Artikel "Utama" Terkini
COVID-19 : Kawalan Pergerakan Tatacara Majlis Akad Nikah Di Terengganu
Gambar hiasan. Foto oleh - Tengku SyamimTatacara Majlis Akad Nikah di negeri Terengganu sepanjang tempoh Kawalan Pergerakan (18 Mac hingga 31 Mac 2020)Mana-mana Majlis Akad Nikah yang telah diberi Kebenaran Berkahwin sebelum berkuatkuasanya tarikh perintah Kawalan Pergerakan, maka majlis tersebut dicadangkan kepada Penganjur untuk MENANGGUHKANNYA pada tarikh lain yang bersesuaian atau sekiranya penganjur berhasrat meneruskan majlis akad nikah tersebut, maka TATACARA ini hendaklah dipatuhi;1. Dijalankan di premis persendirian, ELAKKAN dilangsungkan di tempat awam seperti masjid, surau dan seumpamanya.Hendaklah dihadiri oleh:i. Satu (1) orang Jurunikahii. Pengantin Lelakiiii. Pengantin Perempuaniv. Satu (1) orang waliv. Empat (4) orang saksiMasa perjalanan Majlis Akad Nikah hendaklah dipendekkan dan tidak melebihi 20 minit.Penganjur perlu menyediakan hand sanitizer di dalam Majlis Akad Nikah.Penganjur perlu menyediakan topeng muka (facemask) - jika perlu.ELAKKAN berjabat tangan.Pastikan jarak selamat (sekurang-kurangnya 1 meter) daripada orang yang mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk, selesema dan / atau sakit tekak.Jika Penganjur tidak mematuhi Tatacara ini, Jurunikah dengan kuasa Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Ruju, Negeri Terengganu, boleh MENANGGUHKAN majlis tersebut.Semua yang hadir pada Majlis Akad Nikah berkenaan hendaklah didaftarkan nama, alamat semasa dan nombor telefon dan diserahkan kepada Jurunikah. Bagi Majlis Resepsi / Kenduri Kahwin untuk Majlis Akad Nikah tersebut, hendaklah DITANGGUHKAN. SUMBER: JABATAN HAL EHWAL AGAMA TERENGGANU (JHEAT)
17 Mar 20
114
COVID-19 : Laungan Azan Lima Solat Fardu Tetap Berkumandang
Gambar hiasan Masjid Terapung. Foto oleh - Tengku SyamimKUALA TERENGGANU, 18 Mac - Laungan azan lima waktu solat fardu akan diteruskan oleh bilal masjid dan surau yang bertugas sebagai panduan masuknya waktu solat kepada seluruh umat Islam di Terengganu sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa hari ini hingga 31 Mac depan.Mufti Terengganu, Datuk Dr Zulkifly Muda berkata, dalam tempoh itu juga semua masjid dan surau hendaklah melaksanakan operasi pembersihan dan penyahkuman sebagai langkah-langkah kawalan bagi mengelakkan jangkitan virus COVID-19."Ahli kariah hendaklah menunaikan solat zohor pada hari Jumaat dan solat fardu lima waktu di rumah masing-masing bagi memastikan keberkesanan tindakan ini."Bagi memastikan penularan wabak COVID-19 tidak terus berlarutan maka seluruh masyarakat di Terengganu hendaklah menghindarkan diri daripada bersalam sehingga keadaan kembali pulih sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan semalam.Keputusan itu diambil selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu Kali Ketiga Penggal ke-13 yang bersidang semalam berdasarkan kepada taklimat dan penerangan yang disampaikan oleh Pegawai Perubatan dari Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu.Beliau berkata, sekiranya berlaku kematian akibat jangkitan wabak COVID-19, maka pengurusan mandi jenazah bagi orang Islam adalah seperti biasa."Sekiranya tidak dapat dilakukan, maka hendaklah ditayammumkan seperti biasa, namun sekiranya tidak dapat dilakukan juga, maka dibolehkan dilakukan tayammum hanya di atas permukaan beg jenazah atau pun pembalut yang membalut jenazah