lightning-solid
Berita :

Artikel "Utama" Terkini

Empty Image
COVID-19 : Terengganu Lanjut Tempoh Penangguhan Aktiviti Masjid, Surau
Foto oleh - Tengku Syamim Tengku Ismail.KUALA TERENGGANU, 29 Mac - Tempoh penangguhan semua aktiviti masjid dan surau di Terengganu dilanjutkan sehingga 14 April ini, selari dengan keputusan Kerajaan Persekutuan melanjutkan jangka masa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Dato' Osman Muda berkata, keputusan yang telah diperkenankan oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin itu turut terpakai kepada solat Jumaat dan solat fardhu."Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan berharap agar semua rakyat jelata dalam negeri Terengganu bersabar menghadapi ujian ini."Dan baginda berdoa agar wabak COVID-19 ini segera berakhir dan semua rakyat jelata berada dalam lindungan Allah S.W.T," kata kenyataan itu.
29 Mar 20
242
Empty Image
COVID-19 : NGO Wanita Gerakkan Usaha Bantu Golongan Terjejas
Zuraida bersama petugas yang terlibat dalam menyampaikan sumbangan kepada pihak yang terjejasOleh : Syazwana M.ZohirFoto : Media HANEESKUALA TERENGGANU, 29 Mac – Golongan yang terjejas ekoran pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan bermula 18 Mac yang lalu turut mendapat perhatian dan sumbangan Pertubuhan Hawa Harmoni Sejahtera (HANEES) Negeri Terengganu dengan usaha sama Ameerah Terengganu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita Terengganu, Zuraida Md Noor berkata usaha itu diambil setelah menyaksikan ramai rakyat tidak dapat keluar mencari rezeki dan menyebabkan mereka hidup tersepit kerana tidak dapat membeli barangan keperluan harian.Menurutnya, HANEES memulakan Tabung Cakna COVID-19 (TCC) sejak minggu pertama PKP dikuatkuasakan dan sehingga kini lebih RM30,000 telah berjaya dikumpulkan hasil daripada sumbangan orang ramai.“Daripada RM30,000 yang berjaya dikumpul itu, lebih RM22,000 telah kita agihkan kepada masyarakat yang terjejas meliputi mahasiswa, golongan miskin, ibu tunggal dan juga golongan petugas 'frontliner’  (barisan hadapan) termasuklah petugas kesihatan, polis dan juga tentera.“Kita agihkan dana itu mengikut keperluan golongan sasar kita. Ada yang diberi dalam bentuk barangan harian seperti beras, susu, gula dan lain-lain. Ada pula yang kita beri wang tunai untuk mereka beli keperluan seperti lampin pakai buang dan kita juga salurkan dalam bentuk makanan kepada petugas keselamatan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika dihubungi oleh wartawan Urusetia Penerangan Darul Iman (UPDI), semalam.Zuraida yang juga merupakan Penaung HANEES berkata dana TCC tersebut turut digunakan bagi membiayai kos penghasilan perisai muka (face shield) yang akan diagihkan kepada petugas kesihatan di Pusat Kuarantin COVID-19 atau Klinik Kesihatan (KK).“Sekarang, duit kita hanya berbaki sekitar RM8,000 sahaja lagi sedangkan masih banyak golongan yang masih memohon sumbangan daripada kita.“Sebolehnya, kami mahu semua golongan yang terjejas ini dibantu tanpa mengira bangsa, warganegara, agama ataupun parti tetapi kerana dana yang terhad ini, terpaksa kami utamakan dahulu yang betul-betul memerlukan,” tambahnya.Jelas Zuraida, walaupun pihak kerajaan negeri sudah menyediakan banyak isentif untuk golongan yang terlibat, tetapi itu masih tidak mengcukupi dan kerana itulah kami hadir untuk memenuhi kelompongan tersebut.“Saya menyeru kepada masyarakat yang mungkin mempunyai lebihan rezeki untuk sama-sama kita bantu, agih-agihkan rezeki kita kepada mereka yang kurang berkemampuan. Semoga Allah memurahkan rezeki para penderma. Kita tunjukkan kebersamaan kita dalam melawan wabak COVID-19 ini,” ujarnya lagi.Untuk maklumat, hampir 1000 orang golongan yang terkesan dengan PKP telah menerima manfaat daripada TCC ini dan masih ramai lagi yang berada dalam senarai menunggu berikutan kekurangan sumber kawangan tabung.Orang ramai yang mahu menyumbang kepada TCC ini, boleh berhubung dengan Pengerusi HANEES, Faradila Mohamad atau disalurkan terus ke akaun CIMB HANEES bernombor 8603354723.
