Artikel "Utama" Terkini
COVID-19 : Tentera Digerak Mulai Ahad, Bukan Perintah Darurat
KUALA LUMPUR, 20 Mac- Kerajaan akan menggerakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bermula Ahad ini dalam usaha mengurangkan pergerakan rakyat, namun ia bukanlah satu perintah darurat.Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan yakin dengan bantuan tentera, tahap pematuhan rakyat terhadap perintah kawalan pergerakan akan lebih tinggi."Kita berharap rakyat terus patuh arahan tentera. Dari laporan pihak polis, jelas nampak ada peningkatan dari segi pematuhan rakyat. Kita ucap terima kasih kepada rakyat."Bagaimanapun, masih terdapat insiden ramai tidak mempedulikan arahan pihak kerajaan dan arahan polis. Pada peringkat awal ini, kita hanya nasihat dan tindakan berhemah dilakukan."Kalau akhirnya sampai tahap tidak boleh kompromi, maka tindakan undang-undang akan digunakan," katanya pada sidang media, di sini hari ini.Ismail Sabri juga menafikan penyebaran berita kononnya beliau akan memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya perintah darurat dilaksanakan."Semalam pelbagai berita palsu diedarkan. Ini lebih menambah banyak panik dalam kalangan rakyat. Ada sampai audio, 'posting' dalam Facebook yang mengatakan Menteri Pertahanan akan umumkan perintah darurat selepas dapat perkenan Agong."Saya tidak tahu Menteri Pertahanan mana. Tiada dalam perancangan untuk perintah darurat. Malah kononnya aset tentera sudah digerakkan untuk perintah darurat pun tidak betul. Jadi, saya nasihatkan rakyat jangan mudah percaya," katanya.Sumber: Berita Harian
19 Mar 20
144
COVID-19 : 764 Anggota Polis Dibekukan Cuti Di Terengganu
Ketua Polis Terengganu, Dato’ Roslee Chik KUALA TERENGGANU, 19 Mac – Seramai 764 anggota polis daripada pelbagai pangkat dibekukan cuti termasuk yang sedang bercuti dipanggil bertugas bagi memantau perkembangan pergerakan dan aktiviti orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di negeri ini.Ketua Polis Terengganu, Dato’ Roslee Chik berkata pihaknya menubuhkan pasukan khas yang akan bertugas 24 jam di negeri ini terutama sekali tempat-tempat tumpuan orang awan seperti di supermarket-supermarket, pasar-pasar , di restoran-restoran ,pusat-pusat pelancongan bagi memastikan orang awam yang berada di kawasan tersebut bersurai dan kembali ke rumah. “Memanglah tindakan kita ni menyusahkan orang awam, tapi sebenarnya tindakan kita ini untuk mencegah dari penyakit lebih berjangkit lagi. Jadi saya merayulah kepada semua orang awam di negeri Terengganu ini kalau nak pergi membeli belah itu janganlah bawa anak bini ramai-ramai dalam satu kereta. ”Kalau perlu pergi sorang, pergi sorang je selepas beli barang balik jangan duduk berkumpul dan bersembang.Peringkat awal ni kita bagi nasihat, kita merayu supaya mereka ni akur dengan arahan-arahan yang kita keluarkan untuk mencegah penyakit ini daripada berjangkit,”ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini.Tambahnya, sekira orang awam masih ingkar, pada satu peringkat pihaknya akan ambil tindakan yang lebih keras mengikut undang-undang di bawah Akta 342 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988“Setakat ni belum ada apa-apa tindakan lagi, kalau sampai satu peringkat lagi jika keadaan bertambah buruk, kita boleh tangkap kerana ada akta-akta yang melibatkan penyakit berjangkit ni dibawah Akta 342.“Akta ini menyebut kuasa-kuasa telah diberikan oleh Menteri Kesihatan dimana Inspektor Atas berkuasa untuk menangkap mereka-mereka ni yang mana mereka boleh didakwa di bawah undang-undang ini,’’ ujar beliau.Menurut Roslee, bagi menjaga keselamatan pegawai dan anggota polis yang turun untuk bertugas sepanjang tempoh, langkah-langkah pencegahan telah diwajibkan kepada mereka bagi mengelakkan jangkitan virus.“Langkah-langkah pencegahan ni saya telah mewajibkan kepada semua mereka yang bertugas di inquiry office ataupun pejabat pertanyaan, pakai mask dan juga glove(sarung tangan) dan hand sanitizer sentiasa ada. “Begitu juga dengan pegawai-pegawai yang bertugas di lapangan ni kena pakai mask dan juga glove untuk mengelakkan daripada jangkitan. Kita takut bila pegawai dijangkiti penyakit ni tak mustahil nanti kita akan kuarantin satu balai, jadi susah tak ada orang nak buat kerja,” tambahnya.