itu."Adalah wajib bagi semua rakyat di Terengganu untuk mematuhi segala arahan yang telah diberikan oleh pihak berkuasa demi memastikan terselamat daripada wabak COVID-19 dengan keputusan ini dibuat berdasarkan kepada Kitab Mughni Al Muhtaj, Al-lnsaf, AlWadih Fi Usul Al-Fiqh, Asna Al-Matalib dan Al-Ashbah Wa Al Nazair," katanya.Sementara itu di Pulau Pinang, muazin masjid di negeri itu akan mengubah laungan azan bermula waktu solat fardu Asar hari ini, kata Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman.Beliau berkata laungan azan itu akan diubah daripada "hayya 'ala al-solah" yang bermaksud “marilah menunaikan solat" kepada "sollu fi buyutikum" yang bermaksud "tunaikanlah solat di rumah kamu".Laungan azan bagi setiap solat fardu itu akan berkumandang selama 14 hari sejajar pengumuman arahan Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 31 Mac ini."Pada 1 April, laungan azan yang asal akan dilaungkan seperti sedia kala namun bergantung kepada arahan pihak atasan dan situasi COVID-19," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.Terdahulu, beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM1 juta kepada masjid daerah dan masjid negeri di Pulau Pinang."Sumbangan itu adalah bantuan untuk mengimarahkan masjid daerah dan masjid negeri dalam memperkasakan peranan masjid dalam masyarakat."Ia juga adalah untuk penganjuran pelbagai aktiviti dan program yang akan dijalankan oleh masjid daerah dan masjid negeri di Pulau Pinang tertakluk kepada arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.Masjid yang menerima peruntukan itu termasuk Masjid Negeri Pulau Pinang sebanyak RM510,000, Masjid Abdullah Fahim Kepala Batas sebanyak RM130,000, Masjid Daerah Butterworth, Masjid Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Masjid Daerah Seberang Perai Selatan dan Masjid Daerah Barat Daya masing-masing menerima RM90,000.Terdahulu, Jabatan Mufti Pulau Pinang bersama Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP) telah mengeluarkan arahan kepada kariah seluruh negeri itu supaya menghentikan segala aktiviti perhimpunan termasuk solat jemaah dan solat Jumaat di masjid dan surau di Pulau Pinang dalam usaha membendung penularan COVID-19.
17 Mar 20
209
COVID-19 : Hotel Dan Tempat Peranginan Terengganu Ditutup
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Oleh: Noraini JusohKUALA TERENGGANU, 18 Mac - Operasi hotel dan tempat peranginan di seluruh negeri ini ditutup selari Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin malam, bagi mengekang penularan COVID-19.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri berkata, tempoh kawalan pergerakan yang bermula hari ini sehingga 31 Mac bukan tempoh untuk bercuti."Tempoh dua minggu ini bukan untuk bersantai-santai."Mereka yang berada di tempat-tempat sedemikian perlu 'lock down' di tempat itu."Ini bukan sekadar saranan tetapi perkara yang diperuntukkan di bawah perlembagaan dan undang-undang," ujarnya kepada pemberita ketika mengadakan tinjauan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, hari ini.Katanya, orang ramai diminta tidak boleh memandang remeh gesaan daripada pihak berkuasa.Dalam pada itu, beliau turut menggesa petugas media agar membuat ujian saringan."Kita semua berisiko sebenarnya, tidak ada orang terkecuali termasuk petugas media yang perlu berjumpa pelbagai pihak ketika membuat liputan dalam melaksanakan tuntutan tugas masing-masing," ujarnya.