28 Mar 20
85
Empty Image
COVID-19 : Polis Kawal Pasar Borong Gong Pauh Mulai Esok
Wan Sukairi.KUALA TERENGGANU, 29 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengawal di pintu masuk dan di dalam Pasar Borong Gong Pauh di sini bermula esok bagi mengelakkan jangkitan COVID-19 berlaku.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, ini kerana orang ramai yang hadir bagi membeli keperluan harian di pasar tersebut sangat ramai dan menyebabkan kesesakan berlaku.Katanya, masalah itu telah dibangkitkan semasa mesyuarat Jawatankuasa Bencana Negeri pagi tadi dan tindakan tersebut telah dipersetujui bersama."Semoga penjual dan pembeli dapat mematuhi peraturan demi kebaikan kita semua dalam menghadapi ujian COVID-19 ini.  "Asasnya ialah tiada kesesakan, jarakkan diri anda sejauh satu meter antara satu sama lain, memakai 'mask' dan tidak bersentuhan antara satu sama lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.Tambah Wan Sukairi, hanya  seorang setiap keluarga sahaja dibenarkan untuk memasuki pasar berkenaan. "Tiada isteri atau suami dan anak-anak yang dibenarkan bersama ketika membeli," jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam itu.
28 Mar 20
239
Empty Image
COVID-19 : ADUN BBC Terengganu Potong Gaji Untuk Tabung
KUALA NERUS, 29 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tepoh, Hishamuddin Abdul Karim  mewakili seluruh ADUN Kelab Penyokong Kerajaan Negeri atau lebih dikenali Backbencher (BBC) tidak ketinggalan untuk turut sama menyumbang bagi Tabung Bantuan Covid-19 Terengganu dengan pemotongan 30 peratus gaji mereka selama dua bulan.Beliau yang juga PengerusiKelab ini berkata mereka juga terlibat sama secara langsung dalam menyokong usaha memerangi Covid 19 dari terus menular bersama usaha kerajaan negeri."Ini merupakan salah satu usaha selain usaha wajib yang dilaksanakan oleh semua ADUN secara rutin di dalam kawasan masing-masing," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.Tambahnya lagi, ia dilihat berdasarkan perkembangan semasa penularan Covid 19 dan tekanan yang dialami keseluruhan rakyat menyebabkan seluruh anggota kabinet Malaysia memotong gaji penuh selama dua bulan.Perkara ini juga disambut baik pihak kerajaan negeri Terengganu melalui  Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri dengan memotong 50 peratus gaji selama dua bulan.Justeru itu, sebagai ADUN Backbencher, Hishamuddin berkata keputusan secara bersama-sama ini dibuat bagi mencontohi tindakan yang pihak kerajaan negeri dan pusat demi kebaikan rakyat.
28 Mar 20
202
Empty Image
COVID-19 : Terengganu Lancar Tabung Kutipan Bantuan Untuk Rakyat
Grafik oleh - Khairulanuar Naim Mustafa.KUALA TERENGGANU, 28 Mac - Kerajaan Terengganu melancarkan Tabung Bantuan COVID-19 sebagai inisiatif membantu meringankan beban rakyat negeri itu yang terjejas akibat wabak pandemik berkenaan.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah tersebut juga bagi membuka peluang kepada semua rakyat yang prihatin, penderma korporat dan syarikat swasta untuk membantu."Setiap sumbangan layak mendapat potongan cukai dengan mengikut tatacara garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)."Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Tetuan Akauntan Negeri Terengganu (Bank Islam) : 13017010034566) atau melalui cek atas nama YB Setiausaha Kerajaan Terengganu."Setiap transaksi kemasukan hendaklah dicatat 'Tabung COVID-19'," katanya dalam satu kenyataan.Tambah beliau, semangat kesatuan dan kecaknaan semua pihak sangat diperlukan bagi mendepani cabarang semasa."Saya merayu dan berbesar hati supaya semua pihak dapat memberikan sumbangan bagi menunjukkan semangat kesatuan dan kecaknaan kita bersama."Semoga dengan sedekah dan sumbangan, mereka-mereka yang ikhlas menderma akan diberikan ganjaran oleh Allah S.W.T," jelasnya.Sebarang persoalan lanjut, boleh hubungi Urusetia Tabung Bantuan COVID-19 Terengganu iaitu Wan Mohd Fahmi Wan Mohd (013-4467234), Noormadiana  Kamaruddin (019-9803666)d Mohd Yusoff Bin Aminudin (019-919 9886) atau emelkan kepada tabungcovid19trg@gmail.com.