18 Mar 20
328
COVID-19 : Sidang DUN Terengganu Berlangsung Separuh Hari Sahaja
KUALA TERENGGANU, 19 Mac - Persidangan Pembukaan Penggal Ketiga Bagi Mesyuarat Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan berlangsung pada 23 hingga 26 Mac ini akan dilaksanakan separuh hari sahaja.Yang Dipertuanya, Dato’ Yahaya Ali berkata ia bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai wabak COVID-19 yang sedang melanda ketika ini.Justeru itu katanya, persidangan yang akan diadakan pada 23 Mac nanti akan berlangsung separuh hari sahaja sebagaimana yang telah diperkenankan oleh Kebawah DYMM Tuanku Al-Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Tambahnya, persidangan kali ini juga akan berlangsung tanpa Istiadat Pembukaan oleh Kebawah DYMM Tuanku Al-Sultan seperti tahun-tahun sebelum ini.“Kebawah DYMM Tuanku Al-Sultan tidak akan berangkat tetapi baginda akan menghantar Perutusan Bertulis yang akan dibaca oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada hari pembukaan persidangan.“Perkara ini dibolehkan menurut Peraturan 37 Undang-Undang Bagi Kerajaan Negeri Terengganu,” ujarnya kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini.Menurut beliau lagi, menurut Perkara 16(1), Peraturan-Peraturan Dan Perintaj-Perintah Tetap, Yang Dipertua DUN mempunyai kuasa untuk menetapkan Tertib Pekerjaan Dewan mengikut pertimbangannya.“ Oleh itu, persidangan pada kali ini tidak akan melibatkan ketua-ketua jabatan serta pemerhati dan hanya akan dihadiri oleh Ahli-ahli Yang Berhormat sahaja dengan mematuhi arahan penjagaan dari Majlis Keselamatan Negara yang telah ditetapkan,” katanya..
18 Mar 20
1040
COVID-19 : Doa Menghadapi Wabak
Mufti Terengganu, Dato' Dr Zulkifly Muda.SOAL JAWAB AGAMA19 Mac 2020 #Soalan ke-69DOA MENGHADAPI WABAKSoalan:Dalam menghadapi situasi merebaknya COVID 19 ini, kami memohon pihak SS Mufti supaya sentiasa mendoakan kesejahteraan bagi kaum muslimin khususnya di negeri Terengganu Darul Iman.Jawapan:Saya sentiasa mendoakan kesejahteraan kepada kaum muslimin terutama di negeri Terengganu yang tercinta ini. Inilah doa saya: بسم الله الرحمن الرحيمالحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى أله وصحبه أجمعينSEGALA PUJIAN BAGIMU YA ALLAH PEMBERI RAHMAT,ENGKAULAH YANG KAMI SEMBAH DAN KAMI MAKRIFAT,ENGKAULAH MENTADBIR DENGAN QUDRAT DAN IRADAT,KEPADA ENGKAU KAMI MENGADU SAAT SENANG DAN MELARAT,KEPADA ENGKAU KAMI MENADAH TANGAN BILA BICARA TERSEKAT,اللهم صل على سيدنا محمد صلاة نسالك بها طب القلوب ودواءها وعافية الابدان وشفاءها ونور الابصار وضياءهاYA ALLAHMELIHAT SEGALA MUSIBAH DAN PENYAKIT YANG MEREBAK,KETAKUTAN MENYELUBUNGI KAMI BILA IA JADI WABAK,TOLONGLAH KAMI DALAM MENGHADAPI SUASANA TERDESAK,HILANGKAN SEGALA KERESAHAN YANG MEMUNCAK,اللهم عافنا في أبداننا وعافنا في أسماعنا وعافنا في أبصارناYA ALLAHKALAU ADA WABAK DALAM NEGERI KAMI, ENGKAU HANCURKAN,KALAU IA DALAM MASYARAKAT KAMI, ENGKAU MUSNAHKAN,KALAU IA DALAM KELUARGA KAMI, ENGKAU HINDARKAN,KALAU