lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
COVID-19 : Rakyat Terjejas Akan Diberi Bantuan
Dr Azman (kanan).Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 22 Mac – Rakyat yang menghadapi masalah kewangan semasa arahan Kawalan Pergerakan ekoran wabak COVID-19 akan diberikan bantuan dalam masa terdekat.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Dr Azman Ibrahim berkata, menyedari kesan daripada kawalan itu, penekanan terhadap isu kebajikan rakyat yang kurang berkemampuan dijadikan keutamaan untuk diberi perhatian. Katanya, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi telah mengenalpasti golongan untuk disalurkan bantuan. "Ia adalah bantuan di musim bencana, diberikan hanya kepada mereka yang dalam kesempitan sahaja. Bukannya bantuan untuk kita agih merata kepada semua orang."Harap saudara-saudara kita yang sedikit berkemampuan memahami situasi yang sedang kita lalui bersama ini. Dahulukan saudara kita yang lebih memerlukan lebih dari diri sendiri," katanya dalam satu kenyataan rasmi semalam.Menurut beliau lagi, dengan keterbatasan yang ada, bantuan diagihkan melalui MPKK terus kepada golongan sasar dengan impak perhubungan yang paling minima."Memang hasrat hati saya nak pergi agih sendiri bantuan dari rumah ke rumah. Namun, situasi perintah kawalan pergerakan tidak mengizinkan kita buat seperti agihan bantuan musim banjir."MPKK tak perlu nak ‘posing’ tangkap gambar masuk ‘Facebook’. Kita juga tak menggunakan kaedah sesiapa yang memerlukan bantuan diminta hadir ke  Pejabat ADUN kerana kaedah ini akan menyebabkan rakyat berhimpun dan beratur."Kalau ada lagi di kalangan rakyat yang miskin dan terlepas pandang oleh pihak MPKK, harap dapat berhubung dengan MPKK masing-masing. Bantuan akan disalurkan dengan kadar seberapa segera," tambahnya.Dalam masa yang sama, beliau turut mengingatkan agar anggota masyarakat sentiasa menjaga diri dan keluarga dengan sebaiknya bagi mengatasi penularan wabak COVID-19.
21 Mar 20
61
Empty Image
COVID-19 : SATU Terengganu Hentikan Sementara Bacaan Meter Air
KUALA TERENGGANU, 22 Mac - Kerajaan negeri melalui Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) akan menghentikan sementara operasi pembacaan meter dan menutup lapan pusat khidmat pelanggan di Terengganu mulai esok 23 Mac hingga 31 Mac 2020 susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diperketatkan.Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Ir Atemin Sulong berkata, SATU komited menyokong sepenuhnya usaha kerajaan untuk mengawal pergerakan selaras dengan PKP di Malaysia untuk menangani wabak COVID-19."SATU akan mengurangkan skop perkhidmatan bekalan air utama dan akan menumpukan kepada tanggungjawab kritikal untuk membekalkan air kepada semua pengguna air yang berdaftar di Terengganu."Skop perkhidmatan yang kami tumpukan adalah termasuk pembacaan meter (kecuali bagi pengguna besar), pemotongan bekalan air serta kutipan bil dan lain-lain perkhidmatan di kaunter perkhidmatan pelanggan di seluruh Terengganu di mana semuanya akan dihentikan sementara dalam tempoh tersebut," ujarnya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media, hari ini.Walau bagaimanapun, katanya, beberapa perkhidmatan yang tidak kritikal akan dikurangkan kepada tahap yang minima bagi membendung pergerakan orang ramai dan meminimumkan risiko kesihatan awam ketika PKP berkuatkuasa."Bagi memastikan operasi syarikat tidak terjejas selaras dengan kebenaran daripada Suruhanjya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), kami tetap menjalankan beberapa aktiviti seperti anggaran bil dan pilihan pembayaran bil."SATU akan mengeluarkan bil air berdasarkan anggaran yang diperolehi daripada penggunaan bulan sebelumnya."Untuk menjayakan PKP, kami amat menggalakkan pengguna membuat bayaran secara 'online'. "Dalam tempoh PKP ini, SATU tidak akan melaksanakan pemotongan bekalan air kepada mana-mana pengguna berdaftar di Terengganu. Namun pengguna dinasihatkan supaya membuat bayaran bil air mereka tepat pada masanya," ujarnya.Tegas Ir Atemin, SATU berusaha melakukan yang terbaik untuk menyediakan perkhidmatan bekalan air bersih dan selamat yang berterusan kepada pengguna di Terengganu.SATU menasihatkan pengguna bekalan air negeri Terengganu supaya mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa untuk kekal duduk di rumah.
