang kualiti setiap yang dilantik , dari segi kelayakan, pengalaman dan sebagainya.
09 Mar 20
122
Empat Figura Terengganu Dilantik Sebagai Menteri
PUTRAJAYA, 9 Mac - Barisan kabinet baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menampilkan empat figura Terengganu.Mendahului senarai tersebut ialah bekas mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Agama.Alumni Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Kuala Terengganu itu akan dilantik sebagai senator bagi memegang jawatan menteri kanan.Zulkifli akan dibantu oleh Ahli Parlimen Pengkalan Chepa dari PAS, Ahmad Marzuk Shaary, sebagai timbalan.Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato' Dr Khairuddin Aman Razali pula diangkat sebagai Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.Kementerian tersebut merupakan portfolio baharu yang diwujudkan bagi menjana pendapatan negara dengan mampan.Terdahulu, Muhyiddin turut mengumumkan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Rosol Wahid sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.Di samping Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim melengkapkan empat kuota selepas dilantik sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Kabinet akan diadakan esok.Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, istiadat berkenaan akan diadakan di Istana Melawati di sini jam 3 petang.
09 Mar 20
1449
150 Pengamal Media Berkumpul Tunggu Senarai Penuh Kabinet
PUTRAJAYA, 9 Mac – Lebih 150 pengamal media berada di Putra Perdana petang ini bagi membuat liputan mengenai pengumuman jemaah Menteri baharu.Kesemua mereka terdiri daripada media tempatan dan antarabangsa mula memasuki Pejabat Perdana Menteri (PMO) itu seawal jam 2.30 petang.Tepat jam 5.00 petang, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan mengumumkan senarai penuh jemaah Menteri dan Timbalan Menteri di bawah pentadbirannya.Terdahulu, satu perjumpaan khas antara Muhyiddin serta ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengambil tempat di kediaman rasmi Muhyiddin di Kompleks Sri Perdana.
09 Mar 20
157
Pakaian Patuh Syariah Atlet Mulai 12 Mac
KUALA TERENGGANU, 9 Mac - Terengganu bakal memperkenalkan garis panduan pemakaian patuh syariah atlet termasuk mereka yang akan menyertai Sukan Malaysia (SUKMA) Johor 2020 pada 11 hingga 19 Julai depan.Perkara itu akan dinyatakan dalam majlis khas yang akan diadakan di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu pada 12 Mac ini.Mulai tarikh itu, pihak berkaitan akan menetapkan garis panduan bagi setiap atlet beragama Islam, termasuk mereka yang menyertai sukan gimnastik dan akuatik.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, garis panduan pemakaian atlet itu nanti bukan sahaja meliputi aspek pemakaian, tetapi aspek syariah yang lain.“Terengganu akan menguna pakai sebaik mungkin garis paduan itu supaya dapat diikuti dan dicontohi negeri lain,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Watikah Jemputan Rasmi Kontinjen Terengganu sempena SUKMA Johor, di Wisma Darul Iman, di sini hari ini.Wan Sukairi turut memberitahu, pihaknya bermungkinan akan menghantar kira-kira 600 atlet bagi menyertai 16 sukan wajib dan 15 sukan pilihan.Katanya, buat masa sekarang, pihaknya sudah melantik bapa dan jabatan angkat bagi memberi sokongan pada setiap sukan yang akan dipertandingkan pada SUKMA Johor nanti.“Bagi tujuan sama, setiap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri dipertanggungjawabkan menjadi bapa angkat.“Manakala Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Zainal Abidin Hussin dilantik sebagai Ketua Kontinjen,” katanya,
09 Mar 20
107
Jemari Emas Mampu Jana Pendapatan
Oleh: Aslam WiraMARANG, 8 Mac - Golongan wanita, terutama surirumah di negeri ini mampu menjana pendapatan tambahan melalui seni jahitan walaupun berada di rumah.Melihat perkara itu,Persatuan Isteri Wakil Rakyat Dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Khairunnisa’) mengambil inisiatif menganjurkan Program Jejari EmasPengerusi persatuan itu, To’ Puan Seri Tuan Faizah Tuan Ab Rahman berkata,program kali kedua itu dianjurkan bertujuan menarik minat golongan wanita dan suri rumah dalam kelas jahitan.Katanya, pihaknya akan turun ke setiap DUN bersama kelengkapan dan tenaga pengajar“Tumpuan utama akan diberikan golongan surirumah, ibu tunggal, pelajar sekolah malah wanita berkerjaya“Sebelum ini, saya pernah dikenali sebagai orang yang bertanggungjawab untuk membawa kempen pertanian bandar dan telah berjaya mendapat sambutan ramai serta jadi ikutan.“Jadi kali ini, kita mahu menggorak langkah untuk memperluaskan kepada bidang jahitan pula.”katanya.Beliau berkata ketika hadir ke program “Sentuhan Jejari Emas” DUN Rhu Rendang di Dewan Sekolah Rendah Islam Darul Quran (SriDQ) di Kampung Rhu Muda. semalam.
07 Mar 20
174