IA DALAM DIRI KAMI, ENGKAU LONTARKAN,اللهم انا نعوذ بك من البرص والجنون والجذام وسيئ الأسقامDENGAN NAMAMU TUHAN YANG BERSIFAT RAHMAN,HILANGKAN SEGALA KETAKUTAN DAN KEMUDARATAN,SAMA ADA DI BUMI, LANGIT, DARATAN DAN LAUTAN,ENGKAU PENDENGAR DOA SEGALA PERMINTAAN,HAMBAMU, DENGAN RAHMATMU BERTAUTAN,بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شئ في الارض ولا في السماء وهو السميع العليمYA ALLAHENGKAU JADIKAN KAUM HAWA DI SAMPING LELAKI,ENGKAU JADIKAN KANAN DI SAMPING KIRI,ENGKAU JADIKAN AIR DI SAMPING API,ENGKAU JADIKAN KERIUHAN DI SAMPING SUNYI,MAKA KURNIAKAN BAGI KAMI PENAWAR YANG MENGUBATI,DENGAN ITU HASANAH DI DUNIA KAMI PEROLEHI,KESEJAHTERAAN HASANAH UKHRAWI KAMI DAPATI,ربنا أتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب الناروصلى الله على سيدنا محمد وعلى أله وأصحابه وسلم والحمدلله رب العالمين
18 Mar 20
2097
COVID-19 : Lima Aktiviti Sektor Komoditi Dibenarkan
Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.KENYATAAN MEDIAMENTERI PERUSAHAAN PERLADANGAN DAN KOMODITI1. Sebagaimana semua sedia maklum, Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula dari 18 hingga 31 Mac 2020. Tindakan ini adalah sebagai usaha Kerajaan dalam membendung penyebaran wabak COVID-19 yang sedang melanda negara.2. Kementerian sedar bahawa Perintah ini akan memberi implikasi yang besar kepada sektor perladangan dan komoditi khususnya pekebun kecil sawit dan getah. Kementerian juga mengambil maklum akan kepentingan industri sawit dan getah yang menyumbang kepada rantaian bekalan berkaitan penyediaan perkhidmatan perlu seperti pembekalan minyak masak dan pembekalan peralatan perubatan seperti sarung tangan (gloves) dan kateter (catheter).3. Berdasarkan kepada kepentingan ini dan bagi memastikan bekalan adalah mencukupi setelah mendapat panduan umum, Kabinet yang bermesyuarat pada pagi ini serta pengesahan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian memberi kelonggaran kepada sektor perladangan dan komoditi seperti berikut:a) Membenarkan penuaian buah tandan segar sawit oleh syarikat perladangan dan pekebun kecil;b) Membenarkan pemprosesan buah tandan segar dilaksanakan oleh kilang-kilang sawit;c) Membenarkan pemprosesan minyak sawit mentah di kilang penapis untuk pengeluaran minyak masak bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan;d) Membenarkan aktiviti penorehan getah bagi tujuan pembekalan bahan mentah untuk penghasilan produk peralatan perubatan seperti sarung tangan dan kateter; dane) Membenarkan aktiviti bagi sektor perkayuan beroperasi untuk memenuhi kontrak sedia ada yang telah dimeterai.4. Semua pihak yang terlibat di dalam aktiviti yang dinyatakan tersebut hendaklah memastikan segala langkah pencegahan dan pengawalan penularan wabak COVID-19 dipatuhi termasuk meminimakan tenaga kerja dan pergerakan pekerja dengan menjarakkan sentuhan fizikal (social distancing) dan pulang segera ke rumah atau penempatan setelah selesai bekerja. Semua pihak diingatkan sentiasa menjaga kebersihan seperti membasuh tangan dengan sabun atau pencuci tangan (hand sanitiser).YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman RazaliMenteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi19 Mac 2020
