Artikel "Utama" Terkini
Pakej Prihatin Rangsang Kitaran Pemulihan Ekonomi - Abdul Hadi
Abdul Hadi.MARANG, 27 Mac - Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi dijangka dapat merangsang kitaran ekonomi negara untuk segera pulih.Ahli Parlimen Marang, Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata, inisiatif terbaharu kerajaan pusat itu juga memberi kelegaan kepada kepada petugas barisan hadapan, peniaga dan rakyat di segenap lapisan."Ia sangat menyeluruh, dan benar-benar prihatin terhadap kesusahan dan keresahan rakyat yang terjejas dengan wabak Covid-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Menurut beliau yang juga Presiden PAS, pakej Prihatin tersebut akan berjaya dilaksanakan melalui kesungguhan Jemaah Menteri yang telah ditunjukkan dan mendapat dukungan semua rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik."Semoga Allah memberi petunjuk-Nya kepada para pemimpin untuk menghadapi cabaran kesihatan, ekonomi dan sosial yang melanda tanah air tercinta ini," tambah beliau.
27 Mar 20
49
COVID-19 : Enam Ditahan Ingkar PKP
Datuk Roslee Chik turun padang meninjau operasi pemeriksaan oleh anggotanya susulan PKP yang dilanjutkan bagi membendung wabak COVID-19. Foto ihsan - FB Polis TerengganuKUALA TERENGGANU, 27 Mac - Enam lelaki ditahan selepas mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang ia dikuatkuasakan, dalam pemeriksaan di seluruh negeri Terengganu, setakat ini.Ketua Polis Terengganu, Datuk Roslee Chik berkata, sepanjang tempoh PKP dilaksanakan, pihaknya sudah melakukan enam tangkapan termasuk dua semalam."Keenam-enam mereka melibatkan tangkapan di daerah Dungun (2), Marang (3) dan Kuala Terengganu (1)."Dalam pemeriksaan semalam, sebanyak dua tangkapan telah dilakukan di Marang, dekat sini, tanpa alasan munasabah," ujarnya.Beliau berkata, tindakan itu boleh mengundang risiko penularan COVID-19, malah ada antara mereka tidak memakai penutup muka dan hidung.“Kami ingatkan kepada semua bahawa kesalahan ini serius. Jika sabit kesalahan, denda adalah tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.“Semua yang ditahan berusia antara lingkungan 20-an hingga 40-an dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) masing-masing untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita, hari ini.Roslee Chik berkata, kesemua enam lelaki terbabit akan berdepan dengan pertuduhan di mahkamah pada Ahad ini.“Kita sudah beri nasihat kepada orang ramai supaya duduk di rumah sepanjang tempoh PKP, namun masih ada yang tidak patuh.“Kita akan meneruskan tangkapan sekiranya masih ada yang degil dan berkumpul di tempat awam sehingga boleh menyebabkan jangkitan berlaku,” katanya.
27 Mar 20
135
COVID-19 : Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat, Terengganu Rakam Penghargaan
Mohd Nor Hamzah. Foto oleh - Tengku Syamim.KUALA TERENGGANU, 27 Mac - Kerajaan negeri merakam penghargaan terhadap usaha kerajaan pusat memperkenalkan Pakej Rangsangan Prihatin Rakyat berjumlah RM250 bilion bagi membantu orang ramai menghadapi impak COVID-19.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata beliau mewakili kerajaan negeri mengucapkan terima kasih atas inisiatif secara menyeluruh kerajaan melalui beberapa bantuan."Inisiatif yang diumumkan mampu membantu setiap rakyat Malaysia hidup dalam keadaan tenang dan selesa," katanya ketika dihubungi pemberita.Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan tersebut terdiri daripada RM128 bilion untuk kebajikan rakyat, RM100 bilion bagi menyokong perniagaan dan RM2 bilion untuk memperkukuhkan ekonomi, selain RM20 bilion dalam pakej terdahulu."Seperti yang saya katakan, tiada orang akan tercicir,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri hari ini.Muhyiddin berkata, tambahan RM1 bilion akan diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan, selain RM500 juta yang diumumkan sebelum ini, dengan bantuan akan diperolehi daripada hospital swasta.Selain itu, bayaran 'one off' berjumlah RM10 bilion bagi golongan M40, petani dan perniagaan kecil-kecilan dalam sektor swasta, peneroka felda serta nelayan."RM1,600 untuk empat juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah dengan RM1,000 dibayar pada April dan RM600 pada Mei."RM800 untuk tiga juta rakyat berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapat RM2,000 dan ke bawah, dengan RM500 dibayar bulan depan dan RM300 pada Mei," jelasnya.Tambah Muhyiddin, sejumlah RM1,000 akan disalurkan kepada 1.1 juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 hingga RM8,000, dengan RM500 dibayar bulan depan dan bakinya pada Mei."Di samping RM500 untuk 400,000 orang bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bulanan RM2,000 hingga RM4,000, dengan RM250 dibayar bulan depan dan RM250 lagi pada Mei."Bayaran 'one off' RM200 juga akan diberi kepada pelajar di institusi pengajian tinggi pada Mei," ujarnya.
