lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
COVID-19 : Kawalan Pergerakan Dilanjut Hingga 14 April - PM
Muhyiddin. Foto ihsan - Google.KUALA LUMPUR, 25 Mac - Kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 14 April ini ekoran wabak COVID-19 yang masih merebak.Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dimaklumkan lebih awal bagi memberi ruang kepada rakyat Malaysia untuk membuat persediaan."Saya diberikan taklimat oleh Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara, pola semasa menunjukkan kes positif COVID-19 yang baharu masih berlaku."Pola ini dijangka akan berterusan untuk beberapa ketika sebelum kes-kes baharu mula menurun. Ini menuntut kerajaan untuk meneruskan PKP bagi satu tempoh yang lebih lama," katanya dalam perutusan khas, hari ini.Menurut Muhyiddin, tempoh lanjutan PKP itu juga akan dikaji dari semasa ke semasa."Sebarang keperluan untuk melanjutkan tempoh PKP itu, yang setakat ini dijadual berakhir pada 14 April akan diumumkan kemudian."Yang penting, saya mohon supaya saudara saudari sentiasa bersedia untuk duduk lebih lama di rumah," katanya.Dalam pada itu, beliau turut mengarahkan semua kementerian untuk membuat persiapan yang rapi bagi mengurus keperluan asas anda sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa."Paling penting, semua keperluan asas mestilah sentiasa tersedia dan mencukupi, termasuk bekalan makanan, elektrik serta air."Perkhidmatan kutipan sampah dan pembetungan, kemudahan komunikasi serta logistik, keselamatan dan ketenteraman awam juga termasuk dalam aspek ini," katanya.
24 Mar 20
39
Empty Image
COVID-19: Terengganu Umum Tambahan RM960 Ribu Bantuan Keperluan Harian
KUALA TERENGGANU, 25 Mac -Kerajaan negeri mengumumkan tambahan peruntukan bantuan barangan keperluan harian sebanyak RM960,000 bawah Pakej Rangsangan Terengganu Cakna fasa tiga bagi menangani kesan wabak COVID-19.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata pakej rangsangan fasa tiga tersebut akan memberi bantuan segera kepada golongan terkesan dengan penularan virus berkenaan.Jelasnya, bantuan barangan keperluan asas itu adalah antara inisiatif Pakej Rangsangan Terengganu Cakna fasa satu yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri sebelum ini membabitkan peruntukan sebanyak RM640,000."Peruntukan tambahan ini melibatkan RM30,000 disetiap Dewan Undangan Negeri(DUN) untuk 600 keluarga yang terjejas yang akan dikenalpasti oleh Pusat Khidmat Masyarakat dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)."Keutamaan pada keluarga yang tiada gaji tetap dan tiada bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan  Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM )," katanya dalam satu kenyataan di laman sosial rasminya, hari ini.Terdahulu, Terengganu memperkenalkan bantuan barangan keperluan harian  di bawah Pakej Rangsangan Terengganu Cakna bagi menangani kesan wabak COVID-19.Pakej rangsangan fasa tersebut akan memberi bantuan segera kepada rakyat yang benar-benar memerlukan berupa pakej barangan makanan seperti beras, minyak, gula, teh, sardin dan lain-lain bagi tiap-tiap keluarga.Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri juga akan menyelaras pakej bantuan kepada rakyat akibat wabak COVID-19 melalui beberapa fasa yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.
24 Mar 20
43
Empty Image
COVID-19 : TADC Tangani Masalah Hasil Pertanian Terengganu
Dr Azman.Oleh : Hidayah AzlinSETIU, 24 Mac – Anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Agrotech Development Corporation (TADC) dilantik sebagai ejen pemasaran bagi menangani masalah hasil pertanian ekoran wabak COVID-19 di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Pembangunan Desa negeri, Dr Azman Ibrahim berkata, mesyuarat khas portfolio semalam bersepakat berbuat demikian untuk memastikan hasil pertanian dapat dipasarkan dengan baik sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung. Jelasnya, TADC akan memanfaatkan kemudahan pasaran sedia ada iaitu sembilan Agrobazar Rakyat, 17 Agrobazar Kedai Rakyat, tujuh Pasar Tani Kekal Nyior, Pasar Tani Kekal Kerteh, Kemaman, My Farm Outlet dan Agrobazar Online di Chendering."TADC juga akan mengambil peranan untuk mencari ruang pasaran yang ada untuk memasarkan hasil pertanian Terengganu ke seluruh negara."Di samping Distribution Center (DC) yang lengkap dengan kemudahan bilik sejuk milik TADC di Telaga Papan, Setiu pula akan berperanan sebagai pusat pengumpulan,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.Mengulas lanjut, Dr Azman turut mengharapkan agar petani, nelayan dan penternak yang berhasrat memasarkan hasil pertanian masing-masing menghubungi pegawai TADC bagi mendapatkan maklumat lanjut."Hubungi pengurusan TADC untuk info lanjut antaranya saudara Azhar di talian (013-9832467, Pengurus DC), Mahadi (017-9842738, Pengurus Logistik), Razih, (013-9481717, Pegawai Pemasaran), Hafiz, (014-5174389, Pegawai Penghantaran),  dan Hazli, 011-17992564."Semoga langkah dan tindakan ini dapat menangani sebahagian isu pasaran hasil pertanian yang timbul disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dikuatkuasakan kerajaan sekarang," tegasnya.Baru-baru ini Dr Azman membangkitkan isu pemasaran hasil pertanian yang menjadi kerisauan bagi petani dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19."Walaupun pergerakan kenderaan yang membawa hasil pertanian dibenarkan, namun mereka berdepan dengan isu ruang pasaran sangat terhad apabila pasar borong, pasar tani, pasar sehari dan pasar malam dihentikan operasi."Selain pertanian, hasil akuakultur seperti kerapu hibrid juga berdepan isu sama," tambah beliau.