27 Mar 20
788
Empty Image
COVID-19 : MB, Exco Terengganu Potong Gaji
KUALA TERENGGANU, 28 Mac - Gaji Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Terengganu akan dipotong sebanyak 50 peratus selama dua bulan untuk dimasukkan ke dalam Tabung Bantuan COVID-19 negeri berkenaan.Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, ia bagi membantu rakyat Terengganu yang terjejas akibat wabak pandemik tersebut yang melanda seluruh dunia."Sebagai sumbangan permulaan, saya dan semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (Exco) akan membuat pemotongan 50 peratus daripada dua bulan gaji untuk tabung berkenaan," katanya dalam satu kenyataan semalamTambah beliau, inisiatif itu diambil kerana menyedari tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan memberi impak yang lebih besar kepada sosioekonomi dan rakyat Terengganu.
27 Mar 20
42
Empty Image
COVID-19 : 'PRIHATIN 2020 Beri Kelegaan Kepada Rakyat' - MB Terengganu
KUALA TERENGGANU, 28 Mac- Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menyatakan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) 2020 yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam amat melegakan sebahagian besar rakyat.Dalam satu komentarnya terhadap pakej tersebut, beliau berkata, peruntukan sebanyak RM250 bilion merupakan satu jumlah yang amat besar dengan bermatlamatkan untuk melindungi rakyat, menyokong sektor perniagaan dan pengukuhan ekonomi."Walaupun jumlah sebenar mungkin kurang daripada jumlah itu kerana sebahagiannya adalah  dalam bentuk manfaat kewangan seperti penangguhan bayaran dan sebagainya."Tetapi, pakej ini secara umum dan khususnya amat melegakan rakyat yang terkesan akibat COVID-19 yang melanda," katanya.Jelasnya, secara asasnya, PRIHATIN 2020 diwujudkan bagi menangani keadaan sosioekonomi yang terkesan berikutan penularan pandemik COVID-19 di negara ini.Justeru, Dr. Samsuri mengingatkan rakyat supaya memanfaatkan bantuan yang diberikan secara berhemah."Bantuan berbentuk 'one-off' ini memerlukan dikalangan rakyat yang terkesan untuk mempunyai perancangan dan mampu menjadi asas untuk bergerak sendiri selepas daripada ujian ini," katanya.Beliau juga secara peribadi memuji tindakan kerajaan Persekutuan melaksanakan PRIHATIN 2020. "Saya yakin dengan iltizam kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang terus komited dengan pelaksanaan yang telus, adil dan pantas terhadap sasaran rakyat tanpa mengira latar belakang politik dan kaum."Pelaksanaan inilah nanti yang akan dinilai oleh rakyat," katanya.
27 Mar 20
51
Empty Image
COVID-19 : Permint Granite Sumbang RM1 juta Bantu Rakyat Terengganu
Pihak Permint Granite menyampaikan replika cek kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar.KUALA TERENGGANU, 28 Mac- Permint Granite Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) menyumbang RM1 juta sebagai menyambut inisiatif Tabung Bantuan COVID-19 Terengganu yang dilancarkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, hari ini.Pengerusinya, Che Ghani Ambak berkata, pihaknya terpanggil untuk sama-sama membantu kerajaan negeri mengatasi masalah akibat COVID-19 di negeri Terengganu.“Kami merasa bertanggungjawab untuk bersama-sama kerajaaan negeri membantu rakyat yang terjejas akibat daripada penularan wabak ini dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara. “Kami sedar bahawa pendapatan mereka terjejas dan ini sebahagian daripada sumbangan anak syarikat kerajaan negeri," katanya.Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan cek bernilai RM1 juta kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu, Dato’ Mohd Zahari Md Azahar, di Tingkat 15, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.Che Ghani turut anak-anak syarikat kerajaan negeri yang lain,  pihak swasta serta individu lain tampil membantu kerajaan Terengganu mengatasi masalah akibat penularan wabak pandemik COVID-19."Saya rasa dalam suasana begini, semua pihak terutamanya mereka yang kemampuan dan mendapat hasil yang diperolehi untuk turut membantu golongan yang kurang bernasib baik di negeri ini," katanya.Tabung Bantuan COVID-19 Terengganu dilancarkan kerajaan negeri bagi membuka peluang kepada semua rakyat yang prihatin, penderma korporat dan syarikat swasta untuk membantu golongan yang terjejas akibat wabak pandemik itu di negeri berkenaan.Sumbangan boleh disalurkan melalui Akaun Bank Islam Malaysia Berhad bernombor 13017010034566 atas nama Tetuan Akauntan Negeri Terengganu. Untuk makluman, setiap sumbangan layak mendapat potongan cukai mengikut tatacata garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