21 Mar 20
775
Empty Image
COVID-19: LPT 2 Tutup Sementara Surau Sepanjang Lebuhraya
KUALA TERENGGANU, 20 Mac- Lebuhraya Pantai Timur 2 Sdn Bhd (LPT 2) menutup sementara semua surau di semua hentian sebelah plaza tol dan Rehat dan Rawat (R&R) di sepanjang jalan seliaannya dengan serta-merta demi keselamatan semua pelanggan lebuhraya.Langkah ini diputuskan selaras Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa bermula 18 hingga 31 Mac ini.Arahan tersebut dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi mencegah penularan wabak Corona Virus Disease 2019 (Covid-19) apabila orang ramai berkumpul secara serentak di satu-satu lokasi.Sehubungan itu, LPT 2 menasihatkan agar orang ramai yang terpaksa melakukan perjalanan supaya dapat merancang perjalanan mereka dan sentiasa memastikan kad Touch ‘n Go mereka mempunyai baki yang cukup untuk perjalanan.Pelanggan dan keluarga mereka juga digesa supaya sentiasa mengamalkan penjarakkan sosial apabila menggunakan kemudahan tandas awam di R&R ataupun stesen minyak berdekatan.
20 Mar 20
88
Empty Image
COVID-19 : Beberapa Jalan Utama Di Kemaman Ditutup
Oleh: Wan Abdul HadiKEMAMAN, 20 Mac - Beberapa jalan utama di Kemaman ditutup susulan Perintah Kawalan Pergerakan diperketatkan bagi mengekang wabak COVID-19 termasuk jalan ke Bandar Cukai.Antara jalan-jalan utama yang ditutup, Bandar Chukai ke Balai Polis Kemaman, Kuantan ke Balai Polis Kemaman, Kuala Terengganu ke Balai Polis Kemaman, Air Putih ke Bandar Chukai, Kuantan ke Bandar Chukai dan Kuala Terengganu ke Bandar Chukai.Jalan-jalan utama ini dilencongkan bagi membataskan pergerakan orang ramai yang masih berdegil dengan Perintah Kawalan Pergerakan tersebut.Berikutan laporan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikeluarkan pada petang ini, penambahan 130 kes baharu COVID-19 dilaporkan menjadikan jumlah 1,030 di Malaysia ketika ini.Orang ramai diminta berada di dalam rumah seperti mana Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac hingga 31 Mac 2020 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
20 Mar 20
377
Empty Image
COVID-19 : Jangan Sebar Maklumat Palsu Hingga Cetus Suasana Panik - Dr Suhazeli
Dr Suhazeli Abdullah.Oleh: Adli MohamadKUALA TERENGGANU, 20 Mac - Masyarakat diseru agar tidak menyebarkan maklumat-maklumat yang tidak sahih berkait wabak COVID-19 sehingga mencetuskan suasana panik dalam komuniti.Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Tengkawang, Dr. Suzeli Abdullah berkata, ada sebahagian masyarakat yang bertindak melulu menyebarkan berita-berita yang belum ternyata kesahihannya.Sedangkan katanya, hal berkenaan di peringkat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) belum diputuskan di mana akan mengenal pasti terlebih terdahulu serta menjadi amalan kakitangan kesihatan mengambil langkah berhati-hati.Di peringkat KKM telah mengenal pasti beberapa kaedah mengesan virus COVID-19 melalui saringan melibatkan seluruh hospital, pusat kesihatan serta pejabat kesihatan seluruh negara."Di mana kita telah membahagikan kepada beberapa golongan saringan yang kita golongkan sama ada orang itu mempunyai tanda-tanda ataupun tidak dan kalau mempunyai tanda-tanda kita akan bahagikan kepada dua sama ada teruk atau biasa," ujarnya.Tambah beliau, jika keadaan pesakit teruk, mereka akan dirujuk terus ke hospital untuk dirawat secara sokongan."Manakala bagi yang ada tanda-tanda awal, kita akan kuarantin di tempat-tempat yang telah ditentukan di seluruh negara," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika bersiaran secara langsung melalui Kuliah Dhuha Masjid Rusila yang disampaikan Ahli Parlimen Marang, Dato Seri Abdul Hadi Awang, hari ini.Katanya, walaupun wabak ini boleh dikesan melalui tanda-tanda biasa ketika disaring melalui empat tanda utama iaitu, demam, batuk, sesak nafas, sakit kerongkong dan selesema, namun komplikasinya amat dibimbangi."Komplikasi yang kita risau jangkitan ke dalam paru-paru (Ammonia) yang boleh menyebabkan merosakkan badan manusia."Dan merebak ke seluruh badan, jantung, buah pinggang dan seterusnya pergi ke otak yang akhirnya boleh membawa kepada kematian," ujarnya.