24 Mar 20
486
Empty Image
COVID-19 : PK-Nerus Salur Bantuan Keperluan Harian Golongan Terjejas
Oleh: Nizam a-TakiriKUALA NERUS, 24 Mac - Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Nerus (PK-NERUS) mengagihkan 1,000 barangan keperluan berupa beras, gandum  dan lain-lain kepada rakyat yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, agihan tersebut bermula kelmarin serta merupakan inisiatif bagi membantu rakyat Kuala Nerus berpendapatan rendah dan terputus sumber pendapatan.“Semua pihak wajar membantu rakyat yang terjejas akibat penularan serius wabak COVID-19 ketika ini. Pihak Pusat Khidmat dan beberapa agensi kerajaan seluruh kawasan Kuala Nerus telah mengagihkan 1,000 barangan keperluan kepada seluruh rakyat yang layak.“Sumbangan barangan keperluan ini diharap dapat meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat Kuala Nerus yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19," ujarnya ketika dihubungi pemberita, semalam.Ujar Dr Khairuddin lagi, PK-Nerus dengan kerjasama Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN), Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (i-MiTs) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) telah mengagihkan 1000 barangan keperluan kepada mereka yang layak.Tambah beliau, dengan pengagihan barangan-barangan keperluan tersebut diharap dapat meringankan beban kepada mereka yang terjejas sumber pendapatan akibat PKR bagi membendung penularan wabak COVID-19.Beliau yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi turut menasihatkan orang ramai agar dapat mematuhi perintah larangan itu hingga 31 Mac ini.
24 Mar 20
36
Empty Image
COVID-19 : Yuran Taska Permata Terengganu Dipulangkan
Hanafiah Mat bersama salah seorang bayi yang diasuh di Taska Permata Keluarga YPKT awal Januari lalu.KUALA TERENGGANU, 24 Mac - Kerajaan Terengganu melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) akan mempertimbang semula pemulangan yuran Taska Permata Keluarga yang telah dibayar oleh ibu bapa susulan penutupan operasi taska dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 hingga 31 Mac 2020.Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Pembangunan Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, pertimbangan tersebut memandangkan kesemua Taska Permata Keluarga di bawah kendalian YPKT telah menutup operasinya bagi membendung penularan wabak COVID-19."Sebanyak 67 buah Taska Permata Keluarga YPKT telah ditutup dalam tempoh PKP ini. Bagi yuran taska yang telah dibayar oleh ibu bapa, kerajaan negeri akan mempertimbang untuk memulangkannya semula."Caj yuran hanya dikenakan mengikut bilangan hari kehadiran anak-anak mereka ke taska sebelum penutupan taska. Walau bagaimanapun, pemulangan yuran akan diuruskan selepas tempoh PKP ini," katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.Jelas Hanafiah, kerajaan negeri juga akan menanggung pembayaran gaji guru-guru Taska Permata Keluarga sebagaimana kebiasaannya."Terus duduk di rumah dan ambillah langkah-langkah yang dinasihatkan oleh pihak yang bertanggungjawab," tambahnya.