27 Mar 20
988
Empty Image
COVID-19 : Golden Pharos Sumbang Makan Malam Kepada Frontliner HSNZ
Wakil GPB, Fauzan Abdul menyerahkan pek makanan makan malam kepada wakil HSNZ di perkarangan hospital petang semalamKUALA TERENGGANU -- Golden Pharos Berhad (GPB) salah sebuah anak syarikat kerajaan negeri turut mengambil peranan membantu barisan hadapan 'frontliner' yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan sekitar bandar dalam usaha memerangi penularan wabak COVID-19.Ketua Pegawai Eksekutif Dato' Nadza Abdul berkata bantuan dalam bentuk sumbangan makan malam yang diberikan adalah tidak seberapa berbanding dengan jasa serta usaha yang dilakukan oleh pihak yang bertugas.Katanya, ia sebahagian usaha untuk meringankan beban mereka yang mengambil risiko bertugas ketika seluruh negara diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan sejak dilancarkan."Sumbangan ini adalah kecil jika dibandingkan dengan apa yang mereka telah korbankan termasuklah masa, keluarga dan tenaga."Ini menunjukkan bahawa GPB amat berterima kasih kepada frontliner ini kerana tanpa mengira penat dan lelah berjuang menentang wabak Covid-19," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.Seramai 50 kakitangan yang bertugas di hospital dan 20 kakitangan Polis Diraja Malaysia menerima sumbangan pek makan malam yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Komunikasi Korporat GPB, Fauzan Abdul.Nadza Abdul berkata, pihaknya juga mengarahkan seluruh kakitangan Kumpulan untuk berada di dalam rumah dan tidak perlu keluar jika tiada apa-apa urusan yang penting."Pihak GPB sentiasa memantau pergerakan kakitangan bagi memastikan mereka patuh kepada arahan kerajaan dan sentiasa mengingatkan supaya menjaga kesihatan dan kebersihan supaya tidak dijangkit wabak yang merbahaya ini."Setakat ini, kami bersyukur kerana tiada lagi kakitangan GPB yang dilaporkan positif Covid-19," katanya lagi.Tambah beliau, GPB turut menghentikan operasi kilang dan pengurusan sepertimana yang diarahkan oleh kerajaan negeri sempena Perintah Kawalan Pergerakan.
27 Mar 20
195
Empty Image
COVID-19 : IPD Hulu Hasilkan Sendiri Penutup Muka
Sebahagian anggota polis dan tentera yang memakai penutup muka sewaktu melakutan sekatan jalan raya di daerah Hulu Terengganu.Foto Ehsan:IPD Hulu TerengganuHULU TERENGGANU, 27 Mac - Berhadapan dengan situasi getir dalam menangani penularan wabak Covid-19, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu mengambil inisiatif sendiri untuk menghasilkan sendiri penutup muka susulan kesukaran untuk mendapat bekalan produk terbabit.Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, penutup muka yang dihasilkan adalah untuk kegunaan pegawai dan anggota yang bertugas sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh daerah itu."Pihak kami menggunakan wang kelab IPD Hulu Terengganu bagi membeli barangan untuk membuat alat berkenaan yang berharga 50 sen setiap satu.“Penutup muka atau Face Protector itu akan diberi kepada lebih 200 anggota dan pegawai termasuk 40 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertugas di seluruh daerah ini.“Kita bukan sahaja menjaga keselamatan petugas di lapangan, malah kebajikan keluarga mereka juga dititikberatkan,” katanya.Dalam masa sama, beliau meminta orang ramai khususnya masyarakat yang tinggal di daerah berkenaan mematuhi arahan PKP dan sentiasa berada di rumah.“Kita tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan menahan sesiapa sahaja yang didapati dengan sengaja berada di luar rumah tanpa tujuan penting,” katanya.Sepanjang tempoh PKP bermula 18 Mac lalu sehingga kini,  Hulu Terengganu belum merekodkan kes COVID19 atau masih merupakan zon hijau.
27 Mar 20
491