18 Mar 20
61
COVID-19 : ‘Kak Da, Pesakit Tabligh Minta Al-Quran Di HHT'
Oleh : Syazwana M.ZohirKUALA TERENGGANU, 19 Mac – Seramai 175 Pesakit Dalam Siasatan (PUI) COVID-19 sedang dirawat dan dikuarantin di Hospital Hulu Terengganu (HHT) dan kebanyakkannya terdiri daripada Jemaah Tabligh.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita negeri, Zuraida Md Noor berkata keadaan di Hospital Hulu Terengganu itu agak menyedihkan, penuh sesak dengan pesakit dan memerlukan penambahan katil bagi menampung pesakit.“Tengahari tadi (kelmarin), saya menerima panggilan daripada seorang kenalan yang bekerja di Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu dan ketika itu dia berada di HHT untuk memantau operasi Pusat Kuarantin COVID-19 (PKC).“Katanya Pengarah HHT memohon bantuan kerana ada dalam kalangan Jemaah Tabligh yang diisolasi, meminta supaya diberikan al-Quran sementara pesakit daripada kumpulan kanak-kanak pula memerlukan televisyen dan makanan seperti biskut.“Alhamdulillah, kebetulan di rumah saya ada hampir 200 naskah al-Quran dan turut menyumbang sebuah Televisyen LED 32” , bekalan makanan berupa biskut serta roti untuk keperluan penghuni HHT,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), kelmarin.Turut bersama-sama dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Majlis Permuafakatan Wanita Negeri Terengganu (MAWADDAH), To' Puan Zarani Othman.Zuraida berkata tinjauan daripada wakil kerajaan negeri sebegini penting bagi menaikkan moral staf HHT serta pesakit yang ditahan di wad dalam tempoh yang lama ditambah pula dalam keadaan yang tidak optimum, sehinggakan sebahagian pesakit terpaksa ditempatkan di dalam kanvas dan dewan.“Apa yang paling menjentik hati saya ialah apabila jururawat di sini bercerita mengenai Jemaah Tabligh. Jarang sekali mereka bertemu dengan pesakit seperti mana Jemaah Tabligh ini sepanjang mereka bertugas di hospital.“Apabila waktu solat tiba mereka akan solat secara berjemaah dan mereka meminta al-Quran supaya mereka dapat membacanya walaupun dalam keadaan sakit. Hatta kita yang sihat ini, kadang-kadang dalam sehari belum tentu pegang al-Quran. Muhasabahlah kita bersama,“ ujarnya lagi.Beliau turut menyeru masyarakat supaya menjaga kesihatan dan kebersihan diri di samping mematuhi setiap panduan yang dikeluarkan oleh kerajaan agar tidak menyesal di kemudian hari.Tambahnya, mencegah lebih baik daripada mengubati dan beliau berharap agar masyarakat dilindungi daripada wabak COVID-19 yang sedang mengganas.Menurut Zuraida lagi, kakitangan HHT yang bertungkus-lumus menjaga PUI, tidak sempat untuk menjamah makanan ekoran kekhuatiran para peniaga untuk menghampiri PKC tersebut bagi menghantar bekalan makanan.