24 Mar 20
1267
Empty Image
Terhutang Budi Pada Para Petugas Tangani Covid-19
Oleh : Muhd Afiq ZohirBESUT, 23 Mac - Kerajaan Negeri Terengganu  terhutang budi kepada semua petugas yang terlibat dalam menangani wabak virus Covid-19 yang melanda di negara ini.Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Penjaja negeri, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman berkata, beliau mengucapkan terima kasih diatas pengorbanan yang ditunjukkan oleh para petugas.“Para petugas yang terlibat sentiasa berisiko tinggi untuk terkena jangkitan wabak virus ini, utamakan aspek kebersihan dalam setiap tugas seharian."Pihak kami sentiasa berada dalam keadaan siap sedia bagi menghadapi gejala wabak yang melanda dunia ini," jelasnya.Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan dan memberi sumbangan makanan kepada petugas di Pejabat Kesihatan Daerah Besut pada hari Sabtu, 21 Mac.Turut hadir sama dalam sesi lawatan tersebut ialah Pegawai Penyelaras DUN Jerteh, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad.Menurutnya, kerajaan negeri akan sedaya-upaya untuk menyalurkan apa-apa bantuan yang diperlukan buat masa sekarang bagi memudahkan para petugas."Setakat ini satu Pusat Kuarantin Daerah Besut telah di buka yang menempatkan 40 orang suspek Covid-19," ujar beliau.
23 Mar 20
71
Empty Image
COVID-19 : Terengganu Sambut Baik Inisiatif Kerajaan Pusat
KUALA TERENGGANU, 23 Mac - Kerajaan negeri menyambut baik usaha kerajaan pusat dalam memperkenalkan beberapa inisiatif lagi bagi membantu rakyat menghadapi ancaman Covid-19.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata beliau mewakili kerajaan negeri  mengucapkan terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Persekutuan, kerajaan melalui Perdana Menteri dan menteri-menteri Kabinetnya mengumumkan beberapa insentif serta skim bantuan untuk rakyat di seluruh negeri.Katanya, inisiatif yang diumumkan mampu membantu setiap negeri dalam meringankan beban rakyat di samping peruntukan yang sedia ada.Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan bernilai RM130 juta akan disalurkan kepada pentadbiran kerajaan negeri bagi membantu menangani krisis COVID-19.Perdana Menteri berkata, peruntukan itu boleh digunakan untuk membantu penjaja dan peniaga kecil yang terjejas akibat krisis COVID-19, selain pesakit virus itu serta ahli keluarga mereka.Peruntukan sama rata akan diberi kepada setiap negeri, tanpa mengira parti mana yang membentuk kerajaan negeri berkenaan."Peruntukan ini juga boleh digunakan bagi menyediakan keperluan kepada petugas di peringkat kerajaan negeri yang terbabit dalam menangani krisis ini.Perdana Menteri juga mengumumkan kemudahan pengeluaran caruman akaun dua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berkuat kuasa 1 April ini bagi membantu meringankan beban ditanggung rakyat.Muhyiddin berkata inisiatif pengeluaran menerusi i-Lestari itu tertakluk kepada jumlah RM500 sebulan selama 12 bulan membabitkan pencarum bawah usia 55 tahun.Dalam pada itu, Ustaz Mohd Nor  juga menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk bersatu dalam menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19) serta mengikuti arahan kerajaan secara terus tanpa sebarang pertikaian."Ketika ini kerjasama rakyat terutama di Terengganu sangat diperlukan dalam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa  sehingga 31 Mac nanti," ujarnya.
23 Mar 20
33
Empty Image
COVID-19 : Terengganu Umum Pakej Rangsangan Cakna Fasa 2
KUALA TERENGGANU, 23 Mac -Kerajaan negeri mengumumkan beberapa lagi inisiatif yang boleh meringankan impak ekonomi dihadapi masyarakat sebagai langkah keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat terus terpelihara.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pihaknya sentiasa mengambil maklum dalam memastikan tindakan yang berterusan dalam melihat kepentingan rakyat pada fasa-fasa yang seterusnya.Katanya, fasa dua dapat memberi manfaat secara langsung dan dirasai oleh sebahagian golongan miskin dan berpendapatan rendah.Tambahnya lagi, ia juga dapat meringankan beban para peniaga yang terjejas kerana terpaksa menutup premis perniagaan mereka akibat COVID-19."Atas kesedaran itu, kerajaan negeri  ingin mengumumkan beberapa inisiatif fasa dua yang boleh meringankan impak ekonomi yang dialami semua pihak."Pengecualian Sewaan dan Bayaran dibawah seliaan Kerajaan Negeri Terengganu akan dilaksanakan bagi bulan April dan Mei 2020 bagi meringankan beban mereka yang terlibat," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.Justeru itu, beliau berkata kerajaan negeri bersetuju menangguhkan bayaran sewa Program Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Kos Rendah (RKR) dan Rumah Mampu Milik (RMM) untuk dua bulan bermula April sehingga Mei 2020."Pengecualian bayaran sewa premis perniagaan milik Kerajaan Negeri Terengganu bagi bulan April 2020."Penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran Yayasan Terengganu dan bayaran sewa bulanan Desa Keluarga Yayayasan Pembangunan Keluarga Terengganu bagi bulan April dan Mei 2020. "Ini juga termasuk penangguhan bayaran sewa bulanan bagi premis-premis perniagaan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu bagi bulan April dan Mei 2020,"tambahnya lagi.Beliau juga berkata kerajaan negeri akan sentiasa memberi perhatian termasuk apa juga pihak yang terkesan daripada COVID-19 ini."Segala bentuk bantuan akan diusahakan dan diselaraskan oleh kerajaan negeri  dengan kerajaan pusat untuk meringankan beban dihadapi oleh rakyat ketika Perintah Kawalan Pergerakan ini," katanya.