17 Mar 20
45
COVID-19 : Sukarelawan Terengganu Bantu Penjagaan Anak Petugas & Kakitangan Hadapan - MB
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meninjau keadaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, hari ini.Oleh: Noraini JusohKUALA TERENGGANU, 18 Mac - Kerajaan Terengganu mengambil langkah untuk membantu penjagaan anak para petugas dan kakitangan hadapan yang bertungkus-lumus melindungi masyarakat daripada wabak COVID-19.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, mereka adalah termasuk petugas hospital iaitu doktor, jururawat dan wira-wira COVID-19 yang terpaksa meninggalkan keluarga dan anak kecil."Oleh kerana pusat jagaan dan taska ditutup maka mereka tiada pilihan. Justeru kita sedang dalam proses untuk menyelesaikan perkara ini. Ramai sukarelawan yang tampil ke hadapan menawarkan khidmat mereka membantu meringankan beban petugas hospital."Hasil perjumpaan saya dengan Perdana Menteri semalam, beliau menekankan semua langkah perlu diambil dengan serius oleh semua pihak dan sekiranya tempoh dua minggu ini tidak mendatangkan kesan yang sepatutnya, pihak Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri akan mengambil langkah yang lebih drastik daripada itu."Untuk mengelakkan langkah yang lebih drastik dikenakan, semua pihak bukan sahaja hospital yang saya rasakan sangat berdedikasi dalam menjalakan tugas mereka tapi semua rakyat perlu sama-sama mainkan peranan."Kepada yang belum lagi menjalankan ujian, tolong datang ke depan," rayunya dalam satu kenyataan kepada pemberita ketika tinjauan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), hari ini.Mengulas tentang keselamatan masyarakat, beliau menambah, kerajaan negeri menyeru seluruh rakyat Terengganu khususnya agar mendengar dengan teliti apa yang diminta dan dimaklumkan kepada mereka oleh pihak kerajaan sama ada Kementerian Kesihatan atau Majlis Keselamatan Negara."Semua penduduk diminta menghentikan aktiviti dan berada di rumah masing-masing. Ini adalah penting untuk mengelakkan penularan COVID-19 ini berterusan."Sepanjang laluan saya tadi ada lagi satu dua tempat kedai makan yang buka secara terbuka. Saya merayu sangat-sangat kepada mereka supaya menutupnya sementara. Ini bukan masa untuk kita 'enjoy' tetapi bersama-sama mainkan peranan masing-masing."Pihak kedai makan dan lain-lain semua ada peranan masing-masing supaya hanya menyediakan makanan untuk dibawa pulang sahaja."Dan kepada rakyat negeri Terengganu, duduklah di rumah masing-masing dan tidak menjadikan kepulangan mereka ini seperti tempoh bercuti raya," tegasnya.
17 Mar 20
117
COVID - 19 : YPU Tangguh Bayaran Pembiayaan Dan Penyewaan Premis
KUALA TERENGGANU, 18 Mac-Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu memberikan kelonggaran kepada usahawan-usahawan dibawahnya menangguhkan semua pembayaran balik pembiayaan dan bayaran sewaan premis-premis perniagaan YPU bagi bulan April 2020.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata ia selaras dengan pengumuman oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.Justeru itu katanya, kelonggaran ini diberikan bagi mengurangkan beban kepada mereka yang terlibat."Dengan pengumuman itu, maka pihak Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu juga akan ditutup bagi tempoh tersebut."Segala aktiviti keusahawanan yang telah dirancang oleh YPU dalam tempoh tersebut juga akan ditunda sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan," ujarnya yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah YPU dalam satu kenyataan media baru-baru ini.Tambahnya lagi, sebagai rakyat, semua pihak juga disarankan agar memainkan peranan yang penting agar virus ini dapat dibendung."Oleh yang demikian, diharapkan kita semua dalam lindungan Allah SWT dan dijauhkan dari segala wabak yang kini kian merebak," ujarnya.