27 Mar 20
37
COVID-19 : PM Umum Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat RM250 Bilion
Foto Ehsan :RTMKUALA LUMPUR, 27 Mac - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN berjumlah RM250 bilion yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia.Beliau berkata pakej ini bermatlamat melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuhkan ekonomi dalam menghadapi kesan pandemik Covid-19.Tambahnya, dalam pakej kali ini hampir RM128 bilion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM100 bilion untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM2 bilion untuk memperkukuh ekonomi negara.Katanya, pakej PRIHATIN ini akan menyediakan bantuan segera untuk meringankan beban yang ditanggung oleh semua yang terkesan oleh COVID-19."Sama ada anda seorang nelayan di Kukup, Johor atau pekebun kecil di Jeli, Kelantan. Anda pengusaha chalet di Cherating ataupenarik beca di Melaka, peniaga pasar malam di Kuala Lumpur atau pasar tamu di Kundasang."Anda semua akan menikmati manfaat daripada pakej rangsangan ekonomi yang peduli rakyat ini," katanya sewaktu membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN, hari ini.Selain itu RM100 bilion dikhususkan untuk menyokong perniagaan termasuk Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS), manakala bagi RM20 bilion telah pun diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini."Seperti yang saya sebutkan, tiada golongan yang akan tercicir. No one will be left behind," ujarnya.
27 Mar 20
33
COVID-19 : MB Terengganu Tinjau Pos Kawalan Pergerakan Di Setiu
Oleh : Muhammad A RahmanSETIU, 27 Mac - Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meluangkan masa meninjau pos kawalan COVID-19 di sekitar daerah ini semalam bagi mengetahui status terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Hadir dalam lawatan tersebut ialah Ahli Parlimen Setiu, Ustaz Shaharizukirnain Abdul Kadir, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap, Azmi Maarof dan Pegawai Perubatan Pejabat Kesihatan Daerah Setiu, Dr Erwan Ershad Ahmad Khan.Terdahulu Ahmad Samsuri memulakan tinjauan dengan melawat Pos Sungai Tong kira-kira jam 9.30 malam bersama Ketua Polis Negeri Terengganu, Dato' Roslee Chik.Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Setiu, DSP Tuan Afandi Husain yang hadir sama berkata, 95 peratus rakyat Setiu mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini."Kebanyakan kes terpencil melanggar arahan PKP ini datangnya daripada penduduk luar kawasan Setiu," katanya.Terdapat empat pos kawalan dalam Parlimen tersebut iaitu Pos Kawalan Sungai Tong, Kawalan Alor Serdang, Kawalan Mangkok serta Kawalan Batu Rakit.Setiap pos kawalan tersebut dianggotai oleh polis pelbagai cawangan dan dibantu rejimen askar dari Kem Desa Pahlawan, Kota Bharu.Lawatan tersebut berakhir di Pos Kawalan Batu Rakit pada jam 12.05 pagi.
26 Mar 20
149
COVID-19 : PKC Terima Kunjungan Timbalan Menteri
Oleh : Syazwana M.ZohirFoto : Pok AbbasKUALA TERENGGANU, 27 Mac – Beberapa buah Pusat Kuarantin COVID-19 (PKC) Terengganu telah menerima lawatan daripada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata lawatan itu melibatkan PKC di lokasi yang berbeza sekitar Terengganu.Menurutnya, tujuan utama lawatan tersebut ialah untuk memantau keadaan di PKC tersebut di samping menyampaikan sumbangan kepada mereka.“Dalam keadaan yang meruncing begini, wajar bagi kita untuk mengikuti secara rapat keadaan pesakit, para petugas serta semua yang terlibat dalam menangani krisis wabak COVID-19 ini.“Kami berharap dengan adanya perhatian dan sumbangan daripada pihak kerajaan seperti ini, dapat sedikit sebanyak membantu meningkatkan moral mereka yang terlibat sebab kita tahu mereka ini semuanya telah keletihan fizikal dan mentalnya,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), baru-baru ini.Zuraida menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelicinan operasi PKC dan turut mendoakan agar para petugas terus kuat serta tabah dalam membantu menangani kes wabak COVID-19 di Malaysia.Terdahulu, Zuraida mengiringi Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff ke empat lokasi PKC dalam negeri.“Lokasi pertama kami ialah di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu yang dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh Pengarah HSNZ, Dr Amizan Mohamed.“Kemudian kami bergerak pula ke Pusat Kuarantin Daerah Marang, seterusnya di Madrasah Kubang Bujuk dan diakhiri dengan Institut Pendidikan Guru (IPG) Batu Rakit,” katanya.Turut bersama-sama dalam lawatan tersebut ialah Pengerusi Majlis Permuafakatan Wanita Negeri Terengganu (MAWADDAH), To’ Puan Zarani Othman dan staf Pejabat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Rhu Rendang.