22 Mar 20
56
Empty Image
COVID-19 : Tentera Mula 'Turun Padang' Bantu Operasi
Pasukan ATM berkumpul ketika sesi taklimat di Kuala Terengganu petang tadi.KUALA TERENGGANU, 23 Mac - Seramai 169 anggota pasukan beruniform Angkatan Tentera Malaysia, Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) mula turun membantu Polis DiRaja Malaysia (PDRM) melaksanakan Operasi Covid-19 di sekitar bandar Kuala Terengganu, bermula jam 8.00 malam, semalam.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md Din berkata, pasukan bantuan itu terdiri daripada 116 pegawai dan anggota daripada Batalion Kelima Rejimen Renjer DiRaja Kem Desa Pahlawan Kelantan, 42 pegawai dan anggota Batalion Kesembilan PGA Gong Kem Badak serta 11 pegawai dan anggota Unit Enam FRU Wakaf Tapai.“Kita telah dapat bantuan anggotan bagi tujuan melaksanakan tugas-tugas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam memastikan masyarakat mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan supaya mereka berada di rumah kecuali mempunyai urusan penting sebagaimana ditetapkan dalam arahan yang dikeluarkan.Abdul Rahim Md Din.“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan tugasan melibatkan sekatan jalanraya (SJR) dengan kekuatan tiga anggota bagi membantu tiga anggota PDRM,” katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas sesi taklimat Join Force Berkenaan Covid-19 di Ibu Pejabat Polis Daerah, di sini, petang semalam.Jelasnya, sebanyak lima SJR telah diatur bagi daerah Kuala Terengganu iaitu di kawasan Chendering, Jalan Wakaf Beruas, Losong, Batu Enam dan Batu Rakit.Tambahnya, ATM juga akan terlibat dalam rondaan bersama PDRM dengan kekuatan dua anggota setiap pasukan bagi satu unit kenderaan.“Anggota PGA pula akan membuat kawalan keselamatan di dua kawasan yang dikuarantin iaitu Madrasah Kubang Bujuk dan Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali, Batu Rakit.“Anggota FRU akan bertugas melaksanakan rondaan-rondaan laindi sekitar Kuala Terengganu,” katanya yang turut menasihati penduduk Kuala Terengganu mematuhi arahan PKP dengan duduk di rumah.Beliau berharap tiada lagi pergerakan di luar rumah tanpa alasan-alasan yang munasabah.“Sekiranya mereka masih tak mematuhi PKP, kita akan ambil tindakan tegas. Namun, kita masih dalam mood nasihat supaya mereka duduk di rumah.“Setakat ini, kita masih tidak mengambil sebarang tindakan keras seperti menangkap dan sebagainya sebaliknya, masih dalam tindakan menasihat lagi,” katanya.
22 Mar 20
1161
Empty Image
COVID-19 : Terengganu Beri Bantuan Barangan Keperluan Harian Golongan Terjejas - MB
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Wan Sukairi Wan Abdullah meninjau keadaan di Hospital Sultanah Nur Zahirah baru-baru ini susulan penularan wabak COVID-19.KUALA TERENGGANU, 22 Mac - Kerajaan Terengganu memperkenalkan bantuan barangan keperluan harian membabitkan peruntukan sebanyak RM640,000 di bawah Pakej Rangsangan Terengganu Cakna bagi menangani kesan wabak COVID-19.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri akan menyelaras pakej bantuan kepada rakyat akibat wabak COVID-19 melalui beberapa fasa yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.“Bantuan barangan keperluan asas itu adalah antara inisiatif Pakej Rangsangan Terengganu Cakna fasa satu yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.Jelasnya, pakej rangsangan fasa tersebut akan memberi bantuan segera kepada rakyat yang benar-benar memerlukan berupa pakej barangan makanan seperti beras, minyak, gula, teh, sardin dan lain-lain bagi tiap-tiap keluarga."Bantuan akan diurus oleh pihak Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing dengan kerjasama daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sejurus selepas mengenal pasti golongan yang benar-benar terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan akibat penularan virus berkenaan," ujarnya.Kelmarin, beliau mengumumkan kerajaan negeri menyediakan insentif sebanyak RM6 juta kepada golongan terjejas berikutan penularan COVID-19.Katanya, kerajaan negeri akan mengumumkan bentuk bantuan atau insentif kepada golongan terbabit secara berfasa berdasarkan keperluan semasa.
21 Mar 20
79