17 Mar 20
904
COVID -19 : Pasar Malam Diarah Tutup, Restoran Hanya Boleh Jual Makanan Bungkus Sahaja
Foto Ehsan GogglePUTRAJAYA, 17 Mac - Restoran dan kedai makan boleh meneruskan operasi mereka ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula tengah malam ini.Bagaimanapun, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, pelanggan hanya dibenarkan membungkus atau membuat permintaan penghantaran makanan ke tempat masing-masing."Kita galakkan pemilik restoran membuat perkhidmatan penghantaran bagi memudahkan orang awam," katanya.Menurutnya, jarak sosial yang selamat antara individu merupakan kunci utama pelaksanaan perintah tersebut."Pasar malam tidak dibenarkan beroperasi kerana ia mengundang ramai orang," katanya pada sidang media selepas merasmikan cawangan Tealive di kementeriannya di sini hari ini.Dalam pada itu, beliau memberi jaminan bahawa bekalan makanan mencukupi bagi menampung keperluan rakyat."Kita arahkan peniaga segera menambah bekalan keperluan semasa," katanya.Justeru katanya, rakyat tidak perlu bimbang dan membuat pembelian panik."Kita sudah bercakap dengan peruncit dan pemborong," katanya.Alexander berkata, seramai 2,500 penguat kuasa KPDNHEP turut diarahkan untuk menjalankan pemantauan di lokasi tertentu."Arahan sudah dikeluarkan bagi mengekang kenaikan harga barang dalam tempoh ini," katanya.SUMBER : SINAR HARIAN
17 Mar 20
909
COVID-19 : Kakitangan Awam Terengganu Diarah Kerja Dari Rumah
KUALA TERENGGANU, 17 Mac - Semua pegawai awam Kerajaan Negeri Terengganu diarah bekerja dari rumah, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa esok hingga 31 Mac, bagi mengekang penularan wabak COVID-19, menerima pakai surat edaran Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman, hari ini.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Mohd Zahari Md Azahar berkata, arahan tersebut dipanjangkan pemakaiannya kepada semua Pihak Berkuasa Berkanun Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan Negeri.Terdahulu, Mohd Khairul memberitahu, ketua jabatan boleh menentukan perkhidmatan penting di kementerian atau jabatan masing-masing dan mengarahkan pegawai terbabit hadir bertugas di pejabat.Menurut Mohd Khairul, bagi pegawai yang diarah bekerja dari rumah, mereka hendaklah mematuhi arahan termasuk sentiasa berada di rumah dalam tempoh waktu pejabat atau bekerja yang ditetapkan kerajaan.“Pegawai mesti sentiasa bersedia sekiranya diarah oleh ketua jabatan untuk hadir ke pejabat atau mana-mana tempat lain dan pastikan sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh waktu bekerja,” katanya.Mohd Khairul berkata, tindakan tatatertib boleh diambil terhadap pegawai yang gagal mematuhi perkara yang dinyatakan itu, melainkan mendapat kebenaran ketua jabatan.“Pegawai tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993] dan peraturan-peraturan lain yang dikeluarkan dari semasa ke semasa yang mana bersesuaian,” katanya.Mohd Khairul berkata, arahan itu turut dipanjangkan kepada semua perkhidmatan awam negeri, pihak berkuasa berkanun dan pihak berkuasa tempatan.
17 Mar 20
133
COVID-19 : Kerajaan Negeri Ambil Langkah Pro Aktif
Wisma Darul Iman turut menutup operasinya bermula esok.KUALA TERENGGANU, 17 Mac- Kerajaan Terengganu mengadakan taklimat Corona Virus Disease 2019 (COVID-19) kepada Jabatan dan Agensi Kerajaan yang berkaitan industri pelancongan dalam negeri, hari ini.Dalam program yang berlangsung di Wisma Darul Iman itu, kerajaan negeri yang diwakili Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman mengingatkan keperluan industri pelancongan berkerjasama dalam membantu mengurangkan penularan wabak berkenaan.Ariffin.Turut hadir, wakil daripada Jabatan Kesihatan Negeri yang menyampaikan penerangan serta maklumat terkini berkaitan pandemik dan langkah-langkah yang perlu diambil.Tindakan turut memperlihatkan keputusan kerajaan negeri untuk menutup operasi jabatan-jabatan yang tidak terlibat selaras Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Muhammad Yassin, semalam, bermula esok.Antara jabatan-jabatan yang terlibat ialah Majlis Sukan Negeri, Urus Setia Penerangan Darul Iman, Taman Tamadun Islam, Jabatan Pelancongan Negeri dan pejabat-pejabat tanah dan daerah serta lain-lain.Taklimat dan penerangan COVID-19 bersama ketua-ketua jabatan berkaitan pelancongan negeri.