20 Mar 20
298
Empty Image
COVID-19 : Taman-Taman Awam Terengganu Ditutup
NOTIS PENUTUPANDimaklumkan bahawa seluruh taman-taman awam di bawah selenggaraan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu DITUTUP mulai 18-31 Mac 2020. Taman awam tersebut ialah:1) Taman Awam Batu Buruk2) Taman Awam Lagun Kuala Ibai3) Taman Shahbandar4) Taman Medan Maziah5) Taman Rekreasi Teluk Ketapang6) Taman Hiliran7) Taman Waterfront, Pulau KambingPenutupan ini selaras dengan perutusan khas YAB Perdana Menteri mengenai COVID-19, pentadbiran Majlis Bandaraya Kuala Terengganu diarah untuk melaksanakan Perintah Pelaksanaan Kawalan Pergerakan mulai 18-31 Mac 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.ArahanDatuk BandarMajlis Bandaraya Kuala Terengganu
20 Mar 20
275
Empty Image
COVID-19 : MAIDAM Terengganu Segerakan Bantuan
KUALA TERENGGANU, 20 Mac - Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengambil tindakan membantu golongan asnaf terjejas akibat wabak COVID-19 dengan pembayaran bantuan bulanan kepada akaun asnaf diawalkan pada 18 hari bulan, kelmarin.Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIDAM, M Rozi Bidin berkata, kebiasaannya pembayaran dibuat pada 25 hari bulan setiap bulan."Kita segerakan bantuan kepada asnaf yang memerlukan termasuk kita segerakan beberapa bantuan lain, antaranya bantuan sara hidup. Jumlah keseluruhan yang kita belanjakan kelmarin adalah sebanyak RM3 juta."Sekarang ini kita sedang memantau dan telah menubuhkan pasukan 'On Call COVID-19 MAIDAM' untuk pastikan sekiranya ada maklumat asnaf yang terjejas dan memerlukan bantuan."Setelah dikenal pasti tindakan segera akan diambil. Sebagai contoh kelmarin ada asnaf di Hulu Terengganu perlu duit untuk beli barang keperluan makanan, kita terus hantar bantuan dalam bentuk tunai ke rumah yang berkenaan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi pemberita, hari ini.Tambahnya, MAIDAM juga sentiasa bersiap siaga dan arahan telah dikeluarkan kepada Pegawai MAIDAM Daerah bagi memantau keperluan asnaf."Saya dah minta semua Pegawai MAIDAM Daerah supaya ambil perjalanan sepatutnya sekiranya terdapat maklumat berkaitan keperluan asnaf."Oleh kerana pergerakan kita terbatas sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ini, jadi kita harapkan mana-mana pihak atau individu boleh memberi maklumat kepada MAIDAM tetapi kita harapkan biarlah yang betul-betul perlu bantuan sahaja, bukan yang nak ambil kesempatan dalam tempoh ini," tegasnya.