26 Mar 20
39
COVID-19 : Bekalan Barangan Keperluan Asas Pengguna Terengganu Mencukupi
KENYATAAN MEDIAKEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA (KPDNHEP) NEGERI TERENGGANUBagi memastikan bekalan barangan keperluan asas sentiasa mencukupi, KPDNHEP Negeri Terengganu telahmelaksanakan pemantauan secara berterusan di premis-premis perniagaanberdasarkan item-item yang menjadi tumpuan pengguna.Berdasarkan pemeriksaan dan pemantauan terhadap 104 premis bermula 18 Mac sehingga 25 Mac 2020, didapati bekalan barangan keperluan asas adalah mencukupi dan mudah diperolehi.Bagi memastikan tiada gangguan bekalan barangan keperluan asas sepanjangtempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, KPDNHEPNegeri Terengganu juga telah mengambil langkah melantik Dedicated-Retailer(DDR) sebagai pusat bekalan barangan keperluan asas dalam situasi kecemasan dengan memberi kebenaran kepada mereka untuk menyimpan barang kawalan melebihi 20% daripada had simpanan dalam lesen.Sehubungan itu, para pengguna dinasihatkan agar tidak membuat pembelian secara panik (panic buying) dan merancang pembelian barangan keperluanasas berdasarkan kepada keperluan sebenar.Dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kalawan Pergerakan (PKP) ini, semua pasaraya, kedai serbaneka, kedai runcit dan pasar awam dibuka mengikut tempoh masa perniagaan sebagai mana yang telah ditentukan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).Justeru, tidak ada masalah kepada para pengguna untuk mendapatkan bekalan barangan keperluan asas masing-masing.Sementara itu, KPDNHEP Negeri Terengganu mengingatkan kepada parapeniaga agar tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangansecara tidak munasabah, menyorok bekalan barangan dan memanipulasi harga barangan di pasaran.Pada masa yang sama, kerjasama para peniaga adalah amat diharapkan untuk melaksanakan kawalan secara kendiri dengan menentukan had jualan barangan yang bersesuaian bagi individu atau keluarga dalam memastikan bekalan barangan keperluan asas pengguna sentiasa mencukupi.KPDNHEP Negeri Terengganu turut menasihatkan para pengguna agar lebihberhati-hati semasa membuat pembelian secara dalam talian (online) supayatidak mudah terpedaya dengan taktik sesetengah pihak yang cuba mengambilkesempatan dengan menawarkan item-item yang menjadi tumpuan penggunaseperti topeng muka dan sanitizer tetapi dengan harga yang tidak munasabahdalam tempoh pelaksanaan PKP ini.Sekiranya terdapat sebarang aduan atau kemusykilan, bolehlah menghubungiBilik Gerakan KPDNHEP Negeri Terengganu dan semua cawangan yang beroperasi dari jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang serta melalui saluran-saluran berikut:i) Talian Bebas Tol : 1-800-886-800ii) Enforcement Command Centre (ECC) : 03-8882 6245 / 6088iii) Aplikasi WhatsApp : 019-279 4317iv) Aplikasi telefon pintar EZAdu KPDNHEPv) Laman web https://e-aduan.kpdnhep.gov.my (Sistem e-Aduan 2.0)vi) SMS aduan ke 15888 dengan menaip KPDNHEP<jarak>ADUANvii) Laman media sosial rasmi KPDNHEPviii) Bilik Gerakan KPDNHEP Negeri Terengganu : 09-6204 700 / 701ix) Bilik Gerakan KPDNHEP Cawangan Kemaman : 09-850 2457x) Bilik Gerakan KPDNHEP Cawangan Dungun : 09-845 3586xi) Bilik Gerakan KPDNHEP Cawangan Besut : 09-690 2203Sekian, terima kasih.SAHARUDDIN BIN MOHD KIAPENGARAHKEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERIDAN HAL EHWAL PENGGUNA NEGERITERENGGANU26 MAC 2020
25 Mar 20
214
COVID-19 : Lagi Pakej Rangsangan Terengganu Cakna Fasa Empat