17 Mar 20
62
COVID-19 : Malaysia Catat Dua Kematian
PUTRAJAYA, 17 Mac - Dua kematian COVID-19 pertama negara dilaporkan hari ini.Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr Adham Baba menjelaskan, ia merupakan kes ke-178 dan kes ke-358."Kes ke-178 merupakan lelaki warga Malaysia berumur 34 tahun yang pernah hadir perhimpunan tabligh di Sri Petaling. Beliau bergejala mulai 5 Mac dan dirawat di Hospital Permai pada 12 Mac selepas positif COVID-19. Keadaan beliau merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia hari ini."Sementara kes ke-358 adalah lelaki warga tempatan 60 berusia mempunyai sejarah kronik. Mula bergejala pada 7 Mac dan dirawat Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac."Kesihatannya mula merosot dan dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada 17 Mac," katanya dalam sidang media di pejabatnya di sini, pada Selasa.Sehingga Selasa pukul 12 tengah hari katanya, terdapat 120 kes baharu yang telah dilaporkan.Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 673 kes."Berdasarkan siasatan awal, daripada 120 kes baharu yang dilaporkan hari ini, sebanyak 95 kes positif COVID-19 adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling."Sehingga kini, seramai 12 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan," jelasnya.Pada Isnin, KKM melaporkan, sebanyak 125 kes positif COVID-19 dilaporkan.Dengan angka tersebut, jumlah kes positif COVID-19 setakat pukul 12 tengahari Isnin adalah sebanyak 553 kes.Dalam pada itu pihaknya turut menggesa orang ramai untuk mematuhi segala arahan berkaitan dengan perintah Perintah Kawalan Pergerakan mengikut peruntukan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Akta Polis 1967 (Akta 344) yang akan dikuatkuasakan mulai 18 Mac sehingga 31 Mac 3020.Tegasnya, kegagalan mematuhi mana-mana arahan tersebut, sekiranya disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 24 Akta 342."Kesalahan pertama, boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda, atau kedua-duanya."Kesalahan kedua atau kesalahan berikutnya, boleh dipenjarakan tidak melebihi lima tahun atau didenda, atau kedua-duanya."Kesalahan yang berterusan didenda selanjutnya tidak melebihi RM200.00 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu berterusan," ujarnya.Dr Adham sebelum ini menjelaskan, pihaknya akan menambah 830 jururawat dalam usaha menangani penularan COVID-19 di negara ini.Beliau berkata lantikan secara kontrak itu bagi menambah kapasiti petugas di 135 hospital kerajaan di seluruh negara memandangkan bilangan kes positif COVID-19 semakin ketara sejak minggu lepas.SUMBER : ASTRO AWANI
17 Mar 20
42
COVID-19 : Jemaah Tabligh Tidak Dibenar Mengadakan Program Di Masjid
KUALA TERENGGANU, 17 Mac – Semua masjid serta surau di daerah ini dan Kuala Nerus dinasihat untuk tidak memberikan kebenaran kepada jemaah tabligh untuk mengadakan sebarang program.Pegawai Agama Daerah Kuala Terengganu, Azmi Tengah memaklumkan, keputusan itu dibuat berikutan penularan wabak COVID-19 di negeri ini yang berkait dengan jemaah berkenaan.“Bagi mencegah penyakit itu daripada terus menular di negeri ini, maka pentadbiran ini mengarahkan semua masjid dan surau dalam daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus tidak memberikan kebenaran kepada jemaah tabligh utnuk mengadakan apa jua program,” ujarnya.Tambah beliau, arahan tersebut berkuatkuasa serta merta sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
17 Mar 20
368