20 Mar 20
132
Empty Image
COVID-19 : Penguatkuasa Syariah Terengganu Pantau Masjid
Pegawai penguatkuasa PAD dan Polis sedang melakukan tinjauan di salah sebuah masjid di Kuala Nerus.KUALA TERENGGANU, 20 Mac- Pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus melakukan pemantauan berkala ke sekitar 136 masjid dan lebih 1,000 surau di daerah terbabit.Pegawai Agama Daerah, Azmi Tengah memaklumkan, dengan tenaga 20 pegawai penguatkuasa di Kuala Terengganu dan 30 orang di Kuala Nerus, pemeriksaan secara berperingkat itu bermula semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan dan berkuatkuasa, 18 Mac lalu.“Kita menerima laporan beberapa masjid bertegas untuk melakukan solat Jumaat hari ini dan berdasarkan maklumat itu, kita menyusun pasukan pemantau dengan kerjasama pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM).Azmi Tengah.“Alhamdulillah, tinjauan hari ini mendapati tiada perkumpulan di masjid-masjid dan rakyat mematuhi arahan yang diberikan,” katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu, hari ini.Jelasnya, difahamkan pegawai penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di daerah-daerah lain turut digerakkan dalam operasi itu.Azmi turut merayu masyarakat terutamanya penduduk Kuala Terengganu supaya sentiasa mematuhi arahan pemerintah dari masa ke masa.Pihak Polis menyampaikan arahan larangan kepada seorang penduduk yang mengakui tidak mendapat makluman tentang perkara tersebut.“Ini kerana, kita sedang berdepan kegawatan yang menyebabkan kehilangan nyawa, jadi kita wajib taat kepada arahan dan perintah yang dikuatkuasakan untuk maslahah ummah.“Tidak dinafikan, masih terdapat yang ingkar dan JHEAT memperuntukkan pelanggaran Seksyen 10, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu iaitu Mengingkari Pihak Berkuasa Agama yang membolehkan mereka di denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun,” katanya.Untuk rekod, Terengganu telah mengeluarkan fatwa untuk menangguhkan solat Jumaat di negeri tersebut sehingga 31 Mac ini, selaras Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan di seluruh negara, Rabu lalu.Pihak Polis dan penguatkuasa disambut oleh petugas masjid yang mengawal keadaan sesuai arahan Perintah Kawalan Pergerakan. 
20 Mar 20
286
Empty Image
COVID-19 : Sumbangan, Bantuan Perlu Melalui Pihak Hospital
Dr. Nor Azimi.KUALA TERENGGANU, 20 Mac- Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) memaklumkan bahawa Hospital Hulu Terengganu merupakan Stesen Kuarantin yang diisytiharkan melalui Warta Kerajaan Persekutuan bagi pesakit dalam siasatan (person under investigation) bagi wabak Corona Virus Disease 2019 (Covid-19).Sehubungan itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Nor Azimi Yunus menegaskan bahawa sebarang urusan berkaitan bantuan dan sumbangan kepada pesakit dan anggota bertugas perlulah melalui pengurusan Hospital Hulu Terengganu.“Pihak jabatan merakamkan ucapan terima kasih di atas keprihatinan pihak tertentu untuk menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada pesakit dan anggota yang bertugas di sana.“Walaubagaimanapun, untuk tujuan penyelarasan, pihak jabatan memohon agar sebarang urusan berkaitan sumbangan perlulah melalui pihak pengurusan hospital dan seseorang individu atau Badan Bukan Kerajaan (NGO) tidak dibenarkan membuat sebarang kutipan secara peribadi tanpa melalui pihak pengurusan hospital untuk tujuan tersebut,” katanya.Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan JKNT, hari ini.Tegasnya, pendekatan itu bertujuan mengelakkan pihak tertentu daripada mengambil kesempatan di atas situasi yang sedang dihadapi negara hari ini.Tambah Dr. Nor Azimi, jabatannya telah melakukan persiapan rapi bagi memastikan keperluan pesakit dan anggota yang bertugas seperti bekalan makanan, minuman dan keperluan asas yang lain mencukupi sepanjang tempoh kuarantin.“Sebagai peringatan, orang ramai juga dinasihatkan agar tidak menyebarkan sebarang maklumat tidak sahih tanpa merujuk kepada kenyataan rasmi dari JKNT dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.
19 Mar 20
49
Empty Image
COVID-19 : Terengganu Umum RM6 Juta Insentif Golongan Terjejas
Dr. Ahmad Samsuri.KUALA TERENGGANU, 20 Mac- Kerajaan Terengganu mengumumkan sebanyak RM6 juta akan diperuntukkan sebagai insentif kepada golongan yang terjejas akibat Corona Virus Disease 2019 (Covid-19) di negeri itu.Menteri Besar, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan berita gembira itu melalui satu status di laman Facebook miliknya, sebentar tadi.Menurutnya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 19 Mac 2020 membuat keputusan untuk melakukan kajian dan penilaian menyeluruh kesan Covid-19 kepada kumpulan sasar tertentu pelbagai kategori di Terengganu.“Dalam masa terdekat kerajaan negeri akan menentukan bentuk bantuan atau insentif yang akan diberikan kepada mereka,” tulisnya.Tambahnya, maklumat lengkap berkaitan peruntukan terbabit akan diumumkan kerajaan negeri dalam masa terdekat.
19 Mar 20
32