18 Mar 20
75
COVID-19 : MOSTI Beri Geran RM70 Ribu Kepada MGI Untuk Kajian Virus
KUALA TERENGGANU, 19 Mac - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) memperuntukkan geran berjumlah RM70 ribu kepada Malaysia Genome Institute (MGI) untuk penjujukan genom penuh serta analisa bioinformatik bagi mengesan mutasi pada genom daripada sampel COVID-19 bagi menangani wabak berkenaan.Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Ahmad Amzad Hashim berkata, kajian mutasi itu penting untuk proses pembangunan vaksin dan antivirus dan ia telah pun bermula beberapa bulan yang lalu.Jelasnya, enam sampel daripada gelombang pertama jangkitan telah dapat menghasilkan penjujukan genom penuh dan selepas ini enam sampel lagi daripada kumpulan jangkitan lokal akan dikaji."Dalam beberapa bulan yang lalu, MOSTI telah mengeluarkan dana segera kepada MGI bagi tujuan penyelidikan ini dengan geran lebih kurang RM70 ribu pada waktu itu dan kita sedang menambah lagi peruntukan ini."Hasil kajian ke atas mutasi virus COVID-19, kita mendapati karakter virus itu berubah-ubah mengikut keadaan iklim," ujar Ahmad Amzad.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas membuat lawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu, di sini hari ini.Terkini, MGI sedang menyediakan penjujukan genom penuh serta analisa bioinformatik bagi mengesan mutasi pada genom daripada sampel COVID-19.Hasil penjujukan genom dari Malaysia bagi virus COVID-19 akan dideposit ke National Centre for Biotechnology Information di Amerika Syarikat yang mempunyai pangkalan maklumat antarabangsa untuk dikongsi bersama bagi membangunkan vaksin bagi jangkitan itu.MGI merupakan sebuah organisasi penyelidikan bukan berasaskan keuntungan yang terlibat dalam penyelidikan penemuan bioresource tropika melalui projek penjujukan genom, genomik komparatif dan biologi struktur.Setakat hari ini Malaysia merekodkan 790 kes positif COVID-19 dengan dua kematian yang melibatkan warga tempatan.
18 Mar 20
159
COVID-19 : "Kami Hanya Tumpang Meja Untuk Makan"
KUALA TERENGGANU, 19 Mac - "Kami orang luar dan tiada tempat hendak menjamu selera, jadi kami tumpang meja dekat kedai ini untuk makan," itu antara alasan yang diberikan pelancong ketika mengadakan serbuan susulan ada pelancong menjamu selera di premis makanan Pasar Kedai Payang 2 (PKP2), pagi semalam.Pengarah Jabatan Kesihatan Pesekitan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Che Wan Mohd Zulkifli Che Wan Jalil berkata, sebelum isu itu menjadi tular, dia sudah mengarahkan 15 penguatkuasa berkaitan turun padang bagi mengagihkan notis peringatan."Apabila kami sampai, masing-masing peniaga kedai makan tidak mengaku dan menyalahkan pelanggan kerana tetap makan di kedai mereka."Pelanggan yang makan pula semuanya pelancong dan memberi alasan tiada tempat untuk makan."Oleh demikian kami memberi arahan supaya membungkus makanan dan makan di tempat lain dan ia amaran terakhir kepada semua peniaga dan pelanggan," katanya.Tambahnya, semua anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) ditugaskan ke semua tempat tumpuan dan kawasan perniagaan termasuk di PKP2 bagi memantau peniaga yang berdegil."Kami memandang serius terhadap peniaga yang tidak patuh dengan arahan yang dikeluarkan."Semua kedai juga sudah diarahkan supaya menampal notis pemberitahuan larangan makan di kedai dan hanya boleh membungkus makanan."Bermula hari ini, MBKT tidak akan berkompromi dengan peniaga yang berdegil dan akan mengenakan tindakan tegas," katanya.Menurutnya, peniaga pakaian di luar PKP2 juga ada yang berdegil serta membuka kedai dan pihaknya sudah menasihati supaya menutup kedai serta merta."Semua kedai pakaian, emas, cenderahati, barangan runcit, buah-buahan dan barangan basah memberi kerjasama baik dan tidak beroperasi susulan arahan Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan itu."Kami faham ramai peniaga yang terjejas dengan arahan yang dikeluarkan itu namun perlu akur dan memberi kerjasama," katanya
18 Mar 20
37
COVID-19 : Sikap Tak Kisah, Rakyat Bakal Hadapi Gelombang Lebih Besar