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.KUALA TERENGGANU, 26 Mac - Kerajaan Negeri Terengganu akan menambah RM300,000 bagi setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pakej Rangsangan Terengganu Cakna Fasa Empat untuk mengurangkan beban rakyat Terengganu yang terjejas akibat wabak pandemik COVID-19.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bertepatan dengan pengumuman Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 14 April 2020.Jelasnya, kerajaan negeri merasakan untuk jangka masa yang lama, rakyat wajar diberi perhatian sepenuhnya terutama yang berpendapatan harian dan tidak tetap."Antara mereka yang layak untuk menerima insentif ini ialah peniaga kecil, buruh, petani, peneroka, pemandu teksi, pengusaha beca, dan seumpamanya."Mereka akan dikenal pasti melalui Pusat Khidmat Masyarakat dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)," katanya.Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di Facebook rasminya, hari ini."Saya yakin dan percaya kita mampu hadapi waktu yang genting ini secara bersama dengan kerjasama penuh daripada semua pihak terutamanya melalui pematuhan arahan pihak berkuasa."Terus tingkatkan munajat agar segala urusan dipermudahkan dan wabak ini segera diangkat oleh Allah SWT," jelasnya.Terdahulu, Terengganu memperkenalkan bantuan barangan keperluan harian di bawah Pakej Rangsangan Terengganu Cakna bagi menangani kesan wabak COVID-19.Pakej rangsangan fasa tersebut akan memberi bantuan segera kepada rakyat yang benar-benar memerlukan bagi tiap-tiap keluarga.Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, kerajaan negeri juga akan menyelaras pakej bantuan kepada rakyat akibat wabak COVID-19 melalui beberapa fasa yang akan diumumkan dari semasa ke semasa.
25 Mar 20
74
COVID-19 : SUKMA Johor Ditangguh
KUALA TERENGGANU, 25 Mac - Penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX Johor 2020 yang dijadualkan berlangsung Julai ini akan ditangguhkan berikutan penularan wabak COVID-19.Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira beberapa aspek yang melibatkan pasukan bertanding dan penganjur."Jawatankuasa Tertinggi SUKMA dengan sebulat suara bersetuju untuk menangguhkan SUKMA Johor ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian."Setelah mengambil kira aspek yang paling utama iaitu keselamatan dan kesihatan para atlet, jurulatih, pegawai dan semua yang terlibat dalam temasya itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Mengulas lanjut, beliau menyatakan, pihaknya telah mengenal pasti dua cadangan tarikh yang menjadi pilihan untuk dilangsungkan SUKMA.Katanya, tarikh yang menjadi pilihan majoriti (ahli mesyuarat) ialah Disember 2020 atau dianjakkan ke tahun 2021 setelah meneliti beberapa aspek."Aspek utama ialah pemantauan berterusan dengan perkembangan COVID-19 di samping tarikh yang dicadang juga tidak bertindih dengan tarikh penting lain seperti peperiksaan awam."Kita juga meneliti kepentingan semua pemegang taruh SUKMA dan kerajaan Johor sebagai tuan rumah," jelasnya.Tambah beliau, keputusan mengenai tarikh baharu tersebut akan diumumkan selewat-lewatnya Mei depan.
25 Mar 20
158
COVID-19 : Parlimen KT Santuni Mahasiswa Terjejas
Oleh: Husein HusainiKUALA TERENGGANU, 23 Mac– Pejabat Parlimen Kuala Terengganu mengambil langkah menghulurkan bantuan berbentuk bekalan makanan dan minuman kepada beberapa buah sekolah pondok dan universiti di sekitar Kuala Terengganu yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19 yang dikuatkuasakan, 18 Mac lalu.Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, bantuan berupa biskut, air mineral, pek minuman, roti dan kurma telah diedarkan untuk membantu sedikit sebanyak keperluan makanan mahasiswa yang masih berada di asrama.“Ramai yang terjejas kerana hilang pendapatan dan terputus bekalan makanan, termasuk para pelajar."Jadi, saya ambil keputusan untuk menghulurkan bantuan ke enam buah sekolah pondok dan universiti termasuklah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Chendering, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA),” katanya.Beliau berkata demikian dalam sesi temu bual oleh Terengganu FM, berkenaan situasi wabak COVID-19 di negeri Terengganu, di Kuala Terengganu, baru-baru ini.Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia itu turut menyatakan, kerajaan Terengganu telah mengambil langkah proaktif dengan menyediakan Pakej Rangsangan Terengganu Cakn Covid-19 dengan peruntukan berjumlah RM 6 juta untuk membantu golongan yang terkesan. "Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) juga telah mengambil inisiatif membantu golongan asnaf terjejas dengan menubuhkan skuad 'On Call COVID-19 MAIDAM'," katanya.
25 Mar 20
37