Terdapat segelintir rakyat Malaysia masih lagi ingkar arahan dan pergi bercutiKUALA LUMPUR, 17 Mac - "Duduk di rumah,” demikian rayuan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang memohon semua rakyat mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang diaktifkan bermula hari ini sebagaimana pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini.Dr. Noor Hisham Abdullah berkata sekiranya rakyat Malaysia masih terus bersikap “tidak kisah”, Malaysia mungkin akan menghadapi gelombang ketiga virus tersebut yang lebih besar daripada tsunami. “Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia, sila ambil perintah kawalan pergerakan ini secara serius.“Bantulah KKM dengan memainkan peranan anda, kerana setiap individu bertanggungjawab untuk mengambil segala langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri dan keluarga.“Kegagalan bukan pilihan di sini. Jika tidak, kita mungkin menghadapi gelombang ketiga virus ini yang seterusnya akan menjadi lebih besar seperti tsunami lebih-lebih jika kita mempunyai sikap “tidak kisah," katanya dalam satu hantaran di Facebook.Berada di barisan paling hadapan dalam menangani krisis paling mencabar ketika ini, Noor Hisham dan para petugas kesihatan Malaysia mempunyai sebab yang kukuh untuk meminta semua rakyat bersungguh-sungguh memastikan pandemik Covid-19 yang telah mengorbankan dua nyawa itu dapat dikekang.Bertugas siang dan malam tanpa rasa lelah, Kementerian Kesihatan telah melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa setiap pesakit dan menyebarkan maklumat-maklumat penting kepada rakyat supaya virus pembunuh itu tidak terus menular.Namun, kedegilan orang awam sendiri yang mengambil sikap tidak endah menyebabkan Covid-19 terus menggila sehingga menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merekodkan kes terbanyak di Asia Tenggara.“Hari ini adalah hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan di negara kita. Dengan kata-kata mudah, sila duduk di rumah dan jarakkan diri daripada orang lain.“Kita mempunyai peluang yang tipis untuk memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19,” katanya.SUMBER : Malaysiagazzete
17 Mar 20
47
COVID-19 : Virus Mampu Bertahan Di Udara Beberapa Jam
Covid19, Foto Ehsan GoggleWASHINGTON, 18 Mac - Virus koronavirus baharu atau Covid-19 dapat bertahan di permukaan atau udara selama beberapa jam.Berdasarkan kajian dibiayai kerajaan Amerika itu, saintis mendapati virus itu mempunyai tahap daya maju yang sama di luar tubuh yang kemudian menyebabkan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).Ini bermakna faktor jangkitan lebih tinggi antara orang yang tidak mempunyai gejala menyebabkan wabak itu menular dengan lebih cepat dan jauh lebih besar daripada wabak SARS pada 2002 hingga 2003.Kajian itu diterbitkan dalam Jurnal Perubatan New England dan dijalankan oleh saintis dari Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), University of California, Los Angeles dan Universiti Princeton.Covid-19 dapat dikesan selama dua hingga tiga hari pada plastik dan keluli tahan karat dan sehingga 24 jam pada kadbod.Pasukan ini menggunakan nebulizer untuk mensimulasikan seseorang yang batuk atau bersin, dan mendapati virus itu dapat dikesan selama tiga jam di udara.Kajian itu pertama kali dicatatkan pada laman web perubatan minggu lalu sebelum ia diteliti semula dan menarik perhatian termasuk beberapa kritikan daripada saintis yang mengatakan ancaman lebih menjurus ke arah udara.Virus itu disebarkan secara meluas melalui sistem pernafasan dan terus menjangkiti beberapa saat selepas seseorang batuk atau bersin.Bagaimanapun, saintis gagal menjelaskan mengapa pandemik itu yang menjangkiti hampir 200,000 orang dan menyebabkan hampir 8,000 kematian tersebar dengan cepat serta berskala besar berbanding wabak SARS menjangkiti kira-kira 8,000 dan membunuh hampir 800 orang."Ini menunjukkan perbezaan dalam ciri-ciri epidemiologi virus ini mungkin timbul daripada faktor lain, termasuk di saluran pernafasan dan potensi bagi orang yang dijangkiti SARS-CoV-2 untuk menjangkiti orang lain tanpa gejala," tulis penyelidik.SARS-CoV-2 adalah nama teknikal untuk Covid-19.Penemuan ini mengesahkan saranan doktor kesihatan awam mengenai menjarakkan diri, mengelak menyentuh muka selepas batuk atau bersin dan sering membasmi objek menggunakan semburan pembersih.SUMBER: Harian Metro
17 Mar 20
84